Kata Ganti Nama Diri.docx

download Kata Ganti Nama Diri.docx

of 12

Transcript of Kata Ganti Nama Diri.docx

Kata Ganti Nama Diri Kata Ganti Nama Diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang.Kata Ganti Nama Diri dibahagi kepada 3 jenis, iaitu :1. Kata Ganti Nama Diri Pertama2. Kata Ganti Nama Diri Kedua3. Kata Ganti Nama Diri KetigaKata Ganti Nama Diri Pertama:Digunakan untuk orang yang bercakap.

Bentuk Tunggal: saya, aku, beta, patik, hambaBentuk Jamak : kami, kita

Panduan menggunakan Kata Ganti Nama Diri Pertama:Saya: - digunakan ketika bercakap dengan a) orang yang baru dikenali b) orang yang lebih tua c) teman-teman

Ayat: 1) "Saya akan pulang lewat hari kerana ada kelas tambahan," kata Hasnah kepada ibunya.

2) "Nama saya Susana,saya datang dari Pulau Pangkor," kata Susana memperkenalkan dirinya ketika menghadiri temu duga.

Aku: - digunakan ketika bercakap dengan a) orang yang sangat rapat , mesra dan sedarjat b) ketika berdoa kepada Tuhan c) tidak boleh digunakan dalam suasana rasmi seperti majlis rasmi dan surat- menyurat rasmi.

Ayat: 1) "Marilah singgah di rumah aku dulu," kata Azmi kepada Azman. 2) Ya, Allah, tabahkan hati aku untuk menghadapi dugaan ini!

Beta: - digunakan oleh raja dan sultan ketika bertitah.

Ayat: 1) "Beta akan pastikan rakyat di negeri ini hidup dengan aman dan damai," titah Sultan Allauddin.

Patik: - digunakan oleh orang yang berkedudukan / berpangkat ketika bercakap dengan raja / sultan.

Ayat: 1) "Patik akan melaksanakan segala titah perintah Tuanku," sembah Hang Tuah kepada Sultan.

Hamba: - digunakan oleh orang biasa yang tidak berkedudukan / berpangkat ( dengan tujuan untuk merendahkan diri ) apabila bercakap dengan orang lain.

Ayat: 1) "Bolehkah hamba menumpang di kampung ini?" tanya pemuda itu.

Kami: - digunakan untuk merujuk orang yang bertutur serta rakan-rakannya. - tidak termasuk orang yang menjadi teman berbicara.

Ayat: 1)Kami akan pergi ke kedai buku sebelum berjumpa dengannya di restoran.

2) Kami tidak dapat menghadiri majlis harijadinya kerana terpaksa pulang ke kampung dengan segera.

Kita: - digunakan untuk merujuk orang yang bertutur. - termasuk orang yang menjadi teman berbicara ( merujuk kepada semua )

Ayat: 1) Walau di mana kita berada, kita haruslah ingat akan jasa ibu bapa yang memelihara kita sejak darikecil lagi.

2) "Sekolah kita akan mengadakan gotong-royong pada hari Sabtu ini," kata ketua pengawas kepada pelajar-pelajar.

Kata kerja1. Menyimbah menyiram sekali gus sehingga basah dengan kuantiti air yang banyak (menggunakan baldi, gayung dan sebagainya)2.Menyiram mencurahkan air (kuantiti air yang banyak daripada menjirus) dan lain-lain pada sesuatu supaya bersih, basah dan sebagainya (pokok bunga, air mawar)3. Merenjis titik-titik air dan lain-lain yang berselerak ke sana-sini tetapi lebih menghala ke sesuatu kawasan (istiadat tepung tawar, kain yang direnjis dengan air sebelum diseterika)4. Menatang membawa sesuatu dengan tapak tangan (dulang)5. Menjunjung membawa sesuatu di atas kepala (kendi, buyung dan sebagainya)6. Menjinjing membawa sesuatu dengan tangan yang terhulur ke bawah. (beg plastik)7. Menakik membuat takuk ((kesan lurah) pada pokok dan lain-lain dengan menggunakan parang.8. Memangkas memotong hujung (rumput, pokok renek dan sebagainya)9. Menanak perbuatan masak nasi.10. Menjerang masak khas untuk air11. Merendang memasak hingga kering dengan santan (ayam, daging dan sebagainya).

Aktiviti di dapur mencuci sayur memotong sayur mencencang daging menghiris bawang mengisar cili menumbuk cili menyiang ikan memerah santan memerah jus oren mengisar cili mengopek kulit menapis air mengayak tepung menguli / mengadun tepung mengukus ikan menanak nasi menjerang air menggoreng ikan / ayam / sayur membakar kek / roti memasak merebus telur mereneh sup membancuh kopi mencedok nasi / sup menyenduk nasiAktiviti di taman bersenam berjoging bersiar-siar berbual-bual berkejar-kejaran memanaskan badan bermain papan gelongsor bermain jongkang-jongket bermain catur bermain layang-layang bermain buaian menyepak bola menjaringkan gol bermain badminton mengayuh / menunggang basikal / berbasikal bertegur sapa membaca novel / buku cerita mendayung sampan berkelah menikmati makanan / pemandangan mengambil gambar membuang sampah mengutip sampahAktiviti di ruang tamu menonton televisyen melipat pakaian bermain alat mainan mendengar muzik / radio menghirup kopi menjahit baju menganyam tikar mendodoikan anak bermain piano / biolaAktiviti di kebun / kebun bunga berpeluh mengusap peluh menanam pokok bunga menyiram pokok bunga menyembur racun serangga membubuh baja mencantas daun pokok memangkas rumput menebang pokok mencangkul tanah menggali lubang mencabut rumput menyabit rumput menjolok / mengait buah memetik bunga / buah

4