Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. Pada tahun 2006,...

15
15 2006 ANNUAL REPORT STIDC Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan oleh PUSAKA bagi mengesahkan pengeksportan barangan kayu dari Sarawak. Sehubungan dengan itu juga, PUSAKA bersama-sama pihak MTIB telah menganjurkan taklimat mengenai Export Licensing for Legal Timber di Yokohama, Jepun dari 6 hingga 7 November 2006. PUSAKA terus memantau perkembangan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), khususnya yang berkait dengan industri perkayuan dan perdagangan amnya yang bakal dimeterai oleh Malaysia dengan negara-negara rakan dagang. PUSAKA dengan kerjasama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia ( MTIB) telah mengadakan taklimat mengenai FTA yang telah disertai oleh Malaysia dengan beberapa buah negara rakan dagang seperti ASEAN-Korea, ASEAN-India, ASEAN-China, Malaysia-USA, Malaysia-Pakistan dan Malaysia-Australia/ New Zealand. Taklimat tersebut diadakan pada 11 Ogos 2006 bertempat di Ibu Pejabat PUSAKA, Kuching. PUSAKA terus menerima dan menyelaraskan kunjungan para pelawat dari luar dan dalam negara sepanjang tahun 2006 yang mana merupakan salah satu usaha berterusan PUSAKA dalam memberi maklumat dan fakta secara telus mengenai dasar pengurusan hutan dan industri perkayuan di Sarawak. Selain terlibat secara aktif dengan mesyuarat berkait dengan aktiviti FLEGT VPA, PUSAKA juga terlibat aktif dalam mesyuarat dan forum yang berkait dengan industri perkayuan di peringkat nasional dan antarabangsa seperti Mesyuarat Kumpulan Kerja Pakar bagi “Heart of Borneo, 41 st Session of ITTO Council and Associated Session of the Committee dan Legality Verification System. the 11 th August 2006 at STIDC Headquarters, Kuching. Throughout 2006, STIDC continues to receive visitors from both local and foreign countries as part of its ongoing efforts to provide them with insights on the existing legislation of the state forestry sector and Sarawak timber industry. Apart from its active participations in FLEGT VPA meetings and activities, STIDC also engaged in meetings and forums at both the national and international levels such as Expert Working Group Meeting for the Heart of Borneo, 41 st Session of ITTO Council and Associated Session of the Committee and Legality Verification System meetings. Lawatan Wakil Perdagangan Kesatuan Eropah ke Sarawak. Familiarization visit by the EU Trade Representatives to Sarawak. Panel penceramah semasa Seminar Perkayuan Sarawak sempena Misi Jualan Kayu di Vietnam. Panel of speakers during the Sarawak Timber Seminar held in conjunction with the Timber Selling Mission in Vietnam.

Transcript of Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. Pada tahun 2006,...

Page 1: Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. Pada tahun 2006, pengeluaran eksport permit telah ... permit untuk kayu balak, 20 peratus atau 6,851

152006 ANNUAL REPORT STIDC

Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan

oleh PUSAKA bagi mengesahkan pengeksportan

barangan kayu dari Sarawak. Sehubungan dengan

itu juga, PUSAKA bersama-sama pihak MTIB telah

menganjurkan taklimat mengenai Export Licensing

for Legal Timber di Yokohama, Jepun dari 6 hingga

7 November 2006.

PUSAKA terus memantau perkembangan

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), khususnya

yang berkait dengan industri perkayuan dan

perdagangan amnya yang bakal dimeterai oleh

Malaysia dengan negara-negara rakan dagang.

PUSAKA dengan kerjasama Kementerian

Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

telah mengadakan taklimat mengenai FTA yang

telah disertai oleh Malaysia dengan beberapa buah

negara rakan dagang seperti ASEAN-Korea,

ASEAN-India, ASEAN-China, Malaysia-USA,

Malaysia-Pakistan dan Malaysia-Australia/ New

Zealand. Taklimat tersebut diadakan pada 11 Ogos

2006 bertempat di Ibu Pejabat PUSAKA, Kuching.

PUSAKA terus menerima dan menyelaraskan

kunjungan para pelawat dari luar dan dalam negara

sepanjang tahun 2006 yang mana merupakan salah

satu usaha berterusan PUSAKA dalam memberi

maklumat dan fakta secara telus mengenai dasar

pengurusan hutan dan industri perkayuan di

Sarawak.

Selain terlibat secara aktif dengan mesyuarat berkait

dengan aktiviti FLEGT VPA, PUSAKA juga

terlibat aktif dalam mesyuarat dan forum yang

berkait dengan industri perkayuan di peringkat

nasional dan antarabangsa seperti Mesyuarat

Kumpulan Kerja Pakar bagi “Heart of Borneo, 41st

Session of ITTO Council and Associated Session

of the Committee dan Legality Verification System.

the 11th August 2006 at STIDC Headquarters,

Kuching.

Throughout 2006, STIDC continues to receive

visitors from both local and foreign countries as

part of its ongoing efforts to provide them with

insights on the existing legislation of the state

forestry sector and Sarawak timber industry. Apart

from its active participations in FLEGT VPA

meetings and activities, STIDC also engaged in

meetings and forums at both the national and

international levels such as Expert Working Group

Meeting for the Heart of Borneo, 41st Session of

ITTO Council and Associated Session of the

Committee and Legality Verification System

meetings.

Lawatan Wakil Perdagangan Kesatuan Eropah ke Sarawak.

Familiarization visit by the EU Trade Representatives to Sarawak.

Panel penceramah semasa Seminar Perkayuan Sarawak sempena Misi

Jualan Kayu di Vietnam.

Panel of speakers during the Sarawak Timber Seminar held in

conjunction with the Timber Selling Mission in Vietnam.

Page 2: Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. Pada tahun 2006, pengeluaran eksport permit telah ... permit untuk kayu balak, 20 peratus atau 6,851

PUSAKA LAPORAN TAHUNAN 200616

Perdagangan Domestik

Domestic Trade

Fungsi utama Perdagangan Domestik PUSAKA

ialah untuk mengeluarkan Permit Eksport dan

Import untuk kayu dan produk kayu serta

menyelenggarakan data statistik berkenaan dengan

eksport dan import kayu dari Sarawak untuk tujuan

penerbitan dan perancangan.

Pada tahun 2006, pengeluaran eksport permit telah

meningkat sebanyak 4.5 peratus iaitu meningkat

daripada 32,541 kepada 34,030. Daripada jumlah

permit yang dikeluarkan , 39 peratus atau 13,331

permit untuk papan lapis, 22 peratus atau 7,656

permit untuk kayu balak, 20 peratus atau 6,851

permit untuk kayu gergaji, 5 peratus atau 1,624

permit untuk papan gentian ketumpatan sederhana,

3 peratus atau 911 permit untuk venir dan

selebihnya 11 peratus atau 3,657 permit untuk

produk lain.

Sejajar dengan ledakan teknologi maklumat dan

penghayatan sejagat teknologi siber, Sistem

ePermit PUSAKA iaitu sistem aplikasi permit yang

berasaskan web atau secara elektronik ini telah

dilaksanakan sejak November 2006, antara lain

bertujuan untuk mempertingkatkan mutu

perkhidmatan yang diberikan oleh PUSAKA

kepada pelanggan-pelanggannya. Proses

pengeluaran permit eksport bagi produk-produk

berasaskan kayu akan menjadi lebih cekap dan

efektif sekali gus berupaya untuk memangkinkan

usaha ke arah kecemerlangan industri.

The main function of STIDC’s Domestic Trade is

to be responsible for the issuance of import and

export licenses for timber and timber products from

Sarawak and to manage the timber trade statistics

for publication and planning purposes.

In 2006, the total number of export licenses issued

has increased by 4.5 percent, i.e. from 32,541 to

34,030. From the total number of licenses issued,

39 percent or 13,331 licenses were issued for

plywood, 22 percent or 7,656 licenses for logs, 20

percent or 6,851 licenses for sawn timber, 5 percent

or 1,624 licenses for medium density fiberboard

(MDF), 3 percent or 911 licenses for veneer and

the balance 11 percent or 3,657 licenses for other

timber products.

Since November 2006, STIDC has implemented an

ePermit System, a web based permit application

system for the import and export of timber and

timber products. This is in line with the worldwide

approach towards information and cyber

technology which aims at enhancing the quality of

services provided to the customers. Export permit

issuance process for the wood based products will

become more efficient and effective hence able to

craft excellence in the industry.

Page 3: Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. Pada tahun 2006, pengeluaran eksport permit telah ... permit untuk kayu balak, 20 peratus atau 6,851

172006 ANNUAL REPORT STIDC

Pembangunan Sumber

Resource Development

Aktiviti utama Pembangunan Sumber PUSAKA

adalah untuk memastikan sumber bahan mentah

yang lestari dan tenaga kerja industri perkayuan

menepati kehendak semasa.

Ia dilaksanakan menerusi Sistem Kuota Balak yang

telah diaplikasikan sejak 1988 lagi, berdasarkan

ketetapan 60 peratus untuk pemprosesan tempatan

dan 40 peratus untuk eksport; selain kerja-kerja

pemantauan untuk operasi pembalakan di konsesi

Lesen Hutan PUSAKA secara konsisten sepanjang

2006. Selain itu, PUSAKA juga telah mengeluarkan

Sijil “Sustainable Forest Management Legality

Statement” kepada syarikat-syarikat pengeksport

produk kayu dari Sarawak, sesuai dengan kriteria

dan objektif ITTO bagi Pengurusan Lestari Hutan

Asli.

Bagi menyokong saranan Kerajaan Negeri untuk

mengkomersialkan sektor perladangan hutan,

PUSAKA sedang giat menjalankan kajian sejak

2005 lagi terhadap kadar tumbesaran spesis kayu

untuk perladangan hutan seperti Acacias.

Tumpuan turut diberi kepada pembangunan sumber

tenaga manusia dalam industri perkayuan menerusi

pelbagai program pembangunan modal insan

seperti latihan berasaskan kemahiran berstruktur

dalam bidang perkayuan. Di samping itu, PUSAKA

juga merupakan salah sebuah agensi dalam

Jawatankuasa Pengambilan Pekerja Asing Negeri

Sarawak yang bertanggungjawab dalam

memastikan keperluan tenaga kerja dalam industri

perkayuan adalah memenuhi keperluan dan kapasiti

semasa.

The main function of STIDC in Resource

Development is to ensure the raw material

resources are sustainable and the industry’s

workforce are meeting current requirement of the

industry.

This is performed through the Log Quota System

which had been implemented since 1998 of which

60 percent for local processing and 40 percent for

export; apart from consistently monitoring logging

operations at STIDC’s Forest License concessions

throughout 2006. Besides that, STIDC has also

been awarding “Sustainable Forest Management

Legality Statement” Certificate for Sarawak timber

product exporters based on ITTO objectives and

criteria for Sustainable Natural Forest

Management.

To support the State Government’s aspiration to

commercialize the forest plantation sector, STIDC

has been actively conducting researches to

determine the average growth rate of timber species

for forest plantation such as Acacias since 2005.

Focus has also been given on human resource

development in the industry of which the human

capital development programs were channelled via

structured technical based trainings in timber

related discipline. Apart from that, STIDC is also

one of the agencies involved in the Foreign Workers

Recruitment Committee who are reponsible to

ensure that the industry’s workforce is meeting the

current capacity and needs of the industry.

Datu Haji Len (kanan) sedang menunjukkan beberapa karya seni kepada

para pelatih.

Datu Haji Len (right) is showing some of the artworks to the trainees.

Page 4: Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. Pada tahun 2006, pengeluaran eksport permit telah ... permit untuk kayu balak, 20 peratus atau 6,851

PUSAKA LAPORAN TAHUNAN 200618

Pembangunan Projek

Project Development

Pada tahun 2006, projek-projek yang telah dilaksanakan

siap mengikut jadual adalah seperti Projek Menaiktaraf

Ekspress Terminal Tanjung Manis, Projek Pengubahsuaian

“Covered Timber Shed” di IKS Kuala Baram dan Projek

Menaiktaraf Lapangan Terbang Tanjung Manis. Selain itu,

terdapat dua (2) buah projek yang masih dalam pembinaan

iaitu Projek Perumahan PUSAKA (Infrastruktur dan Sivil)

dan projek Pembinaan Masjid Baru Kampung Rajang.

Kerja-kerja Ukur & Perancangan diteruskan dalam

Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK-8) yang mana sepanjang

tahun 2006 sebanyak RM8,887,100.49 telah dibelanjakan

untuk tujuan tersebut.

Jumlah hasil kutipan penjualan lot di Tanjung Manis, pada

tahun 2006 bernilai RM1,985,847.53. Kerja

penyelenggaraan Bandar Baru Tanjung Manis

dikendalikan oleh Tanjung Manis Development dengan

nilai RM4,075,041.00. Operasi Lapangan Terbang

Tanjung Manis berjalan seperti biasa. Jumlah penumpang

yang menggunakan lapangan terbang ini ialah sebanyak

1,576 orang untuk sektor Miri, Mukah, Tanjung Manis,

Kuching dan balik. Bagi kerja mengekstrak pasir, sejumlah

RM205,382.20 diterima dari royalti kontrak pasir pada

tahun 2006.

Pada keseluruhannya, terdapat 41 buah vendor yang

berdaftar dalam Program Vendor PUSAKA; lima vendor

beroperasi di Kuching, 12 di Kota Samarahan, 10 di

Sarikei/ Sibu/ Mukah, enam di Miri/ Limbang/ Lawas,

lima di Bintulu dan tiga di Sri Aman/ Betong. PUSAKA

membantu pihak vendor melaksanakan 5S and P&Q di

tempat kerja atau kilang mereka. Di samping itu, aktiviti-

aktiviti seperti lawatan kerja, pameran, ekspo dan seminar

turut diadakan untuk memberikan pendedahan kepada

mereka terhadap peluang pasaran yang lebih luas.

PUSAKA turut menyediakan beberapa kemudahan kepada

pihak vendor seperti Skim Kemudahan Bahan Mentah dan

Skim Pinjaman Mesin yang berjumlah RM232,962.03

telahpun digunakan dalam tahun 2006. Jumlah agihan

kontrak kepada vendor PUSAKA pula bernilai

RM3,050,711.52 pada tahun 2006.

In 2006, amongst projects completed on schedule were

Upgrading of Tanjung Manis Terminal Express,

Renovation of Covered Timber Shed in Kuala Baram SMI

and Tanjung Manis Airport Upgrading Projects. Other

than that, projects still under construction were STIDC

Housing (Civil and Infrastructure) and the New Kampung

Rajang Mosque. Survey and Planning works continued

in the 8th Malaysia Plan (8th MP) of which RM8,887,100.49

was spent for this purpose in 2006.

A total of RM1,985,847.53 was collected for the sale of

lots in Tanjung Manis in 2006 while the Tanjung Manis

New Township maintenance cost was RM4,075,041.00.

The operation of Tanjung Manis Airport remains usual

with 1,576 return psssengers commuting to sectors like

Miri, Mukah, Tanjung Manis and Kuching. Royalties

received from the sand extraction works were

RM205,382.20.

There were 41 vendors registered with STIDC Vendors

Programme of which five were operating in Kuching, 12

in Kota Samarahan, 10 in Sarikei/Sibu/Mukah, six in Miri/

Limbang/Lawas, five in Bintulu and three in Sri Aman/

Betong. STIDC assisted the vendors to implement 5S and

P & Q at their work place or factories. Apart from that,

their participations in field trips, expos, exhibitions and

seminars were also to encourage and to expose them to

better opportunities in the marketplace.

STIDC also provides credit facilities such as Raw Material

Facility Scheme and Machine Loan Scheme for the

vendors of which RM232,962.03 was utilized in 2006. The

total contracts awarded to the vendors in 2006 was worth

RM3,050,711.52.

Page 5: Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. Pada tahun 2006, pengeluaran eksport permit telah ... permit untuk kayu balak, 20 peratus atau 6,851

192006 ANNUAL REPORT STIDC

Perancangan Industri

Industrial Planning

Peranan utama PUSAKA dalam Perancangan Industri

ialah untuk merancang, memantau, mengkaji semula

dan melaporkan pembangunan fizikal industri

perkayuan di negeri Sarawak. Tanggungjawab ini

dilaksanakan melalui pembabitan dalam penyediaan

perancangan strategik makro industri, pemantauan

untuk tujuan melaporkan dan mengkaji semula

pembangunan fizikal, pelaksanaan Peraturan

Pemeringkatan dan pembangunan standard teknikal

produk perkayuan.

Perancangan – Industri hiliran perkayuan terus menjadi

salah satu sektor perkilangan utama yang

menyumbangkan pembangunan sosio-ekonomi negeri

Sarawak. Bagi menjamin pembangunan yang mapan,

PUSAKA terlibat aktif dalam jawatankuasa yang

menyediakan perancangan strategik bagi industri

perkayuan dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RM Ke-

9), Pelan Induk Perindustrian ke-3 (IMP ke-3) dan Dasar

Industri Perkayuan Kebangsaan (NATIP).

Dasar pembangunan yang dilaksanakan berjaya untuk

terus menarik pelaburan baru dalam industri perkayuan.

Dalam tahun 2006, sebanyak 50 permohonan untuk

meregularisasi, memperbesar dan membangunkan

projek baru telah diterima dan diproses. Daripada

jumlah tersebut, sebanyak 30 projek telah diluluskan

oleh Jawatankuasa Penyelarasan Perindustrian dengan

nilai pelaburan berjumlah RM114 juta yang berupaya

menjanakan hampir dua ribu peluang pekerjaan.

Pembangunan – Sehingga akhir tahun 2006, terdapat

833 buah kilang berasaskan kayu di Sarawak.–Jumlah

kapasiti terpasang dan terpakai tahunan industri hiliran

utama masing-masing ialah 10.4 dan 9.4 juta meter

padu. Jumlah pengeluaran produk utama seperti papan

lapis, kayu gergaji dan venir ialah masing-masing

3,344,338 m3, 1,240,443 m3, dan 291,696 m3. Sarawak

juga berupaya mengoptimumkan penggunaan kayu

dengan memproses sisa-sisa kilang untuk mengeluarkan

produk-produk bernilai tinggi.

The role of STIDC in Industrial Planning is to plan,

monitor, review and report the physical development of

wood based industry in Sarawak. These responsibilities

are implemented through involvement in preparing

strategic macro planning for the industry, monitoring

for the purpose of reporting and reviewing physical

development, implementation of the Grading

Regulations and development of technical standards for

timber products.

Planning – The wood based industry continues to be

one of the main manufacturing sectors contributing to

the social-economic development of Sarawak. In an

effort to sustain development, STIDC is actively involved

in committees preparing wood based industry strategic

planning for the Ninth Malaysia Plan (9th MP), Industrial

Master Plan 3 (IMP3) and National Timber Industry

Policy (NATIP).

Development policies implemented has been able to

continuously attract new investment in the timber

industry. In 2006, a total of 50 applications to regularize,

expand and develop new projects were received and

processed. Out of this total, 30 applications were

approved by the Industrial Coordination Committee

(ICC) with an investment capital amounting to RM114

million generating almost two thousand employment

opportunities.

Development – By the end of 2006, there were 883 wood

based mills in Sarawak. The total annual installed and

utilized capacities of the primary processing industry

were 10.4 and 9.4 million cubic metres respectively. Total

production of primary products like plywood, sawn

timber and veneer were 3,344,338 m3, 1,240,443 m3 and

291,696 m3 respectively. Sarawak is able to optimize

utilization of wood resource by processing mill residues

into value-added products. Annual output of such

products like fibreboard, particle board and wood chip

was 264,468 m3, 127,055 m3, and 183,460 m3,

respectively.

Page 6: Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. Pada tahun 2006, pengeluaran eksport permit telah ... permit untuk kayu balak, 20 peratus atau 6,851

PUSAKA LAPORAN TAHUNAN 200620

Pengeluaran produk-produk tersebut seperti papan

gentian, papan pertikel dan kayu racik ialah 264,468

m3, 127,055 m3dan 183,460 m3 masing-masing.

Kawalan Mutu – Sebagai Penguasa Pemeringkat di

Sarawak, PUSAKA bertanggunjawab untuk mengawal

selia kerja pemeringkatan yang dilakukan oleh 424

orang pemeringkat kayu yang bertauliah. Sejumlah

1,170,239 m3 kayu gergaji untuk dieskport telah

diperiksa-peringkatkan oleh PUSAKA dalam tahun

2006. PUSAKA juga terlibat dalam jawatankuasa

mengkaji semula Peraturan Pemeringkatan Kayu Keras

Gergaji Malaysia.

Standard Perindustrian – Untuk meningkatkan

kesedaran pengguna berhubung kepentingan faktor

keselamatan dan kesihatan dalam sesuatu produk

memerlukan pengeluar tempatan untuk mematuhi

standard-standard tertentu yang ditetapkan oleh negara

pengguna seperti pengawalan pelepasan formaldehid

bagi produk panel kayu. Pembabitan aktif PUSAKA

dalam jawatankuasa pembangunan dan pemantauan

arahan pematuhan standard-standard teknikal di

peringkat antarabangsa ini bertujuan untuk memastikan

pelaksanaannya tidak menjadi halangan teknikal untuk

pengeluar tempatan menembusi pasaran antaranbangsa.

Pengurusan Maklumat – Maklumat yang tepat dan

terkini merupakan perkara asas yang diperlukan untuk

merancang, memantau dan melaporkan pembangunan

fizikal industri perkayuan tempatan. Pada tahun 2006,

sistem pengurusan maklumat elektronik telah

dibangunkan untuk menguruskan data kapasiti kilang

perkayuan, statistik pengeluaran industri dan maklumat

kelulusan pelaburan baru secara sistematik. Sistem ini

telah digunakan untuk pengurusan maklumat berhubung

dengan industri perkayuan di semua pejabat PUSAKA

seluruh Sarawak. Dalam pada itu, perancangan sedang

dibuat untuk membangunkan sistem elektronik untuk

pengurusan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti

pemeringkatan seluruh Sarawak dengan lebih berkesan

dan teratur.

Quality Control – As the Grading Authority for

Sarawak, STIDC is responsible to supervise timber

grading activities carried out by 424 certified timber

graders. A total of 1,170,239 m3 of sawn timber

exported was checked graded by STIDC in 2006. STIDC

is also involved in reviewing the Malaysian Grading

Rules for Sawn Hardwood Timber.

Industrial Standard – To increase consumer awareness

with regards to the importance of safety and health

factors in a particular product requires domestic

producers to comply with standards imposed by the

consumer countries such as the control of formaldehyde

emissions from wood panel products. STIDC

participated actively in the development and monitoring

committee that complies to international technical

standards to help ensure that its implementation would

not create unnecessary technical barriers to local

producers penetrating global markets.

Information Management – Accurate and updated

information is the fundamental requirement for

planning, monitoring and reporting the physical

development of domestic timber industry. In 2006, an

electronic information management system was

developed to manage systematically data pertaining to

industry capacity, production statistics and information

on newly approved investments. This system has been

used to manage industry information in all STIDC

offices throughout Sarawak. In addition, planning has

been carried out to develop an electronic system to

manage information pertaining to grading activities

effectively and orderly throughout Sarawak.

Page 7: Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. Pada tahun 2006, pengeluaran eksport permit telah ... permit untuk kayu balak, 20 peratus atau 6,851

212006 ANNUAL REPORT STIDC

Pencegahan & Penguatkuasaan

Preventive & Enforcement

Kegiatan Pencegahan dan Penguatkuasaan yang dijalankan

oleh PUSAKA adalah untuk menguatkuasakan peruntukan

dibawah “Sarawak Timber Industry Development

Corporation Ordinance, 1973 dan “The Sarawak Timber

Industry (Registration) Regulations, 1999” untuk mengawal

kegiatan mengimport dan mengeksport kayu dan barangan

kayu di negeri Sarawak agar pihak yang terlibat dengan

kegiatan tersebut mematuhi peraturan dan prosidur yang

berkaitan.

Sepanjang tahun 2006, aktiviti pencegahan dan

penguatkuasaan banyak tertumpu kepada kawalan

kemasukan kayu dan barangan kayu dari Indonesia

memandangkan isu ini mendapat perhatian yang meluas di

peringkat antarabangsa.

Antara inisiatif yang diambil oleh PUSAKA dalam

memastikan kayu dan barangan kayu yang diimport dari

Indonesia adalah dari sumber yang sah termasuklah

memperketatkan kawalan dan pemeriksaan di kesemua

Stesyen Pemeriksaan di depo kayu Harwood Timber Sdn Bhd

di Sematan, Biawak, Tebedu, Batu Lintang dan Lubok Antu.

