Karangan 04 Penulisan Perenggan Isi

12
PENULISAN - MEMBINA PERENGGAN ISI

description

Karangan Perbincangan 04

Transcript of Karangan 04 Penulisan Perenggan Isi

Page 1: Karangan 04   Penulisan Perenggan Isi

PENULISAN -

MEMBINAPERENGGAN ISI

Page 2: Karangan 04   Penulisan Perenggan Isi

KARANGAN• Himpunan perenggan – dibentuk

menggunakan ayat yang sempurna – darp segi makna dan tatabahasa.

• Ayat – dibentuk untuk mengembangkan idea.

• Setiap perenggan mempunyai SATU isi sahaja – dicadangkan.

• Setiap perenggan lengkap – disertakan isi penting, huraian dan contoh yang sesuai.

Page 3: Karangan 04   Penulisan Perenggan Isi

3 Jenis Perenggan

• Perenggan Deduktif

• Perenggan Induktif

• Perenggan Gabungan – Induktif & Deduktif

Page 4: Karangan 04   Penulisan Perenggan Isi

Perenggan Deduktif

didahului dengan isi

dituruti dengan huraian

diakhiri dengan contoh

Page 5: Karangan 04   Penulisan Perenggan Isi

Perenggan Induktif

dimulai dengan huraian

diikuti dengan isi

disudahi dengan contoh

Page 6: Karangan 04   Penulisan Perenggan Isi

Perenggan Gabungan – Deduktif & Induktif

dimulai dengan isi penting

disusuli huraian isi & contoh

diakhiri dengan penegasan

isi penting

Page 7: Karangan 04   Penulisan Perenggan Isi

KARANGAN• Mana-mana satu jenis pengolahan

perenggan boleh dipertimbangkan dalam penulisan.

• Pengolahan isi yang baik, gunakan ketiga-tiga jenis perenggan tersebut.

• Fikirkan yang mudah, yang menarik perhatian pembaca.

Page 8: Karangan 04   Penulisan Perenggan Isi

Contoh Perenggan Deduktif

Pencemaran sungai di negara tetangga sebenarnya berpunca daripada perbuatan manusia sendiri. (isi) Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak seperti pembuangan sampah ke dalam sungai mengakibatkan pencemaran sungai tersebut. Di samping itu, kepesatan pembangunan juga menyumbang pada toksik pencemaran sungai. Kepesatan pembangunan turut menyumbang pada

pembuangan sisi-sisa toksik serta sisa-sisa industri yang lain ke dalam sungai. Keadaan ini bertambah buruk apabila terdapat pengusaha ternakan, membuang sisa yang tidak digunakan ke dalam sungai. (huraian). Akibatnya, beberapa batang sungai di negara tetangga mengalami pencemaran yang buruk seperti Sungai Skudai, Sungai Juru dan Sungai Gombak. (contoh)

Page 9: Karangan 04   Penulisan Perenggan Isi

Contoh Perenggan Induktif

Apabila musim perayaan hampir tiba, banyak promosi, iklan dan tawaran har ga tentang sesebuah barangan diadakan. Berfikirlah dengan bijak apabila berbelanja agar tidak merugikan diri. Sekiranya, kita mendapati harga barangan yang ditawarkan benar-benar murah, belilah barangan tersebut. Namun, kita harus sedar bahawa bukan semua barangan yang ditawarkan

itu benar-benar bermutu dan berpadanan dengan harganya. (huraian) Oleh itu, kita janganlah mudah terpengaruh oleh iklan dan promosi tersebut yang indah khabar daripada rupa. (isi) Misalnya, pada musim jualan mega, terdapat penjual yang menawarkan barangan yang tidak bermutu atau telah tamat tarkh luputnya dengan harga yang murah (contoh)

Page 10: Karangan 04   Penulisan Perenggan Isi

Contoh Perenggan Gabungan Deduktif & Induktif

Sewajarnya, pembayaran gaji pekerja pada masa kini mestilah berlandakan kualiti kerja seseorang pekerja. (isi) Sistem ini kan membina perasaan kesetiaan dan ketaatan para pekerja terhadap majikan. Mereka akan bekerja dengan bersungguh-sungguh agar syarikat atau tempat seseorang itu bertugas mendapat pulangan yang sewajarnya. (huraian)

Selain itu, masalah perpindahan tempat bekerja misalnya dari sektor awam ke sektor swasta akan dapat dikurangkan. (contoh) Oleh itu, sekali lagi ditegaskan bahawa pembayaran gaji, bonus, dan imbuhan kepada pekerja mestilah berteraskan mutu perkhidmatan mereka.

Page 11: Karangan 04   Penulisan Perenggan Isi

TUGASANBaca rencana yang diberikan. Kenal pasti perenggan deduktif, induktif dan gabungan deduktif dan induktif.