KArangan aku sebatang pensel.docx

3
Aku Sebatang Pensel. Aku dilahirkan disebuah kilang yang membuat alat tulis. Aku dibawa dan dipamerkan di sebuah kedai. Selain itu kawan- kawan aku juga dipamerkan di sini. Aku dan kawan-kawan dilabelkan dengan pelbagai jenama mengikut kehendak pelanggan yang menempah kami. Tubuhku diperbuat daripada kayu jati yang bermutu tinggi dengan warna kuning keemasan bercampur hitam. Aku dinamakan Pensel 2B. Kawan- kawanku juga diperbuat daripada kayu bermutu tinggi. Ada juga diantara mereka yang diperbuat daripada kayu yang tidak berkualiti. Ini menyebabkan mereka tidak tahan lama. Aku dipamerkan dalam sebuah kotak. Pada suatu hari aku dibeli oleh seorang gadis. Tuan aku seorang gadis yang cermat, namanya Maisara. Setiap kali selepas aku digunakan, Maisara akan menyimpan aku didalam kotak pensel atas meja tulisnya. Aku dijaga dengan baik seperti menatang minyak yang penuh. Aku sangat bertuah kerana mempunyai tuan yang baik. Namun, tubuhku semakin lama semakin pendek. Ini disebabkan setiap kali mataku tumpul, Maisara akan mengasah tubuhku sehingga tajam semula. Kini tubuhku terlalu pendek dan tidak boleh digunakan lagi. Akhirnya aku tidak dipedulikan lagi oleh Maisara kerana dia telah mempunyai pensel lain.

Transcript of KArangan aku sebatang pensel.docx

Aku Sebatang Pensel.Aku dilahirkan disebuah kilang yang membuat alat tulis. Aku dibawa dan dipamerkan di sebuah kedai. Selain itu kawan-kawan aku juga dipamerkan di sini. Aku dan kawan-kawan dilabelkan dengan pelbagai jenama mengikut kehendak pelanggan yang menempah kami. Tubuhku diperbuat daripada kayu jati yang bermutu tinggi dengan warna kuning keemasan bercampur hitam. Aku dinamakan Pensel 2B. Kawan-kawanku juga diperbuat daripada kayu bermutu tinggi. Ada juga diantara mereka yang diperbuat daripada kayu yang tidak berkualiti. Ini menyebabkan mereka tidak tahan lama. Aku dipamerkan dalam sebuah kotak. Pada suatu hari aku dibeli oleh seorang gadis. Tuan aku seorang gadis yang cermat, namanya Maisara. Setiap kali selepas aku digunakan, Maisara akan menyimpan aku didalam kotak pensel atas meja tulisnya. Aku dijaga dengan baik seperti menatang minyak yang penuh. Aku sangat bertuah kerana mempunyai tuan yang baik. Namun, tubuhku semakin lama semakin pendek. Ini disebabkan setiap kali mataku tumpul, Maisara akan mengasah tubuhku sehingga tajam semula. Kini tubuhku terlalu pendek dan tidak boleh digunakan lagi. Akhirnya aku tidak dipedulikan lagi oleh Maisara kerana dia telah mempunyai pensel lain. Aku sedar aku telah kehilangan kuasa, namun aku gembira kerana dapat berbakti kepada manusia.

Pendahuluan Siapa aku? Di mana aku dilahirkan? Aku dibawa ke mana?Isi-isi penting Diperbuat daripada apa? Apa warna aku? Apa nama aku? Aku disimpan di mana? Siapa yang membeliku? Adakah aku dijaga dengan baik?Penutup Apa yang berlaku selepas sebulan? Apa terjadi pada aku/ apa nasibku?

Rangka KaranganPenutupIsi isi pentingPendahuluanAku Sebatang Pensel