KaranganB bm

44
KARANGAN CONTOH BAHAGIAN B CALON SPM Tajuk : Ada pendapat yang mengatakan bahawa masalah sosial timbul disebabkan oleh kemiskinan. Nyatakan pendapat anda tentang perkara tersebut. Apakah imej yang sudah menjajahi seluruh benak fikiran kita apabila frasa tentang masalah sosial disebut? Sudah pasti terdapat pelbagai hipotesis dan analogi yang akan menyelubungi pemikiran bagi mencari jawapan tepat berhubung soalan tersebut. Sesungguhnya kini, gejala sosial sedang melanda negara pada tahap yang agak serius. Tuntasnya , masalah ini acap kali dikaitkan dengan golongan remaja, miskin tanpa ilmu dan keluarga yang porak peranda. Walaupun kita tidak menolak gejala ini menular berkaitan faktor yang dinyatakan, namun masalah sosial turut melibatkan segenap lapisan masayarakat. Justeru, saya berpendapat masalah gejala sosial terbit daripada pelbagai permasalahan sosial lain tanpa memilih status, taraf hidup dan usia. Saban hari, kes-kes maksiat , rompakan, pembunuhan, penderaan dan penyalahgunaan dadah dan berbagai-bagai lagi penyakit terpampang dan terhidang di dada -dada akhbar dan tersiar melalui televisyen. Seandainya ada pihak yang berpendapat masalah ini sering timbul dan bersinonim dengan faktor kemiskinan nescaya tuduhan tersebut tidaklah boleh diremehkan begitu sahaja. Kemiskinan juga merupakan suatu penyakit masyarakat. Faktor kemiskinan yang sering menghimpit menjadi punca seseorang itu terdesak dan memilih untuk terjun ke kancah permasalahan sosial. Keadaan hidup yang diibaratkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang boleh menyebabkan seseorang itu mudah menjadi gelap mata untuk bertindak di luar batasan undang - undang dan etika sosial . Mereka sanggup mencuri, menipu, memperkosa dan pelbagai angkara dek keinginan memenuhi nafsu yang meluap -luap . Sementera itu, anak remaja yang berasal daripada keluarga yang daif akan berasa bosan hidup dibaluti kemiskinan dan mula memilih jalan yang salah. Akhirnya dalam percaturan fikiran yang singkat dan nana r mereka akan melibatkan diri dalam pelbagai anasir yang tidak sihat seperti melepak,berfoya- foya, menagih dadah dan mencuri. Walau bagaimanapun , amatlah tidak adil kita mengasosiasikan kemiskinan sebagai faktor utama berlaku kebejatan sosial. Sebenarnya kegoyahan dalam institusi keluarga turut menjadi penyumbang utama menularnya gejala ini. Arus modenisasi dan materialistik telah mengheret sekelompok besar institusi rumah tangga menjadi goyah dan pincang. Hidup ala nafsi - nafsi siapa lu gua telah menjadi sebahagian budaya songsang masyarakat bandar. Keghairahan mengejar wang ringgit, pangkat dan martabat menjadi kiblat manusia moden. Akhirnya anak- nak terbiar dalam kedahagaan kasih sayang bak laut yang tidak bertepi . Demi mengubati kehibaan dan kehausaan kasih sayang anak- anak hanya ditemani oleh kad-kad visa dan kad kredit yang menjadi lambang status masyarakat elit.Akhirnya dengan kuasa wang anak-anak hidup lepas bebas melepasi batasan moral, akhlak dan agam a. Justeru, berkembanglah konflik sosial yang tiada noktahnya. Selain itu, ketandusan agama dan iman y ang setebal kulit bawang boleh mencetuskan seseorang itu tergamak melakukan angkara yang boleh mencemar maruah dan harga diri serta keluarga. Dengan kedangkalan ilmu agama seseorang itu gagal untuk membezakan antara fardu dan rukun atau haram dan halal . Oleh itu, setiap tindakan hanyalah berlandaskan pertimbangan akal yang dangkal dan hanya bertindak secara membujur lalu melintang patah . Iman merupakan kompas kehidupan yang bertunjangkan amal. Sesungguhnya seseorang yang tidak teguh imannya akan mudah terpengaruh oleh runtuhan nafsu syahwaniah ajakan syaitan daripada memilih landasan takwa yang ditentukan oleh tuhan. Media massa yang turut “bias” kepada peradaban ma syarakat Barat turut menggali jurang sosial untuk menjerumuskan remaja. Media seperti televisyen adalah wahana penting hari ini dengan begitu tega menayangkan adegan-adegan yang tidak sihat yang berunsurkan “3S” iaitu seks, sadis dan seram. Pengaruh negatif melalui media massa amatlah destruktif kepada pemikiran masyarakat terutamanya generasi muda. Kanak-kanak yang sentiasa dihidangi aksi ganas dan onar akan cepat belajar dan membesar dalam pengaruh yang serba negatif. Akhirnya generasi ini akan terus membesar dalam lingkungan kebejatan sosial dan menjadi golongan yang liar, anarkis , perosak dan tidak produktif. Pendidikan menjaring masa seumur hidup bagi setiap insan. Pendidikan yang berasaskan unsur-unsur material tanpa menitikberatkan aspek pembentukan jati diri dan sahsiah akan melahirkan generasi yang barbar dan pagan . Generasi seperti inilah yang sanggup mencemarkan imej diri, keluarga bangsa dan negara dengan melibatkan diri dalam gejala negatif seperti jenayah kolar putih, rasuah dan salah guna kuasa. Sistem pendidikan yang gagal mengimbangi antara tuntutan jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara akan membentuk individu yang bermaklumat tetapi buta akan sistem nilai, etika dan agama. Musibahnya, akan berkembanglah bermacam- macam angkara jenayah seperi pecah amanah dan menjual maruah negara.

Transcript of KaranganB bm

Page 1: KaranganB bm

KARANGAN CONTOH BAHAGIAN B CALON SPM

Tajuk : Ada pendapat yang mengatakan bahawa masalah sosial timbul disebabkan oleh kemiskinan. Nyatakan pendapat anda tentang perkara tersebut. Apakah imej yang sudah menjajahi seluruh benak fikiran kita apabila frasa tentang masalah sosial disebut? Sudah pasti terdapat pelbagai hipotesis dan analogi yang akan menyelubungi pemikiran bagi mencari jawapan tepat berhubung soalan tersebut. Sesungguhnya kini, gejala sosial sedang melanda negara pada tahap yang agak serius. Tuntasnya , masalah ini acap kali dikaitkan dengan golongan remaja, miskin tanpa ilmu dan keluarga yang porak peranda. Walaupun kita tidak menolak gejala ini menular berkaitan faktor yang dinyatakan, namun masalah sosial turut melibatkan segenap lapisan masayarakat. Justeru, saya berpendapat masalah gejala sosial terbit daripada pelbagai permasalahan sosial lain tanpa memilih status, taraf hidup dan usia. Saban hari, kes-kes maksiat , rompakan, pembunuhan, penderaan dan penyalahgunaan dadah dan berbagai-bagai lagi penyakit terpampang dan terhidang di dada -dada akhbar dan tersiar melalui televisyen. Seandainya ada pihak yang berpendapat masalah ini sering timbul dan bersinonim dengan faktor kemiskinan nescaya tuduhan tersebut tidaklah boleh diremehkan begitu sahaja. Kemiskinan juga merupakan suatu penyakit masyarakat. Faktor kemiskinan yang sering menghimpit menjadi punca seseorang itu terdesak dan memilih untuk terjun ke kancah permasalahan sosial. Keadaan hidup yang diibaratkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang boleh menyebabkan seseorang itu mudah menjadi gelap mata untuk bertindak di luar batasan undang -undang dan etika sosial . Mereka sanggup mencuri, menipu, memperkosa dan pelbagai angkara dek keinginan memenuhi nafsu yang meluap -luap . Sementera itu, anak remaja yang berasal daripada keluarga yang daif akan berasa bosan hidup dibaluti kemiskinan dan mula memilih jalan yang salah. Akhirnya dalam percaturan fikiran yang singkat dan nana r mereka akan melibatkan diri dalam pelbagai anasir yang tidak sihat seperti melepak,berfoya-foya, menagih dadah dan mencuri. Walau bagaimanapun , amatlah tidak adil kita mengasosiasikan kemiskinan sebagai faktor utama berlaku kebejatan sosial. Sebenarnya kegoyahan dalam institusi keluarga turut menjadi penyumbang utama menularnya gejala ini. Arus modenisasi dan materialistik telah mengheret sekelompok besar institusi rumah tangga menjadi goyah dan pincang. Hidup ala nafsi -nafsi siapa lu gua telah menjadi sebahagian budaya songsang masyarakat bandar. Keghairahan mengejar wang ringgit, pangkat dan martabat menjadi kiblat manusia moden. Akhirnya anak-nak terbiar dalam kedahagaan kasih sayang bak laut yang tidak bertepi . Demi mengubati kehibaan dan kehausaan kasih sayang anak-anak hanya ditemani oleh kad-kad visa dan kad kredit yang menjadi lambang status masyarakat elit.Akhirnya dengan kuasa wang anak-anak hidup lepas bebas melepasi batasan moral, akhlak dan agam a. Justeru, berkembanglah konflik sosial yang tiada noktahnya. Selain itu, ketandusan agama dan iman y ang setebal kulit bawang boleh mencetuskan seseorang itu tergamak melakukan angkara yang boleh mencemar maruah dan harga diri serta keluarga. Dengan kedangkalan ilmu agama seseorang itu gagal untuk membezakan antara fardu dan rukun atau haram dan halal . Oleh itu, setiap tindakan hanyalah berlandaskan pertimbangan akal yang dangkal dan hanya bertindak secara membujur lalu melintang patah . Iman merupakan kompas kehidupan yang bertunjangkan amal. Sesungguhnya seseorang yang tidak teguh imannya akan mudah terpengaruh oleh runtuhan nafsu syahwaniah ajakan syaitan daripada memilih landasan takwa yang ditentukan oleh tuhan. Media massa yang turut “bias” kepada peradaban ma syarakat Barat turut menggali jurang sosial untuk menjerumuskan remaja. Media seperti televisyen adalah wahana penting hari ini dengan begitu tega menayangkan adegan-adegan yang tidak sihat yang berunsurkan “3S” iaitu seks, sadis dan seram. Pengaruh negatif melalui media massa amatlah destruktif kepada pemikiran masyarakat terutamanya generasi muda. Kanak-kanak yang sentiasa dihidangi aksi ganas dan onar akan cepat belajar dan membesar dalam pengaruh yang serba negatif. Akhirnya generasi ini akan terus membesar dalam lingkungan kebejatan sosial dan menjadi golongan yang liar, anarkis , perosak dan tidak produktif. Pendidikan menjaring masa seumur hidup bagi setiap insan. Pendidikan yang berasaskan unsur-unsur material tanpa menitikberatkan aspek pembentukan jati diri dan sahsiah akan melahirkan generasi yang barbar dan pagan . Generasi seperti inilah yang sanggup mencemarkan imej diri, keluarga bangsa dan negara dengan melibatkan diri dalam gejala negatif seperti jenayah kolar putih, rasuah dan salah guna kuasa. Sistem pendidikan yang gagal mengimbangi antara tuntutan jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara akan membentuk individu yang bermaklumat tetapi buta akan sistem nilai, etika dan agama. Musibahnya, akan berkembanglah bermacam-macam angkara jenayah seperi pecah amanah dan menjual maruah negara.

Page 2: KaranganB bm

Pelaksanaan undang-undang yang tidak tegas turut menyumbang kepada membiaknya masalah sosial. Penguatkuasaan yang dilaksanakan secara tidak komprehensif gagal memberikan rasa takut dan hormat kepada setiap pesalah. Malang sekali apabila terdapat segelintir pengamal undang-undang yang sepatutnya menjadi pelindung undang-unang juga turut bersifat luwes dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Hal-hal seperti ini akan mencetuskan gejala jenayah dan gejala moral seperti rasuah, tidak menghormati undang-undang dan peraturan, pergaulan bebas dan berbagai-bagai tingkah laku yang mencemari peradaban dan tatasusila. Sesungguhnya masalah sosial telah dikenal pasti berleluasa bukanlah hanya berpunca daripada faktor kemiskinan sahaja, malahan terdapat bermacam-macam faktor yang turut menyumbang.Oleh itu dalam menyelesaikan kemelut ini , kita janganlah menuding jari kea rah pihak lain tetapi sebaliknya kita perlu bermusyawarah untuk mencari jalan penyelesaiannya. Ingatlah masalah kebejatan sosial tetap melibatkan segenap lapisan masyarakat. Masalah ini sentiasa menagih komitmen dan keiltizaman semua pihak sebagai satu sinergi untuk menanganinya dengan lebih berkesan.

Page 3: KaranganB bm

Tajuk : Amalan bergotong - royong merupakan satu amalan tradisi yang telah diamalkan oleh masyarakat kita sejak zaman berzaman. Malangnya tradisi ini semakin luntur sejak kebelakangan ini. Kini semakin ramai yang menyuarakan pandangan bahawa tradisi ini perlu dihidupkan semula.

FAKTA

HURAIAN/CONTOH

Pengenalan : konsep gotong-royong

-Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. -gambaran hidup bekerjasama dan saling membantu -satu cara membentuk masyarakat yang bersatu padu dan faham memahami. -dapat memberikan rasa selamat, riang dan maju. -kemajuan dunia yang bersifat materialistik,a malan ini telah hilang ditelan zaman. -Amatlah wajar budaya bergotong-royong disuburkan kembali dalam kehidupan masyarakat kita.

