Karangan naratif menggunakan teknik struktural

31
KARANGAN NARATIF Cg NORHAYATI BINTE OTHMAN

description

Sesuai digunakan untuk menengah atas kerana banyak teksnya. Mudah-mudahan powerpoint berkesan.

Transcript of Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Page 1: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

KARANGAN NARATIF

Cg NORHAYATI BINTE OTHMAN

Page 2: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Terdapat 5 elemen penting dalam penulisan kreatif yang harus difahami oleh pelajar-pelajar.

Sebagai permulaan, pelajar haruslah memastikan karangan mereka tidak terlalu pendek kerana sekiranya terlalu pendek, karangan itu menjadi cetek. Karangan mereka tidak harus terlalu panjang kerana kalau terlalu panjang, akan membosankan pembaca.

Karangan pelajar haruslah ditulis sebanyak dua mukasurat iaitu empat halaman

Page 3: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

LIMA KOMPONEN YANG HARUS DI FAHAMI PELAJAR ADALAH :

1 TEMA

2 LATAR

3 PLOT

4 WATAK

5 SUDUT PANDANGAN

Page 4: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

TEMA

Page 5: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Apa itu latar?Latar merupakan setting dalam penceritaan.

Latar boleh dilihat dari 2 segi :

1 Latar fizikal atau gambaran tempat dan masa sesuatu perkara itu berlaku

2 Latar masyarakat iaitu gambaran tentang keadaan masyarakat

Page 6: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Setiap cerita yang dihasilkan dalam karangan naratif mesti mempunyai peristiwa atau kejadian. Peristiwa atau kejadian ini perlulah disusun dan dikaitkan daripada peristiwa atau kejadian yang lain. Peristiwa atau kejadian yang berlaku pula mestilah mempunyai sebab dan akibat. Segala peristiwa atau kejadian ditimbul dan digerakkan oleh tindakan, tingkah laku, gerak, cetusan dan dialog watak.

Peristiwa atau kejadian ini ditimbulkan oleh watak-watak yang terlibat dalam cerita. Peristiwa atau kejadian yang dipersembahkan boleh disusun dan diurut sama ada dalam susunan kronologi atu tidak kronologi.

Apakah plot yang berbentuk kronologi dan tidak kronologi? Baca karangan Misteri Permaidani dan Ketika Mentari Hilang Di Kaki

Langit

Page 7: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Bunyi cengkerik kedengaran bersahut-sahutan. Pada malam itu, angin bertiupan sepoi-sepoi bahasa. Suasananya sungguh sayup. Samad, seorang pekerja pembersih permaidani, tiba di sebuah banglo pada pukul sembilan malam. Pengurusnya telah menyuruhnya ke sana. Samad ke sana dengan seorang pemandu van berbangsa Cina. Kondominium itu kelihatan baru dan mewah. Samad mengambil barang-barang yang diperlukan lalu menuju ke arah rumah itu.

Sesampai sahaja di depan pintu, Samad menekan butang loceng pintu. Seorang wanita Cina yang cantik membuka pintu. Wanita itu ialah Puan Lim. Puan Lim menjemput Samad masuk ke dalam rumahnya. Banglo Puan Lim dua tingkat. Semua bilik tidur di tingkat atas. Puan Lim menunjukkan permaidaninya yang harus dibersihkan oleh Samad. Ada bekas darah di atas permaidani itu.

Puan Lim berkata kepada Samad dengan suara yang sedih, “Sebenarnya anjing saya mati di situ. Pembantu rumah saya yang dahulu sangat jahat. Anjing saya cuba menggigit pembantu rumah itu kerana dia telah mencuri duit saya. Malangnya, pembantu rumah itu menendang anjing saya lalu anjing saya terjatuh dari tangga itu. Dia telah membunuh anjing saya. Ini bekas darahnya!”

