Kata Ganti Nama Diri
description
Transcript of Kata Ganti Nama Diri
KATA GANTI NAMA DIRI (KGND)
digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:
(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama
(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua
(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga
(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama
digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang
lain.
kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.
KGND
PertamaBentuk Penggunaan Ayat contoh
aku tunggal
Merujuk kepada diri sendiri apabila
berhubung dengan orang yang rapat
dan sama taraf, dan ketika berdoa
kepada Tuhan.
"Kedatangan aku ke mari membawa hajat
yang besar, Manisah," kata Ziana kepada
rakan karibnya itu.
Ya Allah, aku memohon petunjuk-Mu,"
lafaz Pak Man dalam doanya.
saya tunggal
Merujuk kepada diri sendiri apabila
bercakap dengan orang yang baru
dikenali atau sesiapa sahaja dalam
keadaan rasmi.
"Rumah saya tidak jauh dari sini," kata
Rahim kepada orang tua yang bertanya
kepadanya itu.
Saya berasa bertuah menjadi rakyat
Malaysia.
beta tunggal Digunakan oleh raja, permaisuri, sultan "Berani awak mengingkari perintahbeta,"
dan kaum kerabat diraja apabila bertitah
kepada rakyat.
titah baginda sultan dengan murkanya.
"Beta izinkan mamanda menteri
berangkat sekarang juga," titah Sultan Ali.
patik tunggal
Digunakan oleh rakyat apabila bercakap
dengan sultan, permaisuri, raja dan
kerabat diraja.
Kata Bendahara Melaka,
"Patikmenjunjung perintah, tuanku."
"Patik datang ke mari membawa hajat
yang besar, tuanku," sembah Hang
Kasturi kepada Sultan Mahmud.
daku tunggal
Merujuk kepada diri sendiri dan hanya
digunakan jika perkataan sebelumnya
berakhir dengan huruf "n".
Adakah engkau masih ingat akan daku?
Oleh sebab tidak sependapat
dengandaku, akhirnya kami berpisah
juga.
hamba tunggalMerujuk kepada diri sendiri pada zaman
dahulu.
"Hamba telah banyak melihat corak hidup
manusia," kata pengembara itu kepada
Engku Azlina.
"Jangan hamba dihina begini," rayu
saudagar itu kepada Malim Kundang.
kami jamak
Merujuk kepada si penutur dan
temannya apabila bercakap dengan
pihak kedua.
"Kami akan menyertai kem motivasi di
sekolah," kata Ali dan Siti kepada ibu
mereka.
Ami dan John memberitahu cikgu
mereka,"Kami tidak tahu membuat projek
itu."
kita jamakMerujuk kepada si penutur dan orang
yang mendengarnya.
Bahasa Malaysia ialah bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi
negarakita.
"Jika kita bersatu, kita akan menjadi
kuat," kata Eda kepada rakan-rakannya.
(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua
digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap.
kata ganti nama diri kedua juga terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.
KGND
KeduaBentuk Penggunaan Ayat contoh
awak tunggal
Digunakan untuk diri orang kedua yang
rapat, panggilan orang atasan kepada
orang bawahan dan digunakan oleh suami
dan isteri apabila bercakap.
"Awak tidak boleh merokok di dalam
pejabat," kata pengurus itu kepada
keraninya.
"Bila awak mahu datang ke rumah
saya?" tanya Salmah kepada sahabat
karibnya.
kamu tunggal
Digunakan oleh orang yang lebih tua atau
dewasa dan ditujukan kepada anak, para
pelajar dan sebagainya
"Kamu masih belum sihat lagi, Man?"
Kudus bertanya.
"Mengapakah mata kamu merah,
Amin?" Halim bertanya kepada
adiknya.
engkau tunggal Digunakan untuk diri orang kedua yang
rapat dan dengan Tuhan apabila berdoa.
"Apakah yang engkau lakukan ini?"
Zuren bertanya kepada Ku Li.
Ya Allah, Engkaulah yang maha
mengetahui.
dikau tunggal
Digunakan dalam tulisan sebagai objek
kepada kata sendi dan kata kerja transitif
yang ejaannya berakhir dengan huruf "n".
Aku akan
memperkenalkan dikaudengan kawan-
kawanku yang lain.
"Saya amat rindu akan dikau," kata
Hasan kepada teman wanitanya.
tuanku tunggal
Digunakan apabila bercakap dengan
sultan, raja dan kerabat diraja; bermaksud
"tuan yang mulia".
"Segala titah tuanku akan patik patuhi,"
kata Hang Tuah.
"Patik ke mari bersama-sama dengan
anak dan isteri, tuanku" sembah Tun
Pepatih.
andatunggal /
jamak
Merujuk kepada diri orang yang kedua/
orang yang dilawan bercakap apabila tiada
berhadapan dengan kita. Contohnya dalam
siaran radio, televisyen atau dengan orang
yang sebaya.
Anda dikehendaki membaca arahan
dengan teliti sebelum menjawab
soalan.
Jika anda berminat untuk menyertai
syarikat kami, sila hubungi kami
dengan segera.
kalian jamak Merujuk kepada diri orang kedua atau Kalian diharap bertenang kerana para
orang yang dilawan bercakap yang
bilangannya melebihi seorang/bilangan
banyak.
hakim sedang mengira markah.
"Apakah yang kalian buat di sini?"
Husin bertanya kepada rakan-
rakannya.
(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga
kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang
diperkatakan.
KGND
KetigaBentuk Penggunaan Ayat contoh
dia / ia tunggal
Untuk menggantikan nama diri orang yang
diceritakan/dicakapkan sama ada rakan sebaya
atau orang yang lebih muda.
Dia berjanji akan berubah, tidak
lagi bersikap malas seperti dahulu.
Ahmad terjatuh kerana ia ditolak
oleh kawannya.
nya tunggal
Digunakan untuk menggantikan kata ganti
dia/ia, nama binatang dan nama benda. Tidak
boleh berdiri sendiri dan ditulis serangkai
dengan perkataan yang mendahuluinya.
Munirah memanggil Masni sambil
melambai padanya.
Burung itu tidak boleh terbang
kerana sayapnya patah.
baginda tunggalUntuk menggantikan nama sultan, raja, kerabat
diraja yang diperkatakan.
Sultan Samad menitahkan
Perdana Menteri pergi
mendapatkan anakandabaginda di
Temasik.
Bagina Sultan jarang-jarang
melawat ke sini.
beliau tunggal Digunakan untuk orang ketiga yang dihormati
seperti ibu bapa, pemimpin dan guru.
Semua anak beliau belajar di luar
negara.
Menteri Pelajaran tidak dapat
hadir kerana beliau berada di luar
negara.
mereka jamak
Untuk menggantikan nama diri orang ketiga
yang dicakapkan yang bilangannya melebihi
seorang.
Rumah mereka ranap ditiup angin
ribut.
Mereka bergotong-royong
membersihkan kampung.