Karangan Pilihan SPM 2013

download Karangan Pilihan SPM 2013

of 97

description

bahasa melayu

Transcript of Karangan Pilihan SPM 2013

Karangan SPM 2013

CONTOH KARANGAN SPM 2013

1. Sebagai remaja bincangkan persediaan yang perlu anda lakukan untuk menjadi individu yang berjaya.

Meminjamkan kata-kata tokoh tersohor, Mahatma Gandhi, petunjuk kepada segala kebijaksanaan ialah pembinaan peribadi yang luhur untuk melahirkan manusia yang berakhlak. Dengan mi, jelas menerangkan bahawa keluhuran lahir dan batin pada individu memberikan imej yang sebenar tentang nilai peribadi seseorang itu. Bermula daripada cara berpakaian, tutur kata dan berfikir, seyogia orang dapat menilai baik atau buruk seseorang. Sebagai remaja era milenium , pelbagai ramuan perlu digarap untuk memperlengkap pakej din agar sesuai dengan perubahan arus perdana yang berpaksikan kejayaan dan kecemerlangan. Sebagai individu remaja, saya cukup sedar bahawa bukan mudah untuk meneladani masa yang cukup mencabar. Saya sedar bahawa keterampilan diri yang baik menjadi modal berguna untuk saya lebih berjaya dalam misi membangunkan kerjaya diri. Oleh itu, saya hendaklah bersedia dari sekarang.

Langkah pertama saya perlulah menghargai nikmat kesihatan yang dianugerahi Allah SWT kepada saya. Nikmat kesihatan merupakan aset peribadi yang tidak boleh dijual beli. Saya amat bersyukur kerana dilahirkan sempurna dengan wajah dan paras rupa yang baik. Allah mentakdirkan kepada saya kesihatan yang baik, pemikiran yang waras, dan emosi yang stabil. Alangkah bernilainya anugerah tersebut. Benarlah bak kata orang tua-tua, Nikmat sihat itu hanya berada pada seseorang yang sakit. Dalam usia remaja ini saya perlu peka terhadap pemilihan makanan dengan memilih makanan yang baik lagi halal dan menjauhi diri daripada mendekati makanan-makanan yang berbahaya. Saya amat serius tentang bahaya dadah, arak, dan rokok yang dengan jelas membawa mudarat kepada fizikal dan minda. Pertumbuhan fizikal pun hendaklah saya kawal dengan memastikan rutin harian dan latihan jasmani serta riadah dijalankan mengikut jadual. Dalam hal ini, saya amat tertarik oleh pesan Nabi SAW dalam sebahagian daripada hadisnya, Jagalah nikmat sihat sebelum datang sakit.

Pembinaan sahsiah yang terpuji adalah antara keutamaan yang perlu saya lakukan. Hal demikian adalah penting kerana sahsiah yang terpuji menjadi jambatan penghubung untuk berkhalayak. Sahsiah hendaklah dibina berasaskan perisian ,seperti tingkah laku, tutur kata, budi bahasa dan patuh kepada agama. Seandainya pakej tersebut berjaya saya penuhi, insya-Allah ke mana-mana pergi pun diri tidak akan keseorangan. Tutur kata melambangkan gaya berfikir dan emosi kita, budi bahasa menjadi cerminan peribadi kita manakala iman dan takwa sebagai sumber kesucian peribadi yang luhur. Sebenarnya apa-apa yang terpancar pada wajah pasti dapat dibaca oleh sesiapa jua yang kita dekati. Oleh itu, kecemerlangan yang saya tuntut adalah menjadi individu yang dapat bermahabbah dan saling dihargai oleh individu yang berada di sekeliling saya.

Sebagai anak muda yang sedang meniti arus perubahan milenium, saya perlu memiliki visi dan hala tuju yang jelas. Hidup tanpa visi ibarat bahtera di tengah-tengah samudera tanpa nakhoda. Hidup akan terumbang-ambing dan tiada masa depan. Visi saya adalah menjadi insan cemerlang yang merangkumi dunia dan akhirat. Di dunia saya dapat menjadi penyumbang demi maslahat ummah, sementara di akhirat saya memperoleh reda dan rahmat Allah. Paksi ini amat penting agar dapat saya jadikan pandu arah untuk menentukan arah kerjaya yang menjanjikan jaminan hidup. Resipinya, saya perlu belajar ketika usia remaja dan mengenal pasti bidang kemahiran yang cocok dengan jiwa saya. Andai dimakbulkan Tuhan, saya berazam untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya dan kompeten dan mampu menggenggam ijazah sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D). lnsya-Allah sekiranya saya gigih dan digarapi semangat juang, sesungguhnya, di mana-mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Perihal penampilan diri adalah mustahak diambil kira dalam memenuhi resipi kehidupan. Hal demikian kerana, penampilan diri menjadi ukuran awal untuk orang lain menilai peribadi kita. Penampilan menenangkan cara berpakaian, cara berhias dan kebolehan menarik keyakinan onang lain kepada kita. OIeh itu, asas-asas budaya dan etika menjolok mata dan terkeluar daripada batas peradaban bangsa dan agama hendaklah dijauhi sama sekali. Imam Al Ghazali telah menegaskan bahawa cerminan peribadi adalah datang daripada apa-apa yang lahir daripada jasmani. Perkara yang terbaik kepada saya adalah menyantuni gaya warisan bangsa yang sopan dan anggun serta tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas. ltulah sebenarnya anak muda Malaysia sepanjang zaman.

Pepatah Arab menerangkan yang bermaksud, hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitungkan, memberi isyarat agar saya perlu menilai diri. Menilai diri dalam hal buruk dan baik membolehkan saya tidak tersasar ke jalan yang salah. Muhasabah diri hendaklah dengan cara mendekatkan diri kepada Allah dan menuruti segala ajaran agama. Sebagai insan Muslim, saya perlu komited kepada tuntutan ibadah dan amal soleh. Sebarang kesilapan hendaklah diinsafi dengan memohon maaf kepada sesama insan dan bertaubat kepada Allah SWT agar diampuni dosa. Dalam suatu firman Tuhan yang bermaksud, Sebaik-baik manusia adalah yang pernah berbuat salah, tetapi sedar dan menyesal atas perbuatannya lalu memohon ampun kepada-Ku. lnsya-Allah Tuhan yang pemurah dan pengasihani sentiasa mengampuni hamba-hamba-Nya yang bertaubat.

Pengakhir bicara, saya percaya semua ikrar peribadi yang dicadangkan tidak semudah seperti yang dicakapkan. Namun, saya yakin dengan usaha yang gigih, yakin kepada ketentuan-Nya, semua orang boleh berjaya. Hakikatnya, demikianlah dengan diri saya. Berpaksikan kepada doa, bimbingan para guru, asuhan daripada ibu bapa dan dorongan rakan-rakan, saya akan muncul sebagai anak muda yang berjaya dan terbilang. lnsya-Allah!2. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu. Sebagai pelajar yang telah berjaya, anda ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada sekolah dan guru-guru yang mendidik anda.Tulis teks ucapan untuk melahirkan perasaan anda itu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yang saya hormati Puan Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Ambang Saujana, Tuan Haji Ramli Bin Mohd Zaini, Yang Dihormati para guru dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Atas limpah kurnia Allah yang Maha Pemurah lagi mengasihani, saya melafazkan kesyukuran kerana dengan izin-Nya kita dapat berjumpa dalam majlis yang amat besar ertinya kepada warga SMK Ambang Saujana. Kita sangat bertuah dan bersyukur kerana di sekolah inilah tempat kita belajar, bermain, berkawan, bermesra dengan para guru dan seterusnya melakarkan kejayaan.

Hadirin sekalian,Air jernih genang-genangan Alir deras jernih di huluTempat jatuh lagi dikenang

Inikan pula tempat menimba ilmuPantun di atas dengan sesungguhnya, saya dedikasikan untuk para guru dan khususnya untuk SMK Ambang Saujana yang telah banyak menaburkan budi kepada saya dan saudara saudari. Istimewa pula, pada hari yang bertuah ini, kita diraikan sekali lagi kerana mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.

Hadirin sekalian,

Sebelum menelusuri lebih jauh, saya terlebih dahulu mengambil peluang untuk mengimbau semula sejarah lima tahun yang silam ketika saya dan rakan-rakan mendaftarkan diri di sekolah ini. Sebagai pelajar baru, kita seolah-olah seperti rusa masuk kampung semasa pertama kali melepasi pintu pagar sekolah. Pelbagai perasaan berbaur dalam benak fikiran tentang alam persekolahan menengah yang bakal kita tempuhi. Perasaan gerun, seronok, dan cemas bertukar ganti mengusik emosi. Maklumlah, pada waktu itu kita dikelilingi oleh pelajar-pelajar yang lebih senior dan ada dalam kalangan mereka yang bertubuh gempal dan sasa. Malahan perkara yang lebih rumit lagi, sesama kita pun belum kenal antara satu sama lain. Namun begitu, semua perasaan tersebut tidak lama berada di dalam minda apabila para guru yang cukup berdedikasi dan penyayang telah membimbing kita. Atas keramahan dan manis muka para guru dan rakan-rakan senior, kita meniti hari-hari berlalu tanpa disedari. Natijahnya, sekarang kita telah menjadi sebahagian daripada insan bertuah yang diraikan oleh pihak sekolah atas kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lalu.

Para pendidik yang dihormati sekalian,

Alhamdulillah, tiada kalimah seindah madah untuk saya Iafazkan atas kejayaan meraih keputusan paling cemerlang yang saya peroleh. Memang benar, rajin dan usaha tangga kejayaan. Namun apa-apa pun, kejayaan meraih 9A + yang terpampang di hadapan mata bukanlah perkara ilusi. Sebaliknya, tanpa usaha dan komitmen yang cukup dedikasi daripada para pendidik dan pengurusan sekolah, kejayaan yang berada dalam tangan saya dan rakan-rakan adalah suatu misi yang mustahil. Kami cukup yakin, setitis pun basah yang terpercik daripada lidah seorang pendidik ialah sumber yang menjadi mutiara ilmu. Terima kasih cikgu. Sesungguhnya, jasamu akan kami kenangi bak seluas lautan yang tidak bertepian.

Rakan-rakan sekalian,

Selama lima tahun kita menimba ilmu di sini, bukan perihal akademik sahaja yang menjadi agenda pihak sekolah, malahan pembinaan sahsiah dan jati diri turut dirancang. Kita dididik menjadi insan serba boleh dalam bidang kurikulum, kokurikulum, pemantapan rohani serta bermotivasi. Pelbagai program kecemerlangan sama ada yang berunsurkan akademik mahupun kokurikulum telah berjaya membentuk din kita menjadi insan yang hebat dan cemerlang. Betapa tidak, sekolah ini adalah antara yang tersohor dalam kalangan institusi menengah di negeri ini. Kita cemerlang dalam setiap peperiksaan awam, kita hebat dalam beberapa acara sukan serta kita amat digeruni dalam beberapa pertandingan koakademik seperti pidato, koir, dan persembahan kebudayaan. Pendek kata, kita telah membuktikan kemampuan untuk menjadi insan yang seimbang. Sesungguhnya, semua kejayaan tersebut tidak lain dan tidak bukan kerana guru-guru yang amat dedikasi yang berada di hadapan kita.

