Karangan Bahasa Melayu Pmr

13
KARANGAN BAHASA MELAYU PMR : TEKNIK MEMBINA PENDAHULUAN KARANGAN Dalam membina karangan yang baik, setiap calon haruslah memberi ‘pengenalan awal’ atau ‘first impression’ tentang diri calon sebagai seorang pelajar yang ‘canggih’ dari aspek perolehan maklumat dan garapan keintelektualan bahasanya. Justeru itu, bagi mendapatkan ‘impression’ tersebut, anda boleh melaksanakannya melalui binaan pendahuluan yang baik bagi ‘menawan’ hati pemeriksa kertas. Caranya cukup mudah, hanya pelbagaikan teknik pendahuluan mengikut kesesuaian tajuk soalan dan isi yang bakal anda garap dan olahkan nanti. Di sini, terdapat sekurang-kurangnya lapan bentuk pendahuluan yang boleh anda cernakan sebagai pilihan kepada bentuk pendahuluan anda. Antaranya ; Pendahuluan Jenis Definisi Pendahuluan Jenis Pendapat Pendahuluan Jenis Suasana Pendahuluan Jenis Puisi / Lagu Pendahuluan Jenis Persoalan Pendahuluan Jenis Sejarah Pendahuluan Jenis Peribahasa Pendahuluan Jenis Gabungan INGAT ! GAMBARAN AWAL TENTANG KARANGAN ANDA PENTING UNTUK MENYEBABKAN PEMERIKSA TERUS MEMBACA KARANGAN ANDA DAN MEMBUAT KESIMPULAN AWAL BAHAWA ANDA MERUPAKAN PELAJAR YANG BIJAK !

Transcript of Karangan Bahasa Melayu Pmr

Page 1: Karangan Bahasa Melayu Pmr

KARANGAN BAHASA MELAYU PMR: TEKNIK MEMBINA PENDAHULUAN KARANGAN

Dalam membina karangan yang baik, setiap calon haruslah memberi

‘pengenalan awal’ atau ‘first impression’ tentang diri calon sebagai seorang

pelajar yang ‘canggih’ dari aspek perolehan maklumat dan garapan keintelektualan

bahasanya. Justeru itu, bagi mendapatkan ‘impression’ tersebut, anda boleh

melaksanakannya melalui binaan pendahuluan yang baik bagi ‘menawan’ hati

pemeriksa kertas. Caranya cukup mudah, hanya pelbagaikan teknik

pendahuluan mengikut kesesuaian tajuk soalan dan isi yang bakal anda garap dan

olahkan nanti.

Di sini, terdapat sekurang-kurangnya lapan bentuk pendahuluan yang boleh

anda cernakan sebagai pilihan kepada bentuk pendahuluan anda. Antaranya ;

Pendahuluan Jenis Definisi

Pendahuluan Jenis Pendapat

Pendahuluan Jenis Suasana

Pendahuluan Jenis Puisi / Lagu

Pendahuluan Jenis Persoalan

Pendahuluan Jenis Sejarah

Pendahuluan Jenis Peribahasa

Pendahuluan Jenis Gabungan

INGAT ! GAMBARAN AWAL TENTANG KARANGAN ANDA

PENTING UNTUK MENYEBABKAN PEMERIKSA TERUS

MEMBACA KARANGAN ANDA DAN MEMBUAT KESIMPULAN

AWAL BAHAWA ANDA MERUPAKAN PELAJAR YANG BIJAK !

Page 2: Karangan Bahasa Melayu Pmr

1. Pendahuluan Jenis Definisi / Takrif

Pendahuluan ini meminta anda memberikan takrif, makna atau definisi

tentang sesuatu tajuk yang dikemukakan.

Pendahuluan jenis ini merujuk kepada pengenalan berbentuk definisi atau

makna bagi rangkaian kata tajuk utama. Anda perlu menghuraikan

secara teliti maksud bagi tajuk tersebut dan kemudian kaitkan dengan

isi utama bagi tajuk tersebut.