Samad mengatakan bahawa dia akan membersihkan permaidani itu dengan segera. Samad terpaksa membuat kerja sendirian kerana rakan pembantunya sakit pada hari itu. Pemandu van hanya menunggu di van sahaja. Samad mula menuang sedikit kimia ke atas permaidani itu dan menghidupkan mesinnya. Selepas beberapa jam, Samad berasa sungguh letih. Bekas-bekas darah itu telah hilang seluruhnya. Dia berasa sungguh puas. Semasa dia sedang mengemas barang-barangnya, dia melihat sekali lagi permaidani itu. Alangkah terperanjatnya dia apabila didapati bekas darah itu masih ada. Malah, ia kelihatan lebih merah dan basah.Samad tidak percaya apa yang dilihatnya. Samad terhidu bau darah itu. Dia menghidupkan mesinnya semula dan menuang lebih banyak kimia di atas permaidani itu. Kali ini, Samad menggosok bekas darah itu dengan kuat. Akhinya bersih juga permaidani itu.

Sedang Samad mengemas barangnya, sekali lagi bekas darah itu keluar semula. Kali ini lebih banyak, memenuhi hampir separuh permaidani itu. Samad terdengar suara jeritan di bawah permaidani itu. Hati Samad berdegap-degup. Dia kuatkan semangatnya lalu cuba mendekati permaidani itu. Tiba-tiba, terpantul wajah seorang wanita di tengah-tengah permaidani itu. Wanita itu ialah pembantu rumah Puan Lim.

“Mengapa kau mencuci darah aku? Akulah yang menjadi mangsa. Puan Lim dan suaminya memukul aku dan menendang aku sehingga aku terjatuh dari tangga itu, lalu mati,” kata suara wanita itu.

Hati Samad tergerak untuk melihat tangga rumah itu. Di atas kelihatan Puan Lim sedang menuruni tangga itu dengan memegang sebilah pisau. Dengan pantas, Samad menarik mesinnya lalu terus meluru keluar dari banglo itu. Dia berlari menuju ke van dan menyuruh pemandu vannya pergi dari tempat itu segera. Samad cuba menceritakan kejadian itu kepada pemandu van dan pengurusnya. Malangnya, tiada sesiapa yang ingin mempercayainya. Menurut mereka, dalam zaman moden dan canggih hari ini, tiada hantu. Mereka juga sering menggiat Samad dan memanggilnya ‘Hantu permaidani’. Apa yang berlaku kepada Samad masih lagi menjadi tanda tanya. Misteri itu tersimpan di ingatan Samad setiap kali dia membersihkan permaidani di rumah-rumah besar dan mewah.

Siti Filzah bte Shaikh YahyaMenengah 1E5Sekolah Menengah Hillgrove

Page 8: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Nun jauh di tengah lautan yang terbentang luas langit menampakkan garisan horizon yang memanjang dari timur ke barat seolah-olah tanpa penghujung dan pangkal. Garisan horizon tampak jelas ketika mendung di langit bergayut rendah bagaikan menutup lautan. Di bawah mendung kelabu itu, ombak bergulung-gulung memutih buih bagaikan lukisan di kanvas, memukul keras di pesisiran pantai, bergelombang laksana jiwaku yang bergelora. Angin petang menerobos kasar, menampar-nampar wajahku. Langit yang suram seolah-olah mengejekku, menambah kepiluan dan kekesalan yang mencengkam sanubari.

Ahhh...! Aku menjerit sekuat-kuat hati untuk meleraikan segala yang tersimpul di dada tetapi deruan ombak menenggelamkan suaraku. Ketenangan dan ketenteraman yang kucari di pantai ini tidak juga aku temui. Pantai ini penuh dengan lipatan sejarahku bersamanya, sewaktu bunga cinta mekar nan merah subur disirami kasih sayang. Di sini jugalah bermulanya detik-detik percintaanku. Keseimbangan emosiku mula tergugat. Aku cuba melenyapkan peristiwa yang masih terngiang-ngiang di benak fikiranku tetapi terasa amat sukar kerana sedu-sedannya masih lagi kedengaran.

Hari itu aku telah merancang untuk ke pusat membeli-belah bagi persiapan perkahwinan aku dan Syah yang akan berlangsung sepurnama lagi. Kegembiraan hatiku bukan kepalang dan di wajahku terpancar keriangan. Aku dapat bayangkan betapa indahnya masa depanku setelah bergelar isteri, seindah pelangi selepas. Penantian bagaikan satu penyiksaan. Aku menantikan detik-detik indah itu dengan penuh debaran.

