Karangan Kelebihan Dan Kelemahan Perniagaan Atas Talian

2
Perniagaan atas talian semakin popular dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat dalam era globalisasi ini. Antara perniagaan atas talian yang terkenal dalam kalangan pengguna di Malaysia ialah Lazada, Murah.my, Lelong dan banyak lagi. Namun, selain kebaikan ada juga kelemahan yang akan diperoleh akibat perniagaan atas talian pada masa ini. Antara faedah perniagaan atas talian kepada kita ialah urusannya yang lebih mudah dan pantas iaitu hanya perlu menekan papan kekunci sahaja. Ini kerana, urusan jual beli yang dilakukan tidak melibatkan pertemuan penjual dan pembeli secara langsung. Barang yang dipesan pula tidak memerlukan tempoh masa yang lama untuk sampai kepada pembeli. Bahkan, urusan pembelian boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana lazimnya perniagaan atas talian ini beroperasi tanpa had masa. Selain itu, mereka yang berurus niaga secara atas talian juga mampu menjimatkan banyak kos. Sebagaimana yang kita sedia maklum, perniagaan atas talian tidak memerlukan premis perniagaan yang besar dan kakitangan yang ramai, justeru peniaga dapat menjimatkan kos sewa premis perniagaan dan kos gaji pekerja. Manakala bagi pembeli pula, mereka dapat menjimatkan kos petrol, masa dan tenaga kerana tidak perlu keluar untuk membeli barang yang dihajati. Dalam pada itu, perniagaan atas talian juga ada kelemahannya. Antara kelemahan yang paling membimbangkan

description

Contoh karangan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu PT3 atau SPM

Transcript of Karangan Kelebihan Dan Kelemahan Perniagaan Atas Talian

Page 1: Karangan Kelebihan Dan Kelemahan Perniagaan Atas Talian

Perniagaan atas talian semakin popular dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat dalam era globalisasi ini. Antara perniagaan atas talian yang terkenal dalam kalangan pengguna di Malaysia ialah Lazada, Murah.my, Lelong dan banyak lagi. Namun, selain kebaikan ada juga kelemahan yang akan diperoleh akibat perniagaan atas talian pada masa ini.

Antara faedah perniagaan atas talian kepada kita ialah urusannya yang lebih mudah dan pantas iaitu hanya perlu menekan papan kekunci sahaja. Ini kerana, urusan jual beli yang dilakukan tidak melibatkan pertemuan penjual dan pembeli secara langsung. Barang yang dipesan pula tidak memerlukan tempoh masa yang lama untuk sampai kepada pembeli. Bahkan, urusan pembelian boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana lazimnya perniagaan atas talian ini beroperasi tanpa had masa.

Selain itu, mereka yang berurus niaga secara atas talian juga mampu menjimatkan banyak kos. Sebagaimana yang kita sedia maklum, perniagaan atas talian tidak memerlukan premis perniagaan yang besar dan kakitangan yang ramai, justeru peniaga dapat menjimatkan kos sewa premis perniagaan dan kos gaji pekerja. Manakala bagi pembeli pula, mereka dapat menjimatkan kos petrol, masa dan tenaga kerana tidak perlu keluar untuk membeli barang yang dihajati.

Dalam pada itu, perniagaan atas talian juga ada kelemahannya. Antara kelemahan yang paling membimbangkan adalah pembeli atau penjual berisiko untuk ditipu kerana mereka tidak mengenali individu yang berurus niaga dengan mereka. Sebagai contoh, pembeli tidak menerima barang yang telah dipesan walaupun pembayaran telah dilakukan atau barang yang diterima hanyalah indah khabar dari rupa. Keadaan ini menyebabkan para pembeli hilang keyakinan untuk membuat pembelian secara atas talian lalu menjejaskan perniagaan peniaga yang jujur.

Seterusnya, perniagaan atas talian juga boleh menggalakkan sikap boros akibat pembeli yang asyik membuat pembelian mengikut nafsu. Ini disebabkan oleh sikap sesetengah masyarakat yang mudah terpengaruh dengan iklan, tawaran harga murah atau pujukan rakan sebaya hinggakan tanpa sedar telah membeli

Page 2: Karangan Kelebihan Dan Kelemahan Perniagaan Atas Talian

barang bukan keperluan. Natijahnya, keadaan ini akan menghilangkan budaya menabung dan meningkatkan risiko berhutang kepada masyarakat Malaysia.

Jelaslah bahawa, perniagaan atas talian mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tertentu. Justeru itu, masyarakat perlulah bijak memilih dan berhati-hati agar kemudahan yang ada tidak memudaratkan diri sendiri.