Karangan Bm

34
http://bm-upsr.blogspot.com/2012/09/bina-ayat-21.html Aku Sebuah Peti Sejuk Aku sebuah peti sejuk. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Johor. Aku berjenama Panasonic. Aku berbentuk empat segi tepat serta mempunyai dua buah pintu. Badanku berwarna hijau muda. Tenaga elektrik diperlukan untuk menghidupkanku. Setelah disiapkan, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak besar. Di sekeliling badanku diletakkan polisterin untuk memastikan keadaan diriku tidak terhentak ketika dalam perjalanan ke sebuah kedai yang menjual alat-alat elektrik di Sibu. Di kedai tersebut, aku dipamerkan bersama- sama rakan-rakanku yang lain. Aku berpeluang berkenalan dengan peti televisyen, mesin basuh dan pelbagai barangan elektrik yang lain. Ramai pengunjung datang melawatku. Mereka akan meneliti badanku dari luar dan bahagian dalam. Selepas lima hari tinggal di kedai itu, aku telah dibeli oleh seorang suri rumah. Aku telah dihantar ke rumah wanita tersebut dengan menaiki sebuah lori. Aku diletakkan di bahagian dapur. Wanita tersebut memasukkan pelbagai jenis barangan ke dalam tubuhku. Dia menyimpan telur, sayur-sayuran, buah-buahan dan air minuman ke dalam badanku. Tuan aku menggunakan aku dengan cermat. Dia juga menjaga kebersihan badanku. Sekiranya terdapat cecair yang tertumpah ke atas badanku, dia segera membersihkan kekotoran tersebut. Setiap hujung minggu, wanita tersebut akan mengelap badanku dengan kain basah. Aku amat gembira sejak tinggal di situ. Tuanku dan keluarganya menjaga aku dengan baik. Aku berjanji akan terus berkhidmat kepada mereka selagi diperlukan.

description

karangan bm

Transcript of Karangan Bm

http://bm-upsr.blogspot.com/2012/09/bina-ayat-21.html

Aku Sebuah Peti Sejuk

Aku sebuah peti sejuk. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Johor. Aku berjenama Panasonic. Aku berbentuk empat segi tepat serta mempunyai dua buah pintu. Badanku berwarna hijau muda. Tenaga elektrik diperlukan untuk menghidupkanku.

Setelah disiapkan, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak besar. Di sekeliling badanku diletakkan polisterin untuk memastikan keadaan diriku tidak terhentak ketika dalam perjalanan ke sebuah kedai yang menjual alat-alat elektrik di Sibu.

Di kedai tersebut, aku dipamerkan bersama- sama rakan-rakanku yang lain. Aku berpeluang berkenalan dengan peti televisyen, mesin basuh dan pelbagai barangan elektrik yang lain. Ramai pengunjung datang melawatku. Mereka akan meneliti badanku dari luar dan bahagian dalam.

Selepas lima hari tinggal di kedai itu, aku telah dibeli oleh seorang suri rumah. Aku telah dihantar ke rumah wanita tersebut dengan menaiki sebuah lori. Aku diletakkan di bahagian dapur. Wanita tersebut memasukkan pelbagai jenis barangan ke dalam tubuhku. Dia menyimpan telur, sayur-sayuran, buah-buahan dan air minuman ke dalam badanku.

Tuan aku menggunakan aku dengan cermat. Dia juga menjaga kebersihan badanku. Sekiranya terdapat cecair yang tertumpah ke atas badanku, dia segera membersihkan kekotoran tersebut. Setiap hujung minggu, wanita tersebut akan mengelap badanku dengan kain basah.

Aku amat gembira sejak tinggal di situ. Tuanku dan keluarganya menjaga aku dengan baik. Aku berjanji akan terus berkhidmat kepada mereka selagi diperlukan.

Aku Sebuah Peti SejukAku sebuah peti sejuk. Aku dilahirkan di sebuah kilang di Johor. Aku berjenama Panasonic. Aku berbentuk empat segi tepat serta mempunyai dua buah pintu. Badanku berwarna hijau muda. Tenaga elektrik diperlukan untuk menghidupkanku.Setelah disiapkan, aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak besar. Di sekeliling badanku diletakkan polisterin untuk memastikan keadaan diriku tidak terhentak ketika dalam perjalanan ke sebuah kedai yang menjual alat-alat elektrik di Sibu. Di kedai tersebut, aku dipamerkan bersama- sama rakan-rakanku yang lain. Aku berpeluang berkenalan dengan peti televisyen, mesin basuh dan pelbagai barangan elektrik yang lain. Ramai pengunjung datang melawatku. Mereka akan meneliti badanku dari luar dan bahagian dalam. Selepas lima hari tinggal di kedai itu, aku telah dibeli oleh seorang suri rumah. Aku telah dihantar ke rumah wanita tersebut dengan menaiki sebuah lori. Aku diletakkan di bahagian dapur. Wanita tersebut memasukkan pelbagai jenis barangan ke dalam tubuhku. Dia menyimpan telur, sayur-sayuran, buah-buahan dan air minuman ke dalam badanku.Tuan aku menggunakan aku dengan cermat. Dia juga menjaga kebersihan badanku. Sekiranya terdapat cecair yang tertumpah ke atas badanku, dia segera membersihkan kekotoran tersebut. Setiap hujung minggu, wanita tersebut akan mengelap badanku dengan kain basah.Aku amat gembira sejak tinggal di situ. Tuanku dan keluarganya menjaga aku dengan baik. Aku berjanji akan terus berkhidmat kepada mereka selagi diperlukan.

Aku Sebuah Telefon Bimbit Aku sebuah telefon bimbit. Aku sangat berguna kepada orang ramai. Aku dilahirkan pada zaman yang serba maju. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang besar. Kilang itu bernama kilang Samsung yang terletak di Korea. Aku diperbuat daripada bahan-bahan elektronik. Saiz badanku kecil, ringan dan senang dibawa. Rupaku dan keupayaanku sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Oleh itu, aku merupakan telefon bimbit yang sangat canggih. Selepas siap dibuat, aku dihantar ke sebuah pasar raya di Bintulu. Aku dipamerkan di dalam sebuah alamari kaca. Aku dijual kepada orang ramai dengan harga RM 999.00. Pada suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang pemuda yang bernama Hasan. Tuanku bekerja di sebuah bank. Aku digunakan oleh tuanku untuk berhubung dengan ahli keluarganya dan kawan-kawannya. Selain itu, dia juga menggunakan aku untuk mendengar lagu dan menghantar pesanan ringkas kepada kawan-kawannya. Apabila bosan, dia juga bermain permainan komputer yang terdapat dalam diriku. Aku menjadi kebanggaan tuanku.Tuanku sangat sayang akan aku. Dia menggunakan aku dengan cermat. Apabila badanku kotor, dia akan mengelap badan aku dengan kain basah.Aku berasa gembira keran mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap agar dapat berkhidmat kepada tuanku sehingga ke akhir hayatku.

Aku Sebuah Basikal Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya,Selangor. Aku dihantar ke Petaling Jaya dengan menggunakan lori kecil. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu RM300. Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang berumur 10 tahun telah membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya.Aku telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama Kevin. Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai pada hari minggu. Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat kepada tuanku. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya setelah digunakan. Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta ayah kevin. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah basikal.

AKU SEEKOR KUCING

Aku seekor kucing yang berbulu tebal. Aku berasal dari negara Jepun. Badanku berwarna kuning kebiru-biruan. Aku adalah sepsis kucing yang disukai ramai. Kecantikan dan kehebatanku telah terkenal di seluruh dunia. Aku telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan dari Malaysia. Dia telah membeliku untuk dihadiahkan kepada anaknya yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-12. Tuanku bernama Eryana.Eryana sangat ,menyayangiku. Setiap kali aku dibelai dan dijaga dengan rapi. Aku umpama insan istimewa buat Eryana. Aku telah dinamakan sebagai manja. Namaku Manja kerana tuanku sering memanjakanku. Semua ahli keluarga Eryana sangat mengambil berat akan diriku.Aku dimandikan setiap pagi. Selepas itu, aku diberi makan Friskies dan makanan tambahan yang lain. Pada waktu tengah hari, aku akan menunggu kepulangan tuanku dari sekolah. Aku ditimang seperti anak kecil. Gembiranya hatiku hanya tuhan sahaja yang tahu.Pada suatu hari, Eryana membawa aku ke taman untuk bersiar-siar dan beriadah. Tiba-tiba datang seekor anjing gila menyerangku. Aku terkejut dan tergamam dengan kejadian itu. Badanku mengalami calar-balar dan luka hampir ke seluruh badan. Tuanku mengejarkanku ke klinik haiwan. Aku telah disahkan dijangkiti penyakit. Keadaan ini menyebabkan aku mula dilupakan. Tuanku menjauhkan diri daripadaku. Apalah nasibku ini. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Aku Sepasang Kasut

Nama saya ialah puteri. Saya diperbuat daripada kulit buaya dan tapak saya diperbuat daripada getah. Saya berasal daripada sebuah kilang di kawasan perindustrian Seberang Perai.Setelah siap dibungkus saya dihantar ke sebuah kedai kasut di Parit Buntar. Ramai orang tertarik dengan diri saya kerana kulit saya yang asli dan berwarna hitam. Saya selalu digilap sehingga berkilat.Pada suatu hari,seorang gadis cantik telah datang ke kedai tersebut. Dia berminat melihat bentuk saya yang cantik lalu membelinya. Saya di bawa pulang ke rumah.Tuan saya menjaga saya dengan baik. Dia tidak suka memijak becak jika memakai saya. Pada setiap hujung minggu, tubuh saya akan digilap dengan pengilat yang dibeli khas untuk saya.Walaupun dua tahun berlalu, saya masih setia berkhidmat.Namun begitu, kini diri saya telah mula uzur. Tapak saya mula haus dan tubuh saya telah mula cedera.Pada suatu hari,tuan saya pulang dengan membawa sepasang kasut baru. Saya berasa sungguh sedih. Tuan saya telah menyimpan saya di dalam stor. Tinggalah saya dalam kegelapan dan kesepian.

