kata aluan

7
i KATA ALU-ALUAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia atas komitmen dan dedikasi dalam menjayakan Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia kali ke-21 dan Persidangan Perwakilan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia Kali ke-33 ini. Tahniah juga kepada Majlis Guru Besar Negeri Kedah yang telah diberi kepercayaan bagi mengelolakan dan menjadi tuan rumah konvensyen pada tahun ini. “Guru Besar: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak” adalah tema yang diselaraskan sempena sambutan hari guru tahun ini dijadikan tema konvensyen pada kali ini adalah bertepatan dengan peranan Guru Besar masa kini yang sentiasa komited menjayakan objektif negara dalam bidang pendidikan. Saranan kepimpinan negara melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang telah dilancarkan, pendidikan memerlukan kreativiti bagi menyempurnakan akhlak pelajarnya. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan menjadi tonggak kepada kemajuan pendidikan di Malaysia memerlukan guru yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri sebagai suri teladan. Guru Besar mampu mewujudkan kualiti pada setiap insan dengan keilmuan dan berperanan membina dan membentuk kualiti individu murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayati oleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan seperti mana yang diharapkan dapat menyempurnakan keberhasilan murid berpandukan enam aspirasi murid. Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama berusaha merealisasikan hasrat murni ini bagi menghasilkan murid yang dapat mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalani kehidupan. Sekian, terima kasih dan selamat bersidang. DATO’ SERI DIRAJA MAHDZIR BIN KHALID Menteri Pendidikan

Transcript of kata aluan

Page 1: kata aluan

i

KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dansalam sejahtera.

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dansyabas kepada Gabungan Majlis Guru BesarMalaysia atas komitmen dan dedikasi dalammenjayakan Konvensyen Pendidikan GuruBesar Malaysia kali ke-21 dan PersidanganPerwakilan Gabungan Majlis Guru BesarMalaysia Kali ke-33 ini. Tahniah juga kepadaMajlis Guru Besar Negeri Kedah yang telahdiberi kepercayaan bagi mengelolakan danmenjadi tuan rumah konvensyen pada tahun ini.

“Guru Besar: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”adalah tema yang diselaraskan sempena sambutan hari

guru tahun ini dijadikan tema konvensyen pada kali ini adalahbertepatan dengan peranan Guru Besar masa kini yang sentiasa komited menjayakanobjektif negara dalam bidang pendidikan. Saranan kepimpinan negara melalui PelanPembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang telah dilancarkan, pendidikanmemerlukan kreativiti bagi menyempurnakan akhlak pelajarnya. Pelan PembangunanPendidikan Malaysia yang dilaksanakan menjadi tonggak kepada kemajuan pendidikan diMalaysia memerlukan guru yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalambidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri sebagaisuri teladan.

Guru Besar mampu mewujudkan kualiti pada setiap insan dengan keilmuan danberperanan membina dan membentuk kualiti individu murid dalam aspek jasmani, emosi,rohani dan intelek. Budi pekerti dan nilai-nilai murni sejagat yang perlu ada dan dihayatioleh setiap modal insan bagi mendepani cabaran dan perubahan dalam menjalanikehidupan seperti mana yang diharapkan dapat menyempurnakan keberhasilan muridberpandukan enam aspirasi murid.

Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama berusaha merealisasikan hasrat murni inibagi menghasilkan murid yang dapat mendepani cabaran dan perubahan dalammenjalani kehidupan.

Sekian, terima kasih dan selamat bersidang.

DATO’ SERI DIRAJA MAHDZIR BIN KHALID Menteri Pendidikan

Page 2: kata aluan

ii

KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, salam sejahteradan salam 1 Malaysia

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah serta iradatNyamaka Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia kalike-21 dan Persidangan Perwakilan Gabungan Majlis GuruBesar Malaysia Kali ke-33 dapat dijayakan.

”Guru Besar: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak”menjadi tema Konvensyen pada tahun ini. Tema tersebutselaras dengan hasrat kementerian untukmenyempurnakan keberhasilan berpandukan enamaspirasi murid seperti yang dinyatakan dalam PelanPembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.

