Kapitalis

38
SEJARAH SOSIOEKONOMI MALAYSIA (LSM 3023) TAJUK: KAPITALIS BARAT DAN DASAR LAISSEZ FAIRE YANG DIPERKENALKAN DI MALAYSIA OLEH KOLONIAL BRITISH NAMA PENSYARAH: DR KHAIRI BIN ARIFFIN MASA/KULIAH KULIAH: DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIKS NO.I/C NOR AZLON BINTI MOHAMAD NOR AKHMA BINTI MOHD SHAFIAI

description

kapitalis

Transcript of Kapitalis

Page 1: Kapitalis

SEJARAH SOSIOEKONOMI MALAYSIA(LSM 3023)

TAJUK:KAPITALIS BARAT DAN DASAR LAISSEZ FAIRE YANG DIPERKENALKAN DI MALAYSIA OLEH

KOLONIAL BRITISH

NAMA PENSYARAH:

DR KHAIRI BIN ARIFFIN

MASA/KULIAH KULIAH:

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIKS NO.I/C

NOR AZLON BINTI MOHAMAD

NOR AKHMA BINTI MOHD SHAFIAI

Page 2: Kapitalis

MUKADIMAH

Mengikut sejarah, pedagang-pedagang British telah sampai ke Asia Tenggara sejak

abad ke-16 lagi.1 Oleh itu, pedagang-pedagang Inggeris ini telah menubuhkan Syarikat Hindia

Timur Inggeris pada tahun 1600 di Tanah Melayu untuk menguruskan perdagangan mereka di

Asia Tenggara. Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses

persaingan antara kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengekploitasi kegiatan

ekonomi di Asia Tenggara terutamanya pada abad ke-19.2 Akibat daripada revolusi

perindustrian yang berlaku di Eropah, hal ini menyebabkan kuasa-kuasa barat berupaya untuk

mencari sebuah tempat yang boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka. Kekayaan hasil

bumi di Tanah Melayu merupakan satu faktor yang menyebabkan kuasa asing ini berebut-

rebut untuk menguasai kepulauan Melayu untuk memenuhi keperluan industri mereka.

Pertapakan British di Negeri-Negeri Melayu telah membawa kepada pengenalan sistem

ekonomi kapitalis. British telah mengubah sistem ekonomi Melayu yang bercorak tradisional

kepada sistem ekonomi kapitalis. Kewujudan kuasa kolonial barat di Tanah Melayu pada

kurun ke-19 , telah membawa banyak perubahan dalam aspek politik dan sosio ekonomi

masyarakat Melayu.

Kolonialisme British ke atas Malaysia telah memberi kesan ke atas struktur

sosioekonomi masyarakat tradisional iaitu masyarakat Melayu dan Bumiputera.3 Kesan ke

atas struktur masyarakat tempatan yang dahulunya bercorak feudal kini mulai berubah

apabila British mula memperkenalkan dasar-dasar baharu dalam pentadbiran mereka. Kesan

daripada aspek sosial dan ekonomi tidak dapat dipisahkan kerana ia saling berkaitan

berdasarkan sistem feudal terdahulu.

Episod sejarah sosio-ekonomi Malaysia sering dikaitkan dengan pengalamannya

dalam era penjajahan khususnya semasa dalam cengkaman British. Senario yang mewarnai

susur galur sejarahnya menunjukkan ada perubahan yang secara tidak langsung

mencerminkan ekonomi negara yang ada pada masa kini. Perdebatan dalam kalangan

1 Mardiana & Hasnah. 2000. Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hal. 16. 2 Kassim Thukiman. 2002. Malaysia:Persperktif, Sejarah dan Politik. Johor:Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Hal. 73. 3 Kolonialisme seperti yang diperkatakan oleh J.A Hobson ialah sekiranya sesuatu bangsa atau negeri mengembangkan kuasa atau pengaruhnya melalui penghijrahan rakyatnya kepada sesuatu kawasan atau jajahan baru ke seberang laut yang belum diterokai atau diduduki oleh orang lain. Lihat Cheah Boon Kheang. 1990. Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara lain. Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn Bhd. Hal.2

2

Page 3: Kapitalis

sejarawan banyak membuktikan bahawa struktur ekonomi ketika itu banyak dipengaruhi oleh

unsur dari barat yakni British. Bermula ketika Penjanjian Pangkor 1874, golongan kulit putih

ini telah berusaha mengaut sebanyak mungkin hasil perut bumi Tanah Melayu. Aktiviti ini

berterusan sehingga kepada Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

KONSEP KAPITALIS DAN LAISEZZ FAIRE

Sejarah sistem kapitalisme bermula pada pertengahan 1700 apabila sekumpulan Pakar

Ekonomi Perancis yang digelar “Physiocrats” menyeru agar kerajaan tidak campur tangan

dalam hal ehwal perdagangan. Dasar laissez faire menyeru agar tarif dan sekatan

perdagangan lain dihentikan. Hal ini juga disokong oleh Adam Smith, pakar ekonomi

Scottish yang menyatakan bahawa negara boleh menjadi lebih kaya dengan mengamalkan

perdagangan bebas. Walau bagaimanapun, idea kapitalisme ini mula berpengaruh pada tahun

1800 apabila kerajaan British menghapuskan dasar mercantilisme dan memulakan sistem

kapitalis yang pertama di dunia.4 Daripada itulah, sistem kapitalis mula tersebar ke negara

perdagangan utama dunia.

Kapitalisme juga mempengaruhi trend dan aliran perkembangan dan perubahan

ekonomi, perkembangan institusi kewangan, keanjalan dan ketidakstabilan pertukaran nilai

mata wang yang dihadapi oleh negara-negara membangun dan sebagainya. Kapitalisme di

negara-negara membangun dikatakan bertapak sejak bermulanya era sejarah kolonisme Barat

ke negara-negara membangun seperti di Afrika, Asia, Asia Tenggara, Amerika Latin dan

Amerika Selatan dan juga berlaku di kebanyakan negara-negara ketiga (negara miskin).

Pengaliran dan kemasukan modal (termasuk wang, tanah, bangunan,mesin untuk operasi

pengeluaran dan ladang), teknologi moden, pengurusan pembangunan dan pemasaran

komoditi sumber bahan mentah di negara-negara membangun menandakan bermulanya era

kapitalisme.5

Konsep kapitalis lebih dikaitkan dengan sistem ekonomi, iaitu suatu sistem yang

mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk dipasarkan sama ada pasaran tempatan

mahupun antarabangsa bagi memperoleh keuntungan.6 Adam Smith berpendapat bahawa

ekonomi dapat dibangunkan dengan lebih cepat jika sekiranya setiap orang, sama ada seorang 4 Abd. Rahim Abd. Rashid. 2000. Bahaya dan Ancaman Kapitalisme’, Wawasan Pembangunan: Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distrubation. Hal. 41-46.5 Ibid.

3

Page 4: Kapitalis

pemodal, usahawan, pekerja atau pengguna berusaha mencapai kepentingan diri sendiri

dalam persaingan pasaran tanpa ada campur tangan daripada pemerintah.7 Kemajuan dicapai

bukan melalui usaha kerajaan tetapi melalui usahawan-usahawan yang memiliki sumber

pengeluaran yang melakukan kerja dengan berasaskan motif keuntungan. Para pekerjanya

pula dianggap sebagai faktor pengeluaran yang boleh ditingkatkan produktivitinya melalui

material dan pengkhususan tugas.

Definisi lain mengenai kapitalisme, dikemukakan oleh David Robertson, yang

mengatakan bahawa kapitalisme adalah sebagai sebuah sistem ekonomi yang merupakan

kombinasi dari kepemilikan peribadi, pasaran yang kompetitif dan relatif bebas, dan tentang

sekumpulan besar tenaga kerja yang terlibat dalam proses pengeluaran barang-barang atau

produk kemudian dijual atau dipasarkan untuk mendatangkan keuntungan. Mungkin

menyedari bahawa definisi ini terlalu reduksionis, Robertson kemudian menambahkan,

bahawa kapitalisme memiliki ideologi dan teori ekonominya sendiri, sama seperti sistem

ekonomi politik. Namun, tidak ada penjelasan lebih lanjut dari Robertson mengenai apa yang

di maksudkan dalam penjelasan tersebut. Pada akhir penjelasan tersebut, ia kembali

melakukan reduksi dengan mengatakan;

“saat ini kapitalisme berfokus pada dua gagasan: pengeluaran

untuk keuntungan dan kekayaan milikan peribadi, dimana hanya

sebahagian kecil darinya dikuasai oleh negara.” 8

Definisi lain telah dikemukakan oleh intelektual Amerika Syarikat, Leo Huberman.