Aku Sepasang Kasut Bola

Aku sepasang kasut bola sepak. Namaku Puma. Aku diperbuat daripada kulit yang berkualitin tinggi. Oleh sebap itu,aku sedia berhadapan dengan pelbagai cabaran yang lasak dan aktif.Setelah siap dan diperiksa dengan teliti, aku menerima sijil kelulusan untuk dipasarkan .Aku dimasukkan di dalam kotak yang cantik dan menarik warnanya. Hal ini meyebabkan aku menjadi tarikan para penggemar kasut bola.Aku dan puluhan kawanku yang lain dibawa ke sebuah gedung sukan di ibu kota. Kami dipamerkan di dalam almari kaca dengan rakan-rakan lain yang datangnya dari seluruh dunia. Aku terpaksa bersaing untuk menarik perhatian dan menawan hati pembeli.Pada suatu petang,seorang pemudah tampan datang ke gedung sukan tempat aku dipamerkan. Dia tertarik kepada bentuk badanku dan berpuas hati dengan harga yang ditawarkan. Akhirnya, pemuda itu bersetuju untuk membeli dan memiliki aku.Tuan bahuruku itu seorang pemain bola sepak bagi negeri Sarawak. Aku menjadi teman setianya sebagai penyerang utama pasukan tersebut. Aku sentiasa bekerja keras dan beraksi lasak setiap kali pertemuan dengan pasukan lain. Sepasang musim pertandingan itu, aku bersama dengan tuan baruku.Akhirnya, tubuhku sudah tidak mampu berhadapan dengan aktiviti lasak dan tugas berat yang perlu aku sempurnakan. Aku mengalami kecederaan yang teruk di bahagian badanku. Aku berasa sedaih kerana tugasku telah diambil ahli oleh rakanku yang lain. Dengan itu, berakhirlah tugasku di padang bola sepak.

BIOGRAFI - IBU SAYA

Ibu adalah orang yang melahirkan kita ke dunia. Ibu mengasuh dan mendidik kita sejak kecil dengan penuh kasih sayang. Kasih ibu tiada batasannya dan tidak dapat dicari ganti. Ibu saya bernama Aminah Ali. Beliau berumur 35 tahun. Ibu saya seorang yang sederhana, selalu berbaju kurung dan bertudung. Bagi saya, ibu adalah wanita yang cantik, bersopan-santun , dan periang. Ibu saya bekerja sebagai guru. Beliau berkelulusan Maktab Perguruan Keningau dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Mangkapon Pitas. Sebagai seorang ibu yang bekerjaya, kehidupan seharian ibu amat sibuk. Pada setiap pagi, ibu akan bangun awal untuk menyiapkan sarapan dan memasak untuk makan tengah hari nanti. Selepas bersarapan, saya dan ibu akan pergi ke sekolah bersama-sama. Pada waktu tengah hari, ibu akan menjemput saya di sekolah. Kemudian, kami akan makan bersama-sama. Pada waktu petang pula, ibu akan menghantar saya ke sekolah agama.Pada hari minggu, ibu akan memasak lauk-pauk kegemaran kami sekeluarga. Selain itu, ibu saya pandai menjahit dan selalu menjahit pakaian saya. Ibu sentiasa meluangkan masa untuk membaca bersama-sama kami. Kami juga akan menonton televisyen bersama-sama.Saya sayang akan ibu dan berasa sangat gembira apabila melihat ibu tersenyum. Saya berjanji akan belajar bersungguh-sunggah dan akan sentiasa membuatkan ibu gembira. Saya doakan semoga ibu berbahagia selalu.KEPENTINGAN KOMPUTER

Sebuah Rumah Sebuah Komputer, begitulah ungkapan yang dilaungkan oleh kerajaan negara kita. Mengapakah komputer sangat penting? Bolehkah komputer membantu kita terutamanya murid-murid dalam pelajaran? Sebenarnya komputer memang banyak mendatangkan kesan yang baik jika digunakan dengan jalan yang betul. Perisian yang ada dalam komputer dapat membantu murid-murid dalam pelajaran. Segala tugasan dapat diselesaikan dengan mudah dan berkualiti.Bagi murid-murid yang melayari internet, dunia mereka hanya di hujung jari. Segala maklumat dan perkara-perkara yang berlaku di dunia akan dapat diketahui dengan segera dan mudah. Ini membantu mereka mengikuti perkembangan semasa di dalam dan luar negara.Dengan mempelajari komputer, hubungan silaturahim dapat dieratkan. Kita boleh berhubung antara satu sama yang lain melalui komputer terutamannya rakan kita yang berada di luar negara. Kaedah ini mudah dan menjimatkan kos.Selain itu, komputer boleh dijadikan alat hiburan ringan. Apabila kita mengalami tekanan atau kerunsingan, komputer boleh membantu kita menenangkan fikiran. Kita juga boleh bermain permainan yang terdapat di dalamnya.Oleh yang demikian, murid-murid digalakkan mempelajari dan menguasai bidang komputer. Hasrat kerajaan yang ingin menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020 dapat direalisasikan dengan ilmu pengetahuan yang lebih mudah diakses menggunakan komputer. Joleh itu, di peringkat sekolah lagi pendedahan tentang kemahiran menggunakan komputer perlu dilatih untuk persediaan menghadapi dunia teknologi.

Aku Sebuah Telefon Bimbit Aku sebuah telefon bimbit. Aku sangat berguna kepada orang ramai. Aku dilahirkan pada zaman yang serba maju. Aku dilahirkan di kilang Samsung yang terletak di Korea. Aku diperbuat daripada bahan-bahan elektronik. Saiz badanku kecil, ringan dan senang dibawa. Rupaku dan keupayaanku sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Oleh itu, aku merupakan telefon bimbit yang sangat canggih. Selepas siap dibuat, aku dihantar ke sebuah pasar raya di Bintulu. Aku dipamerkan di dalam sebuah alamari kaca. Aku dijual kepada orang ramai dengan harga RM 999.00. Pada suatu hari, aku telah dibeli oleh seorang pemuda yang bernama Hasan. Tuanku bekerja di sebuah bank. Aku digunakan oleh tuanku untuk berhubung dengan ahli keluarganya dan kawan-kawannya. Selain itu, dia juga menggunakan aku untuk mendengar lagu dan menghantar khidmat pesanan ringkas kepada kawan-kawannya. Apabila bosan, dia juga bermain permainan komputer yang terdapat dalam badanku. Aku menjadi kebanggaan tuanku.Tuanku sangat sayang akan aku. Dia menggunakan aku dengan cermat. Apabila badanku kotor, dia akan mengelap badan aku dengan kain basah.Aku berasa gembira kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap agar dapat berkhidmat kepada tuanku sehingga ke akhir hayatku.

Jika Saya Seorang DoktorBapa saudara saya seorang doktor. Saya ingin mengikut jejaknya menjadi seorang doktor. Beliau selalu menceritakan kepada saya tentang kerjayanya dan memberi saya buku-buku tentang perubatan.Ibu bapa telah mengasuh saya sejak kecil. Jika saya seorang doktor, saya akan memberi rawatan kepada ibu bapa saya apabila mereka sakit. Selain itu, saya juga mahu menjaga kesihatan mereka apabila mereka tua kelak.Sebagai seorang doktor, saya akan merawat pesakit dengan sebaik-baiknya. Saya akan memastikan golongan yang miskin akan mendapat rawatan secara percuma. Di samping itu, saya juga ingin membuka klinik sendiri. Menurut bapa saudara saya, membuka klinik sendiri lebih menguntungkan kerana saya boleh bekerja lebih daripada masa yang ditetapkan. Malah, lebih banyak pesakit dapat datang ke klinik saya untuk mendapatkan rawatan pada setiap hari.Jika saya seorang doktor, saya akan menyampaikan ceramah tentang cara-cara menjaga kesihatan kepada orang ramai termasuk murid-murid. Saya berharap orang ramai mengetahui konsep Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati.Saya percaya dengan menjadi doktor, saya akan menjadi orang yang bertanggungjawab untuk cuba menyelamatkan nyawa manusia pada setiap masa. Saya yakin bahawa saya boleh bekerja sebagai seorang doktor yang dedikasi.

