Kata Aluan Ydp Pibg[1]

2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya telah diberi kesempatan untuk memberi sepatah dua kata didalam buku program ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak pengurusan sekolah kerana telah kerjaya menganjurkan majlis Anugerah Cemerlang Korikulum ini yang merupakan aktiviti terakhir kelendar korikulum sekolah bagi tahun 2011. Setelah bertungkus lumus berusaha sepanjang tahun 2011, pada hari ini pelajar-pelajar diraikan dimajlis yang gilang gemilang. Sesungguhnya kejayaan pada hari ini adalah permulaan kepada kecemerlangan yang bermakna dan mencabar dimasa hadapan. Saya berharap semoga pelajar- pelajar akan terus berusaha dengan lebih keras lagi kerana cabaaran yang menanti tentunya lebih hebat lagi. Didalam meraikan kejayaan ini, kita harus sedar bahawa beradanya kita disini pada hari ini adalah hasil daripada kegigihan guru-guru yang tidak penah mengenal rasa jemu dan putus asa didalam mendidik para pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Segala jasa guru perlu kita hargai dan dikenang hingga akhir hayat. Pelajar-pelajar juga harus bersyukur kerana telah dikurniakan ibu bapa yang bertanggung jawab serta komited didalam memastikan kejayaan para pelajar semua, tanpa pengorbanan dan sokongan daripada ibu bapa, sudah tentu para pelajar semua dapat menikmati peluang untuk belajar dengan sempurna. Saya selaku YDP PIBG, SMK Darul Ehsan ingin sekali lagi meyatakan komitmen PIBG yang tidak berbelah bagi, membantu pihak sekolah didalam menjana kecemerlangan sokolah samada didalam bidang kurikulum, kokurikulum serta sahsiah pelajar. Komitmen para ibu bapa juga amatlah diharapkan didalam memperkukuhkan komitmen PIBG kepada pihak sekolah. Sebelum mengundur diri, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua, guru-guru serta seluruh warga SMK Darul Ehsan diatas segala komitmen dan pengorbanan yang jitu yang

description

ucapan

Transcript of Kata Aluan Ydp Pibg[1]

Page 1: Kata Aluan Ydp Pibg[1]

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia

Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya telah diberi kesempatan untuk memberi sepatah dua kata didalam buku program ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak pengurusan sekolah kerana telah kerjaya menganjurkan majlis Anugerah Cemerlang Korikulum ini yang merupakan aktiviti terakhir kelendar korikulum sekolah bagi tahun 2011.

Setelah bertungkus lumus berusaha sepanjang tahun 2011, pada hari ini pelajar-pelajar diraikan dimajlis yang gilang gemilang. Sesungguhnya kejayaan pada hari ini adalah permulaan kepada kecemerlangan yang bermakna dan mencabar dimasa hadapan. Saya berharap semoga pelajar-pelajar akan terus berusaha dengan lebih keras lagi kerana cabaaran yang menanti tentunya lebih hebat lagi.

Didalam meraikan kejayaan ini, kita harus sedar bahawa beradanya kita disini pada hari ini adalah hasil daripada kegigihan guru-guru yang tidak penah mengenal rasa jemu dan putus asa didalam mendidik para pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Segala jasa guru perlu kita hargai dan dikenang hingga akhir hayat.

Pelajar-pelajar juga harus bersyukur kerana telah dikurniakan ibu bapa yang bertanggung jawab serta komited didalam memastikan kejayaan para pelajar semua, tanpa pengorbanan dan sokongan daripada ibu bapa, sudah tentu para pelajar semua dapat menikmati peluang untuk belajar dengan sempurna.

Saya selaku YDP PIBG, SMK Darul Ehsan ingin sekali lagi meyatakan komitmen PIBG yang tidak berbelah bagi, membantu pihak sekolah didalam menjana kecemerlangan sokolah samada didalam bidang kurikulum, kokurikulum serta sahsiah pelajar. Komitmen para ibu bapa juga amatlah diharapkan didalam memperkukuhkan komitmen PIBG kepada pihak sekolah.

Sebelum mengundur diri, sekali lagi saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua, guru-guru serta seluruh warga SMK Darul Ehsan diatas segala komitmen dan pengorbanan yang jitu yang telah meletakkan SMK Darul Ehsan menjadi salah sebuah sekolah yang terbaik di Daerah Gombak ini.

Sekian, terima kasih.

ZAKARIA BIN HASHIM

Yang DiPertua

Persatuan Ibu Bapa dan Guru

SMK Darul Ehsan

Page 2: Kata Aluan Ydp Pibg[1]