Karangan Keburukan Makanan Ringan

2
Keburukan makanan ringan kepada kanak- kanak Makanan ringan mudah didapati di pasar raya dan kedai-kedai runcit. Antara makanan ringan yang digemari oleh kanak- kanak ialah keropok, coklat, gula-gula, aiskrim dan sebagainya. Namun begitu, makanan ringan mempunyai banyak keburukan kepada kanak-kanak. Antara keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak ialah makanan ringan boleh merosakkan gigi. Ini kerana makanan ringan mengandungi gula, bahan pemanis dan bahan perasa yang banyak. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika kanak- kanak tidak mengamalkan kebersihan gigi. Selain itu, makanan ringan juga boleh menyebabkan pembaziran wang. Kanak-kanak tidak lagi mahu menabung kerana sering menggunakan wang belanja untuk membeli

description

Penulisan Bahasa Melayu UPSR

Transcript of Karangan Keburukan Makanan Ringan

Keburukan makanan ringan kepada kanak-kanakMakanan ringan mudah didapati di pasar raya dan kedai-kedai runcit. Antara makanan ringan yang digemari oleh kanak-kanak ialah keropok, coklat, gula-gula, aiskrim dan sebagainya. Namun begitu, makanan ringan mempunyai banyak keburukan kepada kanak-kanak.Antara keburukan makanan ringan kepada kanak-kanak ialah makanan ringan boleh merosakkan gigi. Ini kerana makanan ringan mengandungi gula, bahan pemanis dan bahan perasa yang banyak. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika kanak-kanak tidak mengamalkan kebersihan gigi.Selain itu, makanan ringan juga boleh menyebabkan pembaziran wang. Kanak-kanak tidak lagi mahu menabung kerana sering menggunakan wang belanja untuk membeli makanan ringan. Sepatutnya, wang belanja yang berlebihan boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan.Di samping itu, kesihatan kanak-kanak boleh terjejas jika mengambil makanan ringan secara berlebihan. Ini kerana makanan ringan mengandungi lemak, garam, gula dan bahan pengawet yang tinggi. Kanak-kanak boleh mendapat penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, obesiti dan sebagainya.Jelaslah bahawa makanan ringan boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk kepada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa perlu memantau pemakanan anak-anak dan menggantikan makanan ringan dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.