Karangan 1 Murid 1 Sukan

9
SULIT* 1 EXCEL 1 (6 Atas) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA SKEMA JAWAPAN Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak. JPN SABAH 910/2 *Skema jawapan ini SULIT SULIT* JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJAR ANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANNEGERISABAHJABATANP ELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJ ABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJAR ANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATA NPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABA HJABATANPELAJARANNEGERIJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANN EGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPEL AJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJAB ATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERIS ABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARAN NEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPE LAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERI STPM 910/ BAHASA MELAYU KERTAS 2 (Tiga

Transcript of Karangan 1 Murid 1 Sukan

Page 1: Karangan 1 Murid 1 Sukan

SULIT* 1

EXCEL 1 (6 Atas)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

SKEMA JAWAPAN

Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak. JPN SABAH

910/2 *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERIJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANNEGERISABAHJABATANNEGERISABAHJABATANNEGERISAB

STPM 2011910/2

BAHASA MELAYU

KERTAS 2

(Tiga jam)

Page 2: Karangan 1 Murid 1 Sukan

SULIT* 2

Bahagian A

Soalan 1

Program 1Murid 1Sukan banyak memberikan manfaat kepada murid . Huraikan manfaat tersebut.

Pendahuluan- Program 1Murid 1Sukan: pembangunan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar

penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

- Terdapat pelbagai manfaat sukan kepada murid.

IsiManfaat sukanIS1 : Aktiviti sukan dapat mengisi masa lapang murid secara berfaedah.

IS2 : Murid yang menceburkan diri secara serius dalam bidang sukan dapat mengharumkan nama sekolah dan negara apabila memenangi pertandingan sehingga peringkat antarabangsa.

IS3 : Sukan juga penting sebagai alat perpaduan

IS4 : Dengan menyertai aktiviti sukan dapat membentuk sahsiah, jati diri, dan disiplin murid.

IS5 : Membentuk budaya sukan dalam kalangan murid.

IS6 : Berpengetahuan luas tentang sukan yang diceburi. Contoh, badminton – pelajar tahu cara pegang raket, undang-undang dan sebagainya.

IS7 : Membangunkan modal insan melalui penyataan yang menyeluruh

IS8 : Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi

IS9 : Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal

Kesimpulan- Sukan penting untuk melahirkan murid yang sihat dari segi fizikal dan mental.- Program 1 Murid 1 Sukan dapat diimplementasikan dengan berkesan di sekolah-sekolah

dengan kerjasama semua pihak.

910/2 *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

Page 3: Karangan 1 Murid 1 Sukan

SULIT* 3

Soalan 2

Kini, filem tempatan banyak yang bertemakan unsur mistik. Bincangkan kesan pemaparan tema tersebut kepada penonton.

Pendahuluan- Filem yang bertemakan unsur mistik ialah wayang gambar yang memaparkan kisah

kehidupan keadaan ghaib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia untuk tontonan masyarakat. Contoh, Jangan Pandang Belakang, Zombie Kampung Pisang, Pontianak Harum Sundal Malam dan sebagainya.

- Pemaparan tema tersebut memberikan kesan kepada penonton.

IsiKesan filem yang bertemakan unsur mistikIS1 : Menyebabkan ketakutan membelenggu jiwa penonton.

IS2 : Mendorong penonton untuk meniru aksi pelakon yang mengamalkan ilmu hitam atau amalan khurafat.

IS3 : Memberikan keuntungan kepada penerbit filem kerana sambutan yang memberangsangkan daripada penonton.

IS4 : Penonton dapat mengambil iktibar daripada cerita yang ditonton.

IS5 : Menambah pengetahuan penonton tentang kehidupan alam ghaib

IS6 : Mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat – terpesong akidah – meniru perlakuan tersebut

IS7 : Memperbodoh masyarakat – pemikiran tahyul

IS8 : Pengaruh kepada kanak-kanak – tingkah laku, pemahaman dan percakapan

Kesimpulan- Pemaparan filem yang bertemakan mistik mendatangkan kesan positif dan negatif kepada

penonton.- Oleh itu, pihak yang berkenaan harus memberikan garis panduan yang relevan kepada

penerbit filem mistik di Malaysia.

910/2 *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

Page 4: Karangan 1 Murid 1 Sukan

SULIT* 4

Soalan 3

Internet dikatakan dapat memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan masyarakat di sesebuah negara. Berikan pandangan anda tentang kepentingan internet kepada masyarakat dan negara.

Pendahuluan- Konsep internet –rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna

komputer di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia.

- Terdapat pelbagai kepentingan internet kepada masyarakat dan negara.