Page 9: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Sambil menanti saat itu, aku menyingkap kembali tirai kenangan. Perkenalanku dengan Syah berputik sejak di bangku sekolah lagi. Syah dikenali sebagai 'Romeo' kerana wajahnya yang tampan dan juga sikap romantisnya apabila berdepan dengan perempuan. Ramai rakan-rakanku terpikat dengan Syah kerana karismanya kecuali aku. Aku tidak mudah tergoda dengan bicara manisnya. Kami sering bertengkar setiap kali bertentangan mata. Kami bagaikan anjing dengan kucing. Jika bersua muka tercetuslah perang dunia kedua. Jika dengan perempuan lain dia pandai mengambil hati, entah mengapa denganku dia sering membuatku marah dengan gurauannya yang menyakitkan hati. Selepas menduduki peperiksaan GGE 'O' kami telah meneruskan haluan masing-masing. Suatu hari aku telah terserempak dengan Syah di suatu pesta hari jadi. Sejak pertemuan di majlis itu bunga cinta di antara kami berdua mula mekar.

Setiba sahaja di Takashimaya, bibirku menyulam secebis senyuman. Di ruang mataku tergambar kemesraan yang bakal menjelma. Senyumanku semakin lebar apabila aku melihat gaun pengantin yang telah kutempah khas buat hari yang bersejarah itu telah siap untuk diambil. Ketika aku berada di Butik Tiffany tiba-tiba aku terpandang pasangan yang seakan-akan aku kenali.

Hatiku mula membara apabila aku terlihat Syah lalu di depan butik itu dengan ditemani oleh bekas kekasih lamanya, Ziana. Aku memerhatikan mereka dengan renungan yang tajam. Mereka kelihatan begitu mesra sekali. Kemarahanku bertukar menjadi cemburu.

"Syah! Tergamak kau menodai cinta kita. Penipu!

"Liza, harap bertenang. Biar Syah jelaskan."

"Liza tidak mahu dengar penjelasan Syah. Batalkan sahaja majlis persandingan kita. Batalkan! " aku berteriak sambil menahan air mata yang mengalir deras lalu berlari keluar.

"Liza...!" Syah cuba menjelaskan kedudukan perkara..

Bercinta itu mengasyikkan, merindu itu amat menyeksakan. Bersua secara kebetulan, berpisah kerana keadaan. Aku tidak mengendahkan panggilan Syah. Aku tidak mahu mendengar sebarang penjelasan darinya. Aku kecewa dan lemas dalam kecaian harapan dan impian. Aku melangkah keluar dari Takashimaya dengan kekuatan yang yang kupaksa. Butir-butir kaca mengalir dengan deras. Dalam pandangan yang berbalam melalui manik-manik jernih, aku melintas jalan raya tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan. Bunyi deruan kereta dan motosikal langsung tidak kuhiraukan

Page 10: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Tiba-tiba aku terasa seseorang menepuk bahuku dan menolakku ke tepi jalan raya dengan kuat. Aku tersungkur ke tepi jalan raya. Rupa-rupanya Syah telah menyelamatkanku daripada kereta yang memecut laju. Akibatnya Syah telah dilanggar kereta kerana cuba menyelamatkanku.

Nun jauh di sudut jalan raya tubuh Syah terbujur kaku bermandikan darah. Percikan darah terdapat di mana-mana. Alam sekelilingku seolah-olah berpusing.

"Doktor! Bagaimana keadaan Syah, doktor?" tanyaku bertalu-talu. Air mataku mengalir tanpa berhenti.

"Bersabarlah Liza. Cuba bertenang," Ziana memujukku sambil memegang bahuku. "Berambus kau Ziana! Pergi! " kataku sambil menepis tangannya."Aku tak mahu melihat muka kau! Perampas! Kau memang sengaja mahu merampas

kebahagiaanku. Berambus kau dari sini!" aku menengking sambil mataku mengerling kepadanya."Liza, aku..." Ziana cuba merayu."Pergi!!!" kata Liza tanpa mendengar penjelasan Ziiana.Ziana melangkah pergi dengan hati yang sayu. Aku tidak dapat menghalang air mata yang

mengalir deras. Aku memasuki bilik wad dengan penuh keharuan. Hatiku sebak melihat keadaan Syah yang

bagaikan nyawa-nyawa ikan. Setitis butir mutiara gugur di pipiku. Aku menghampirinya. Syah hanya terdaya untuk mengukirkan senyuman. Dia memegang erat tanganku seolah-olah tidak mahu dilepaskannya

"Mengucap Syah, mengucap. Asy-hadu alla ilaha illallah. Wa'asy-hadu annna Muhamadar Rasullulah..." aku bisikan dua kalimah syahadat ke telinganya dengan suara tersekat-sekat.