Isi 1 : Menjadi amalan hidup sihat

- dapat menyatukan hati dan perasaan setiap anggota masyarakat - setiap individu dapat b ertemu antara satu sama lain apabila aktiviti gotong-

royong - mereka sentiasa berbincangan dan bertukar pendapat setiap kali menghadapi

masalah semasa bekerja - Pepatah :bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

Isi 2 : Sebagai jambatan (cara) memupuk perpanduan masyarakat dan integrasi kaum di Malaysia

- aktiviti ini sangat sesuai dalam suasana kehidupan masyarakat pelbagai kaum

- boleh menyatukan anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai status/taraf hidup

- mereka boleh bertukar pendapat dan membantu menyelesaikan masalah yang akan dihadapi semasa bekerja atau masalah peribadi

- mereka akan mengetepikan kepentingan peribadi dan sanggup menolong orang lain

Isi 3 : membina sikap rakyat yang cinta akan negara

- setiap anggota masyarakat hidup dalam suasana bersatu padu - bersama –sama berusaha membangunkan negara tercinta - terbentuk suasana kehidupan yang harmoni, aman dan damai - Pepatah : hidup bersatu dan bersama, sejunjung bak sireh, serumpun bak

serai

Isi 4 : dapat memenuhi masa lapang dan menjimatkan perbelanjaan

- Aktiviti ini dijalankan semasa cuti - Semua kerja dijalankan secara sukarela - Setiap anggota masyarakat akan turun untuk memberi sumbangan tenaga,

fikiran dan wang ringgit - Kerja dapat dijalankan dengan pantas

Isi 5 : dapat menjimatkan tenaga kerja

- Kerja yang dilakukan secara bersama dapat mengurangkan tenaga kerja - Seseorang tidak terasa begitu letih/tertekan/beban apabila masing-masing

menjalankan tugas - Selain mengurangkan kos upah buruh/mesin untuk menjalankan aktivti

pembersihan dll - Hubungan semakin erat tanpa wujud prasangka buruk terhadap seseorang

individu - Bebanan kerja yang dipikul oleh 5 orang pekerja amat jauh berbeza sekiranya

bebanan itu dipikul oleh 10 orang

Page 4: KaranganB bm

TAJUK : Gejala penderaan dan penganiayaan terhadap wanita dan kanak -kanak semakin berleluasa kini. Bentangkan punca -punca yang menyebabkan gejala ini berleluasa dan cadangkan langkah -langkah berkesan untuk menanganinya. Tuliskan pandangan anda. Setiap manusia dijadikan sempurna. Kejadian itu terbahagi kepada jantina iaitu lelaki dan perempuan. Perempuan dijadikan Tuhan sebagai teman hidup kepada lelaki dan begitu pula sebaliknya. Mereka diikat oleh hubungan perkahwinan sistem berumahtangga yang sempurna. Golongan perempuan diamanahkan sebagai pengembang zuriat. Bermula dengan sepasang suami isteri, lahirlah anak-anak yang akan menjadi penyeri dan penghias rumah tangga. Demikianlah betapa indahnya kehidupan yang saling melengkapi dan menyayangi. Walau bagaimanapun dalam kebobrokan dunia yang penuh dengan pancaroba , manusia kini bagaikan hilang pertimbangan waras. Golongan lemah seperti wanita dan kanak-kanak menjadi sasaran melepaskan geram. Penularan gejala ganas ini sedikit banyak telah menggoncangkan suasana harmoni dalam masyarakat. Masyarakat digemparkan dengan kekejaman seperti pembuangan bayi, bayi ditemui di dalam tong sampah dan lubang tandas. Insiden seperti kematian Mohamad Afiq yang menderita kerana diseksa oleh bapanya, pembunuhan kejam seorang eksekutif Petronas seolah-olah melambangkan rakyat Malaysia kini dikuasai fobia dan mania keganasan. Memandangkan insiden ini boleh memusnahkan institusi masyarakat dan seterusnya negara, segenap pihak hendaklah mengenal pasti dan prihatin terhadap penularannya di samping bertindak untuk menanganinya dengan sebaik mungkin.

FAKTA HURAIAN/CONTOH Isi 1 : hilangnya nilai-nilai agama, akhlak dan kewarasan

- dikuasai oleh tekanan emosi dan feel bebal – manusia bertindak berpandukan tingkah laku kebinatangan yang beraja di hati dan bersultan di mata.

- Dikaitkan dengan masalah kerja/bebanan kerja tinggi - Tekanan ekonomi yang mendesak – bekerja lebih masa dan diluar kemampuan - Hadapi keadaan tegang dan tidak dapat kawal emosi - Kewarasan bertukar menjadi kegananasan - Isteri jatuh terbaring berlumuran darah/zuriat terbujur kaku menjadi mayat

Isi 2 : keadaan sosial masa kini - mementingkan nilai hidup materialistik dan tiada nilai-nilai kemasyarakatan - trend hidup umpama enau dalam belukar/nafsi-nafsi siapa lu gua? - Insiden yang sekadar ribut dalam cawan kopi tiba-tiba dibesar-besarkan. - Masing-masing begitu tegas mempertahankan pendirian –membawa tindakan

di luar batasan kemanusiaan Isi 3 : keretakan dalam rumah tangga

- elemen-eleman seperti cinta monyet, berkahwin dalam usia yang mud, ketiadaan ilmu menguruskan rumah tangga

- gagal mencari penyelesaian krisis rumah tangga memberi kesan besar terhadap anak-anak apabila anak-anak terbiar , didera sama ada oleh ibu bapa sendiri atau ibu dan bapa tiri

Isi 4 : ibu bapa sewajarnya menunjukkan teladan dan kasih sayang sewajarnya

- kata-kata imam Al-Ghazali, anak yang diajar erti kasih sayang akan belajar untuk menyayangi orang lain.

- Suami-isteri hendaklah akur bahawa salah faham, kecewa dan keletihan merupakan asam garam dalam rumah tangga

- Semangat tolenrasi dan sedia memaafkan dijadikan resepi hidup yang berkekalan.

- Membantu membina keluarga bahagia seprti “rumahku syurgaku” - Pendidikan agama hendaklah diterapkan ke dalam jiwa setiap insan

Isi 5 : Peranan masyarakat dan badan-badan kebajikan (NGO)

- mengelak individu daripada terus berada dalam tekanan emosi - Badan-badan kebajikan seperti BAKTI, dan badan politik hendaklah proaktif

membantu mangsa - Tidak boleh lagi mengamalkan sikap tidak menjaga tepi kain orang lain - Biro khidmat kebajikan yang berfungsi memantau, menasihati dan membantu

mangsa untuk mendapat perlindungan sama ada dari segi undang-undang atau perlindungan sementara

Isi 6 : Pihak kerajaan hendaklah mewujudkan akta yang tegas di sisi undang-undang

- Setiap undang-undang yang digubal hendaklah dihebahkan untuk pengetahuan orang ramai

- Agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat hendaklah mewujudkan unit kaunseling

- Polis hendaklah meneruskan khidmat 24 jam Talian Bebas Tol seperti Teledera - Bertujuan untuk memudahkan orang ramai membuat aduan

Page 5: KaranganB bm

TAJUK : Kegemaran para remaja menghabiskan masa di pusat-pusat hiburan amat merugikan. Oleh itu untuk mengatasi masalah tersebut anda diminta memberikan beberapa cadangan untuk mengatasi masalah tersebut. Tuliskan cadangan-cadangan anda itu. Pengenalan : Daripada sepotong hadith Rasulullah SAW ada menyebut, ‘Dapatlah lima perkara sebelum anda kehilangan lima perkara “salah satu dalam lima perkara tersebut ialah jagalah masa muda kamu sebelum datang masa tua. Namun hakikatnya amat berbeza apabila rata-rata remaja kini tidak menghargai masa muda mereka. Remaja lebih asyik membuang masa dengan berkunjung ke pusat-pusat hibura. Keadaan ini amat jelas akan menggagalkan matlamat murni untuk menjadi negara maju dalam dekad awal 2000. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur dan sementara sedang senget jangan terus tumpah kita hendaklah mencari langkah terbaik untuk menyelesaikan gejala ini.

FAKTA HURAIAN CONTOH

Membina matlamat dan jati diri remaja - membimbing remaja untuk memilih jalan hidup yang betul

- membina hala tuju remaja untuk memilih cita-cita dan matlamat masa depan

- membina kekuatan untuk menghadapi gejala antimoral yang semakin menggelora

- tunjuk ajar yang sempurna terhadap pendidikan moral dan agama

- memberi bimbingan kerjaya yang sesuai membentuk tenaga pakar bagi yang pintar memberi kehiran vokasional bagi yang agak lemah

- program-program seprti kelab, persatuan

Menyediakan peluang pendidikan yang mencukupi sehingga tempoh umur akhir remaja

- peluang pendidikan hendaklah dipelbagaikan

- mengenakan syarat pendidikan wajib

- bidang pengajian yang berasaskan kemahiran/kepakaran

- menggubal undang-undang pendidikan wajib

Mewujudkan program ketatanegaraan - mengenakan syarat wajib menyertai program ketatanegaraan

- kem kesedaran sivik - membina ketahanan mental/fizikal

untuk pelapis negara

- khidmat untuk negara/kerahan tenaga

- kem biro tatanegara - kursus belia tahan lasak

Melaksanakan program pendidikan keibubapaan

- sebagai persediaan remaja untuk memasuki alam berumahtangga

- memberi pendedahan tentang cara-cara yang betul menjaga anak

- membina kesedaran tentang tanggunjawab ibu bapa terhadap anak-anak

- kursus-kursus perkahwinan - bimbingan kerjaya

Menggubal undang-undang lepak dan industri hiburan yang lebih tegas

- mencegah remaja terlalu bebas - menyekat pengusaha yang secara

mudah mengaut untuk dengan memperalatkan remaja

- menghalang remaja terlalu bebas

- mengenakan denda yang setimpal bagi setiap kesalahan

- tiada jaminan - gantung lesen perniagaan - rondaan/tindakan serts-merta

terhadap kelibat remaja yang disyaki mencurigakan

FRASA MENARIK

Remaja sebagai tonggak negara Zaman muasir ini Menjadi individu bermaruah, berilmu, berwawasan dan dinamik

Kegawatan gejala sosial

Fenomena ini berlaku begitu drastik Mereka dibiarkan hanyut Penagih tegar (sukar dipulihkan) Erti kehidupan sebenar Golongan yang berisiko tinggi Benteng pertahanan diri Remaja sebagai sumberi tenaga Alaf baru kian hampir

Page 6: KaranganB bm

Kejahilan menghantui hidup Budaya popular dan hedonistik Berhadapan dengan serangan kebudayaan asing Menjadi landas sempadan Memerlukan anjakan paradigma dan sikap yang menyeluruh

Remaja perlu berjuang meneruskan kelangsungan hidup

Pupusnya nilai-nilai murni Keterlibatan Kebejatan moral Menjana kekuatan Dijangkiti budaya Akibat alfanya generasi baru Remaja sebagai guna tenaga negara Wahana Membudayakan amalan murni Kegagalan menjana ilmu dan akhlak akan membentuk

generasi liar yang barbar dan pagan ‘SELAMAT MENGARANG – KEILTIZAMAN MENJAMIN KECEMERLANGAN’ DISEDIAK AN OLEH : AAB/SMKD 200 6

Page 7: KaranganB bm

TAJUK : Ke Arah Mempertingkatkan Perpaduan Kaum di negara ini. Tuliskan pandangan anda. Pengenalan : “Kalah jadi abu menang jadi arang” . Demikianlah ungkapan sebuah peribahasa Melayu yang menggambarkan betapa sesuatu pergaduhan dan pertelingkahan pasti akan membawa kemusnahan kepada kedua-dua belah pihak. Tiada pihak yang untung malah kedua-dua pihak akan menanggung kerugian sama ada dari segi nyawa, harta benda dan maruah. Oleh itu, sebagai salah sebuah negara yang sistem sosialnya didukungi oleh masyarakat majmuk, sewajarnyalah kita mencari formula terbaik untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni.

1. Dalam hal menyelesaikan masalah perpaduan kaum di Malaysia kita hendaklah bertindak

dengan cara yang bijaksana dan saksama. Sebarang kesilapan dalam cara bertindak boleh membawa padah. Justeru, kita perlulah berhati-hati, bak menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan terserak atau ibarat mementung ular, ular dipentung biar mati, kayu pementung jangan patah dan tanah landasan jangan lembang

2. Hidup dalam masyarakat tidak boleh bersikap ‘nafsi -nafsi, siapa lu siapa gua, umpama enau

dalam belukar melepaskan pucuk masing -masing’

UNGKAPAN DAN KATA-KATA INDAH

3. Hidup dalam masyarakat tidak boleh bersikap ‘nafsi -nafsi, siapa lu siapa gua, umpama enau dalam belukar melepaskan pucuk masing -masing’

4. Dalam hal menyelesaikan masalah perpaduan kaum di Malaysia kita hendaklah bertindak

dengan cara yang bijaksana dan saksama. Sebarang kesilapan dalam cara bertindak boleh membawa padah. Justeru, kita perlulah berhati-hati, bak menarik rambut di dalam tepung, ram but

FAKTA HURAIAN/CONTOH

Memberikan keadilan dalam bidang ekonomi

- mempelbagaikan penglibatan setiap kaum dalam bidang ekonomi. - Memansuhkan monopoli sesuatu kaum dalam kegiatan ekonomi

tertentu - Meningkatkan pendapatan golongan daif bagi setiap kaum - Menyediakan peluang dan kemudahan untuk setiap rakyat bergiat aktif

dalam ekonomi Mengubahsuai pola kependudukan yang berciri tradisional

- sistem kependudukan berkelompok yang bercirikan kaum dikurangkan - membangunkan kawasan perumahan baru yang menempatkan

pelbagai kaum - membataskan trend tempat tinggal elit yang didominasikan golongan

kaya (ubah suai konsep villa, country height) Menyamaratakan (liberalisasi) dalam sistem pendidikan

- rakyat diberi peluang mendapat ilmu minimum 11 tahun dan maksimum sepanjang hayat

- merelisasikan / implementasikan Sekolah Wawasan - memperbanyak kandungan kurikulum yang berorientasikan Malaysia

Program kebudayaan pelbagai kaum

- menerapkan nilai-nilai murni yang sihat - seni mempertahankan diri - mengurangkan kegiatan negatif seperti perjudian dan kelab-kelab

sosial - menghubungkan tali silaturrahim

Sambutan rumah terbuka

- mengetahui adat dan kebudayaan sesuatu kaum - menziarahi semasa kesakitan/kemalangan - sewaktu perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri, Hari

Deepavali - dapat memahami adat resam dan budaya kaum lain - elakkan rasa prejudis/prasangka

Kem Bina Insan/Ketatanegaraan

- membina generasi yang cinta akan negara - mengambil iktibar peristiwa lalu seperti tragedi 13 Mei 1969 - mewujudkan kerjasama antara kaum semasa sesuatu program - membina semangat jati diri/tahan lasak dan sifat tolong menolong - wajib menyertai PLKN bagi remaja lepas SPM

Page 8: KaranganB bm

jangan putus dan tepung jangan terserak atau ibarat mementung ular, ular dipentung biar mati, kayu pementung jangan patah dan tanah landasan jangan lembang

5. Masyarakat madani terjana daripada sikap dan sahsiah yang mulia sentiasa menjujung tinggi

nilai bijaksana seperti takwa, iman, amal, akhlak dan akal budi. Masyarakat tersebut juga sentiasa menjauhi budaya songsang barbar dan pagan

6. Hidup kita janganlah hanya berpaksikan nafsu dan syahwat semata-mata kerana sikap

seumpama itu akan membawa musibah kepada diri, ibarat kata seloka: Ikut suka duka Ikut rasa binasa Ikut hati mati Ikut nafsu lesu

7. Dalam menangani masalah pendatang tanpa izin, kita tidak boleh terlalu berlembut sehingga

menggadai kepentingan sendiri. Kita harus belajar daripada seloka Emak Si Randang, Baiknya budi emak Si Randang Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah dikopakkan Suami pulang kelaparan Kera di hutan disusui Anak di pangkuan dilepaskan

Page 9: KaranganB bm

TAJUK : Anda berasa kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang terlalu rakus sehingga tergamak memusnahkah hutan belantara. Sebagai reaksi kepada fenomena tersebut anda ingin menyumbangkan sebuah rencana untuk dimuatkan di dalam sebuah majalah tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah ‘Pemusnahan Hutan di Neg ara Ini : Punca dan Langkah Mengatasinya. ’ Tuliskan rencana tersebut selengkapnya.

