Karangan Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

download Karangan Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

of 2

Transcript of Karangan Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

  • 8/14/2019 Karangan Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

    1/2

    PENJAGAAN ALAM SEKITAR YANG BERKESAN

    Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa,

    agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air

    seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang

    tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai,

    penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar

    bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun

    lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar

    perlulah diambil.

    Antara langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa

    ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Pada hari ini, media

    massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media

    massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar,

    terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik

    yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian

    kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin

    tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat

    khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam

    sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih

    luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut

    berbanding media-media lain.

    Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara

    kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula,

    sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang

    pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa

    pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula

    dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

    Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam

    sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga

    dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan

    sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu

    tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

    Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-

    organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan

    alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan

    Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkatpengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah

  • 8/14/2019 Karangan Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

    2/2

    haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting

    supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui

    pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar

    perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi,

    pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan

    hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat

    dipupuk dalam diri pelajar .

    Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi

    moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi

    moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif contohnya

    memudahkan tumpahan minyak di lautan dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak.

    Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula

    bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, kain dan bahan-bahan plastik. Hal

    ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa

    pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang

    pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian dapat mengurangkan kadar gas

    karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di

    sekeliling.

    Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut

    pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu dapat mengambil pengajarantentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat

    dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan

    badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam

    memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat

    menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.