KASUT

download KASUT

of 13

description

koui

Transcript of KASUT

Dah jadi satu kewajipan untuk seorang perempuan memiliki sekurang-sekurangnya satu kasut tumit tinggi pada zaman serba moden kini. Ia seperti satu peraturan tersembunyi alam fesyen. Sekurang-kurang satu, tapi rasanya ada yang beli kasut setiap minggu. Ia direka mengikut fesyen dan tidak semestinya fungsi. Wanita sanggup menahan ketidakselesaan untuk kelihatan cantik. Betul atau tidak? Adakah anda selesa memakai kasut tumit tinggi?Ramai pakar termasuk pakar ortopedik bersetuju terdapat banyak bahaya yang dikaitkan dengan memakai kasut bertumit tinggi. Terdapat juga beberapa kelebihan kasut tumit tinggi seperti; Betis kelihatan lebih cantik Kaki kelihatan lebih kuat Postur kelihatan lebih lentik Mereka yang rendah kelihatan lebih tinggi Boleh dijadikan senjata jika diserang perogol bersiri Lebih bergaya dan digelar perempuan berkaki panjangApa kata kita cuba bandingkan dengan kesan negatifnya pula;PosturKasut tumit tinggi meletakkan kaki dengan kedudukan kaki menunjuk ke bawah, menambah tekanan ke atas kaki di bahagian soketmetatarsalnya. Tekanan ini meningkat dengan ketinggian kasut tumit tinggi. Badan anda terpaksa bekerja untuk seimbangkan badan anda. Kecederaan yang selalu dikaitkann termasuk kecederaan buku lali. Ianya boleh jadisprainsehingga ke retak. Kematuan boleh terbentuk di kaki juga sekiranya kasut yang dipakai ketat dan dipakai untuk satu tempoh yang panjang.

GaitApabila berjalan, kaki anda berada dalam kedudukan ke bawah atauplantarflexeddalam istilah sainsnya. Ia menyebabkan anda tidak dapat menolak permukaan tanah dengan daya yang banyak. Keadaan ini menyebabkan otothip flexordi pinggang bekerja lebih keras untuk bergerak dan menarik badan anda ke hadapan. Lutut juga bergerak ke depan dan membengkok. Otot di bahagian lutut bekerja lebih keras.KeseimbanganBerjalan dengan memakai kasut tumit tinggi seperti berjalan di atas tiang sambil seimbangkan badan anda. Memakai kasut tumit tinggi menyebabkan kaki dan buku lali bergerak ke dalam atausupinated. Kedudukan ini menyebabkan risiko kehilangan kesimbangan dan boleh menyebabkan kecederaan pada buku lali.BelakangBentuk lengkungan S pada tulang belakang bertindak sebagai penyerap tekanan dan mengurangkan tekanan padavertebraeatau tulang belakang. Memakai kasut tumit tinggi menyebabkanlumbariaitu tulang belakang di bahagian bawah mendatar dan menyebabkan anjakanposterioratau anjakan ke belakang bahagian kepala dantoraksatau tulang belakang bahagian tengah. Memakai kasut tumit tinggi menyebabkan badan bergerak ke hadapan dan mengurangkan lengkungan S pada tulang belakang. Keadaan ini boleh menyebabkan sesetengah otot digunakan secara berlebihan dan akhirnya menyebabkan sakit belakang.PinggangOtothip flexorterletak di bahagian depan atas peha anda. Ia terpaksa bekerja lebih keras dan lama untuk membantu anda berjalan kerana kaki anda berada di kedudukan ke bawah dan mengurangkan kuasa untuk mengerakkan badan anda ke hadapan. Jika otothip flexordigunakan secara berlebihan, otot ini boleh memendek atau ketat yang mana akan memberi kesan pada lumbar atau tulang belakang bahagian bawah.LututTahukah anda,osteoarthritisadalah dua kali lebih tinggi di kalangan wanita. Penyebab utama mungkin disebabkan pemakaian kasut tumit tinggi. Kedudukan lutut yang kekal bengkok dantibiaberpusing ke dalam apabila memakai kasut tumit tinggi meletakkan daya mampatan di bahagian tengah lutut. Jika anda dah adaosteoarthritis, seeloknya elakkan pakai kasut jenis ini.Buku LaliKasut tumit tinggi menghadkan pergerakan dan kuasa sendi buku lali. Otot betis termasukgastrocnemiusdansoleustelah memendek. Kedudukan buku lali juga menyebabkan pengecutan tendonachilles. Ia boleh meningkatkan tarikan tendonachillesyang melekat pada bahagian belakang tulang tumit ataucalcaneusdan boleh menyebabkan keadaan yang dipanggilinsertional achilles tendonitis.Tapak KakiDengan kedudukan kaki ke bawah, terdapat peningkatan ketara di bahagian tumit. Memakai tumit 3 1/4 inci meningkatkan tekanan pada bahagian bawah kaki depan sebanyak 76%. Tekanan yang meningkat boleh membawa kepada sakit dan kecacatan kaki seperti jari kaki tukul atauhammer toes, bunions, bunionettesdanneuromas. Kedudukan kaki ke bawah menyebabkan kaki menjadisupinatedatau berpusing ke luar dan seterusnya menyebabkan tarikan pada tendonachillesdan menyebabkan kecacatan yang dipanggihaglund.Kulit dan Ibu JariKasut tumit tinggi yang tajam boleh menyebabkan kematu dan kulit pecah.PayudaraTerdapat juga kajian menunjukkan amalan pemakaian kasut tumit tinggi secara berterusan boleh jadi punca payudara kendur. Ia adalah disebabkan otot di bahagian dada,pectoralis majordan otot-otot kecil sekitarnya menjadi lemah disebabkan penggunaan otot belakang yang melampau. Posisi badan anda membongkok ke hadapan dan bentuk payudara akan kendur ke hadapan.