IsiKepentingan internet IS1 : Mudah untuk memperoleh maklumat – melayari laman sesawang menggunakan “Yahoo”, “Google” dan sebagainya

IS2 : Memudahkan perhubungan – contoh: email, facebook, dll

IS3 : Memudahkan pemasaran – pengiklanan maya – membeli-belah atas talian dari jarak jauh, membuat tempahan tiket

IS4 : Memudahkan urusan perbankan- pembayaran bil – mengemas kini akaun, transaksi

IS5 : Sebagai medium hiburan.

IS6 : Memuat turun perisian secara percuma dan berbayar

IS7 : Melabur atau menanam modal – pelabur atau broker saham boleh mengakses maklumat

IS8 : Membolehkan perdagangan elektronik – syarikat menggunakan laman sesawang sebagai komunikasi yang cepat dan selamat untuk berhubung dengan peniaga

IS9 : Membuka peluang pekerjaan – orang ramai boleh mencari dan memohon pekerjaan secara on line – boleh bekerja di rumah tanpa perlu ke pejabat

IS10 : Peluang mendapat pendidikan global – melalui portal pendidikan dan perpustakaan elektronik

Kesimpulan- Kepentingan internet tidak dapat dinafikan.- Semua pihak harus bertanggungjawab untuk mengawal penggunaan internet.

910/2 *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

Page 5: Karangan 1 Murid 1 Sukan

SULIT* 5

Soalan 4

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dapat membantu negara meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan rakyatnya. Walau bagaimanapun, perkembangannya perlu dipantau oleh kerajaan untuk memastikan bahawa perkembangan institusi tersebut bersesuaian dengan hasrat negara untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu. Untuk tujuan tersebut, pada pendapat anda apakah aspek yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan terhadap pengendalian institusi tersebut. Bincangkan.

Pendahuluan- Konsep IPTS- Terdapat beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan terhadap

pengendalian institusi tersebut.

IsiIS1 : Kursus-kursus yang ditawarkan, iaitu dari segi keperluan dan mutunya.

IS2 : Kelayakan tenaga pengajar dan mutu pengajaran mereka

IS3 : Yuran yang dikenakan kepada pelajar

IS4 : Kemudahan asas atau infrastruktur yang disediakan oleh IPTS

IS5 : Dasar IPTS yang berkenaan, misalnya dari segi pengambilan pelajar, matlamat, dan bahasa pengantar.

IS6 : IPTS perlu mendapat pengiktirafan daripada LAN

IS7 : (Pinjaman/pembiayaan) Adakah pelajar disediakan pinjaman/pembiayaan?

Kesimpulan- Malaysia memang berhasrat untuk menyediakan kemudahan pengajian tinggi kepada

pelajar, bukan sahaja pelajar tempatan, tetapi juga pelajar asing.- Walau bagaimanapun, kerajaan sewajarnya memastikan bahawa mutu IPTS yang terlibat

dalam usaha itu adalah setaraf dengan matlamat yang hendak dicapai.

910/2 *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

Page 6: Karangan 1 Murid 1 Sukan

SULIT* 6

Bahagian B

IU Perpaduan antara kaum di Malaysia (1) merupakan agenda utama kepemimpinan negara sejak awal kemerdekaan(2). Pelbagai dasar digubal oleh kerajaan(3) untuk meningkatkan semangat perpaduan(4) dalam kalangan rakyat Malaysia(5)

(3/5 IUT)IS 1 Semua gagasan yang diilhamkan(1) oleh Perdana Menteri sebelum ini mempunyai

mesej(2) untuk meningkatkan semangat perpaduan nasional(3). Usaha ini bukan perkara yang mudah(4) kerana semuanya perlu disemai secara berperingkat(5).

(3/5 IS)IS 2 Banyak individu yang berkepentingan(1) kerap melontar isu(2) yang bertemakan

kemasyarakatan(3) khususnya yang berkait dengan perpaduan antara kaum(4). (2/4 IS)

IS 3 Perpaduan Melayu penting(1) sebagai teras kepada perpaduan nasional(2). Kaum bukan Melayu perlu membantu kaum Melayu untuk bersatu(3) agar dapat memajukan negara dan mengekalkan kedamaian(4).

(3/4 IS)IS 4 Perpaduan nasional harus terus disuburkan(1) oleh kerajaan dalam usaha mencapai

Wawasan 2020(2). Dengan kesepaduan kaum Melayu(3), maka usaha untuk meningkatkan perpaduan nasional boleh dijayakan(4).

(2/4 IS)IS 5 Dalam Wawasan 2020 terkandung Sembilan cabaran(1) yang perlu dilalui sebelum

Malaysia mampu menjadi sebuah negara maju(2). Pembangunan yang seimbang harus dicapai(3) dan pembangunan dari segi bukan material sangat perlu digiatkan(4).

(3/4 IS)

IS 6 Pelaksanaan pelbagai program dan dasar(1) yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)(2) juga amat penting untuk menangani cabaran(3) yang termaktub dalam Wawasan 2020(4).

