Kata Hukam

download Kata Hukam

of 4

description

hukama

Transcript of Kata Hukam

pepatah arab... Sesiapa yang lupa (tak nampak ) kesilapannya, maka ia akan membesarkan(menzahirkan ) kesilapan orang lain

Sesiapa yang redha dengan rezki yg Allah kurniakan kepadanya maka ia tidak akan dengki dan bersedih dengan apa yang orang lain perolehi

Orang alim itu mengenali perihal orang jahil kerana ia pernah menjadi jahil, tetapi orang jahil tidak mengenali perihal orang alim kerana ia tidak pernah menjadi alim

.Perempuan menganggap lelaki itu sebagai pahlawanya sebelum kahwin dan sebagai tawanannya setelah kahwin

Sekiranya kita tidak memahami erti kehidupan bagaimana pula kita akan memahami erti kematian

.. Kamu tak perlu cakap semua yang kamu tahu tetapi kamu perlu tahu semua yang kamu cakap

Hidup kita adalah suatu mimpi , ia tidak akan berhenti kecuali dengan kematian

Sesungguhnya perkataan yang baik itu menutup pintu kebencian dan membuka pintu kasih sayang

Sesungguhnya orang yang sibuk dengan keaiban orang lain itu banyak keaibannya yang dia tidak sedari

pepatah Cina mengatakan seorang pemuda baik tidak akan menjadi seorang askar seperti besi keluli tidak akan diguna untuk buat paku.

dilog paling best di kampung Alaa, naiklah harga berapa pun, kitorang bubuh lima ringgit saja.

Hati wanita mampu melihat lebih dari mata sepuluh orang lelaki

Mukmin ialah orang yang sukakan sesuatu kerana Allah, marah kerana Allah, Melakukan sesuatu kerana Allah dan meninggalkan sesuatu kerana Allah s.w.t

Si jahil pula ialah orang yang menuruti hawa nafsunya dalam melakukan maksiat kepada Allah s.w.t-------------------------------------------------- . . Kadang-kadang orang yang mengumpulkan harta tidak akan memakannya dan orang yang memakan harta itu bukan orang yang mengumpulkannya

.. Janganlah kamu memandang kepada kecilnya sesuatu dosa yang dilakukan tetapi pandanglah kepada kebesaran yang ada pada Dia(Allah) yang engkau lakukan dosa kepada-Nya

Sesungguhnya orang yang selalu bersahabat dengan mu tidak akan menasihatimu dan orang yang selalu menasihatimu tidak akan menjadi sahabat mu

Emas diuji dengan api tetapi perempuan diuji dengan emas

Isteri Rasulullah s.a.w yang terakhir ialah Saidatina Maimunah binti Haris r.a

Al-Quran mengandungi 114 surah,6236 ayat,79000 perkataan,323670 huruf dan 14 ayat tempat sujud.

Pokok Zaitun adalah pokok yang hidup sehingga 1000 tahun

Tulang paha merupakan tulang yang paling panjang dalam anggota manusia

Sebaik-baik percakapan itu ialah ringkas dan padat (bermakna

Lelaki tidak dapat melupakan perempuan yang pertama dicintainya sementara perempuan tidak dapat melupakan lelaki pertama yang mengkhianatinya

Sebodoh-bodoh perempuan akan dapat memperdaya sepandai-pandai lelaki

Jangan kamu bersahabat dengan orang yang tidak dapat melihat kebenaranmu sebagaima kamu dapat melihat kebenarannya

Janganlah seseorang insan itu terlalu gembira dengan sesuatu kebaikan yang didapati kerana kadang-kadang sesuatu kebaikan itu mungkin akan membawa kepada keburukan

Buatlah kepada orang lain apa yang kamu hendak orang lain lakukan kepada mu

Berdepan dengan maut itu lebih baik daripada melarikan diri daripadanya

Mengajar sesuatu ilmu kepada seseorang sewaktu kecil ibarat mengukir di atas batu

