Karangan Fakta

download Karangan Fakta

of 21

Transcript of Karangan Fakta

TEKNIK KARANGAN CERITA

APA? Kemalangan jalan raya, kebakaran, dll BILA? Pagi, petang, senja, pukul 3.00 petang dll MANA? Di persimpangan, hujung kampung, Jalan. SIAPA? Orang yang terlibat sama dengan kejadian dll BAGAIMANA? PERASAAN MENGAPA? TINDAKAN Urutan peristiwa/cara berlaku peristiwa itu Sedih, pilu, ngeri, takut, bimbang, dll Punca, sebab berlaku Kerja-kerja/peranan petugas dll

KESAN/KESUDAHAN Kerosakan, kerugian, berjaya/sebaliknya PENGAJARAN Teladan/nilai yang baik patut dicontohi

Format LAPORAN T, TT dan T Peristiwa sebelum Peristiwa semasa Peristiwa selepas

FORMAT SYARAHAN Yang di hormat Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guruguru serta rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Hadirin yang dimuliakan, ISI SEPERTI KARANGAN FAKTA Sebelum saya mengakhiri syarahan ini, sekali saya menegaskan .. Sekian terima kasih.

UCAPAN Untuk majlis perasmian, perpisahan, meraikan seseorang, atau mengingati hari tertentu Yang di hormat Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru serta rakan sekalian. Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap dalam majlis .. yang gilang-gemilang ini. Hadirin yang dimuliakan, ISI SEPERTI KARANGAN FAKTA Sekian sahaja ucapan saya, terima kasih.

FORMAT BERITA AMPANG, 15 Mac 1. Perlu memahami betul-betul soalan. 2. Isi - seperti karangan cerita. Contohnya: Apa peristiwa yang berlaku Siapa Nama yang terlibat, gelaran, usia dll. Bila masa berlaku, tarikh tepat, sertakan hari. Mengapa sebab berlaku. Jika belum diketahui, nyatakan. Belum mendapat bukti. Di mana tempat kejadian, daerah dan negeri. Bagaimana cara peristiwa itu berlaku dan urutan perkembangannya.

KARANGAN FAKTA FAEDAH / KEBAIKAN / KELEBIHAN / KEPENTINGAN / MANFAAT Membaca buku / Membaca majalah / Membaca surat khabar Menonton televisyen Penggunaan komputer Mengumpul setem Lawatan sambil belajar Kegiatan kokurikulum Bersenam/bersukan Menyimpan wang Mendengar radio Perpustakaan Kelab dan Persatuan Kelas Tambahan Melancong Membeli barangan buatan Malaysia

Teknik Mengajar karangan yang sama isi ( Fakta/syarahan ) FAEDAH / KEBAIKAN / KELEBIHAN / KEPENTINGAN / MANFAAT Faedah Membaca Faedah Perpustakaan Faedah Berpersatuan Faedah Lawatan Faedah Menonton / mendengar radio FaedahBersukan FaedahKomputer / Faedah Melayari Internet FaedahBermainMuzik Faedah, kebaikan, kelebihan, kepentingan

Isi-isi Meningkatkan ilmu pengetahuan Menambahkan maklumat dan informasi Mengisi masa lapang Hiburan dan Kegembiraan Meningkatkan Kemahiran Mengasah Bakat* Fakta/ syarahan : ICK/IKC

FAEDAH MEMBACA AKHBAR

Terdapat pelbagai jenis akhbar di pasaran seperti BeritaHarian, Utusan Malaysia dan Utusan Borneo. Membaca akhbar sangat penting kepada murid-murid. Antara faedah membaca akhbar ialah kita akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Apabila membaca akhbar,kita akan mendapat pelbagai jenis ilmu yang berguna kepada kita. Contohnya ialah ilmu Sejarah, Sains, politik dan geografi. Selain itu, membaca akhbar juga dapat menambahkan maklumat dan informasi yang berguna kepada kita. Dengan membaca akhbar kita akan memperoleh berita-berita terkini dari dalam dan luar negara. Antaranya ialah berita tentang peperangan, ekonomi, politik dan sukan. Faedah membaca akhbar juga dapat memenuhi masa lapang yang terluang. Masa terluang yang berguna ini dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Contohnya ialah seperti bermain permainan video. Akhir sekali kepentingan membaca akhbar ialah dapat memberi hiburan dan kegembiraan. Hal ini akan memberi ketenangan kepada kita melalui bahan-bahan berbentuk hiburan dan menyeronokkan. Antaranya ruangan hiburan,ruangan cerita dan ruangan sukan. Sebagai kesimpulannya, marilah sama-sama kita membaca akhbar. Banyak faedah yang dapat kita peroleh dengan membaca akhbar.

