Karangan Usaha Usaha Meningkatkan Pelancongan 120316013818 Phpapp02

3

Click here to load reader

Transcript of Karangan Usaha Usaha Meningkatkan Pelancongan 120316013818 Phpapp02

1. Usaha-usaha meningkatkan pelancongan.

Ketika menongkah arus globalisasi dan modenisasi, industri pelancongan merupakan pemangkin pertumbuhan ekonomi negara. Pada tahun 2009, sektor ini dijangka dapat membawa wang asing sebanyak RM12 bilion ke negara kita. Lantarannya, pelbagai pendekatan yang dominan perlu diketengahkan untuk memajukan industri ini ke takuk yang lebih mantap.

Sesungguhnya, pihak kerajaan perlu memiliki rancangan yang bersepadu untuk menjanakan industri pelancongan di negara kita. Kempen dan promosi yang holistik harus diadakan untuk memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi yang terbaik di seantero dunia. Iklan yang kreatif dan unggul harus disiarkan dalam media arus perdana di luar negara untuk mempromosikan tempat-tempat peranginan Malaysia. Tahun Melawat Malaysia 2007 dan 2008 merupakan progam yang praktikal dan maslahat.

Selain itu, pelbagai infrastruktur atau prasarana yang lengkap harus disediakan di setiap destinasi pelancongan. Antaranya termasuk sisitem pengangkutan yang sempurna, tandas awam yang bersih, penginapan yang bermutu, sistem teknologi maklumat yang moden dan sebagainya. Kemudahan yang serba lengkap dan canggih dapat memberikan keselesaan dan keceriaan kepada pelancong sehingga memukau hati mereka supaya melancong ke tempat itu semula.

Pihak kerajaan dan sektor swasta perlu membuat R &D (Penyelidikan dan Pembangunan) terhadap sektor ini. Mereka perlu mengkaji cita rasa pelancong dari negara yang berlainan. Mereka perlu memikirkan pakej pelancongan yang menarik kepada pelbagai jenis pelancong. Sebagai contoh, pakej argopelancong, ekopelancongan sesuai diperkenalkan kepada pelancong Jepun dan Eropah, manakala pakej karnival membeli belah sesuai diperkenalkan kepada pelancong Asia dan lain-lain lagi.

Penganjuran sukan atau pertunjukan yang bertaraf antarabangsa merupakan usaha yang signifikan untuk memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi yang terunggul. Hakikat,penganjuran Sukan Komewel dan F1 telah berjaya memperkenalkan nama Malaysia di persada dunia. Walaupun kerajaan terpaksa memperuntukkan jumlah wang yang banyak tetapi pulangannya adalah munasabah dan lumayan kerana berjaya menarik beribu-ribu orang peminat ke Malaysia. Rentetan daripada itu, kerajaan perlu memperlihatkan komitmen secara berterusan untuk merebut peluang supaya dapat menjadi tuan rumah sukan yang bertaraf dunia seperti Sukan Olimpik.

Kempen berbudi bahasa dan Kempen Kesedaran Sivik merupakan alternatif yang ampuh untuk memajukan industri pelancongan di negara kita. Walaupun negara kita memiliki pemakanan yang lazat, kepelbagaian kebudayan yang unik dan tempat pelancongan yang cantik, tetapi pelancong tidak akan berminat ke negara kita jika rakyat kita bersikap biadab dan tidak memiliki kesedaran sivik yang tinggi. Rakyat kita diminta supaya menjaga kebersihan sama ada menyediakan makanan atau menggunakan tandas awam. Di samping itu layanan yang sopan dan tatasusila merupakan guna-guna yang dapat memikat benak jiwa pelancong untuk ke negara kita semula.

Secara tuntasnya, semua pihak perlu bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama didaki untuk memperkasakan industri pelancongan. Seisi negara kita bertanggungjawab untuk menjaga citra tanah air kita di mata pelancong supaya Malaysia akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang.