Kata Kerja Thn 2

4
Bahasa Melayu Tahun 2 Nota Kata Kerja 1. Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh manusia atau haiwan. 2. Kata kerja terbahagi kepada dua, iaitu: a. Kata kerja transitif b. Kata kerja tak transitif A. Kata Kerja Transitif 1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek (kata nama) untuk melengkapkan maksudnya. 2. Contoh ayat: a. Kakak sedang menyapu sampah di dapur.

description

Nota dan latihan ringkas untuk murid tahun 2

Transcript of Kata Kerja Thn 2

Bahasa Melayu Tahun 2Nota Kata Kerja1. Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang dilakukan oleh manusia atau haiwan.2. Kata kerja terbahagi kepada dua, iaitu:a. Kata kerja transitifb. Kata kerja tak transitif

A. Kata Kerja Transitif1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti oleh objek (kata nama) untuk melengkapkan maksudnya.2. Contoh ayat:a. Kakak sedang menyapu sampah di dapur.b. Ibu sedang menjemur pakaian di luar.

LatihanGariskan kata kerja transitif yang terdapat di dalam ayat:1. Adik mencuci tangan di sinki.2. Ibu menyimpan makanan di dalam peti sejuk.3. Beberapa ekor lembu sedang meragut rumput di padang.4. Doktor Lee sedang merawat pesakitnya di klinik.5. Datuk menghirup kopi panas itu perlahan-lahan.6. Kakak gemar membaca novel.7. Puan Aminah menyiram pokok bunga di hadapan rumahnya.8. Karim memotong buah tembikai itu.9. Pak Ali menggali lubang dengan cangkul.10. Tupai itu sedang makan buah durian di atas pokok.

B. Kata Kerja Tak Transitif1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai pelengkap ayat.2. Contoh ayat:a. Tiang elektrik itu telah tumbang.b. Adik sangat suka menari.c. Ayah sedang tidur.

Latihan:Gariskan jawapan yang betul.1. Ibu sedang [menyiang , memotong] ikan di dapur.2. Ayah suka [memandang , membaca] surat khabar.3. Ali [memanggil , menghubungi] kawannya melalui telefon bimbit.4. Musa menggunakan galah untuk [menjolok , memetik] buah kelapa.5. Azwan [mengambil , mengutip] sampah yang bertaburan di lantai.6. Siti [menjirus , menyiram] pokok bunga di halaman rumah.7. Datuk [mengasah , menggosok] parang itu sehingga tajam.8. Nenek [mengukus , merebus] ubi kayu di dapur.9. Abang sedang [menuntun , menonton] televisyen.10. Air itu [mengalir , turun] dari puncak bukit.