Jika cara ini menjadi pilihan anda, PASTIKAN anda yakin dan menguasai

sepenuhnya tajuk tersebut. Jika tidak, anda menyerahkan ‘secara

percuma leher anda ke tali gantung’.

Contoh 1 :

Soalan :Gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja sering diperkatakan oleh masyarakat. Masalah ini wujud dikatakan berpunca daripada kurangnya pendidikan agama. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut ?

Contoh 2 :Soalan :Pembandaran sesuatu kawasan diiringi dengan pelbagai masalah. Bincangkan masalah yang wujud akibat proses perbandaran di Malaysia.

Proses perbandaran secara ringkasnya merujuk kepada proses mengubah sesuatu tempat menajdi sebuah bandar. Dari segi fizikal, proses pembandaran dikaitkan dengan perubahan guna tanah daripada pertanian, hutan, dan tanah terbiar kepada gunatanah Bandar seperti perumahan, industri, bangunan, infrastruktur, taman rekreasi, dan pelbagai lagi. Proses ini juga merujuk kepada gaya hidup yang kompleks. Proses pembandaran ini boleh dibahagikan kepada dua; pertama pembangunan pemuliharaan Bandar yang sedia ada seperti Melaka dan Pulau Pinang dan satu lagi mewujudkan satu kawasan baru untuk dijadikan kawasan Bandar seperti Putrajaya dan

Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga), “gejala” membawa maksud tanda-tanda akan terjadinya sesuatu. Manakala “keruntuhan” pula membawa maksud kejatuhan. “Akhlak” bolehlah diertikan sebagai tingkah laku atau budi pekerti. “Remaja” menurut ahli psikologi ialah mereka yang belum berkahwin dan berusia 12 hingga 21 tahun. Jadi, masalah yang berbangkit di kalangan masyarakat ialah mereka yang berusia seawal usia 12 tahun telah terjebak dalam keruntuhan akhlak. Ada yang beranggapan masalah ini berpunca daripada kurangnya pendidikan agama di kalangan remaja yang sepatutnya diterima sejak mereka berada di sekolah

Page 3: Karangan Bahasa Melayu Pmr

2. Pendahuluan Jenis Pendapat

Pendahuluan jenis ini merupakan pengenalan karangan berbentuk

pendapat atau idea orang tertentu ataupun pendapat anda sendiri.

Ia juga membolehkan anda memuatkan pendapat seseorang tokoh atau

pendapat masyarakat umum tentang sesuatu isu.

Namun, yang paling yang wajar, gunakanlah pendapat dari mereka

yang berpengaruh dan mempunyai jawatan penting dalam Negara

seperti Perdana Menteri, Menteri Pendidikan da sebagainya.

Dari mana harus anda perolehi semua maklumat / dialog tersebut ?

Tentunya dari pembacaan anda menerusi akhbar atau majalah yang

berkait rapat dengan isu-isu semasa yang hangat (akademik/ilmiah)

diperkatakan.

Contoh 1 :

Soalan :Pembangunan yang berleluasa sering memberikan impak negatif terhadap alam sekitar. Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pencemaran.

Contoh 2 :Soalan :Bagi merancakkan perkembangan ekonomi negara, usahawan muda digalakkan menyertai Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) agar mereka memperoleh latihan, pengalaman, dan keyakinan untuk berniaga. Sejauh manakah kesan penyertaan usahawan muda dalam merancakkan ekonomi Negara ? Berikan pendapat anda.

Menurut Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar berpunca daripada kegiatan pembangunan yang berleluasa. Walaubagaimana pun, pembangunan tidak boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu ialah dengan mengurangkan pencemaran tetapi dalam masa yang sama meneruskan pembangunan. Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengatasi masalah pencemaran akibat pembangunan yang berleluasa ini. Pokoknya, mampukah pihak

Page 4: Karangan Bahasa Melayu Pmr

3. Pendahuluan Jenis Suasana / Cerita / Peristiwa

Anda boleh mengemukakan pengenalan anda secara bercerita tentang

sesuatu kisah atau peristiwa atau suasana yang mempunyai kaitan

dengan tajuk. Anda diminta menggunakan kebijaksanaan untuk

meggambarkan sesuatu tajuk melalui suasana dan gambaran yang sesuai

dan nyata.