Pernafasannya mula beransur perlahan dan akhirnya berhenti buat selama-lamanya. Aku menangis sekuat-kuat hatiku. Syah telah pergi menyahut seruan Illahi. Syah meninggalkanku terkapai-kapai untuk mencari kepastian.

Kini, tibalah masanya jenazah Syah dibawa ke Pusara Aman untuk diabadikan. Dengan perlahan-lahan jenazah itu diusung dengan diiringi sekalung doa dan ayat-ayat Allah s.w.t yang suci. Di saat jenazah itu dikebumikan aku bagaikan berada di puncak kehancuran. Ziana yang turut hadir mendakap tubuhku dengan erat. Aku membiarkan sahaja dia memelukku sambil aku berdoa ke hadrat Allah s.w.t agar roh Syah dicucuri rahmat dan semoga dia ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.

"Liza, aku tahu kau masih marahkan aku. Tapi, Syah tidak bersalah. Sebenarnya, pertemuan pada hari itu tidak dirancang. Kebetulan kami terserempak lalu Syah meminta bantuanku untuk memilih hadiah istimewa buatmu. Syah tidak berlaku curang Liza, percayalah. Lagipun aku sudah pun mempunyai calon suami. Azhar namanya. Liza, sebelum Syah pergi dia telah meninggalkan sepucuk surat dan sebuah bungkusan buatmu," kata Ziana sambil menghulurkannya kepada Liza.

Liza mengoyakkan mulut sampul surat kiriman Syah dan membaca kandungannya.

Page 11: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Liza, permata hatikuku.Dalam kesyahduan malam, kuutuskan warkah ini buatmu. Maafkanlah Syah

sekiranya perbuatan Syah telah menyinggung perasaan dan mengguris tangkai hatimu. Ketahuilah, hanya kau seorang sahaja yang bertakhta di hati ini. Antara Syah dan Ziana tiada hubungan apa-apa. Kebetulan kami terserempak secara tidak sengaja di pusat membeli-belah dan Zianalah yang telah membantu Syah memilih hadiah istimewa ini buat hari pernikahan Liza.

Ketika Liza menerima warkah ini mungkin Syah sudah tiada lagi di dunia ini. Syah akan pergi buat selama-lamanya. Andainya Syah sudah tiada lagi, janganlah ditangisi pemergian Syah. Iringilah pemergian Syah dengan doa restu.Taburilah pusara Syah dengan bunga sebagai tanda cinta Liza kepada Syah. Selamat tinggal sayang...

Yang MenyayangimuSyah

Mutiara jernih mula bergenang di kelopak mata. Impianku untuk membina istana bahagia kini hanyut bersama titisan embun yang berguguran. Dengan linangan air mata, aku membuka bungkusan kiriman Syah. Di dalamnya ada sebuah kotak berbaldu biru. Kubuka perlahan untuk mengetahui isi kandungannya. Hatiku sebak apabila kulihat di dalamnya ada sebentuk cincin bertakhta manikam.

Ya Allah! Apa yang sudah aku lakukan? Ini semua salahku! Kalau tidak kerana sikap cemburu mungkin semua ini tidak akan terjadi. Kekesalan yang bersarang di kalbuku kini tidak ada gunanya. Nasi sudah pun menjadi bubur. Yang pergi tidak akan kembali lagi.

Dentuman guruh yang kuat mengalihkan pandanganku ke alam nyata, membiarkan lamunanku tergantung tanpa bertali. Titis demi setitis air mata membasahi pipiku. Kini baru aku sedar ratu suria telah tergelincir dari persemayamnya di puncak langit. Hujan semakin turun dengan lebatnya disertai guruh dan petir yang mencakar langit. Namun aku masih tidak berganjak dari pusara Syah yang masih merah. Aku masih menyalahkan diriku di atas apa yang berlaku. Harapanku hanya tinggal impian. Angan-anganku tidak kesampaian. Syah, kau pergi bersama cintaku. Maafkan aku Syah, maafkan aku...