Aktiviti rondaan dan pemeriksaan juga turut dipertingkatkan

di kawasan sempadan Sarawak-Kalimantan dalam usaha

untuk membanteras sebarang kegiatan penyeludupan kayu

dari negara tersebut. Antara agensi kerajaan lain yang terlibat

dalam rondaan dan pemeriksaan tersebut adalah Polis DiRaja

Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kastam DiRaja

Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Laut, Jabatan

Imigresen dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Hasil daripada kerjasama tersebut, PUSAKA telah berjaya

mengendalikan sembilan kes yang melibatkan beberapa

pengimport kayu yang gagal mematuhi peraturan dan

prosidur berkaitan dengan kayu gergaji yang diimport dari

Indonesia sepanjang tahun 2006.

Pihak PUSAKA juga telah mengadakan beberapa

perbincangan dengan para pengimport kayu bagi

mendapatkan maklumat terkini di samping memberi

kesedaran serta mengingatkan mereka mengenai peraturan

dan prosidur yang perlu dipatuhi.

Preventive and Enforcement activities carried out by STIDC

were to enforce the provisions under “Sarawak Timber

Industry Development Corporation Ordinance, 1973 and

“The Sarawak Timber Industry (Registration) Regulations,

1999” to control the import and export of timber and timber

products to ensure that those involves with these activities

comply with the relevant regulations and procedures.

Throughout 2006, preventive and enforcement activities were

mainly focused on controlling the entry of timber and timber

products from Indonesia as this issue has attracted wide

attention at the international level.

Among the initiatives undertaken by STIDC in ensuring that

timber and timber products imported from Indonesia are from

legal source include stringent control and inspections at all

Inspection Stations at Harwood Timber Sdn Bhd depots at

Semantan, Biawak, Tebedu, Batu Lintang and Lubok Antu.

Patrol and inspection activities were also intensified along

the Sarawak-Kalimantan border areas in the effort to curb

any timber smuggling activities from taking place across the

border. Among other government agencies involved in the

patrol and inspection activities are the Royal Malaysian

Police, Malaysian Armed Forces, Royal Malaysian Custom,

Land Transport Department, Marine Department,

Immigration Department and Malaysian Maritime

Enforcement Agency. From the cooperation, STIDC has

successfully handled nine cases involving timber importers

who failed to comply with the procedures and regulations

relating to the import of sawn timber from Indonesia in 2006.

STIDC has also held discussions with timber importers to

obtain latest information as well as to create awareness and

to remind them of the regulations and procedures that they

have to comply with.

Aktiviti penguatkuasaan sedang dijalankan.

Enforcement activity being carried out.

Page 8: Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. Pada tahun 2006, pengeluaran eksport permit telah ... permit untuk kayu balak, 20 peratus atau 6,851

PUSAKA LAPORAN TAHUNAN 200622

Pendaftaran & Perlesenan

Registration & Licensing

Pada tahun 2006, PUSAKA telah berjaya

mempertahankan pensijilan MS ISO 9001:2000 yang

dianugerahakan pada tahun 2004 khususnya bagi fungsi

pendaftarannya.

Sepanjang tahun 2006, PUSAKA terus giat mengadakan

kempen-kempen kesedaran kepada pihak awam dan

industri dalam usaha untuk memastikan syarikat-

syarikat yang terlibat dalam industri perkayuan

berdaftar dengan PUSAKA. Hasil daripada pengelolaan

Kempen Bertemu Pelanggan dan Program Perkongsian

Pintar dengan agensi-agensi kerajaan, sebanyak 322

buah syarikat telah berjaya didaftarkan dengan

PUSAKA, meningkat 21 peratus berbanding hanya 266

buah syarikat yang berdaftar pada tahun 2005.

Pindaan ke atas “Sarawak Timber Industry

Development Corporation Ordinance, 1973””telah

diwartakan dan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2007.

Dengan pindaan ini, maka ia akan memperkasakan

bidang kuasa PUSAKA dalam mengurangkan aktiviti

perdagangan kayu haram di negeri ini di samping

menjadi bukti kepada badan-badan bukan kerajaan

tentang komitmen dan pendirian PUSAKA dalam isu

berkenaan. Antara pindaan yang dibuat ialah penalti

bagi kesalahan TIDAK BERDAFTAR dengan

PUSAKA yang mana kadar penaliti telah dinaikkan

daripada RM2,000.00 kepada RM300,000.00.

Dalam pada itu, pengeluaran lesen kilang selain kilang

papan, yang akan diambil alih oleh PUSAKA daripada

Jabatan Hutan akan memantapkan lagi proses

pentadbiran sektor perkayuan tempatan di masa hadapan

dan dijangka akan dilaksanakan berkuatkuasa awal

tahun 2008.

Aktiviti Pendaftaran dan Pelesenan kini semakin

berkembang dan dengan pengambil alihan bidang kuasa

baru tersebut membuktikan keyakinan kerajaan atas

kemampuan PUSAKA dalam menyelaraskan industri

perkayuan di Sarawak.