Cerita atau gambaran suasana tersebut mestilah menarik dan

menimbulkan rasa keseronokan kepada diri pemeriksa untuk terus

membaca karangan anda.

Namun, AWAS ! jangan terlalu leka menulis cerita tersebut sehingga

meleret-leret dan menyimpang dari tajuk sebenar.

Contoh 1 :Soalan :Mutu sukan di negara kita semakin hari semakin merosot walaupun pelbagai usaha telah dilakukan termasuklah mengambil jurulatih import. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan negara.

Contoh 2 :Soalan :

Apabila Muhammad Hafiz Hashim menjuarai Kejohanan Badminton Seluruh England, masyarakat seperti tidak percaya dan rata-rata melahirkan rasa gembira; daripada rakyat biasa hinggalah kepada Yang di-Pertuan Agong. Pada waktu yang sama, Piala Malaysia terus kehilangan seri apabila masyarakat tidak berminat untuk menontonnya kerana mutu permainan masih lagi ala kekampungan. Memang pelbagai usaha telah dijalankan seperti mengimport jurulatih asing untuk meningkatkan mutu sukan negara, tetapi mutu sukan tidak juga meningkat. Kita ada Stadium Nasional

SIRIM Berhad (Sirim) merancang membuka lebih banyak pusat incubator di seluruh Negara bagi membimbing usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) meningkatkan kegiatan penyelidikan pembangunan produk supaya mereka mampu bersaing di pasaran antarabangsa. Presiden yang juga Ketua Eksekutif Sirim, Datuk Dr. Mohd Ariffin Aton, bagaimana pun berkata perancangan itu bergantung kepada permintaan dan daya maju sesuatu projek kerana Sirim terpaksa memperuntukkan sejumlah belanja yang besaruntuk tujuan berkenaan. Usaha Sirim dalam membimbing usahawan muda

Page 5: Karangan Bahasa Melayu Pmr

Gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja sering diperkatakan oleh masyarakat. Masalah ini wujud dikatakan berpunca daripada kurangnya pendidikan agama. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan tersebut ?

4. Pendahuluan Jenis Puisi / Lagu

Pendahuluan jenis ini memberi kelainan di mana anda boleh memulakan

karangan anda dengan menyertakan serangkap atau beberapa

rangkap puisi @ pantun @ syair @ lagu.

Puisi atau lagu tersebut mestilah mempunyai kaitan dengan soalan. Ia

berfungsi menarik perhatian pembaca untuk terus mengikuti

kesinambungan karangan anda.

Elakkan dari menyatakan lagu atau puisi yang terlalu panjang. Hal ini

dikhuatiri akan menyebabkan anda melencong dari kehendak soalan.

Anda juga harus bijak mengaitkan puisi atau lagu tersebut dengan

pernyataan yang bakal anda gunakan dalam bahagian pendahuluan.

Contoh 1 :Soalan :Semenjak akhir-akhir ini, belia kita kurang berminat menceburi kerjaya dalam pasukan pertahanan negara. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menarik minat mereka, tetapi jumlah mereka yang menyertainya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan keperluan negara. Pada pendapat anda, huraikan usaha-usaha yang perlu diambil untuk menggalakkan golongan remaja menyertai pasukan pertahanan negara.

Perwirakuperwiraku, pergilah berjuangdengan berbekal doa dan semangat jangan sesekali menyerah kalahmenghadapi asakan musuh petualang negara.