Page 12: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Allahyarham Syah

Warkahmu yang sekerat telah kuterima setelah kau tiada lagi di dunia. Betapa pilunya hatiku dan remuknya jiwaku melihat jenazahmu diusung ke tanah perkuburan ketika mentari hilang di kaki langit. Senjanya kau datang membawa hadiah untukku, dan subuhnya kau pergi, pergi yang tak kembali.

Kutulis lembaran ini bagi menjawab bingkisanmu yang kau kiirimkan. Pilunya hatiku bila menatap cincin berlian pemberian Syah sebagai lambang keagungan cintanya. Syah, walaupun kau telah pergi, cintaku terhadapmu tetap bersemadi. Semoga rohmu berada di dalam golongan orang-orang yang saleh. Amin, amin Ya Rabbil Alamin.

Dari kekasihmu yang kecewaLiza

Dhiyah ZawanahMenengah 4E2Sekolah Menengah Dunearn

Page 13: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Plot yang berbentuk kronologis mempunyai peristiwa yang sedemikian :

A B C D E F

Plot yang tidak berbentuk kronologis mempunyai peristiwa yang sedmikian :

C A B D E

Page 14: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Sebagai seorang penulis, pelajar haruslah memikirkan bagaimana corak penceritaan yang ingin disampaikan. Plot merupakan alur cerita atau rentetan peristiwa yang bersandarkan kepada sebab dan akibat. Setiap yang berlaku mesti mempunyai sebab. Setiap tindakan akan menghasilkan kejadian atau peristiwa. Jalinan plot dapat dikaitkan dengan menggunakan mekanisme berikut :

i eksposisi (permulaan)ii perumitan (konflik/ ketegangan)iii puncak (klimaks)iv peleraian, danv penyelesaian

Page 15: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

puncak/ klimaksKerumitan/konflik/ ketegangan

peleraian

Permulaan/eksposisi

penyelesaian

______________________________________________

Page 16: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Watak ialah pelaku yang memegang peranan dalam sesebuah cerita .Watak inilah yang mencetuskan peristiwa, subjek dan kejadian seperti yang dikehendaki oleh penulis. Watak merupakan pelakon yang menggerakkan sesebuah cerita. Watak dapat menjadiakan sebuah cerita hidup, berkembang dan menarik untuk diikuti bagi mengetahui aksi positif dan negatif yang dilakonkannya. Watak menjadikan sesebuah cerita itu hidup dan menarik dengan aksi positif dan negative yang dilakonkannya.

Watak yang dilukiskan dalam sesebuah penulisan boleh berbentuk ;

I watak realII watak cereka

Page 17: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

I watak real merupakan watak yang dicipta berdasarkan diri kamu sendiri atau wujud dalam kehidupan sehari-harian. Watak-watak ini adalah manusia atau makhluk cerminan dalam kehidupan.

ii watak cereka

Watak cereka merupakan watak yang dicipta mengikuti imaginasi penulis sesebuah karya kreatif, sama ada cerpen, novel atau drama. Watak ini tidak wujud dalam kehidupan sehari-harian. Watak cereka boleh dilukis dalam bentuk manusia, alam, binatang, flora, raksasa dan sebagainya. Watak itu dapat dibahagikan kepada dua iaitu watak utama dan watak sampingan.

Page 18: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Fikirkan watak yang utama dan sampingan.

Jangan mempunyai terlalu banyak watak. Ia akan mengelirukan pembaca. Watak dapat digambarkan melalui berikut :

A aspek luaran (secara fizikal) Contoh : kulit sawo matang, manis, kacak, langsing atau gemuk

B dalaman (dialog) Contoh : “Ya, saya, Borhan. Saya baru sahaja berkhidmat di hospital ini dan ditugaskan untuk merawat ibu saudarri,”” Kata doktor muda itu.