Kaki ibarat jantung kedua badan kita. Ramai tidak sedar ketidakselesaan pada kaki boleh menyebabkan masalah-masalah lain. Bukan nak takutkan dah kata tidak boleh pakai kasut tumit tinggi. Pakailah demi fesyen tapi kurangkan. Mungkin untuk tujuan atau acara-acara penting sahaja seperti mengambil Anugerah Juara Lagu, menghadiri Jamuan Makan Malam bersama Perdana Menteri dan sebagainya. Anda boleh jimat wang dengan mengurangkan pembelian kasut dan tidak perlu keluar duit berjumpa pakar orthopedik kemudian hari.RujukanSnow RE, Williams KR. High heeled shoes: their effect on center of mass position, posture, three-dimensional kinematics, rearfoot motion, and ground reaction forces. Arch Phys Med Rehabil.http://theblackedition.hubpages.com/hub/The-Dangers-Of-Wearing-High-Heeled-Shoes#

http://zakikhan.net/kasut-tumit-tinggi/

Tips penjagaan kasut kulit...administratorPemakaian kasut kulit mampu mengubah penampilan seseorang. Namun begitu, jika tidak di jaga akan cepat rosak. Disini terdapat beberapa panduan kepada pengemar kasut kulit.

1.Kasut Kulit tidak boleh di pakai setiap hari, Sekiranya hari ini anda memakainya, Keesokan harinya, ia perli direhatkan dan gunakan kasut yang lain pula.

2.Kasut kulit memerlukan penjagaan yang lebih rumit berbanding kasut biasa. Ia boleh di bersihkan dengan berus lembut atau dengan kain yang bersih. untuk menyimpannya ia perlu di letakkan dengan pengeras kasut untuk mengekalkan bentuknya.

3.Masa terbaik membeli kasut adalah sebelah petang kerana ia 'mengembang' lima hinga lapan peratus pada ketika itu.

4.Elakkan kasut kulit terkena sinaran matahari yang keterlaluan kerana ia boleh merosakkan warnta.

5.Sekiranya kasut kulit basah, keringkan ia dengan menekap kertas untuk mengeluarkan airnya, selepas itu biarkan ia kering sendiri.

http://www.kelisakura.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=93:tips-penjagaan-kasut-kulit&catid=44:tips-a-petua&Itemid=18

Tips untuk mengelakkan kasut anda daripada cepat rosak.

1. Elakkan daripada terkena air.Kasut yang selalu terdedah kepada air akan menjadikan kasut itu mudah pecah. Kebanyakan kasut yang dijual dipasaran tapaknya hanya dilekat dengan gam. Sukar untuk mencari tapak kasut yang dijahit. Jadi,air+ gam = rosak

2. Buka kasut semasa memanduElakkan daripada menggunakan kasut kulit ketika memandu. Kasut kulit yang dipakai semasa memandu boleh menyebabkan tapaknya terbelah atau berkedut ditengah terutama kepada pengguna kereta manual. Hal ini disebabkan pergerakan kaki anda untuk menekan pedal dan clutch. Oleh itu,carilah kasut dimana tapak dan tumit kasut itu diperbuat daripada getah supaya ia tahan lama dan selesa dipakai untuk memandu.

Selepas ini, anda boleh berjimat untuk tidak membeli kasut untuk setiap bulan dengan memastikan kasut anda dijaga dengan baik..

http://emmeraziz.blogspot.com/2012/09/cara-penjagaan-kasut-kulit.html

Tips Jaga Kasut Supaya Tahan Lama

Pasti semua orang pakai kasut bukan? Tak kira la kasut sekolah ke, kasut sukan ke, kasut jalan ke, kasut kerja ke. Tapi berapa ramai yang hanya tahu pakai dan bukan tahu menjaganya? Pasti hanya segelintir yang memulihara kasut mereka..meh kita baca tips-tips penting dalam penjagaan kasut..

1) Jika kasut didapati basah, keringkan terlebih dahulu di bawah suhu yang perlahan dan bukannya menggunakan alat pemanas untuk kering. Bukan apa, ini akan menyebabkan material kasut seperti kulit akan longgar, cepat merekah, terkupas dan luntur warnanya.

2) Jika merasakan ruang terhad akibat kotak kasut yang banyak, sediakan penggantung kasut yang sesuai. Ia dipanggil 'pokok kasut' di mana ia mudah menyimpan kasut yang banyak tanpa rosak. Korang hanya perlu gantung kasut supaya aliran udara boleh keluar ke dalam kasut. Kasut juga perlu bernafas.Rak 'pokok kasut'

3) Pelihara kasut dari terlalu terdedah pada panas matahari terik. Jauhi juga kasut dari bahang panas jika tak menggunakannya.

4) Jaga kasut bukan sekadar mengambil berat keadaan kasut itu sendiri. Akan tetapi, korang perlu tahu mengenakan kasut yang sesuai. Elak memakai kasut kulit untuk perjalanan lasak supaya kasut lebih tahan lama.

5) Asingkan jenis kasut. Elak kumpul kasut ke dalam satu tempat yang sama kerana akan menyebabkan kasut berlaga antara satu sama lain. Lindungi kasut dengan meletakkanya di dalam satu kotak.

6) Jika kasut terkena kotoran. cepat-cepat bersihkan. Jika dibiarkan terdedah, lama-kelamaan ia akan meninggalkan bekas bewarna kuning yang sukar dihapuskan. Hasilnya, ia akan menjadi kesan warna kuning kekal.

7) Elak membiasakan kaki melenturkan kasut lebih-lebih lagi kasut jenis kulit yang mahal. Ia akan menyebabkan kasut kulit membentuk lengkungan dan cepat rosak. Ada baiknya tinggalkan tabiat tu,http://duitdarionline.blogspot.com/2012/03/tips-jaga-kasut-supaya-tahan-lama.html

INFO: Panduan membeli dan memilih kasut

Pilih kasut selepas berjalan banyak kerana bentuk kaki akan sedikit kembang dari asal (ketika sejuk)

Perlu mencuba kedua-dua belah kiri dan kanan bagi menepati saiz tepat.

Lakukan beberapa langkah (berulang kali) supaya dapat mengenal pasti keselesaan dan kesesuaian kasut.

Kedua belah kiri dan kanan kaki tidak sama saiznya. Ada sebelah kecil dan sedikit besar. Pilih saiz kasut mengikut saiz sebelah kaki sedikit besar untuk lebih selesa, kecuali kasut bertumit tinggi.

Boleh simpan kasut di dalam but kereta tetapi perlu disimpan dengan kemas dan rapi seperti meletakkan di dalam kain sarung dan kotak supaya warna dan kasut tidak rosak cepat. Cuaca terlalu panas yang menyerap haba dalam kereta boleh menyebabkan kasut cepat rosak.