FAEDAH MENONTON TELEVISYEN

Terdapat pelbagai jenama televisyen di pasaran seperti Toshiba, Panasonic, Sony dan Sharp. Menonton televisyen sangat penting kepada murid-murid. Antara faedah menonton televisyen ialah kita akan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Apabila menonton televisyen,kita akan mendapat pelbagai. Contohnya ialah sejarah,ilmu sains,politik dan geografi. Selain itu, menonton televisyen juga dapat menambahkan maklumat dan informasi yang berguna kepada kita. Dengan menonton televisyen juga, kita akan memperoleh berita dalam dan luar negara.Antaranya ialah berita tentang peperangan,ekonomi,politik dan sukan Faedah menonton televisyen juga dapat memenuhi masa lapang yang terluang.Masa terluang yang berguna ini dapat mengelakkan kita daripada perkaraperkara yang tidak berfaedah. Contohnya ialah seperti melepak dan bermain permainan video. Akhir sekali kepentingan menonton televisyen ialah dapat memberi hiburan dan kegembiraan.Hal ini akan memberi ketenangan kepada kita melalui bahanbahan berbentuk hiburan dan menyeronokkan. . Antaranya ialah rancangan hiburan,cerita dan iklan. Sebagai kesimpulannya marilah sama-sama kita menonton televisyen.Banyak faedah yang dapat kita peroleh dengan menonton televisyen.

FAEDAH MENYERTAI KO-KURIKULUM

Terdapatpelbagaiaktivitikokurikulumdisekolahsepertiperkhemahandanberkawa d.Aktiviti kokurikulum sangat penting kepada murid-murid. Antarafaedahmenyertaiaktivitikokurikulumialahkitaakandapatmeningkatkanil mupengetahuan. Apabilamenyertaiaktivitikokurikulum,kitaakan mendapat pelbagai jenis ilmu yang berguna kepada kita.Contohnyacaraberkawad,mendirikankhemahdanmenjadipemimpin Selain itu, menyertai ko-kurikulum juga dapat memenuhi masa lapang yang terluang. Masa terluang yang berguna ini dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Antaranya ialah bermainvideogame. Faedahmenyertaiaktivitikokurikulum jugadapatmemenuhimasalapangyangterlu ang.Masaterluang yangbergunainidapatmengelakkankitadaripada perkara-perkara yang tidak berfaedah. Contohnya ialah seperti melepakdanbermain permainan video. Akhirsekalikepentinganmenyertaiaktivitikokurikulumialahdapatmemberihibura ndankegembiraan.Haliniakanmemberiketenangan kepada kita melalui aktiviti yang mencabar danmenyeronokkan.Antaranyaaktivitikembara,berceritadanberkawat Sebagai kesimpulannya marilah sama-sama kitamenyertai aktiviti kokurikulum. Banyak faedah yangdapat kita peroleh denganmenyertai aktiviti.

Kebaikan Menabung Wang Menabung merupakan satu amalan yang baik. Menabung membolehkan seseorang belajar merancang masa depannya dengan baik. Amalan menabung ini akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga.Walaupun menabung mengambil masa yang agak lama untuk menjadi banyak namun ia mendidik seseorang itu bersikap sabar dan sentiasa berusaha.Bak kata pepatah Melayu 'sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.'Pepatah ini amat sesuai digunakan sebagai galakan kepada kanak-kanak untuk menabung. Amalan menabung ini seharusnya diteruskan sepanjang hayat.Hal ini berlaku demikian kerana apabila kita menghadapi masalah kewangan atau dalam kesusahan,kita dapat mengeluarkan simpanan kita untuk digunakan.Ibaratnya 'sediakan payung sebelum hujan'. Justeru,ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak mereka supaya mengamalkan amalan ini.Anggaplah amalan menabung ini satu kepentingan dan perkara yang menguntungkan. Oleh itu,amalan ini memberi banyak kebaikan kepada seseorang.Kita hendaklah bijak dalam merancang perbelanjaan seharian bagi menjamin masa hadapan yang lebih terjamin.