Keamanan bumi pertiwi ini terletak di bahumubetapa berat mata memandangberat lagi tanggungjawab disandang namunmenyerah kalah tidak sesekali

Sajak pendek di atas merakamkan penghargaan yang tinggi terhadap tentera yang bertugas mengawal pertahanan negara. Tugas

Ketika aku dalam perjalanan pulang dari pusat tuisyen semalam, aku terdengar sayup-sayup suara kecil merengek-rengek dari rumpunan buluh.. Hatiku berdebar-debar memikirkan suara siapakah yang berbunyi itu. Ada hantukah ? Atau jembalang tanah cuba menggangguku di siang hari ini. Sambil berjalan menuju ke arah rimbunan pohon buluh itu, aku menggosok-gosok mata dan cuba memfokuskan pendengaranku. Sekali lagi suara itu semakin jelas kedengaran. Tiba-tiba ku lihat sepasang kaki kecil sebesar dia jari meronta-ronta di sebalik bungkusan kain Batik Jawa. Ya Allah! Siapakah manusia yang tidak berhati perut sanggup membuang sekujur tubuh bayi ini? Aku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang ku lihat. Bayi itu ku gendong lalu ku bawa pulang untuk diserahkan kepada ibu bapaku. Pasti nasibnya tidak segelap malam-

Page 6: Karangan Bahasa Melayu Pmr

5. Pendahuluan Jenis Persoalan

Untuk menulis pendahuluan ini, anda perlu mengemukakan beberapa

ayat soalan sama ada akan dijawab oleh anda sendiri atau tidak, yang

mempunyai kaitan dengan soalan yang diberi.

Bentuk pendahuluan seperti ini biasanya mengemukakan persoalan

kepada pembaca/pemeriksa. Bentuk pertanyaan ini, akan

membuatkan pembaca memikirkan tentang sesuatu perkara yang

berkaitan dengan tajuk.

Seterusnya, jawapan bagi persoalan tersebut, sebenarnya akan dijawab

oleh anda sendiri dalam bahagian isi. Teknik ini menjadikan karangan

anda lebih menarik kerana ianya menimbulkan tanda tanya kepada para

pembaca.

Contoh 1 :Soalan :Remaja hari ini begitu megah menggunakan telefon bimbit. Walaupun telefon tidak lagi mempunyai baki kredit tetapi golongan remaja masih menggunakannya dengan anggapan hidup mereka lebih bergaya dan berprestij. Bincangkan kesan penggunaan telefon bimbit yang keterlaluan kepada golongan remaja.

Mengapa menggunakan telefon bimbit ? Tanpa telefon bimbit, apakah diri akan dituduh ketinggalan zaman ? Jika orang dewasa menggunakan telefon bimbit, bukanlah sesuatu yang pelik, tetapi bagi remaja yang masih belajar atau baru bekerja, menggunakan telefon bimbit memang membimbangkan kita. Mungkin mereka menganggap telefon bimbit lambing prestij,selain mudah untuk berkomunikasi. Tetapi persoalannya, benarkah telefon bimbit lambing manusia berprestij atau sebenarnya mereka ingin menunjukkan kemegahan sebagai manusia berwang, walaupun hakikatnya mereka tidak berduit ? Sebebanrnya kita bangga jika

Perwirakuperwiraku, pergilah berjuangdengan berbekal doa dan semangat jangan sesekali menyerah kalahmenghadapi asakan musuh petualang negara.

Keamanan bumi pertiwi ini terletak di bahumubetapa berat mata memandangberat lagi tanggungjawab disandang namunmenyerah kalah tidak sesekali

Sajak pendek di atas merakamkan penghargaan yang tinggi terhadap tentera yang bertugas mengawal pertahanan negara. Tugas

Page 7: Karangan Bahasa Melayu Pmr

Contoh 2 :Soalan :Kempen “Rumahku Syurgaku” dilancarkan sebgai satu cara untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Pada pandangan anda,apakah usaha-usaha lain yang patut dilakukan bagi memastikan masyarakat penyayang dapat diwujudkan ?

6. Pendahuluan Jenis Sejarah

Pendahuluan jenis ini mengemukakan pengenalan yang mengandungi

maklumat tentang fakta-fakta sejarah.

Jika anda memilih untuk memulakan pendahuluan dengan menggunakan

fakta-fakta sejarah atau peristiwa yang telah berlaku, anda haruslah

menguasai fakta tersebut dengan baik.

Ini adalah kerana jika anda mengemukakan fakta palsu, anda tidak akan

mendapat markah yang baik untuk karangan anda.

