karangan ringkas 2014

4
Rumah Masuk Pencuri Pada khamis yang lalu, ibu bapa saya terpaksa pulang ke kampung. Mereka terpaksa meninggalkan saya di rumah kerana saya masih bersekolah. Ibu menyuruh saya mengunci semua pintu supaya tidak dimasuki orang. Semasa saya sedang menyiap keja sekolah, saya terdengar bunyi membuka pintu. Jadi saya keluar untuk melihat siapa yang membuka pintu. Tetapi semasa saya menuju ke pintu, saya ternampak dua orang lelaki cuba menceroboh masuk ke dalam rumah saya. Saya terus menelefon pihak polis. Selepas 10 minit, pihak polis pun dah tiba,polis telah berjaya memberkas pencuri itu. Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat . Sukan Tahunan Sekolah Pada hari Jumaat yang lepas, sekolah saya telah mengadakan sukan tahunan. Sukan tersebut diadakan di padang sekolah. Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat persiapan. Padang dihiasi dengan panji-panji. Pada hari sukan, guru besar merasmikan sukan seperti pancaragan, tarian dan perbarisan. Tujuan sukan diadakan untuk mencungkil bakat murid. Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi, lompat jauh,lumba lari dan sebagainya. Para penonton memberi sokongan kepada peserta. Suasana di padang sungguh meriah. terpilih sebagai olahragawan manakala Mary dipilih sebagai olahragawati. Guru besar menyampaikan piala kepada para Selepas majlis penyampaian hadiah tamat, murid- murid pulang ke rumah dengan gembiranya walaupun kelihatan letih. meniup belon, lari dalam guni, mengisi air dalam botol Sambutan Bulan Kemerdekaan SJK (C ) Hock Lam telah menganjurkan Bulan Kemerdekaan pada bulan Ogos baru-baru ini. Banyak aktiviti menarik telah diadakan sepanjang bulan tersebut. Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai sikap patriotik dan mengenal tokoh-tokoh yang berjasa kepada negara. Pada 15 Ogos, upacara perasmian dan pelancaran telah dilakukan oleh guru besar. Beliau mengingatkan murid-murid supaya bersyukur kerana tinggal di negara yang aman. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah, pertandingan menulis esei, pertandingan mewarna dan pameran. Pertandingan terbuka untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2. Pada 30 Ogos, guru besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan. Sebelum bersurai, semua murid diminta menyanyikan lagu Negaraku dan mengibarkan Jalur Gemilang. Pihak sekolah berharap semua murid mempunyai semangat sayang akan negara. Pengalaman Menyertai Kem Motivasi UPSR Pada minggu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan Kem Motivasi UPSR. Pagi itu, saya dan rakan-rakan telah mendaftarkan diri dengan guru kelas masing-masing. Kami telah mendapat fail yang berisi bahan-bahan pembelajaran. Setelah masuk ke dalam dewan, Cikgu Kong selaku penyelaras kem motivasi telah memberikan taklimat. Kami telah diberitahu tentang peraturan kem motivasi ini. Kemudian guru besar telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan kem motivasi ini. Seterusnya bermulalah ceramah teknik menjawab soalan UPSR. Ceramah yang diadakan selama dua jam bagi setiap mata pelajaran meliputi subjek Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Penceramah yang dijemput merupakan guru-guru pakar dan berpengalaman Saya dan rakan-rakan menumpukan perhatian semasa mendengar ceramah motivasi tersebut. Banyak ilmu yang bermanfaat dapat ditimba melalui penceramah- penceramah. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Pada pukul 6.30 petang, kami pun pulang. Walaupun agak kepenatan namun saya dan rakan-rakan menyimpan azam untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mendapat 7A Kebaikan bersenam Senaman adalah asas kesihatan kita. Kita boleh bersenam dengan pelbagai cara seperti berjoging, berbasikal, berenang dan lain-lain lagi. Bersenam boleh menyihatkan tubuh badan. Semasa bersenam badan kita akan berpeluh. Ini menjadikan badan kita sihat lalu menyukarkan daripada terkena penyakit seperti demam, batuk, selsema dan lain-lain lagi. Senaman juga dapat mengatasi masalah obesiti. Bersenam akan meningkatkan metabolisme badan dan bakar lemak. Oleh itu, bersenam adalah cara terbaik