Permainan Yang Saya Minati Setiap orang mempunyai permainan kegemaran sendiri. Saya juga tidak terkecuali. Permainan kegemaran saya ialah badminton. Pada hari jadi saya yang ke-8, ayah dan ibu telah menghadiahi saya raket badminton dan bulu tangkis. Pada waktu petang, ayah akan bermain badminton dengan saya di halaman rumah. Semenjak itu, saya pun meminati permainan ini. Saya juga menyertai kelab badminton di sekolah saya. Pada setiap hari Sabtu dan Ahad, saya akan menjalani latihan badminton di dewan sekolah. Jurulatih saya ialah Encik Razali. Beliau mengajar saya teknik-teknik memukul bulu tangkis yang betul. Kadang kala, saya akan bermain badminton bersama-sama jiran saya, Ah Meng di gelanggang badminton. Bermain badminton bukan sahaja dapat mengisi masa lapang saya, malahan dapat menyihatkan badan saya. Semasa bermain badminton, badan saya akan berpeluh. Oleh itu, badan saya cergas dan minda saya cerdas. Ayah dan ibu sentiasa memberi sokongan kepada saya untuk menceburi bidang sukan badminton. Mereka juga sering menasihati saya agar berlatih dengan bersungguh-sungguh. Saya pernah menggondol pingat emas dalam perlawanan badminton yang dianjurkan di sekolah saya. Ayah dan ibu berbesar hati dengan kejayaan saya. Dato Lee Chong Wei merupakan idola saya. Saya ingin mengikut jejak beliau untuk menjadi seorang pemain negara yang terkenal dan mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Saya sangat gemar bermain badminton. Saya berharap agar usaha saya akan membuahkan hasil.

Pengalaman Tersesat di Dalam Hutan Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya telah mengikuti perkhemahan pengakap di Hutan Maran. Saya telah ditugaskan oleh Cikgu Latifah untuk mencari kayu api di pinggir hutan. Ketika saya leka mengutip kayu api, saya ternampak seekor burung yang jarang dijumpai hinggap di atas sepohon pokok. Burung itu mempunyai bulu pelepah yang cantik dan berwarna-warni. Saya cuba mendekati burung itu namun burung itu terbang ke dalam hutan. Tanpa berfikir panjang, saya pun mengejar burung itu ke dalam hutan. Dalam sekelip mata sahaja, burung itu telah hilang dari pandangan saya. Saya berputih mata kerana terlepas peluang untuk menangkap burung itu. Saya pun berjalan pulang ke tapak perkhemahan. Setelah lama berjalan, saya tidak dapat mencari jalan keluar dari hutan itu. Saya telah tersesat di dalam hutan. Saya mulai cemas dan takut. Apatah lagi, kaki saya lenguh dan perut saya berkeroncong. Apabila hari semakin gelap, cuaca menjadi semakin sejuk. Saya berehat di bawah sepohon pokok besar. Saya menangis kerana sekali-sekala mendenngar bunyi unggas yang menakutkan. Disebabkan terlalu letih, saya tertidur di bawah pokok itu. Pada keesokan pagi, saya terdengar suara kawan-kawan memanggil nama saya. Saya pun terjaga daripada tidur lalu berlari ke arah mereka. Saya bersyukur kerana dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat. Pengalaman pahit ini akan menjadi satu pengajaran kepada saya dan tidak akan saya lupakan buat selama-lamanya.

Haiwan Kesayangan Saya Haiwan kesayangan saya ialah anjing. Anjing ini dihadiahkan oleh ayah saya pada hari jadi saya yang ke 10. Saya menamakan anjing ini Bob. Bob ialah seekor anjing jantan yang baru berusia satu tahun. Bulu Bob berwarna hitam dan bertompok putih. Bob mempunyai sepasang mata yang besar dan hitam. Bulunya pula pendek dan gebu. Bob tinggal di sebuah rumah anjing yang dibina oleh ayah dan abang saya. Rumah anjing Bob ditempatkan di tepi garaj kereta. Saya memberi Bob makan dua kali sehari. Makanan kegemaran Bob ialah tulang dan daging. Kadang kala, saya memberi Bob minum susu segar. Pada setiap hujung minggu, saya akan memandikan Bob dengan syampu. Saya juga akan membersihkan tempat tinggal Bob supaya Bob dapat tinggal dengan selesa. Ibu bapa sering menasihati saya agar menjaga Bob dengan baik dan memastikan Bob sentiasa sihat. Bob ialah anjing yang cerdik dan manja. Bob juga patuh akan arahan saya. Apabila kami sekeluarga tiada di rumah, Bob akan menjaga rumah. Sekiranya orang yang tidak dikenali lalu di hadapan rumah saya, Bob akan menyalak dengan kuat. Bob ialah teman baik saya. Pada masa lapang, saya akan membawa Bob bersiar-siar di taman. Bob suka menguit-nguit ekornya semasa bermain kejar-kejar dengan saya. Saya dan keluarga amat menyayangi Bob. Saya berharap agar Bob dapat menemani kami buat selama-lamanya.