Perdamaian selepas sesuatu permusuhan lebih manis daripada madu

... Jika kamu ingin hidup sesudah mati, maka tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca oleh orang lain

Dan orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan apa yang Allah larang

.Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain maka ia tidak akan dikasihi

Tidaklah bodoh orang yang panjang soalannya tetapi orang bodoh itu ialah orang panjang diamnya drp kejahilan.(tidak bertanya

Cakap biar bertempat

Hati seorang jahil di sebalik lidahnya(kata-katanya) tetapi lidah seorang yang berilmu di sebalik hatinya

Apabila tiada kucing, maka tikus pun menari

.Pemuda tanpa akhlak bagaikan pokok tanpa daun

Gopoh - gapah itu akan membawa kpd penyesalan dan tertib - terning itu membawa keselamatan

Seseorang itu tergantung kepada di mana ia letakkan dirinya

Barang siapa yang hari-harinya sama sahaja iaitu tiada perubahan atau penghijrahan maka dia adalah tergolong daripada orang yang terpedaya atau tertipu dengan keseronokan dunia

.. Kepahitan dunia adalah kemanisan akhirat dan kemanisan akhirat adalah kepahitan dunia

kawan anda ialah mereka yang memberitahu kesalahan anda bukan mereka yang mencantikkan kesalahan anda untuk mencari keredhaan anda

Jangan pandang kepada orang yang memberi nasihat (dari segi statusnya) tetapi lihatlah apakah yang dinasihatinya. Kata-kata Saidina Ali

Sejahat-jahat manusia ialah orang yang tidak mempeduli orang lain melihat kejahatan yang dia lakukan.(Tiada perasaan malu

Sejahat-jahat manusia ialah mereka yang menjual akhiratnya kerana dunianya dan yang lebih jahat ialah mereka yang menjual akhiratnya kerana dunia orang lain

, Manusia itu anak kepada dunia ,sebab itulah manusia tidak boleh lari daripada mencintai ibunya(dunia

.

Setiap bekas akan menjadi srmakin sempit setelah diisi dgn sesuatu kecuali bekas ilmu ia sentiasa menjadi semakin luas

, Jangan kamu benci dengan perangai anak-anak kamu kerana mereka hidup bukan di zaman kamu

, Makan banyak merupakan punca matinya hati insan sebagaimana pokok akan mati apabila banyaknya air.

Sekiranya sesuatu perkataan itu(nasihat) keluar dari hati(ikhlas) maka ia akan masuk ke hati tetapi sekiranya sesuatu perkataan itu keluar dari mulut sahaja (tidak ikhlas) maka ia akan masuk ke telinga sahaja( tidak memberi faedah

.. .Sahabat itu ada 3 jenis iaitu: seperti makanan yang kita perlu kepadanya setiap masa, seperti ubat yang kita memerlukannya pada masa tertentu sahaja, seperti penyakit iaitu yang kita tidak perlu langsung kep...adanya. Kata-kata ahli falsafah

... sesiapa yang lebih mencintai dirinya maka manusia akan lebih membencinya

Kekayaan itu datang kepada kita seperti kura-kura(lambat) tetapi pergi meninggalkan kita seperti rusa (laju

Sekiranya percakapan itu adalah perak, maka berdiam diri itu adalah emas

: Empat perkara yang boleh mematikan hati : Banyak ketawa,banyak makan,banyak tidur dan banyak cakap

Dunia ini ibarat air laut setiap kali orang yang dahaga meminumnya tidak akan menghilangkan dahaga tetapi bertambah dahaga sehingga apabila ia diambil dalam jumlah yang banyak ia akan membawa kematia

: " " .Bukanlah dinamakan kuat dengan bergusti, tetapi orang yang kuat itu ialah yang dapat mengawal dirinya ketika marah

Orang yang paling mengenali Allah s.w.t ialah orang yang paling redha dengan apa yang telah Allah kurniakan kepadanya yakni qada' dan Qadar-Nya