Hadirin sekalian,

Bercakap bagi pihak din saya sendiri, perasaan gembira, terharu dan bangga masih belum mampu saya lahirkan sama ada dalam bentuk kata-kata mahupun tingkah laku. Tanpa dibatasi oleh apa-apa sempadan, saya menganggap bahawa guru-guru sebagai ibu dan ayah kepada saya. Mereka menyuluhi saya sinar hari depan yang meyakinkan. Mereka amat penyayang dan mereka amat prihatin. Saya percaya walaupun setinggi langit tangan menyapu awan, saya tidak mampu menoleh pandang melainkan SMK Ambang Saujana tetap di hati dan pasti kekal abadi mencipta sejarah. Izinkan saya mengambil segala inspirasi yang telah diilhamkan oleh tuan-tuan dan puan-puan sepanjang mendidik saya. Saya bertekad untuk membalas budi anda dengan membawa balik kejayaan yang lebih cemerlang. Saya berjanji, demi anak nusa yang terdidik sempurna di sini, tidak sama sekali-kali berlaku kacang melupakan kulit sebaliknya tidak jauh seluang melaut balik juga ke muara. lnsya-Allah.Rakan-rakan yang dikasihi sekalian,

Diri kita ibarat setinggi-tinggi terbang bangau hinggap semula di belakang kerbau. Janganlah terjadi, daun melayang jauh perdu dilupakan. Pada kesempatan ini, saya menyeru rakan-rakan yang bersama-sama mencipta kecemerlangan di sini agan menyimpan iltizam untuk kembali kepada ibu kandung bagi menabur khidmat dan bakti. Ayuh, masa kita di sini sudah tamat dan kita buka episod baru untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Yang penting kepada kita, jangan sekali-kali kita pergi sehingga melupakan bangun di sini kerana, Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menimba ilmu. Selepas mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi sentiasalah kembali menjenguk sekolah yang telah mencipta sejarah cemerlang kita. Ingatlah pesan peribahasa, daun boleh melayang jauh, tetapi getah tetap mengalir ke perdu.

Hadirin sekalian,

Berat hati dan longlai langkah untuk saya pergi meninggalkan sekolah ini. Lipatan sejarah yang telah terukir sepanjang dididik di sini terus menjadi usikan kenangan. Insya-Allah selagi hayat di kandung badan, budi para pendidik tetap dikenang bak budi setahun segunung intan. Saya berdoa semoga Allah mencurahkan rahmat dan keberkatan kepada tuan-tuan dan puan-puan agar terus berdedikasi dalam mendidik anak-anak nusa. Izinkan kami pergi, dengan saya abadikan serangkap pantun, Burung terbang melintas sempadan Terbang menuju muara segaraBiar jauh berbilang lautan

Sebutir katamu menjadi mutiara

Sekian, terima kasih.

4. Sebagai seorang warganegara, anda sewajarnya berasa bangga atas kejayaan cemerlang negara dalam pelbagai bidang. Tulis pendapat anda tentang cara-cara yang anda harus lakukan untuk membuktikan kebanggaan anda itu.

Sebagai apresiasi awal, izinkan saya memetik serangkap daripada lagu patriotik, MALAYSIA OH TANAH AIRKUMalaysia oh tanah airku

Tanah tempat tumpah darahku

Negeri elok amat kucinta

Yang kupuja sepanjang masa

Demikianlah sebuah gubahan seni yang memaparkan imej Malaysia sebagai sebuah negara yang dicintai. Malaysia sebuah negara yang cukup harmoni sama ada dalam aspek landskapnya, hasil buminya dan kemajuannya dalam segala bidang. Oleh hal yang demikian, sebagai seorang warganegara yang tinggi nilai patriotiknya amat wajar sekali seseorang itu melahirkan perasaan bangga terhadap tanah airnya yang tercinta. Dalam hal tersebut, saya juga amat teruja dan berbangga dengan negara saya Malaysia yang amat fantastik ini. Atas rasa bangga tersebut, saya beriltizam untuk berusaha agar nusa yang bertuah ini terus berada di persada yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Akar tunjang utama untuk mempertahankan kedaulatan sesebuah negara adalah dengan lahirnya sifat taat setia dan nilai patriotik yang tinggi. Sesungguhnya, sebagai rakyat, saya amat terpanggil untuk terus menanamkan jiwa taat setia kepada negara. Pertamanya, kesetiaan hendaklah saya bukti kepada pemerintah. Doktrin kedua dalam Prinsip Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara pasti saya pegang sampai bila-bila. Yang Dipertuan Agung ialah payung negara manakala para pemimpin ialah sumber inspirasi yang memajukan negara. Menjunjung kedaulatan pemerintah dan menghormati pemimpin adalah menjadi tanggungjawab mutlak kepada saya. Tingkah laku tersebut antara lain menjunjung tinggi perundangan negara, taat kepada pemimpin dan tidak mendatangkan sebarang sikap yang boleh memudaratkan keselamatan negara. Dalam apa-apa situasi juga, sikap saya hendaklah selaras dengan piagam, di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung.

Sebagai rakyat yang balk, saya perlu menanamkan azam untuk membantu memakmurkan negara. Kemakmuran negara merupakan indikator penting untuk menzahirkan kesejahteraan kepada rakyat jelata. Sejarah telah memaparkan betapa banyak empayar sham telah tersungkur kerana kegagalan dalam menguruskan dengan baik soal-soal pentadbiran negara. Dalam zaman moden sekarang pun beberapa buah negara di Eropah Barat sedang berhadapan dengan bahaya kemuflisan akibat sistem ekonomi mereka yang tidak mapan. Oleh itu, sebagai anak muda, saya bertanggungjawab mengajak rakan-rakan agar lebih komited menuntut ilmu dan memperkasakan kemahiran dalam pelbagai bidang. Potensi negara yang amat kaya dengan hasil buminya perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin supaya natijahnya akan dikecapi oleh semua lapisan rakyat. Saya amat sedih dengan situasi masa kini apabila anak watan enggan untuk turun ke medan, akhirnya hampir empat juta pendatang asing dan seluruh pelosok buana sedang mengangkut dan memunggah kekayaan negara. Barangkali inilah yang disifatkan oleh peribahasa si tidur menjadi makanan si jaga.

Selain itu, perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum hendaklah dijadikan agenda utama. Sesungguhnya, inilah agenda besar yang seyogia perlu saya turut serta. Peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh hendaklah dijadikan paksi penting khususnya dalam usaha menyatupadukan masyarakat majmuk. Tanpa perlu berselindung, tahap kerjasama dan keharmonian dalam kalangan rakyat hanya pada tahap memuaskan sahaja. Kita sedar, beberapa insiden kecil atau besar yang pernah berlaku merupakan manifestasi daripada situasi sebenar perpaduan di Malaysia. Sepatutnya, sebagai anak pascamerdeka, saya dan rakan-rakan tanpa memilih kaum, warna kulit, dan fahaman perlulah lebih fokus kepada usaha untuk menjalinkan perpaduan. Kita lahir di bumi yang sama, menyedut udara yang sama serta menikmati rahmat keamanan negara, maka tidak betahlah kita menimbulkan kekacauan dan keluh kesah kepada negara. Sikap yang suka mengadu-domba dan mengagungkan kelompok sendiri tidak membawa sebarang faedah sebaliknya melebarkan jurang perpecahan yang akhirnya berlakulah seperti sindiran, jong pecah yu yang kenyang.

Alam sekitar menjadi sebahagian daripada panorama yang ceria dan indah. Sesungguhnya, inilah hakikat yang wujud di Malaysia. Teruja dengan landskap bumi yang amat indah ini, saya berikrar untuk melestarikan bumi yang indah cemerlang ini. Gelombang pembangunan moden yang dikuasai oleh sektor perindustrian telah memberikan kesan yang amat negatif terhadap alam sekitar. Selain itu, sikap lepas tangan dengan amalan lempar batu sembunyi tangan telah mengakibatkan sumber alam seperti laut, sungai, dan daratan tercemar dengan teruknya. Hiba apabila kita melihat keadaan sungai yang kotor manakala gunung ganang yang menghijau digondolkan satu lepas satu oleh tangan-tangan yang rakus. Saya mahu mengaktifkan semua NGO yang berkaitan dengan alam sekitar agar bangkit dan lebih proaktif. Pihak berkuasa alam sekitar dan agensi penguat kuasa harus digerakkan supaya sentiasa bersikap profesional dalam tindakan mereka. Bersama-samalah kita mengelakkan tragedi sudah terhantuk baru hendak menengadah apabila bumi kita sudah menjadi padang jarak padang tekukur.

Dalam dekad belakangan mi, imej Malaysia di mata dunia terus cemerlang. Sama ada di peringkat serantau mahupun global, peranan Malaysia sentiasa ditagih dalam segala isu. Sebagai anak muda yang bakal menggalas amanah negara, saya berazam untuk menjaga imej negara agar terus harum di persada antarabangsa. Hal-hal yang berkaitan dengan keamanan, kestabilan politik dan kemampanan ekonomi akan dipertahankan. Sementara itu, peranan aktif Malaysia dalam isu kemanusiaan dan keamanan sejagat perlu diperkasakan. Misi bantuan dan kerjasama dua hala dengan semua negara di dunia hendaklah dsijalankan dengan sebaik-baiknya. Biarlah Malaysia kecil pada pandangan mata tetapi besar dalam fungsinya, bak kata peribahasa kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.

Sebenarnya apa-apa yang kita nikmati sekarang adalah dengan nikmat Allah jua. Oleh itu, saya bertanggungjawab untuk menyedarkan semua pihak agar sentiasa bersyukur atas segala rahmat dan keberkatan yang diberikan Allah. Bagi mensyukuri nikmat tersebut, saya sentiasa berdoa agar memperoleh kasih sayang Allah dan bumi Malaysia terus terjaga daripada sebarang anasir. Saya yakin semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan agama mestilah memohon kesejahteraan kepada Allah. Sesuai dengan kata-kata yang berbunyi, Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan dalam lirik lagu Negaraku, maka amat wajar sekali kita meletakkan segala usaha dan hasrat kepada Allah SWT. lnsya-Allah, seandainya kita bersyukur dan mengutamakan kesejahteraan, justeru limpah rahmat Allah pasti menaungi hidup kita di bumi yang bertuah mi.

Sesungguhnya, saya yakin dengan iltizam yang saya pegang ini pasti membuahkan hasil dalam usaha memartabatkan negara Malaysia agar duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia. Saya ingin mengajak rakan-rakan seangkatan, marilah kita sederap melangkah dan bergandingan tangan demi watan yang bertuah mi. lngatlah kepada kata-kata, Malaysia, Oh, Tanah Airku!

5. Seorang rakan anda telah terlibat dalam gejala sosial yang serius sehingga mengabaikan pelajaran. Huraikan usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membantu rakan anda itu.

Peribahasa Melayu yang menyatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlanjur laku buruk padahnya sewajarnya dijadikan pedoman agar seseorang itu tidak terjerumus ke kancah yang boleh membinasakan din sendiri. Mutakhir ini, pelbagai bentuk salah laku yang boleh menjerumuskan remaja ke jurang kemusnahan sering terpampang di hadapan mata. Pelbagai bentuk salah laku seperti pergaulan yang melampaui had batasan lelaki perempuan, malas belajar, dan gila berhibur. Fenomena tersebut amat menyedihkan saya apabila salah seorang rakan karib saya telah tersalah arah sehingga terlencong jauh daripada panduan hidup yang sebenar. Beliau mula melupakan tanggungjawab mutlaknya sebagai pelajar. Mengenangkan hakikat, rakan ketawa beramai-ramai, rakan menangis badan yang memikul, saya tidak tergamak membiarkan rakan saya itu terus hanyut dalam ilusi kosong yang semakin membahayakan dirinya itu.

Sebagai sahabat yang telah mengenali hati budi sejak kecil, saya akan berusaha dengan sedaya upaya untuk memenangi hati beliau. Bak kata orang tua-tua, sampah di dalam mata sendiri, masakan boleh dibuang. Barangkali inilah situasi yang sedang dialami oleh rakan saya itu yang menyebabkan dia tenggelam punca, seyogia memerlukan bantuan. Sebagai sahabat yang sudah terlalu mengenali hati budi, saya akan cuba menyelami gelombang perasaan yang sedang dialaminya. Saya akan cuba berkongsi susah payah dan sedih derita yang sedang ditanggungnya. Mungkin dia sedang berhadapan dengan tekanan emosi sehingga tergelincir daripada landasan hidup yang sepatutnya. Saya sangat yakin, seseorang yang sedang dalam belenggu masalah akan berasa tenteram apabila didekati secara baik. Oleh itu, saya perlu dekatinya dahulu sebelum dapat menyelami punca dia bertindak begitu.

Meminta pada yang ada, mengaji pada yang tahu, dan berkaul pada yang kuasa adalah sangat menuntut supaya saya merujuk orang-orang yang pakar dalam menangani masalah. Langkah yang paling tepat ialah saya perlu bertanya para guru khususnya guru kaunseling. Nasihat mereka boleh saya gunakan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi dan strategi menangani masalah secara lembut. Selain guru-guru, orang tua-tua yang berpengalaman dalam bidang masing-masing hendaklah diambil nasihat daripada mereka. Pendek kata, langkah penyelesaiannya mestilah secara tertib, ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak terserak.