Page 19: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Latihan 1Apabila membaca karangan di bawah ini, jelaskan perkara-perkara berikut :a Berapa ramai watak yang terlibat dalam

karangan ini?

b Siapakah watak-watak itu?

c Jelaskan perwatakan ‘Aku’ dan ‘Andy’.

d Watak ‘aku’ berasa insaf. Terangkan apakah peristiwa ;aku’ menjadi insaf dan apakah tindakan selanjutnya yang ingin dilakukan ‘aku’.

Page 20: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Sebagai seorang remaja, aku inginkan kebebasan hidup. Aku sering merajuk sekiranya kemahuanku untuk bergaul bebas dengan rakan-rakanku dihalang.

Pada suatu hari, apabila ibu bapaku tiada di rumah, aku telah mengambil kesempatan untuk keluar tanpa pengetahuan mereka. Aku terdesak untuk keluar kerana hari itu adalah hari lahir teman baikku, Izah. Izah menyambut hari lahirnya di pantai East Coast. Ramai rakan-rakan yang hadir. Pelbagai aktiviti telah diaturkan. Aku sungguh gembira kerana aku bebas dari kongkongan ibu bapaku. Selepas penat bermandi-manda di laut, kami pun berehat sambil menjamu hidangan yang telah disediakan.

Tiba-tiba, seorang jejaka yang sungguh tampan dan segak menghampiriku.

“Hai, boleh kita berkenalan?” tanya jejaka itu.

“Boleh. Siapa nama saudara?” aku membalas.

“Saya Andy. Boleh kita bertukar nombor telefon?” tanya jejaka itu lagi.

Page 21: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

“Saya Farah. Ini nombor telefon saya,” jawabku dengan pantas, sambil memberinya sekeping kertas yang tertulis nombor telefon bimbitku.

Sejak pertemuan itu, kami kerap berbual di telefon dan sering keluar bersama-sama. Setiap kali aku keluar bersama Andy, aku telah membohongi ibu bapaku dengan memberi alasan bahawa aku ingin ke perpustakaan atau membuat projek bersama rakan sekolah. Andy adalah seorang remaja yang liar. Dia merokok dan badannya penuh dihiasi dengan tatu. Setiap detik yang aku luangkan untuk bersama Andy dan rakan-rakannya, membuat aku berasa bebas, seperti dunia ini aku yang punya. Lama-kelamaan, aku telah mempelajari tabiat-tabiat buruk Andy dan rakan-rakannya. Aku mula merokok, mencuri dan membuat tatu di lenganku.

Ibu bapaku tidak menyedari akan perbuatan dan perubahanku. Setiap kali aku menjejakkan kakiku di rumah, saat itulah aku akan menyarungkan topeng baikku. Kadang-kadang aku rasa seperti ingin mendapat ‘lesen merokok’ di rumah kerana aku akan berasa janggal bila tidak merokok. Ibu dan ayah sentiasa sibuk dengan kerja pejabat serta aktiviti mereka. Kami hanya bertemu pada waktu malam sahaja. Pada suatu petang Ahad, semasa ibu sedang mengemas bilikku, dia telah terjumpa sebuah kotak rokok yang masih berisi.

“Farah! Kenapa ada rokok di dalam bilik kau ni?” teriak ibuku.

“Err...Farah tidak hisap rokok, bu. Ini kepunyaan kawan Farah. Dia terletak di dalam beg Farah,” jawabku dengan nada ketakutan.

“Baik. Kalau ini kepunyaan kawan kau, telefon dia sekarang. Ibu hendak bercakap dengan dia,” balas ibuku dengan marah.

Mendengar kata-kata ibuku itu, aku mula cemas kerana sememangnya rokok itu kepunyaanku. Pada saat-saat yang mencemaskan itu, aku terpaksa mengaku dan memberitahu ibu perkara yang sebenarnya. Ibu terperanjat lalu memanggil bapaku. Macam hendak putus telingaku dileteri oleh kedua ibu bapaku. Bapaku hampir menampar mukaku, mujur ibu menghalangnya. Akhirnya, mereka meminta penjelasan dariku dan mendengar cerita bagaimana aku berkenalan dengan Andy. Aku juga memberitahu mereka bahawa sebenarnya, mulai semalam aku telah digantung dari sekolah selama 3 hari kerana telah tertangkap menghisap rokok di tandas. Pihak sekolah telah beberapa kali cuba menghubungi ibu bapaku, tetapi mereka tidak berjaya kerana aku sering mengatakan bahawa aku tidak tahu nombor telefon bimbit ibu dan bapaku. Bapa naik radang. Matanya bulat bagai bebola api. Pandangannya kepada aku tajam sekali. Dapat aku rasakan bahang kemarahannya. Dia memberitahu ibu bahawa dia akan ke sekolah untuk berjumpa pengetua dan guruku pada keesokan harinya.