Pemilihan tema ini adalah amat bersesuaian dengan peranan Guru Besar kerana sejakdahulu lagi Guru Besar merupakan insan yang membuka minda guru–gurumembangunkan dan menggalakkan ilmu membaca, menulis dan mengira bagi memimpinanak-anak demi mencapai kejayaan dengan menerapkan nilai murni dalam kehidupanharian mereka.

Justeru itu, melalui tema ini semua Guru Besar di negara ini perlu mempunyai aspirasiyang sama untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia denganmemikul tanggungjawab melahirkan modal insan cemerlang. .Diharap semua Guru Besar berpegang teguh kepada satu agenda bagi memastikankejayaan PPPM 2013 - 2025 serta etika profesion perguruan dalam melahirkan muridyang seimbang seperti dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pelaksanaan PPPM 2013 – 2025 ini dapat menguji tahap keupayaan warga pendidikdalam menyediakan peluang kepada murid menguasai kemahiran berfikir aras tinggidalam bidang akademik dan diaplikasikan dalam persekitaran kehidupan sebenar.

Guru Besar juga harus terus berusaha menggerakkan proses transformasi bagimencorakkan landskap sistem pendidikan negara serta perlu sentiasa tampil memberipenerangan tentang dasar dan hasrat negara kepada ibu bapa dan masyarakat dalammenggerakkan agenda pembangunan negara seiring dengan pelaksanaan ProgramTransformasi Kerajaan (GTP).

Saya menyeru semua Guru Besar supaya terus berusaha memainkan peranan sebagaipembina ilmu, pembangun sahsiah dan jurutera sosial.

Selamat bersidang.

TAN SRI DR. MADINAH BINTI MOHAMADKetua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 3: kata aluan

iii

KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dansalam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah serta iradatNyamaka Konvensyen Pendidikan Guru Besar Malaysia KaliKe-21 dan Persidangan Perwakilan Gabungan Majlis GuruBesar Malaysia Kali ke-33 dapat dijayakan.

Bertemakan ”Guru Besar: Membina IlmuMenyempurnakan Akhlak” amat bertepatan dengan situasinegara kita yang sedang bergerak melaksanakan PelanPembangunan Pendidikan Malaysia. Kita semua adalahinsan istimewa yang telah membimbing anak bangsasehingga berjaya walau di mana kita berada.

Budaya pembelajaran masa kini telah berubah kepada amalan bermaklumat kreatif, bijakberfikir dan penyayang dengan mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi.Oleh yang demikian sebagai pendidik, Guru Besar perlu melengkapkan diri denganpelbagai ilmu pengetahuan seiring dengan ledakan maklumat dan kecanggihan teknologiterkini. Guru Besar berperanan mendidik muridnya daripada aspek intelek, rohani, emosidan jasmani bagi menyumbang kepada pembentukan disiplin dan sahsiah yangcemerlang. Tugas mencabar ini memerlukan iltizam yang amat tinggi kerana gurubertanggungjawab dalam melahirkan modal insan kelas pertama melalui sistempendidikan yang semakin berkembang selaras dengan arus perubahan globalisasi masakini. Guru Besar perlu menangani secara profesional dan menyahut cabaran transformasipendidikan ke arah membangunkan insan berkemahiran tinggi abad ke-21.

Pembangunan modal insan cemerlang bertujuan memastikan warganegara Malaysiaberpengetahuan serta berkepakaran tinggi bagi menyumbang kepada sumber tenagadalam pelbagai bidang pekerjaan. Oleh itu, murid perlu dilengkapi dengan pelbagaikemahiran meliputi komunikasi berkesan, teknologi maklumat terkini serta berfikir arastinggi. Justeru itu, murid harus mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan mampumenjadi pemimpin berkesan. Profesion keguruan mampu membina ilmu denganmenggabungkan nilai-nilai murni untuk menyempurnakan pembentukan akhlak murid.Modal insan yang celik minda dan memiliki sahsiah terpuji mampu melakukan anjakanparadigma tanpa mengabaikan jati diri negara bangsa.