Jangan memakai kasut yang sama setiap hari. Tukar dan berselang seli dengan koleksi lain supaya kasut tahan lebih lamahttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melangkahkemas/Article

SATURDAY, FEBRUARY 4[Tips] 10 perkara wajib diketahui sebelum memilih kasutAssalamualaikum.. Hye..

Tahukah korang selain baju, seluar, skirt semua tuh,kasut atau sandal pun merupakan salah satu yang terpenting dalam penampilan..Biasanya orang akan tengok kita dari atas ke bawah, dari tudung ke kasut, dari rambut ke kasut, dari mata turun ke hati (Ehh??!).. Jadi, haruslah kita pilih kasut yang lawa, comel, kiut, gojes bukan? Gojes pada pandangan sendiri pun tak apa.. Mana lah kita tahu pandangan orang lain kan..

Tapi!Nak pilih kasut nih bukan setakat kena tengok lawa, comel, kiut, gojes je!Mana laa tahu, asalkan gojes je terus rembat.. Jangan! Sila kesiankan kaki anda yang dok merayu-rayu kat tuan dia,"Tolong laa jangan seksa aku".. Kejam tahu (?) seksa kaki sendiri..

Jadi,apa yang perlu kita ambil perhatian semasa memilih kasut?Jom cekidaut!

1. Kasut haruslahberpadanan dengan ukuran kaki anda.. Kalau kaki anda bersaiz 8, jangan beli kasut saiz 7 sebab saiz 8 tak ada stok..

2. Tahukah anda, kedua kaki manusia tidak sama besar, di mana sebelah kaki adalah lebih besar dari yang satu lagi.. Jadi,pastikan anda membeli kasut mengikut keselesaan kaki yang lebih besar..

3.Permukaan kasut tu sebaiknya pilih yang lembut pada tapak bahagian dalamsupaya kaki selesa sebab ada kusyen kat kaki..

4. Kalau kita hidup kat iklim macam di Malaysia ni, silapilih kasut yang membenarkan pengaliran udara, untuk mengelakkan kaki anda berpeluh yang seterusnya jadi rumah pada bakteria bakteria dan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan.. Urghh!

5.Jangan pakai kasut yang mempunyai tali antara ibu jari dan jari kaki, kerana ia boleh menyebabkan kesakitan.. Tak tahan! Lagi satu, ia akan menyebabkan kaki anda mengembang denagn sihatnya.. Tak lawa kot..

6. Bila pilih kasut,panjang dan lebar kasut tu haruslah mempunyai ruang yang mencukupi bagi jari-jari kaki untuk bergerak dengan bebas..

7.Masa terbaik untuk membeli kasut adalah pada waktu petangsebab pada waktu ni, kaki akan sedikit mengembang.. Jadi, jika anda berasa kasut yang dipakai sewaktu kaki mengembang tu selesa, apatah lagi jika dipakai sewaktu kaki dalam keadaan biasa bukan?

8.Lembutkan kasut baru secara beransur-ansurdengan memakainya tidak lebih daripada 1 jam sehari selama beberapa hari..

9.Untuk mengelakkan kaki anda melecet, pakai sarung kaki atau stoking.Sebaiknya pilih sarung kaki yang lembut dan diperbuat daripada kapas atau campuran kapas dan gentian tiruan, yang akan membantu mengekalkan kekeringan kaki.Tukar sarung kaki atau stoking setiap hari.