(3/4 IS)K Rakyat pelbagai kaum di Malaysia(1) rata-ratanya sedar tentang kepentingan

perpaduan nasional(2). Peranan pemimpin diperlukan(3) sebagai model untuk dijadikan tauladan(4).

(2/4 KT)

(191 p/p)

910/2 *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

Page 7: Karangan 1 Murid 1 Sukan

SULIT* 7

Bahagian CSoalan 6

Setelah beberapa lama, isteri Sultan Mahmud iaitu bonda Raja Ahmad pun mangkat. Sultan Mahmud berasa amat dukacita. Sultan Mahmud bertitah kepada Bendahara dan para pembesar bahawa baginda ingin mengetahui pandangan para pembesar mengenai negeri Melaka yang tidak lagi mempunyai permaisuri.

Para pembesar mengangkat sembah lalu bertanyakan Sultan Mahmud tentang anak raja yang ingin dipinang oleh baginda.

Sultan Mahmud mengatakan bahawa sekiranya baginda berkahwin dengan anak raja, hal tersebut sama seperti yang dilakukan oleh raja-raja yang lain. Menurut baginda lagi, baginda ingin melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh raja-raja lain. Baginda mengatakan bahawa baginda ingin meminang Puteri Gunung Ledang dan menitahkan Sang Setia untuk melakukannya.

Laksamana dan Sang Setia bersetuju untuk melaksanakan perintah.Tun Mamat dititahkan membawa orang Inderagiri menebas jalan kerana Tun Mamat

merupakan penghulu orang Inderagiri. Laksamana dan Sang Setia pun pergi bersama-sama dengan Tun Mamat.

Soalan 7

Ibu Safiah duduk di kerusi. Safiah kelihatan resah dan dia tidak mengetahui perkara yang harus dibuatnya. Safiah berjalan mundar-mandir kemudian duduk di lengan kerusi sambil membalik-balik majalah. Ibu Safiah ingin mengetahui perkara yang ditengkarkan Safiah dengan Umar tadi. Sambil merungut kesal, Safiah memberitahu bahawa Umar beriya-iya hendak menjadi guru. Ibu mengatakan bahawa tidak salah sekiranya Umar ingin menjadi guru dan meminta Safiah membiarkan Umar membuat sesuatu yang disukainya. Safiah mengatakan bahawa emaknya tidak mengetahui apa-apa dan menjelaskan bahawa ayahnya juga tidak bersetuju sekiranya Umar menjadi guru. Ibu Safiah tidak mengerti perkara yang dimahukan oleh Safiah. Safiah menjelaskan bahawa dia ingin Umar memasuki MCS untuk menjadi ADO. Ibu Safiah mengeyakan dengan mengatakan bahawa pangkat ADO itu tinggi dan dia berasa hairan sebab Umar tidak mahu menjadi ADO. Ibu Safiah tersentak apabila mendengar bunyi teksi di luar dan mengagak bahawa ayah Umar sampai. Ibu Safiah bangkit sambil melihat di jendela. Sambil menoleh ke arah Piah, ibu mengeyakan bahawa yang datang itu ialah ayah Umar. Dengan perasaan terkejut, ibu ingin tahu sebab Safiah berseluar begitu. Sambil mendengus, Safiah menyatakan bahawa tidak salah sekiranya dia berseluar jeans. Dari luar, Majid memberi salam. Ibu Safiah sedikit kelam-kabut lalu bergegas ke pintu. Sambil menjawab salam, ibu mempersilakan Bang Majid masuk. Ibu bertanyakan sebab Mak Minah tidak turut datang. Majid masuk ke rumah. Majid menyampaikan salam Mak Minah kepada ibu Safiah dan menyatakan bahawa Mak Minah tidak dapat datang. Menurutnya lagi, Mak Minah pergi ke kenduri cukur jambul anak buahnya.

910/2 *Skema jawapan ini SULIT SULIT*

Page 8: Karangan 1 Murid 1 Sukan

SULIT* 8

Bahagian D

Bil. Kesalahan Sebab kesalahan Pembetulan

1 ... di antara ...

Perkataan ‘antara’ berfungsi sebagai kata sendi nama dan hadir di hadapan kata nama / frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.

...antara...

2 ... dari ...

Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, atau waktu. Kata sendi nama daripada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian atau unsur perbandingan.

...daripada...

3 Jika sekiranya...Lewah. Kata hubung keterangan syarat tidak boleh digunakan secara serentak atau berurutan.

Jika/Sekiranya...

4 ...melayu...Melayu ialah kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar di awal kata.

...Melayu...

5 ...disalah tafsirkan...Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan perlu didekatkan.

...disalahtafsirkan...

6 ...disebarkan kaum...Kata kerja yang menerima imbuhan apitan di-...-kan perlu diikuti oleh kata sendi nama.

...disebarkan kepada kaum...

910/2 *Skema jawapan ini SULIT SULIT*