Ia mengatakan, kapitalisme adalah sistem pengeluaran dan perdagangan.9 Pakar ekonomi

lainnya, Anthony Brewer, mendefinisikan kapitalisme mempunyai dua ciri utama: iaitu

kapitalisme sebagai sistem pengeluaran komoditi dan di dalam sistem itu, pengeluaran

dikawal oleh kapitalis yang menggunakan buruh dalam proses pengeluaran.10

Kapitalisme telah ditonjolkan sebagai suatu sistem yang ideal oleh pendokongnya

kerana didakwa mempunyai beberapa ciri dinamik iaitu:6 Ahmad Shukri Mohd Naim & Rosman Yusoff. 2003. Konsep, Teori, Dimensi dan Isu Pembangunan. Johor:Universiti Teknologi Malaysia. Hal.39.7 Ibid. 8 David Robertson. 2002. “The Routledge Dictionary of Politics,” Routledge: Taylor & Francis.9 Leo Huberman & Paul M. Sweezy.1968. Introduction to Socialism. London:Monthly Review Press.10 Anthony Brewer. 1984. A Guide to Marx’s Capital. England:Cambridge University Press.

4

Page 5: Kapitalis

1) Pemilikan Persendirian. Kapitalisme bermakna sistem pemilikan alat pengeluaran

secara persendirian dan bersifat individu. Ia bermakna, seseorang pengusaha atau

pemodal memiliki dan berkuasa penuh terhadap segala alat pengeluarannya seperti

memiliki tanah, bangunan, peralatan dan modal serta mempunyai pekerja sendiri

untuk membolehkan sesuatu barang atau perkhidmatan untuk dijual di pasaran.

Dengan perkataan lain, sistem pemilikan dalam sistem kapitalisme tidak bersifat

kolektif dan jauh sekali daripada dimiliki oleh pihak kerajaan atau pemerintah.11

2) Pengawalan Melalui Pasaran. Kapitalisme bermakna segala aktiviti ekonomi, seperti

sistem buruh, keputusan tentang pengeluaran dan pengagihan barangan atau

perkhidmatan, sistem harga dan lain-lain dikawal melalui sistem pasaran bebas, tanpa

campur tangan kerajaan. Di bawah sistem kapitalisme yang tipikal, pengeluar sesuatu

barangan atau perkhidmatan boleh menentukan jenis barangan yang hendak

dikeluarkan ataupun perkhidmatan yang hendak ditawarkan, tahap kualiti barangan

atau perkhidmatan yang ingin dicapai, dan harga barangan dan perkhidmatan yang

hendak dijual. Namun dalam sistem pasaran bebas, persaingan daripada pengeluar

lain dan juga faktor kuasa membeli yang ada pada setiap pengguna, diandaikan akan

memaksa seseorang pengeluar barangan itu mengeluarkan hanya barangan dan

perkhidmatan yang diperlukanpada tahap kualiti yang tinggi dan pada harga yang

berpatutan. Mekanisme yang wujud secara ‘semula jadi’ dalam sistem yang bebas ini

dipercayai akan memberi faedah yang terbaik bagi semua pihak. Walau

bagaimanapun, didapati dalam banyak aspek, kerajaan turut campur tangan dalam

sistem kapitalisme demi menjaga kebajikan semua pihak seperti menentukan sistem

harga kawalan, menyediakan insentif, melakukan pemeriksaan kualiti barangan yang

dikeluarkan, membuat satu garis panduan tentang jenis barangan yang boleh

dikeluarkan, menetukan upah minimum pekerja dan sebagainya.12

3) Motif Keuntungan. Di bawah sistem kapitalisme, tujuan aktiviti pengeluaran adalah

untuk mendapatkan keuntungan yang semaksimum mungkin dengan kos yang paling

minimum. Keuntungan menjadi faktor motivasi yang paling penting kepada para

pengusaha atau para kapitalis.13

11 Ahmad Shukri Mohd Naim & Rosman Yusoff. 2003. Konsep, Teori, Dimensi dan Isu Pembangunan. Hal.39.

12 Ibid. Hal.40.13 Ibid.

5

Page 6: Kapitalis

Ekonomi kapitalis juga boleh didefinisikan sebagai ekonomi yang menjadikan unsur

pengeluaran menjadi hak milik orang persendirian yang bebas untuk memiliki harta bagi

meraih keuntungan. Kuasa kolonial British memperkenalkan sistem ekonomi yang

menggunakan nilai ringgit yang tinggi. Hal ini terus mengalihkan asas ekonomi sistem

pertanian feudal kepada sistem ekonomi kapitalis. Sistem ekonomi kapitalis ini telah wujud

di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19. Sistem ekonomi

kapitalis ini tidak mementingkan kebajikan rakyat malah sistem ini diperkenalkan oleh

British adalah untuk mendominasi kekayaan hasil bumi demi kepentingan sendiri.

Pengeksploitasian ekonomi akibat pengenalan ekonomi kapitalis hanya menguntungkan

pihak kolonial British sahaja, manakala bagi masyarakat setempat pula kekuasaan mereka

semakin kurang dan seterusnya akan terhapus. Meski pun, ekonomi Tanah Melayu

berkembang pesat dan maju pada suku akhir kurun ke-19, namun ekonomi Kapitalis ini

ternyata telah merubah lanskap politik dan sosio ekonomi negeri-negeri di Malaysia.

KESAN KAPITALIS DAN LAISSEZ FAIRE

Perubahan Sistem Ekonomi

Sebelum kedatangan British, negara ini mempunyai sistem ekonomi campuran cukup untuk

makan yang berasaskan agrarian luar bandar dengan sedikit kegiatan perlombongan di pekan-

pekan utama.14 Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, sebelum dipengaruhi kuasa barat,

masyarakat di Tanah Melayu secara umumnya menjalankan aktiviti pertanian sebagai aktiviti

utama dan penggunaan tanah yang tidak terhad. Hasil yang diperoleh juga adalah kecil dan

sederhana serta hanya mencukupi untuk keperluan keluarga sahaja. Dalam erti kata lain,

sektor ekonomi di Tanah Melayu pada masa itu adalah bersifat sara diri. Mereka

mengusahakan ekonomi sara diri menggunakan peralatan tradisional seperti aktiviti bercucuk

tanam, melombong, menangkap ikan, mengutip hasil hutan, menanam padi dan menternak

binatang. Sebahagian orang Melayu masih kekal sebagai pembajak tanah untuk menanam

padi dan bercucuk tanam di lembah lanar di barat laut dan timur laut dan di delta sungai

semenanjung.15

14 Lihat Chamil Wariya. 1987. Politik Kompromi. Kuala Lumpur : 'K' Pub. & Distributors. Hal.6.15 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Wisma FAM:Petaling Jaya. Hal. 252.

6

Page 7: Kapitalis

Namun ia berubah apabila British mula memperkenalkan dasar laissez faire terhadap

ekonomi di Malaysia. Pihak British telah memperkenalkan sistem ekonomi dualisme iaitu

kegiatan ekonomi pertanian tradisional bersifat saradiri masih dikekalkan disamping mereka

memajukan kegiatan ekonomi pertanian yang bersifat komersil. Ekonomi tradisional berubah

kepada ekonomi global melalui aktiviti eksport dengan kemasukan pemodal seperti daripada

Eropah dan juga China. Seiring dengan perkembangan ekonomi, bidang pertanian turut

mengalami perubahan daripada sistem sara diri yang diamalkan oleh masyarakat Melayu

kepada tanaman secara besar-besaran tanaman komersil.

Kegiatan penanaman secara komersil hanya bermula pada 1896 dan keluasan getah

pada 1900 mencecah 600 ekar. Permintaan untuk hasil pertanian meningkat disebabkan oleh

pertambahan penduduk dan juga permintaan untuk eksport.16 Melalui kaedah penanaman

komersil, British telah memperkenalkan tanaman baru seperti getah, kelapa dan rempah ratus

untuk dieksport. Menurut Ooi Jin Bee pengeluaran pertanian secara ladang rempah ratus yang

pertama di Malaysia ialah rempah ratus dan gambir. Tanaman kopi diperkenalkan pada akhir

tahun 1880-an di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan oleh pelabur-pelabur yang mengalami

masalah di Sri Lanka. Walau bagaimanapun tanaman kopi kurang berjaya di Tanah Melayu

berpunca daripada kejatuhan harga. Keadaan ini menyebabkan ramai yang mula menanam

getah sebagai tanaman alternatif.17 Sehingga tahun 1900 tanaman getah masih pada peringkat

awal dan memuncak pada tahun 1910.