Pendekatan cara agama adalah antara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah emosi dan mental. Penyelesaian secara berdoa, bersembahyang, dan membaca al Quran terbukti menjadi penyembuh yang paling mujarab. Sebagai hamba-Nya, kita hendaklah yakin atas segala pertolongan Allah kerana segala masalah merupakan ujian daripada Allah untuk menguji tahap keimanan hamba-Nya. Saya akan memujuk rakan saya itu untuk mengadukan masalahnya kepada para ustaz dan tuan-tuan imam. Nasihat dan panduan daripada mereka hendaklah dipatuhi dan saya akan cuba memujuknya agar kembali ke jalan Allah dengan cara bersembahyang dan memohon doa kepada-Nya. lnsya-Allah, dengan kemurahan-Nya, Allah akan membantu sesiapa sahaja yang berhajat kepada-Nya.

Atas rasa kasih dan simpati, saya akan membantu menyelesaikan masalahnya sama ada lahir mahupun batin. Seandainya dia tersalah langkah, saya akan membimbingnya untuk kembali ke pangkal kebenaran kerana, sesat di hujung jalan baliklah ke pangkal jalan. Sekiranya masalah kewangan yang mendorong beliau bertindak demikian, saya akan merujuk ibu bapa saya untuk membantunya sekadar yang termampu. Demikianlah adat menolong, sedikit tanda ingat banyak tanda ada. Saya cukup yakin bahawa dengan niat ikhlas dan jujur saya membantu beliau, nescaya di hujung penyelesaian dia pasti menghargai segala bantuan dan sokongan. Begitulah adat- bersahabat, berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu.

lnisiatif lain, saya hendaklah lebih positif dalam menyelesaikan segala masalahnya. Apabila saya sentiasa positif dan yakin, pasti beliau akan turut teruja untuk menerima saya sebagai teman berbincang. Segala masalah yang dihadapinya, tanpa segan dan silu akan diluahkannya. Selain menerima nasihat, beliau hendaklah dihiburkan dengan nasihat dan jenaka yang melunakkan. Pendek kata, saya perlu melihat potensi rakan sendiri secara yang lebih positif. Apabila segala-galanya telah kembali positif, tugas saya yang paling besar adalah dengan memujuknya untuk kembali bersekolah. Sekolah adalah matlamat terakhir agar rakan saya itu akan kembali ke pangkal jalan. Saya amat yakin, walau sebesar gunung Everest sekalipun masalah, hanyalah ilmu yang dapat membantu kita kembali ke pangkal jalan.

Dalam menghadapi masalah rakan yang agak kronik itu, saya sentiasa berpegang kepada falsafah, hidup ibarat roda, sekejap di atas dan sekejap di bawah. Seandainya kali mi rakan saya dirundung masalah, tidak mustahil giliran saya pula. Oleh itu, pengorbanan saya pada kali mi bolehlah disamakan dengan maksud peribahasa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, ibarat orang memiat daging, sakit sama dirasai.

6. Keharmonian dalam rumah tangga dapat diwujudkan daripada sikap yang baik dalam kalangan anak-anak. Bincangkan sikap yang perlu ada kepada anak-anak bagi melahirkan sebuah keluarga yang harmoni

Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang. Matlamat Rumahku Syurgaku menjadi hasrat semua keluarga. Mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni memanglah lunak dan muluk, namun tidak semudah seperti yang dihasratkan. Realitinya, banyak institusi keluarga yang kecundang dan terbentur ditelan gelombang. Oleh itu, selain ibu bapa, anak-anak turut berperanan untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga. Oleh yang demikian, bag) merealisasikan matlamat keluarga yang harmoni, anak-anak haruslah bersikap positif dan turut memainkan peranan agar keluarga yang dibina menjadi keluarga progresif, harmoni dan sejahtera.

Pembawaan perwatakan yang paling utama ialah anak-anak hendaklah menjadi seorang insan yang patuh kepada agama dan taat kepada ibu bapa. Hal ini demikian kerana sikap tersebut amat dituntut sama ada di sisi agama mahu pun budaya. Oleh itu, jadilah anak-anak sebagai penawar hati dan pelunak perasaan kepada ibu dan ayah. Hormati dan taatilah ibu bapa kerana kesejahteraan dunia dan akhirat adalah atas keredaan ibu bapa. Apabila ibu bapa dipatuhi manakala perintah Tuhan ditaati nescaya lahirlah insan sempurna sama ada peribadi mahupun nurani . Sesungguhnya, inilah watak yang menjadi resipi lengkap untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga selaras dengan slogan Rumahku Syurgaku.

Selain itu anak-anak yang baik adalah yang mulia budi pekerti dan bermoral tinggi. Budi pekerti dan moral sentiasa menjadi pakaian peribadi. Elok pekerti nescaya terserlah nilai insani. Sewajarnya, anak-anak haruslah mencerminkan diri dengan akhlak dan sopan santun, bak kata Imam Al-Ghazali, Hendak mengenal diri lihatlah pada cermin, hendak mengenal peribadi bercerminlah pada wajah. OIeh itu, hiasilah diri dengan kelembutan hati dan kesederhanaan sikap sebagai penyuluh pekerti kita. Hormatilah setiap ahli keluarga dengan yang tua dihormati,manakala yang muda disayangi. Seandainya, perwatakan seperti mi kekal diperkasakan, insya-Allah lahirlah sebuah keluarga yang harmoni, ibarat di air yang bening terpancar bayang yang jernih.

Sikap ringan tulang dan keletah yang ada pada sesetengah anak merupakan kriteria yang amat baik untuk membentuk keluarga yang harmoni. Anak-anak seperti mi tidak pernah berkira sama ada tenaga mahupun penat lelah dalam memberi khidmat kepada keluarga. Mereka mudah mesra dan cepat peka terhadap segala kerenah dalam keluarga. Ketiadaan mereka di rumah amat dirasa oleh semua ahli keluarga. Malahan ada ketika wujud salah faham apabila anak-anak seperti mi dianggap anak emas pula. Sepatutnya inilah sikap yang wajar ditunjukkan oleh anak-anak sebagai tanda membalas budi ibu bapa di samping mengikat hubungan mawaddah dengan ahli keluarga yang lain. Sebagai anak, ingatlah akan kelahiran kita ke dunia adalah atas limpahan darah, peluh dan air mata seorang ibu. Dengan hal yang demikian, balasi ibu bapa dengan sikap ringan tulang demi sebuah keluarga yang harmoni dan prihatin.

Resam hidup, patah tumbuh hilang berganti. Sampai waktu ibu bapa akan berlalu pergi, justeru anak-anak pula yang mengambil giliran. Memahami situasi hukum alam itu, anak-anak wajar bersedia untuk mengambil tanggungjawab. Tanggungjawab seperti menjaga rumah tangga, menghubungkan silaturahim dengan adik beradik dan menjaga maruah serta nama keluarga amatlah dituntut oleh mana-mana masyarakat pun. Seandainya, nilai-nilai murni mi boleh diperkasakan sudah pasti keharmonian dalam rumah tangga akan terbentuk. Anak-anak seyogia perlu berpandangan jauh kerana segala sikap mereka menjadi cermin kepada ibu bapa kerana mengenal batang (perdu) lihatlah pada daunnya. Janganlah terjadi seperti segelintir anak-anak yang lupa din ibarat buah melayang jauh, tampuk dilupakan. Oleh itu, sebagai anak yang baik bersedialah untuk mengambil tanggungjawab untuk mengharmonikan keluarga.

Bertolak ansur dan saling memahami menjadi sebahagian resipi untuk melahirkan sebuah keluarga yang harmoni. OIeh hal demikian, dalam kalangan anak wujudkan sikap saling bertoleransi supaya keluarga lebih aman dan tenteram. Daripada sikap bertoleransi akan lahirlah perasaan saling menyayangi dan saling menghargai antara satu sama lain. Tiada masalah salah faham dan salah anggap kononnya ada yang lebih istimewa dan ada pula yang terpinggir. Sesama adik-beradik jalinan hormat dan kasih ibarat isi dengan kuku. Sebarang perbuatan yang boleh menyakiti darah daging sendiri tidak Iebih daripada cubit paha kiri paha kanan pun sakit juga. Seandainya wujud salah faham pun, carilah jalan penyelesaian kerana perselisihan dalam kalangan adik beradik ibarat air dicencang tidak akan putus. OIeh itu, setiap ahli keluarga bertanggungjawab untuk menjaga dan memupuk institusi yang tertua dalam sejarah manusia ini agar terus subur dengan sifat kasih sayang, harmoni dan penuh mawaddah.

Sesungguhnya, keluarga yang harmoni menjadi teras kepada masyarakat yang dinamik. Sikap penyayang ibu bapa dan tingkah laku yang positif dalam kalangan anak-anak menjadi wadah utama untuk membina keluarga yang harmoni. Oleh itu, sebagai anak, berilah sumbangan yang terbaik agan keluarga memperoleh kebahagiaan. Ingatlah pada pesanan, Keluarga bahagia penjana kecemerlangan ummah.7. Setiap anak menjadi permata hati dan harapan kepada ibu bapa. Bincangkan sikap yang patut diamalkan oleh anak-anak agar hasrat tersebut menjadi kenyataan.

Tanggal. hari bulan . tahun 1996 (*masukkan tarikh lahir anda sendiri) dengan izin Allah SWT, Iahinlah seorang insan di mayapada mi. Kelahiran yang memberikan sinar dan cahaya kepada kedua-dua ibu dan ayah. Doa dan harapan yang tidak putus-putus ditadahkan ke petala langit memohon restu dan makbul Allah SWT supaya anak tersebut menjadi cahaya mata, buah hati pengarang jantung. Demikianlah suatu hakikat yang sering melingkari kehidupan insan supaya anak-anak yang lahir ke dunia ini menjadi permata hati yang membahagiakan kehidupan ibu dan ayah. Alangkah bahagianya kedua-dua insan mulia tersebut sekiranya anak yang bertuah itu benar-benar menuruti acuan yang telah dicanai sejak awal. Dengan hal demikian, betapa besar harapan ibu bapa, seyogia besar Iagilah azam anak-anak untuk menzahirkan impian tersebut menjadi kenyataan.

Setiap anak hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya telah melahirkan kita ke dunia ini.Sementelahan itu berterima kasihlah kepada kedua-dua ibu bapa yang telah bersusah payah melahirkan kita. Langkah yang terpenting ialah anak-anak hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah agar memberi barakah kesihatan dan kesejahteraan kepada ibu bapa. Sementara itu, anak-anak juga perlu membentuk jati diri mereka agar mudah berjinak-jinak dengan amalan yang diredai. Binalah kekuatan peribadi sebagai insan yang mulia di dunia dan memperoleh ganjaran pahala. Tiada yang lebih berguna selepas ibu bapa pergi melainkan menadah harapan agar anak-anak mengirimi mereka doa seperti dalam Hadis Rasulullah yang bermaksud , Apabila mati seseorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amal bali dan buruknya, melainkan tiga yang masih ditinggalkan iaitu sedekah jariah, umu yang bermanfaat, dan anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa.

Kalangan bijaksana pernah menukilkan, budi pekerti pakaian peribadi, akal fikiran pakaian insani. Keluhuran budi dan kebijaksanaan insani merupakan modal besar untuk seseorang itu berjaya dalam kerjaya dan dipandang mulia oleh masyarakat. OIeh itu, jadilah anak-anak yang hebat di tengah-tengah masyarakat dengan pancaran budi bahasa yang terserlah serta minda yang kreatif dan inovatif. Belakangan ini, pelbagai kecelaruan dalam masyarakat tercetus akibat kemuflisan pekerti anak-anak remaja. Akhirnya, sikap keji tersebut membawa kesengsaraan kepada ibu bapa. Ibu bapa terpaksa menelan malu akibat anak-anak yang bankrap akhlak. Pelbagai angkara songsang seperti pergaulan bebas, berzina, menipu dan seribu satu angkara lagi seyogia dijauhi jikalau ada perasaan sayang terhadap ibu bapa.