untuk menurunkan atau mengawal berat badan- Selain itu, aktiviti senaman dapat mengisi masa lapang. Ini dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau memudaratkan seperti melepak, merokok dan sebagainya. Justeru, kita mestilah mengambil berat tentang senaman kerana senaman dapat menjamin kesihatan kita. Oleh itu, jadikan senaman sebagai amalan hidup kita seharian. Pengalaman Menyertai Kem Motivasi UPSR Pada minggu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan Kem Motivasi UPSR. Pagi itu, saya dan rakan-rakan telah mendaftarkan diri dengan guru kelas masing-masing. Kami telah mendapat fail yang berisi bahan-bahan pembelajaran. Setelah masuk ke dalam dewan, Cikgu Kong selaku penyelaras kem motivasi telah memberikan taklimat. Kami telah diberitahu tentang peraturan kem motivasi ini. Kemudian guru besar telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan kem motivasi ini. Seterusnya bermulalah ceramah teknik menjawab soalan UPSR. Ceramah yang diadakan selama dua jam bagi setiap mata pelajaran meliputi subjek Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Penceramah yang dijemput merupakan guru-guru pakar dan berpengalaman Saya dan rakan-rakan menumpukan perhatian semasa mendengar ceramah motivasi tersebut. Banyak ilmu yang bermanfaat dapat ditimba melalui penceramah- penceramah. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Pada pukul 6.30 petang, kami pun pulang. Walaupun agak kepenatan namun saya dan rakan-rakan menyimpan azam untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR kelak. Cara-Cara Menghormati Ibu Bapa Dalam kehidupan seharian,ibu bapa memainkan peranan penting untuk anak-anak kerana mereka sanggup berkorban demi kebahagian anak-anak.Terdapat banyak cara bagi anak-anak untuk meghormati ibu bapa. Cara pertama adalah beradab sopan. Kita haruslah beradab sopan seperti bercakap perlahan-lahan dan juga tidak membantah kata-kata mereka. Selain itu,kita patutlah melayani mereka dengan baik dan mesra.Cara ini dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Contohnya,apabila mereka pesan kepada kita,kita haruslah patuhi arahan mereka. Seterusnya,kita tidak sepatutnya meluahkan kata-kata yang menyakiti perasaan mereka.Contohnya,walaupun ibu bapa memarahi kita,kita juga tidak harus meluahkan perasaan tidak seronok. Perbuatan ibu bapa tersebut adalah demi kebaikan untuk kita. Oleh itu, sebagai seorang anak kita hendaklah menghormati dan mengingati pengorbanan ibu bapa kita. Persediaan Untuk Menghadapi Peperiksaan UPSR No 1, Lorong 12, Taman Airport, 96800 Kapit, Sarawak. 21 Julai 2014 Menemui sahabatku Lili yang kini berada di Miri, semoga saudara dan keluarga sihat sejahtera. Sahabatku, Apa khabar saudari sekarang? Saya harap saudari dan keluarga dalam keadaan sihat. Dalam surat saudari yang lalu, saudari ada bertanyakan tentang persediaan saya menghadapi peperiksaan UPSR. Untuk pengetahuan saudari, saya telah mengubahsuai jadual waktu belajar. Saya akan menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran dari pukul 9.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari. Saya juga mengikuti kelas tambahan di sekolah untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya. Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Saya sering bertanya guru sekiranya saya tidak faham. Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam untuk meminjam buku-buku rujukan dan berbincang dengan kawan- kawan tentang topik-topik yang agak sukar. Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sekian sahaja buat kali ini. Sahabatmu, Chee Wee Faedah Membaca Faedah Membaca Membaca adalah salah satu amalan yang amat Membaca adalah salah satu amalan yang amat berfaedah. berfaedah. Seseorang yang suka membaca mempunyai minda Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan boleh merangsang yang sihat dan positif. Bahan bacaan boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif, pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan. kritis dan mempunyai wawasan. Membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan Membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya kita boleh membaca buku-buku cerita, novel kata. Misalnya kita boleh membaca buku-buku cerita, novel dan majalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam dan majalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris akan bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis. secara lisan ataupun bertulis. Di samping itu, membaca boleh menambah Di samping itu, membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita suka membaca pengetahuan kita. Contohnya, jika kita suka membaca buku-buku tentang sains dan sejarah. Dengan itu, buku-buku tentang sains dan sejarah. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan juga sejarah boleh pengetahuan tentang konsep sains dan juga sejarah boleh ditingkatkan dan membantu dalam proses pembelajaran di ditingkatkan dan membantu dalam proses pembelajaran di sekolah. sekolah. Seterusnya, amalan suka membaca boleh mengisi Seterusnya, amalan suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-buku masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan kepada kita. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia. terbuang dengan sia-sia. Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. membaca ini sejak kecil lagi. Faedah Membaca Faedah Membaca Membaca merupakan satu amalan yang berfaedah. Membaca buku juga satu amalan yang mulia. Kita dapat mengetahui ilmu-ilmu dan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan seharian. Dengan rajin membaca, kita dapat meluaskan ilmu pengetahuan kita. Selain itu, membaca juga dapat membantu meningkatkan pemikiran kanak-kanak. Di samping itu, membaca buku juga akan melahirkan pelajar yang pintar dan berjaya dalam pelajaran. Mereka dapat menjawab sesuatu soalan dengan mudah dan betul. Dengan membaca buku juga boleh menghilangkan kebosanan. Masa lapang seseorang juga dapat diisi dengan bermanfaan. Oleh itu, kita mestilah membaca buku dan jadikan buku itu sebagai teman sejati anda. Menyertai Pertandingan Bercerita Di Sekolah Pada hari Khamis yang lalu, satu pertandingan bercerita diadakan di sekolah saya. Saya dipilih oleh guru untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu. Sebelum giliran saya, saya berasa agak gelisah. Namun begitu, apabila tiba giliran saya, saya dapat menenangkan perasaan saya dan naik ke atas pentas dengan penuh yakin. Semasa berada di atas pentas, saya menyampaikan satu cerita yang menarik. Cerita saya itu lucu. Oleh itu, saya bercerita sambil membuat aksi-aksi yang lucu. Apabila keputusan diumumkan, saya mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu. Saya berasa Perkhemahan Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menyertai perkhemahan pasukan Pengakap sekolah di tepi sungai. Kami membawa bekalan makanan, pelita, khemah, lampu suluh dan lain-lain. Kami membersihkan tapak perkhemahan dan mendirikan khemah setiba di sana. Kemudian kami mandi dan menyediakan makan malam. Pada waktu malam, kami menyalakan unggun api. Kami menyanyi dan bermain sehingga lewat malam. Pada keesokan hari, kami mengemaskan barang- barang sebelum pulang ke rumah. Sambutan Hari Guru Pada 16 Mei 2014 yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tujuan sambutan ini adalah untuk mengingati jasa guru. Awal pagi, semua murid dan guru-guru telah berkumpul di dewan sekolah. Pada pukul 7.30, para hadirin mengambil tempat duduk. Juruacara menjemput guru besar untuk memberi ucapan perasmian dan merasmikan majlis. Seterusnya persembahan tarian yang dipersembahkan oleh murid-murid. Di samping itu, wakil murid daripada setiap kelas juga memberi bunga kepada setiap guru sebagai tanda penghargaan. Selain itu, sukaneka yang melibatkan guru-guru dan murid-murid juga dijalankan. Semua hadirin bermain dengan gembira sekali. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dalam acara sukaneka. Majlis berhenti pada pukul 11.00 pagi,semua hadirin dijemput untuk menikmati makanan dan minuman yang disediakan. Pada pukul 12.00 tengah hari, majlis bersurai. Saya berasa penat tetapi gembira. Kita perlulah mengingati jasa guru dan membalas jasa guru dengan belajar bersungguh- sungguh.