Campur tangan British selepas tahun 1874 telah membawa masuk beberapa jenis

tanaman yang baru ke negeri-negeri Melayu. Malah konsep pertanian komersil turut

mewarnai sistem ekonomi pertanian. Walaupun konsep pertanian komersil dan tanaman baru

diperkenalkan, masyarakat Melayu terus dibiarkan oleh British dengan sistem ekonomi sara

diri yang tidak memungkinkan mereka bersaing dengan syarikat-syarikat gergasi dalam

pertanian komersil.

Peningkatan Pengeluaran Hasil Komoditi

Sebelum Perang Dunia Kedua, ekonomi di Tanah Melayu adalah berdasarkan kepada

dua sumber iaitu, bijih timah dan juga getah. Tanah Melayu merupakan pengeluar bijih timah

16 J. Kennedy. 1993. A History of Malaya (Third Edition). Kuala Lumpur: S. Abdul Majeed & Co.17 Ibid.

7

Page 8: Kapitalis

yang terbesar dunia.18 Sebelum Perang Dunia Kedua, antara 30-40 peratus jumlah pengeluaran

bijih timah dunia telah dibekalkan oleh Tanah Melayu.19 Kekayaan dan kemajuan ekonomi di

tanah Melayu pada ketika itu adalah disebabkan oleh jumlah keuntungan yang diperolehi hasil

pengeksportan bijih timah ke pasaran dunia. Akhir kurun ke-19, Tanah Melayu telah menjadi

pengeluar bijih timah yg terbesar di dunia iaitu dengan pengeluaran kira-kira 38 000 tan

setahun. 20 Selain bijih timah, getah juga turut ditanam di Tanah Melayu sebagai salah satu

tanaman ladang untuk tujuan eksport di Tanah Melayu. Namun begitu, terdapat dua jenis

tanaman yang telah ditanam sebelum penanaman getah. Tanaman itu ialah lada hitam dan

kopi.21 Penanaman lada hitam di Tanah Melayu adalah berikutan daripada keadaan tanah dan

muka bumi Tanah Melayu yang subur. Manakala penanaman kopi pula telah membawa satu

lagi cara pertanian perladangan secara besar- besaran ke kawasan baru. Kopi telah ditanam di

kawasan tanah yang telah diperun dan dibersihkan. Peningkatan tanaman kopi di Tanah

Melayu telah menarik masuk ramai pengusaha Eropah.

Kemasukan Buruh Asing

Masyarakat imigran yang paling utama seperti yang umumnya diketahui ialah

masyarakat India dan China disebabkan mereka merupakan agen terpenting kepada kronologi

proses pembangunan negara secara amnya dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Selain

daripada masyarakat yang dinyatakan di atas, terdapat juga imigran lain yang datang ke

Tanah Melayu adalah Serani, Siam, Bugis, Jawa, Arab, Sikh dan banyak lagi. Umum

mengetahui bahawa antara penyebab kepada berlakunya penghijrahan para penduduk di

China dan India ke Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa perkara.

Menurut Mohd Isa Othman, jumlah kedatangan penghijrahan luar bertambah ramai

pada zaman penjajahan British.22 Penghijarahan secara besar-besaran buruh Cina dan India ke

negara ini berterusan sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Menjelang abad ke 20,

wujud pula kependudukan baru di semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang

18 Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 223. 19 Ibid.20 Ibid. Hal. 225.21 Ibid. Hal. 229. 22 Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Hal. 171

8

Page 9: Kapitalis

terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik yang dikategorikan sebagai masyarakat imigran.23

Penghijarhan secara besar-besaran buruh Cina dan India ke negara ini berterusan sehingga

meletusnya Perang Dunia Kedua. Menjelang abad ke 20, wujud pula kependudukan baru di

semenanjung Tanah Melayu, sabah dan Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan

etnik yang dikategorikan sebagai masyarakat imigran.24 Orang Cina merupakan masyarakat

imigran yang terbesar di negara ini, diikuti oleh kaum India, manakala orang Arab, Portugis,

Sinhalese dan Eropah merupakan masyarakat imigran yang kecil bilangannya (minoriti).25

Penghijrahan orang Cina dan India secara besar-besaran bermula pada abad ke-19

yang berpunca dari perkembangan dan kemajuan ekonomi yang pesat kesan daripada

Revolusi Perindustrian, polisi-polisi yang berkaitan dengan perdagangan dan dasar

pentadbiran kolonial yang baru di Negeri-Negeri Selat.26 Peluang ekonomi yang banyak telah

mendorong kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh ini amat

penting bagi menjayakan perusahaan bijih timah di samping peluang-peluang perniagaan

yang banyak di kawasan bandar terutamanya. Peluang untuk mengerjakan pertanian di bawah

sistem Kangcu (Johor) menggalakkan lagi kedatangan orang-orang Cina. Di bawah sistem

ini, mereka diberi tanah untuk mengerjakan pertanian terutamanya lada hitam. Menurut

catatan, pada 1881,seramai 89 900 orang Cina telah tiba di Pulau Pinang dan Singapura,dan

jumlah ini tentulah semakin meningkat pada tahun-tahun berikutnya. Menjelang tahun 1931,

jumlah imigran cina di Negeri-negeri Selat telah mencapai angka 663,516 orang, di Negeri-

Negeri Melayu Bersekutu bejumlah 711,540 orang dan Negeri-Negeri Melayu Tidak

Bersekutu berjumlah 330857 orang.27

Selain itu juga, perkembangan sektor perladangan getah juga telah menarik ramai

buruh dari India untuk datang bekerja di ladang. Imigran dari India bukan hanya bekerja di

ladang malahan turut digunakan oleh Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya. Di samping

itu, peluang pekerjaan bagi golongan menengah di Tanah Melayu turut dipenuhi oleh orang

India seperti kerani, guru, doktor dan lain-lain. Pertambahan masyarakat India semakin

meningkat dengan jumlah imigran di Negeri-Negeri Selat telah mencecah ke 132,277 orang

23 Malaysia Kita, Panduan dan Rujukan Peperiksaan Am Kerajaan. 2007. International Law BookServices. Hal. 27624 Ibid.25 Ibid. Hal. 27726 Ibid.27 Ibid. Hal. 278

9

Page 10: Kapitalis

pada tahun 1931. Jumlah imigran India di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pula sebanyak

379,996 dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seramai 110,951 orang.28

Faktor pertama yang menyumbang kepada peningkatan hasil ekonomi di Tanah

Melayu adalah disebabkan oleh kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu. Oleh sebab,

perkembangan pesat dalam perusahaan bijih timah dan mendapat permintaan yang tinggi,

pembesar- pembesar Melayu telah mengupah buruh cina untuk mengusahakan lombong bijih

timah mereka. Kemasukan buruh cina ke Negeri-Negeri Melayu boleh dibahagikan kepada

tiga tahap. Tahap yang pertama berlaku pada tahun 1820-an, pada masa itu mereka

melibatkan diri dengan perlombongan bijih timah dengan memberi wang pendahuluan

kepada raja- raja Melayu.

Dalam fasa yang kedua, iaitu 1840-an buruh Cina terlibat secara langsung dalam

perlombongan dengan pembukaan lebih banyak kawasan. 29 Keadaan ini secara tidak langsung

telah mengalakkan kemasukan orang Cina secara beramai- ramai. Manakala tahap ketiga pula

berlaku pada tahun 1870–an iaitu apabila industri perlombongan bijih timah dikuasai

sepenuhnya oleh orang Cina. Setelah penemuan bijih timah oleh Long Jaafar di Larut, Perak

pada tahun 1848, barulah berlaku kemasukan secara besar- besaran orang Cina ke Tanah

Melayu.30 Orang Cina telah membuka lombong- lombong di Larut, Lembah Kinta, Lembah

Kelang dan Sungai Ujong. 31 Mereka juga memperkenalkan kaedah perlombongan yang lebih

efektif iaitu Lombong Dedah dan Lombong Pam.32 Selain itu mereka juga turut

memperkenalkan penggunaan stim. Hasilnya, pengeluaran bijih timah telah bertambah dari

6500 tan dalam tahun 1850 kepada 50000 tan dalam tahun 1904.33 Permintaan yang tinggi

terhadap bijih timah telah mengalakkan kemasukan modal dan buruh cina. Perusahaan

perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh orang cina. Lombong- lombong bijih timah yang

diusahakan oleh orang cina telah memperoleh keuntungan, sehingga mampu menarik minat

saudagar-saudagar Eropah.