Berkunjung ke Kampung Datuk Pada cuti penggal yang lalu, bapa telah membawa kami sekeluarga pulang ke kampung untuk menziarahi datuk dan nenek. Kampung datuk terletak di Pekan, Pahang. Kami menaiki kereta bapa ke sana. Kira-kira 45 minit kemudian, kami pun sampai di pekarangan rumah datuk. Datuk dan nenek menyambut kepulangan kami dengan tangan terbuka. Hati saya girang sekali kerana dapat berjumpa dengan datuk dan nenek. Kami berlangkah kanan kerana pada waktu itu ialah musim buah-buahan. Datuk membawa kami ke dusunnya. Di dusun datuk terdapat banyak pokok buah-buahan, iaitu durian, manggis, duku, rambutan dan mangga. Pokok-pokok berbuah lebat dan buah-buahan telah masak ranum. Saya dan adik menolong datuk mengutip buah durian yang gugur di kawasan semak. Bapa pula mengait rambutan dengan galah yang panjang. Kami meletakkan buah-buahan itu di dalam raga. Setelah penat, kami berehat di bawah pokok yang rendang. Datuk dan bapa mengopek buah durian untuk kami makan. Air liur kami meleleh apabila menghidu bau durian yang harum. Kami menjamah durian dengan sepuas-puasnya. Pada waktu senja, kami pun pulang ke rumah. Datuk memberikan beberapa biji durian dan seikat rambutan kepada kami sebagai buah tangan. Saya berasa seronok kerana dapat menjejak kaki ke dusun datuk. Saya akan menziarahi datuk dan nenek lagi pada cuti sekolah yang akan datang.Hari Jadi Saya Pada hari minggu yang lepas, saya telah meraikan hari jadi saya yang ke-12 di rumah saya. Saya telah menjemput semua rakan sekelas ke majlis hari jadi saya. Pada hari tersebut, ayah dan abang sibuk menghias ruang tamu dengan belon dan reben yang beraneka warna. Saya dan kakak pula membantu ibu menyediakan makanan di dapur.Ibu telah menyediakan pelbagai jenis makanan yang enak. Antaranya ialah nasi minyak, mi goreng, ayam goreng, keropok, agar-agar, jus buah-buahan dan lain-lain lagi. Ibu juga membuat sebiji kek yang besar untuk saya. Kami menghidangkan makanan dan kek di atas meja. Kira-kira pada pukul 6.00 petang, kawan-kawan pun tiba. Mereka membawa hadiah untuk saya. Saya menyambut kedatangan mereka dengan tangan terbuka. Semua kawan berdiri mengelilingi saya. Kami menyanyi lagu Selamat Hari Jadi sambil bertepuk tangan dengan gembira. Selepas membuat hajat, saya pun meniup lilin lalu memotong kek. Saya menjemput kawan-kawan menikmati kek dan makanan yang dihidangkan di atas meja. Selepas menjamu selera, kami bermain permainan cari cucu dan meniup belon di halaman rumah. Saya juga mengambil gambar bersama kawan-kawan untuk dijadikan kenangan. Pada pukul 10.00 malam, majlis hari jadi saya telah berakhir. Semua kawan pun pulang ke rumah ke rumah masing-masing. Saya berasa sangat gembira kerana mendapat banyak hadiah pada hari jadi saya.Perhimpunan Sekolah Saya Nama saya Darren Wong. Saya menuntut di SJK ( C ) Chung Hwa. Sekolah saya mengadakan perhimpunan di dewan pada setiap hari Isnin. Apabila loceng sekolah berbunyi, murid-murid beratur ke dewan dengan tertib. Semua warga dewan berdiri tegak untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah. Tiga orang pengawas ditugaskan untuk menaikkan bendera di tepi pentas. Kami menyanyi dengan kuat dan penuh semangat patriotik. Seterusnya, Guru Besar menyampaikan ucapan di atas pentas. Guru Besar mengingatkan murid-murid agar membuat persiapan awal bagi menghadapi peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Beliau juga menasihati murid-murid agar menjaga kebersihan kawasan sekolah supaya dapat belajar dengan selesa. Semua murid memasang telinga untuk mendengar amanat beliau. Selepas itu, juruacara mengumumkan keputusan pertandingan kebersihan antara kelas. Kelas yang terbersih pada minggu lepas ialah kelas 5A. Guru besar menyampaikan sijil dan piala kepada ketua kelas tersebut. Kemudian, murid-murid dari kelas 6B mengadakan persembahan di atas pentas. Persembahan mereka amat menarik dan menghiburkan hati kami. Perhimpunan tamat pada pukul 8.15 pagi. Murid-murid pun beratur pulang ke kelas masing-masing untuk meneruskan pembelajaran.Hobi Saya Semua orang mempunyai hobi. Begitu juga dengan saya. Hobi saya ialah menunggang basikal. Saya suka menunggang basikal sejak berumur lima tahun lagi. Pada hari jadi saya, ibu bapa telah menghadiahi saya sebuah basikal BMX. Setiap petang, bapa mengajar saya menunggang basikal di padang yang luas. Pada mulanya, saya asyik terjatuh dari basikal. Namun, saya tidak berputus asa. Ibu bapa juga mendorong saya supaya mencuba lagi. Selepas beberapa minggu, saya pun pandai menunggang basikal. Pada masa lapang, saya akan menunggang basikal di taman rekreasi bersama-sama kawan saya. Kadang kala, saya berbasikal ke sekolah. Hobi ini bukan sahaja dapat mengisi masa lapang saya malahan dapat menyihatkan badan saya. Oleh itu, badan saya cergas dan otak saya cerdas. Pada setiap hari minggu, saya akan mencuci basikal saya dengan air sabun. Saya juga menggilap basikal saya sehingga berkilat-kilat. Pada waktu malam, saya akan mengunci basikal saya di garaj kereta agar tidak dicuri orang. Saya sangat sayang akan basikal saya. Saya berasa gembira kerana mempunyai hobi yang baik. Saya berharap agar hobi saya akan berterusan sehingga saya dewasaJika Saya Seorang Jutawan Setiap orang mempunyai impian. Begitu juga dengan saya. Impian saya adalah menjadi seorang jutawan. Jika saya seorang jutawan, saya akan membeli sebidang tanah yang luas dan memiliki pemandangan yang indah nian. Udara di persekitarannya hendaklah nyaman. Saya akan membina sebuah vila di sana dan menjemput semua ahli keluarga untuk tinggal bersama-sama. Saya juga akan membeli beberapa buah kereta mewah yang saya idam-idamkan. Di samping itu, saya akan membina sekolah dan hospital di kawasan pedalaman. Dengan adanya sekolah, penduduk di kawasan pedalaman yang buta huruf akan berpeluang untuk menimba ilmu. Mereka juga boleh mendapatkan rawatan yang terbaik dan percuma di hospital yang saya bina. Selain itu, saya akan menabung di bank.Saya juga akan mendermakan sebahagian daripada wang saya kepada pusat-pusat kebajikan seperti rumah anak-anak yatim, rumah orang tua dan rumah orang cacat. Saya hendak membantu orang yang bernasib malang dan memerlukan bantuan. Bukan itu sahaja, saya akan membawa ibu bapa saya menjelajah ke seluruh dunia untuk melihat kebudayaan dan kesenian bangsa-bangsa yang lain. Saya teringin untuk menjejak kaki ke Negara Eropah yang sering menjadi buah mulut orang ramai. Saya akan mendalami pengetahuan dalam lapangan seni muzik yang saya minati. Saya sedar bahawa bukan senang untuk merealisasikan impian saya. Oleh itu, saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Saya yakin, impian saya akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

1.Meragut beg tangan

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan pulang, aku terdengar suara wanita menjerit. Rupa-rupanya beg tangan wanita itu diragut oleh dua orang lelaki bermotosikal. Apa yang mengejutkan aku, wanita itu ialah jiranku Mak Cik Nadia. Aku terus mencatat nombor plat motosikal yang ditunggang oleh dua orang peragut tersebut. Aku memujuk Mak Cik Nadia supaya bersabar. Nasib baik Mak Cik Nadia tidak mengalami kecederaan yang teruk. Aku terus ke pondok telefon yang berhampiran untuk menelefon pihak polis. Tidak lama kemudian, beberapa orang polis datang. Mereka membawa aku dan Mak Cik Nadia ke balai polis untuk membuat laporan. Aku memberitahu nombor plat motosikal dan jenis motosikal peragut itu. Aku juga memberitahu yang mereka melarikan diri ke Jalan Sulaiman. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku.Setelah beberapa jam, pihak polis berjaya memberkas dua orang lelaki tersebut. Pihak polis menghantar aku dan Mak Cik Nadia pulang ke rumah. Ibu bapaku berasa terkejut sebaik sahaja melihat aku keluar dari kereta polis. Pihak polis menceritakan kepada ibu bapaku apa yang terjadi.

2.Semasa menunggu bas di hadapan sekolah, aku ternampak seorang pemuda yang menunggang motosikal telah meragut beg tangan seorang wanita. Aku Aku terus mengejar lelaki tersebut sambil menjerit meminta tolong. Jeritanku itu telah memeranjatkan ibu bapa yang sedang mengambil anak mereka. Tiga orang lelaki telah mengejar peragut itu untuk menangkapnya. Apabila aku melihat peragut itu telah dikejar, aku terus ke pondok telefon yang terletak berhampiran sekolah. Aku menelefon pihak polis dan melaporkan kejadian tersebut. Selepas itu, aku pergi berjumpa wanita yang diragut kerana dia sedang menangis. Tidak lama kemudian, peragut tersebut telah berjaya ditangkap oleh orang ramai. Tangannya telah diikat dengan tali sementara menunggu pihak polis tiba. Apabila anggota polis tiba, peragut tersebut telah diserah kepada pihak polis. Wanita yang diragut itu tidak bersedih lagi kerana beg tangannya telah ditemui semula. Pihak polis dan wanita itu telah mengucapkan terima kasih kepadaku kerana telah bertindak pantas mendapatkan bantuan. Selepas itu, pihak polis telah membawa peragut tersebut menaiki kereta polis untuk dibawa ke balai polis. Semasa dalam bas, aku tersenyum kerana telah membantu pihak polis menangkap penjenayah. Apabila sampai di rumah, aku telah menceritakan kejadian tersebut kepada ibu bapaku. Mereka berasa bangga kerana aku telah membantu orang yang berada dalam kesusahan.

3. Suasana di Kantin Sekolah Pada Waktu RehatApabila tibanya waktu rehat, suasana kantin sekolah yang sunyi sepi bertukar menjadi riuh-rendah. Keadaan ini tidak menghairankan kerana pada waktu itu, semua murid akan bertumpu ke kantin untuk membeli makanan seperti mi goring, laksa, sandwich, kuih-muih dan minuman. Waktu rehat selama 30 minit digunakan oleh murid-murid untuk berehat dan mengisi perut. Tepat jam 9.30 pagi loceng berbunyi. Murid-murid terus bergegas ke kantin untuk mendapatkan makanan yang diingini. Jika ada pengawas bertugas, murid-murid akan beratur. Apabila makanan sudah dibeli, murid-murid akan duduk di tempat yang disediakan. Murid-murid berbual-bual sambil menikmati makanan dan minuman. Selepas makan, murid-murid membuang pembungkus makanan ke dalam tong sampah. Murid-murid juga meletakkan pinggan mangkuk ke dalam besen yang disediakan. Mereka sangat menjaga kebersihan kawasan sekolah.Suasana riuh-rendah akan bertukar menjadi sunyi sepi semula apabila loceng dibunyikan tepat jam 9.50 pagi. Murid-murid beredar meninggalkan kawasan kantin untuk kembali ke kelas bagi meneruskan sesi pembelajaran.

4. Karangan: Lengkapkan Cerita Kecurian Soalan: Malam itu aku membaca buku di dalam bilikku. Tiba-tiba...Lengkapkan cerita di atas.