description

Karangan Ringkas 2

Transcript of karangan ringkas 2014

Page 1: karangan ringkas 2014

Rumah Masuk Pencuri

Pada khamis yang lalu, ibu bapa saya terpaksa pulang ke kampung. Mereka terpaksa meninggalkan saya di rumah kerana saya masih bersekolah.

Ibu menyuruh saya mengunci semua pintu supaya tidak dimasuki orang. Semasa saya sedang menyiap keja sekolah, saya terdengar bunyi membuka pintu. Jadi saya keluar untuk melihat siapa yang membuka pintu.

Tetapi semasa saya menuju ke pintu, saya ternampak dua orang lelaki cuba menceroboh masuk ke dalam rumah saya.  

Saya terus menelefon pihak polis. Selepas 10 minit, pihak polis pun dah tiba,polis telah berjaya memberkas pencuri itu.

Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat .

Sukan Tahunan Sekolah

Pada hari Jumaat yang lepas, sekolah saya telah mengadakan sukan tahunan. Sukan tersebut diadakan di padang sekolah.

Sebelum sukan diadakan,semua guru dan murid sibuk membuat persiapan. Padang dihiasi dengan panji-panji.

Pada hari sukan, guru besar merasmikan sukan tersebut. Pelbagai persembahan diadakan seperti pancaragan, tarian dan perbarisan.

Tujuan sukan diadakan untuk mencungkil bakat murid. Pelbagai acara sukan diadakan seperti lompat tinggi, lompat jauh,lumba lari dan sebagainya. Para penonton memberi sokongan kepada peserta. Suasana di padang sungguh meriah.

Sukan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Ali telah terpilih sebagai olahragawan manakala Mary dipilih sebagai olahragawati. Guru besar menyampaikan piala kepada para pemenang.

Selepas majlis penyampaian hadiah tamat, murid-murid pulang ke rumah dengan gembiranya walaupun kelihatan letih.

meniup belon, lari dalam guni, mengisi air dalam botol

Sambutan Bulan Kemerdekaan

SJK (C ) Hock Lam telah menganjurkan Bulan Kemerdekaan pada bulan Ogos baru-baru ini. Banyak aktiviti menarik telah diadakan sepanjang bulan tersebut.

Tujuan Bulan Kemerdekaan ini diadakan adalah untuk menyemai sikap patriotik dan mengenal tokoh-tokoh yang berjasa kepada negara.

Pada 15 Ogos, upacara perasmian dan pelancaran telah dilakukan oleh guru besar. Beliau mengingatkan murid-murid supaya bersyukur kerana tinggal di negara yang aman.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah, pertandingan menulis esei, pertandingan mewarna dan pameran. Pertandingan terbuka untuk murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2.

Pada 30 Ogos, guru besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan. Sebelum bersurai, semua murid diminta menyanyikan lagu “Negaraku” dan mengibarkan Jalur Gemilang.

Pihak sekolah berharap semua murid mempunyai semangat sayang akan negara.

Pengalaman Menyertai Kem Motivasi UPSRPada minggu yang lepas, sekolah saya telah

mengadakan Kem Motivasi UPSR. Pagi itu, saya dan rakan-rakan telah mendaftarkan

diri dengan guru kelas masing-masing. Kami telah mendapat fail yang berisi bahan-bahan pembelajaran.

Setelah masuk ke dalam dewan, Cikgu Kong selaku penyelaras kem motivasi telah memberikan taklimat. Kami telah diberitahu tentang peraturan kem motivasi ini. Kemudian guru besar telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan kem motivasi ini.

Seterusnya bermulalah ceramah teknik menjawab soalan UPSR. Ceramah yang diadakan selama dua jam bagi setiap mata pelajaran meliputi subjek Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Penceramah yang dijemput merupakan guru-guru pakar dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Saya dan rakan-rakan menumpukan perhatian semasa mendengar ceramah motivasi tersebut. Banyak ilmu yang bermanfaat dapat ditimba melalui penceramah-penceramah. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

Pada pukul 6.30 petang, kami pun pulang. Walaupun agak kepenatan namun saya dan rakan-rakan menyimpan azam untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR kelak.

Kebaikan bersenam

Senaman adalah asas kesihatan kita. Kita boleh bersenam dengan pelbagai cara seperti berjoging, berbasikal, berenang dan lain-lain lagi. 

Bersenam boleh menyihatkan tubuh badan. Semasa bersenam badan kita akan berpeluh. Ini menjadikan badan kita sihat lalu menyukarkan daripada terkena penyakit seperti demam, batuk, selsema dan lain-lain lagi.

Senaman juga dapat mengatasi masalah obesiti. Bersenam akan meningkatkan metabolisme badan dan bakar lemak. Oleh itu, bersenam adalah cara terbaik untuk menurunkan atau mengawal berat badan-

Selain itu, aktiviti senaman dapat mengisi masa lapang. Ini dapat mengelakkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau memudaratkan seperti melepak, merokok dan sebagainya.

Justeru, kita mestilah mengambil berat tentang senaman kerana senaman dapat menjamin kesihatan kita. Oleh itu, jadikan senaman sebagai amalan hidup kita seharian.