Kemasukan Pemodal dan Syarikat Asing

28 Ibid. Hal. 27929 Muhammad Redzuan Othman. 2006. Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Hal. 81.30 Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hal.310. 31 Mardiana & Hasnah, 2000. Pengajian Malaysia. Hal. 218. 32 Ibid. Hal. 218. 33 Ibid.

10

Page 11: Kapitalis

Kedatangan British ke Tanah Melayu menyaksikan tanah-tanah pertanian milik

pribumi ini dikuasai dan dieksploitasi hasilnya. Menurut kajian seorang sarjana Jepun di

Malaysia, lebih daripada 180 buah syarikat British di Tanah Melayu yang menguasai hampir

800 000 ekar pokok getah yakni hampir 59 peratus ladang getah yang terdapat di Tanah

Melayu misalnya Rubber Esatate Agency of London (REAL), Sandylands Buttery & Co,

Sime Darby Ltd, Guthrie & Co serta pelbagai lagi.34 Selepas wujudnya proses pemvulkanan

dan kemajuan-kemajuan dalam pemprosesan getah, pemodal-pemodal British berlumba-

lumba melabur di Tanah Melayu. Ladang-ladang luas milik orang Eropah, kemudian 1/5

milik pemodal Cina dan orang Melayu hanya sedikit sahaja dan dianggarkan hanya 165 000

ekar milik orang Melayu.35

Di Kelantan misalnya, Syarikat Pembangunan Duff melabur modal dalam perusahaan

getah di Hulu Kelantan dan memiliki lebih daripada 2 ribu ekar tanah dengan cukai

maksimum $0.25 sen seekar. Dengan adanya modal yang besar, tiga buah estet telah dibuka

iaitu Estet Taku seluas 713 ekar, Estet Kenneth seluas 371 ekar dan Estet Kluat meliputi

kawasan tebing sungai anggaran 189 ekar. Pada akhir tahun 1908, jumlah keseluruhan estet

di Kelantan ialah 3 740 ekar, namun milik orang Melayu hanya 123 ekar yakni 3.5 peratus

daripada keseluruhan.36

Pemodal daripada Eropah mula melabur di Tanah Melayu secara besar-besaran seawal

dekad pertama abad ke-20 misalnya Straits Trading Company, Syarikat Messrs, Osborne dan

Chapel di Tnjung Rambutan dan Syarikat Malayan Tin Dredging di Batu Gajah, Perak.

Kesemua syarikat ini memperkenalkan teknologi perlombongan moden misalnya pam kelikir,

monitor dan kapal korek seperti yang digunakan di New Zealand dan Australia.37

Pengukuhan Sistem Mata Wang

34 Nicholas J. White. 2004. British Business in Post Colonial Malaysia’s 1957-1970, Neo-Colonialism or Disengagement. London: RoutledgeCurzon. Hal. 5.35 Perangkaan yang dikeluarkan dari Buku Tahunan Tanah Melayu, 1935 (Singapura, 1935). Bagi perusahaan getah, lihat juga D.H Grist. 1931. Nationality of Ownership and Nature of Constitution of Rubber Estate in Malaya. Kuala Lumpur:Jabatan Pertanian Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.36 Nik Hasslinda Nik Hussain. 2011. Pentadbiran Kolonial dan Isu Pemilikan Tanah di Kelantan, 1881-1941, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Hal. 69.37 Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Hal.193.

11

Page 12: Kapitalis

Selain itu, pengenalan sistem ekonomi kapitalis di Malaysia turut memberi kesan

kepada sistem mata wang. Kegiatan perdagangan juga tidak lagi menggunakan sistem tukaran

barang dagangan atau barter trade, tetapi telah menggunakan sistem pertukaran mata wang. 38

Sebelum kedatangan British, masyarakat Tanah Melayu menggunakan pelbagai jenis mata

wang , seperti penggunaan mata wang dinar di negeri Kelantan, wang kupang emas di

Terengganu dan jongkong tampang di Pahang. Namun setelah kedatangan kuasa British di

Tanah Melayu, British telah memperkenalkan pengguanaan mata wang asing di Tanah

Melayu. Mata wang Perak Sepanyol yang telah diperkenalkan pada tahun 1850 mampu

bertahan sehingga 300 tahun. 39 Mata wang ini telah digunakan di Negeri- Negeri Melayu dan

Negeri- Negeri Selat. 40 Pada tahun 1800-an, negeri- negeri Melayu telah menggunakan wang

sendiri dan menerima penggunaan dollar Sepanyol.41 Ini menyebabkan mata wang kerajaan

Melayu terhapus.42 Pada tahun 1906, British telah memperkenalkan dollar wang kertas Negeri-

negeri Selat. Seterusnya, British telah menubuhkan sebuah pertubuhan yang

bertanggungjawab untuk mengeluarkan wang kertas bagi Negeri- Negeri Selat di bawah

Ordinan XIII, iaitu Lembaga Pesuruhjaya Wang pada tahun 1897.

Kesan perkembangan pesat dalam pembangunan ekonomi di Tanah Melayu, secara

tidak langsung telah mendorong British melakukan beberapa perubahan yang bertujuan untuk

melicinkan urusan pentadbiran kewangan. Akibat dari keinginan untuk memudahkan lagi

pengurusan kewangan, British telah menubuhkan sebuah institusi kewangan atau lebih

dikenali sebagai bank. Penubuhan bank telah membawa kepada pengenalan sistem kewangan

moden yang berorientasikan keuntungan dengan pulangan faedah yang tinggi. Dengan adanya

institusi kewangan ini, dana dari luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan

mudah dan cepat. Hal ini menjelaskan bahawa bank berperanan sebagai ejen pembayar kepada

pengeksport dan pengimport yang kemudiannya menjadikan urusan perniagaan antarabangsa

berlangsung dengan baik. Misalnya, bank pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu adalah

Mercantile Bank yang ditubuhkan pada tahun 1859.

Memperkenalkan Undang-Undang Tanah

38 Kassim Thukiman. 2002. Malaysia:Persperktif, Sejarah dan Politik. Hal. 77. 39 Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Hal. 256. 40 Ibid.41 Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia, Edisi Kedua. Hal. 113. 42 Ibid.

12

Page 13: Kapitalis

Jangan kita lupa bahawa tujuan utama British menguasai Malaysia khususnya Negeri-

Negeri Melayu Bersekutu (NMB) didesak oleh kepentingan ekonomi. British berpendapat

bahawa sistem hakmilik tanah secara adat tidak lagi releven untuk memenuhi keperluan

sistem ekonomi kapitalis.43 Oleh itu, British telah menghapuskan sistem tanah adat. Dengan

kuasa sultan yang sudah diambil alih oleh Residen maka secara automatiknya tanah sebuah

negeri menjadi milik kerajaan. Namun kesan yang paling utama ialah tanah yang menjadi

keagungan Sultan selama ini beralih kuasa di bawah kawalan Residen. Pihak British melalui

kuasa yang ada pada Residen telah memperkenalkan beberapa undang-undang mengenai

tanah seperti Undang-undang Tanah Inggeris dan Undang-Undang Tanah Simpanan Melayu

1913. Sultan bukan lagi sebagai pemilik mutlak tanah dan sumber ekonomi utama orang

Melayu lagi.

Dahulu, rakyat bergantung kepada Sultan dan pembesar untuk terus menjalankan

kehidupan seharian kerana bergantung kepada tanah yang dikurnia kepada mereka untuk

dikerjakan. Kini tidak lagi apabila undang-undang tanah diperkenalkan. Struktur feudal

daripada aspek ekonomi hampir tiada lagi kerana golongan bawahan tidak bergantung kepada

golongan atasan lagi. Oleh itu, kuasa sultan dan pembesar telah hilang disebabkan dasar baru

ini. Ia menyebabkan hubungan rakyat dengan sultan dan pembesar semakin renggang dan

yang tinggal hanyalah hubungan sosial sahaja iaitu Sultan sebagai ketua agama dan adat

istiadat sahaja. Struktur masyarakat tradisional tempatan yang dahulunya kaku kini sudah

kelihatan sedikit demi sedikit lebi fleksibel terutama daripada aspek ekonomi yang turut

memberi kesan kepada aspek sosial akibat dasar-dasar yang diperkenalkan oleh British ini.