Anak yang baik sentiasa beriltizam untuk mengubah kehidupan ibu bapa agar menjadi lebih baik. Oleh hal demikian, berusahalah dengan gigih demi jaminan hidup yang lebih sempurna. Dunia yang diwarnai dengan pelbagai budaya ilmu harus dikuasai dengan membudayakan ilmu dalam kehidupan. Amatlah jengkel seseorang yang tidak berilmu apabila berada di tengah-tengah masyarakat. Sejajar dengan perkembangan teknologi, tuntutlah ilmu setinggi yang mungkin dan lengkapi diri dengan pelbagai kemahiran. Kedua-dua pakej tersebut menjadi jaminan untuk bersaing dalam pasaran global. Sesungguhnya, ilmulah yang dapat membezakan antara yang dungu dan yang cemerlang. Sesuai dengan wasiat Rasulullah SAW dalam Hadis Baginda tentang kepentingan menuntut ilmu yang bermaksud, Tuntutlah ilmu walau sampai ke negara Cina sekalipun, membuktikan bahawa ilmulah yang menjadi jaminan untuk hidup bahagia.

Ikram dan kasih sayang menjadi penambat hati ibu bapa terhadap anak-anak. Tamsil orang tua-tua, ketika telapak kaki sebesar dua jari, anak-anak sudah ditimang bagai menatang minyak yang penuh. Malang sekali apabila anak-anak sudah meningkat dewasa ada yang tergamak memutuskan hubungan dengan ibu bapa. Sebenarnya, celakalah anak-anak yang seumpama ini. Anak-anak seperti ini tidak akan bahagia di dunia malah di akhirat akan menerima bala daripada sifat sombong tersebut. Selagi kudrat ibu bapa tidak akan menagih kepada anak-anak. Yang mereka mahu ialah anak-anak menjalinkan kasih sayang sebagaimana yang telah diberikan oleh mereka kepada anak-anak. Patuhilah seperti Firman Allah dalam Surah Israk, ayat 23 yang bermaksud, Dan Tuhanmu memerintahkan kamu agar jangan menyembah selain-Nya. Berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Jika salah seorang atau kedua-duanya telah lanjut usia dalam peliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu meninggikan suara walaupun dengan perkataan, oh!. Oleh hal demikian, sebaik-baik anak ialah mereka yang tidak pernah memutuskan hubungan silaturahim dengan ibu bapa.

Hidup ini sandar-menyandar ibarat aur dengan tebing. Sebagai anak yang baik, jalinkan kehidupan dengan rangkaian sahabat handai dan rakan taulan. Hidup menjadi harmoni dalam masyarakat yang saling menghormati antara satu dengan yang lain. Jiran tetangga umpama keluarga sendiri kerana segala mudarat dan musibah jiranlah yang lebih dahulu mendatangi kita. Rakan taulan dan jiran ibu bapa hendaklah dihormati, dengan yang tua dijunjung taat manakala yang mucia bergaullah secara berhemat. Tingkah laku yang baik akan menyerlahkan imej sebenar ibu bapa kerana kenal batang pada daunnya. Sesungguhnya, inilah imej anak-anak yang menjadi permata hati dan harapan kepada ibu bapa.

Akhir kata, jadilah sebaik-baik anak yang boleh membahagiakan ibu bapa sejadi mereka di dunia mahu pun sesudah mati. Jauhi din daripada terjebak dengan perkara-perkara mungkar yang boleh mencontengi ibu bapa dengan arang. Ingatlah bahawa, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

8. Penularan jenayah ragut dan samun jalanan telah menimbulkan pelbagai implikasi sosial. Anda ingin menulis sebuah rencana tentang isu tersebut dengan memberi tumpuan kepada kesan-kesan jenayah ragut dan Iangkah-Iangkah untuk menanganinya.Tulis rencana anda itu.

Jenayah Ragut Dan Samun Jalanan Suatu Fenomena yang Tidak Selamat

Oleh Nassir IbrahimPerumpamaan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga membuktikan selicik mana pun seseorang penjenayah itu akhirnya akan terperangkap juga. Secara tersirat perumpamaan mi mahu mendidik masyarakat agar tidak melakukan perkara-perkara yang dikutuk seperti kegiatan jenayah. Namun begitu, amaran daripada perumpamaan tersebut tidak pernah menggusarkan golongan penjahat untuk meneruskan kerja terkutuk mereka. Belakangan mi masyarakat mula dilanda resah dan takut akan gejala jenayah ragut dan samun jalanan yang semakin menular. Kes-kes kecederaan dan kematian angkara perbuatan yang tidak berperikemanusiaan mi acap kali terpampang di dada-dada akhbar. Memandangkan jenayah ni boleh membawa ancaman yang lebih buruk terhadap kestabilan rnasyarakat dan negara, justeru semua pihak hendaklah Iebih peka untuk tampil ke hadapan untuk bersama sama menggemblengkan tenaga agar penularannya berjaya disekat.

Amat banyak implikasi negatif yang terpaksa ditanggung oleh individu mahupun masyarakat di sebalik jenayah yang bertopengkan syaitan ini. Imej daripada jolokan Malaysia negara yang aman harmoni dan rakyatnya sihat sejahtera sebenarnya tidak berlaku di sebalik insiden-insiden kejam sejak belakangan in Sebenarnya masyarakat mula dibelenggu oleh ketakutan angkara satu lepas satu peristiwa jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini. Tugas harian mula terbantut dek kerisauan menjadi mangsa jenayah. Lebih-lebih lagi golongan sasar seperti wanita dan warga emas, jaminan keselamatan sama ada di tempat kerja, dalam perjalanan mahupun di rumah semakin terancam. Bila bila masa sahaja seruan bahaya akan mengancam nyawa atau pun harta benda. Kebimbangan tersebut umpama born jangka, ibarat geruh tidak berbunyi malang tidak berbau.

Peristiwa kematian seorang ibu yang sarat mengandung akibat terjatuh daripada motosikal selepas diragut terus meninggalkan kesan fobia terutama kepada golongan wanita. Malahan episod tersebut merupakan satu daripada beberapa banyak tragedi yang boleh membawa kepada kecederaan parah malah kematian juga. Sebagai kesannya, pelbagai aktiviti harian khususnya kepada golongan wanita terjejas. Sementara itu, ramai ibu bapa yang semakin bimbang untuk membiarkan anak-anak gadis mereka menunggang motosikal atau pun berjalan bersendirian. Bagi penjenayah pula, meneka sanggup berbuat apa-apa sahaja termasuk membunuh sekiranya tindakan meneka terhalang dan yang memungkinkan din mereka terperangkap. Akhirnya, mangsa yang tidak berdosa terpaksa menanggung sengsara malahan tidak kurang pula yang hilang nyawa.

Keamanan dan kesejahteraan masyarakat mempunyai hubung kait yang bertali-temali dengan pembangunan iktisad sesebuah negara. Malang sekali, apabila masyarakat sentiasa diburu keresahan akibat jenayah, justeru banyak aktiviti perniagaan dan pergerakan masyarakat terancam. Sekiranya fenomena ini semakin tidak terkawal tidak syak lagi kestabilan ekonomi masyarakat akan terjejas dengan teruk. Golongan wanita sentiasa diancam kebimbangan untuk keluan bekerja, keyakinan para pelabun pula terjejas, manakala kehadiran pelancong juga semakin merosot. Apabila semua punca ekonomi terancam menyebabkan pendapatan isi rumah merosot. Selain itu, daya saing negara pula akan terhalang akibat indeks Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjunam. Sebenarnya semua angkara ini boleh meruntuhkan keharmonian masyarakat dan melumpuhkan ekonomi sesebuah negara.Berdasarkan maklumat Polis Diraja Malaysia (PDRM),jenayah ragut yang mencapai kemuncaknya dalam tahun2005 dan 2006 agak menurun sedikit hasil kerjasama orang ramal dan tindakan agresif pihak polis. Walau bagaimanapun, penurunan indeks tersebut tidak bermakna kita boleh tidur lena. Kelibat penjenayah tidak pernah senyap untuk mencuri peluang dan kesempatan. Oleh itu, kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap ancaman jenayah amatlah penting. Peranan media seperti surat khabar dan media elektronik tidak boleh hanya melaporkan satu lepas satu kejadian jenayah, sebaliknya pihak terbabit perlu lebih proaktif mendidik masyarakat tentang strategi berkesan untuk memerangi jenayah. Orang ramai perlu diberi panduan tentang kekuatan mental, emosi, dan fizikal ketika berdepan dengan penjenayah. Selain itu, golongan lemah terutama wanita dan kanak-kanak tidak boleh terlalu bebas terdedah kepada khalayak. Selagi golongan tersebut terlalu bebas, maka kehadiran mereka ibarat pucuk dicita ulam mendatang dan orang mengantuk disorongkan bantal kepada penjenayah. Oleh itu, berwaspadalah dengan berpegang kepada ingat sementara belum kena dan jimat sementara belum habis.

Sudah sampa masanya antara polls dan masyarakat menjadi sahabat. Dalam menangani gejala mi, polis tidak mungkin mencapai kejayaan sifar tanpa sokongan orang ramai. Sikap menjadi penonton setia kepada sesuatu perlakuan jenayah tanpa memberikan maklumat kepada pihak berkuasa sebenarnya masih berleluasa dalam kalangan masyarakat Malaysia. Selagi batang hidung sendiri tidak menjadi mangsa, mereka kurang ambil peduli tentang nasib orang lain. lnilah fenomena daripada sikap nafsi-nafsi yang terlalu mementingkan din sendiri. Gemblengan usaha bersama seperti menyertai Pasukan Cops, menubuhkan persatuan pencegahan jenayah dan Rukun Tetangga adalah amat wajar dalam situasi sekarang. Bayangkan, dalam setiap poket masing-masing ada menyimpan telefon, tetapi berapa peratuskah yang menyimpan nombor panggilan bilik Gerakan Polis? lnilah hakikat sikap tidak peka yang harus dikikis daripada minda rakyat Malaysia dalam usaha memerang ijenayah.

Selain itu, pihak berkuasa haruslah memperkasakan undang-undang pencegahan jenayah ragut dan samun. Langkah segera perlu untuk menggubal undang-undang yang lebih ketat. Masyarakat menuntut agar penjenayah ragut yang mengakibatkan kematian dan kecederaan parah mestilah menerima hukuman gantung sampai mati mandatori. Sungguhpun sesetengah pihak menganggap klise apabila undang-undang potong tangan mahu diperdebatkan semula, namun inilah jalan terbaik untuk menangani gejala manusia yang tidak berhati perut seperti itu. Usaha lain yang boleh diambil, semua penjenayah ragut dan samun yang berjaya dibuktikan, tindakan merampas dan mengisytiharkan muflis hendaklah dikenakan. Sementara itu, penjenayah daripada warga asing hendaklah dikenakan tindakan yang paling berat kerana kehadiran mereka sebenarnya umpama mencurah minyak kepada api yang sedang marak.

Sesungguhnya kepincangan dalam masyarakat yang berpunca daripada gejala sosial merupakan barah yang membawa kepada suasana porak-peranda kepada sesebuah negara. Kita khuatir apabila anasir seperti mi tidak dibendung sehingga ke akar umbi nescaya suasana aman yang telah wujud sejak sekian lama akan musnah. Kita tidak rela negara yang aman damai in akan bertukar menjadi negara mafia dengan penjenayah ala cowboy bermaharajalela. Oleh itu, Cegahlah Sebelum Parah.

9. Industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin menulis rencana berkaitan dengan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelanconganPelancongan di Malaysia, Potensi dan Tanggungjawab Semua Pihak

OIeh : Dayan Senang A/K Mewah

Sudah acap kali penganjuran tarikan pelancong ke luar negara oleh pelbagai agensi sentiasa mendapat sambutan yang memberangsangkan. Penganjuran tersebut turut disokong oleh pihak kerajaan dengan menganjurkan Kempen Tahun Melawat Malaysia. Kini Malaysia mula dikenali di seantero dunia sebagai destinasi pelancongan yang menarik, murah, dan eksotik. Malaysia telah menduduki tempat kesembilan dan sepuluh negara yang paling popular dikunjungi pelancong. Kerajaan Malaysia telah menyasarkan, pada tahun 2012, jumlah kemasukan pelancong kepada 24.5 juta orang dengan anggaran tukaran asing sebanyak RM58 bilion. Sejajar dengan hasrat negara untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama ekonomi negara, maka semua pihak di Malaysia patut memainkan peranan aktif masing-masing.