Tulis karangan yang bertajuk, Faedah Membaca Semua orang tanpa mengira usia perlulah menyemai minat membaca dalam sanubari mereka. Amalan membaca memberikan banyak faedah kepada seseorang itu sepanjang hidupnya sama ada disedari atau tidak oleh diri individu tersebut. Manfaat yang jelas diberikan oleh sikap membaca ialah ilmu pengetahuan seseorang itu dalam pelbagai bidang akan bertambah. Pemilikan pengetahuan ini memudahkan seseorang itu untuk menyesuaiakan diri dalam kehidupan era moden yang penuh cabaran ini. Tambahan pula, sikap membaca boleh menjadi satu cara yang paling mudah dan murah untuk menghabiskan masa lapang. Seseorang itu hanya perlu membeli majalah, akhbar atau buku dan duduk membaca di mana-mana yang sesuai buat mereka berjam-jam lamanya tanpa sebarang gangguan.

Bahan bacaan juga boleh menjadi satu cara untuk menghiburkan seseorang itu terutama ketika keseorangan. Ada banyak bahan bacaan yang mampu memberikan pelbagai bentuk hiburan seperti novel, cerpen dan puisi kepada pembacanya dengan mudah. Malah, membaca juga boleh membantu seseorang itu terutama pelajar untuk lulus dengan baik dalam peperiksaannya. Semakin banyak buku yang dibaca semakin besarlah peluang pelajar itu untuk lulus dengan cemerlang kerana semua soalan peperiksaan berdasarkan bahan bacaan yang diberikan oleh pihak sekolah. Konklusinya, tabiat suka membaca perlu dipupuk sejak kecil. Minat ini kemudiannya akan berkembang apabila mereka menjadi dewasa lalu amalan ini akan terus wujud dalam diri seseorang itu.

Bagaimanakah kita mengenang jasa ibu? Ibu kita ialah insan yang bertanggungjawab melahirkan dan membesarkan kita.Tanpa kehadiran mereka,sudah pastinya kita tidak akan hidup di muka bumi ini. Oleh itu,sebagai seorang anak kita hendaklah menghormati,menghargai dan menyayangi seorang ibu kita. Kita juga hendaklah menyedari dan tugas berat yang terpaksa dipikul oleh ibu ita untuk membesarkan kita sehingga menjadi manusia yang berguna. Mereka tidak pernah merungut atau menyesal dengan kehadiran kita. Malah mereka amat menyayangi kita dan sanggu berkorban apa-apa sahaja untuk kebahagian kita. Sebagai seorang anak yang mengenang jasa,kita mestilah berusaha untuk membalas jasa ibu kita.Walaupun ibu tidak pernah meminta dan menagih sebarang balasan,namun ini kita sendiri patut sedar dan insaf atas pengorbanan inu selama ini. Kita hendaklah menghormati ibu dan jangan sesekali menyakiti hati perasaan ibu. Hidup kita tidak akan selamat sekiranya kita mereka,mustahil kita dapat mencari gantinya semula. Harta benda yang banyak dan wang ringgit yang berjuta-juta belum tentu dapat membalas jasa ibu kita. Segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan kepada kita tidak bernilai harganya dan tidak dapat diukur dengan anak ringgit dan emas sekalipun. Kita juga mestilah menunjukkan rasa kasih sayang kita terhadap ibu,apalah lagi di saat usia ibu yang sudah meningkat dan memerlukan perhatian. Hanya kasih sayang

yang abadi dapay mengukur sejauh mana kita sanggup membalas jasa dan pengorbanan ibu terhadap kita.