In 2006, STIDC successfully retained its MS ISO 9001:2000

certificate obtained in 2004 particularly on its Registration

function.

Throughout 2006, STIDC had actively conducted awareness

campaigns in its effort to encourage the wood based

industries to be registered with STIDC. As the result of the

Meet the Customers Campaign and Smart Partnership

Program with various government agencies, the number of

companies registered with STIDC has increased by 28

percent, an increase from 266 in 2005 to 322 companies in

2006.

The amendments to “Sarawak Timber Industry Development

Corporation Ordinance, 1973” has been gazetted and will

be effective 1st January, 2007. Through this amendment,

STIDC hopes to strengthen its regulations especially in its

effort to combat illegal timber trade activities in the state.

The amendments among others also reviewed the penalty

charged against UNREGISTERED wood based companies

from RM2,000.00 to RM300,000.00.

Meanwhile, the issuance of mills license, other than sawmills,

of which will be taken over by STIDC from the Forests

Department is expected to boost the administration of the

local wood based sector in the future and it is expected to

be implemented in 2008.

The role of STIDC in Licensing and Registration activities

is becoming increasingly important especially with the newly

assigned function. This marks another milestone in the

STIDC effort to ensure effective management of the wood

based industries in Sarawak.

Page 9: Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. Pada tahun 2006, pengeluaran eksport permit telah ... permit untuk kayu balak, 20 peratus atau 6,851

232006 ANNUAL REPORT STIDC

Pejabat-pejabat Bahagian & Perhubungan

Divisional & Liaison Offices

Sebagai penggerak kepada pertumbuhan dan pembangunan

industri perkayuan di Sarawak, PUSAKA sekali gus

bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan yang

diberikan kepada pelanggan adalah yang terbaik dan

berkualiti. Ini termasuklah memastikan kelancaran aktiviti-

aktiviti pentadbiran di bahagian-bahagian negeri Sarawak.

Peranan inilah yang dimainkan oleh pejabat-pejabat bahagian

dan pejabat-pejabat perhubungan PUSAKA yang terletak di

Sibu, Sarikei, Tanjung Manis, Mukah, Miri, Bintulu, Miri

dan Limbang.

Berikut ialah aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan oleh

pejabat-pejabat bahagian PUSAKA:

• Memantau perkembangan industri berasaskan kayu di

peringkat pejabat bahagian

• Melaksanakan Peraturan-peraturan Pemeringkatan

bagi kayu bergergaji

• Melaksanakan “The Sarawak Timber Industry

(Registration) Regulations, 1999”

• Menerima, memproses dan mengeluarkan permit

eksport barangan kayu

• Melaksanakan Program Pembangunan Vendor Perabot

• Mengumpul data mengenai tenaga kerja dan latihan

perindustrian dalam sektor perkayuan

• Memantau kemajuan konsesi lesen hutan PUSAKA

As the agent of growth and catalyst to the Sarawak timber

industry, it is ultimately STIDC’s responsibility to provide

the highest quality of service to its customers. This includes

ensuring the smooth flow of our administrative activities

throughout the divisions in Sarawak.

These are the roles played by STIDC divisional and liaison

offices which had been strategically set up in Sibu, Sarikei,

Tanjung Manis, Mukah, Miri, Bintulu, Miri dan Limbang.

The followings are the main activities carried out by our

offices at the divisional level:

• To monitor the development of the wood based industry

in their areas

• To implement sawn timber Grading Rules

• To implement “The Sarawak Timber Industry

(Registration) Regulations, 1999”

• To receive, process and issue export license for wood

products

• To implement Furniture Vendor Development Program

• To collect data on industry workforce and industrial

trainings for the wood based sector

• To monitor the progress of STIDC forest license

concession

Pelancaran Safari Memancing Tanjung Manis 2006.

The launching of Tanjung Manis Fishing Safari 2006.

Kontijen PUSAKA semasa Perbarisan Hari Jadi Tuan Yang

Terutama Negeri Sarawak Yang Ke-86 di Sibu.

STIDC contigent during the 86th Birthday Parade of the Tuan Yang

Terutama Negeri Sarawak in Sibu.

Page 10: Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. Pada tahun 2006, pengeluaran eksport permit telah ... permit untuk kayu balak, 20 peratus atau 6,851

PUSAKA LAPORAN TAHUNAN 200624

Pelaburan Korporat

Corporate Investment

Pelaburan-pelaburan korporat PUSAKA pada tahun 2006 adalah seperti berikut:The followings were STIDC corporate investments in 2006:

Anak-anak syarikat dan aktiviti-aktiviti utama/Subsidiary companies and principal activities:

Harwood Timber Sdn Bhd Penjualan balak, pengeluaran dan penjualan kayu gergaji

Sale of logs, production and sale of sawn timber

STIDC Belian Holdings Sdn Bhd Perdagangan balak

Logs trading

Hillog Sdn Bhd Pertukangan kayu dan perkhidmatan pemprosesan kayu yang berkaitan

Woodworking and related timber processing services

Tanjung Manis Shipping Sdn Bhd Pengangkutan dan perkhidmatan dermaga, perdagangan bahan-bahan binaan

dan kerja pembinaan, sewaan bot laju dan kolam balak.