Pemusnahan Hutan Di Malaysia : Punca dan Langkah Mengatasinya Oleh : Hamidah bt Wahab

Saudara Pengarang, Hutan merupakan habitat semula jadi kepada beribu-ribu spesies flora dan fauna. Hutan berfungsi sebagai penstabil ekosistem alam. Di Malaysia hutan hujan tropika mengandungi khazanah bernilai yang sukar ditemui di negaranegara lain. Kewujudan hutan yang begitu luas di negara kita telah menjadi suatu rahmat yang tidak ternilai. Akan tetapi, warisan sumber tropika ini semakin menghadapi bahaya ancaman kepupusan akibat kurang penjagaan, penerokaan haram, dan aktiviti pengodolan tanah tinggi yang menjadi-jadi. Hutan kini menjadi mangsa kerakusan manusia yang mengejar untung dan laba. Justeru, atas tiket pembangunan manusia telah mewajarkan hutan diteroka dengan sewenang-wenangnya. Prihatin dengan keadaan tersebut, sebagai warga yang bertanggungjawab kita wajar mengenal pasti akan punca-punca masalah ini terjadi dan mengambil insiatif untuk membendungnya. Pemusnahan hutan lazimnya dikaitkan dengan penglibatan dalam bidang ekonomi. Memang sejak era tradisi lagi hutan telah dikenal pasti sebagai sumber khazanah yang tidak ternilai kekayaannya. Hasil-hasil hutan seperti kayu-kayan, rotan, buah-buahan dan binatang telah menjadi keperluan kepada manusia sejak dari zaman primitif hingga ke hari ini. Selain itu, hutan menjadi sasaran dalam aktiviti pertanian sama ada pertanian pindah pada zaman primitif atau pertanian komersial pada era pascamoden kini. Oleh itu, atas tiket pembangunan hutanlah yang menjadi sasaran. Kadang-kala sikap manusia sendiri yang menjadi terlalu ironis kerana manusia yang dikatakan terlalu sensitif dengan pelesterian alam, tetapi dalam masa yang sama tergamak menggeledah hutan rimba dan gunung-ganang yang menjadi pasak alam dan penstabil ekosistem. Ini. Akhirnya kesan mendadak dapat dilihat apabila kawasan tanah tinggi yang strategik seperti Cameron Highland, Genting Highland dan Bukit Fraser telah diteroka dengan sewenang-sewenangnya. Akibatnya kita sendiri dapat merasakan peningkatan suhu di Cameron Highland telah naik mendadak dari 22 – 24 selsius kepada 26 –28 selsius. Selain itu, tanah tinggi yang menjadi ‘stor sampanan’ air sepanjang zaman telah menjadi sejat dengan tiba-tiba. Hal tersebut telah mendaruratkan warga Lembah Kelang pada setiap kali kemarau panjang melanda khususnya dalam krisis air tahun 1998. Selain itu, hutan dan tanah tinggi juga menjadi benteng penghadang rempuhan air dan aingin kencang. Pokoklah yang menjadi pasak dan pengikat untuk mengukuhkan ikatan tekstur tanah. Walau bagaimanpun, disebabkan oleh kejaihilan dan kerakusan nafsu manusia, semua fungsi tersebut dipandang remeh sahaja. Akhirnya malapetaka yang tidak disangka-sangka telah melanda seperti kejadian ribut Gred di Sabah, Tragedi Pos Dipang di Perak, Kejadian tanah runtuh di Simunjam Sarawak. Tragedi-tragedi seumpama ini mungkin dapat dielakkan atau sekurang-kurangnnya dapat diminimumkan sekiranya manusia lebih prihatin dengan fenomena alam. Memandangkan fenomena pelupusan hutan ini boleh membawa bencana terhadap pelesterian alam dan manusia, prihatin dengan masalah tersebut maka kita hendaklah bertindak segera mencari jalan penyelesaiannya. Langkah yang paling berkesan ialah pihak berkuasa hendaklah menyelaras semua aktiviti pembangunan yang melibatkan semua kawasan hutan simpan dan mengawal penerokaan tanah baru khususnya di kawasan tanah tinggi. Oleh itu, Kementerian Teknologi dan alam Sekitar hendaklah diberi tanggungjawab yang lebih untuk menjadi urus setia, pemantau dan penguatkuasa sebarang kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang negara. Selain itu, lesen dan konsesi pembalakan hendaklah dikaji semula. Aktiviti pembalakan merupakan ancaman paling serius terhadap kepupusan hutan. Menurut kajian, tragedi Pos Dipang dalam tahun 1999 juga berkaitan dengan kegiatan pembalakan haram di kawasan tadahan air di puncak gunung tersebut setelah batang-batang balak yang hanyut ditemui tersekat di jambatan sungai Kampar. Oleh itu, pihak berkuasa mestilah lebih proaktif bertindak seperti menarik balik lesen pembalakan daripada kontraktor yang dengan terang-terangan menebang dan mencuri balak. Langkah seterusnya juga ialah memberhentikan dengan serta-merta semua kegiatan pembangunan yang berpusat di tanah tinggi. Pembangunan di tanah tinggi yang lebih tertumpu kepada aktiviti pelancongan tidak sepatutnya dibiarkan sampai mengorbankan khazanah hutan yang sangat

Page 10: KaranganB bm

bernilai itu. Berdasarkan laporan akhbar sejak beberapa tahun yang lalu, pembinaan kondo mewah di tanah tinggi Cameron telah menyebabkan kesan pencemaran yang teruk dan peningkatan suhu yang mendadak. Demikian pula dengan kegiatan menarah bukit untuk membina kediaman mewah di Ulu Kelang telah menyebabkan berlaku kontroversi apabila timbul ura-ura untuk memindahkan Zoo negara ke Ulu Selangor. Inilah akibatnya apabila sikap rakus dan tamak haloba telah menguasai diri. Sesungguhnya, sebagai warga yang prihatin, saya terlalu sayang dan cinta akan bumi Malaysia yang bertuah ini. Saya yakin ramai lagi rakyat Malaysia yang bersetuju supaya hutan dan khazanah negara yang bernilai tidak boleh diteroka semata-mata untuk kepentingan perut. Ingatlah kepada pesanan,’ Alam ini sebenarnya bukan kita warisi daripada generasi yang terdahulu, sebaliknya kita pinjam daripada generasi sebelumnya.’ Oleh itu yang meminjam perlulah menjaga akan barang yang dipinjam.

Page 11: KaranganB bm

Tajuk : Pencemaran sungai di negara ini sudah dapat dikawal tetapi tidak seratus peratus mencapai kejayaan. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku dan apakah langkah -langkah yang harus dijalankan oleh pelbagai pihak bagi mengatasinya? Pendahuluan : - Takrif pencemaran sungai : perbuatan mengotorkan sungai dengan melakukan sesuatu - Kepentingan sungai : sebagai sumber bekalan air/ sumber bekalan hidro elektrik/ kegunaan

kehidupan seharian - Walau bagaimanapun akibat kerakusan manusia, gunung-ganang ditarah, hutan digeledah, lautan

diceroboh dan sungai pula hampir musnah. Kerakusan ini akhirnya membawa bencana yang besar apabila kebanyakan sungai di negara ini mengalami pencemaran yang amat teruk.

- Walaupun sudah ada kesedaran untuk merubah keadaan tersebut tetapi kejayaannya tidak begitu membanggakan seperti kata peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku sial padahnya.

- Oleh itu kita sepatutnya mengenalpasti segala punca tragedi ini di samping berusaha untuk mengatasinya.

Isi 1 : Pembuangan sampah sarap / sisa domestik: - menjadikan sungai sebagai tempat memunggah segala sampah –sarap. - kesedaran tentang menjaga kebersihan sungai sukar ditanam ke dalam jiwa rakyat negara ini kerana

secara tradisi pola penempatan rakyat Malaysia banyak bertumpu di sepanjang sungai. - Sungailah tempat membuang segala bahan sisa. - Sungai terpaksa menerima segala bebanan bahan buangan yang tidak terhingga banyaknya. - Sungai Kelang terpaksa menanggung bahan terampai sehingga 2 tan sehari. Isi 2 : Kepesatan projek Pembangunan - masyarakat kini lebih mementingkan arus pembangunan semasa. - Sungai dijadikan mangsa kompromi ini - Sisa pembuangan daripada kegiatan pertanian dengan mudah dibuang ke dalam sungai. - Aktivit pembangunan khususnya yang melibatkan kawasan pedalaman dan tanah tinggi boleh

menyebabkan kesan sampingan kepada sungai. - Apabila tanah tinggi dan isi kandungannya dimusnahkan maka keupayaan kawasan tersebut untuk

menadah air akan terjejas. - Bahan-bahan sisa seperti sampah, tanah berlumpur dan bahan-bahan sisa akan dibawa ke dalam

sungai apabila berlaku hujan lebat.- alirannya semakin lemah / cetek Isi 3 : Pembuangan bahan beracun/toksid - sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri di kalangan pemilik kilang - mengambil jalan pintas dengan membuang bahan-bahan toksid untuk menjimatkan kos - persekitaran menjadi kotor dan penyakit berjangkit merebak di kalangan penduduk setempat - kegiatan tidak bermoral ini seringkali dilakukan pada waktu malam atau dikawasan terpencil seperti

bekas tapak lombong Isi 4 : Penguatkuasaan Undang-undang - kerajaan perlu lebih bertegas dengan menggubal undang-undang yang jelas dan ketat untuk

mengawasi keselamatan sungai. - Akta Kawalan Sungai – JPS hendaklah diberikan kuasa untuk menyaman dan mendakwa individu

atau institusi yang terbabit - Undang-undang yang berkaitan dengan pembangunan dan industri juga hendaklah dibentuk supaya

setiap pertumbuhan kawasan baru hendaklah tidak terlalu rapat dengan sungai. - Denda dan kompaun yang tinggi patut dikenakan ke atas pesalah ini. Isi 5 : Kesedaran Masyarakat - perlu ditanam sikap cinta dan sayang akan alam sekitar khususnya sungai - rakyat perlulah dididik supaya menghargai anugerah Allah - Usaha ini perlu diimplementasikan pada peringkat kanak-kanak iaitu semasa mereka dalam alam

persekolahan - Masyarakat perlu melaporkan setiap aktiviti pencemaran sungai kepada pihak berkuasa - Perlu kerjasama semua pihak untuk memastikan keindahan sungai dapat dipulihkan Isi 6 : Melancarkan Kempen - JPS hendaklah proaktif mengadakan kempen seperti “Cintai Sungai Kita” dan “Sungai Untuk Anak

Cucu Kita” - Perlu melibatkan semua agensi seperti kerajaan, swasta, sektor perindustrian dll

Page 12: KaranganB bm

- Pertandingan sungai terbersih di peringkat daerah dan negeri, pertandingan kuiz dan melukis poster hendaklah dijalankan secara berterusan

- Bertujuan memberi pendidikan secara langsung supaya generasi akan datang menjadi lebih peka kepada sumber alam ini

TAJUK : SEBAB-SEBAB GEJALA LEPAK DAN KESAN KEPADA NEGARA

PENGENALAN : penggunaan masa untuk perkaran yang tidak bermanfaat dan tidak berfaedah. Contoh membuang masa di pusat-pusat beli-belah, pusat hiburan, pusat permainan video dll PUNCA : KELEMAHAN KETAHANAN DIRI - kekosongan jiwa –tiada kesedaran dan keinsafan tentang kenyataan hidup-berpunca daripada kekurangan ilmu PUNCA : KURANG DIDIKAN AGAMA - tiada kesedaran tentang tanggungjawab sebagai manusia di muka bumi PUNCA ; PENGARUH PERSEKITARAN - kewujudan pusat-pusat hiburan mengatasi pertumbuhan perpustakaan dan pusat menjana ilmu. PUNCA : PENGARUH RAKAN SEBAYA -taksub dengan pengaruh rakan berbanding keluarga PUNCA : KETIDAKUPAYAAN BELAJAR - belajar kerana paksaan ibu bapa - tidak minat belajar - lemah dalam pencapain akademik - peraturan sekolah yang terlalu ketat PUNCA : MASALAH KELUARGA - ibu bapa pentingkan kebendaan - ibu bapa tidak mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh KESAN 1. Pembaziran guna tenaga yang produktif 2. Masalah keruntuhan moral seperti dadah, mencuri, merokok dll 3. Menjatuhkan imej sesuatu etnik/ kaum 4. Menjadi ikutan generasi muda/kanak-kanak

Page 13: KaranganB bm

Soalan : Anda berminat untuk menulis sebuah rencana yang bertajuk “ Kegiatan Kokurikulum Dapat Mencapai Matlamat Falsafah Pendidikan Negara.” Berdasarkan penyataan di atas, tulis sebuah rencana selengkapnya. Analisis Tajuk: ISU UMUM : SUKAN DI MALAYSIA ISU UTAMA : KEGIATAN KOKURIKULUM DAPAT MENCAPAI FPN FOKUS JAWAPAN : FAEDAH MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM FORMAT : RENCANA

FAKTA HURAIAN/CONTOH

Pengenalan : Kegiatan Kokurikulum

FPN menekankan usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daai segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. - Melalui kegiatan korikulum matlamat melahirkan generasi berilmu,

berketrampilan, berakhlak mulis, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

- Kegiatan kokurikulum terbahagi kepada 3 bahagian iaitu badan beruniform, sukan dan permainan, kelab dan persatuan

Isi 1 : kegiatan kokurikulum merupakan inisiatif atau alternatif untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pelajar / Tubuh badan menjadi cergas

- dapat merehakan otak dan mengembangkan minda - pelajar dapat melepaskan emosi dengan cara yang betul. - Pelajar berjaya mengawal emosi diri. - Perangkaan yang dikeluarkan di Amerika Syarikat – 60 % kanak-

kanak di negara gendut kurang senaman - Menyertai kegiatan koku, mereka menjalankan aktiviti ketangkasan - Peluh dan bahan-bahan kumuh yang berbahaya akan dibuang - Daya tahan pelajar terhadap serangan penyakit juga meningkat - Dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran [otak

yang cerdas lahir daripada badan yang cergas]

Isi 2 : Melahirkan pelajar yang berbakat dalam pelbagai bidang.