Tulis sebuah syarahan yang bertajuk Faedah Bergoyong-royong:. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Guru Besar, guru-guru, dan para hadirin. Ada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Faedah Bergotongroyong. Hadirin sekalian, Menurut Kamus Dewan 2009, konsep gotong-royong membawa maksud mengerjakan atau mengusahakan sesuatu secara bersama-sama. Berdasarkan makna ini, sebarang aktiviti kerja yang dilaksanakan secara bersama-sama bolehlah dianggap sebagai bergotong-royong. Amalan bergotong-royong memastikan semua kerja dapat dilaksanakan dengan cepat, mudah dan menjimatkan kos serta meriah. Sebagai contoh, majlis perkahwinan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan jika semua ahli masyarakat bekerjasama melaksanakannya selain menjimatkan kos untuk mengupah orang datang memasak atau membina pelamin buat pasangan pengantin. Ringkasnya, sikap mementingkan diri dapat dihindarkan menerusi amalan yang murni ini. Di kampung-kampung, amalan ini masih lagi boleh dilihat dan berlaku sehingga hari ini. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos dan masa tetapi mengeratkan perpaduan sesama ahli masyarakat setempat kerana berlakunya interaksi ketika amaln bergotong-royong ini dilakukan. Oleh itu, amalan ini merupakan satu tradisi mulia yang perlu dikekalkan. Kita sebagai rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengekalkan amalan murni ini supaya satu masyarakat yang bersatu-padu mampu dihasilkan dengan mudah. Perpaduan yang selama ini wujud banyak bergantung kepada kekerapan aktiviti bergotong-royong ini dilakukan. Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk terus berkata-kata, biarlah saya mengundurkan diri dahulu.

Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri.

Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik. Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik. Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap sebarang serangan penyakit. Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah dipatuhi selalu. Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga jua.

Sumbangan Sains dan Teknologi Dalam Kehidupan Manusia. Bincangkan Kehidupan manusia memang banyak dipengaruhi oleh sains dan teknologi. Lihat sahaja ciptaan seperti kereta, rumah dan komputer yang begitu lumrah dalam kehidupan manusia kini. Jadi, memang banyak sumbangan yang wujud. Kewujudan teknologi dan sains telah menyebabkan banyak kerja manusia menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan. Bayangkan kerja mengemas rumah tanpa alat pembersih habuk atau mesin pembasuh pakaian yang menyenangkan kerja membasuh baju kita. Kerja mengemas yang mudah ini menjadikan kehidupan manusia lebih produktif. Selain itu, teknologi dan sains juga mampu menjimatkan masa perjalanan seseorang dengan terciptalah system pengangkutan moden. Manusia boleh bergerak ke satu

tempat yang lain dengan mudah melalui kereta, kapal terbang dan kapal laut serta kereta api. Kalau dahulu perjalanan memakan masa sebulan atau setahun kini perjalanan itu hanya memerlukan beberapa jam atau minit sahaja. Malahan, manusia juga memperoleh banyak ilmu pengetahuan menerusi teknologi dan sains ini. Kini sudah wujud buku secara elektronik dan internet pula memudahkan manusia untuk memperoleh pelbagai informasi dengan hanya menekan papan kekunci komputer mereka sahaja. Manusia menjadi semakin mengetahui keadaan sekeliling mereka dengan kemunculan teknologi dan sains ini. Sebenarnya, semua hasil ciptaan sains dan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih selesa. Kalau dahulu manusia terpaksa bekerja keras untuk melakukan sesuatu kini sudah berubah. Hasil teknologi dan sains menjadikan wujudnya pelbagai peralatan yang menjadikan manusia lebih baik kehidupannya. Kesimpulannya, teknologi dan sains memang memberi sumbangan yang ketara terhadap kehidupan kita semua. Mungkin ada hasil ciptaan itu membawa keburukan tetapi semua kesan buruk itu ditimbulkan oleh sikap manusia sendiri. Oleh itu, kita harus menghargai semua ciptaan sains dan teknologi ini.