Oleh itu, British telah memperkenalkan Undang-Undang Tanah Inggeris di NMB.

Perak antara negeri yang mula diperkenalkan undang-undang Tanah Inggeris. Kemudian ia

juga berubah-ubah mengikut pemerintah yang mentadbir begitu juga di NMB yang lain.

Undang-undang Tanah Inggeris ini menetapkan bahawa tanah adalah milik pemerintah dan

setiap rakyat mestilah membuat permohonan kepada kerajaan untuk mendapatkan hak milik

tanah yang dipohonnya.44 Prosedur ini dijalankan oleh Pejabat Daerah negeri masing-masing.

Selain itu juga, mereka juga tidak lagi memerlukan kebenaran untuk menjalankan aktiviti

43 Ahmad Nazri Bin Ahmad. 1985. Melayu dan Tanah. Petaling Jaya: Media Intelek Sdn Bhd. Hal. 2644Ibid. Hal. 26

13

Page 14: Kapitalis

pertanian kerana segala urusan mengenai oleh Pejabat Daerah dibawah kekuasaan pihak

British. Segala permohonan untuk memiliki tanah juga melalui Pejabat Daerah. 45

Pada tahun 1913, British telah memperkenalkan Akta Tanah Simpanan Melayu

bertujuan untuk melindungi tanah-tanah kaum pribumi ini daripada dimiliki oleh orang lain,

hanya Residen mempunyai kuasa untuk memberikan konsesi tanah perusahaan kepada mana-

mana pemodal.46 Dalam hal ini, di setiap kawasan Tanah Simpanan, kegiatan pertanian

ekspot tidak dibenarkan47Undang-undang ini diperkukuhkan lagi dengan pelaksanaan

Enakmen Tanah Padi pada tahun 1917, iaitu larangan penanaman getah di kawasan-kawasan

penananman padi. Secara teorinya memang British berusaha melindungi tanah-tanah orang

Melayu daripada dipindah milik kepada orang-orang Cina, India mahupun kaum lain, namun

secara praktikalnya ia bertujuan untuk mengekalkan keseimbangan ekonomi. Orang-orang

Melayu perlu membekalkan makanan kepada pekerja-pekerja British di sektor perlombongan

dan perladangan sekaligus mengukuhkan rantaian sistem pengeluaran yang lebih progresif.48

Tidak cukup dengan sekatan tersebut, British memperkenalkan lagi Rancangan Peraturan

Getah Antarabangsa pada tahun 1934 dengan memberi kuota kecil sahaja kepada orang-orang

Melayu yang masih mahu menjalankan penanaman getah.49 Namun hal yang sebaliknya

berlaku kepada pemodal-pemodal Eropah, British memperkenalkan pelbagai skim pelaburan

dan cukai yang rendah untuk menarik minat mereka melabur dalam pertanian ekspot bagi

merancakkan kegiatan perusahaan perindustrian namun orang-orang Melayu dihalang untuk

menceburkan diri dalam pertanian ekspot sekaligus merencatkan pertumbuhan ekonomi dan

mencacatkan peredaran sosial mereka.

Kesan ke atas masyarakat tempatan pula, mereka dapat meningkatkan taraf hidup

mereka melalui pemilikan tanah sendiri. Jika dulu tanah yang menjadi keagungan golongan

atasan kini sudah berada dalam genggaman mereka. Pergerakan mobiliti sosial sudah

kelihatan apabila taraf hidup mereka mulai meningkat sedikit dan kuasa sultan dan pembesar

45 Tanah akan diukur dibantu oleh Jabatan Ukur untuk menentukan sempadan hakmilik dan Pejabat Tanah mengeluarkan dokumen pendaftaran tanah ataupun geran tanah. Pejabat Daerah menjadi insitusi yang penting dalam menguruskan hal-hal tanah kerana Pejabat Daerah yang akan tetapkan setiap kawasan tertentu. Selain itu juga, pembayaran cukai tanah juga perlu dilangsaikan di Pejabat Daerah. 46 Ramlah Adam. 1992. Dato’ Onn Jaa’far Pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 215.47 Rupert Emerson. 1987. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule (terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal.61.48 Ibid. Hal. 64.49 Ibid. Hal. 47.

14

Page 15: Kapitalis

semakin berkurang. Ia secara tidak langsung juga mengurangkan jurang sosioekonomi

golongan pemerintah dengan yang diperintah. Undang-Undang Tanah Simpanan Melayu

turut membawa kesan pengekalan orang Melayu terus berada di kampung dan terus

terpinggir. Struktur pola petempatan orang Melayu terus dikekalkan menerusi Undang-

Undang Tanah Simpanan Melayu ini.

Di Sarawak pula, beberapa akta diperkenalkan untuk melindungi tanah milik pribumi

misalnya Land Order pada tahun 1931 dan Land Settlement Order pada tahun 1933. Undang-

undang ini melarang penduduk pribumi memajak atau menjual mana-mana tanah bertujuan

untuk mengekalkan pemilikannya hak pribumi namun Raja Sarawak yakni Keluarga Brooke

mempunyai kuasa mutlak menentukan status tanah tersebut bertujuan komersian ataupun

tidak. Jika benar Keluarga Brooke mahu melindungi tanah-tanah milik pribumi, orang-orang

Cina Foochow, Hakka dan Kantonis tidak akan diberi konsesi tanah dan modal permulaan

untuk penanaman lada.50 Diantara tahun 1935 hingga 1939, Sarawak merupakan pengeluar

lada kedua terbesar di dunia dengan hitungan purata pengeluaran 2 700 tan setahun.51

Tiga kawasan utama perusahaan lada di kawasan Kuching-Serian di Bahagian

Pertama milik orang Hakka, dan di Bahagian Ketiga iaitu Sarikei-Binatang milik orang-orang

Foochow dan Kantonis. Penglibatan orang-orang Iban dan Dayak Darat hanya 26 peratus

daripada nilai keseluruhan sehingga tahun 1959.52 Dalam hal perlombongan emas pula, hasil

pengeluarannya seawal tahun 1840an lagi, namun semuanya dimiliki oleh orang-orang Cina

misalnya di Bau-Bidi, Tai Ton dan Tai Parit. Menurut laporan akhir tahun 1959, jumlah emas

yang dihasilkan sebanyak 1 235 000 aun namun kaum pribumi hanyalah sekadar pekerja

sahaja. Lombong-lombong ini milik Syarikat Borneo, Syarikat Perlombongan Emas Say

Seng, Syarikat Perlombongan Kwei Fah, Ng Kui Hiung dan banyak lagi. Maka jelas

pelaksanaan undang-undang ini hanya di atas kertas tetapi kebenaran berlaku disebaliknya

kerana penduduk pribumi masih tertinggal jauh dalam arus pembangunan sosioekonomi

semasa.

Di Sabah pula, pengenalan kepada Proklamasi III Perlindungan Hak Pribumi pada

tahun 1889 menyatakan bahawa hak milik tanah pribumi diletakkan di bawah kuasa Pegawai

50 H. Longhurst. 1956. The Borneo Story. London: Newman Neame. Hal. 65.51 G. Dalton.1912. “Pepper Growing in Upper Sarawak”, Journal Muzium Sarawak, Jilid 1 Bilangan 2. Hal. 55.52 Banci Pertanian Sarawak. 1960, Kucing, n.d. (minesgraph). Hal. 23.

15

Page 16: Kapitalis

Daerah dan jual beli tanah dengan pelabur-pelabur Eropah perlu mendapat persetujuan Ketua

Pribumi. Ini adalah perkara yang termaktub di dalam undang-undang namun selepas desakan

daripada pemodal-pemodal Eropah, British mengambil alih pentadbiran Sabah daripada

Syarikat British Utara Borneo (SBUB) pada 26 Jun 1946. Hal ini jelas menunjukkan undang-

undang untuk melindungi hak pribumi hanya sekadar di atas kertas kerana hasil bumi Sabah

terus-menerus dieksploitasi oleh pemodal Eropah maka akhirnya kaum pribumi ini masih

mengamalkan sistem kehidupan tradisional mereka.

