Kata Hubung

3
Kata Hubung 1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. 2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu: (a) kata hubung gabungan, (b) kata hubung pancangan, (c) kata hubung berpasangan. 3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut: Kata Hubung Gabungan / Pancangan Contoh Ayat Contoh agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera. apabila Mukanya pucat apabila disoal. atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana. bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar. dan Leela dan Siu Lan berjiran. hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. Jika Saya berpayung jika hujan. Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan. kecuali Semua murid Nadir kecuali Gopal. kerana Aini menangis kerana terlalu sedih. lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon. manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor. sambil Zalifah bernyanyi sambil menari. serta Zahid serta abangnya menonton wayang. semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil. sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari. supaya Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.

description

. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

Transcript of Kata Hubung

Page 1: Kata Hubung

Kata Hubung

 

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan

dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

2.     Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:

(a)    kata hubung gabungan,

(b)    kata hubung pancangan,

(c)    kata hubung berpasangan.

3.         Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta

penggunaannya adalah seperti yang berikut:

Kata Hubung Gabungan / Pancangan

 

Contoh Ayat Contoh

agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.

apabila Mukanya pucat apabila disoal.

atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.

bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.

dan Leela dan Siu Lan berjiran.

hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.

Jika Saya berpayung jika hujan.

Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.

kecuali Semua murid Nadir kecuali Gopal.

kerana  Aini menangis kerana terlalu sedih.

lalu       Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.

manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.

sambil   Zalifah bernyanyi sambil menari. 

serta Zahid serta abangnya menonton wayang.

semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil.

sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.

sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.

supaya Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.

walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.

tetapi Badannya besar tetapi penakut.

Page 2: Kata Hubung

Kata Hubung Berpasangan          

 

Contoh Ayat Contoh

Baik - mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong

membersihkan balai raya itu.

Baik- baik Baik Daud baik adiknya samasama pintar.

bukan sahaja malah Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

entah    entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.

Jangan – pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.

Kian – kian Kian lama kian banyak orang yang ke sana.

Sama ada – ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke

Sekolah.

sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit

Larut.

semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.

sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.

walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.

2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar

 

Dan hingga lalu ketika

Dengan yang tetapi jika

Kerana serta kalau kemudian

demikian walhal walau agar

atau demi supaya

3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.

 

semasa sementara seharusnya andaikata

semoga seketika sebaliknya sedangkan

setelah sesungguhnya walaupun itupun

sewaktu seandainya meskipun sekali[un

mudah-mudahan moga-moga jikalau bagaimanapun

padahal

Page 3: Kata Hubung

contoh ayat

1. menggabungkan dua ayat

            Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag.

2. Menggabungkan dua rangkai kata

            Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.

3. Menggabungkan ayat-ayat

            Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih

miskin dan menderita.