Kata kerja

5
KATA KERJA DR MURSHIDI

Transcript of Kata kerja

Page 1: Kata kerja

KATA KERJA

DR MURSHIDI

Page 2: Kata kerja

Kata Kerja• Kata kerja sebagai satu golongan yang boleh

dibahagikan kepada dua kumpulan: (i) Kata kerja Transitif(ii) Kata kerja tak Transitif

(i) Kata kerja Transitif• Kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri

daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.

• Contoh: (i) Mereka sedang membaca buku.(ii) Haslina memasukkan surat itu ke dalam sampulnya.

Page 3: Kata kerja

• Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis:(a) Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat aktif. Kata kerja

jenis ini disebut sebagai kata kerja transitif aktif iaitu kata kerja yang menerima awalan Men- dengan atau tanpa akhiran –kan atau –I

• Contoh: (i) Dia membaca buku itu.(ii) Akmal memasukkan buku ke dalam keretanya.

(b) Kata kerja transitif yang berfungsi dalam ayat pasif, dan disebut sebagai kata kerja transitif pasif, iaitu kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.

(iii) Buku itu dibacanya atau buku itu dibaca olehnya.(iv) Buku dimasukkan oleh Rashid ke dalam keretanya.

Page 4: Kata kerja

(ii) Kata kerja Tak Transitif• Kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek

sesudahnya. • Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua jenis:(a) Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap(b) Kata kerja tak transitif berpelengkap

(c) kata kerja tak transitif tanpa pelengkap:• Jenis kata kerja ini boleh berdiri dengan sendiri tanpa objek atau

penyambut. Contoh:(i) Mereka pulang.(ii) Padi sedang menguning.(iii) Dia masih tidur.• Walaubagaimanpun jenis ayat ini boleh diikuti oleh unsur

keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan. Contoh:(i) Mereka pulang ke rumah.(ii) Padi sedang menguning di sawah.

Page 5: Kata kerja

(b) Kata kerja tak transitif berpelengkap.• Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh pelengkap hendaklah

dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh pula mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipastikan. Contoh:

(i) Keadaan ibunya beransur baik.(ii) Dia tidak pernah berbuat jahat.(iii) Adiknya tinggal di Belait.

• Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ini boleh terdiri daripada beberapa jenis. Iaitu kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama. Contoh:

(i) Lukanya beransur baik (dengan adjektif)(ii) Keluarganya berada di Tutong (dengan frasa nama)(iii) Pengemis itu tidur berbantalkan lengan (dengan kata nama)(iv) Adiknya menjadi penulis yang terkenal (dengan kata nama)