- melalui aktiviti yang berbakat , dapat menggilap bakat pelajar yang terpendam

- dapat menampilkan potensi diri pelajar yang sebenar - membina keyakinan diri dengan potensi diri pelajar yang sebenar

Isi 3 ; Menampil serta menerapkan nilai-nilai kepimpinan

- mengendali atau menjalankan aktiviti persatuan - melahirkan insan yang berwibawa , berkaliber dan

bertanggungjawab - dapat menyumbangkan kepada kejayaan persatuan yang dipimpin.

Isi 4 : Melahirkan pelajar yang berhemah tinggi

- Pelajar sentiasa disarankan mengamalkan nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum

- Memupuk nilai bersatu padu, bekerjasama, bertolak ansur, bertimbang rasa serta saling memahami

- Menyumbang kepada kesejahteraan rakyat. - Guru-guru dan ahli jawatan kuasa yang terlibat akan cuba

menyebatikan nilai-nilai murni dalam permainan atau ceramah - Setiap aktiviti akan membawa mesej tertentu yang ingin

disampaikan - Bermakna mereka turut melalui proses pembentukan peribadi yang

sempurna

Page 14: KaranganB bm

Isi 5 : Menjalin hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar

- para pelajar akan bergaul dan mengenali pelajar-pelajar lain yang terdiri daripada pelbagai kaum/etnik

- berganding bahu untuk menghadapi segala kesusahan semasa menjalankan sesuatu kegiatan

- hubungan ukhawah dapat dipererat. - Pelajar berpeluang memahami adapt resam dan kepercayaan

kaum-kaum lain - Mereka akan mengetahui pantang larang bangsa-bangsa lain dan

cuba mengelakkan diri daripada melanggar pantang larang itu - Perpaduan dapat diwujudkan dan impian menjadikan Malaysia

sebuah negara yang mempunyai masyarakat penyayang tidak akan menjadi omong-omong kosong

Penutup :

- Bergiat dalam aktiviti kokurikulum dapat menjauhkan pelajar daripada melakukan gejala sosial

- Masa lapang dipenuhi dengan kegiatan berfaedah - Lahir pelajar yang dinamik, seimbang dari segi pengetahuan,

perkembangan sahsiah dan mempunyai tingkah laku yang baik.

PANDUAN MENULIS PERENGGAN PENGENALAN LANGKAH ATAU CADANGAN PENUTUP 1. Oleh itu sebelum nasi menjadi bubur, dan sebelum retak menanti belah, kita hendaklah mengambil

inisiatif untuk membendung sebarang bibit pertelagahan. 2. Fenomena ini sebenarnya menuntut komitmen yang jitu daripada kita agar menjadikan masalah

…………………… (sampah/ pencemaran/ rasuah dan lain-lain yang difikirkan sesuai ) sebagai agenda nasional dan perlu ditangani secara profesional.

3. Justeru, pendekatan yang lebih ekslusif hendaklah dilaksanakan dalam usaha mengheret golongan

ini keluar daripada perangkap ……………………… (kemiskinan/ moral/ sosial dan lain-lain yang difikirkan sesuai ) itu.

4. Oleh yang demikian, ………………….. (ponteng sekolah/ melepak dan lain-lain ) tidak boleh

dibiarkan berterusan sehingga menjadi trend yang digemari di kalangan pelajar, semua pihak seperti guru, ibu bapa dan Kementerian Pendidikan hendaklah duduk semeja berbincang untuk mencari jalan menangani secara lebih profesional.

5. Memandangkan gejala ini sudah pasti akan mendapatkan kesan yang parah terhadap pembinaan

masyarakat madani, semua pihak hendaklah sedar akan tanggungjawab masing-masing. 6. Oleh itu, semua pihak khususnya ……………………( sekolah / kerajaan dll )hendaklah

melaksanakan tugas profesional mereka untuk menterjemahkan cita-cita murni ini menjadi kenyataan.

7. Bidalan ada menyebut, ‘Cegah Sebelum Parah’ dan peribahasa ada menyatakan menjernih air di

muara hendaklah dimulakan di hulunya. Oleh itu, segala kepincangan yang sedang berlaku kini memerlukan ‘post mortem’ dan langkah-langkah penyelesaian yang bijaksana.

Page 15: KaranganB bm

TAJUK : Anda dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat daerah. Dalam pertandingan tersebut anda memilih tajuk “Remaja Hari Ini Penentu Harapan Hari Esok”. Kata-kata aluan………………… Hadirin sekalian, Mantan Presiden Indonesia, Bung Karno pernah berkata, “Berilah aku 100 orang pemuda, nescaya aku mampu menggoncangkan dunia ini. Tetapi sekiranya aku diberikan 1000 orang tua, nescaya tewaslah aku”. Demikianlah satu proklamasi yang oernah diungkapkan oleh seorang pemimpin ternama Indonesia itu yang sekaligus memberikan pengiktirafan yang sangat tinggi kepada golongan muda. Pemuda merupakan pelapis dan tulang belakang untuk meneruskan kepemimpinan negara. Saudara/saudari sekalian, Remaja Hari Ini Penentu Hari Esok, saya takrifkan sebagai golongan muda yang masih gagah, bertenaga, mempunyai visi dan misi. Sesungguhnya mereka inilah yang akan menentukan hala tuju negara sama ada menjadi lebih baik atau terus pada takuk lama. Merekalah yang akan menjadi peneraju kepemimpinan negara setelah pemimpin yang ada kini terpaksa berundur kerana dihimpit usi tua. Pepatah Melayu ada menyebut, patah tumbuh hilang berganti. Sesunggunya, kehidupan kita merupakan satu pusingan iaitu yang sudah tua pasti akan pergi sementara yang muda akan mengambil tempat yang dikosongkan . Dengan yang demikian, golongan remajalah yang akan meneruskan wawsan negara. Pada waktu itu arah, matlamat, hala tuju dan falfasah negara akan ditentukan oleh generasi pelapis. Seandainya mereka terdiri daripada golongan yang cerdik dan berakhlak mulia maka hala tuju negara juga pasti akan berada di atas landasan yang betul. Andai sebaliknya, maka matlmat dan wawasan negara tentulah akan was-was sahaja. Justeru, tepatlah pada masa dan kenalah pada sasaran untuk saya menyeru rakan-rakan supaya kita bersedia dengan mental dan fizikal dalam usaha memacu negara ke arah sebuah negara yang maju, makmur dan berdaya saing. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Berdasarkan statistik kependudukan Melaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara tahun 2000, golongan remaja adalah 65% daripada 23.27 juta penduduk Malaysia. Jumlah yang besar ini tentulah memberikan keuntukan yang besar juga kepada keperluan guna tenaga negara.Masalah seperti kemasukan tenaga buruh asing akan dapat dikurangkan. Oleh itu rakyat Malaysia perlu mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi. Dengan adanya rakyat yang ramai dan mereka memiliki kemahiran kepakaran dan kebolehan yang tinggi negara sudah seharusnya boleh melangkah dengan lebih yakin ke dalam bidang teknologi tinggi untuk bersaing dengan negara-negara maju. Oleh itu, para remaja hendaklah memiliki kekutan daya saing yang tinggi, kreatif dan inovatif. Lihatlah dengan inovasi dan kreativiti anak-anak tempatan, kini Malaysia sudah boleh berbangga apabila barangan keluaran Malaysia telah mula memnuhi pasaran terbuka di luar negara. Pencapaian cemerlang Proton dan KRISS akan menjadi lambang kehebatan Malaysia untuk bersaing dalam semua bidang teknologi di peringkat antarbangsa. Justeru, kita cukup optimis apabila menjelang sahaja alaf baru kita sudahpun bersedia dengan para wira dan serikandi yang mampu memikil tanggunjawab yang lebih berat dalam memenuhi aspirasi negara untuk menjadi negara maju. Hadirin sekalian, Tanggungjawab yang seterusnya ialah remaja hari ini hendaklah bersedia dengan mental dan fizikal. Mereka mesti menerima hakikat kitalah yang akan mmenjadi penyambung zuriat mengambil tempat ibu dan bapa kita. Kita hendklah faham kan tanggungjawab menjadi ibu bapa pada alaf baru adalah lebih mencabar . Sebagai golongan dewasa pada waktu itu kita bertanggungjawab mendidik anak-anak untuk menjadi manusia yang syumu l dengan ilmu pengethuan, akhlak yang baik serta berwawasan. Oleh itu, andai diri kita sempurna maka sempurnalah zuriat kita, bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sebaliknya kita jangan berangan-angan untuk melihat zuriat yang akan datang menjadi menjadi lebih baik tanpa komitmen jitu daripada diri kita sendiri. Tidak wajar sikap sepreti ketam mengajar anaknya berjalan betul diamalkan dalam mendidik generasi. Seyogialah generasi hari ini meperlengkap diri mereka dengan ilmu pengethuan dan mengamalkan disiplin yang murni. Kita tidak mahu nilai negatif bapa borek anak rintik masih menghantui kehidupan masyarakat kita. Warga dewan sekalian, Sebagai bangsa yang berdaulat, berbudaya dan bermaruah, kita beriltizam untuk melihat generasi yang akan datan akan lebih matang dan beretika. Nilai-nilai budaya yang murni bertreraskan budaya Melayu yang luhur dan nilai-nilai kehidupan manusia sejagat hendaklah dijadikan landasan hidup.

Page 16: KaranganB bm

Kita tidak betah apabila negara melangkah ke alaf pemodenan abad ke 21 maka nilai-nili kita terus menjadi kucar-kacir seperti masyarakat robot. Dengan itu elakkanlah diri kita daripada terpengaruh dan dirasuk oleh bilai-nilai songsang yang gila dan sasau yang diterima pakai secara bulat-bulat dari Barat. Ikutlah peradaban budaya kita yang sentiasa berpaksi kepada kehidupan yang harmonis, tenteram, bertolak ansur berlandaskan nilai-nilai agama dan nilai-nilai universal. Remaja kini harus sedar akan acuan negara sendiri yang terbina daripada semangat kerjasam dan musyawarah di kalangan pelbagai kaum, agama dan budaya. Saudara-saudari sekalian, Sebelum mengundur diri saya ini mengungkapkan kata-kata bijaksana yang meletakkkan martabat remaja pada kedudukan yang tinggi dengan kata-kata “Penuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara.”. Slogan patriotik ini memberi pengiktirafan kepada golongan remaja bahawa mereka adalah yang layak memikul amanah memacu negara mencapai matlamat. Dengan itu, benarlah kata-kata bahawa, “Remaja Hari Ini Penentu Harapan Hari Esok”. Sekian, Terima Kasih. DISEDIAKAN OLEH; PN. AZURAINI ABU BAKAR

Page 17: KaranganB bm

KARANGAN CONTOH Pendidikan komputer perlu dilaksanakan di negara ini untuk melahirkan masyarakat yang celik komputer. Oleh itu anggota masyarakat wajar mempunyai pengetahuan tentang komputer. Jelaskan kebaikan dan keburukan komputer dalam kehidupan masyarakat hari ini. Istilah teknologi maklumat dapat ditakfirkan sebagai jaringan telekomukasi yang menghubungkan dunia sejagat tanpa batasan. Lazimnya jenis-jenis teknologi maklumat termasuk komputer, internet dan pelbagai alatan multimedia . Tidak dapat disangkalkan bahawa teknologi maklumat telah menjadi sinonim bagi semua manusia pada zaman muassir, lebih-lebih lagi sejak bermulanya millennium baru. Justeru, kerajaan menggalakkan masyarakat menguasai kemahiran komputer yang bertujuan untuk membentuk masyarakat sakinah yang berpaksikan teknologi maklumat . Penguasaan bidang ini dapat memartabatkan negara kita di mata dunia agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara yang berada di puncak kemakmuran di persada antarabangsa. Sejajar dengan itu, pendidikan komputer perlu diaplikasikan di segenap lapisan masyarakat yang membangun dari aspek social, ekonomi dan politik. Walaubagaimanapun, pendidikan komputer telah menimbulkan pelbagai reaksi di setiap pelosok dunia kerana ada pendapat mengatakan bahawa komputer membawa seribu kebaikan kepada pengguna. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa timbulnya pelbagai masalah social pada zaman ini dikaitkan dengan perkembangan komputer. Dalam masa yang relatif ini, kita telah pun memasuki alaf baru. Era ini pastinya sarat dengan realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang yang perlu kita depani. Apakah imej yang sudah menjajahi seluruh benak fikiran kita apabila frasa tentang teknologi maklumat disebut?Sudah pasti terdapat pelbagai hipotesis dan analogi yang akan menyelubungi pemikiran bagi mencari jawapan berhubung soalan tersebut. Sesungguhnya kini, dengan kewujudan Universiti Maya, pelajar universiti kini bukan sahaja dapat berkomunikasi dengan pensyarah mereka melalui mel elektronik bahkan mereka dapat mengakses internet menerusi komputer dan multimedia interaktif. Sementelahan pula, Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang diperkenalkan sememangnya menjadi cerucuk utama dalam pembangunan sistem pendidikan negara yang berteraskan teknologi maklumat. Dengan ini seseorang guru dapat menyampaikan kuliahnya kepada pelajar melalui laman jaringan tidak kira di mana mereka berada. Justeru, para pelajar dapat mengikuti pelajaran secara langsung dengan adanya fasiliti komputer yang canggih. Hal ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang celik teknologi maklumat supaya dapat berbekalkan ilmu agar dapat menghadapi kederasan pembangunan teknologi masa kini. Konklusinya komputer dan internet menjadi instrumen pendidikan bagi melahirkan generasi yang dominan dalam bidang teknologi maklumat serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih lancar. Demi merealisasikan hasrat yang dimanifestasi oleh kerajaan Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat menjadi penentunya, khususnya dalam mengubah serta membaiki system pentadbiran dan pengurusan negara. Kemajuan teknologi maklumat seperti penggunaan komputer dan internet dalam bidang pengusan dan pentadbiran telah membantu pembangunan sesebuah negara seperti Amerika dan Jepun yang makmur dari segi sains dan teknologi . Bagi mengatasi cabaran globalisasi yang semakin menghimpit, Malaysia kini sedang menuju ke arah sistek kerajaan elektronik. Penerapan keranaan elektronik mula terbukti apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melancarkan ‘homepage’ SPA yang membolehkan permohonan jawatan melalui penggunaan komputer. Cara ini mendekatkan SPA kepada sistem ‘K-Pengurusan’ serta sekaligus memudahkan kerja pendaftaran dibuat. Sehubungan itu, langkah kerajaan memperkenalkan ‘Kios Elektronik’ di pejabat, bank dan pusat beli-belah adalah bertujuan untuk memudah dan memperecepat oaring ramai berurusan dengan jabatan kerajaan seperti membayar cukai tanah, memperbaharui lesen memandu dan membayar denda kesalahan trafik. Hal ini merupakan sebahagian daripada revolusi perkembangan teknolgi maklumat yang bukan sahaja akan mengubah corak kehiduan kita, bahkan memastikan kita agar terus mara dalam era informasi. Jadi, kehadiran komputer memainkan peranan yang menonjol dalam bidang pengurusan dan pentadbiran negara agar kita semua tidak terpinggir dan terkebelakang dalam ledakan teknologi. Kemajuan teknologi maklumat turut membangunkan bidang kesihatan dan perubatan negara melalui penggunaan komputer dan internet. Dengan kemudahan serta alat-alat yang moden dan sofistikated, pakar-pakar perubatan dalam negeri dan luar negeri kini boleh bersidang menerusi laman web tele-perubatan. Melalui ‘video –conference’ perbincangan tentang kaedah rawatan cara pencegahan terkini dapat dilangsungkan secara terus. Oleh itu, para pakar perubatan kini tidak perlu lagi menghabiskan masa untuk berbolak-balik atau tergesa-tergesa ke luar negeri semata-mata untuk