Transportation and wharfing services, trading in construction materials and

construction works, renting of speedboat and log ponds.

Tanjung Manis Sawmill Sdn Bhd Perdagangan kayu bakau dan sewaan kilang papan, kilang dan mesin.

Trading in peat swamp logs and letting of sawmill, plant and machinery.

Tanjung Manis Development Sdn Bhd Perkhidmatan pengurusan projek dan kerja pembinaan.Project management

services and construction works.

Tanjung Manis Furniture Sdn Bhd Pembuatan perabot

Furniture manufacturing

Saratim Insurance Agency Agensi insurans

Services Sdn Bhd Insurance agency

Tanjong Manis Realty Sdn Bhd Pemasaran, pengurusan dan penjualan rumah dan lot kosong di Sumber Alam

Sanctuary.

Marketing, managing and selling of houses and detached lots at Sumber Alam

Sanctuary

Elmhurst Sdn Bhd Kerja-kerja lanskap, pembinaan jalan dan penanaman semula hutan.

Landscaping, road construction and reforestation works.

Tanjong Manis Moulding Ind. Sdn Bhd Pembuatan produk-produk komposit plastik kayu

Manufacturing wood plastic composite products

Tanjong Manis Resources Sdn Bhd Pembuatan dan eksport kayu racik

Manufacturing and exportation of woodchips

Hornbill Skyways Sdn Bhd Perkhidmatan penerbangan

Aviation services

Teratim Sdn Bhd Pembalakan

Logging

Page 11: Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. Pada tahun 2006, pengeluaran eksport permit telah ... permit untuk kayu balak, 20 peratus atau 6,851

252006 ANNUAL REPORT STIDC

Syarikat-syarikat Bersekutu dan aktiviti-aktiviti utama/Associate companies and principal activities:

Amra Timbers Sdn Bhd Konsesi pembalakan/ Logging concession

Balamra Sdn Bhd Konsesi pembalakan/ Logging concession

Houting Sdn Bhd Konsesi pembalakan/ Logging concession

Kestrel Sdn Bhd Konsesi pembalakan/ Logging concession

Tinamou Sdn Bhd Konsesi pembalakan/ Logging concession

Bintulu Adhesives & Chemicals Pembuatan dan penjualan gam dan bahan pelekat

Sdn Bhd Manufacturing and sales of glue and adhesives

Shin Yang Industries (Bintulu) Pengekstrakan dan pemasaran kayu

Sdn Bhd Extraction and marketing of timbers

PUSAKA KTS Forests Ladang kelapa sawit dan penanaman semula hutan

Plantation Sdn Bhd Palm oil plantation and reforestation

Selah Timber Sdn Bhd Konsesi pembalakan

Logging concession

Shin Yang Plywood (Bintulu) Sdn Bhd Pembuatan papan lapis hiasan dan produk-produk kayu yang berkaitan

Manufacturing of decorative plywood and other wood related products

Syarikat-syarikat Lain/ Other companies and principal activities:

Daiken Sarawak Sdn Bhd Pembuatan papan fiber berketumpatan sederhana

Production of medium density fiberboard (MDF)

Kuching Hotels Sdn Bhd Hotel dan kompleks beli belah

Hotel and shopping complex

GOS Management Holding Sdn Bhd Pegangan pelaburan

Investment holding

Kion Ling Timber-Based Industries Bhd Pemprosesan dan perdagangan kayu

Timber processing and trading

Sarawak Pulp Industries Sdn Bhd Ladang kelapa sawit

Palm oil plantation

Keresa Timber Corporation Sdn Bhd Pengekstrakan dan penjualan kayu balak

Extraction and sales of logs

Page 12: Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. Pada tahun 2006, pengeluaran eksport permit telah ... permit untuk kayu balak, 20 peratus atau 6,851

PUSAKA LAPORAN TAHUNAN 200626

PUSAKA Dalam Akhbar 2006

26

Page 13: Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. Pada tahun 2006, pengeluaran eksport permit telah ... permit untuk kayu balak, 20 peratus atau 6,851

272006 ANNUAL REPORT STIDC

STIDC In The News 2006

27

Page 14: Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. Pada tahun 2006, pengeluaran eksport permit telah ... permit untuk kayu balak, 20 peratus atau 6,851

PUSAKA LAPORAN TAHUNAN 200628

This page has been intentionally left blank

Page 15: Kastam No. 2 (Permit eksport) yang dikeluarkan · penerbitan dan perancangan. Pada tahun 2006, pengeluaran eksport permit telah ... permit untuk kayu balak, 20 peratus atau 6,851

Penyata KewanganFinancial Statements

Contents

Board Members, Officers and Professional Advisors 30

Statement by Chairman and a Board Member 31

Statutory Declaration 32

Auditors’ Report 33

Balance Sheets 34

Income Statements 35

Consolidated Statement of Changes in Equity 36

Statement of Changes in Equity 37

Cash Flow Statements 38

Notes to the Financial Statements 40