Kata akronim.docx

2
Kata akronim Menurut Abdul Aziz Abdul Rahman (2001:51), secara umumnya, kata akronim juga tergolong dalam bentuk kata tunggal. Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada satu bentuk dasar, yakni bentuk yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal jenis akronim ialah bentuk yang dihasillkan, umumnya, melalui percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan, atau percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu (Nik Safiah Karim, et.al, 2008:52). Contohnya, kata akronim bahasa Melayu “cerpen” yang dihasilkan daripada perkataan “cerita pendek”. Sungguhpun kata akronim terhasil daripada gabungan suku kata atau huruf-huruf awal pada beberapa perkataan, tetapi telah menjadi satu perkataan yang utuh dan mantap yang mempunyai makna, dapat berdiri sendiri serta dapat dilafazkan sebagai satu perkataan. Kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara, bergantung pada cara pembentukan akronim tersebut. Pertama, akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang lazimnya terdiri daripada kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar keseluruhannya. Contohnya, Angkatan Belia Islam Malaysia menghasilkan kata akronim ABIM. Kedua, kata akronim yang terbentuk daripada gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata. Oleh sebab yang terbentuk itu ialah kata nama khas, huruf pertamanya dieja dengan huruf besar. Contohnya, Mara, iaitu kata akronim hasil daripada Majlis Amanah Rakyat. Ketiga, kata akronim yang terbentuk dengan gabungan suku kata dengan suku kata, dan ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya kerana perkataan yang terbentuk bukan kata nama khas. Contohnya, kata akronim tabika yang terhasil dengan gabungan suku kata taman bimbingan kanak-kanak (Nik Safiah Karim, et.al, 2008:66).

description

bm

Transcript of Kata akronim.docx

Kata akronimMenurut Abdul Aziz Abdul Rahman (2001:51), secara umumnya, kata akronim juga tergolong dalam bentuk kata tunggal. Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada satu bentuk dasar, yakni bentuk yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal jenis akronim ialah bentuk yang dihasillkan, umumnya, melalui percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan, atau percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu (Nik Safiah Karim, et.al, 2008:52). Contohnya, kata akronim bahasa Melayu cerpen yang dihasilkan daripada perkataan cerita pendek. Sungguhpun kata akronim terhasil daripada gabungan suku kata atau huruf-huruf awal pada beberapa perkataan, tetapi telah menjadi satu perkataan yang utuh dan mantap yang mempunyai makna, dapat berdiri sendiri serta dapat dilafazkan sebagai satu perkataan. Kata akronim boleh ditulis dengan tiga cara, bergantung pada cara pembentukan akronim tersebut. Pertama, akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang lazimnya terdiri daripada kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar keseluruhannya. Contohnya, Angkatan Belia Islam Malaysia menghasilkan kata akronim ABIM. Kedua, kata akronim yang terbentuk daripada gabungan suku kata dengan huruf awal atau gabungan suku kata dengan suku kata. Oleh sebab yang terbentuk itu ialah kata nama khas, huruf pertamanya dieja dengan huruf besar. Contohnya, Mara, iaitu kata akronim hasil daripada Majlis Amanah Rakyat. Ketiga, kata akronim yang terbentuk dengan gabungan suku kata dengan suku kata, dan ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya kerana perkataan yang terbentuk bukan kata nama khas. Contohnya, kata akronim tabika yang terhasil dengan gabungan suku kata taman bimbingan kanak-kanak (Nik Safiah Karim, et.al, 2008:66).