Page 18: KaranganB bm

menghadiri persidangan tersebut. Dengan hanya menekan kekunci,mreka boleh bermusyawarah secara langsung. Kegunaan internet yang komprehensif serta tidak terbatas ini juga dapat memudahkan kerja-kerja penyelidikan. Hal ini bermakna maklumat tentang perubatan yang terkini dapat diperoleh menerusinya dan hal ini telah memberi manfaat kepada golongan penyelidik untuk menjalankan penyedilikan secara lebih mendalam dan terperinci melalui internet. Justeru, tidak hairanlah sekiranya kemajuan bidang kesihatan dan perubatan negara setanding dengan negara-negara maju lain yang telah lama mendahului kita dalam lapangan tersebut sebagai impak kepada pengusaan teknologi maklumat negara kita. Sebagai menggulung, pembangunan pesat dalam bidang kesihatan dan perubatan negara dalam mempraktikkan teknologi maklumat perlu dikekalkan momentumnya agar kita terus hebat dan maju. Dalam menempuhi alaf yang serba moden, kita selalunya hilang pertimbangan dan kewarasan. Manusia kini dikuasai oleh teknologi maklumat, lebih-lebih lagi internet yang berperanan sebagai media massa. Oleh sebab kita sering terkeliru dengan kebenaran khabar angin serta berita-berita yang terpampang dan terhidang di internet. Kita seharusnya mengambil ikhtibar daripada kejadian sesetengah pengguna yang telah menerima ajaran sesat akibat terpengaruh dengan kenyataan di internet. Hal ini berlaku kerana minda kita telah diracuni dengan maklumat-maklumat di internet yang belum lafi disahkan benar. Senario ini bertambah serus apabila kita tidak mampu membezakan baik dan buruk sebagai impak kepada penyuntikan berita-berita yang negatif dalam minda kita. Lama-kelamaan fikiran kita akan dikaburi dan akhirnya dimusanahkan akibat hilang pertimbangan akal. Oleh yang demikian internet mampu merosakkan daya intelektual manusia dan hal ini akan menjadi barah jika tidak dibendung awal. Kesimpulannya langkah-langkah yang drastik perlu disusun dan digagaskan bagi membetulkan hala tuju manusia yang hanya berlandaskan pertimbangan akal yang dangkal.

Berdasarkan statistik yang ditunjukkan, kegiatan gejala sosial dan kes jenayah yang semakin meningkat merupakan implikasi kepada penyalahgunaan internet. Tidak dinafikan, teknologi maklumat menjadikan remaja lebih berpengetahuan. Akan tetapi bolehkah teknologi maklumat seperti internet membentuk sahsiah remaja yang berlandaskan norma moral dan nilai kerohanian yang positif? Jawapannya tidak. Internet disebaliknya hanya menggali jurang sosial untuk menjerumuskan remaja serta menggalakkan masalah sosial.Melalui laman-laman web pornografi yang diwujudkan, remaja kini mempunyai naluri ingin tahu yang cukup tinggi sehinggakan mereka sanggup melakukan adegan-adegan berani dengan mengakses gambar-gambar lucah dari internet. Kebobrokan nilai murni dan norma masyarakat di kalangan remaja terserlah setelah minda mereka telah terpengaruh dan disogokkan dengan budaya barat yang dianggap bersesuaian dengan peredaran masa. Sememangnya, remaja kini mempunyai gelombang nafsu yang tinggi,terdorong untuk meniru paparan di internet sehingga meruntuhkan moral dan budaya timur yang luhur ini. Seterusnya mereka melakukan perbuatan yang tercela seperti hubungan seks secara rambang, berjudi, merompak, merokok, berpakaian tidak senonoh yang dianggap bertentangan dengan ajaran agama serta melanggari tatasusila masyarakat timur. Akhirnya generasi ini akan terus membesar dalam lingkungan kebejatan sosial dan menjadi golongan yang liar, anarkis, perosak dan tidak produktif.Konklusinya, penyalahgunaan internet hanya akan menyumbang kepada kebejatan moral dan oleh itu adalah wajar satu bentuk orientasi sosial yang lebih terarah perlu diterapkan bagi pembentukan masyarakat sakinah. Institusi keluarga yang rapuh dan goyang acap kali diasosiasikan dengan perkembangan teknologi yang pesat pada zaman muasir ini. Justeru, ramai berpendapat bahawa kewujudan peralatan-peralatan canggih seperti komputer mengurangkan komunikasi kekeluargaan. Melalui ruangan ‘chat’ yang terdapat di internet, remaja kini sanggup menghabiskan masa untuk melayari laman ‘chatting’. Oleh sebab’chatting’ memakan masa yang lama, maka peluang untuk remaja kini berkomunikasi serta berinteraksi dengan ahli keluarga mereka adalah tipis. Lama-kelamaan hubungan mereka dengan ahli keluarga akan menjadi semakin renggang. Konflik, pergaduhan, perselisihan faham akan timbul sebagai akibatnya. Akhirnya institusi sesebuah keluarga akan menjadi goyah dan porak-peranda pada kesudahannya. Jadi, jelaslah bahawa hubungan antara ahli sesebuah keluarga berkait rapat dengankemajuan teknologi yang berkembang pesat. Jika begitu, hal ini sentiasa menagih komitmen dan keiltizaman semua pihak, terutamanya ibu bapa dan remaja agar bersama-sama membina institusi keluarga yang mantap demi megeratkan silaturrahim sesama sendiri. Intihanya, penggunaan komputer dapat disimpulkan sebagai sesuatu yang mengguntungkan sekiranya diaplikasikan dengan bertunjangkan norma dan nilai murni yang positif. Lebih penting lagi dunia sekarang telah menerima hakikat bahawa masa depan kita akan dicorakkan dengan teknologi maklumat dan penggunaan komputer menjadi nadi penting ke arah kemajuan serta menjadi satu komoditi yang amat berharga. Justeru, masyarakat harus menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan komputer ke jalan yang benar dan kita tidak sewajarnya melihat isu ini dalam konteks yang sempit. Diharapkan kita tidak menjadi hamba teknologi sebaliknya beriltizam dalam mencari ilmu teknologi untuk

Page 19: KaranganB bm

menjadi individu yant berilmu, bermaruah, berwawasan dan dinamik bagi melengkapkan diri untuk berhadapan dengan serangan budaya asing yang semakin kritikal. Sehubungan itu, pendidikan komputer sangat penting memandangkan perkembangan semasa dunia yang meletakkan kemahiran komputer sebagai prasyarat untuk menempuhi alam kerjaya kelak. JADIKAN ILLUSI DI ATAS SEBAGAI GAMBARAN BETAPA CEPATNYA MASA ITU BERLALU MENINGGALKAN KITA, LAN TARAN ITU KITA PERLU BERGERAK SEIRING DENGAN PERJALANAN MASA……………………….. SEMOGA BERJAYA. Disunting oleh : Pn. Azuraini bt Abu Bakar

Page 20: KaranganB bm

Soalan : Sukan bukan sahaja sebagai aktiviti yang menyihatkan badan, malah bernilai komersial, mewujudkan perpaduan kaum, mengharumkan nama sesebuah negara serta membendung budaya negatif. Bincangkan kepentingan sukan kepada diri dan negara. ISU UMUM : SUKAN FOKUS JAWAPAN : KEPENTINGAN SUKAN KEPADA DIRI DAN NEGARA

FORMAT : PERBINCANGAN

ISI UTAMA HURAIAN/CONTOH Pendahuluan

- Tahun 1998 merupakan detik bersejarah kepada Malaysia dan Asia kerana Sukan Komanwel yang ke-16 telah berlangsung di Malaysia

- Penganjuran sukan ini merupakan langkah ke arah merealisasikan Wawasan 2020

- Merupakan inspirasi Negara untuk melahirkan masyarakat yang maju, demokratik, penyayang dan sejahtera

- Merupakan peluang keemasan bagi negara kita menonjolkan imej dan kewibawaan Malaysia di arena antarabangsa

- Apakah faedah penganjuran kepada diri dan negara? Apakah kepentingan sukan kepada seseorang? Sukan dapat melahirkan insan yang cergas dan cerdas.

- aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan. - Senaman mampu menguatkan sendi-sendi dan dan otot-otot tubuh menyebabkan

lemak yang termendap dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga. - Dapat membantu peroses perpeluhan dan menghilangkan panas badan. - Mereka yang aktif sukan akan terhindar daripada pelbagai penyakit kronik seperti

sakit jantung, dan diabetes seperti kata pepatah ‘otak cerdas terletak pada badan yang sihat.’

- Bagi pelajar, badan yang sihat memungkinkan seseorang itu dapat memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran.

- Bagi pekerja pula apabila badan sihat, hasil kerja lebih memuaskan . - Kesannya kemjuan dan kemakmuran sesebuah negara dapat dicapai.

Sukan boleh mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan.

- boleh meningkatkan permintaan terhadap alatan sukan. - Mereka yang terlibat dalam bidang peralatan sukan seperti bola dan pakaian

sukanmeraih keuntungan yang berlipat ganda. - Usaha menyediakan pelbagai kemudahan prasarana sukan mendatangkan hasil

yang lumayan. - Misalnya untuk membina gelanggang permainan, stadium dan kolam renang

bertaraf antara bangsa, peluang perniagaan terbuka luas kepada kontraktor dan pembekal bahan binaan.

- Malah peluang pekerjaan dapat diwujudkan. - Apabila sesuatu kejohanan diadakan,mereka yang berdekatan dengan

gelanggang permainan memperoleh pendapatan sampingan menerusi perniagaan yang dijalankan.

- Ini bermakna sukan berjaya merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Sukan mampu mewujudkan perpaduan kaum

- ketika bersukan kita akan melupakan warna kulit. - Kita tidak peduli sama ada rakan sepermainan itu orang Melayu, cina atau India. - Sebelum sesuatu pertandingan, para atlet akan berkumpul di kem latihan dalam

tempoh tertentu. - Disitulah mereka tinggal, berlatih, makan dan berehat. - Pergaulan dan interaksi sesama atlet dan pemain mewujudkan perpaduan kaum - Ketika pertandingan berlangsung, mereka akan mempunyai satu misi untuk

mengharumkan nama sekolah, negeri atau negara. - Kejayaan tidak akan tercapai jika tiada persefahaman yang erat, saling

membantu dan bertolak ansur. - Rakyat sebagai penyokong pasukan negara menunjukkan semangat kebangsaan

yang tingggi dgn menyokong pemain negara. - Bukti seramai 15 ribu orang dari pelbagai kaum mendaftar diri sebagai

sukarelawan di Sukan Komanwel 1998 merupakan rekod pencetus perpaduan tidak mungkin dilupakan.

Page 21: KaranganB bm

Sukan mampu mengangkat martabat negara ke mercu yang lebih tinggi

- Pencapaian dalam bidang sukan menyebabkan nama Malaysia terukir di pentas antarabangsa.

- Contoh kejayaan Malaysia dalam Piala Thomas 1992 setelah 25 tahun kehilangannya dan kejayaan malaysia memenangi pingat dalam acara badminton di sukan Olimpik menyebabkan nama negara disebut.

- Sebelum ini tidak ramai mengenali walaupun pelbagai promosi telah dan terus dibuat, tetapi kesannya belum begitu ketara.

- Tetapi melalui sukan, mata masyarakat dunia seakan-akan mula terbuka. - Dalam jangka panjang keyakinan mereka bukan sahaja dalam bidang sukan,

tetapi dalam bidang lain seperti pelancongan dan perindustrian. - Barangan keluaran tempatan mula mendapat perhatian. - Apabila martabat negara semakin tinggi, hasil keluaran malaysia mula mendapat

tempat di pasaran antarabangsa.

Sukan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

- Apabila negara kita menjadi tuan rumah dalam sesuatu temasya suka antarbangsa, keuntungan besar boleh diperoleh menerusi pelancongan, perhotelan, pengangkutan.

- Ketika SUKOM seramai 6000 orang peserta dan pegawai dari 60 buah negara telah datang ke negara kita.

- Ramai lagi pemerhati dan penyokong yang telah datang. - Selain menyaksikan temasya, mereka mengambil kesempatan untuk

mengunjungi tempat-tempat menarik. - Kedatangan mereka dengan membawa jumlah wang yang banyak, - Wang tersebut dibelanjakan untuk membeli-belah, membayar sewa tempat

tinggal dan kenderaan. - Negara akan memperoleh pendapatan menerusi pertukaran wang asing. - Mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara

Sukan boleh mengatasi masalah sosial

- Sejak akhir-akhir ini masyarakat didedahkan dengan masalah remaja yang suka melepak, bohsia, penyalahgunaan dadah dan vandalisme.

- Masalah ini berpunca daripada remaja yang tidak tahu memanfaatkan masa yang teluang.

- Jika mereka meminati sukan, masa yang terluang selepas habis sekolah atau bekerja, mereka akan ke gelanggang permainan.

- Selepas selesai sesi permainan, badan sudah letih, dan malam pun telah tiba. - Jadi tiada ruang rakan-rakan yang suka melepak. - Golongan ini sedar peranan mereka sebagai remaja dan rakyat Malaysia dan

sesekali tidak teringat untuk melakukan kegiatan yang tidak sihat. - Sukan mampu membentuk masyarakat yang menghargai masa, diri dan negara.