Memandangkan industri pelancongan merupakan satu daripada matlamat dalam NKRA negara, justeru penggemblengan hendaklah diterajukan oleh pihak kerajaan melalui agensi-agensinya. Agensi-agensi yang berkaitan dengan industri pelancongan seperti Kementerian Pelancongan, Jabatan-jabatan Pelancongan Negeri, Kementerian Luar Negeri, dan Kementerian Kebudayaan dan Komunikasi hendaklah memainkan peranan yang aktif. Pihak yang terbabit perlu mengambil tanggungjawab untuk merancangkan pelbagai program promosi dan menjualkan nama Malaysia di persada dunia. Kementerian Pelancongan hendaklah mempunyai KPI yang jelas untuk menentukan sasaran kemasukan pelancong. Oleh itu, usaha yang terbaik, kementerian perlulah merancangkan pelbagai aktiviti untuk menarik minat pelancong ke Malaysia. Sepatutnya pihak berkenaan perlu mengambil kesempatan daripada kedudukan strategik Malaysia untuk laluan ke Singapura, Indonesia, dan Thailand.

Inisiatif seterusnya hendaklah turut digerakkan oleh sektor swasta juga. Memandangkan kegiatan pelancongan merupakan salah satu daripada cabang membuat duit, justeru pihak swasta tidak boleh terlepas pandang dalam menyokong matlamat negara untuk menjadi destinasi pelancong yang paling dikunjungi. Langkah paling strategik pihak swasta hendaklah menyokong dan mengambil bahagian dalam program galakan pelancongan di luar negara. Pihak swasta terutama konglomerat utama seperti YTL, FELDA, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri hendaklah lebih gigih membangunkan prasarana pelancongan seperti kemudahan penginapan dan pengangkutan. Walaupun rangkaian hotel mewah dan hotel bajet tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan ternyata jumlahnya adalah terlalu kecil. Hal demikian sering terjadi di pusat-pusat pelancongan ternama seperti Pulau Langkawi yang sering menghadapi masalah tempat penginapan apabila terdapat penganjuran bertaraf antarabangsa seperti pameran LIMA. Selain penginapan, pihak swasta hendaklah lebih proaktif untuk menyokong industri pelancongan dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan yang lebih cekap dan mesra pelancong. Pendek kata, kemudahan infrastruktur dan prasarana hendaklah disediakan bermula dan pelancong menjejaki kaki hinggalah mereka pulang dengan senyuman puas.

Manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar negara hendaklah menjaga dan memperindah kawasan jagaan masing-masing. Semua pihak sudah maklum, kunjungan pelancong asing ke sini adalah dengan matlamat untuk menghirup udara dan persekitaran yang nyaman dan indah. Dengan hal demikian, pihak terbabit wajar mengutamakan aspek kebersihan dan keindahan landskap alam. Semua potensi bumi seperti sungai, laut dan gunung perlu dikekalkan lestarinya. Pihak berkenaan perlu mengambil inisiatif mewartakan tempat-tempat tersebut seperti yang dilakukan oleh Thailand yang mewartakan semua pulau sebagai taman luat. Pulau pulau seperti Phuket, Koh Adang, Koh Lanta, Koh Samui dan banyak lagi kini menjadi syurga pelancong dan lombong emas kepada negara Thai. Malaysia juga bukan kurang dengan potensi tersebut kerana beberapa destinasi utama seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Redang, dan gunung Kinabalu semakin mendapat tempat di hati pelancong. Tegasnya, sudah tiba masa kita belajar daripada kejayaan negara jiran tersebut dalam usaha memanipulasikan sumber alam sebagai dana kekayaan negara, kerana meminta pada ada dan mengaji pada yang pandai.

Pada era milenium ini, minda masyarakat hendaklah lebih terbuka dan positif terhadap industri pelancongan. Seandainya dalam tiga dekad yang silam orang selalu menuduh sektor pelancongan sebagai industri yang mengumpankan gejala negatif tetapi kini tuduhan seumpama itu adalah meleset sama sekali. Kita hendaklah lebih positif dengan menyokong semua usaha pihak kerajaan untuk menjanakan ekonomi melalui sektor pelancongan. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk memaparkan identiti rakyat Malaysia yang tinggi tamadunnya, terbuka fikirannya dan berbudaya sopan seperti, peramah, dan berbudi bahasa. Sebagai sebuah negara Islam, kita hendaklah lebih pragmatik kerana dalam Islam sendiri amat menggalakkan umatnya bermujahadah dan melancong seperti dalam konteks ibadah Haji, Umrah dan Ziarah. Seperkara lagi, apabila lebih ramai pelancong nescaya akan berlakulah rentas komunikasi global yang boleh membentuk suatu dimensi baru rakyat Malaysia yang berfikiran positif dan bertaraf dunia.

Langkah yang tidak kurang penting juga ialah penglibatan aktif duta-duta di luar negara. Semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara sama ada secara rasmi atau individu hendaklah mengambil peluang menarik minat lebih ramai pelancong. Di peringkat kerajaan, duta-duta dan kuasa usaha di luar negara hendaklah mengadakan program menjelajah ke merata pelosok untuk turut sama dalam program tarikan pelancong. Selain itu, kumpulan terbesar, iaitu pelajar Malaysia di seberang laut hendaklah bijak berkomunikasi dengan strategi sambil menyelam minum air untuk menyampaikan mesej yang jelas tentang Malaysia. Sebagai generasi muda yang mempunyai ilmu pengetahuan, mereka sewajarnya boleh menjadi misi negara untuk menerangkan pelbagai keistimewaan negara sama ada dalam aspek rumpun bangsa rakyatnya, pola budayanya, pelbagai cita rasa makanannya dan tentang indahnya permata yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Semenanjung Emas dalam kalangan pedagang dan Eropah dan Arab. Pendek kata, jikalau semua pihak dapat melaksanakan komitmen masing-masing, agenda pelancongan negara sudah pasti berjaya.

Sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni, Malaysia amat strategik untuk dikunjungi oleh pelancong pelancong sama ada dan Timur atau Barat. Peluang harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya pada masa mi apabila Malaysia begitu popular kepada pelancong dan Timur Tengah dan Asia Timur jauh. Peluang yang sedia terhidang hendakfah bijak direbut, bak kata peribahasa rezeki jangan ditolak, anal jangan diraih.

10. Gagasan l Malaysia yang dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia boleh dijadikan garis panduan oleh rakyat Malaysia dalam usaha memajukan negara dalam aspek ekonomi, sosial, dan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.Jelaskan pendapat anda tentang cara-cara yang boleh dilakukan oleh seluruh warga Malaysia untuk memastikan matlamat tersebut menjadi kenyataan.

Tanggal 3 April 2009, tarikh tersebut akan terus terlakar dalam sejarah negara apabila Perdana Menteri Malaysia yang keenam dengan rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Beliau ialah Dato Seri Mohamed Najib Tun Razak yang meneruskan legasi kepimpinan ayahandanya Tun Abdul Razak Bin Dato Hussein. Bukan sekadar itu sahaja, malah tarikh tersebut telah menjadi mercu tanda baru satu lagi gagasan Malaysia moden dilancarkan. Gagasan iMalaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kini menjadi landasan penting untuk pemimpin dan rakyat Malaysia menentukan arah tuju kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang menjelang hari hari yang mendatang. Oleh hal demikian, dalam merealisasikan matlamat keramat itu, para pemimpin dan rakyat Malaysia hendaklah menyumbangkan peranan yang aktif mengikut kemampuan dan kedudukan masing-masing.

Tanggungjawab paling utama ialah para pemimpin hendaklah melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan demi kebaikan rakyat. Tanggungjawab merupakan amanah yang amat penting untuk ditunaikan sejajar dengan sepotong Hadis Rasulullah yang bermaksud, Setiap daripada kamu mempunyai tanggungjawab. Setiap yang dipertanggungjawabkan akan disoal ke atas setiap diri mereka. lnilah doktrin yang perlu dipegang dengan kukuh oleh para pemimpin di setiap peringkat. Dalam hal in para pemimpin hendaklah mempunyai komitmen yang tinggi agar janji dan manifesto ditunaikan dengan sebaik mungkin. mel seseorang pemimpin akan terserlah melalui kebijaksanaan mentadbir, pekerti yang mulia, adil lagi berpandangan jauh. Dalam konteks satu Malaysia, keadilan hendaklah disamaratakan dalam kalangan semua kaum agar setiap juzuk kaum tidak terasa diri mereka terpinggir daripada arus perdana. Sesungguhnya, dengan kebijaksanaan dan keadilan pemimpin, rakyat akan bersatu padu dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

Kredibiliti seseorang pemimpin tidak mungkin terserlah andainya tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada rakyat jelata. Dengan yang demikian, imej 1Malaysia hendaklah dicernakan daripada kerjasama yang terjalin kukuh antara pemimpin dan rakyat. Antara pemimpin dan rakyat bagaikan irama dan lagu, andai salah satunya pincang nescaya musnahlah kedua-duanya. Oleh itu, amatlah wajar diwujudkan jalinan persefahaman yang kukuh dan harmoni antara kedua-dua pihak. Sikap saling hormat dan saling menyokong boleh menjadi jambatan yang memperkukuh hubungan. Sebagai pemimpin serlahkan nilai kepimpinan yang berwibawa agar sentiasa dikagumi rakyat. Manakala sebagai rakyat berilah taat setia yang tidak berbelah bahagi kerana kedua-duanya memerlukan kerjasama erat ibarat ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicecah.

Menjelang era milenium dan dalam perubahan arus perdana global, masyarakat hendaklah memperlengkap din dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang paling tuntas. Rakyat seharusnya mempunyai kemahuan yang tinggi untuk meletakkan din mereka sebagai masyarakat kelas pertama. Mereka wajar berganjak dan bersedia keluar daripada pemikiran jumud dalam kepompong katak di bawah tempurung. Kemampuan berfikir secara global dan berfikir di luar kotak mampu menjanakan transformasi rakyat yang memiliki ciri-ciri kebijaksanaan, produktif, dan gigih berdaya saing. Langkah strategik untuk mencapai matlamat tersebut adalah dengan membangunkan pelbagai institusi pendidikan dan kemahiran. Bermula daripada sistem pendidikan berasaskan sains dan teknologi berkelas dunia hinggalah kepada bidang kemahiran, keperluan tersebut perlu disediakan untuk rakyat. Langkah terbaik seperti yang sedang berlaku kini adalah dengan wujudnya kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta yang menyediakan pelbagai peluang pendidikan yang bertaraf dunia. Seandainya inisiatif mi terus diperkasakan, nescaya gagasan 1Malaysia pasti menjadi realiti.

Memetik kata-kata ahli falsafah agung Confucious, Apalah guna kita tidur sebantal jikalau mimpi berbeza-beza, lebih baik berlainan bantal namun mimpi kita masih sama. Kata-kata yang telah diucapkan sejak lebih 3000 tahun itu benar-benar memberikan impak kepada negara berbilang kaum seperti Malaysia. Demi merealisasikan hasrat 1Malaysia, langkah paling utama ialah menjalinkan perpaduan yang sejati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Pemahaman konservatif yang menyatakan, perbezaan dalam aspek agama, budaya dan ragam hidup menjadi perintang perpaduan perlulah diubah segera. Sepatutnya, perihal kepelbagaian daripada pemajmukan itu hendaklah dijadikan aset untuk membentuk suatu negara bangsa yang unik. Nilai ketaksuban kepada kaum sendiri sepatutnya ditukar kepada ketaksuban kepada negara dan bangsa Malaysia. Jikalau selama ini kita sentiasa menaruh sangsi antara satu sama lain semata-mata atas dasar perbezaan kaum, justeru tibalah masanya kita menganjak paradigma untuk menjadi masyarakat yang berfikiran terbuka dengan mempertingkatkan nilai hormat terhadap kepercayaan agama, adat resam, dan kaum. lnsya-Allah, sekiranya nilai taboo mi berjaya disingkirkan pastilah suatu fasa baru 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan boleh menjadi landasan baru rakyat Malaysia.