Teknik mengajar karangan yangsama isi selain karangan fakta Laporan, Berita, Keperihalan, Surat Tak Rasmi

- Hari guru, - Hari Kanak-kanak - Hari Pusat Sumber - Hari Kecemerlanan - Hari Kokurikulum - Hari Kemerdekaan - Hari Kantin

Isi-isi karangan 1. Kedatangan Tetamu 2. Majlis dimulakan Doa, ucapan aluan, ucapanperasmian 3. Acara atau aktiviti 4. Berhenti rehat jamuan 5. Penyampaian hadiah 6. Bersurai/perasaan

Karangan Cerita P1 Pancaindera P2 Menyiasat P3 -Minta bantuan P4 -Beri bantuan (sebelum bantuan tiba) P5 Bantuan sampai P6 Nilai murni/ Ucap terima kasih/perasaan

Kaedah Pengajaran Murid Sederhana dan Lemah

Kaedah Pengajaran Murid Berpencapaian Sederhana, Lemah, GALUS, atau GARUK (Untuk rakan-rakan guru Bahasa Melayu terutamanya guru-guru SMKBBST) Oleh: Cikgu Mohd. Khir Kassim

Pengenalan

Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid-murid yang kita ajar mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham akan isi kandungan pelajaran yang diajarkan oleh guru, namun ada juga yang lambat untuk memahami isi pengajaran yang diajarkan oleh guru. Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar murid sama ada yang cerdik dan pintar ataupun yang sederhana ataupun lemah. Penulis cuma akan menyentuh cara atau kaedah untuk mengajar murid yang sederhana dan lemah sahaja dalam perbincangan kali ini. Kaedah yang digunakan perlu dipelbagaikan kerana kelemahan murid pun berbeza-beza. Perkara yang sudah pasti ialah pelajar yang lemah juga, tidak menguasai kemahiran bahasa yang baik dan sering dikaitkan dengan masalah disiplin. Sering kali juga kita mendengar bahawa guru-guru akan melabel murid-murid tersebut dengan berbagai-bagai label atau panggilan yang negatif. Perkara ini perlulah dielakkan jika kita benar-benar hendak membantu murid yang lemah ini.

Cabaran dan Tanggungjawab Guru

Oleh hal yang demikian, cabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru yang mengajar murid kelas lemah berbanding dengan kelas pandai adalah lebih hebat. Namun demikian, jadikan cabaran itu sebagai peluang untuk berbakti kepada anak bangsa. Selain itu apabila kita mengajar murid lemah, otak kita sentiasa bergerak cergas kerana kita memaksanya berfikir untuk mencari kaedah yang menarik dan sesuai untuk menangani pelbagai masalah di dalam kelas murid lemah ini.

Satu aspek yang paling penting dan perlu diberikan penekanan ialah kemahiran dalam kawalan kelas. Guru perlu mengawal kelas agar disiplin murid di dalam kelas murid lemah itu terkawal. Selain itu, terangkan kepada mereka sebab atau faktor yang menyebabkan guru mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana murid yang tidak mendengar arahan guru. Terangkan kepada murid, bahawa kita hidup memang dikawal oleh peraturan. Tidak kira kita berada di mana pun, sudah pasti ada peraturan atau undang-undang yang perlu dipatuhi. Di jalan raya, kita perlu mengikut peraturan, malahan di rumah pun ada peraturan yang perlu dipatuhi. Jadi, ketika berada di dalam kelas sudah tentu murid-murid perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru dan pihak sekolah.

Apabila kelas sudah dapat dikawal, barulah guru memulakan pelajaran. Biasanya bagi kelas murid lemah ini, guru-guru perlu menggunakan silibus minimum kerana tahap pencapaian mereka memang rendah. Jika mereka menguasai silibus minimum ini pun

sudah bolehlah dibanggakan, kerana mereka kurang bermotivasi untuk mencapai tahap yang lebih tinggi seperti murid-murid pintar yang lain. Namun begitu kita perlu memotivasikan mereka dengan memberikan peluang, harapan dan mereka juga perlulah berfikir secara positif. Elakkan sikap merendah-rendahkan kebolehan atau pencapaian mereka kerana perkara itu akan mematikan semangat mereka dan yang lebih buruk lagi akan menyebabkan mereka benci kepada guru dan mata pelajaran yang diajarkan oleh guru itu.

Sebagai guru, kita perlu menekankan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas. Pengajaran yang berkesan merupakan pengajaran yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan, sikap dan objektif yang telah ditetapkan. Pakar-pakar pendidikan juga mengatakan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik. Pengajaran berkesan atau efektif juga sebenarnya merupakan pengajaran yang digemari oleh pelajar. Oleh hal yang demikian, pengajaran yang efektif dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran dalam suasana yang sihat, demokratik dan bersemangat. Hasil pembelajaran yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baharu. Menurut Wan Zah Wan Ali (2000), guru yang efektif mempunyai sikap yang adil dan tidak pilih kasih, bertimbang rasa, baik hati, bertanggungjawab, suka menolong individu yang lain, banyak bersabar dalam melayani kerenah pelajar, tenang, dan stabil emosinya.