Mutu sukan negara dapat ditingkatkan

- Melalui sukan antara bangsa- dapat meniru teknik-teknik latihan yang digunakan dan kelengkapan yang disediakan oleh egara tersebut.

- Contohnya teknik permainan, pengurusan, dan kelengkapan prasarana sukan - Atlet mengetahui punca kegagalan dan kelemahan - Mereka akan berlatih dengan lebih giat demi mencapai taraf sukan yang

diharapkan - Negara boleh merancang strategi pembangunan sukan pada masa depan

Penutup

- Memandangkan betapa pentingnya sukan kepada pembangunan negara, kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan telah menyusun pelbagai program untuk memastikan sukan menjadi satu aktiviti yang bukan sahaja untuk menyihatkan badan, malah mampu mengharumkan negara.

- Sesungguhnya masa itu emas, Golongan remaja perlu memanfaatkan masa yang terluang.

- Ada masa untuk berhibur, belajar, bersukan dan membaca buku. - Tetapi tiada masa untuk melepak, bercampur gaul dengan budak-budak nakal

atau merosakkan harta awam. - Sesungguhnya diri sendirilah yang bakal mencorakkan masa depan. Jangan

sesekali mengkutkan hati muda. - Daripada melakukan perkaran yang tidak berfaedah, lebih baik memanfaatkan

masa dengan bersukan.

Page 22: KaranganB bm

Soalan: Pelbagai langkah perlu dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Pada pandangan anda apakah cara-cara yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah untuk memupuk semangat ini. Jelaskan. Analisis Tajuk Isu Umum : semangat patriotisme Isu Utama : memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar Kehendak soalan : langkah-langkah Jenis : Karangan pendapat (tanpa format) Presiden John F Kennedy pernah berseru kepada rakyat Amerika dengan berkata ‘Jangan ditanya apakah pemberian negara kepada kamu sebaliknya tanyalah apakah yang dapat kamu sumbangkan untuk negara.’ Kata-kata ini merupakan satu sentuhan rohani untuk membentuk jiwa patriotik di kalangan rakyat agar lebih mencintai dan sentiasa berusaha memberikan sumbangan yang terbaik untuk kemajuan dan pembangunan negara. Dalam merealisasikan matlamat ini, para pelajar merupakan angkatan sasaran yang tepat dapat dibentuk jiwa mereka supaya mengasihi negara. Oleh itu, semua pihak khususnya sekolah hendaklah melaksanakan tugas-tugas profesional mereka untuk menterjemahkan cita-cita murni ini menjadi kenyataan. Usaha utama untuk melaksanakah wadah ini ialah melalui penerapan nilai murni iaitu mencintai negara yang disemai melalui pendidikan. Melalui beberapa subjek seperti Pendidikan Sejarah, Bahasa Melayu, Kesusasteraan, Pendidikan Islam dan Moran kandungan pelajarannya boleh diterapkan dengan unsur-unsur menghayati negara tercinta. Subjek sejarah adalah antara yang relevan untuk mendidik pelajar mengenali asal-usul pembentukan dan jatuh bangun sesebuah negara itu. Urutan peristiwa demi peristiwa dan segala episod sedih yang pernah dilalui oleh pejuang-pejuang terdahulu akan menjadi sumber inspirasi untuk mengajak generasi pelajar supaya lebih sayang dan cinta akan tanah tumpah darah mereka. Selain itu, unsur-unsur perbandingan sejarah jatuh bangun antara sebuah negara dengan negara yang lain boleh memberikan kesedaran kepada generasi pelajar supaya mereka insaf dan berfikir semula bahawa mereka lebih bertuah dilahirkan di negara ini. Hakikat hidup di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung dan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri akan dapat diterapkan ke dalam jiwa anak-anak apabila mereka memahami dengan lebih jelas akan erti perjuangan sebuah bangsa yang berdaulat. Peribahasa ada menyatakan tak jauh seluang melaut akhirnya balik ke muara menggambarkan betapa jauh dan lama seseorang itu merantau akan balik ke pangkal ibu pertiwi. Justeru, perasaan cinta dan sayang terhadap watan itu hendaklah dipupuk dalam nilai sebenar iaitu menterjemahkannya dalam ketaatan dan rela berkorban. Bagi memastikan unsur berkenaan sentiasa tertanam di dalam jiwa setiap warganegara mereka perlu dipupuk dengan nilai moral d an pegangan agama yang tulen. Nilai moral akan menjadi wadah untuk individu itu lehih luhur peribadinya dan serta lebih murni tingkah laku. Sementara nilai agama pula akan membentuk jiwa yang taat dan patuh terhadap Rabbani(tuhan) dan sentiasa beristiqamah agar tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai hidup universal dan nilai-nilai ketuhanan. Apabila kedua-dua mekanisme ini berjaya ditanamkan ke dalam jiwa rakyat nescaya mereka akan sentiasa menunjukkan taat setia dan rela berkorban apa-apa sahaja demi negara.

Sekolah juga bertanggungjawab untuk membentuk insan pelajar yang berilmu dan berkemahiran. Kedua-dua asas ini amat bermakna kerana negara akan membangun dengan pantas apabila tenaga manusianya terdiri daripada golongan mahir dan profesional. Dengan kepakaran dan ilmu di dada maka terbentuk warganegara yang bersedia untuk membangunkan tanah air sendiri. Bidang ilmu yang berkaitan dengan sains, teknologi dan kepakaran hendaklah diberi keutamaan. Langkah ini seiring dengan wawasan negara untuk melahirkan rakyat kreatif dan inovatif serta menjadi penyumbang kepada masa depan negara. Seandainya matlamat ini penuhi seyogialah matlamat sembilan mekanisme teras wawasan 2020 menjadi kenyataan. Sesungguhnya kita patut bersyukur dengan keiltizaman yang tinggi terhadap ilmu dan kepakaran teknologi tinggi kini Malaysia juga mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang telah lama mendominasi bidang industri. Walaupun masih berusia setahun jagung, namun industri otomobil nasional, iaitu Proton dan Perodua telah mula mendapat pengiktirafan dunia.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang berteraskan pendidikan yang menyeluruh dan

bersepadu untuk membentuk pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, em osi dan jasmani hendaklah dijadikan teras paksi . Falfasah ini sekiranya dihayati dan diimplementasikan dengan penuh iltizam sudah pasti akan dapat membentuk insan yang cukup ideal terhadap dirinya sendiri setesusnya kepada masyarakat, bangsa dan negara. Oleh itu, guru ialah individu yang wajar berada di

Page 23: KaranganB bm

garisan paling hadapan untuk melaksanakan tugas berat ini. Oleh itu, guru wajar mempersiakan diri mereka agar menjadi insan yang tanpa cacat cela untuk diteladani oleh para pelajar. Guru wajar mengelak daripada terdedah kepada elemen yang negarig kerana semua pembawaan personaliti mereka dirujuk oleh pelajar-pelajar, ibarat guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari. Oleh itu, setiap guru hendaklah menjadikan kandungan FPN sebagai doktrin rujukan mereka yang utama dalam hal mendidik.

Angkatan pelajar ialah generasi penentu dalam memastikan hala tuju negara berada pada

landasan yang betul. Justeru, sekolah dan guru menjadi kanvas dan arkitek untuk menjayakan falsafah negara. Sesungguhnya Saidina Ali pernah berkata, ‘Tiada perkara yang paling bernilai melainkan ilmu kerana ilmu menjaga kamu dan menjaga harta.’ Oleh itu, para pelajar harus diasuh sejak dari bangku persekolah untuk menjadi generasi yang berjiwa patriotik dan berguna kepada negara.

Page 24: KaranganB bm

Soalan : ‘ Negara Kita Tanggungjawab Kita.’ Anda bersetuju dengan pernyataan ini. Tuliskan hujah-hujah anda. Analisis Tajuk Isu Umum : Semangat Patriotisme Isu Utama : Negara Kita Tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia Kehendak Soalan : Apakah tanggungjawab rakyat Malaysia terhadap negara kita? Jenis : Karangan Perbincangan (tanpa format) Pepatah Arab menyebut,’Kasihkan watan (negara) adalah sebahagian daripada iman’ dan peribahasa Melayu pula menyebut, ‘Hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.’ Hal ini menggambarkan bahawa kita dituntut agar mengasihi tanah air dan berkorban kerananya. Ungkapan di atas adalah salah satu tema sambutan hari kemerdekaan negara yang menuntut komitmen menyeluruh setiap individu rakyat agar berjiwa patriotik dan sedia berbakti untuk negara. Justeru, saya memang bersetuju dengan slogan tersebut. Salah satu tanggungjawab utama untuk menterjemahkan rasa cinta kita terhadap negara adalah dengan menjaga kestabilan, keamanan dan kesinambungan politik tanah air . Sistem politik yang berteraskan amalan demokrasi dan perkongsian kuasa perlulah diperohara agar tidak diresapi oleh sebarang anasir perosak. Justeru, sebarang pengaruh luar yang boleh meruntuhkan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air hendaklah ditentang habis-habisan. Pengalaman silam telah cukup mengajar kita dan sejarah telah menjadi guru paling berwibawa agar kita sentias insaf bahawa kemerdekaan dan keamanan yang kita peroleh kini bukanlah suatu hakikat yang sembarangan. Perjuangan untuk memperleh kemerdekaan telah menyaksikan satu persatu wira-wira negara seperti Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Dato’ Maharaja Lela dan lain-lain lagi gugur syahid. Kini setelah 45 tahun kita menghirup nafas merdeka, kita harus memikul tugas untuk mengekalkan kesejahteraan sosial . Barangkali kita sudah ditakdirkan hidup dalam sebuah masyarakat majmuk dengan keragaman pelbagai budaya dan agama. Dengan stuktur sosial yang amat kompleks itu kita hendaklah memeliharanya agar tidak dicemari oleh angkara salah faham, pertelingkahan dan perbalahan kaum. Kita juga perlu insaf bahawa tiada sebuah negara pun di dunia ini yang mampu mengekalkan keamanan selagi ketenteraman sosial tidak dijaga. Justeru, tragedi berdarah seperti 13 Mei 1969 biarlah terus tersimpan di dalam diari lama di Arkib Negara sahaja. Kita bermohon agar dinyahkan segala pengalaman ngeri seperti itu. Oleh itu untuk mengekalkan keharmonian sosial semua kaum perlulah sedar bahawa tiada sedikit pun keuntungan jikalau kita bertelingkah. Peristiwa di Kampung Medan pada tahun 2000 telah membuktikan hakikat kalah jadi abu menang jadi arang. Tanggungjawab seterusnya ialah berjuang untuk membangunkan ekonomi negara. Kini melalui slogan globalisasi tajaan barat, kita semakin dihimpit oleh rangkaian neokolonialisme yang ingin menjadikan semua negara sebagai medan dunia terbuka. Justeru, sesiapa yang kuat dialah yang dapat. Demi membendung arus globalisasi yang berat sebelah itu, kita hendaklah benar-benar tega untuk menjadi kuasa ekonomi yang mampu bersaing dengan negara-negara yang sudah maju. Oleh itu, setiap rakyat perlulah mengisi dada dengan ilmu, memperlengkapkan diri dengan kemahiran supaya segala agenda ekonomi negara tidak lagi bergantung kepada tenaga buruh asing. Janganlah kita hanya berbangga dengan kejayaan negara sbaliknya kejayaan tersebut adalah dengan bikinan tangan orang lain, ibarat kalah sabung menang sorak, ayam menang kampung tergadai. Alam sekitar adalah anugerah yang maha besar daripada tuhan yang maha pemurah. Kita cukup bertuah apabila dilahirkan di sebuah negara yang amat indah, harmoni dan makmur. Walaubagaimanapun, kita berasa begitu kecewa apabila alam yang bagini sejahtera sedang menghadapi ancaman kemusnahan. Kemajuan pembangunan fizikal yang tidak mengambil kira aspek jangka panjang menakutkan banyak pihak tentang keselamatan dan jaminan masa depan kita. Pencemaran alam sekitar, kepupusan flora dan fauna hendaklah diatasi secepat mungkin. Walaupun terdapat begitu banyak kempen dan saranan supaya alam sekitar dipelihara, namun saranan hanya tinggal saranan dan kempen berlalu melalui corong-corong pembesar suara sahaja. Tuntasnya kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, perlulah menjaga kualit i alam sekitar agar sentiasa selamat untuk diduduki untuk generasi kini dan akan datang. Sebagai bangsa yang beradab sopan, berbudaya dan mempunyai identiri, setiap rakyat Malaysia wajar mempertahankan harga diri dan nilai seni warisan dan budaya. Kemurnian dan maruah sesuatu bangsa itu sebenarnya dinilai berdasarkan nilai seni yang unik dan budaya yang sihat.

Page 25: KaranganB bm

Sebagai negara masyarakat majmuk sudah semestinya kita memiliki pelbagai ciri budaya yang menarik dan menjadi aset untuk menggamint pelancong asing. Kelembutan seni budaya seperti ronggeng, Makyong, Ngajat dan lain-lainadalah menjadi sumber hari nurani setiap kaum. Selain memiliki seni budaya yang unik dan dihormati, kita harus berwaspada dengan nilai-nilai songsang pengaruh dari barat yang semakin pantas mempengaruhi golongan remaja. Unsur-unsur hiburan seperti Heavy Metal, Black Metal Hard Rock dan Hip Hop mungkin menjadi virus untuk melumpuhkan budaya dan kesenia kita. Oleh itu jagalah negara kita kerana kita bertanggungjawab terhadap segala yang mungkin terjadi. Budaya cerminan bangsa dan budaya menjadi sendi bangsa. Sesungguhnya, ‘Negara Kita Tanggungjawab Kita’ dan ‘Keranamu Malaysia’ akan terus menjadi slogan yang menuntut komitmen seluruh rakyat untuk berkorban demi negara . Ingatlah sebagai warga yang berdaulat, maka kepada tanah air inilah kita tumpahkan setia, bak kata peribahasa ‘tak jauh seluang melaut, lambat laun tetap ke muara.’

