Kata Pemeri

4
KATA PEMERI - IALAH DAN ADALAH A. Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contohnya; (i) Warna pinang masak ialah warna kegemaran ibu saya. (ii) Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negara kita ialah kekurangan tenaga pekerja (iii) Bangunan di hadapan sekolah saya ialah kelab masyarakat Bedok. B. Kata pemeri adalah boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya ; (i) Kenyataan yang diberi oleh guru itu adalah sangat penting (ii) Fungsi utama tulang adalah sebagai pelingdung organ utama seperti jantung dan paru paru. (iii) Hadiah yang di atas meja itu adalah untuk ibunya yang meyambut hari lahirnya. Perhatikan kata pemeri "ialah" dalam ayat-ayat yang berikut: (i) Bangunan yang tinggi itu "ialah" kompleks membeli belah. (ii) Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negera-negara membangun "ialah" kekurangan tenaga kerja profesional. (iii) Antara perkara yang diutarakan dalam mesyuarat itu "ialah" peranan Bahasa Melayu dalam pembangunan luar bandar. (iv) Fotosintesis "ialah" satu proses tumbuhan-tumbuhan membuat makanannya sendiri. Sekarang perhatikan penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat yang disenaraikana berikut:

description

KATA

Transcript of Kata Pemeri

Page 1: Kata Pemeri

KATA PEMERI - IALAH DAN ADALAH

A. Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Contohnya;

(i) Warna pinang masak ialah warna kegemaran ibu saya.

(ii) Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negara kita ialah kekurangan tenaga pekerja

(iii) Bangunan di hadapan sekolah saya ialah kelab masyarakat Bedok.

B. Kata pemeri adalah boleh hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contohnya ;

(i) Kenyataan yang diberi oleh guru itu adalah sangat penting

(ii) Fungsi utama tulang adalah sebagai pelingdung organ utama seperti jantung dan paru paru.

(iii) Hadiah yang di atas meja itu adalah untuk ibunya yang meyambut hari lahirnya.

Perhatikan kata pemeri "ialah" dalam ayat-ayat yang berikut:

(i) Bangunan yang tinggi itu "ialah" kompleks membeli belah.

(ii) Salah satu masalah yang sedang dihadapi oleh negera-negara

membangun "ialah" kekurangan tenaga kerja profesional.

(iii) Antara perkara yang diutarakan dalam mesyuarat itu "ialah" peranan Bahasa Melayu dalam pembangunan luar bandar.

(iv) Fotosintesis "ialah" satu proses tumbuhan-tumbuhan membuat makanannya sendiri.

Sekarang perhatikan penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat yang disenaraikana berikut:

(1) Banjir kali ini "adalah" banjir yang paling besar pada tahun ini.(ii) Keputusan itu "adalah" tidak adil.

(iii) Sumbangan terbesar Sultan Abu Bakar "adalah" pemodenan negeri Johor.

(iv) Tuntutan para pekerja di kilang itu untuk kenaikan gaji "adalah" tidak wajar.

Page 2: Kata Pemeri

Pada umumnnya, kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.

Contoh:

(i) Pelajar-pelajar yang kena tangkap itu "ialah" bukan pelajar-pelajar dan sekolah kami.

(ii) Siswazah yang baru lulus itu "ialah" bukan untuk kakitangan kerajaan.

Selain penjelasan di atas, perlu juga diingatkan bahawa kata-kata pemeri lazimnya tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh yang demikian, penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu:

(i) "Adalah" dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan.

(ii) "Adalah" diisytiharkan bahawa han Raya Puasa jatuh pada han Rabu.

(iii) Kemalangan jalan raya "adalah" disebabkan oleh kecuaian pemandu.

(iv) "Adalah" dimaklumkan bahawa tanikh pilihan raya telah ditetapkan pada han Selasa.

Ayat-ayat yang salah di atas sehanusnya berbentuk seperti yang berikut:

(i) Dengan ini "dimaklumkan" bahawa permohonan tuan telah diluluskan.

(ii) Dengan ini "diisytiharkan" bahawa Han Raya puasa jatuh pada han Rabu.

(iii) Kemalangan jalan raya "disebabkan" oleh kecuaian pemandu.

(iv) Anda "dimaklumkan" bahawa tanikh pilihanraya telah ditetapkan pada han Selasa.

Satu lagi aspek menarik dalam kata pemeni, iaitu "ialah" dan "adalah" tidak perlu wujud dalam sesuatu ayat, yakni kata pemeri ini boleh digugurkan. Contoh:

(i) Gadis yang jelita itu "ialah" anak Pak Mat.

(ii) Pakaian yang dipakai oleh Ali itu adalah terlalu mahal.

Latihan Pengukuhan :

Cuba isikan tempat tempat kosong di bawah ini dengan kata pemeri ialah atau adalah yang sesuai.

1. Dr Quek yang berucap di perhimpunan sekolah ________ bekas penuntut sekolah ini.

2. Penuntut perempuan yang jelita itu ___________ tunangan orang.

3. Tiada siapa yang menyangka dia _________ sangat garang orangnya.

4. Penyakit Hussein yang berjangkit itu _________ penyakit yang tiada penawarnya lagi.

Page 3: Kata Pemeri

5. Matlamat mengadakan lelaman web Bahasa Melayu ________ untuk memberi pengajaran yang lebih berkesan.

6. Pasar serbanika itu yang dibuka di kawasan itu_____________ untuk kemudahan penduduk di situ.

7. Rumah baru di hadapan rumah saya itu ________ milik Encik Mokhtar.

8. Salah satu masalah remaja ________ tabiat membelanjakan wang dengan berlebihan.