Malam itu aku membaca buku di dalam bilikku. Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu di rumah jiranku. Jiranku ketika itu kebetulan tiada di rumah kerana bercuti ke Sabah. Aku pun segera mengintai melalui tingkap. Aku ternampak kelibat dua orang berada di dalam kawasan rumah jiranku. Keadaan mereka sungguh mencurigakan. Aku segera ke bilik ayahku. Aku mengetuk pintu. Ayah keluar, aku terus menceritakan perkara yang telah aku lihat tadi. Aku dan ayah terus mengintai melalui tingkap. Aku mengesyaki yang mereka itu adalah pencuri. Ayah terus menelefon polis. Tidak lama kemudian, polis pun tiba. Mereka mengepung rumah jiranku. Aku dan ayah sekadar memerhati melalui tingkap bagaimana pihak polis menyerbu masuk dan dapat memberkas pencuri tersebut. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada aku dan ayah.

5. Karangan: Pengalaman Pergi Berkelah Soalan: Ceritakan pengalaman kamu pergi berkelah.

Pada minggu lepas, saya pergi berkelah dan berkhemah. Ketika itu cuti sekolah. Saya ke Air Terjun Lambir, Miri bersama-sama keluarga. Saya berasa gembira. Kami bertolak dari rumah pada pukul 8.00 pagi. Kami pergi ke sana dengan menaiki kereta Proton Persona yang baru dibeli. Kami sampai di tapak perkhemahan , kira-kira pukul 2:00 petang. Pemandangan di situ sungguh indah.Saya menolong ayah mendirikan khemah manakala kakak menolong emak menyediakan hidangan yang telah dimasak di rumah. Bunyi air yang menghempas ke batu membuatkan kami tidak sabar untuk pergi bermandi-manda. Alangkah sejuk airnya, sehinggakan badan saya menggigil. Selepas bermandi-manda, kami pun menikmati hidangan yang disediakan ibu dengan berselera sekali. Sebelum tidur kami mendengar cerita pengalaman ayah semasa kecil. Saya terus tertidur kerana keletihan. Keesokannya, selepas berkemas, kami pun pulang ke rumah.Karangan: Pengalaman Terlewat Bangun Soalan: Ceritakan pengalaman kamu terlewat bangun.

Pada hari Selasa yang lalu, aku terlewat bangun daripada tidur. Aku terkejut apabila melihat jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Aku sudah terlewat untuk ke sekolah. Jarak antara rumahku dengan sekolah ialah kira-kira 2 kilometer. Aku mesti pergi ke sekolah kerana peperiksaan pertengahan tahun bermula pada hari ini. Aku hanya sempat menggosok gigi dan mencuci mukaku sahaja. Kemudian, aku memakai baju sekolah. Aku menunggu bas awam tetapi semua bas telah berlalu. Aku menunggang basikal dengan laju. Setibanya di sekolah, jam sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Aku ditahan oleh guru disiplin kerana terlewat. Namaku dicatat. Kemudian, aku masuk ke kelas. Di dalam kelas, guru sedang mengedarkan kertas soalan kepada murid-murid. Guru kelas memarahiku kerana lewat. Aku ke tempat duduk. Penatku belum habis lagi. Aku mengeluarkan kotak pensel. Aku rasa menyesal kerana menonton bola hingga lewat malam bersama abangku. Aku berharap perkara seperti itu tidak berulang.

Karangan: Pengalaman Menghadiri Majlis Perkahwinan Soalan: Ceritakan pengalaman kamu menghadiri majlis perkahwinan.

Pada minggu lepas, saya telah menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Johor Bahru. Majlis itu sungguh meriah. Sebelum hari kenduri kahwin, saudara mara dan orang kampung telah bergotong-royong mendirikan balai dan khemah untuk tetamu. Pada hari memasak iaitu sehari sebelum majlis perkahwinan, jiran-jiran bergotong-royong memasak. Majlis berinai diadakan pada waktu malam. Pengantin perempuan akan memakai inai di jari. Pada hari majlis perkahwinan, saya turut membantu memberikan bunga telur kepada tetamu. Pada jam 2.00 petang, rombongan pengantin lelaki tiba dengan membawa hantaran. Pihak perempuan turut menyambut dengan paluan kompang dan persembahkan silat. Sungguh cantik apabila pengantin bersanding di atas pelamin. Saya berasa sungguh gembira pada majlis perkahwinan ini kerana bertemu dengan saudara jauh dan dekat.Karangan: Pengalaman Menghadiri Hari Kantin Soalan: Ceritakan pengalaman kamu menghadiri Hari Kantin Sekolah.

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin. Semua ibu bapa dijemput hadir pada hari tersebut. Hari Kantin diadakan di pekarangan sekolah. Tujuan mengadakan aktiviti tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan antara warga sekolah dengan ibu bapa di samping mengutip derma untuk tabung kebajikan. Terdapat pelbagai jenis gerai didirikan di padang sekolah seperti gerai makanan, gerai minuman dan gerai buah-buahan. Terdapat juga gerai permainan seperti nyanyian, meniup belon, bola jaring dan sebagainya. Selain itu, ada juga acara ibu bapa. Kami menyambut Hari Kantin dengan gembira. Selepas itu, guru besar menyampaikan hadiah kepada pemenang. Para penonton memberi tepukan gemuruh kepada murid yang menang. Guru-guru bekerjasama mengendalikan majlis ini supaya majlis berjalan lancar. Kami pulang dengan perasaan gembira.

Karangan: Pengalaman Menyelamatkan Mangsa Kemalangan Soalan: Kamu telah menyaksikan satu kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari sekolah. Ceritakan pengalaman kamu menyelamatkan mangsa kemalangan itu.

Pendahuluan- hujan renyai, terdengar bunyi dentumanIsi-isi Penting- kereta terbabas lalu melanggar pokok menjadi saksi kemalangan- pemandu pengsan, berlumuran darah - telefon pihak polis dan ambulans - bantuan tiba, beri maklumatPenutuppulang, berasa gembira

Jawapan Lengkap

Pada suatu hari, sewaktu aku pulang dari sekolah, hujan turun renyai-renyai. Aku mempercepatkan langkah agar cepat sampai ke rumah. Tiba-tiba, aku terdengar satu bunyi dentuman yang kuat di belakangku.Aku menoleh ke belakang. Rupa-rupanya, sebuah kereta telah terbabas lalu melanggar sebatang pokok di tepi jalan. Aku berlari ke tempat kejadian dan mendapati kereta yang terlibat dalam kemalangan itu rosak teruk. Pemandu kereta itu pula pengsan dan kepalanya berlumuran darah kerana terhantuk pada stereng kereta.Aku berlari sepantas kilat mencari pondok telefon dan mendail nombor balai polis dan ambulans. Kemudian, aku pergi semula ke tempat kejadian. Mujur ada seorang pemuda lalu di kawasan itu. Komi bersama-sama mengeluarkan mangsa kemalangan itu dari kereta.Beberapa minit kemudian, pihak polis dan ambulans pun tiba. Mereka mengangkat mangsa kemalangan itu ke dalam ambulans. Aku memberikan maklumat tentang kemalangan itu kepada pihak polis. Anggota polis itu mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang aku berikan.Setelah itu, aku pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Aku berasa gembira kerana dapat membantu pemandu yang malang itu. Pengalaman ini akan aku ingat sampai bila-bila.

Karangan: Kempen Bahasa Malaysia Soalan: Sekolah kamu telah mengadakan "Kempen Bahasa Malaysia". Ceritakan tentang aktiviti yang telah dijalankan di sekolah kamu.

Pendahuluan-mengadakan Kempen Bahasa MalaysiaIsi-isi Penting-merasmikan Kempen Bahasa Malaysia-mengamalkan penggunaan bahasa secarasopan-pelbagai aktiviti diadakan-persembahan tarian MelayuPenutup- penyampaian hadiah dan majlis perasmianpenutup oleh guru besar

Jawapan Lengkap

Sekolah saya telah mengadakan Kempen Bahasa Malaysia anjuran Persatuan Bahasa Malaysia. Kempen Bahasa Malaysia itu diadakan selama seminggu.Guru besar telah merasmikan Kempen Bahasa Malaysia pada waktu perhimpunan yang diadakan di sekolah kami. Beliau berharap murid-murid dan guru-guru dapat memartabatkan Bahasa Malaysia dengan mengamalkan penggunaan bahasa secara sopan.Pelbagai aktiviti telah diadakan di sepanjang minggu tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mengarang, pertandingan berbalas pantun, pertandingan teka silang kata clan pertandingan syarahan.Selain itu, persembahan tarian Melayu seperti tarian zapin dan tarian lilin turut diadakan bagi memeriahkan Kempen Bahasa Malaysia itu. Di samping itu, semua guru dan murid diwajibkan menggunakan bahasa Malaysia dengan betul clan sopan apabila bertemu di mana-mana sahaja di dalam kawasan sekolah.Para pemenang setiap pertandingan telah menerima hadiah yang disampaikan oleh Guru Penolong Kanan 1 dalam majlis perasmian penutup Kempen Bahasa Malaysia itu. Beliau berharap generasi muda terus mencintai bahasa Malaysia walaupun kempen itu telah berakhir.