Pengalaman Menyertai Kem Motivasi UPSRPada minggu yang lepas, sekolah saya telah

mengadakan Kem Motivasi UPSR. Pagi itu, saya dan rakan-rakan telah mendaftarkan

diri dengan guru kelas masing-masing. Kami telah mendapat fail yang berisi bahan-bahan pembelajaran.

Setelah masuk ke dalam dewan, Cikgu Kong selaku penyelaras kem motivasi telah memberikan taklimat. Kami telah diberitahu tentang peraturan kem motivasi ini. Kemudian guru besar telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan kem motivasi ini.

Seterusnya bermulalah ceramah teknik menjawab soalan UPSR. Ceramah yang diadakan selama dua jam bagi setiap mata pelajaran meliputi subjek Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Penceramah yang dijemput merupakan guru-guru pakar dan berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Saya dan rakan-rakan menumpukan perhatian semasa mendengar ceramah motivasi tersebut. Banyak ilmu yang bermanfaat dapat ditimba melalui penceramah-penceramah. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

Pada pukul 6.30 petang, kami pun pulang. Walaupun agak kepenatan namun saya dan rakan-rakan menyimpan azam untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR kelak.

Cara-Cara Menghormati Ibu Bapa

Dalam kehidupan seharian,ibu bapa memainkan peranan penting untuk anak-anak kerana mereka sanggup berkorban demi kebahagian anak-anak.Terdapat banyak cara bagi anak-anak untuk meghormati ibu bapa.

Cara pertama adalah beradab sopan. Kita haruslah beradab sopan seperti bercakap perlahan-lahan dan juga tidak membantah kata-kata mereka.

Selain itu,kita patutlah melayani mereka dengan baik dan mesra.Cara ini dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Contohnya,apabila mereka pesan kepada kita,kita haruslah patuhi arahan mereka.

Seterusnya,kita tidak sepatutnya meluahkan kata-kata yang menyakiti perasaan mereka.Contohnya,walaupun ibu bapa memarahi kita,kita juga tidak harus meluahkan perasaan tidak seronok. Perbuatan ibu bapa tersebut adalah demi kebaikan untuk kita.

Oleh itu, sebagai seorang anak kita hendaklah menghormati dan mengingati pengorbanan ibu bapa kita.

Persediaan Untuk Menghadapi Peperiksaan UPSRNo 1, Lorong 12,Taman Airport,96800 Kapit,Sarawak.21 Julai  2014

Menemui sahabatku Lili yang kini berada di Miri, semoga saudara dan keluarga sihat sejahtera. Sahabatku,

Apa khabar saudari sekarang? Saya harap saudari dan keluarga dalam keadaan sihat.

Dalam surat saudari yang lalu, saudari ada bertanyakan tentang persediaan saya menghadapi peperiksaan UPSR. Untuk pengetahuan saudari, saya telah mengubahsuai jadual waktu belajar. Saya akan menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran dari pukul 9.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.

Saya juga mengikuti kelas tambahan di sekolah untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya tidak menghampakan harapan kedua-dua ibu bapa saya.

Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Saya sering bertanya guru sekiranya saya tidak faham.

Di samping itu, saya juga selalu pergi ke perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam untuk meminjam buku-buku rujukan dan berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar.

Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti.

Sekian sahaja buat kali ini.

Sahabatmu,Chee Wee

Faedah MembacaFaedah Membaca

Membaca adalah salah satu amalan yang amatMembaca adalah salah satu amalan yang amat berfaedah. berfaedah.

Seseorang yang suka membaca mempunyai mindaSeseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan boleh merangsangyang sihat dan positif. Bahan bacaan boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif,pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan.kritis dan mempunyai wawasan.

Membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaanMembaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya kita boleh membaca buku-buku cerita, novelkata. Misalnya kita boleh membaca buku-buku cerita, novel dan majalah. Perbendaharaan kata yang meluas baikdan majalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris akandalam bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasimeningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis.secara lisan ataupun bertulis.

Di samping itu, membaca boleh menambahDi samping itu, membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita suka membacapengetahuan kita. Contohnya, jika kita suka membaca buku-buku tentang sains dan sejarah. Dengan itu,buku-buku tentang sains dan sejarah. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan juga sejarah bolehpengetahuan tentang konsep sains dan juga sejarah boleh ditingkatkan dan membantu dalam proses pembelajaran diditingkatkan dan membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.sekolah.