Dengan ini diharap Guru Besar dapat terus meningkatkan kualiti diri menjadi pemimpinyang berpandangan jauh dan mampu mendidik anak bangsa ke arah melahirkan insanyang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga berakhlak mulia demimencapai matlamat kecemerlangan pendidikan negara.

DATO’ SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOFKetua Pengarah Pelajaran Malaysia

Page 4: kata aluan

iv

KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salamsejahtera.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNyasaya dapat bersama-sama dalam majlis KonvensyenPendidikan Guru Besar Malaysia bagi kali ke-21 danPersidangan Perwakilan Gabungan Majlis Guru Besar kalike-33 yang bertemakan ”Guru Besar: Membina IlmuMenyempurnakan Akhlak”

Saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkanucapan tahniah dan syabas kepada Gabungan Majlis GuruBesar Malaysia atas komitmen dan dedikasi dalammenganjurkan persidangan ini yang merupakan wadahuntuk semua Guru Besar seluruh negara.

Bertepatan dengan tema ”Guru Besar: Membina Ilmu MenyempurnakanAkhlak”, peranan Guru Besar masa kini telah berubah selaras dengan pelaksanaan PelanPembangunan Pendidikan Malaysia yang diilhamkan oleh pucuk pimpinan negara. Adalahmenjadi tanggungjawab Guru Besar untuk merealisasikan hasrat kepimpinan tersebut.

Justeru, Guru Besar perlu memainkan peranan yang aktif dalam kepimpinan danpengurusan sekolah untuk menjayakan misi kementerian iaitu Membangunkan PotensiIndividu Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangun PotensiIndividu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Sehubungan itu, saya berkeyakinan penuh bahawa Guru Besar yang cemerlang akanberupaya mencapai enam aspirasi murid iaitu setiap murid akan mempunyaiPengetahuan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Memimpin, Kemahiran Dwibahasa, Etikadan Kerohanian dan Identiti Nasional.

Akhir kata, semua Guru Besar diharap dapat sama-sama menghayati serta melibatkan diribagi menyumbangkan idea yang kreatif dan inovatif untuk melaksanakan PelanPembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

Selamat bersidang.

ABDULLAH BIN MAD YUNUSPengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Page 5: kata aluan

v

KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salamsejahtera dan salam 1 Malaysia.

Saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.Tkerana atas limpah dan kurniaNya dapat kita sama-sama menjayakan Konvensyen Pendidikan Guru BesarMalaysia bagi kali ke-21 dan Persidangan PerwakilanGabungan Majlis Guru Besar kali ke-33 di Langkawi,Kedah Darul Aman. Terima kasih kepada GabunganMajlis Guru Besar Malaysia kerana memilih Kedahsebagai lokasi konvensyen dan persidangan tahun ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakanbeberapa perkara dalam Bidang Keberhasilan UtamaNegara (NKRA) sebagai penjana transformasipendidikan merangkumi usaha meluaskan dan

memantapkan pendidikan prasekolah, meningkatkan kadar literasi dannumerasi, mewujudkan sekolah berprestasi tinggi serta mengiktiraf Pengetua dan GuruBesar yang menunjukkan prestasi cemerlang.

Justeru itu, Guru Besar harus sentiasa bersedia menjadi penggerak transformasi denganberusaha menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran, merapatkan jurangpencapaian murid tanpa mengira latar belakang kaum dan sosio ekonomi sertamembantu meningkatkan prestasi sekolah dalam semua bidang.

Guru Besar perlu ikhlas dalam mendidik dengan bertunjangkan matlamat pembinaannegara bangsa, serta menjunjung aspirasi perpaduan selaras dengan semangat dan cita-cita 1 Malaysia.