Dasar Terhadap Pertanian

Getah menjadi satu tanaman yang paling menguntungkan pada akhir abad ke-19 dan

awal abad ke-20. Permohonan tanah menjadi semakin meningkat ekoran peningkatan harga

getah di pasaran. Contohnya di Perak pada tahun 1907, permohonan tanah bagi kawasan

Matang, Perak Hilir, Batang Padang dan Kinta meningkat kepada 11, 134 hektar.53

Masyarakat Melayu tidak terkecuali untuk membuat permohonan kerana tanaman getah ini

dilihat mampu memberi keuntungan kepada mereka namun sikap sikap pilih kasih yang

wujud dalam diri pegawai-pegawai Inggeris telah menyukarkan peluang mereka memiliki

tanah untuk tanaman getah. Mereka lebih mengutamakan pemodal-pemodal luar. Jika

permohonan mereka diluluskan, hanya sebagai pekebun kecil sahaja. Pekebun kecil juga

sering didiskriminasikan apabila mereka sering diberikan layanan yang berbeza dengan

dengan sektor perladangan getah contohnya mereka hanya diberikan kuota yang kecil dalam

pengeluaran getah dalam rancangan Sekatan Getah Antarabangsa.54

Kegiatan orang-orang Melayu dalam penanaman getah sekali lagi disekat apabila

terlaksananya Enakmen Tanaman Padi 1917 dan Enakmen Pengekalan Kelapa untuk

menghalang kedua-dua tanaman ini digantikan dengan getah.55 Sebagai percubaan untuk

menggalakkan orang-orang tempatan mengusahakan tanaman padi dan menghentikan

tanaman getah, setengah-setengah negeri di NMB telah mengeluarkan arahan supaya syarat ‘

Tiada Getah’ dikenakan ke atas tanah-tanah yang baru dipohon oleh orang Melayu.

53 Ahmad Nazri Bin Ahmad. 1985. Melayu dan Tanah. Hal. 2654 Badriyah Haji Salleh, “Imperialisme Ekonomi: Kajian Kes ke atas Imperialisme Industri Getah di Tanah Melayu”, dalam Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad.1990. Kolonialisme di Malaysia dan negeri-negeri lain. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd. Hal. 256.55 Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Hal. 253

16

Page 17: Kapitalis

Manakala aktiviti penanaman padi terus menjadi aktiviti utama masyarakat

tradisional. Walaupun perkembangan ekonomi yang pesat seperti penanaman getah tidak

menjadi faktor bagi pertanian padi juga turut berkembang sebagai pertanian perdagangan.

Dasar kerajaan British dalam Undang-undang Padi mensyaratkan pemilikan tanah orang

Melayu dengan melarang menanam tanaman lain selain daripada padi. Demikian juga

Undang-Undang Tanah 1911 melarang tanah-tanah negeri yang sesuai untuk tanaman padi

digunakan untuk tujuan lain. British bijak dalam menyusun langkah mereka apabila

menyarankan supaya sistem pertanian serta perairan dimodenkan dengan tertubuhnya Jabatan

Parit dan Tali Air . Dasar ini jika dilihat membantu masyarakat Melayu tetapi dari satu sudut

yang lain walaupun mereka sedar kos pengeluaran beras lebih mahal daripada mengimport

beras tetapi British berpendapat bahawa dengan dasar ini ia dapat mengekalkan bentuk dan

cara hidup orang Melayu. 56 Secara tidak langsung, tindakan British ini mengekalkan status

quo masyarakat Melayu sebagai petani padi. Ia diperkukuhkan lagi dengan Undang-Undang

Tanah Simpanan Melayu 1913 yang mengekalkan terus orang Melayu dalam lapangan tradisi

mereka pada tanah dan juga penanaman padi.

Selain itu juga, dasar pertanian yang dijalankan oleh British ini mengakibatkan orang

Melayu menjadi peminjam wang daripada bangsa asing. Orang Melayu yang mengusahakan

padi menghadapi beberapa masalah terutamanya modal untuk mengusahakan tanaman

mereka. Keperluan seperti baja, racun tanaman dan juga teknologi memerlukan modal yang

tinggi. Selain itu juga, masalah pasaran juga menjadi perkara yang rumit apabila pengilang

Cina memonopoli pembelian padi di NMB dan menindas para petani dengan menentukan

harga padi sesuka hati menyebabkan petani meminjam wang contohnya melalui sistem

Kunci.57 Kesan melalui sistem ini ialah petani terus terbeban dan terikat dengan hutang setiap

tahun. Jumlah pinjaman daripada pengilang-pengilang Cina di setiap kawasan pertanian padi

di NMB dianggarkan antara 40 hingga 90 peratus.58

Kegiatan peminjaman ini juga berlaku kepada orang Melayu yang mengusahakan

tanaman getah kerana tanaman itu juga memerlukan modal yang besar. Apabila tanaman

mereka tidak menjadi dan hasil tanaman tidak memuaskan maka akhirnya kebun mereka akan

56 Ahmad Nazri Bin Ahmad. 1985. Melayu dan Tanah.Hal. 4657 Isu peminjaman wang melalui sistem Padi Kunca adalah satu bentuk kemudaham pinjaman yang berbentuk penindasan kerana sebelum menuai, petani Melayu akan diberikan kemudahan meminjam wang untuk sara hidup. Apabila mereka menjual padi kelak, hasilnya kan dipotong terus dan hanya baki yang sedidkit sahaja akan diberikan kepada petani. Cara ini mengikat terus petani dengan bebanan hutang setiap tahun.58Ibid. Hal. 49.

17

Page 18: Kapitalis

dijual atau dicagarkan kepada kreditor. Kemudahan pinjaman ini adalah satu penindasan

terhadap orang Melayu kerana faedah yang tinggi menyulitkan pembayaran balik pinjaman

kerana dalam pada masa yang singkat, jumlah faedah berlipat ganda melebihi pinjaman

pokok. Jika mereka tidak mampu membayar balik, kreditor akan mengambil tindakan

mahkamah dengan mendapatkan perintah menjual tanah yang dijadikan cagaran.

Implikasinya mudah ke atas struktur sosioekonomi masyarakat Melayu iaitu jika dulu

orang Melayu meminjam wang kepada sultan atau pembesar tapi kini, mereka bergantung

kepada orang asing yang mengikat mereka. Dahulu, jika petani tidak mampu membayar

hutang, mereka akan tetap mengerjakan tanah milik sultan atau pembesar tapi ia berbeza

dengan sekarang kerana jika mereka gagal membayar, tanah mereka akan tergadai. Oleh itu,

jelas struktur feudal semakin runtuh ekoran dasar pertanian yang diperkenalkan oleh British

kerana rakyat temapatan tidak lagi bergantung dengan sultan dalam urusan peminjaman

wang.

Apabila orang Melayu sudah memiliki tanah sendiri, masalah yang timbul pula ialah

orang Melayu menjualkan tanah mereka kepada oarang asing. Ia ekoran permintaan terhadap

tanah yang semakin meningkat oleh orang asing ketika zaman harga getah melambung tinggi.

Tanah pertanian yang subur semakin berkurangan dan pemodal berlih kepada tanah-tanah

milik orang Melayu yang masih belum diusahakan. Contohnya dalam bulan Oktober 1909,

dilaporkan sebanyak 124 hakmilik orang Melayu di Kelang dijual kepada orang Cina.59

Penjualan tanah orang Melayu ini bukan sahaja ekoran permintaan harga yang tinggi, tetapi

desakan untuk membayar cukai tanah. Buktinya mengikut laporan Pemungut Hasil Tanah

Kuala Lumpur pada tahun 1906-1907 sebanyak 32 keping tanah dijual oleh orang Melayu

untuk menjelaskan baki cukai tanah tahun 1905 dan 1906.60 Penjualan tanah ini juga

bertujuan untuk mendapatkan wang melaksanakan upacara tertentu contohnya upacara-

upacara tertentu dijalankan secara besar-besaran terutama sekali dalam perkahwinan.61 Selain

itu juga untuk tujuan perayaan, naik haji dan sebahagian kecil sahaja untuk tujuan

penternakan. Oleh itu, Undang-Undang Tanah Simpanan Melayu 1913 diperkenalkan supaya

tanah orang Melayu ini terus kekal milik mereka dan mereka terus kekal berada di kampung-

kampung.