Seterusnya, amalan suka membaca boleh mengisiSeterusnya, amalan suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-bukumasa lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaatpelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita. Oleh itu, masa lapang kita tidak akankepada kita. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.terbuang dengan sia-sia.

Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyaiKesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat sukabanyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. membaca ini sejak kecil lagi.

Faedah MembacaFaedah Membaca

Membaca merupakan satu amalan yang berfaedah.

Membaca buku juga satu amalan yang mulia. Kita dapat mengetahui ilmu-ilmu dan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Dengan rajin membaca, kita dapat meluaskan ilmu pengetahuan kita. Selain itu, membaca juga dapat membantu meningkatkan pemikiran kanak-kanak.

Di samping itu, membaca buku juga akan melahirkan pelajar yang pintar dan berjaya dalam pelajaran. Mereka dapat menjawab sesuatu soalan dengan mudah dan betul.

Dengan membaca buku juga boleh menghilangkan kebosanan. Masa lapang seseorang juga dapat diisi dengan bermanfaan.

Oleh itu, kita mestilah membaca buku dan jadikan buku itu sebagai teman sejati anda.

Menyertai Pertandingan Bercerita Di Sekolah

Pada hari Khamis yang lalu, satu pertandingan bercerita diadakan di sekolah saya. Saya dipilih oleh guru untuk mengambil bahagian dalam pertandingan itu.

Sebelum giliran saya, saya berasa agak gelisah. Namun begitu, apabila tiba giliran saya, saya dapat menenangkan perasaan saya dan naik ke atas pentas dengan penuh yakin.

Semasa berada di atas pentas, saya menyampaikan satu cerita yang menarik. Cerita saya itu lucu. Oleh itu, saya bercerita sambil membuat aksi-aksi yang lucu.

Apabila keputusan diumumkan, saya mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu. Saya berasa sungguh gembira.

Perkhemahan

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah menyertai perkhemahan pasukan Pengakap sekolah di tepi sungai.

Kami membawa bekalan makanan, pelita, khemah, lampu suluh dan lain-lain. Kami membersihkan tapak perkhemahan dan mendirikan khemah setiba di sana.

Kemudian kami mandi dan menyediakan makan malam. Pada waktu malam, kami menyalakan unggun api. Kami menyanyi dan bermain sehingga lewat malam.

Pada keesokan hari, kami mengemaskan barang-barang sebelum pulang ke rumah.

Sambutan Hari Guru

Pada 16 Mei 2014 yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tujuan sambutan ini adalah untuk mengingati jasa guru.

Awal pagi, semua murid dan guru-guru telah berkumpul di dewan sekolah. Pada pukul 7.30, para hadirin mengambil tempat duduk. Juruacara menjemput guru besar untuk memberi ucapan perasmian dan merasmikan majlis.

Seterusnya persembahan tarian yang dipersembahkan oleh murid-murid. Di samping itu, wakil murid daripada setiap kelas juga memberi bunga kepada setiap guru sebagai tanda penghargaan.

Selain itu, sukaneka yang melibatkan guru-guru dan murid-murid juga dijalankan. Semua hadirin bermain dengan gembira sekali. Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dalam acara sukaneka.

Majlis berhenti pada pukul 11.00 pagi,semua hadirin dijemput untuk menikmati makanan dan minuman yang disediakan.

Pada pukul 12.00 tengah hari, majlis bersurai. Saya berasa penat tetapi gembira. Kita perlulah mengingati jasa guru dan membalas jasa guru dengan belajar bersungguh-sungguh.

Page 2: karangan ringkas 2014

Ucapan Perpisahan Murid

Terimah kasih tuan pengerusi majlis. Yang saya hormati tuan guru besar, guru-guru dan rakan sekalian. Selamat pagi saya ucapkan kepada semua yang berada di dalam dewan pada pagi ini.

Selama enam tahun, kami murid-murid tahun enam menjadi anak didik kepada guru-guru di sekolah ini. Kini tibalah masanya untuk kami melangkahkan kaki setelah begitu lama terhutang budi dengan guru-guru sekalian.

Saya, wakil murid-murid tahun enam, berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan guru-guru yang kami kasihi sekalian. Jasa dan pengorbanan guru sekalian tidak terbalas oleh kami. Guru bukan sahaja mendidik kami dalam aspek akademik tetapi juga membimbing kami menjadi insan yang berguna.