Setelah perkara-perkara asas berjaya dilunasi, kini tibalah tuntutan utama kepada seluruh rakyat untuk membuktikan semangat patriotisme mereka. Keharmonian dan kesejahteraan negara perlulah diisi dengan agenda pembangunan. Pembangunan yang meliputi aspek material dan spiritual harus berarak serentak. Amatlah malang sekiranya, bumi bertuah yang sangat kaya dengan pelbagai potensi mi tidak dimanfaatkan untuk kesejahteraan insan. Kita harus bersama-sama berganding bahu untuk membangunkan dan mempelbagaikan potensi ekonomi negara. Oleh itu, setiap warga dituntut untuk memaksimumkan daya usaha melalui cara berfikir, cara bekerja, dan mematangkan kreativiti. Semua sumber ilmu sama ada teknologi dan kemahiran perlu digemblengkan. Seluruh rakyat tidak perlu berfikir tentang siapakah dirinya di bumi bertuah mi? Sebaliknya dalam suatu suara 1Malaysia mereka perlu bangkit untuk memaksimumkan daya pengeluaran negara. Pada abad mi kita perlu berani untuk bersaing di persada antarabangsa sama ada dalam persaingan ekonomi, kepakaran, kebudayaan malahan kita seharusnya bersedia untuk meneroka potensi di arena global juga.

Memetik lirik dalam lagu patriotik Malaysia Berjaya yang berbunyi Dari Perlis hinggalah ke Sabah, kita sudah berjaya memaparkan betapa pentingnya kita bersatu dan berusaha untuk membentuk sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Kini kejayaan tersebut hendaklah direalisasikan oleh generasi baru Malaysia agar segala agenda yang telah dirancang oleh pemimpin yang terdahulu dapat mengimpakkan manfaat yang berganda kepada seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu, gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan harus diteruskan dengan pengisian dan keterlibatan menyeluruh oleh rakyat Malaysia.

11.Kesedaran rakyat negara mi terhadap makna kebebasan dan kemerdekaan negara sungguh mengecewakan sekali. Sikap seumpama mi dianggap kurang patriotik. Pada pendapat anda, mengapakah situasi tersebut terjadi?Cadangkan langkah-Iangkah untuk mengembalikan semangat menghayati kemerdekaan.

Apabila dikenangkan semula memori malam 31Ogos 1957, pekikan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA oleh mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, diri kita seolah-oleh dibawa semula oleh nostalgia yang penuh dramatik itu. Pekikan itu memberikan isyarat bahawa kita telah bebas daripada cengkaman penjajah dalam suatu siri penjajahan kuasa Barat selama 446 tahun. Episod penjajahan yang menyaksikan kita menjadi bangsa suruhan di bumi sendiri akhirnya berlalu hasil jerih payah tokoh-tokoh pejuang tanah air yang rela bermandi darah mempertahankan maruah bangsa. Namun demikian, setelah kemerdekaan negara mencecah hampir separuh abad, kelesuan dan kehambaran semangat patriotik semakin terpancar pada wajah generasi kini. Hilangnya semangat menghayati kemerdekaan dalam kalangan rakyat itu adalah berpunca daripada beberapa faktor yang sesungguhnya mendesak kita mencari jalan penyelesaiannya.

Banyak pendapat yang menyatakan bahawa sejarah itu merupakan guru yang mengajarkan kita erti kebenaran dan sejarah juga tidak pernah berbohong. Begitulah hakikat kebenaran sejarah yang boleh mendidik sesuatu bangsa agar kembali menoleh peristiwa jatuh bangun bangsa sendiri. Namun dalam arus ledakan teknologi yang memungkinkan manusia sering menghitung nilai kebendaan berdasarkan formula ringgit dan dolar nilai-nilai sejarah bukanlah barang yang boleh dikomersialkan. Akhirnya kecenderungan dan minat untuk menghayati sejarah luput ditelan bersama-sama asap tebal ekonomi industri. lnilah hambatan besar yang menyebabkan masyarakat tidak menilai apa-apa terhadap kepentingan sejarah sehinggalah momentum kemenangan berharga sebuah bangsa turut dilupakan. Pada masa ini nilai sentimental kemerdekaan seolah-olah tersimpan dalam diari sejarah di Arkib Negara sahaja.

Apabila kita ungkapkan semula kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Mantan Perdana Menteri yang keempat bahawa Melayu mudah lupa, justeru kenyataan tersebut bertepatan dengan situasi ini. Sekalipun kita pernah terseksa hidup dalam cengkaman penjajah, namun peristiwa itu sudah lama berlalu. Kini segala kesusahan dan keperitan telah bertukar ganti dengan kesenangan. Lantas kesenangan yang diperoleh itulah yang menyebabkan generasi kini mula alpa akan pengertian kemerdekaan. Mereka alpa kerana menjadi pemuja hedonisme, tidak sensitif, dan lebih parah lagi ada yang sanggup melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh mencemarkan imej negara. Kealpaan di sebalik kesenangan itulah menjadikan kita leka dibuai oleh angan-angan. Kealpaan dan kesenangan juga menyebabkan semangat untuk mengisi makna kemerdekaan luput dalam jiwa dan sanubari.

Selain itu, sifat mementingkan din sendiri dan terlalu memburu kesenangan duniawi turut melunturi semangat dan jiwa merdeka. Terdapat golongan yang sudah kaya raya yang tidak mempedulikan langsung seruan kemerdekaan sehingga tidak tergamak untuk mengibarkan sekeping Jalur Gemilang di premis mereka. Pada mereka, tiada apa-apa yang istimewa di sebalik kemerdekaan yang dikecapi terhadap kekayaan yang diperoleh mereka kerana segala-galanya adalah hasil daripada titik peluh mereka sendiri. Golongan yang boleh dianggap parasit mi kadang-kadang memiliki pengaruh yang besar dalam kalangan masyarakat dek kekayaan dan kesenangan mereka. Tidaklah keterlaluan apabila dikatakan golongan inilah yang sanggup menjual khazanah negara demi memenuhkan kantung sendiri. Sekiranya negara pun sanggup diperdagangkan apalah ertinya kemerdekaan kepada mereka?

Memandangkan jiwa merdeka yang semakin luntur dalam jiwa rakyat Malaysia khususnya golongan muda, segala usaha untuk mengembalikan semangat tersebut hendaklah dihidupkan semula. Program-program bercorak hiburan yang boleh melalaikan golongan muda daripada menghayati sejarah negara wajar dikurangkan apabila setiap kali menyambut ulang tahun kemerdekaan. Sebaliknya program-program yang berunsur pendidikan dan berlatarbelakangkan sejarah negara mesti diutamakan di sepanjang bulan kemerdekaan. Program-program seumpama mi tidak boleh dijalankan sekadar memenuhkan agenda semata-mata, sebaliknya mesti berterusan di sepanjang bulan kemerdekaan.

Atas kepentingan negara juga, mungkin suatu pendekatan dalam bentuk indoktrinasi wajar dilaksanakan untuk melahirkan kesedaran terhadap semangat cinta akan negara. Pendekatan mi barangkali boleh menyebabkan para pemimpin menjadi tidak popular dalam kalangan rakyat, tetapi demi masa depan negara tindakan yang lebih tegas adalah perlu. Oleh itu, setiap kali menjelang bulan kemerdekaan setiap rakyat perlu diarahkan untuk memasang bendera Jalur Gemilang. Semua premis perniagaan dan jabatan kerajaan diwajibkan mencetak dan memasang tema sambutan kemerdekaan. Semua sektor industri dan kegiatan sosial yang bukan kritikal hendaklah dilarang daripada menjalankan kegiatan rutin. Selain itu, sebarang salah laku yang menyalahi etika agama dan moral perlu dicegah agar makna kemerdekaan yang sebenar tidak tercemar. Tempat-tempat awam dan premis-premis perniagaan wajar dipantau oleh anggota keselamatan untuk mencegah perbuatan sumbang dan tingkah laku yang menyimpang daripada ciri-ciri negara yang bertamadun. Walaupun langkah ini boleh mengurangkan kemeriahan acara sambutan, tetapi adalah lebih baik daripada imej kemerdekaan itu tercemar.

Sebagai bangsa yang sudah mampu bangkit di atas kekuatan kaki sendiri, kita wajar membuktikan peradaban kita kepada mata dunia. Janganlah perjuangan untuk memartabatkan bangsa yang telah menelan korban harta benda, darah, air mata, dan nyawa disia-siakan oleh golongan yang buta akan maksud kemerdekaan sebenar. Sesungguhnya, kemerdekaan bukanlah sekadar untuk berseronok-seronok sebaliknya untuk mengembalikan imej dan jati diri bangsa.12. Keselamatan dan ketenteraman awam adalah amat penting kepada pembangunan sesebuah negara. Bincangkan peranan semua pihak dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman negara terus terjamin.

Meminjamkan kata-kata daripada pepatah Arab yang bermaksud, Kasih akan watan sebahagian daripada iman, membuktikan bahawa tanggungjawab terhadap negara adalah menjadi suatu kewajipan yang mutlak kepada setiap orang. Kasih akan negara membawa maksud kesanggupan untuk menjaga dan melindungi negara daripada sebarang ancaman yang boleh memporak-perandakan keamanan dan ketenteraman dalam negara. Dalam konteks negara kita Malaysia, setiap warganegara dituntut agar memberikan komitmen yang tinggi untuk mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman. Kejayaan negara sama ada dalam aspek politik, ekonomi mahu pun sosial adalah bergantung kepada sejauh mana kesanggupan rakyat untuk melindungi negara daripada sebarang anasir perosak. Dengan hal yang demikian, semua lapisan masyarakat hendaklah menyumbangkan peranan dengan berdasarkan kapasiti masing-masing demi melahirkan sebuah negara Malaysia yang aman, selamat, dan makmur.

Dalam konteks keamanan yang hakiki, tanggungjawab yang utama hendaklah dipegang oleh pihak pemerintah yang telah dipilih oleh rakyat sebagai pemimpin negara. Pemimpin ialah saf depan yang perlu melindungi negara daripada sebarang ancaman sama ada luar mahupun dalam negara. Kegagalan pemimpin mempertahankan solidariti negara boleh menyebabkan sistem pemerintahan menjadi kucar-kacir, kesejahteraan rakyat akan terancam, malahan sistem ekonomi dan siasah negara akan terbantut. Hal yang demikian dengan jelas dapat dilihat di beberapa wilayah di dunia, seperti di Timur Tengah, negara-negara Afrika, Asia Tengah dan wilayah Balkan yang tidak pernah kebah daripada peperangan. Sebenarnya, pemimpin menanggung amanah yang besar untuk merancangkan strategi pertahanan negara dengan mengenal pasti siapakah kawan dan siapakah lawan? Oleh itu, jalinan kerjasama politik dan diplomatik sama ada dengan tetangga mahupun di luar wilayah hendaklah dipertingkatkan dan semasa ke semasa. Selain itu, para pemimpin hendaklah peka dan sentiasa berwaspada terhadap segala perubahan senario politik, sama ada wilayah, serantau, mahupun antarabangsa dengan mengamalkan sikap berjaga-jaga dan berwaspada, bak kata pepatah Melayu ingat sementara belum kena ,jimat sementara belum habis.

Pasukan keselamatan merupakan sayap kanan dan jentera kepada agenda keselamatan sesebuah negara. Dalam siasah merekalah segala strategi pertahanan negara diprogramkan. Semua selok-belok dan strategi musuh sama ada dalam mahupun luar perlu diketahui dengan lengkap oleh pasukan keselamatan. Pasukan keselamatan yang terdiri daripada angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Gerak Am dan RELA adalah bertanggungjawab menjadi benteng hadapan negara daripada sebarang ancaman musuh dan luar dan dalam. Tindakan pantas dan cekap mereka diharap dapat membendung gejala ancaman keselamatan terhadap negara yang ditunjangi oleh angkara pemerdagangan manusia dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mencurah-curah. Pada hari ini, perbatasan negara sama ada laut mahu pun darat telah ketara bocor. Di mana-mana pintu masuk sempadan negara dipenuhi lubang-lubang tikus yang sebenarnya menjadi ancaman kepada negara. Oleh itu, sama ada angkatan bersenjata mahupun polis bentuklah sinergi yang benar-benar berkesan agar keselamatan negara terus terjamin.