Page 26: KaranganB bm

SOALAN UJIAN 1 2004 : Remaja seringkali dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak seperti menonton VCD lucah, penagihan najis dadah, gengsterisme dan peras ugut. Selain faktor kerapuhan institusi kekeluargaan, banyak faktor lain menyumbang ke arah perbuatan yang tidak sihat. Berikan pendapat anda mengenai perkara tersebut. Dalam era yang relatif singkat ini, kita telahpun memasuki alaf baru. Era ini pastinya sarat dengan cabaran serba ruwet dan canggih yang perlu ditangani dengan serius dan proaktif. Pada zaman muasir ini, remaja acapkali diasosiasikan dengan gejala keruntuhan akhlak. Menurut kajian, lebih 70 % daripada mereka merokok manakali kira 40% remaja menonton VCD lucah. Remaja merupakan aset negara yang tidak ternilai. Kita sememangnya tidak harus membiarkan gejala tersebut menjadi satu titik hitam yang menghalang remaja kita daripada mengoptimumkan keupayaan mereka untuk membangunkan negara. Oleh yang demikian faktor-faktor yang membawa kepada gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja ini patut dikaji dan ditelusuri sehingga ke akar umbinya sebelum strategi menanganinya digagaskan. Seperti mana yang kita sedia maklum institusi kekeluargaan yang mantap merupakan hospital yang paling unggul untuk merawat segala penyakit sosial. Kerapuhan institusi kekeluargaan merupakan faktor perdana berlakunya gejala yang tidak sihat itu. Ibu bapalah pencorak sikap anak-anak. Anak-anak yang berada pada peringkat remaja masih mentah dan amat memerlukan bimbingan dan pimpinan ibu bapa untuk mencapai hala tuju yang betul. Malangnya pada masa kini, kebanyakan ahli masyarakat naif dengan kebendaan dan terpukau dengan nilai-nilai material yang melalaikan mereka daripada landasan perjuangan yang sebenar. Selalunya ibu bapa sibuk dengan kerjya masing-masing sehingga melalaikan anak-anak mereka. Akibatnya anak-anak remaja ini akan melakukan perbuatan-perbuatan tidak sihat seperti menagih dadah, memeras ugut dan sebagainya dengan tujuan menarik perhatian ibu bapa. Malah sebahagian daripada mereka tidak mengetahui bahawa perbuatan mereka itu adalah salah di sisi moral dan agama. Ketiadaan pengawasan daripada ibu bapa menyebabkan remaja terlibat dalam gejala keruntuhan akhlak. Kita semua memahami bahawa keluarga yang mantap dan bahagia merupakan penawar kepada aneka resipi penyakit sosial. Maka dapat disimpulkan bahawa kerapuhan institusi kekeluargaan merupakan penyumbang utama berlakunya gejala keruntuhan akhlak. Pegangan agama yang rapuh juga merupakan faktor yang mendorong remaja terlibat dalam gejala keruntuhan akhlak. Semua agama mengajar penganutnya berbuat baik. Temaja yang rapuh pegangan agama kurang memahami ajaran agama dan apabila terlibat dalam gejala tidak sihat, mereka atidak mengetahui bahawa perbuatan mereka itu bertentangan dengan bibit moral dan norma masyarakat. Akibat kekurangan penerapan nilai-nilai moral dan ajaran agama dalam sanubari remaja, mereka akan melakukan sesuatu tanpa mempertimbangkan sebab dan akibat tindakan mereka. Mereka telah mengetepikan kepentingan orang lain. Manusia yang tidak berpegang teguh kepada ajaran agama, dan nilai moral diibaratkan sebagai masyarakat yang celik tetapi buta. Remaja yang rapuh pegangan agama akan melakukan sesuatu di luar jangkaan yang boleh membawa kesusahan kepada diri dan orang lain seperti menonton VCD lucah, memeras ugut, terlibat dalam gengsterisme, menagih dadah dan sebagainya. Lazimnya remaja lebih gemar mendekati rakan –rakan tidak kira ketika bergembira atau mengalami kesusahan. Perasaan remaja biasanya diluahkan kepada rakan yang sebaya kerana menganggap rakan tersebut mampu memahaminya lalu menghulurkan bantuan. Justeru, remaja amat mementingkan maruah mereka di kalangan rakan sebaya. Ketika diajak melakukan sesuatu, remaja biasanya tidak akan menolak kerana bimbang dirinya dianggap pengecut dan tidak berguna oleh rakan yang lain. Mereka sering terikut-ikut perbuatan rakan sebaya walaupun sesetengah daripada mereka sedar bahawa perbuatan rakan tersebut adalah tidak wajar. Pada peringkat permulaan terlibat dalam gejala keruntuhan akhlak, rasa taku dan bimbang memang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, remaja tidak sanggup menjatuhkan air mukanya di hadapan rakan-rakan. Mereka akan menurut arahan dan hasutan rakan dengan membuta tuli. Lama-kelaman perbuatan yang tidak sihat telah menjadi kebiasaan remaja tersebut dan mereka tidak lagi bersa bersalah kerana rakan lain turut melakukannya. Malah mereka akan menghasut rekan lain yang baik untuk menyertai aktiviti mereka. Jelaslah bahawa pengaruh rakan sebaya akan membawa kepada gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Sekolah merupakan gedung ilmu yang dapat membentuk individu yang berilmu, kreatif dan invatif. Walau bagaimanapun sistem pendidikan kini yang menilai seseorang pelajar melalui pencapaian akademiknya telah mengundang pelbagai masalah. Sistem peperiksaan telah dijadikan instrumen untuk menguji tahap pencapai pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran akan terasa mereka dipandang rendah dan tidak berguna di mata guru. Pelajar-pelajar yang tidak seimbang dari segi mental

Page 27: KaranganB bm

ini akan berkelakuan buruk supaya menjadi perhatian guru-guru sekolah. Sementelahan, subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral kini kurang dipandang berat oleh para guru ataupun pelajar. Guru-guru akan menaruh usaha yang lebih kepada pelajar yang dianggap bijak. Bagaimanakah pelajar yang kurang memuaskan pencapaian akademiknya? Golongan ini lumrahnya akan diabaikan oleh . Natijahnya mereka akan hilang minat terhadap pelajaran dan mengalih pandangan ke arah saluran untuk memperoleh keseronokan diri seperti melepak di pusat beli-belah. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan menyebabkan gejala keruntuhan akhlak semakin kritikal. Sementelahan pengaruh media massa sering diasosiasikan dengan faktor berlakunya keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Pihak penyiaran begitu tega mengimport rancangan yang berunsurkan ‘3S’ iaitu seks, sadis dan seram dari luar negara. Akibatnya penonton yang kebanyakan terdiri daripada remaja terpengaruh oleh unsur-unsur negatif barat yang bertentangan dengan nilai-nilai tradisi masyarakat timur yang diwarisi sejak turun temurun lagi. Mereka begitu bangga apabila mempunyai gaya rambut ‘punk’ atau pakaian yang mencolok mata sehingga mendedahkan aurat. Benteng iman yang teguh telah dieksploitasi sedikit demi sedikit sehingga remaja Malaysia tidak sedar lagi yang mana harus dibuka dan yang mana harus ditutup. Maka di sini jelaslah kepada kita bahawa kemasukan filem-filem asing telah mencetuskan penjajahan intelektulisme secara tidak sedar dan telah menghakis minat untuk memartabatkan filem-filem Melayu yang semakin lenyap di telan arus kemasyhuran filem asing seperti ‘Rosalinda’ yang begitu mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Malaysia. Gejala keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa di kalangan remaka bukan sahaja akan merosakkan remaja kita, malah akan membantutkan kemajuan dan pembangunan negara. Remaja merupakan generasi pewaris yang bakal menerajui pucuk kepimpinan negara kelak. Kita sememangnya tidak berhadap gejala negatif ini mengekang tonggak negara kita mengoptimumkan keupayaan mereka. Satu wahana yang konkrit dan pragmatik wajib dilaksanakan dengan segera. Kita menagih komitmen daripada semua pihak untuk menggemblengkan tenaga menghapuskan gejala keruntuhan akhlak ini demi masa depan remaja kita dan negara. “ Bangunlah Remaja Demi Negara.” Diadaptasi Oleh: Puan Azuraini Abu Bakar 22/3/04

Page 28: KaranganB bm

Soalan : Industri Pelancongan di Malaysia membantu dan menyumbang ke arah kemajuan negara . Ulaskan pendapat ini. Isu Umum : Industri Pelancongan Malaysia (Unit 11 – Ting. 4) Isu Utama : Sumbangan industri pelancongan ke arah kemajuan negara. Kehendak soalan : Apakah sumbangan sektor pelancongan. Perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia pada masa kini menyebabkannya terkenal sebagai sebuah negara membangun yang berjaya. Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, pelbagai sektor telah dibangunkan terutamanya sektor ekonomi. Satu daripada sektor ekonomi yang mendapat perhatian utama oleh pihak kerajaan ialah sektor yang berasaskan perindustrian. Antara sektor perindustrian yang dijalankan temasuklah industri pelancongan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa industri pelancongan telah menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pertukaran mata wang asing di sesebuah negara, khususnya negara kita. Dalam hal ini, Malaysia berjaya meletakkan diri setanding dengan negara-negara lain. Seperti negara-negara ASEAN yang lain juga industri pelancongan di negara ini giat dimajukan dan berkembang dengan pesat ke arah kemajuan negara kita. Negara kita memang kaya dengan kecantikan alam semula jadinya. Bukit-bukau yang menghijau, rangkaian pulau yang indah, serta pantainya yang putih dan bersih menjadi daya tarikan utama pelancong. Di negara kita juga terdapat beberapa buah pulau yang tercantik di dunia untuk dilawati seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Sipadan, Pulau Layang-layang dan sebagainya. Di pulau-pulau ini aktiviti menyelam di dasar laut menjadi daya tarikan utama kepada pelancong luar. Projek pembangunan alam semula jadi ini dapat mendatangkan pulangan yang besar kepada ekonomi negara. Adanya kawasan hutan lipur dan Taman Negara telah mendorong sektor pelancongan berkembangan pesat di negara kita. Para pemaju dengan cepat dapat mengesan kawasan alam sekitar yang berpotensi untuk dijadikan pusat peranginan. Hal ini dapat dilihat terutamanya di Pulau Langkawi menyediakan pelbagai kemudahan pelancongan yang bermutu tinggi. Semua kemudahan ini disediakan bagi memenuhi keperluan para pelancong dari luar negara, terutama dari Jepun, Eropah dan Amerika. Hal ini menimbulkan persoalan sama ada manfaat pembangunan pelancongan di situ akan dinikmati oleh masyarakat setempat atau pengusaha swasta. Maka sudah pasti kita dapat melihat dengan jelas jika sesebuah kawasan itu dibuka oleh pemaju swasta, yang untungnya rakyat tempatan di situ kerana peluang pekerjaan telah terbuka luas. Sejak akhir-akhir ini, industri pelancongan dilihat seolah-seolah seperti barang dagangan. Apatah lagi peranan yang dimainkan oleh Kementerian Pelancongan dalam membuat promosi-promosi menarik untuk menarik pelancong luar datang ke negara kita seperti Kempen Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan negeri juga mengambil langkah yang sama dengan menganjurkan Tahun Melawat Negeri masing-masing seperti Perak, Perlis,Selangor dan sebagainya. Industri ini diharapkan akan menjadi satu daripada penggerak penting bagi ekonomi negara melalui tukaran wang asing yang akan merancakkan sumber pendapatan negara kita. Baru-baru ini kita dapat lihat negara kita banyak memperoleh keuntungan hasil pertukaran wang asing daripada industri pelancongan yang berteraskan motor. Perlumbaan kereta dan motosikal di Litar F1 Sepang, menjadi bukti kepada kita. Semua tiket habis dijual. Malah banyak pelancong luar mengeluh kerana tidak dapat Membeli tiket. Semua hotel untuk pengunapan di sekitar Kuala Lumpur penuh sesak dengan para pelancong luar negara. Para peniaga tempatan banyak mengaut keuntungan. Semua ini jelas menunjukkan bahawa sektor pelancongan memang memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara. Sektor pelancongan negara kita banyak menyumbangkan hasil kepada negara menerusi aktiviti perhotelan yang disediakan, khas untuk para pelancong dari dalam mahupun dari luar negara. Ekoran perkembangan sektor pelancongan, secara langsung akan menambahkan peluang pekerjaan dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran. Lebih penting lagi ialah negara kita akan memperoleh tukaran wang asing. Permintaan untuk barangan keperluan harian juga terus meningkat. Para peniaga turut menikmati keuntungan hasil perkembangan sektor pelancongan. Namun, pembinaan hotel-hotel di tepi pantai dan diatas bukit perlu dikawal oleh pihak berkuasa. Kita tidak mahu fizikal pantai dan bukit akan pupus kerana terlalu banyak pembinaan prasarana hotel sehingga menjejaskan keindahan asli kawasan tersebut. Sekiranya perkembangan ini tidak dikawal, lama-kelamaan industri pelancongan akan memberi kesan yang memudaratkan masyarakat kita. Hal ini mungkin berlaku apabila

Page 29: KaranganB bm

kawasan semula jadi yang menarik terjejas sebagai akibat kerja-kerja pembangunan untuk industri pelancongan. Projek pembangunan ini mengambil kawasan tanah yang mempunyai ciri-ciri daya tarikan alam semulajadi. Dalam keghairahan kita membina prasarana untuk para pelancong, kesegaran alam sekitar perlu dipulihara. Kerajaan seharusnya mewartakan dan menyimpan kawasan-kawasan tertentu untuk tujuan riadah dan rekreasi untuk semua lapisan masyarakat. Tuntasnya, kerajaan perlu sedar bahawa masyarakat kita memerlukan tempat-tempat pelancongan semula jadi untuk berehat, beriadah, berekreasi bersama-sama dengan keluarga bagi menikmati keindahan alam semula jadi di negara sendiri. Rakyat juga memerlukan kawasan alam sekitar yang cantik untuk mengurangkan tekanan hidup. Sehubungan itu, keindhan alam semula jadi perlulah dikekalkan dan sentiasa dipulihara. Kita khuatir lama-kelamaan kepesatan industri pelancongan akan menjejaskan alam sekitar yang kaya dengan keindahan semula jadinya. Disediakan ol eh : Puan Azuraini Abu Bakar SMKD 2004