Setelah menghadapi UPSR, baru saya sedar segala denda dan marah guru kepada kami adalah untuk memastikan kami berjaya dalam peperiksaan dan kehidupan.

Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan akan kami jadikan pedoman.

Kami berpisah di sini bukan bererti kita tidak akan bertemu lagi. Ini adalah langkah kedua untuk kami terus menimba ilmu. Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru. Guru, jasamu tetap dikenang.

Sekain, terima kasih.

Kebaikan Menyertai Kegiatan Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang dijalankan di luar jadual waktu belajar.

Dengan menyertai kegiatan kokurikulum, murid-murid dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran tertentu seperti berkhemah.

Selain itu, para pelajar dapat memupuk disiplin murid.  Setiap aktiviti yang dilakukan murid akan belajar mematuhi peraturan. Ini dapat menjadi murid yang bertanggungjawab.

Di samping itu, juga dapat memupuk sikap positif dalam diri murid. Setiap aktiviti dapat memimpin para murid belajar nilai-nilai murni seperti disiplin, bekerjasama, setia, bertanggungjawab dan sebagainya.

Seterusnya, bakat para murid dapat dicungkil melalui kegiatan kokurikulum. Bakat murid dapat dipupuk dan dikembangkan. Para murid dapat menggunakan bakat yang ada untuk mencorak kerjaya pada masa hadapan.

Oleh itu, para murid perlu melibatkan diri sepenuhnya dalam kegiatan kokurikulum.

Percutian Di Kampung

Pada cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga bercuti di kampung. Kami menaiki kereta bapa pulang ke rumah datuk. Dalam perjalanan, kami menikmati pemandangan yang indah. Jalan menuju ke kampung bengkang-bengkok seperti ular kena palu.

Selepas tiga jam, kami tiba di rumah datuk. Datuk dan nenek menyambut kami dengan tangan terbuka. Di kampung, datuk mengajar saya dan adik bermain wau dan gasing.Saya dan adik berasa gembira.

Datuk juga membawa saya dan adik memancing ikan di tepi sungai. Air sungai sangat jernih seperti cermin. Ada banyak ikan di dalam sungai. Kami memancing ikan sambil menikmati pemandangan yang indah. Udara di sana sangat nyaman. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

Di kampung, kami sekeluarga mengikut datuk ke dusun durian. Kami berasa kagum seperti tusa masuk ke kampung kerana tidak pernah melihat durian yang begitu banyak. Kami menolong datuk mengutip durian yang gugur. Datuk mengopek durian lalu kami makan bersama-sama. Kami makan dengan gelojoh.

Saya dan adik menolong datuk menjual durian. Kami melaung-laung untuk menarik perhatian pembeli. Kemudian, banyak orang datang membeli durian dengan kami. Mereka memuji durian datuk sangat sedap. Tidak lama kemudian, semua durian sudah habis dijual.

Selepas lima hari, kami sekeluarga pulang ke rumah dengan berat hati. Saya berharap agar boleh bercuti di kampung lagi.

Ucapan Perpisahan Murid

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, tuan guru besar guru-guru dan rakan rakan sekalian. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang menyampaikan ucapan pada hari yang berbahagia ini.  

Para hadirin sekalian,majlis ini diadakan adalah untuk meraikan Cikgu Lee, guru kelas kita yang akan berpindah ke sekolah lain. Beliau akan bertukar ke SJK (C ) Chung Hua, Sibu. Cikgu Lee ialah seorang guru yang rajin dan bertaggungjawab. Beliau telah berjaya meningkatkan pencapaian mata pelajaran sains dalam ujian pencapaian sekolah rendah hampir setiap tahun di sekolah kita .  

Bukan itu sahaja Cikgu Lee merupakan seorang guru yang ringan tulang mengadakan kelas tambahan bagi murid murid yang lemah dalam mata pelajaran sains.  

Sesungguhnya, kami berasa sedih dengan pertukaran Cikgu Lee ke sekolah lain. Kami berharap Cikgu Lee gembira semasa bertugas di sekolah yang baharu. Jangan lupakan kami di sini dan maafkan segala kesalahan kami.  

Sekian terima kasih.

Page 3: karangan ringkas 2014
Page 4: karangan ringkas 2014

Berita Mengenai Kebakaran

Kapit, 5 Mei – Suatu kebakaran telah berlaku di sebuah rumah kedai yang terletak di sini. Kejadian ini berlaku pada pukul 3:00 pagi.