10. Untuk test samada pemakaian kasut telah memendekkan otot betis anda, berdiri di atas cerun yang menghadap ke arah bukit, rapatkan kaki dan halakan sedikit kearah satu sama lain. Jika anda boleh berdiri tegak, anda bukanlah mangsa pemakaian kasut yang salah. Jika anda tidak boleh berbuat demikian dan terpaksa membongkok kehadapan, tumit tinggi anda telah memendekkan otos betis anda!http://www.ceritasyarafina.my/2012/02/tips-10-perkara-wajib-diketahui-sebelum.html PENJAGAANKASUTAugust 8, 2009Penjagaan kasutKasut yang anda beli merupakan suatu pelaburan kepada keselesaan dan menjadikan anda kelihatan menarik. Kasut yang berkualiti tinggi biasanya menjadi tarikkan dan anda pasti akan menjadikan ia sebagai satu koleksi peribadi. Di sini kami akan menerangkan cara-cara terbaik untuk menjaga dan memastikan kasut anda berada di dalam keadaan yang baik. Antaranya ialah:Menggunakan semburan untuk kalis air dan kotoranSemburan perlindungan merupakan cara terbaik untuk melindungi kasut anda daripada terkena air, salji dan sebarang tumpahan. Cara terbaik untuk melindungi kasut anda ialah dengan membersihkan sekeliling permukaan kasut kulit anda. Ikut arahan seperti yang terdapat pada botol semburan tersebut. Semburkan kasut anda sebelum digunakan dan amalkannya selalu.Selalu menggunakan kasut dan cara mencegah kasut daripada cepat rosakJika anda bercadang untuk menggunakan kasut dengan kerap, anda haruslah membawa kasut anda ke kedai kasut untuk dibaik pulih. Ia merupakan idea yang terbaik. Anda Cuma perlu mendapatkan jahitan pada kasut anda. Selain itu anda juga boleh meletakkan tapak getah pada kasut baru untuk mencegah kasut daripada mengalami kerosakkan dengan cepat.Penyelenggaraan kasutAkhir sekali kami mencadangkan agar anda sentiasa membersihkan kasut anda dengan kerap bergantung pada kekerapan anda menggunakannya. Bahan pencuci perlu disesuaikan dengan kasut tersebut, ini kerana setiap kasut yang dihasilkan terdiri daripada bahan-bahan tertentu.Kasut kulit boleh dikilatkan dengan menggunakan pengilat kasut yang disapu pada kasut dengan menggunakan kain yang lembut. Kasut kulit yang diperbuat daripada kulit lembut kelihatan menarik jika diberus dengan cermat. Berus yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan kulit kasut tidak mengalami kerosakkan. Kasut daripada fabrik pula hendaklah di sembur dengan semburan anti kotoran bagi memastikan kasut sentiasa kelihatan menarik.Selain itu, terdapat juga kasut yang diperbuat daripada kulit pokok Nappa. Ia merupakan kasut yang terbaik dihasilkan.Ini merupakan pengaruh alam semulajadi dan ia juga memberikan suatu rekaan yang kukuh dan mampu bertahan sehingga 4 atau 5 tahun.

http://syielacollections.wordpress.com/penjagaan-kasut/

Tue, 12 Mar 2013|Published inFESYEN,FOKUSGeram betul! Baru sahaja beli kasut tetapi sudah rosak. Adakah anda mengalami situasi seperti ini? Jika ya, mungkin sebab utamanya adalah kerana anda tidak tahu menjaga kasut dengan betul. Di bawah ini kamisenaraikan beberapa tip penjagaan kasut untuk memanjangkan hayat kasut anda.

1.Sekiranya kasut anda basah kerana hujan, jangan menggunakan pengering rambut untuk mengeringkannya! Biarkan ia kering di dalam suhu bilik. Haba yang berlebihan boleh merosakkan kasut, menjadikannya longgar, terkupas, pudar warna dan mudah merekah.GAYA MUSIM LURUH ALDO >>2.Simpan kasut di dalam tempat yang terbuka untuk membolehkannya bernafas. Ia juga dapat mengelakkan kasut daripada berbau.KAKI SARAH JESSICA PARKER ROSAK KERANAHIGH HEELS>>3.Sumbatkan kertas atau surat khabar lama di dalam kasut untuk mengekalkan bentuknya.JIMAT CARA SI FASHIONISTA >>4.Kasut kanvas atau berfabrik boleh dicuci menggunakan mesin basuh atau cucian tangan. Tetapi anda harus meletakkan surat khabar lama di dalam kasut tersebut sebelum dicuci untuk mengekalkan bentuknya.SANDAL SMART ABAD INI >>5.Sekiranya kasut anda kotor atau terkena lumpur, basuh dengan segera. Lumpur membuatkan kasut anda cepat reput.*Dapatkan lebih banyak tip penjagaan kasut dalamrencana bertajukSayang Sepatu, tulisan Izni Jalil di halaman 187 EH! keluaran Mac.

http://www.eh.com.my/fokus/tip-penjagaan-kasut