Guru juga perlu mengamalkan sikap peramah dan mudah didekati. Dengan cara yang demikian, pelajar tidak akan berasa takut untuk bertanya soalan atau berkomunikasi dengan guru. Seterusnya, guru perlulah memberikan pujian walaupun jawapan mereka kurang tepat dan jangan sekali-kali menghina atau memandang rendah terhadap mereka walaupun jawapan yang diberikan oleh mereka itu tidak tepat atau salah. Perkara ini akan memberikan keyakinan kepada mereka untuk menjawab soalan yang lain pada masa akan datang. Hal ini juga akan menimbulkan tanggapan positif pelajar terhadap guru. Pelajar akan menganggap guru mudah dihampiri dan guru juga perlulah menyelitkan unsur humor atau jenaka di dalam kelas agar tidak membosankan murid. Perkara ini penting kerana mereka berasa selesa, tertarik dan lebih yakin untuk belajar dalam keadaan yang sedemikian. Guru juga seharusnya mempunyai personaliti dinamik, iaitu menarik, aktif, dan bersungguh-sungguh semasa mengajar murid. Selain itu, guru juga perlu memberikan contoh teladan yang baik serta memakai pakaian yang kemas dan sesuai untuk menggambarkan imej sebagai seorang pendidik yang cemerlang.

Kajian Tindakan

Guru-guru seharusnya menjalankan kajian tindakan di dalam kelas. Kajian tindakan perlu dijalankan kerana guru dapat mengenal pasti kelemahan murid di dalam kelasnya sendiri dan cuba untuk membimbing atau merawat murid-murid yang lemah. Sudah tentu guru-guru yang mengajar murid-murid di dalam kelasnya sendiri yang mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh murid-muridnya. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah mencari cara atau teknik yang sesuai untuk mengatasi kelemahan murid-muridnya itu. Sekurang-kurangnya guru perlu memikirkan cara atau teknik untuk membantu murid-muridnya dalam mata pelajaran yang diajarnya itu. Sekiranya cara atau teknik yang digunakan itu kurang berkesan untuk mengatasi kelemahan muridnya itu, maka guru bolehlah mencuba cara atau teknik yang lain. Guru-guru boleh berbincang dengan rakan-rakan sejawatan untuk mencari cara dan teknik yang berkesan itu. Perkara yang lebih penting ialah semangat guru itu untuk mencari cara atau teknik yang berkesan perlulah diberikan pujian dan mereka tidak seharusnya mudah berputus asa jika gagal buat kali pertama. Guru perlu mencuba pelbagai cara atau teknik, walaupun beberapa kali sehinggalah bertemu dengan cara atau kaedah yang berkesan. Guru boleh bertanya kepada murid-murid dan berbincang dengan mereka tentang cara-cara atau teknik-teknik yang disukai oleh mereka semasa di dalam kelas. Guru bolehlah menggunakan cara yang disukai oleh murid agar pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Selain itu guru boleh mendapatkan pandangan murid tentang cara yang digunakan oleh guru sebelum ini, sama ada cara itu membosankan atau menarik perhatian mereka. Jika jawapannya negatif, guru harus mengubah teknik tersebut. Guru juga perlu mendapatkan komen atau pandangan murid tentang perkara-perkara yang tidak disukai oleh mereka terhadap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Selain secara lisan, guru juga boleh mengedarkan soal selidik yang ringkas ataupun murid-murid menulis sebarang komen tentang cara guru mengajar murid.