Selain itu, pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hendaklah lebih peka terhadap kepentingan dan keselamatan negara. Pada masa ini terdapat sekurang-kurangnya enam puluh NGO di Malaysia yang berdaftar dan bergiat secara aktif. Matlamat perjuangan semua NGO adalah untuk memperoleh pembelaan yang saksama terhadap kelompok atau pun berjuang untuk menjalankan kerja-kera kebajikan. Pertubuhan seperti Mercys Malaysia, ABIM, Persatuan Bulan Sabit dan sebagainya adalah cukup ikhlas bergerak untuk melaksanakan kebajikan. Namun demikian, tidak kurang pula NGO yang diwujudkan untuk menjadi mata dan telinga terhadap isu-isu politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Sebarang ketidakadilan yang dirasai akan mendapat tentangan daripada pertubuhan seperti ml. Walau bagaimanapun, wujud pula NGO yang cuba berselindung di sebalik nama pertubuhan untuk kepentingan kelompok sahaja. Mereka bergerak secara sulit dan terdapat kegiatan yang boleh merosakkan imej negara terutama di luar negara. Kini beberapa NGO sedang disiasat oleh pihak berkuasa atas beberapa aktiviti yang bertentangan dengan dasar negara. Sepatutnya, dalam situasi keselamatan negara yang tidak stabil bukan agenda peribadi yang menjadi keutamaan tetapi keselamatan negara perlu didahulukan.

Dalam menggalas amanah menjaga kestabilan negara, golongan pedagang dan korporat juga hendaklah memainkan peranan yang aktif. Golongan ini hendaklah lebih iltizam untuk memakmurkan negara dengan cara memanfaatkan segala hash mahsul. Khazanah alam Malaysia yang sangat kaya perlu dimanfaatkan untuk maslahat semua. Pada hari ini, korporat dan GLC seperti Petronas, FELDA, Tabung Hail (LUTH) dan banyak lagi telah menyumbangkan pendapatan yang besar kepada negara. Sebaliknya, sikap pedagang yang menjadi lintah darat demi tembolok sendiri sepatutnya tidak mendapat tempat di bumi Malaysia. Namun begitu, terdapat segelintir golongan pedagang yang terlalu rakus untuk mengaut keuntungan. Mereka sanggup mengorbankan harta alam seperti bukit bukau, hutan belantara dan mencemarkan samudera demi keuntungan. Sementara itu, tidak kurang pula yang telah menjadi kaya-raya mula beranggapan negara sendiri tidak strategik untuk mereka dan rela melaburkan modal di negara luar. Indah golongan yang tiada iltizam untuk membela tanah air sendiri dengan sikap menggunting dalam lipatan dan pepat di luar rencong di dalam.

Manakala benteng yang terakhir untuk keselamatan negara ialah rakyat jelata. lnilah golongan terbesar yang pastinya apabila bersatu mampu menjanakan kekuatan sama ada politik, ekonomi, dan sosial. Sebagai rakyat yang bernaung di bawah panji-panji kedaulatan negara, semua pihak hendaklah berusaha dengan lebih gigih untuk memperkukuh ketahanan negara. Sumbangan rakyat hendaklah dalam kapasiti masing-masing sama ada sebagai penjawat awam, pekerja swasta, usahawan, dan golongan belia hendaklah memiliki suatu sikap iaitu sayang dan patriotik akan negara. Mutakhir ni, pelbagai ancaman dalam bentuk penyebaran berita palsu, penyeludupan dadah, pelacuran, dan penggubahan wang haram telah menjadi api dalam sekam dan dun dalam daging terhadap keamanan negara. Anak-anak remaja negara sedang berhadapan dengan bahaya besar apabila dianggarkan satu juta yang menjadi penagih dadah. Ke manakah akhirnya pemuda dan pemudi bangsa inikesudahannya? Sesudahnya golongan ini sudah pasti membawa malapetaka kepada negara yang tercinta.

Kesimpulannya, kestabilan sesebuah negara adalah terletak di atas empat paksi yang utama iaitu, para ilmuwan yang bijaksana, para pemimpin yang adil, hartawan yang pemurah, dan sokongan serta doa daripada rakyat jelata. Oleh itu, tiada pihak yang terkecuali malah iltizam semua pihak dituntut untuk memberikan kerjasama agar maruah negara tidak tercemar dan sekali gus keamanan yang telah kita kecapi selama dapat dikekalkan.

13. Tajuk: Negara maju acuan Malaysia memerlukan rakyat yang Bersatu padu

Berakhlak mulia

Berilmu pengetahuan

Bersemangat patriotik

Berpegang teguh kepada ajaran agama

Berikan ulasan anda.

Tanggal 21 Februari 1991, bertempat di perasmian Mauls Perdagangan Malaysia, tercatatlah satu lagi peristiwa dalam lembaran Han ml Dalam Sejarah. Peristiwa penting itu ialah Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, iaitu Dato Seri Dr Mahathir Mohamad telah menguar-uarkan satu ilham yang begitu pragmatik iaitu WAWASAN 2020. Gagasan yang mempunyai sembilan mekanisme cabaran itu menjadi acuan utama ke arah membentuk negara dan rakyat Malaysia yang progresif, berdaya saing, berilmu pengetahuan, dan mempunyai daya tahan yang tinggi bagi menghadapi era maju menjelang abad ke-21. Antara inti pati daripada sembilan cabaran itu adalah untuk membentuk sebuah negara maju dalam acuan Malaysia iaitu negara dengan rakyat yang bersatu padu, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan, bersemangat patriotik dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Sesungguhnya, saya amat bersetuju kelima-lima unsur mi sudah pasti menjadi cabaran besar untuk kita galas jikalau mahukan negara tercinta ml bertukar wajah menjadi negara maju seperti yang dicita-citakan. Oleh itu, bersama-samalah kita menggemblengkan tenaga dan fikiran untuk merealisasikan gagasan tersebut.

Peribahasa Melayu ada menyatakan, bersatu teguh, bercerai roboh dan bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Hal demikian menjelaskan, bahawa kehidupan kita sebagai suatu bangsa Malaysia menuntut kepada suasana ukhuwah dan bersatu padu. Bersatu padu dalam konteks rakyat Malaysia membawa maksud hidup dalam suasana aman, harmoni, bertolak ansur, dan bekerjasama dalam masyarakat majmuk. Suasana tersebut amatlah penting bagi mengelak berulang semula tragedi-tragedi ngeri yang menumpahkan darah seperti Peristiwa 13 Mei 1969 dan pergaduhan antara kaum di Kampung Medan pada tahun 2000. Peristiwa-peristiwa umpama itu sesungguhnya akan menebalkan lagi rasa syak wasangka dan turut memperdalam jurang ketegangan antara kaum. Sepatutnya kita mesti menerima hakikat bahawa k)ta ditakdirkan hidup dalam pelbagai etnik dengan pelbagai ragam budaya. Warasnya, atas rasa cinta kepada nusa dan demi mengidam keamanan kita hendaklah menjelmakan satu semangat bersatu dengan slogan, Negara Kita Tanggungjawab Kita.

Imam al-Ghazali pernah menyatakan, Apabila kamu hendak mengenal wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu hendak mengenal diri bercerminlah pada wajah. Kata-kata tersebut memberikan gambaran betapa keperibadian dan akhlak yang mulia akan menjadi pengukur tinggi atau rendah harga diri setiap individu. Sejajar dengannya, setiap rakyat perlulah menonjolkan suatu imej yang terpuji dengan mengamalkan akhlak yang mulia. Akhlak mulia merupakan intisari kepada nilai-nilai murni yang sejagat dan amat dituntut sama ada dan sudut budaya dan peradaban malahan dituntut di sisi agama juga. Nilai tersebut bermatlamat membentuk insan yang seimbang dalam aspek mental, emosi, intelek, dan jasmani. Dengan terbentuknya nilai-nilai tersebut, justeru akan lahirlah warga Malaysia yang berhati mulia, bersopan-santun, dan hormat-menghormati. Falsafah hidup yang bertunjangkan prinsip prinsip akhlak seperti ni sudah pasti dapat melahirkan bangsa Malaysia yang berbudaya tinggi. Oleh yang demikian, jadikanlah budi bahasa sebagai cerminan imej dan nilai budaya masyarakat Malaysia.

Apabila tamadun dunia melangkah masuk ke abad milenium, tuntutan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan pasti menjadi wahana yang penting dan perlu dikuasai oleh setiap warga negara. Dengan itu, acuan rakyat Malaysia perlu seiring dengan matlamat membentuk rakyat yang berilmu pengetahuan. Rakyat yang berilmu pengetahuan ialah rakyat yang bijaksana dengan menguasai segala bidang ilmu sama ada dalam bidang sains dan teknologi dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ketamadunan, agama, dan kemanusiaan. Langkah ini amatlah pragmatik dalam usaha mewujudkan suatu rupa bangsa Malaysia yang bijak, pintar, mahir, dan menguasai teknologi. Penguasaan ilmu dalam bidang sains dan teknologi hendaklah menjadi agenda penting negara kerana ilmu tersebut menjadi aset negara berkembang maju dalam aspek fizikal, prasarana, dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Manakala ilmu-ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai keinsanan pula bermatlamat membentuk rakyat yang mempunyai nilai-nilai murni seperti berjiwa patriotik, bersopan santun, bertolak ansur dan bersatu padu. Dengan komponen kedua dua bidang ilmu tersebut, kita amatlah berharap matlamat WW 2020 akan berjejak di bumi nyata setelah rakyat telah sarat dengan ilmu pengetahuan.

Tokoh nasionalisme Filipina yang terulung, Jose Rizal dalam doanya menyebut, Tuhanku, sekiranya aku mati dalam perjuangan ini, biarlah tubuh dan darahku bersemadi menjadi tanah, namun harga perjuanganku akan kuabadikan untuk rakyat Filipina. Demikianlah sebuah percaturan hidup dan mati daripada seorang tokoh patriotik atas cintanya terhadap tanah air. Demi mempertahankan keutuhan dan kedaulatan negara setiap rakyat hendaklah berjiwa patriotik seperti itu. Semangat tersebut dapat menjanakan jati diri bangsa yang bersemangat waja, cinta akan tanah air, dan rela berkorban demi kedaulatan negara. Oleh hal demikian, strategi yang paling berkesan adalah dengan menyemaikan semangat patriotisme kepada generasi muda semasa mereka dalam alam persekolahan lagi. Subjek-subjek yang berkaitan dengan kenegaraan seperti sejarah, pendidikan moral, agama, bahasa dan kesusasteraan perlulah diajar kepada para pelajar. Seandainya, masyarakat Jepun begitu berbangga dengan nilai kaizen dan masyarakat Cina dengan nilai kiasuK mereka, justeru rakyat Malaysia pula mesti kuat berpegang dengan falsafah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Strategi seterusnya rakyat hendaklah disemaikan dengan sifat-sifat taat dan takwa (patuh) kepada pencipta. Dengan kesegaran jiwa agama kita dapat membentuk insan syumul yang sentiasa patuh kepada Tuhannya dan setia kepada negara senta pemimpin. Walaupun rakyat Malaysia bebas menganut agama dan kepercayaan masing-masing, namun kita yakin setiap agama tidak pernah mengajarkan nilai-nilai negatif yang boleh memesongkan penganutnya. Dengan hal yang demikian, ibu bapa adalah bertanggungjawab untuk menanamkan nilai-nilai benar dan beriman yang terdapat dalam doktrin agama masing-masing. Insan yang beragama seyogianya akan menjadi insan yang bertanggungjawab, beriman, berakhlak, sentiasa bersyukur serta lebih bertanggungjawab terhadap did sendiri, negara, dan agama. Bagi memastikan amanah ni terlaksana dengan sebaik mungkin ambillah agama dan moral sebagai landasan hidup kerana Sebaik-baik manusia dilihat atas agama yang diamalkannya.