Karangan: Permainan Tradisional Digemari

Soalan: Ceritakan tentang permainan tradisional yang paling kamu gemari.

Pendahuluan- permainan tradisional, alat hiburan- suka bermain gasingIsi-isi Penting- menyediakan beberapa bahan dan peralatan- membentuk kayu, melicinkan- membentuk lubang, memasang skru melilitkan taliPenutup- seronok bermain

Jawapan Lengkap

Permainan tradisional merupakan alat hiburan dalam kalangan masyarakat Melayu zaman dahulu. Saya mempunyai permainan tradisional yang saya gemari. Saya suka bermain gasing, Nama gasing saya ialah gasing pangkah. Gasing itu saya buat sendiri. Saya mempelajari cara-cara membuat gasing daripada bapa saudara saya. Dengan membuat gasing sendiri, saya dapat menjimatkan wang.Sebelum membuat gasing, saya perlu menyediakan beberapa bahan seperti sebatang kayu jambu dan skru tembaga. Selain itu, peralatan yang saya perlukan ialah parang, kertas pasir, gergaji besi, kikir dan penebuk lubang. Mula-mula, saya membentuk kayu jambu itu menjadi bentuk bujur menyerupai bentuk gasing dengan menggunakan sebilah parang. Kemudian, licinkan permukaan gasing yang telah dibentuk itu dengan kertas pasir.Setelah itu, tebuk hujung gasing dengan penebuk yang disediakan sedalam dua sentimeter Selepas itu, masukkan sebatang skru tembaga pada lubang yang ditebuk itu. Pangkal skru itu perlu dipotong untuk dijadikan mata gasing. Kemudian, tumpulkan mata gasing itu dengan kikir supaya gasing mudah berputar.Untuk memutarkan gasing itu, kita memerlukan semeter tali. Tali itu dililit pada sekeliling gasing yang dimulai pada pangkal gasing. Kemudian, tarik tali gasing ke arah bertentangan agar gasing itu berputar ligat.Permainan gasing amat sesuai dimainkan di kawasan lapang. Kita akan lebih berasa seronok bermain gasing apabila gasing kita berputar ligat atau gasing kita dapat memangkah gasing orang lain.

Karangan: Catatan Bercuti di Melaka

Soalan: Kamu telah bercuti di suatu tempat yang menarik bersama keluarga. Tulis catatan tersebut selengkapnya.

Sabtu, 12 Mac 20075.00 pagiSaya bangun awal hari ini kerana semalam ayah telah memberitahu bahawa kami sekeluarga akan ke Melaka pada pagi ini. Kami semua sibuk menyiapkan persiapan. Ibu di dapur menyediakan bekalan makanan untuk dibawa dalam perjalanan nanti. Setelah mandi dan mengerjakan solat Subuh, saya berdoa agar perjalananku nanti tiada rintangan yang menimpa. Kereta Perdana yang dipandu ayah meluncur laju menuju ke destinasi.

9.00 pagiSaya begitu leka melihat pemandangan di sepanjang perjalanan sehingga tidak menyedari kami telah pun sampai di sempadan Melaka Bandaraya Bersejarah. Ayah telah menempah bilik hotel untuk kami bermalam. Setelah meletakkan beg, kami merehatkan badan di atas katil. Disebabkan terlalu penat kami pun tertidur.

12.00 tengah hariAyah telah membawa kami ke Zoo Melaka. Kami melihat banyak binatang yang belum pernah dilihat sebelum ini. Harimau, gajah, singa, zirafah, ular, badak dan banyak lagi. Ada juga pertunjukan ular dan orang utan. Saya sempat juga mengambil gambar dengan orang utan dan menaiki gajah.

2.00 petangKami singgah di masjid untuk solat Zuhur. Setelah solat, kami pun menuju ke A Famosa Resort. Di situ terdapat tempat mandi dan tempat membeli-belah yang disebut Cowboy. Saya dan keluarga pergi membeli-belah. Selepas itu, saya dan keluarga pergi mandi.

4.00 petangKakak telah mengajak ayah pergi ke bandar Melaka. Di situ kami sekeluarga telah menaiki Menara Taming Sari. Dari puncak menara, kami dapat melihat seluruh Bandar Melaka. Selepas itu, kami juga pergi ke Kapal Portugis. Kapalnya amat besar. Di dalamnya terdapat banyak barang bersejarah. Kami ingin menaiki feri melungsuri Sungai Melaka tetapi sayang tiket sudah kehabisan.

5.45 petangSetelah solat Asar, kami pun pergi melawat ke Kota A Famosa. Ibu sempat menceritakan mengenai sejarah Kota A Famosa dan serangan orang Portugis. Oleh sebab Bukit St Paul tidak jauh dari situ, saya juga telah mendakinya. Oleh sebab hari telah petang, ayah mengajak kami balik ke hotel untuk berehat dan menantikan waktu Maghrib.

9.00 malamSetelah solat Maghrib dan Isyak, kami makan malam bersama-sama. Selepas itu, kami keluar untuk membeli-belah di Bandar Hilir. Saya membeli cenderamata untuk cikgu dan kawan-kawan. Setelah lama berjalan, kami pun balik kerana esok kami akan memulakan perjalanan untuk pulang ke rumah.

11.00 malamKami pun sampai di hotel. Kami berasa sungguh letih. Tidak lama kemudian, kami pun terlelap.

Ahad, 13 Mac 20079.00 pagiKami bersiap-siap untuk memulakan perjalanan balik ke Johor. Dalam perjalanan balik, saya telah nampak Eye of Asia. Walaupun penat saya berasa sungguh seronok kerana dapat melawat ke tempat yang menarik. Ayah berjanji akan membawa kami ke tempat lain pada cuti yang akan datang.

Karangan Tindakan Yang Kamu Lakukan 1

Soalan: Kamu tertinggal bas. Tulis tindakan-tindakan yang kamu lakukan.

Loceng sekolahku telah berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Semua pelajar beratur di luar kelas untuk menunggu loceng yang kedua. Ketika beratur, perut saya terasa sakit. Saya segera meminta kebenaran cikgu lalu berlari ke tandas. Selepas menunaikan hajat, saya keluar dari tandas dan berlari menuju ke perhentian bas di hadapan sekolah. Apabila saya keluar, saya mendapati semua pelajar sudah tiada dan saya juga ketinggalan bas. Saya mula bimbang. Saya ternampak sebuah pondok telefon. Saya pun memasukkan tangan ke dalam poket untuk mengambil duit syiling. Malangnya, telefon itu rosak. Setelah lama berfikir bagaimana cara untuk pulang ke rumah, saya mendapat satu idea. Selepas itu, saya pergi ke pejabat. Saya memberi salam dan mengetuk pintu tetapi tiada sesiapa pun yang keluar atau menjawab salam. Akhirnya, saya membuat keputusan sendiri. Saya balik dengan berjalan kaki. Awan pun mula mendung. Dalam perjalanan, saya terdengar suara anak kucing. Rupa-rupanya anak kucing itu berhadapan dengan anjing yang ganas. Saya membaling batu ke arah anjing itu dan membawa kucing itu lari. Anjing itu mengejar saya. Setelah membaling batu, barulah anjing itu pergi. Tetapi perasaan menggigil kerana dikejar anjing belum hilang lagi. Saya ternampak pondok kecil dan berehat di situ. Saya melepaskan kucing tadi di taman. Tidak lama kemudian, hujan pun turun dengan lebatnya dan kilat juga sabung-menyabung. Pada waktu itu, saya sangat kesejukan. Tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapan pondok itu. Saya amat terkejut dan ketakutan. Saya mula berfikir hal yang buruk akan berlaku. Kereta itu pun membunyikan hon kepada saya untuk masuk ke dalam kereta. Tetapi saya enggan. Pemandu kereta itu pun membuka tingkap keretanya untuk bercakap dengan saya. Apabila tingkap terbuka, rupa-rupanya lelaki itu ialah Cikgu Syukri. Saya pun segera masuk ke dalam kereta dengan basah kuyup. Di dalam kereta, saya menggigil kesejukan. Cikgu pun memberi saya sebotol air masak untuk saya minum. Cikgu sangat baik hati. Saya pun sampai di rumah. Bapa saya segera mengambil payung untuk melindungi saya daripada terkena hujan. Ayah saya pergi berjumpa dengan cikgu. Tanpa melengahkan masa, saya terus masuk ke dalam rumah. Ibu dan ayahku juga risau kerana saya balik lewat. Ibu dan ayah saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Syukri. Saya berjanji kepada ibu dan ayah saya agar tidak cuai lagi sehingga tertinggal bas.Karangan Lengkapkan Cerita 2

Soalan: Malam itu aku sedang membaca buku di dalam bilikku. Tiba-tiba..Lengkapkan cerita di atas.