Saya menyeru kepada semua Guru Besar untuk berganding bahu, berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan profesion perguruan untuk menggerakkan misi pendidikannegara. Guru Besar perlu tabah menghadapi cabaran masa kini dan bangga denganperanan sebagai seorang Guru Besar. Marilah kita bersama-sama melangkah ke hadapandengan yakin, proaktif, inovatif dan bersedia dengan perubahan yang drastik.

Akhir kata, semoga khidmat bakti Guru Besar sekalian diberkati dan diberi pembalasanyang seadil-adilnya daripada Allah S.W.T.

Selamat bersidang.

DATIN HAJAH AZUYAH BINTI HASSANPengarah Pendidikan Kedah

Page 6: kata aluan

vi

KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh, salamsejahtera dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T denganberkat limpah kurniaNya, kita dapat bersama-sama lagimenjayakan Konvensyen Pendidikan Guru BesarMalaysia kali ke-21 dan Persidangan PerwakilanGabungan Majlis Guru Besar Malaysia kali ke-33 tahunini. Ucapan penghargaan dan terima kasih sayapanjangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia,Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Majlis Guru BesarNegeri Kedah serta seluruh peserta konvensyen danpersidangan yang hadir.

Konvensyen dan persidangan pada kali ini bertemakan ”Guru Besar:Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak” sangat relevan dengan peranan Guru Besaryang bukan hanya menyampaikan kandungan sukatan pelajaran di dalam kelas, malahGuru Besar perlu memperkenalkan inovasi dan kreativiti masing-masing ketikamenyampaikan ilmu. Pembangunan ilmu mestilah seiring dengan kemajuan teknologi dankeperluan modal insan yang holistik pada masa hadapan. Kreativiti yang tercetus danpenjanaan inovasi boleh meningkatkan pengurusan dan seterusnya memastikan hasratKementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negaramaju akan terlaksana dengan jayanya.

Sekolah perlu menjadi pusat dan landasan yang mampu melahirkan golongan pelapisgenerasi muda yang bergerak seiring dengan aspirasi negara. Guru Besar adalahpemimpin instruksional yang profesional dalam membentuk insan yang berperibadi muliadan berpersonaliti unggul yang seterusnya dapat membina bangsa Malaysia yangberkualiti. Guru Besar juga perlu bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai cabaranserta isu yang berkaitan dengan pendidikan sepanjang masa.

Akhir kata, saya selaku Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia mewakilisemua perwakilan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pihak yang terlibatdalam menjayakan konvensyen dan persidangan tahun ini. Tahniah dan syabas.

Sekian, selamat berkonvensyen dan bersidang.

HAJI MAS’OOD BIN IDRISYang Dipertua Majlis Guru Besar Malaysia

Page 7: kata aluan

vii

KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh dansalam sejahtera.

Bersyukur saya kehadrat Ilahi di atas limpah kurniaNya,Konvensyen dan Persidangan Guru Besar Malaysiabagi tahun 2015 ini dapat dilaksanakan dengan lancar.Terlebih dahulu setinggi ucapan penghargaan danterima kasih kami selaku pengelola kepadaKementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan PendidikanKedah Darul Aman, Gabungan Majlis Guru BesarMalaysia dan Majlis Guru Besar bagi setiap negeri yangtelah memberi sepenuh kerjasama kepada kami bagimenjayakan konvensyen pada tahun ini.

Tidak ketinggalan juga ucapan danpenghargaan kepada semua yang bersama-sama menyokong agenda tahunan Gabungan

Majlis Guru Besar Malaysia ini.

Bertemakan ”Guru Besar: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak” konvensyen pada kaliini diharap dapat memberi impak yang optimum kepada semua perwakilan dan pemerhatidalam mempertingkatkan mutu pengurusan dan kepimpinan bagi memenuhi aspirasipendidikan negara.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semuayang menjayakan konvensyen dan persidangan pada kali ini. Saya juga memohonkemaafan atas segala kelemahan dan kekurangan sepanjang konvensyen danpersidangan berlangsung.

Sekian.

HAJI ABDULL RAZAK BIN OTHMAN Yang DipertuaMajlis Guru Besar Kedah