Contoh 1 :

Soalan :Perpaduan di kalangan kaum di Malaysia boleh dipupuk jika masyarakat menyedari tanggungjawab masing-masing. Pelbagai usaha perlu dilakukan agar perpaduan kaum di negara kita dapat diperteguh. Bincangkan usaha-usaha yang dapat diambil untuk memupuk perpaduan di kalangan kaum di negara kita.

Teriakan “Merdeka! Merdeka! Merdeka!” oleh Tuanku Abdul Rahman pada 31 ogos 1957 memberi makna yang besar pada kita. Untuk memaknakan kemerdekaan, semua kaum, baik Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain diminta memperteguh ikatan perpaduan agar makna kemerdekaan boleh diisi. Semua kaum sedar tentang hak masing-masing dan berlumba-lumba untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang, dan natijahnya akibat jurang ekonomi yang begitu ketara antara kaum Cina dan Melayu, telah berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Sejarah tidak berbohong dan sejarahlah yang menyedarkan kita dalam segala tindakan. Awal 2001, sejarah

Kempen “Rumahku Syurgaku” bertujuan untuk memastikan masyarakat penyayang dapat diwujudkan. Walaupun kempen tersebut telah dijalankan, maslah penderaan, masalah kaum perempuan dianiaya, dan sikap negatif masyarakat terhadap kanak-kanak cacat sering dipaparkan di media massa. Di manakah silapnya ? Apakah kempen tersebut tidak disusuli dengan tindakan

Page 8: Karangan Bahasa Melayu Pmr

7. Pendahuluan Jenis Peribahasa

Pendahuluan ini meminta anda memanfaatkan sekurang-kurangnya

satu atau lebih peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai

dengan kehendak soalan.

Pendahuluan jenis ini mengemukakan sebarang bentuk peribahasa yang

dapat anda kaitkan dengan soalan atau isi yang bakal anda kemukakan.

Huraian tentang peribahasa tersebut, dapat anda hubung kaitkannya

dengan isi dan soalan karangan.

Apa yang pasti, anda perlulah menguasai dengan baik setiap maksud

peribahasa, agar anda dapat menerangkan dan menggabungjalinkan

peribahasa dan isi karangan bersama.

Contoh 1 :Soalan :Sikap menabung patut diamalkan sejak dari kecil lagi. Bincangkan pernyataan tersebut.

Sejak kecil lagi kita diingatkan dengan peribahasa “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”. Masa depan ketentuan Allah dan kita tidak tahu, sebab itu kita perlu menabung daripada lebihan wang yang kita miliki. Satu lagi peribahasa ada menyebut “kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang”. Peribahasa ini membawa maksud kesusahan atau kesukaan orang lain yang berkesan kepada diri kita. Ini bermakna, kesusahan

Page 9: Karangan Bahasa Melayu Pmr

Contoh 2 :Soalan :Semangat kejiranan di kalangan masyarakat kita begitu merosot. Sikap mementingkan diri merupakan salah satu daripada puncanya. Nyatakan langkah-langkah yang sesuai untuk memupuk semangat kejiranan di kalangan masyarakat kita.

8. Pendahuluan Jenis Gabungan

Pendahuluan ini menggabungkan kesemua jenis pendahuluan

sebelum ini.

Anda boleh menggunakan gabungan mana-mana jenis pendahuluan

sama ada dua atau tiga jenis bersama dalam sebuah pendahuluan.

Pastikan anda telah mahir menggunakan kesemua jenis pendahuluan

supaya pendahuluan jenis gabungan yang anda cipta nanti tidak tersasar

dari kehendak soalan.

Contoh 1 :

Soalan :Belia berperanan dalam memajukan sesebuah Negara. Kemajuan dan kemunduran sesebuah Negara banyak bergantung kepada peranan belia. Bincangkan peranan belia dalam masyarakat kita.