Page 30: KaranganB bm

Soalan : Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia, dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca -punca yang menyeba bkan keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah –langkah yang sesuai untuk mengatasinya. Isu Umum : Cinta akan negara Isu Utama : Semangat patriotisme semakin luntur di kalangan generasi muda Kehendak soalan : punca dan langkah mengatasi Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Perkara ini menjadi lumrah terutamanya di kalangan generasi muda yang dilahirkan pasca kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya semangat nasionalisme ini di kalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara kita cuba menyelami punca-punca berlakunya masalah ini dan sekali gus merangka langkah-langkah yang efektif untuk membendungnya. Punca-punca yang menyebabkan generasi muda kurang tersemai semangat nasionalisme dalam diri ialah kerana [mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah.] Mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti [Tok Janggut, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela , Rentap] dan lain-lain lagi. Hal ini tidak menghairankan kita kerana generasi muda dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai. Lagipun negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat. Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah, sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenangan hidup yang dirasai dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam diri mereka. Di samping itu, kita dapati [sistem pendidikan yang dipraktikkan di negara kita juga kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cinta akan negara.] Mengapakah dikatakan begitu? Perhatikan saja Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menulis atau mengira atau ringkasnya 3M. Lanjutan daripada KBSR Kementerian Pelajaran melaksanakan pula Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1993. Kedua-dua kurikulum ini menjurus ke arah kecemerlangan dalam peperiksaan. Melalui KBSR murid-murid tahun 3 telah diberi peluang menduduki penilaian tahap satu (UPTS). Sebagai imbuhannya, murind-murid yang lulus cemerlang berpeluang melangkau kelas. Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij seperti [MRSM dan sekolah menengah berasrama ]penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya. Dalam pada itu, perkara yang menghairankan kita mata pelajaran khusus untuk membina dan menyemai semangat nasionalisme di kalangan pelajar kurang diberi penekanan oleh Kementerian Pelajaran. Jadi dalam hal ini, pihak manakah yang sepatutnya dipersalahkan? Kita tidak menafikan mata pelajaran [Sejarah dan Pendidikan Moral] diajar kepada para pelajar. Walau bagaimanapun kepentingan kedua-kedua mata pelajaran ini masih menjadi tanda tanya. Bagaimanakah kalau seseorang pelajar itu gagal dalam mata pelajaran Sejarah? Apakah yang terjadi kepada pelajar yang hanya lulus di peringkat minimum dalam mata pelajaran Pendidikan Moral? Mengapa tetap dianggap pelajar cemerlang sekiranya lulus dengan baik dalam kedua-dua mata pelajaran lain. Pelajar ini tetap diterima bagi meneruskan pelajarannya di peringkay yang lebih tinggi. Kesan daripada sistem pendidikan sedemikianlah menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Kalau mereka belajar ppun ibarat melepas batuk di tangga sahaja. [Jelas di sini tidak mantapnya sistem pendidikan merupakan satu elemen nipisnya semangat nasionalisme di kalangan generasi masa kini.] Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Begitu jugalah dengan masalah kurangnya semangat nasionalisme di kalangan generasi muda ini. Bagi menangani kemelut ini, Kementerian Pelajaran wajar menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada di negara ini. Para pelajar akan didedahkan sejak dari peringkat sekolah rendah dan berterusan hingga ke peringkat pengajian tinggi.Mata pelajaran [Sejarah dan mata pelajaran Pendidikan Moral ] patut diberikan kedudukan istimewa menerusi kurikulum baru nanti. Langkah Kementerian Pelajaran memperkenalkan mata pelajaran kenegaraan kepada mahasiswa dan mahasiswi di univerisiti adalah sangat wajar dan patut dipuji. Ringkasnya, [langkah membaiki kurikulum] memang wajar dan bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Page 31: KaranganB bm

Selain itu, [media massa baik media bercetak mahu pun elektronik] memainkan peranan penting ke arah melahirkan masyarakat yang cinta akan negara. RTM contohnya boleh menyiarkan cerita yang bertemakan semangat kebangsaan. Langkah Kementerian Penerangan menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsur penerapan semangat kebangsaan adalah bertepatan sekali. Contohnya inisiatif Dato’ Jins Shamsudin mengusahakan filem bertajuk Pasir Salak patut diberi pujian. Apabila filem ini ditayangkan kepad orang ramai sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan minda golongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Golongan muda juga dapat melihat dengan lebih dekat keperitan hidup mereka di bawah naungan kuasa penjajah. Justeru , langkah positif yang dimainkan oleh media massa diharapkan dapat diberi keinsafan kepada generasi muda agar timbul rasa sayang akan negara sendiri. Kesimpulannya kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan tidak boleh sama sekali memandang enteng akan gej ala tidak menyayangi negara sendiri. Memandang ringan gejala ini akan membawa kesan buruk kepada negara. Kita harus ingat bahawa pemuda hari ini adalah bakal menerajui pucuk pimpinan negara suatu hari kelak, bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang be rganti. Oleh itu kita perlu melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa. Ditulis oleh: Puan Azuraini bt Abu Bakar

Page 32: KaranganB bm

BENGKEL PENULISAN KARANGAN

JENIS PENDAHULUAN KARANGAN Soalan : Gejala buli di sekolah terus berlaku walaupun pelajar menyedri perbuatan mereka boleh membawa padah. Terangkan sebab-sebab berlakunya gejala ini dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Analisis Tajuk Isu Umum : Isu Utama : Fokus jawapan : Format : Arahan : Anda perlu menulis satu perenggan pendahuluan dengan menggunakan jenis definisi.

MUTIARA KATA ‘ KEJAYAAN TIDAK BOLEH DIUKUR DENGAN KEDUDUKAN YANG DICAPAI SESEORANG, TETAPI MELALUI HALANGAN YANG TELAH DITEMPUH SEMASA MENDAKI

KEJAYAAN’

Page 33: KaranganB bm

BENGKEL PENULISAN KARANGAN

JENIS PENDAHULUAN KARANGAN Soalan : Walaupun pelbagai usaha telah kerajaan lakukan, namun kegiatan lumba motosikal secara haram dalam kalangan remaja terus berlaku. Terangkan sebab-sebab berlakunya perbuatan yang tidak sihat ini. Analisis Tajuk Isu Umum : Isu Utama : Fokus jawapan : Format : Arahan : Anda perlu menulis satu perenggan pendahuluan dengan menggunakan jenis isu semasa/suasana.

MUTIARA KATA ‘ DAMPINGILAH ORANG YANG BERJAYA SEKIRNYA ANDA INGIN KEJAYAAN’

Page 34: KaranganB bm

BENGKEL PENULISAN KARANGAN

JENIS PENDAHULUAN KARANGAN Soalan : Kempen “Rumahku Syurgaku” dilancarkan sebagai satu cara untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha lain yang patut dilakukan bagi memastikan masyarakat penyayang dapat diwujudkan. Analisis Tajuk Isu Umum : Isu Utama : Fokus jawapan : Format : Arahan : Anda perlu menulis satu perenggan pendahuluan dengan menggunakan jenis persoalan.

MUTIARA KATA ‘ ILMU ITU DIDAPATI DENGAN LIDAH YANG GEMAR BERTANYA DAN AKAL YANG SUKA BERFIKIR’

Page 35: KaranganB bm

BENGKEL PENULISAN KARANGAN

JENIS PENDAHULUAN KARANGAN Soalan : Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita begitu merosot. Sikap mementingkan diri merupakan salah satu daripada puncanya. Ulaskan pernyataan tersebut. Analisis Tajuk Isu Umum : Isu Utama : Fokus jawapan : Format : Arahan : Anda perlu menulis satu perenggan pendahuluan dengan menggunakan jenis peri bahasa.

MUTIARA KATA ‘ KEPUASAN SEJATI BUKAN KERANA SEMBUH DARIPADA PENYAKIT, MEMILIKI WANG YANG BANYAK ATAU MENERIMA PUJI -PUJIAN TETAPI APABILA TELAH MELAKUKAN

SESUATU YANG BERGUNA’

BENGKEL PENULISAN KARANGAN

Page 36: KaranganB bm

JENIS PENDAHULUAN KARANGAN Soalan : Belia berperanan dalam memajukan sesebuah Negara. Kemajuan dan kemunduran sesebuah Negara banyak bergantung kepada peranan belia. Bincangkan peranan belia dalam masyarakat kita. Analisis Tajuk Isu Umum : Isu Utama : Fokus jawapan : Format : Arahan : Anda perlu menulis satu perenggan pendahuluan dengan menggunakan jenis gabungan.

MUTIARA KATA ‘ JANGAN MENYESALI KEGAGALAN YANG DIALAMI DENGAN MENUDUH ATAU MENYALAHKAN ORANG LAIN, AKAN TETAPI AKUILAH SESUNGGUHNYA KEGAGALAN ITU

ADALAH KERANA PERBUATAN ANDA SENDIRI’

Guru Pembimbing, Puan Azuraini bt Abu Bakar

Page 37: KaranganB bm

PENGGUNAAN KOSA KATA, UNGKAPAN MENARIK, PERIBAHASA DAN COGAN KATA DALAM

PENULISAN KARANGAN

1.

Sayang anak tangan-tangankan (ibu bapa tidak wajar terlalu memanjakan anak-anak) Duri dalam daging (sesuatu yang menyakitkan hati) Bermaharajalela(berleluasa) Menopang dagu (termenung) Menuding jari (menyalahkan orang lain)

DISIPLIN PELAJAR

Asset(sesuatu yang bernilai)

2. Ulat lupakan daun/kacang lupakan kulit Keserakahan/kerakusan/ketamakan Seantero (seluruh) Konkrit (kuat,mampan,kukuh) Beraja dimata, bersultan di hati(terlalu mengikut nafsu)

MASYARAKAT PENYAYANG

Jauh panggang dari api(jauh daripada hakikat sebenar)

3.

Menegakkan benang basah (mempertahankan perkara yang salah) Bibit keruntuhan moral(tanda-tanda awal kerosakan akhlak) Melentur buluh biarlah dari rebungnya (akhlak harus dipupuk sejak kecil lagi) Ketandusan (tidak ada) Intan payung dan nyawa (sangat disayangi)

KEMEROSOTAN AKHLAK REMAJA

Duniawi (hal-hal dunia) 4.

Penawar (ubat untuk merawat) Kerakusan Akar umbi (punca) Mengundang (menjemput) Sanubari (jiwa) Kesedaran sivik (kesedaran tentang tanggungjawab)

PENYAKIT BERBAHAYA

Mencegah lebih baik daripada merawat 5.

Perdana (utama) Bejat (gawat) Institusi keluarga yang goyah Pancaroba(keadaan yang kacau) Ikut hati mati, ikut rasa binasa (jangan terlalu mengikut nafsu)

REMAJA LARI DARI RUMAH

Materialistik(kebendaan) 6.

Seyogia (harus, patut) Nasi belum menjadi bubur( belum terlambat) Kepupusan (kehilangan) Nafsi (mementingkan diri sendiri) Khazanah (harta benda)

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

Global (dunia seluruhnya) 7.

Biar lambat asalkan selamat Pandu cermat jiwa selamat

KEMALANGAN JALAN RAYA Berhati-hati di jalan raya

Page 38: KaranganB bm

Hargailah nyawa anda Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Jangan biarkan orang yang kita sayangi menunggu dalam tangisan

8.

Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit Menabung menjamin masa depan yang cerah Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis Melentur buluh biarlah dari rebungnya Sediakan payung sebelum hujan

AMALAN BERJIMAT CERMAT DAN MENABUNG

Malang tidak berbau 9.

Membaca memerdekan minda Ilmu pelita hidup Membaca jambatan ilmu Rakyat berilmu negara maju Banyak berjalan luas pemandangan, banyak membaca luas pengetahuan

AMALAN MEMBACA

Seperti katak di bawah tempurung 10.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Ke bukit sama didaki,ke lurah sama dituruni Seperti aur dengan tebing Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

AMALAN GOTONG-ROYONG DAN SEMANGAT KERJASAMA 11.

Negara bersih rakyat sihat Duri dalam daging masyarakat Cintailah sungai kita Cintailah alam sekitar Kebersihan alam sekitar, tanggung jawab bersama

ALAM SEKITAR

12.

Bapa borek anak rintik Bagaimana acuan begitulah kuihnya Remaja merupakan ast dan tonggak negara Belia penggerak wawasan negara Seperti cendawan tumbuh selepas hujan

GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara 13.

Dadah musuh utama negara Dadah membawa maut Hapuskan najis dadah Hidup bahagia tanpa dadah Jauhi najis dadah

PENYALAHGUNAAN DADAH

Disediakan oleh: Cikgu Azu

Page 39: KaranganB bm

SOALAN 1 : DIMENSI INDIVIDU Soalan : Menghayati semangat kemerdekaan dan sayang akan negara hendaklah ditanamkan di dalam diri setiap individu agar masa depan negara lebih terjamin. Huraikan pendapat anda tentang langkah -langkah yang harus dilaksanakan untuk menjayakan misi tersebut.

Pendahuluan

Melaksanakan lebih banyak program kenegaraan

Memperbanyak program kenegaraan merentas kurikulum

Memperkasakan program kokukurikulum

Mengkaji semula kurikulum pengajaran sejarah

Menjalankan program jati diri dan integriti dalam kalangan rakyat Malaysia

Kesimpulan

Page 40: KaranganB bm

SOALAN 2 : DIMENSI KELUARGA Dalam keresahan kemelut social yang semakin kritikal, institusi keluarga diyakini mampu menangani gejala ini. Ulaskan peranan yang dapat dimainkan oleh institusi keluarga untuk membanteras gejala tersebut.

Pendahuluan

Memperkasakan semula institusi keluarga

Ibu bapa dan anggota keluarga sering mengambil tahu masalah

Menyediakan keperluan asas yang sewajarnya kepada anak-anak

Mengutamakan pakej ilmu dan pendidikan keluarga melebihi agenda lain dalam keluarga

Mewujudkan interaksi yang sihat dan mesra dengan jiran tetangga

Kesimpulan

Page 41: KaranganB bm

SOALAN 3 : DIMENSI NEGARA Anda telah mengambil bahagian dalam pertandingan pidato. Tajuk pidato anda ialah, “Masyarakat Bersih Negara Sejahtera.” Tulis teks pidato anda itu selengkapnya.

Pendahuluan

Mengutamakan kebersihan sama ada lahir dan batin

Mendidik masyarakat untuk mengutamakan agenda kebersihan

Berusaha memupuk generasi muda dengan amalan kebersihan

Memerangi secara tegas unsur-unsur yang boleh mencemar kesegaran alam sekitar

Melaksanakan sistem/amalan pelupusan sampah dan sisa pepejal yang teratur

Kesimpulan

Page 42: KaranganB bm

SOALAN 4 : DIMENSI GLOBAL Hubungan diplomatik dengan negara-negara serantau dan antarabangsa adalah amat penting. Ulaskan pendapat anda tentang kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik.

Pendahuluan

Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara

Mewujudkan jalinan sosial, ilmu dan budaya di peringkat global

Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global

Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa

Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang bersatu padu

Kesimpulan

Page 43: KaranganB bm

SOALAN 4 : DIMENSI GLOBAL Peperangan, kezaliman dan penindasan yang menimpa warga dunia semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Anda berpendapat terdapat pelbagai factor yang menyumbangkan kepada amalan buruk tersebut. Tulis pendapat anda tentang faktor -faktor yang mendorong berlaku peristiwa ini dan sarankan langkah-langkah yang boleh dijalankan oleh penduduk dunia.

Pendahuluan

Bangkit perasaan tamak dan ingin menunjuk kuasa

Keengganan pihak bertelingkah berunding secara jujur

Kegiatan memperdagangkan senjata moden

Memperkasa misi damai

Memboikot kuasa besar yang menjadi paksi kekejaman dunia

Kesimpulan

Page 44: KaranganB bm