KARANGAN RESPON TERBUKA

9
KARANGAN RESPON TERBUKA

Transcript of KARANGAN RESPON TERBUKA

Page 1: KARANGAN RESPON TERBUKA

KARANGAN RESPON TERBUKA

Page 2: KARANGAN RESPON TERBUKA

SOALAN

Sebagai salah seorang rakyat malaysia, anda berbangga dengan pencapaian negara anda selepas merdeka. Nyatakan pencapaian-pencapaian tersebut

Page 3: KARANGAN RESPON TERBUKA

Suasana dalam negara Malaysia pada masa ini sungguh berlainan dengan suasana ketika negara kita dijajah dahulu. Mungkin masyarakat kita pada hari ini tidak sempat melaluinya , namum bagi warga emas mereka amat menderita pada waktu itu. Masyarakat kita mestilah bersyukur di atas pencapaian-pencapaian yang telah dicapai oleh negara kita selepas merdeka.

Pencapaian yang diperoleh oleh negara kita didorong kuat oleh perdana-perdana menteri kita yang terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mereka inilah yang meraihkan imej negara ke tahap antarabangsa dan seiring dengan negara-negara maju yang lain. Negara kita telah mencapai pencapaian terbaik dalam semua aspek antaranya ialah dalam bidang pembangunan, ekonomi, sukan, perpaduan dan keamanan.

Page 4: KARANGAN RESPON TERBUKA

Pencapaian yang telah dicapai dalam aspek pembangunan di negara kita antaranya ialah pembinaan bangunan KLCC atau Kuala Lumpur Convention Centre yang menjadi bangunan tertinggi no.3 di dunia. Selain itu, pembinaan sebuah kawasan mutlimedia tercanggih telah dibina di kawasan putrajaya dan cyberjaya. Pembinaan kawasan mutimedia ini adalah hasil cetusan idea daripada mantan perdana menteri kita yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir dan beliau telah diberi gelaran sebagai bapa permodenan. Kawasan multimedia ini dilengkapi peralatan-peralatan canggih seperti perkhidmatan internet tanpa wayar dan sebagainya.

Page 5: KARANGAN RESPON TERBUKA

Seterusnya pencapaian dari segi ekonomi atau kewangan. Malaysia juga diiktiraf sebagai tempat pelaburan saham yang mendapat peratusan tertinggi di Asia. Ramai pelabur asing percaya bahawa Malaysia mempunyai ekonomi yang mantap serta stabil dan ini terbukti apabila malaysia hanya mengalami kerugian yang kecil sahaja dalam bursa saham dunia. Oleh itu, kestabilan ekonomi dinegara kita telah berjaya menarik para pelabur asing datang melabur di negara ini.

Page 6: KARANGAN RESPON TERBUKA

Selain itu, Malaysia juga mempunyai pencapaian yang membanggakan dalam bidang sukan diperingkat antarabangsa. Hal ini terbukti melalui pencapain dalam bidang sukan skuasy dan badminton. Datu Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David menjadi pemain nombor satu di dunia dalam bidang sukan yang mereka ceburi dan sehingga kini, kedua-dua pemain itu masih lahi berada pada prestasi terbaik. Seterusnya, negara kita juga tidak ketinggalan dalam bidang sukan permotoran. Ini terbukti apabila malaysia mempunyai sebuah litar lumba yang canggih di Sepang yang telah menjadi tempat pertandingan sukan permotoran yang berprestij di dunia antaranya perlumbaan kereta Formula satu (F1), grand prix moto gp dan banyak lagi.

Page 7: KARANGAN RESPON TERBUKA

Akhir sekali, Malaysia juga telah mencapai keamanan yang sejagat dari pelbagai kaum. Keamanan ini jga disertakan dengan perpaduan kaum yang sering diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Perpaduan ini telah dipupuk oleh kerajaan melalui kempen-kempen yang berkesan. Rakyat Malaysia juga harus memainkan peranan bagi mengeratkan lagi perpaduan dengan mengamalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain,sikap ziarah-menziarahi dan sebagainya.

Page 8: KARANGAN RESPON TERBUKA

Kesimpulannya, kita harus berbangga dengan pencapain negara kita setelah kita mencapai kemerdekaan dan keamanan melalui para pemimipin bijaksana yang telah berusaha keras bagi mendapatkan kemerdekaan dari pihak penjajah. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mengeratkan silaturahim sesama insan dan kaum. Dengan ini semangat “Satu Malaysia” yang dilaungkan oleh Perdana menteri kita hari ini dapat dibentuk.

Page 9: KARANGAN RESPON TERBUKA

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan› Menceritakan tentang keadaan malaysia pada masa

dahulu dan sekarang Isi

› Menyatakan nama-nama perdana menteri yang terdahulu yang telah berjasa kepada negara.

› Menghuraikan pencapaian dalam aspek ekonomi.› Menghuraikan pencapaian dalam aspek sukan.› Menghuraikan pencapaian dalam aspek keamanan

dan perpaduan Penutup

› Harapan agar malaysia aman damai