59 Ibid. Hal. 5960 Ahmad Nazri Bin Ahmad. “Undang-Undang Tanah Simpanan Melayu”, dalam Khoo Kay Kim. Sejarah Masyarakat Melayu Moden. 1985. Kuala Lumpur :Universiti Malaya. Hal. 106.61 Ahmad Nazri Bin Ahmad. 1985. Melayu dan Tanah. Hal. 61

18

Page 19: Kapitalis

Pengkhususan Pekerjaan Berasaskan Kaum

Kepesatan dan perkembangan sektor perlombongan bijih timah oleh kuasa kolonial

British telah menyebabkan berlakunya masalah kekurangan tenaga buruh tempatan untuk

memenuhi keperluan aktiviti ekonomi di Tanah Melayu. Masalah ini telah mendorong British

untuk membawa masuk tenaga buruh dari luar untuk bekerja dalam sektor perlombongan bijih

timah dan pertanian. Kedatangan orang India dan Cina ke Tanah Melayu telah mewujudkan

masyarakat yang berbilang kaum di Tanah Melayu. Terdapat tiga kaum yang utama di Tanah

Melayu pada ketika itu, iaitu orang Melayu, yang merupakan penduduk asal Tanah Melayu,

manakala orang India dan Cina merupakan golongan yang berhijrah ke Tanah Melayu akibat

daripada perkembangan ekonomi kapitalis yang diperkenalkan oleh British. Kaum- kaum ini

telah bekerja berasaskan pengkhususan pekerjaan yang ditentukan oleh pihak British.

Masyarakat Melayu telah diberikan peranan untuk memberi tumpuan kepada aktiviti- aktiviti

pertanian dan juga perternakan di kawasan kampung dan pedalaman. Manakala kaum India

yang menetap di kawasan estet dan juga ladang. Mereka bekerja sebagai penoreh getah dan

terdapat juga sebahagian mereka bekerja sebagai kerani di pejabat-pejabat kerajaan British.

Jika orang Melayu diberikan tanggungjawab untuk menjalankan aktiviti pertanian, dan orang

India bekerja di ladang- ladang, berlainan pula dengan orang Cina yang lebih tertumpu kepada

pekerjaan yang terdapat di bandar dan juga di pekan. Orang- orang cina ini bekerja sebagai

pendulang bijih timah, pekedai dan sebagainya.

Kesan Terhadap Politik

Pengenalan sistem ekonomi kapitalis ini secara tidak langsung telah memberi kesan

kepada sistem politik di Tanah Melayu. Hal ini kerana, pihak Inggeris bukan sahaja

melakukan perubahan dalam aspek ekonomi malah turut melibatkan sistem pemerintahan dan

pentadbiran di Tanah Melayu. Melalui pelaksanaan Sistem Residen, pihak Inggeris bertindak

melantik seorang wakilnya sebagai Residen untuk mentadbir setiap negeri dan berperanan

menasihati Raja- Raja Melayu dalam semua hal ehwal pentadbiran negeri kecuali hal- hal

yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Dua kesan yang paling ketara

dalam aspek politik adalah lahir penentangan oleh golongan pembesar dan kejatuhan pengaruh

sultan dan pembesar.

19

Page 20: Kapitalis

Penentangan Golongan Pembesar

Pembaharuan yang dilakukan oleh pihak penjajah telah membangkitkan semangat

nasionalisme dalam kalangan pembesar tempatan. Golongan pembesar merupakan golongan

yang mempunyai tanggungjawab penting dalam bidang pentadbiran dan ekonomi di Tanah

Melayu. Mereka mempunyai kuasa dalam hal- hal yang melibatkan pentadbiran negeri dan

memungut cukai. Akibat daripada perubahan dan pembaharuan yang dilakukan oleh Biritish,

golongan ini telah bangkit menentang kuasa kolonial British. Terdapat dua sebab utama wujud

kesedaran dalam kalangan pembesar untuk menentang British. Sebab- sebab tersebut boleh

digolongkan kepada dua iaitu, sebab yang pertama adalah kerana penggugatan kuasa politik

golongan pembesar. Sebelum kedatangan kuasa British, sistem ekonomi di Tanah Melayu

adalah berasaskan sistem kerah dan serah. Sistem kerah dan serah ini adalah merujuk kepada

rakyat jelata bekerja untuk raja atau kerajaan. Pembesar menggunakan sistem kerah dan serah

untuk mendapatkan hasil. Hasil pendapatannya lebih lumayan dan ini kadang-kala

menyebabkan mereka lebih kaya daripada Sultan. Contohnya, Long Jaafar dan Ngah Ibrahim

yang menguasai Larut. Long Jaafar telah berjaya mengekploitasi bijih timah di Larut. Namun,

setelah perjanjian Pangkor ditandatangani, Ngah Ibrahim dikehendaki menerima seorang

Penolong Residen. Menteri Ngah Ibrahim sebenarnya tidak menyenangi campur tangan British

di Larut tetapi tidak berani menentang secara terbuka. 62 Hal ini kerana Ngah Ibrahim

mempunyai kekangan untuk mendapatkan kekuatan tentera yang mencukupi disebabkan

kekurangan punca pendapatan. Penempatan British di Tanah Melayu telah menghapuskan

sistem kerah.

Manakala sebab kedua golongan pembesar menentang penjajahan British adalah

kerana mereka kehilangan kuasa memungut cukai. Hal ini bermaksud, kuasa ekonomi yang

dimiliki oleh golongan pembesar sebelum kedatangan barat, telah diambil alih oleh British.

Pembesar di Tanah Melayu telah kehilangan kuasa mereka dalam aspek ekonomi. Hal ini

secara langsung menyebabkan pembesar tidak lagi mempunyai hak untuk memungut hasil dan

cukai daripada rakyat kerana tugas ini telah dirampas oleh British. Senario ini jelas dibuktikan,

seperti yang berlaku di Negeri Perak, semasa pentadbiran Birch. Beliau mengkehendaki semua

cukai dikutip oleh pegawai kerajaan negeri. 63 Birch mahu kuasa mengutip cukai yang selama

62 Mohd. Isa Othman. 1999. Gerakan Protes : Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke- 19 dan Pada Awal Abad Ke-20. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hal. 56.63 Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Hal. 125.

20

Page 21: Kapitalis

ini dikendalikan oleh pembesar dihapuskan. 64 Birch melakukan demikian adalah untuk

memperbaiki keadaan kewangan, menjelaskan hutang negeri dan membayar gaji pegawai-

pegawai serta Residen. Namun, sebenarnya tindakan Birch itu adalah kerana ingin mengambil

alih hak atau kuasa memungut cukai pembesar- pembesar Melayu. Langkah mengenepikan

pembesar juga dianggap menyimpang dari amalan biasa masyarakat tempatan. Birch juga turut

memperkenalkan beberepa jenis cukai baru. 65 Ini termasuklah cukai ke atas padi, senjata,

perahu, bayaran permit untuk membalak dan atap, menubuhkan satu pajak candu, minuman

keras dan jadi.66 Tindakan Birch ini telah membangkitkan rasa ketidakpuasan hati pembesar

tempatan, kerana tindakan Birch ini telah melanggar adat tatasusila masyarakat Melayu.

Keadaan ini akhirnya, telah mewujudkan penentangan oleh pembesar tempatan di Perak, iaitu

Dato Maharajalela. Dalam penentangan itu, Dato Maharaja Lela melantik Pandak Indut untuk

mengetuai rancangan pembunuhan Birch. Birch telah mati dibunuh dalam peristiwa

penentangan tersebut. Manakala Dato Maharaja Lela, Pandak Indut dan Ngah Gabor menyerah

diri.67 Selain itu juga, akibat pengenalan sistem ekonomi kapitalis, hal ini telah menghapuskan

sistem kebergantungan, sehinggakan raja dan pembesar terpaksa bergantung kepada modal

pendahuluan daripada para pedagang Negeri- Negeri Selat.

