Kata Prafrasa

2
KATA PRAFRASA Kata yang hadir di depan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif. Berfungsi untuk membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah dan membilang. Terdiri daripada 8 jenis: 1. Kata bantu 2. Kata penguat 3. Kata penegas 4. Kata arah 5. Kata nafi 6. Kata bilangan 7. Kata pemeri 8. Kata sendi nama 1. Kata bantu Brfungsi membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkan maksud tambahan dari aspek waktu dan ragam. Terdiri daripada 2 kumpulan iaitu: i. Kata bantu aspek: Berfungsi untuk mewujudkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau, masa kini, dan masa hadapan. Kata Bantu Aspek Ayat contoh Menerangkan masa lampau telah sudah pernah Baju yang dijemurnya telah kering Menerangkan masa kini sedang masih Saya sedang mengulangkaji pelajaran. Menerangkan masa hadapan akan belum baru Siti belum bersarapan. ii. Kata bantu ragam Berfungsi menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan. Kata Bantu Ragam Ayat Contoh boleh Kamu boleh membeli produk itu di farmasi. dapat Dia dapat menyiapkan kerja itu dengan cepat. harus Kita harus bertolak ansur sesama jiran hendak Rajesh hendak ke Kuala Lumpur esok. mahu Saya mahu berhijrah ke tempat lain. mesti Kita mesti mematuhi peraturan jalan raya. 2. Kata penguat Kata yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif yang berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Terbahagi kepada 3 jenis: Kata Penguat Ayat Contoh Kata penguat hadapan agak paling terlalu Kami agak takut untuk berjumpa dengan guru disiplin. Kata penguat belakang benar nian sekali Taman bunga itu indah nian. Kata penguat bebas amat sungguh sangat Menara Kuala Lumpur sangat tinggi. Menara Kuala Lumpur tinggi sangat. 3. Kata Penegas Kata yang berfungsi memberi penekanan atau penegasan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kata Penegas Ayat Contoh Untuk menegaskan frasa predikat atau bahagian- bahagiannya -kah -lah -tah Apatah dayaku untuk menghalang pemergiannya. Untuk menegaskan frasa nama sebagai subjek atau bahagian- bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya jua memang juga pun lagi sahaja Borang yang lengkap sahaja yang akan diproses. Untuk menegaskan subjek hanya Hanya dia yang masih saya kenal.

description

Tatabahasa

Transcript of Kata Prafrasa

KATA PRAFRASA Kata yang hadir di depan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif.

Berfungsi untuk membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah dan membilang.

Terdiri daripada 8 jenis:

1. Kata bantu

2. Kata penguat

3. Kata penegas

4. Kata arah

5. Kata nafi

6. Kata bilangan

7. Kata pemeri

8. Kata sendi nama

1. Kata bantu

Brfungsi membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkan maksud tambahan dari aspek waktu dan ragam.

Terdiri daripada 2 kumpulan iaitu:

i. Kata bantu aspek:

Berfungsi untuk mewujudkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau, masa kini, dan masa hadapan.

Kata Bantu AspekAyat contoh

Menerangkan masa lampau

telah

sudah

pernahBaju yang dijemurnya telah kering

Menerangkan masa kini

sedang

masihSaya sedang mengulangkaji pelajaran.

Menerangkan masa hadapan akan

belum

baruSiti belum bersarapan.

ii. Kata bantu ragam Berfungsi menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.

Kata Bantu RagamAyat Contoh

bolehKamu boleh membeli produk itu di farmasi.

dapatDia dapat menyiapkan kerja itu dengan cepat.

harusKita harus bertolak ansur sesama jiran

hendakRajesh hendak ke Kuala Lumpur esok.

mahuSaya mahu berhijrah ke tempat lain.

mestiKita mesti mematuhi peraturan jalan raya.

2. Kata penguat

Kata yang hadir sebelum atau selepas kata adjektif yang berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.

Terbahagi kepada 3 jenis:

Kata PenguatAyat Contoh

Kata penguat hadapan

agak

paling

terlaluKami agak takut untuk berjumpa dengan guru disiplin.

Kata penguat belakang

benar

nian

sekaliTaman bunga itu indah nian.

Kata penguat bebas

amat

sungguh

sangatMenara Kuala Lumpur sangat tinggi.Menara Kuala Lumpur tinggi sangat.

3. Kata Penegas

Kata yang berfungsi memberi penekanan atau penegasan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.Kata PenegasAyat Contoh

Untuk menegaskan frasa predikat atau bahagian-bahagiannya

-kah

-lah

-tahApatah dayaku untuk menghalang pemergiannya.

Untuk menegaskan frasa nama sebagai subjek atau bahagian-bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya

jua

memang

juga

pun

lagi

sahajaBorang yang lengkap sahaja yang akan diproses.

Untuk menegaskan subjek

hanyaHanya dia yang masih saya kenal.

4. Kata Nafi

Kata yang hadir di hadapan frasa predikat yang terdiri daripada frasa nama, frasa sendi nama, frasa kerja, dan frasa adjektif yang berfungsi untuk menjadi unsur nafi.Kata NafiPenggunaanAyat Contoh

BukanUnsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi namaSaya bukan anaknya.

tidakUnsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektifBunga itu tidak harum.

5. Kata Pemeri

Kata yang berfungsi untuk menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.

Kata PemeriPenggunaan Ayat Contoh

ialahDigunakan hanya di hadapan frasa nama (secara persamaan)Cikgu Azreen ialah guru Matematik.

adalahDigunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama (secara huraian)Bentuk bumi adalah sfera.

6. Kata sendi nama Kata yang hadir di hadapan frasa nama yang mempunyai fungsi tertentu.

Contoh: di, ke, dari, daripada, kepada, pada, demi, seperti, bagai, umpama, laksana, sejak, terhadap, untuk, dengan, dalam, sampai, kerana, oleh, bagi dan akan.

7. Kata arah

Kata yang hadir di hadapan kata nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.

Contoh: antara, atas, barat, bawah, belakang, dalam, hadapan, hilir, hulu, luar, penjuru, pinggir, segi, sudut, tengah, tepi, timur, dan utara.8. Kata bilangan Kata yang menjadi penerang bagi frasa nama.

Terbahagi kepada 6 jenis:

a. Kata bilangan tentu

Membilang manusia, haiwan dan benda yang sudah tentu bilangannya.

Contoh: dua, empat, dua ratus lima puluh, dan tiga juta.

b. Kata bilangan tak tentu

Membilang manusia, haiwan dan benda yang banyak tetapi tidak tentu bilangannya.

Conto: sesetengah, segala, semua, dan sedikit.

c. Kata bilangan himpunan

Membilang manusia, haiwan dan benda yang banyak dalam bentuk himpunan.

Contoh: beratus-ratus, kedua-dua, dan berguni-guni.

d. Kata bilangan tingkat

Membilang manusia, haiwan dan benda yang tunggal atau jamak. Contoh: pertama, kedua, dan ketiga.

e. Kata bilangan pecahan

Membilang manusia, haiwan dan benda yang terpecah-pecah.

Contoh: setengah, sepertiga, dan dua per tiga.

f. Kata bilangan pisahan

Membilang manusia, haiwan dan benda yang banyak tetapi terpisah.

Contoh: masing-masing, setiap, dan tiap-tiap.