Teknik Pengajaran yang Berkesan

Guru-guru seharusnya peka dengan tuntutan Kementerian Pelajaran yang mahu kaedah pengajaran guru mestilah berpusatkan pelajar dan tidak berpusatkan guru. Dengan menggunakan kaedah tersebut, sudah tentu kaedah pengajaran mesti menarik perhatian mereka. Tambahan pula murid-murid yang lemah ini lebih berminat terhadap pengajaran guru jika mereka dilibatkan sama dengan aktiviti yang disukai oleh mereka. Murid-murid tersebut hendaklah diberikan aktiviti yang berbentuk "hands on" dan perkara ini tidak membosankan mereka. Untuk menarik perhatian murid, guru-guru perlulah menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan bahan bantu belajar (BBB). Oleh yang demikian sudah

tentulah memerlukan BBB yang digunakan untuk menarik perhatian murid selain faktor guru yang mesra dan tidak terlalu serius semasa pengajaran dan pembelajaran. Pakar-pakar dalam bidang pendidikan juga sering mengaitkan bahawa pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang menarik.

Dalam mengendalikan kelas yang lemah dan bermasalah ini, guru perlulah bersikap tegas terhadap murid tetapi bukannya garang. Hal ini demikian kerana, murid-murid perlu diberikan penerangan tentang sebab-sebab guru perlu bertindak dengan tegas semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Oleh itu guru-guru perlu mendampingi murid-murid dan bimbinglah mereka kerana mereka sebenarnya memerlukan bimbingan. Selain itu guru juga tidak seharusnya bersikap prejudis dan pilih kasih semasa mengajar murid di dalam kelas. Hal ini demikian kerana muridmurid tidak suka akan guru-guru yang bersikap sedemikian. Oleh itu guru-guru perlu menghormati murid-muridnya dan insyaallah, murid-murid juga akan hormat kepada guru. Perkara ini sudah menjadi lumrah iaitu murid-murid ini juga manusia biasa dan perlu dihormati untuk meningkatkan harga diri mereka. Biasanya murid-murid yang selalunya biadap terhadap guru juga akan tunduk kepada guru yang menghormati mereka dan meningkatkan harga diri mereka.

Guru-guru perlulah memberikan harapan dan sokongan moral kepada pelajar untuk berjaya atau lulus dalam peperiksaan. Selalu ingatkan mereka agar berfikir secara positif dan yakinkan mereka bahawa mereka boleh lulus dalam peperiksaan tetapi mestilah diikuti dengan usaha gigih dan berterusan tanpa mengenal putus asa. Guruguru hendaklah selalu memberikan pujian dan kata-kata semangat terhadap murid sebagai dorongan untuk mereka belajar dan lulus dalam peperiksaan. Selain itu cari perkara disukai oleh mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ada murid yang pandai melukis, minta mereka melukis perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu di dalam kelas.

Guru-guru juga harus kreatif dan mencipta kaedah sendiri yang berkesan dan biasanya berbentuk formula yang memudahkan murid mengingat sesuatu fakta. Sebagai contohnya, gunakan formula IniKah Cinta (Isi, Kesan dan Contoh) untuk menghurai isi karangan dalam satu perenggan. Selain itu, guru-guru perlu memberi latihan kepada murid mengikut tahap dan kemampuan mereka. Beri latihan yang mudah kepada pelajar lemah atau permudahkan latihan itu dengan memberikan latihan terarah atau mengisi tempat kosong. Di samping itu guru-guru juga perlu melatih pelajar untuk membuat pembetulan terhadap kesalahan yang dilakukan dan guru perlu menyemak latihan murid dengan teliti. Pastikan murid membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang ditandakan. Seterusnya langkah yang akhir ialah teknik latih tubi atau teknik hafalan perlulah dilakukan dan kalau perlu

lengkapkan murid dengan fakta-fakta penting yang mungkin ditanya dalam peperiksaan. Hal ini boleh membantu mereka sekurang-kurangnya untuk lulus dalam peperiksaan.

