Karangan UPSR BM
-
Upload
kamariah-osman -
Category
Documents
-
view
241 -
download
0
Transcript of Karangan UPSR BM
-
7/28/2019 Karangan UPSR BM
1/7
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wm..wbt..
Yang Berbahagia Encik Jor bin Ahmad, Yang Dipertua PIBG, Sekolah Kebangsaan
Taman Tuanku Jaafar 2.
Yang Berusaha Puan Hajah Noor Semarli bt Haji Alias, Guru Besar Cemerlang,
Sekolah
Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2.
Puan Rahimah bt Ibrahim, Guru Penolong Kanan 1. Puan Lim Chew Yang, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Encik Azissul bin Mahat, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum.
Barisan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2 yang dedikasi.
Seterusnya rakan-rakan pencetus kegemilangan negara.
Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat
kita berkumpul pada hari ini dengan hasrat yang satu iaitu meraikan sambutan
hari guru.
"Selamat Hari Guru buat semua guru yang kami sayangi"
-
7/28/2019 Karangan UPSR BM
2/7
Rakan-rakan sekalian,
Guru-guru sentiasa berada di barisan hadapan dalam melahirkan generasi
berilmu bertepatan dengan tema hari guru pada tahun ini iaitu Guru Inovatif
Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.
Segala kejayaan yang kita kecapi, semalam, hari ini dan esok terletak pada tugas
yang digalas oleh insan yang bergelar guru. Tugas guru merupakan satu tugas
yang mulia dan murni. Guru telah mendidik kita dengan penuh kasih sayang
tanpa rasa jemu. Maka tidak hairanlah guru dapat melonjakkan transformasi
pendidikan negara agar lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Segala pengajaran yang diberikan oleh semua guru amat kami hargai. Akan kami
gunakan segala ilmu yang telah disampaikan untuk membina jati diri. Seterusnya,berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta.
Kami sebagai generasi muda, berjanji akan meneruskan legasi kemakmuran dan
keharmonian negara ini.
Cikgu,
Kalau tinggi Gunung Everest, tinggi lagi budimu, cikgu.
Kalau dalam lautan Atlantik, dalam lagi jasamu, cikgu.
Kalau harum bau kasturi, harum lagi pengorbananmu, cikgu.
-
7/28/2019 Karangan UPSR BM
3/7
Terima kasih cikgu,
Akhir kata, sekali lagi saya dan rakan-rakan mengucapkan Selamat Hari
Guru. Kami doakan semoga cikgu-cikgu panjang umur, murah rezeki, sihat dan
dapat terus berbakti dengan tulus dan ikhlas demi melahirkan modal insan minda
kelas pertama.
Sekian, terima kasih.
-
7/28/2019 Karangan UPSR BM
4/7
faedah berkawan
Setiap murid pasti mempunyai kawan. Tulis sebuah karangan tentang faedah-
faedah berkawan
Isi:
1. mendapat pelbagai maklumat
2. meningkatkan hubungan silaturahim
3. meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar
4. dapat membantu kita sewaktu kita mengalami masalah
Setiap orang memerlukan kawan. Pepatah Melayu ada menyatakan, berkasih
biar satu, berkawan biar seribu. Apabila kita mempunyai banyak kawan, hidup
kita tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung. Orang yang tidak
mempunyai banyak kawan atau tidak suka berkawan, mereka akan dikatakan
sebagai kera sumbang. Sebenarnya, banyak faedah yang akan kita peroleh jika
kita mempunyai banyak kawan .
Satu daripada faedahnya ialah kita akan mendapat pelbagai maklumat. Jika kita
akan menghadapi peperiksaan, kita boleh bertukar-tukar maklumat tentang mata
pelajaran yang kita pelajari. Sebagai contohnya, kita boleh bertukar-tukar kertas
soalan peperiksaan percubaan atau soalan peperiksaan ujian bulanan melalui e-
mel.
Selain itu, kawan yang banyak akan meningkatkan hubungan silaturahim.Apabila
kita berkawan dengan banyak orang, hubungan kita dalam masyarakat sangat
baik dan mesra. Sebagai contohnya, kita hendaklah berkawan dengan semua
pelajar, guru, kakitangan sekolah, dan sebagainya.
Seterusnya,kita akan dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar. Di
sekolah, terdapat pelbagai kaum. Jika kita berkawan dengan pelajar daripada
kaum lain, kita akan dapat mengenali mereka dengan lebih dekat.) Sebagai
-
7/28/2019 Karangan UPSR BM
5/7
contohnya, kita berpeluang untuk meraikan perayaan Deepavali, Tahun Baharu
China, Krismas, dan sebagainya dengan mereka. Melalui cara ini, kita akan dapat
meningkatkan meningkatkan perpaduan di negara kita .
Bukan itu sahajakawan akan dapat membantu kita sewaktu kita mengalamimasalah. Kawan kita kemungkinan mempunyai kepandaian dalam mata pelajaran
yang tidak kita kuasai. Oleh itu, kawan boleh membantu kita untuk menangani
masalah tersebut. Sebagai contohnya, jika kita lemah dalam mata pelajaran
Matematik, kita bolehlah meminta pertolongan daripada kawan kita yang bijak
dalam Matematik. Oleh itu, kita hendaklah mencari kawan yang boleh membantu
atau menolong kita, dan bukannya yang membawa kita ke lembah kehinaan.
Kesimpulannya,) kita hendaklah sentiasa berusaha untuk berkawan dengan
sesiapa sahaja di sekolah atau di luar sekolah. Namun demikian, kita hendaklah
berhati-hati memilih kerana kawan yang baik akan membawa kita ke syurga,
manakala kawan yang jahat akan membawa kita ke neraka. Oleh hal yang
demikian, pandai-pandailah kita untuk membuat pilihan antara intan dengan
kaca.
-
7/28/2019 Karangan UPSR BM
6/7
32, Jalan Setia Tropika 3/11,
Taman Setia Tropika,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
6 Januari 2012.
Menemui nenda Hajah Maimunah yang berada di Sungai Isap Damai, Kuantan,
semoga sihat hendaknya. Cucunda sekeluarga di sini sihat sejahtera. Cucunda
harap nenda pun dalam keadaan sihat dan sentiasa ceria.
Nenda,
Cucunda ingin memohon maaf kepada nenda kerana cucunda sekeluarga
terpaksa menangguhkan rancangan untuk pulang ke kampung pada awal cuti
persekolahan ini. Untuk makluman nenda, penangguhan ini disebabkan cucunda
diwajibkan mengikuti kelas tambahan persediaan UPSR pada tahun hadapan.
Namun begitu, usahlah nenda bersedih kerana selepas berakhirnya kelas
tambahan ini, cucunda sekeluarga akan pulang ke kampung dengan segera.
Cucunda akan memaklumkan tarikh kepulangan cucunda sekeluarga nanti.
Cucunda sudah tidak sabar hendak menghabiskan cuti persekolahan bersama-
sama nenda. Bolehlah nenda menyediakan masakan kampung kegemaran
cucunda.
Sekian sahaja warkah buat kali ini. Diharapkan nenda memahami situasi
cucunda. Cucunda sekeluarga mengucapkan salam ingatan dan kasih sayang yang
berpanjangan buat nenda di kampung.
Sekian, terima kasih Cucundamu
-
7/28/2019 Karangan UPSR BM
7/7
Adeebah