“Berikan kepada saya 10 belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.” Demikianlah ungkapan Presiden pertama Indonesia, Soekarno, memberi gambaran kehebatan belia dalam menguasai apa jua bidang, hatta menguasai dunia. Mengapakah kata-kata itu diungkapkan ? Sebenarnya, belia biasanya dikaitkan dengan konotasi berdarah panas dan sering bertindak di luar pertimbangan akal serta

Pepatah Melayu ada menyebut, “Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampong dipertahankan; adat bersuku, suku dipertahankan, dan adat bernegeri, negeri dipertahankan”. Lalu kita ingin bertanya, bagaimana adapt hidup berjiran di kalangan masyarakat kita ? Namun, kadang-kadang atas nama pemabangunan, sikap seperti melepaskan enau di dalam belukar melepaskan pucuknya masing-masing bukanlah ssuatu yang asing kepada masyarakat kita, terutamanya masyarakat bandar.

Sejak kecil lagi kita diingatkan dengan peribahasa “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”. Masa depan ketentuan Allah dan kita tidak tahu, sebab itu kita perlu menabung daripada lebihan wang yang kita miliki. Satu lagi peribahasa ada menyebut “kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang”. Peribahasa ini membawa maksud kesusahan atau kesukaan orang lain yang berkesan kepada diri kita. Ini bermakna, kesusahan

Page 10: Karangan Bahasa Melayu Pmr

RAHSIA CEMERLANG DALAM BAHASA MELAYU PMR

Tanamkan keyakinan dan azam untuk berjaya.

Sentiasa tingkatkan keyakinan diri.

Penuhi masa terluang dengan aktiviti membaca.

Baca akhbar dan majalah seperti Dewan Siswa dan Dewan Masyarakat.

Banyakkan membuat latihan sendiri selain latihan yang diberi oleh guru.

Amalkan tabiat menggunting atau mengumpulkan bahan ilmiah dari petikan akhbar.

Biasakan diri menjawab contoh soalan peperiksaan sebenar.

“Berikan kepada saya 10 belia waja, nescaya akan saya gegarkan dunia.” Demikianlah ungkapan Presiden pertama Indonesia, Soekarno, memberi gambaran kehebatan belia dalam menguasai apa jua bidang, hatta menguasai dunia. Mengapakah kata-kata itu diungkapkan ? Sebenarnya, belia biasanya dikaitkan dengan konotasi berdarah panas dan sering bertindak di luar pertimbangan akal serta

Page 11: Karangan Bahasa Melayu Pmr

Dapatkan model / contoh jawapan yang baik terutamanya karangan dari rakan yang cemerlang.

Biasakan diri menyalin atau membaca contoh karangan yang baik.

Libatkan diri secara aktif dalam kegiatan perbincangan, perbahasan, ucapan dan syarahan.

Kesan dan senaraikan kesilapan yang sering ditegur oleh guru serta berazam untuk tidak mengulangi lagi kesilapan itu.

Banyakkan latihan mengesan kesalahan ayat.

Jadikan kamus sebagai ‘Teman Setia Anda’.

Pastikan anda mempunyai perbendaharaan kata yang luas.

Ketahui semua format karangan dan kuasainya.

Biasakan diri menyiapkan latihan dalam masa yang ditetapkan.

Dapatkan rakan yang betul atau guru untuk berbincang tentang masalah anda.

Fahami pengajaran guru di dalam kelas.

Banyakkan bertanya. “Malu bertanya, sesat jalan”.

Buat jadual belajar yang kemas dan teratur serta mampu diikuti oleh anda.

Buat nota ringkas yang mudah difahami oleh diri anda sendiri.

Berfikiran terbuka dalam menerima teguran guru dan rakan.

Jadikan kejayaan rakan sebagai pendorong utama untuk belajar.

Bersikap optimis dalam pelajaran.

Kurangkan aktiviti menonton televisyen, kecuali rancangan yang berkaitan dengan isu semasa seperti Berita, Majalah 3 dll.

Pupuk keazaman untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

Jangan tangguhkan sesuatu kerja.

Jangan menderhaka kepada ibu bapa dan guru anda.

Sentiasa berdoa kepada Tuhan.