Penutup

Kesimpulannya, guru-guru yang mengajar murid-murid yang lemah memang berhadapan dengan cabaran yang hebat. Oleh hal yang demikian, guru-guru perlulah bersemangat dan bermotivasi tinggi semasa berada di dalam kelas untuk menggalakkan murid-murid bersemangat dan bermotivasi semasa belajar. Selain itu elakkan sikap mengajar murid cuma setakat menjalankan tugas semata-mata. Dengan perkataan lain, guru-guru mesti memiliki komitmen yang tinggi terhadap murid dan sanggup membuat kerja lebih demi membantu murid. Di samping itu, anggaplah masalah yang dihadapi di dalam kelas itu sebagai cabaran dan peluang untuk memberikan sumbangan dan bukannya masalah atau halangan. Jangan lupa bahawa kerja itu juga sebagai ibadah dengan syarat kerja itu dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Perlu diingat bahawa mendidik murid juga merupakan satu perjuangan, sama seperti berjuang di medan jihad. Diharapkan usaha kita diberkati dan mendapat hasil seperti yang diharapkan iaitu untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang mengikut kemampuan masing-masing. Oleh; Cikgu Mohd Khir Kassim

Teknik mengajar penulisan bagi pelajar lemah/GaLus " Guru 1 : Macam mana mengajar kelas hujung? Saya : Boleh la.... (tersengih-sengih) " Saya menghadapi cabaran yang hebat untuk mengajar pelajar yang lemah. Terasa jelas masih banyak yang perlu saya pelajari.

Hasil dari perbincangan dengan rakan guru dalam mengajar Bahasa Melayu, beliau mencadangkan beberapa teknik P&P Bahasa Melayu (Penulisan) yang berkesan berdasarkan pengalaman dan aplikasi oleh guru-guru. Berikut adalah beberapa strategi atau cara mengajar karangan Bahasa Melayu bagi pelajar lemah dan GaLus.

Teknik 1 Edar contoh karangan lengkap kepada murid Guru baca bersama murid Menyalin perenggan demi perenggan Semak ejaan/tanda bacaan Edar karangan yang sama - dalam bentuk isi tempat kosong sebagai latihan Teknik 2 Beri gambar tunggal/bersiri Bina ayat berdasarkan gambar Berikan kosa kata yang dominan dengan gambar Mula mengarang Semak karangan/kesan tanda baca dan ejaan Teknik 3 Edar karangan lengkap Cari perkataan sukar, catat di papan kapur Guru/murid - sebut/baca/ulang/terangkan makna perkataan tersebut Guru menyebut - murid mengeja Perbetulkan ejaan Ambil isi karangan dalam perenggan 1 sahaja Tuliskan di papan kapur Bina ayat daripada isi karangan Beri penekanan kepada pemerengganan dan tanda baca Teknik 4 Salin contoh karangan Mengambil imlak

Latihan mengarang/banyak salah buat semula Baca contoh-contoh karangan Tampal contoh karangan dalam bilik darjah Apa yang saya bincangkan, teknik di atas diamalkan oleh guru sekolah rendah. Namun, dengan sedikit ubahsuai, rasanya boleh diaplikasikan di semua peringkat.

Jikalau sudi, bolehlah kongsi teknik-teknik yang mungkin anda telah cuba. Harap memberi manfaat... :) POSTED BY ADZFAR AT 12:05 AM 3 COMMENTS:

Ah said... BRO, HIDUP NIE MACAM-MACAM ADER.. NAK MANIS, TAMBAH GULA, NAK MASIN TAMBAH GARAM.. JADI BILA MASAK 2, RASA LA NAK YANG MACAM MANA.. APAPUN, ANDA SEORANG YANG AMAT TELITI.. INGIN BELAJAR, TERUSKAN NIAT MURNI KERNA BILA KITA BUAT ANALISIS SENDIRI KITA AKAN MEMOTIVASIKAN DIRI KITA DISAMPING MEMANTAPKAN ILMU SAUDARA.

FEBRUARY 5, 2010 11:37:00 PM GMT+08:00 gee said... saya seorang guru di sebuah sekolah Orang Asli...saya telah pun mempraktikkan salah satu teknik tersebut...tetapi, murid masih malas untuk berfikir sendiri..malah menunggu untuk 'disuap' sahaja..hanya 2~5 orang sahaja yang dilihat cuba untuk berusaha.

MARCH 4, 2010 10:27:00 PM GMT+08:00 MYVI said... Teknik yang sangat baik. Bagi pecutan akhir biasanya untuk kelas Galus saya galakkan pelajar menyalin contoh karangan cemerlang kerana pelajar akan ingat format dan binaan karangan. Saya uji di peringkat peperiksaan Alhamdulillah pelajar mampu mengingat kembali karangan tersebut. Sekadar berkongsi

JULY 19, 201