Ketika kejadian berlaku, orang ramai bersungguh-sungguh memadamkan api yang merebak. Pihak bomba tiba 10 minit kemudian.

Namun, kebakaran hanya berjaya dipadamkan 20 minit kemudian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Siasatan bomba mendapati, punca kebakaran adalah disebabkan litar pintas. Kebakaran ini menyebabkan kerugian sebanyak RM 500 000.

Mangsa-mangsa kebakaran ditempatkan di dewan orang ramai sementara menunggu bantuan. Mereka turut menerima sumbangan daripada penduduk setempat yang prihatin.

Pihak bomba menasihati para penduduk agar sentiasa berhati-hati untuk mengelakkan kebakaran berlaku.

Kebaikan Aktiviti Bersukan

Pada waktu lapang, saya suka bersukan. Bersukan merupakan aktiviti yang sihat.

Bersukan dapat menyihatkan badan. Kita perlu banyak bersukan agar badan kita sentiasa sihat dan cergas.

Bersukan dapat mengelakkan rasa bosan. Dengan itu, kita boleh mengisi masa lapang kita dengan bersukan.

Aktiviti bersukan juga dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat. Semangat bermasyarakat dapat dipupuk dalam perlawanan persahabatan.

Tidak dapat dinafikan bahawa bersukan memberi banyak manfaat kepada kita. Oleh itu, kita haruslah banyak bersukan

Pentingnya AirAir ialah bahan asas yang diperlukan oleh setiap

makluk di dunia ini. Tanpa air, segala yang bernyawa akan mati.

Manusia memerlukan air untuk mandi, mencuci pinggang mangkuk, minuman dan sebagainya. Manakala tumbuh-tumbuhan memrlukan air untuk membuat makanan. Air diperlukan untuk menjaga kuasa hidroelektrik.

Kita yang hidup pada zaman moden ini beruntung dengan adanya kemudahan air di bandar dan di luar bandar. Pada zaman dahulu, penduduk luar bandar terpaksa bergantung kepada hujan, sungai, dan laut yang berhampiran.

Air sungguh penting dalam hidup kita. Oleh itu, jangan membazirkan air.

Cara-cara berjimat cermat

Amalan berjimat cermat merupakan suatu amalan yang amat penting dalam kehidupan kita.

Cara-cara untuk berjimat cermat ialah menabung. Contohnya menabung di dalam tabung ataupun di dalam bank. Cara ini boleh menjamin masa depan kita.

Kita perlu berjimat cermat semasa menggunakan air. Kita boleh menutup paip dengan ketat selepas menggunakannya. Selain itu, kita boleh menggunakan air mencuci nasi untuk menyiram pokok bunga.

Tambahan pula, kita juga harus menjimatkan penggunaan elektrik supaya tidak boros. Misalnya, memadamkan lampu dan menutup suis peralatan elektrik selepas guna.

Oleh itu, kita perlu mengamalkan sikap berjimat cermat, masalah pembaziran tidak akan berlaku.

Laporan Lawatan Ke Muzium

Pada 9 Mei 2014, Kelab Bahasa Malaysia SJK (C ) Hock Lam telah mengadakan lawatan ke Muzium Kapit. Lawatan ini disertai oleh 36 orang ahli dan diiringi oleh 2 orang guru penasihat.

Kami tiba di muzium pada jam 9.00 pagi. Kami mengagumi seni bina muzium yang bercirikan reka bentuk Iban. Dinding dihiasi mural yang bersejarah dan kebudayaan Iban.

Di dalam muzium, setiap barangan bersejarah mempunyai nota yang menjelaskan tentangnya supaya pengunjung mengenal barangan tersebut.

Barang-barang dipamerkan dalam empat galeri iaitu Galeri A tentang tokoh - tokoh utama bagi kaum Iban terutamanya Temenggung Tun Jugah. Galeri B tentang era penjajahan, Galeri C tentang budaya tradisional kaum Iban dan antik serta Galeri D tentang Kapit kini.

Barang pameran yang paling mendapat perhatian kami ialah tengkorak dan pakaian tradisional kaum Iban.

Lawatan ini memberikan pengalaman yang berharga. Kami berharap lawatan sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh, 12 MEI 2014.William(WILLIAM)Setiausaha,Kelab Bahasa MalaysiaSJK (C ) Hock Lam, Kapit.