Mafhum (maksud) daripada sepotong ayat suci al-Quran yang menyatakan bahawa, Sesungguhnya, Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itulah yang mengubahnya. Hal tersebut memberi suatu isyarat bahawa maju atau mundur dan senang atau susah hidup kita amatlah bergantung kepada din kita sendiri. Demi mencapai matlamat murni itu kita perlu berusaha gigih dan sekarang dan kita juga perlu ingat kepada slogan, Negara Kita Tanggungjawab Kita.

14.Rasuah Musuh Negara. Demikianlah slogan yang ingin menggambarkan betapa rasuah menimbulkan ancaman yang besar terhadap kestabilan sesebuah negara. Sediakan teks ceramah anda untuk disampaikan kepada sekumpulan pelajar.Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Pengarah Kolej Jaya, Yang dihormati para pensyarah, dan seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Para pelajar sekalian,

Peribahasa Arab ada menyatakan perihal ketaatan kepada negara iaitu, Kasih akan negara adalah sebahagian daripada iman. Kandungan daripada peribahasa tersebut mempunyai mesej untuk menanamkan semangat patriotik dan integriti rakyat terhadap tanah air. Sejak dan zaman prasejarah lagi, manusia asyik berperang untuk berebut dan mempertahankan kedaulatan tanah air masing-masing. Apabila ada petualang yang cuba mengucar kacirkan kedaulatan sesebuah negara, justeru tanpa memikirkan kekuatan dan logistik yang ada rakyat di negara tersebut akan bangkit menentang. Hal yang demikian membuktikan setiap orang memiliki semangat cinta akan negara dan rela mati demi maruah negaranya.

Walau bagaimanapun, sama ada disedari atau tidak, suatu musuh yang boleh meranapkan sesebuah kerajaan tanpa perlu mengangkat senjata ialah gejala rasuah. Rekod sejarah telah banyak menjadi saksi nyata kepada kita tentang kemusnahan beberapa kerajaan akibat amalan rasuah. Peristiwa berdarah yang paling besar dalam sejarah umat Melayu mempunyai hubung kait secara langsung dengan rasuah juga. Peristiwa Raja Mudeliar, Nina Sura Diwana, dan Kitol masih segar dalam ingatan umat Melayu. Peristiwa tersebut yang berpunca daripada dendam kesumat dan gejala rasuah sedikit banyak telah menggoncangkan institusi politik kerajaan Melayu Melaka. Peristiwa hitam yang telah mengorbankan beberapa pembesar dan pahlawan Melayu menjadikan kerajaan Melayu Melaka menghadapi krisis kepemimpinan sehingga akhirnya Melaka jatuh ke tangan Portugis. Demikianlah sebuah pengajaran pahit yang harus kita telan sepanjang zaman.

Pelajar-pelajar sekalian,

Berdasarkan Akta Pencegahan Rasuah 1997, Pindaan Akta 1967, takrif rasuah ialah tindakan meminta atau menerima rasuah, atau menawarkan rasuah, atau membuat tuntutan palsu, atau menyalahgunakan kedudukan jawatan demi faedah suapan untuk din sendiri dengan keadaan tindakan tersebut boleh menjejaskan kredibiliti kerajaan yang seseorang itu sedang berkhidmat.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Faktor utama gejala rasuah berkembang apabila wujud sekelompok manusia yang meletakkan keutamaan din sendiri melebihi kehendak masyarakat dan negara. Hubung kait tingkah laku jelek ini berlaku apabila sesuatu kepentingan itu dibatasi oleh sekatan undang-undang. Tanpa nilai-nilai integriti, maka pihak terbabit mudah menggadaikan prinsip dan undang-undang bagi menghalalkan matlamat mereka. Dalam situasi seperti ini terbentuk permuafakatan sulit antara pengamal undang-undang dengan pihak yang berkepentingan. Pada waktu mi kuasa akan bertukar dengan nilai kebendaan dan akhirnya imunisasi perundangan diperkotak-katikkan.

Selain itu, pengaruh materialistik yang menjadi kiblat manusia moden dengan pantas menukar prinsip seseorang untuk menggunakan pendekatan rasuah. Gejala mi sering berlaku apabila seseorang penguasa yang diberikan hak cuba mengeksploitasi kuasa yang ada untuk kepentingan din. Hal demikian termasuklah kuasa meluluskan, menilai, melonggarkan, dan melepaskan pesalah dengan hemat peribadi sendiri. Perbuatan tersebut yang nyata membelakangi etika undang-undang bertujuan mendapat habuan kebendaan terhadap sesuatu penyelesaian yang dilakukan secara hemat peribadi.

Pelajar-pelajar sekalian,

Para cerdik pandai sentiasa menyindir golongan yang rakus ini dengan menyatakan, kemaruk kebendaan itu tidak akan habis walaupun seseorang itu ditawarkan sebatang sungai emas, justeru ia mahukan sepuluh tambahan lagi. Tingkah laku yang bertuhankan nafsu itu boleh menyebabkan sifat tamak haloba mengusai din. Lantas timbullah amalan keji seperti mengeksploitasi harta negara, hak dan kepentingan awam, penyelewengan, penipuan, dan pecah amanah. Kesannya adalah amat besar kepada negara apabila khazanah negara diperdagangkan demi kepentingan perut dua tiga kerat individu yang berkepentingan.

Saudara dan saudari sekalian,

Perbuatan rasuah ibarat api yang memakan sekam, tidak jelas kelihatan tetapi amat berbahaya. Padahnya sama juga dengan barah sosial. Prosesnya berlaku secara perlahan-perlahan akhirnya membuak dan musnah. Kesannya kepada negara amat besar. Negara akan bankrap, masyarakat akan pincang, dan sistem politik tidak stabil. Pada pandangan saya, gerak kerja memerangi rasuah di negara mi masih jauh daripada sasarannya. Oleh sebab itu,Transparensi International mengklasifikasikan negara kita jatuh dan senarai 39 ke tangga 44 dalam senarai negaranegara yang masih dibelenggu rasuah. Hal ni tentulah menakutkan kita rakyat Malaysia.

Sebenarnya usaha membanteras rasuah telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan secara aktif sejak tahun1980-an lagi. Pelbagai usaha diambil seperti memperkenalkan dasar yang berhubung kait dengan pencegahan rasuah termasuklahBersih, Cekap, dan Amanah, Penerapan Nilai-Nilai Islam, Budaya Kerja Berkualiti, Kod Etika Kerja, Piagam Pelanggan, dan ISO 9000. Sementara itu, Akta Pencegahan Rasuah l96ljuga telah dipinda beberapa kali dan yang terakhir pada tahun 1997. Biro pengaduan Awam pula turut diwujudkan bagi membolehkan semua pihak membuat aduan sekiranya terdapat gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam. Kini, sejak 2008, agensi pencegahan rasuah telah diberikan imunisasi tambahan dengan menjadikannya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRPM). Pendek kata, kerajaan tidak pernah berdiam din dalam usaha mempertingkatkan integriti terutama dalam usaha membendung gejala rasuah.

Hadirin sekalian,

Sesungguhnya, gejala rasuah mungkin tidak dapat dibanteras 100 peratus kerana gejala rasuah telah tumbuh bersama-sama tamadun manusia sejak awal lagi. Walau bagaimanapun, semua pihak hendaklah menanamkan iltizam yang kukuh supaya gejala rasuah dapat diminimumkan jikalau tidak dapat dibanteras sepenuhnya pun. Semoga dengan komitmen semua pihak negara kita akan terus berada di ambang kemakmuran bersama-sama slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Sekian terima kasih.

15. Kini, karya kreatif seperti cerpen dan novel oleh penulis-penulis semakin berkurangan. Jelaskan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menggalakkan remaja melibatkan din dalam penulisan kreatif.

Karya kreatif ialah sumber sasteraang bersifat indah, inovatif, dan berestetika. Unsur-unsur kreatif terdiri daripada pengucapan yang bertaraf tinggi, bahasa yang berseni mahupun reka cipta yang mempunyai nilai citra. Setiap insan tanpa memilih sebarang aliran tetap mengakui bahawa sumber kreatif akan menjadi santapan jiwa. Oleh itu, genre-genre kreatif adalah bersifat universal dan setiap bangsa pasti menjiwainya. Dengan hal demikian, pengucapan dan sentuhan kreatif akan terus berkembang selaras dengan perubahan hidup manusia. Walau bagaimanapun, akibat daripada terjahan pelbagai pengaruh moden yang bersifat kontemporari seperti teknologi maklumat, produk hiburan, dan gaya hidup moden menyebabkan karya-karya kreatif seperti cerpen, novel dan genre- genre lain semakin menyepi. Ada kah benar penyepian tersebut merupakan suatu fenomena baru yang menguburkan karya-karya kreatif? Sebenarnya analogi tersebut amat berbahaya kepada sebuah tamadun yang kompleks seperti sekarang. Oleh hal demikian, bagi menyelamatkannya, usaha-usaha strategik hendaklah dilakukan oleh semua pihak untuk menyuntik semangat mencipta penulisan kreatif terutama dalam kalangan remaja.

Langkah paling strategik untuk memperkasakan penghasilan citra kreatif semula adalah dengan membina semula nilai mengagumi estetika, budaya, dan bahasa. lnilah sebenarnya roh yang boleh membangunkan sikap yang positif terhadap karya-karya kreatif. Tanpa rob dan semangat ,jiwa akan kosong ,justeru tiadalah penghayatan. Situasi tersebut amat menepati dengan dunia sastera pada masa mi yang rata-rata dipandang sepi. Pengaruh kontemporari yang diakseskan oleh revolusi maklumat dan digital telah menghambat kuasa kreatif ke suatu sudut yang amat terlindung. Sebenarnya, tidak salah kita berusaha untuk mencelikkan rakyat dengan dunia teknologi maklumat, namun yang salah apabila hati nurani rakyat tidak diseimbangkan dengan pengucapan nurani yang berseni dan kreatif. Dalam situasi seperti sekarang, semua pihak sama ada pemerintah, pendidik, institusi pengajian, ibu bapa dan masyarakat hendaklah mengakui bahawa sentuhan kreatif adalah santapan rohani yang tidak boleh dipisahkan.

Tidak dinafikan, di institusi pendidikan sama ada rendah mahupun menengah, kesedaran terhadap seni kreatif telah diwujudkan semula dengan wujudnya KOMSAS. Hal tersebut kerana wujud kesedaran bahawa berlaku kemarau nilai-nilai kemanusiaan dan estetika dalam kalangan rakyat. Walau bagaimanapun, pengenalan subjek KOMSAS masih gagal memujuk anak-anak didik mencintai sastera. Mereka belajar dalam situasi mengeluh dan bebal, malah jauh sekali untuk menghayatinya. Fenomena mi terkesan daripada tujuan KOMSAS itu sendiri sebagai syarat untuk lulus A dalam subjek bahasa. Oleh itu, kandungan dalam KOMSAS yang terlalu banyak dan tidak mesra pelajar hendaklah dikurangkan. Pemilihan bahan yang benar-benar cocok dengan minat dan usia boleh membantu remaja melahirkan apresiasi. Sudah sampai masanya, pendekatan baru diambil iaitu mendewasakan minda pelajar dengan sastera dan budaya daripada melambakkan pelbagai genre sastera sehingga menjemukan mereka.

Sikap ibu bapa yang terlalu mengagung-agungkan kuasa teknologi sebagai laluan kerjaya perlu diseimbangkan semula. Pendekatan yang terlalu berorientasi sains dan teknologi telah menjadi virus yang halus untuk memisahkan kehidupan daripada perwatakan yang seimbang dan harmonis. Sesungguhnya, Allah mentakdirkan seseorang manusia itu lahir ke dunia mi telah ditentukan dengan potensi dan bakat. Bukan semua yang mampu berinteraksi dengan teknologi digital, sebaliknya ada yang jiwanya terlalu halus dan puitis apabila berinteraksi dengan alam, manusia, dan khalayak. Malang sekali apabila perwatakan tersebut dinafikan dengan pelbagai perisian komputer yang melalaikan akhirnya bakat yang terbina pupus begitu sahaja. Oleh itu, ibu bapa hendaklah lebih waras untuk melihat arah tuju anak anak. Jangan terlalu perc