Karangan Surat Tidak Rasmi

3
KARANGAN SURAT TIDAK RASMI Surat Kiriman Tidak Rasmi Andaikan bahawa rakan kamu memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanak-kanak di peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu itu untuk menyampaikan ucapan tahniah kepadanya. �� ISI-ISI KARANGAN �� Format Surat Kiriman Tidak Rasmi – alamat lengkap pengirim, tarikh, dan tandatangan �� pembuka kata, kata alu-aluan – mendoakan kesejahteraan kawan, cerita diri sendiri �� kejayaan, ucapan tahniah – johan peraduan mengarang – terbaca dalam surat khabar �� menjangka kemenangan – membaca esei, majalah Kuntum – unsur humor, saspens �� kagum dengan hasil penulisan cerita – bergenang air mata, watak sedih, menyayat hati �� mendoakan kejayaan – terus bergiat dalam penulisan – penutup surat, berkirim salam * Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

description

SEBAGAI RUJUKAN SAHAJA

Transcript of Karangan Surat Tidak Rasmi

KARANGAN SURAT TIDAK RASMI

Surat Kiriman Tidak Rasmi

Andaikan bahawa rakan kamu memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanak-kanak diperingkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini.Tulis sepucuk surat kepada rakan kamu itu untuk menyampaikan ucapan tahniah kepadanya.

ISI-ISI KARANGAN Format Surat Kiriman Tidak Rasmi alamat lengkap pengirim, tarikh, dan tandatangan pembuka kata, kata alu-aluan mendoakan kesejahteraan kawan, cerita diri sendiri kejayaan, ucapan tahniah johan peraduan mengarang terbaca dalam surat khabar menjangka kemenangan membaca esei, majalah Kuntum unsur humor, saspens kagum dengan hasil penulisan cerita bergenang air mata, watak sedih, menyayat hati mendoakan kejayaan terus bergiat dalam penulisan penutup surat, berkirim salam* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

MENULIS SURAT, MENYAMPAIKAN UCAPAN TAHNIAH KEPADA SAHABAT

No. 5, Jalan Budi 1, 25/21A, Taman Sri Muda, 46000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. 18 Mei 2010.

Menemui sahabatku Alia Farhana yang diingati selalu, semoga saudari beradadalam keadaan sihat sejahtera. Saya dan keluarga saya di sini sihat wal afiat.

Saudari, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlangsaudari memenangi tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerita kanakkanakperingkat kebangsaan sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Sayamengetahui berita ini melalui akhbar Berita Harian.

Sebenarnya, kemenangan saudari sudah saya jangkakan. Saya sudah membacaesei saudari dalam majalah Kuntum. Esei itu sungguh menarik dan jalan ceritanya jugaada diselitkan babak humor dan saspens.

Sesungguhnya, saya kagum akan hasil penulisan saudari yang bertajuk TekalMenempuh Hidup. Bergenang air mata saya tatkala melalui babak-babak yang sedihdan menyayat hati.

Saya senantiasa mendoakan agar saudari terus bergiat dalam bidang penulisanini. Saya berazam untuk mencontohi kejayaan saudari suatu hari nanti.

Sekian sahaja buat kali ini. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari.

Yang ikhlas, Nurliyana Husna