Kata Kerja

5
3.1.2 Kata Kerja Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan. Kata kerja menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Kata kerja mudah dikenali terutamanya kata kerja terbitan. Apabila kata tersebut mempunyai imbuhan seperti yang disenaraikan di bawah, kata tersebut ialah kata kerja. Imbuhan Contoh Awalan me-, men-, mem-, meng-, menge-, ber-, ter-, di-, memper-, Akhiran -kan, -i. Apitan me-…-kan, men-…-kan, mem-…-kan, meng-…kan, ber-…-kan, ber-…-an, di-…-kan, me-..-i, men-…i, meng-…i, di-…-i, memper-…-kan, memper-…-i, , diper-…-kan, diper-…-i Kata kerja boleh dibahagikan kepada dua jenis seperti rajah di bawah: Kata Kerja Kata kerja transitif Kata kerja tak transitif Aktif Pasif Berpelengkap Tanpa pelengkap 3.1.2.1 Kata Kerja Transitif

description

kata kerja

Transcript of Kata Kerja

3

3.1.2Kata Kerja

Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan. Kata kerja menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Kata kerja mudah dikenali terutamanya kata kerja terbitan. Apabila kata tersebut mempunyai imbuhan seperti yang disenaraikan di bawah, kata tersebut ialah kata kerja.

Imbuhan Contoh

Awalanme-, men-, mem-, meng-, menge-, ber-, ter-, di-, memper-,

Akhiran-kan, -i.

Apitanme--kan, men--kan, mem--kan, meng-kan,

ber--kan, ber--an, di--kan, me-..-i, men-i, meng-i,

di--i, memper--kan, memper--i, , diper--kan, diper--i

Kata kerja boleh dibahagikan kepada dua jenis seperti rajah di bawah:

Kata Kerja

Kata kerja transitif

Kata kerja tak transitif

Aktif Pasif Berpelengkap Tanpa pelengkap

3.1.2.1

Kata Kerja TransitifKata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Objek ini dipanggil penyambut.

Contoh:Pemburu menembak rusa.Menembak ialah kata kerja transitif aktif kerana kata tersebut perlu diikuti oleh objek (rusa) untuk melengkapkan maksudnya.

Dua jenis kata kerja transitif, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.

a) Kata kerja transitif aktif

Kata kerja ini umumnya ditandai oleh imbuhan me-, me- -kan, me- -i, memper-, memper- - kan, memper--i.

Contoh dalam ayat:

1. Suzana menulis surat.

2. Murid-murid menaikkan bendera.

3. Guru Besar memasuki stor sukan.

4. Penghulu memperbesar anjung rumahnya.

5. Encik Zahari memperisterikan anak sulungnya.

b) Kata kerja transitif pasif

Kata ini ialah hasil daripada perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif. Kata kerja ini umumnya ditandai oleh imbuhan di-, di--kan, di--i, di--per,

diper- -kan, diper--i.

Contoh dalam ayat:

1. Surat ditulis oleh Suzana.

2. Bendera dinaikkan oleh murid-murid.

3. Setor sukan dimasuki oleh Guru Besar.

4. Anjung rumahnya diperbesar oleh Penghulu.

5. Anak sulungnya diperisterikan oleh Encik Zahari.

Walau bagaimanapun, bagi ayat pasif yang pelakunya orang pertama dan kedua, bentuk kata kerja yang mempunyai imbuhan di-, di-...-kan, di--i., di--per, diper- -kan, dan diper--i, tidak digunakan.

Lihatlah bentuk kata kerja dalam ayat pasif di bawah:

Ayat pasif diri ketigaAyat pasif diri pertama dan kedua

i) Laporan itu ditulis oleh beliau.

ii) Bendera dinaikkan oleh mereka

sewaktu perhimpunan.

iii) Ucapan perasmian disampaikan oleh

Guru Besar.i) Laporan itu saya tulis.

Laporan itu kamu tulis.

ii) Bendera kami naikkan sewaktu perhimpunan.

Bendera awak naikkan sewaktu perhimpunan.

iii) Ucapan perasmian saya sampaikan.

Ucapan perasmian tuan sampaikan.

Banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa tentang penggunaan kata kerja pasif ini.

Contohnya:

Kereta yang mereka naiki telah melanggar seorang anggota polis.

Sepatutnya:

Kereta yang dinaiki oleh mereka telah melanggar seorang anggota polis.

3.1.2.2Kata kerja tak transitif

(a) Berpelengkap

Kata kerja tak transitif berpelengkap mesti diikuti oleh pelengkap untuk

menyempurnakan maksud ayat.

Contoh:Adiknya menjadi doktor.

Kita mesti berbuat baik.

menjadi dan berbuat ialah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti oleh pelengkap

(contoh: doktor dan baik) untuk menyempurnakan maksud ayat tersebut.

Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan

Contoh: Doktor dijadikan oleh adiknya (salah).

Berdasarkan huraian di atas, kenal pasti dan catatkan pelengkap-pelengkap bagi tiga contoh ayat yang di bawah.

i)Pelengkap kata nama

Mereka ada tetamu.

ii)Pelengkap kata adjektif

Hubungan kedua-dua orang itu bertambah kukuh.

iii)Pelengkap frasa sendi nama.

Pak Samad tinggal di Kampung Baru.

b)Tanpa pelengkap

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa penyambut.

Contoh:

Budak itu menangis.

Ayahnya belum kembali.

Cikgu Zainal sedang bersembahyang.

Kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur keterangan. Lihatlah contoh di bawah:

Budak itu menangis kerana lapar.

Ayahnya belum kembali sejak semalam.

Cikgu Zainal sedang bersembahyang di biliknya.