Pada malam itu, aku sedang membaca buku di dalam bilikku. Suasana di luar rumah sangat sunyi dan lengang. Tiba-tiba aku terlihat cahaya yang amat terang. Aku mula berfikir cahaya apa yang berada di luar sana. Aku tidak menghiraukan dan terus membaca buku. Pada waktu yang sama aku terdengar satu jeritan meminta tolong di luar rumah. Aku juga terlihat cahaya di luar tadi semakin besar. Aku pun membuka tingkap bilikku. Alangkah terkejutnya aku melihat rumah jiranku terbakar dengan api yang sangat marak. Aku terus mengejutkan ayah dan ibuku yang sedang tidur untuk melihat kejadian itu. Ayahku pun berlari membuka pintu rumah dan melihat kejadian itu. Ayahku menyuruh ibuku menelefon bomba dengan segera. Aku pula mengikut ayahku mengejutkan penduduk kampung yang sedang lena tidur. Akhirnya, semua penduduk kampung terjaga dan menolong ayahku menyimbah air beramai-ramai ke arah api yang marak sementara menunggu bomba tiba. Tidak lama kemudian, bomba pun datang dengan membawa alatannya. Orang kampung segera menolong pihak bomba. Orang kampung menyimbah air manakala pihak bomba pula menyemburkan air menggunakan pili bomba ke arah api yang marak. Ayahku masuk ke dalam rumah itu dengan berhati-hati untuk menyelamatkan orang yang berada di dalam rumah itu. Ayahku terdengar suara tangisan seorang perempuan dan suara bayi. Ayahku masuk ke dalam bilik itu lalu terlihat seorang perempuan dan anaknya menangis. Ayahku menarik tangan perempuan itu dan mendukung anaknya lalu berlari ke pintu keluar. Sewaktu ayahku berlari, sebatang kayu yang besar telah jatuh tetapi ayahku sempat mengelak. Banyak halangan sewaktu berlari ke pintu keluar. Aku dan ibuku di luar amat bimbang akan keselamatan ayahku sewaktu di dalam rumah itu. Akhirnya ayahku berjaya menyelamatkan perempuan dan anaknya. Perempuan itu sangat bersyukur kepada Allah kerana telah selamat dalam kejadian itu. Perempuan itu juga berterima kasih kepada ayahku. Tidak lama kemudian, api pun semakin kecil. Akhirnya rumah itu pun hangus terbakar. Perempuan itu hanya tinggal sehelai sepinggang. Ibuku mengajak perempuan itu tinggal di rumahku sementara mendapat bantuan. Mujurlah tiada kemalangan jiwa berlaku. Punca kebakaran belum diketahui lagi. Pihak bomba sedang menyiasatnya. Kecil-kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan. Itulah api. Aku berasa sangat simpati kepada perempuan itu. Orang kampung bekerjasama menolong keluarga perempuan itu. Ibuku juga menghulurkan bantuan.Karangan: Pengalaman Menghadiri Sambutan Kemerdekaan

Soalan: Ceritakan pengalaman kamu menghadiri sambutan bulan kemerdekaan di sekolah.

13 Ogos 1957 ialah tarikh yang sangat bermakna bagi kita. Tarikh ini juga membebaskan kita daripada jajahan orang luar. Negara kita dimerdekakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Untuk menghargai jasa beliau, sekolahku telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Yang ke-55 pada hari Selasa minggu lepas. Pelbagai aktiviti yang dijalankan. Suasana juga amat meriah.

Aku ingin sampai awal ke sekolah. Selepas mandi, solat dan sarapan aku terus mencium tangan ayah dan ibu. Aku terus berjalan menuju ke perhentian bas. Setibanya aku di perhentian bas, aku terlihat rakan-rakanku sedang duduk sambil berbual. Aku terus berlari ke arah mereka. Mereka bercerita mengenai sambutan hari kemerdekaan. Aku juga turut serta dalam perbualan itu. Ketika asyik berbual, bas pun tiba. Aku dan rakan-rakanku bergegas beratur.

Setibanya di sekolah, aku dan rakan-rakanku terus ke kantin.Suraya membeli mi goreng bungkus manakala Qistina membeli kuih. Aku hanya membeli sebotol air 'solivite'. Selepas mengisi perut, kami pun duduk sambil berbual. Ketika kami sedang berbual, Kaisarah dan Marsha pun tiba. Kami bersalaman sambil bertanya khabar. Kaisarah mengajak aku, Qistina dan Suraya pergi ke bilik muzik. Baru aku teringat pesanan cikgu semalam. Kami pun segera ke destinasi. Rakan-rakan yang lain sudah berada di dalam bilik muzik.

Aku pun masuk ke dalam bilik muzik. Cikgu Yuslina memberi kami pakaian untuk persembahan. Kami didandan oleh Cikgu Aznen. Sentuhan solekan Cikgu Aznen sangat cantik. Cikgu Yuslina memanggil kami. Cikgu Yuslina mencucuk bendera pada pakaian kami. Sekarang, kami sudah pun siap hanya perlu menunggu membuat persembahan sahaja. Kami pun terus ke dewan tertutup.

Ucapan yang disanpaikan oleh guru besar sangat bermakna. Inilah masa yang aku tunggu-tunggukan iaitu Perasmian Sambutan Hari Kemerdekaan. Guru besar memotong reben merah. Perasmian telah pun disempurnakan oleh guru besar. Semua pelajar menepuk tangan dengan bersemangat. Guru besar dan guru-guru yang lain juga bertepuk tangan.

Juruacara majlis pun mengumumkan aktiviti yang seterusnya.Kami akan menyanyikan lagu patriotik. Kami menyanyi dengan sungguh bersemangat sambil berdiri menandakan kami sayang pada negara. Setelah menyanyikan lagu patriotik, kami akan dipersembahkan dengan pertunjukan pakaian tradisional. Antaranya ialah baju melayu, baju kurung, cheongsam dan macam-macam lagi. Pakaian ini akan dipersembahkan oleh pelajar Darjah 1. Mereka mempersembahkan pakaian dengan penuh bergaya. Semua pelajar bertepuk tangan.

Inilah masa yang aku tunggu-tunggukan iaitu Pertandingan Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik. Juruacara memperkenalkan kami juri-juri untuk pertandingan nyanyian. Pelajar tahun 1 menyanyi dengan bersungguh-sungguh. Aku dan rakan-rakanku bangga dengan pelajar Tahun1. Seterusnya nyanyian daripada Tahun 1dan berikutnya. Tibalah masa untuk kelasku membuat persembahan. Aku dan rakan-rakanku menyanyi dengan penuh bersemangat sambil mengibarkan jalur gemilang. Nyanyian kami diakhiri dengan laungan MERDEKA. Semua pelajar menepuk tangan.

Aku dan rakan-rakanku turun dari pentas. Cikgu Yuslina bangga dengan kami. Kami pun masuk ke dewan tertutup lalu mendapatkan tempat duduk. Acara yang akan berlangsung sebentar lagi akan diumumkan selepas kami makan dan minum. Semua pelajar berpusu-pusu ke kantin kerana mendapat makanan percuma. Aku dan rakan-rakanku pun mengambil nasi ayam. Kami makan dengan sopan.

Selepas rehat, kami pun terus masuk ke dewan tertutup. Acara pun diteruskan dengan acara menjawab kuiz. Ramai pelajar yang mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Aku dan rakan-rakanku tidak melepaskan peluang untuk menjawab soalan. Nasibku amat baik pada hari itu kerana aku dapat menjawab soalan dengan tepat dan mendapat hadiah.

Beberapa minit kemudian, kuiz pun telah tamat. Semua pelajar mengeluh termasuk aku kerana kuiz telah habis. Acara diteruskan lagi dengan pertandingan melukis poster dan mewarna. Murid-murid Tahap 2 akan melukis poster manakala Tahap1 akan mewarna. Aku dan rakan-rakanku sudah menyediakan peralatan untuk melukis poster. Guru-guru menyerahkan kertas lukisan kepada pelajar Tahap 2 manakala Tahap1 akan diberi kertas bersaiz A4 dan mempunyai gambar. Aku dan rakan-rakanku mewarna dengan bersungguh-sungguh supaya dapat memenangi peraduan tersebut.

Dua jam telah berlalu, guru-guru yang bertugas dikehendaki mengutip kertas lukisan. Mujurlah lukisanku telah siap. Selepas guru-guru mengutip kertas lukisan, acara diteruskan lagi dengan tayangan video bagaimana negara kita dimerdekakan. Aku dan rakan-rakanku menonton video sambil mengambil iktibar. Sesetengah pelajar sedang tidur dan menguap ketika menonton video. Aku hanya tersenyum.