Page 22: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Aku lihat wajah ibu. Air matanya mula mengalir dan dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Ibu seakan-akan sudah berputus harap terhadap diriku. Aku tidak tahan melihat keadaan mereka. Aku juga mula menangis dan meminta maaf kepada mereka. Bapaku memberi aku amaran dan peringatan yang keras. Aku tidak lagi dibenarkan keluar tanpa izin mereka. Aku juga harus pulang terus ke rumah selepas sekolah. Bapaku menyuruh ibu berhenti kerja agar ibu dapat mengawasi aku. Khidmat telefon bimbitku juga akan dihentikan. Aku hanya boleh mengikuti kegiatan sekolah jika ada surat rasmi dari pihak sekolah atau guru. Nampaknya, bapaku benar-benar hilang kepercayaan terhadap diriku.

Sejak hari itu, aku membuat keputusan untuk meninggalkan tabiat-tabiat burukku. Aku pun sudah tidak bergaul dengan Andy dan rakan-rakannya lagi. Kebebasan yang aku inginkan rupanya hanya merosakkan diriku sahaja. Akibat mencari kebebasan, aku kini dikawal dengan lebih ketat lagi. Aku menyesal kerana terlalu mudah mengikut ajakan kawan dan tidak memikirkan akibat tindakanku. Tetapi, bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur. Aku insaf dan berharap dapat diberi peluang untuk kembali ke sekolah semula. Aku bertekad membuktikan kepada ibu dan bapaku yang aku boleh mengubah tabiatku dan berjaya dalam pelajaranku. Minggu hadapan aku akan menjalani rawatan laser bagi menghilangkan tatu di lenganku. Moga-moga dengan hilangnya tatu itu nanti, hilanglah juga detik-detik hitam yang telah aku lalui. Namun yang pasti, bekas rawatan tatu itu akan sentiasa mengingatkan aku akan kesilapanku itu.

Nur Afirah bte Abdul Talib Menengah 3E2Sekolah Menengah Hillgrove

Page 23: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Sudut pandangan merupakan cara terbaik pelajar mempersembahkan ceritanya. Penulis perlu memilih sudut pandangan yang sesuai dan berkesan. Sudut pandangan dapat dirujuk sebagaimana seorang penulis ingin menjelaskan kedudukan penulis dalam cerita yang dipersembahkannya. Penulis boleh berada di dalam cerita atau di luar lingkungan ceritanya. Dalam hal ini, seorang penulis boleh turut terlibat atau memegang peranan dalam peristiwa atau kejadian yang dimunculkan. Atau penulis hanya merupakan seorang pencerita sahaja. Terdapat banyak teknik sudut pandangan yang boleh digunakan oleh seorang penulis dalam melahirkan sebuah karangan kreatif.

Tiga sudut pandangan yang lazim digunakan, iaitu a sudut pandangan orang pertama; b sudut pandangan orang ketiga &

Page 24: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Sudut pandangan pertama seperti “aku”, “saya”, “kami”dan “kita”. Dalam hal ini, penulis membabitkan diri dalam penceritaa.

Sudut pandangan orang ketiga, penulis berada di luar cerita dan menggunakan ganti nama diri orang seperti “dia”dan “mereka”. Pangarang hanya bertindak sebagai pencerita sahaja.

Page 25: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Permulaan Cuba fahami kehendak soalan Baca tajuk karangan dengan teliti Apakah tema atau pokok persoalan dalam karangan kreatif?

