Kasih Ibu Bermata Satu

download Kasih Ibu Bermata Satu

of 4

description

CERITA

Transcript of Kasih Ibu Bermata Satu

KASIH IBU BERMATA SATUAssalamualaikum pembuka bicara.

Terima kasih pengerusi acara

Barisan hakim yang bijaksana

Guru-guru dan rakan-rakan

Dengarkan cerita saya.

Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah cerita tauladan yang memberi banyak pengajaran untuk renungan kita bersama. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Kasih Ibu Bermata Satu.

Pada suatu masa dahulu tinggal sepasang suami isteri yang bernama Pak Mail dan Mak Limah.Mereka mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Hassan.

Pada suatu hari telah berlaku satu kemalangan yang meragut nyawa suaminya. Bagai jatuh ditimpa tangga si anak pula hilang sebelah mata. Oleh sebab terlalu sayang akan anaknya Hassan , Mak Limah mendermakan sebelah matanya. Mak Limah tidak mahu Hassan berasa malu apabila dewasa kelak. Mak Limah mahu anaknya hidup dalam keadaan sempurna.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Hanya dengan satu mata , Mak Limah menguatkan semangat mencari rezeki untuk membesarkan anaknya.

Masa terus berlalu, Hassan semakin besar dan telah bersekolah. Pada suatu hari Mak Limah pergi ke sekolah Hassan. Hassan tidak mempedulikan ibunya dan terus melarikan diri. Kawan-kawan mengejeknya. Eeei ibumu ada satu mata. Hassan berasa malu.

Sekembalinya dari sekolah, Hassan memarahi ibunya kerana datanga ke sekolah secara tiba-tiba. Mengapa engkau tidaka mati sahaja daripada hidup memalukan aku. Mak Limah hanya mendiamkan diri. Mak Limah tidak menyangka anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tergamak berkata begitu.

Sejak hari itu, Hassan belajar bersungguh-sungguh . Dia ingin berjaya dan ingin keluar dari rumah ibunya. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang, berkat ketekunan dan keazaman yang kuat akhirnya Hassan dinobatkan sebagai pelajar terbaik. Hassan telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara.

Setelah beberapa tahun lamanya, Hassan berjaya menjadi usahawan yang terkenal dan telah mendirikan rumahtangga. Dayung sudah di tangan sampan sudah di air. Segala yang dikehendaki Hassan kini telah dimiliki. Hassan gembira dengan hidupnya.

Suatu hari, Hassan mendapat khabar bahawa ibunya telah meninggal dunia. Hassab langsung tidak berasa sedih. Benarlah kata pepatah Kasih anak sepanjang galah kasih ibu sepanjang zaman. Ibu Hassan ada meninggalkan sepucuk surat yang menunjukkan luahan hatinya. Setelah membaca surat itu , barulah Hassan sedar bahawa ibunya amat menyayanginya dan merinduinya setiap masa. Betapa mulia hati ibunya sehingga sanggup mengorbankan sebelah mata kepadanya yang telah kehilangan satu mata akibat kemalangan semasa kecilnya. Berlinangan air mata membasahi pipinya. Tangisan penyesalan yang tiada gunanya bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.Kawan-kawan pengajaran yang dapat diambil daripada cerita ini ialah kita wajib menghormati ibu kerana ibu telah melahirkan dan membesarkan kita. Selain itu , kita mesti sayang kepada ibu selagi ibu masih ada. Ingatlah syurga itu di bawah tapak kaki ibu.Saya akhiri cerita ini dengan sebuah laguOh ibuSekian