Inilah masa yang aku tunggu-tunggukan iaitu penyampaian hadiah. Pertandingan koir Tahap1 tempat ketiga ialah kelas 1 Orkid, tempat kedua ialah 2 Melur dan tempat pertama telah dimenangi oleh kelas 3 Orkid. Pada saat itu, aku mula berdebar-debar. Pertandingan koir Tahap 2 tempat ketiga ialah 5 Cempaka, tempat kedua 4 Orkid dan tempat pertama ialah 5 Orkid. Aku bagaikan tidak percaya apa yang berlaku. Aku dan rakan-rakanku berasa bangga. Kami mendapat hamper. Cikgu Yuslina membahagikan hadiah kepada semua pelajar 5 Orkid. Bunyi loceng menandakan waktu balik.

Aku dan rakan-rakanku berjalan sambil menyanyikan lagu yang dipersembahkan ketika koir. Setibanya di bas aku dan rakan-rakanku terus duduk di tempat yang disediakan.Ramai pelajar menceritakan segmen yang paling disukai ketika sambutan hari kemerdekaan. Aku juga turut melakukan hal yang sama. Setelah penat bercakap, aku menyandarkan kepalaku pada tingkap. Aku termenung seketika sambil tersenyum. Memori ini tidak akan aku lupakan walau seketika

Karangan: Surat Kiriman Tidak Rasmi 1 Soalan: Tulis sepucuk surat kepada nenek kamu di kampung untuk memohon maaf kerana tidak dapat pulang pada cuti persekolahan yang akan datang.

32 Taman Li Hua, 97000 Bintulu, Sarawak. 6 Januari 2015.

Menemui nenda Hajah Maimunah yang berada di Sungai Isap Damai, Kuantan, semoga sihat hendaknya. Cucunda sekeluarga di sini sihat sejahtera. Cucunda harap nenda pun dalam keadaan sihat dan sentiasa ceria.Nenda, Cucunda ingin memohon maaf kepada nenda kerana cucunda sekeluarga terpaksa menangguhkan rancangan untuk pulang ke kampung pada awal cuti persekolahan ini. Untuk makluman nenda, penangguhan ini disebabkan cucunda diwajibkan mengikuti kelas tambahan persediaan UPSR pada tahun hadapan. Namun begitu, usahlah nenda bersedih kerana selepas berakhirnya kelas tambahan ini, cucunda sekeluarga akan pulang ke kampung dengan segera. Cucunda akan memaklumkan tarikh kepulangan cucunda sekeluarga nanti. Cucunda sudah tidak sabar hendak menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama nenda. Bolehlah nenda menyediakan masakan kampung kegemaran cucunda. Sekian sahaja warkah buat kali ini. Diharapkan nenda memahami situasi cucunda. Cucunda sekeluarga mengucapkan salam ingatan dan kasih sayang yang berpanjangan buat nenda di kampung.Sekian, terima kasih. Cucundamu, Adeebah

Karangan Cara-cara membalas budi ibu bapa

Setiap insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Ibu bapa menjaga kita dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai anak, kita harus membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka. Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Keputusan yang cemerlang dalam UPSR sudah tentu boleh menggembirakan ibu bapa kita. Setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa depan kita. Sebagai anak, kita perlu mengawal tingkah laku kita. Apabila bertutur dengan ibu bapa, kita hendaklah mengelakkan bercakap kasar. Segala nasihat mereka perlu didengar dengan teliti. Kita janganlah menyinggung perasaan mereka dengan perbuatan yang boleh menyakitkan hati mereka seperti ponteng sekolah, pergaduhan dan menagih dadah. Kita juga haruslah rajin membantu mereka. Seharian mereka bekerja untuk mencari nafkah menanggung kita sekeluarga. Dengan sikap kita yang suka membantu ibu bapa, sudah pastinya akan meringankan beban mereka yang sudah penat bekerja. Kita boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya. Ibu bapa bertanggungjawab menyediakan keperluan asas kepada kita. Namun, sebagai anak yang baik, kita janganlah mendesak mereka membeli barang-barang yang mahal. Contohnya, kita mendesak mereka membeli komputer, pakaian yang mahal-mahal, telefon bimbit dan sebagainya. Ibu bapa bersusah payah membesarkan kita. Oleh itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka.

Karangan Cara-cara membalas budi ibu bapa

Setiap insan sudah pastinya mempunyai ibu bapa. Ibu bapa menjaga kita dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Sebagai anak, kita harus membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka. Antaranya, kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Keputusan yang cemerlang dalam UPSR sudah tentu boleh menggembirakan ibu bapa kita. Setiap ibu bapa inginkan anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa depan kita. Sebagai anak, kita perlu mengawal tingkah laku kita. Apabila bertutur dengan ibu bapa, kita hendaklah mengelakkan bercakap kasar. Segala nasihat mereka perlu didengar dengan teliti. Kita janganlah menyinggung perasaan mereka dengan perbuatan yang boleh menyakitkan hati mereka seperti ponteng sekolah, pergaduhan dan menagih dadah. Kita juga haruslah rajin membantu mereka. Seharian mereka bekerja untuk mencari nafkah menanggung kita sekeluarga. Dengan sikap kita yang suka membantu ibu bapa, sudah pastinya akan meringankan beban mereka yang sudah penat bekerja. Kita boleh membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya. Ibu bapa bertanggungjawab menyediakan keperluan asas kepada kita. Namun, sebagai anak yang baik, kita janganlah mendesak mereka membeli barang-barang yang mahal. Contohnya, kita mendesak mereka membeli komputer, pakaian yang mahal-mahal, telefon bimbit dan sebagainya. Ibu bapa bersusah payah membesarkan kita. Oleh itu, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka.

Tindakan atas perbuatan murid menconteng dinding Pada waktu rehat, tiba-tiba sahaja perutku terasa sakit lalu aku pun segara menuju ke tandas. Sewaktu perjalanan ke situ, aku ternampak beberapa orang murid sedang menconteng dinding sekolah.

Aku menghampiri mereka untuk menghalang mereka daripada terus melakukan perbuatan itu. Rupa-rupanya mereka ialah rakan sekelasku iaitu John, Karim dan Kim Seng. Aku terus menegur dan menasihati mereka supaya segera menghentikan perbuatan tersebut. Ini menyebabkan mereka marah lalu tanpaku duga Aizat cubamenumbukku. Mujurlah aku sempat mengelak.Kemudian, mereka memberi amaran, jika aku tidak mahu diapa-apakan, aku mestilah merahsiakan kegiatan mereka.

Selepas itu, aku pun terus beredar menuju ke tandas. Selepas ke tandas, aku segera mencari guru disiplin iaitu Cikgu Lai. Aku melaporkan kejadian tersebut kepada guru disiplin. Sejurus kemudian, Cikgu Nadirah memanggil mereka ke pejabat dan mereka kelihatan amat takut.

Di pejabat, Cikgu Nadirah menasihati mereka supaya tidak melakukan perbuatan jahat itu lagi jika tidak mahu dikenakan tindakan yang lebih tegas. Mereka juga dikehendaki memadamkan semula contengan di dinding sekolah. Nasihat Cikgu Nadirah telah menyebabkan mereka insaf.

Pada keesokan harinya, John, Karim dan Kim Seng datang untuk meminta maaf daripadaku. Semenjak hari itu mereka menjadi kawan karibku.

Tindakan atas perbuatan murid menconteng dinding Pada waktu rehat, tiba-tiba sahaja perutku terasa sakit lalu aku pun segara menuju ke tandas. Sewaktu perjalanan ke situ, aku ternampak beberapa orang murid sedang menconteng dinding sekolah.

Aku menghampiri mereka untuk menghalang mereka daripada terus melakukan perbuatan itu. Rupa-rupanya mereka ialah rakan sekelasku iaitu John, Karim dan Kim Seng. Aku terus menegur dan menasihati mereka supaya segera menghentikan perbuatan tersebut. Ini menyebabkan mereka marah lalu tanpaku duga Aizat cubamenumbukku. Mujurlah aku sempat mengelak.Kemudian, mereka memberi amaran, jika aku tidak mahu diapa-apakan, aku mestilah merahsiakan kegiatan mereka.

Selepas itu, aku pun terus beredar menuju ke tandas. Selepas ke tandas, aku segera mencari guru disiplin iaitu Cikgu Lai. Aku melaporkan kejadian tersebut kepada guru disiplin. Sejurus kemudian, Cikgu Nadirah memanggil mereka ke pejabat dan mereka kelihatan amat takut.

Di pejabat, Cikgu Nadirah menasihati mereka supaya tidak melakukan perbuatan jahat itu lagi jika tidak mahu dikenakan tindakan yang lebih tegas. Mereka juga dikehendaki memadamkan semula contengan di dinding sekolah. Nasihat Cikgu Nadirah telah menyebabkan mereka insaf.

Pada keesokan harinya, John, Karim dan Kim Seng datang untuk meminta maaf daripadaku. Semenjak hari itu mereka menjadi kawan karibku.