Kejatuhan Pengaruh Sultan dan Golongan Pembesar

Setelah sistem ekonomi kapitalis diperkenalkan, segala hal- hal yang berkaitan dengan

pentadbiran seperti hal ehwal pentadbiran negeri, hal ehwal pertahanan dan hubungan luar

negeri terletak di bawah pengaruh Inggeris. Selain itu, segala urusan pungutan cukai dan

kawalan hasil negeri dilakukan mengikut nasihat Residen Inggeris. Jika sebelum kedatangan

kuasa barat, pembesar- pembesar Melayu mempunyai kuasa penuh untuk memungut cukai,

tetapi keadaan ini berubah apabila segala pungutan cukai dan kawalan hasil negeri diambil alih

oleh Inggeris. Hal ini menyebabkan pembesar-pembesar Melayu telah kehilangan kewibawaan

sebagai pembesar Melayu, kehilangan punca pendapatan serta pengaruh mereka. Misalnya,

pengenalan pelbagai dasar pentadbiran kolonial British di Pahang telah mencabar dan

menggugat kekuasaan tradisional yang selama ini dipegang oleh sultan dan pembesar. 68

64 Mohd. Isa Othman. 1999. Gerakan Protes : Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke- 19 dan Pada Awal Abad Ke-20. Hal. 27. 65 Ibid, Hal. 63. 66 C. D Cowan. 1961. 19th Century Malaya : The Origin of British Political Control. London : Oxford University Press. Hal. 302. 67 Buyung Adil. 1981. Sejarah Perak. Kuala Lumpur : Dewan dan Pustaka. Hal. 142. 68 Kassim Thukiman. 2002. Malaysia:Persperktif, Sejarah dan Politik. Hal. 87.

21

Page 22: Kapitalis

Misalnya di Pahang, kehadiran seorang Residen British iaitu J. P Rodger telah mengambil alih

segala tugas pembesar. Kerajaan British telah memperkenal Undang- undang Tanah yang

boleh menyekat kebebasan pembesar- pembesar Melayu dalam sumber ekonomi mereka.69

Akhirnya sultan bersetuju untuk menguatkuasakan undang- undang tanah mulai 1 Jun

1891.70Akibat daripada penjajahan British , Dato’ Bahaman yang merupakan seorang

pembesar di Pahang telah kehilangan kuasanya, gelarannya juga telah dilucutkan serta

elaunnya turut dipotong. Daerah semantan yang sebelum ini di bawah kawalan pengaruhnya,

telah dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan British. 71 Hal ini menyebabkan Dato’ Bahaman tidak

puas hati dengan pentadbiran British, kerana beliau telah kehilangan kuasanya dalam

pentadbiran negeri.

AKHIRUL KALAM

Jika dilihat melalui dasar-dasar British yang diperkenalkan di Malaysia terutamanya

di Semenanjung Malaysia lebih tertumpu kepada memajukan aspek ekonomi. Perkembangan

ekonomi daripada tradisional kepada ekonomi global ternyata telah melemahkan dunia kaum

tani Melayu iaitu dalam pertalian tradisional mereka dengan Sultan. Sementara mereka terus

kekal mengakui taat setia kepada Sultan, faktor-faktor yang menyumbangkan ke arah

pengekalan pola sosioekonomi tradisional itu sudah tiada lagi. Sultan-Sultan Melayu dilihat

tidak lagi memberikan naungan serta khidmat kepada hamba rakyat mereka sebagai

membalas ikrar taat setia serta tenaga yang diberikan kepada sultan. Kehadiran Pegawai

Inggeris yang silih berganti memberi perubahan yang besar. Ekonomi dagangan yang pesat

seperti industri perlombongan dan perladangan sudah memadai bagi meyakinkan kaum tani

Melayu bahawa satu kuasa sedang menguasai Malaysia. Bagaimanapun, sifat kejagoan

British serta dasarnya pemerintahannya menghalang kaum tani Melayu dari mengundur terus

dari sistem kebudayaan dan ekonomi lama mereka, yang semakin tidak bermakna lagi supaya

mendapat manfaat yang lebih besar dalam struktur sosioekonomi kolonial itu.

Secara keseluruhannya, kedatangan British ke Tanah Melayu yang bermula sejak kurun

ke-18 sehingga kurun ke-19 memang pada dasarnya adalah bertujuan untuk memonopoli

kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu. Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, banyak

69 Mardiana & Hasnah, 2000. Pengajian Malaysia. Hal.37. 70 W. Linehan. 1973. A History Of Pahang. Journal Of Malayan Volume XI. Hal. 130. 71 Kassim Thukiman. 2002. Malaysia:Persperktif, Sejarah dan Politik. Hal. 87.

22

Page 23: Kapitalis

perubahan yang telah dilakukan oleh British dari segi politik dan ekonomi. Pembaharuan yang

dilaksanakan oleh British terhadap dasar ekonomi di Tanah Melayu, melalui pengenalan

sistem ekonomi kapitalis sememangnya telah mengubah sistem politik di Tanah Melayu.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga banyak perubahan positif yang

turut dijelmakan melalui sistem ekonomi kapitalis oleh Inggeris di negeri-negeri di Malaysia

terutama dari aspek sosio ekonomi.

BIBLIOGRAFI

23

Page 24: Kapitalis

Abd. Rahim Abd. Rashid. 2000. Bahaya dan Ancaman Kapitalisme’, Wawasan Pembangunan: Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distrubation.

Ahmad Nazri Bin Ahmad. 1985. Melayu dan Tanah. Petaling Jaya: Media Intelek Sdn Bhd.

Ahmad Nazri Bin Ahmad. “Undang-Undang Tanah Simpanan Melayu”, dalam Khoo Kay Kim. Sejarah Masyarakat Melayu Moden. 1985. Kuala Lumpur :Universiti Malaya.

Ahmad Shukri Mohd Naim & Rosman Yusoff. 2003. Konsep, Teori, Dimensi dan Isu Pembangunan. Johor:Universiti Teknologi Malaysia.

Anthony Brewer. 1984. A Guide to Marx’s Capital. England:Cambridge University Press.

Badriyah Haji Salleh, “Imperialisme Ekonomi: Kajian Kes ke atas Imperialisme Industri Getah di Tanah Melayu”, dalam Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad.1990. Kolonialisme di Malaysia dan negeri-negeri lain. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Wisma FAM:Petaling Jaya.

Buyung Adil. 1981. Sejarah Perak. Kuala Lumpur : Dewan dan Pustaka.

Banci Pertanian Sarawak. 1960, Kucing, n.d. (minesgraph).

C. D Cowan. 1961. 19th Century Malaya : The Origin of British Political Control. London : Oxford University Press.

Chamil Wariya. 1987. Politik Kompromi. Kuala Lumpur : 'K' Pub. & Distributors.

Cheah Boon Kheang. 1990. Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara lain. Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn Bhd.

D.H Grist. 1931. Nationality of Ownership and Nature of Constitution of Rubber Estate in Malaya. Kuala Lumpur:Jabatan Pertanian Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

24

Page 25: Kapitalis

David Robertson. 2002. “The Routledge Dictionary of Politics,” Routledge: Taylor & Francis.

G. Dalton.1912. “Pepper Growing in Upper Sarawak”, Journal Muzium Sarawak, Jilid 1 Bilangan 2.

H. Longhurst. 1956. The Borneo Story. London: Newman Neame

J. Kennedy. 1993. A History of Malaya (Third Edition). Kuala Lumpur: S. Abdul Majeed & Co.

Kassim Thukiman. 2002. Malaysia:Persperktif, Sejarah dan Politik. Johor:Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

Leo Huberman & Paul M. Sweezy.1968. Introduction to Socialism. London:Monthly Review Press.

Malaysia Kita, Panduan dan Rujukan Peperiksaan Am Kerajaan. 2007. International Law Book Services.

Mardiana & Hasnah, 2000. Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd. Isa Othman. 1999. Gerakan Protes : Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke- 19 dan Pada Awal Abad Ke-20. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.

Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Muhammad Redzuan Othman. 2006. Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Nicholas J. White. 2004. British Business in Post Colonial Malaysia’s 1957-1970, Neo-Colonialism or Disengagement. London: RoutledgeCurzon

Nik Hasslinda Nik Hussain. 2011. Pentadbiran Kolonial dan Isu Pemilikan Tanah di Kelantan, 1881-1941, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

25

Page 26: Kapitalis

Ramlah Adam. 1992. Dato’ Onn Jaa’far Pengasas Kemerdekaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rupert Emerson. 1987. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule (terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Ruslan Zainuddin. 2003. Sejarah Malaysia, Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

W. Linehan. 1973. A History Of Pahang. Journal Of Malayan Volume XI.

Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

26