Lakaran Fikirkan dan catat Gunakan teknik yang telah dibincangkan terlebih dahulu. Gunakan 5 elemen

yang telah dibincangkan iaitu1 Tema2 Latar3 Plot4 Watak5 Sudut pandangan

Gunakan lakaran piramid naratif iaitu awal plot, pertengahan plot and akhir plot

Page 26: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Awal plot

Permulaan/ eksposisi• Dialog•Flashback•Deskripsi : Menggambarkan latar fizikal atau latar keadaan masyarakat•Laporan•Monolog

Pertengahan Plot Rentetan Peristiwa-peristiwa Kerumitan/ Konflik/ ketegangan Puncak/klimeks

Akhir Plot Peristiwa menurun Peristiwa membawa peleraian Terjadi penyelesaian

Page 27: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

“Saya bangkang sama sekali! Sememangnya tiada yang benar selain daripada kebenaran sendiri.” (Teknik permulaan dialog)

Nun jauh di tengah lautan yang terbentang luas langit menampakkan garisan horizon yang memanjang dari timur ke barat seolah-olah tanpa penghujung dan pangkal. Garisan horizon tampak jelas ketika mendung di langit bergayut rendah bagaikan menutup lautan. Di bawah mendung

kelabu itu, ombak bergulung-gulung meutih buih bagaikan lukisan di kanvas, memukul keras di pesisiran pantai, bergelombang laksana jiwaku yang bergelora. Angin petang menerobos kasar, menampar-nampar

wajahku. Langit yang suram seolah-olah mengejekku, menambah kepiluan dan kekesalan yang mencengkam

sanubari. (Teknik Permulaan flashback)

Kampung itu telah sunyi sepi. Tiada seorang penghuni pun yang kelihatan. Sesekali terlihat seekor dua anjing liar

berkejar-kejaran. Rumah-rumah di situ telah dirobohkan. Perabot-perabot yang tidak mahu digunakan lagi

berserakan di atas tanah. (teknik deskripsi)

Sebagai seorang remaja, aku ingin kebebasan hidup. Aku sering merajuk sekiranya kemahuanku untuk bergaul bebas dengan rakan-rakanku dihalang ( teknik laporan)

Page 28: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Peristiwa-peristiwa harus berkembang dengan menarik dengan menggunakan berbagai unsur

Watak memainkan peranan untuk mengembangkan cerita. Apabila watak putih bertemu dengan watak hitam, menyebabkan berlakunya unsur suspens.

Peristiwa-peristiwa yang dikembangkan dengan adanya unsur suspens

Penggunaan dialog untuk menghidupkan cerita tersebut

Page 29: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

TEKNIK KEJUTAN - Pelajar boleh mengakhiri ceritanya dengan cara mengejutkan pembaca. Penyelesaian begini adalah sesuatu yang tidak diduga oleh pembaca. Lantas penyelesaian ini membawa pembaca untuk berfikir apakah kesudahan ceritanya.

TEKNIK KEGEMBIRAAN – Penyelesaian menggunakan teknik yang melahirkan rasa gembira dan riang di kalangan pembaca.

Menerusi teknik ini, pengarang memperlihatkan kejayaan dan kegembiraan pada watak tersebut.

Jangan mematikan watak dengan mengejut atau mengilham sebuah cerita dengan mimpi.

Jangan sesekali menggunakan unsur lucah dalammenghasilkan karangan kamu.

Page 30: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Pilih satu sahaja karangan di bawah ini dan cuba selesaikan dengan menggunakan Tidak Kurang daripada 240

patah perkataan.

Latihan Tambahan1 Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan sesuatu yang tidak diduga (Mei/June 2006)

2 Tulis sebuah cerita mengenai kejadian yang menyedarkan kamu akan pentingnya persahabatan (Nov 2006)

3 Tulis sebuah cerita tentang bagaimana nasihat yang diberikan diabaikan pada saat nasihat tersebut amat diperlukan (Mei/Jun 2007)

4 Tulis sebuah cerita mengenai suatu peristiwa yang menunjukkan bahawa kejujuran merupakan amalan yang sebai-baiknya dalam kehidupan (Nov 2007)

5 Tulis sebuah cerita mengenai satu kejadian yang telah mengubah tabiat kamu. (Mei/June 2008)

Page 31: Karangan naratif menggunakan teknik struktural

Jangan mengaku kalah Percaya dan yakin kamu mampu

berusaha Mereka yang percaya dia gagal akan

menemui kegagalan Mereka yang percaya dia berjaya akan

menemui kejayaan