kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik...

16
kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang dalam alam puisi melayu wan ahmad tajuddin wan abdullah Jabatan Fizik, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur Abstrak. Kita buat bacaan dengan kacamata fizik ke atas beberapa puisi pilihan dalam alam melayu. Kita cari kata dan ungkapan yang mempunyai unsur fizik atau sains secara am. Kita bedah citraan dan metafora berunsur fizik/sains. Kita juga lihat beberapa (kepingan) puisi melayu yang menyiratkan tema, persoalan atau isu dalam fizik atau sains. Prakata Jalan rambang ialah fenomena memerihalkan pergerakan suatu zarah yang dihentam secara rambang disekelilingnya oleh molekul-molekul bahan yang mengandunginya, seperti yang diterangkan Einstein. Kini konsep ini digunakan untuk merujuk kepada sesuatu trajektori yang terdiri daripada jujukan langkah-langkah rambang (lihat Rajah 1). Rajah 1: Jalan rambang Rajah 2: Terbang Levi Kita ingin buat suatu jalan rambang dalam alam puisi melayu, untuk mencari residu fizik atau sains secara am. Kita buat bacaan fizik ke atas beberapa puisi pilihan. Sebenarnya ia lebih kepada terbang Levi (kadang-kadang ada lompatan jauh; lihat Rajah 2) daripada jalan rambang. Dalam mengkaji kesan sains terutamanya fizik ke atas wacana bahasa melayu, kita cari kata dan ungkapan yang berunsurkan fizik/sains atau boleh dibaca sebegitu dalam puisi melayu. Kita juga lihat

Transcript of kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik...

Page 1: kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik ...fizik.um.edu.my/wat/kertas/susasterasains.pdfkata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang ...

kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang

dalam alam puisi melayu

wan ahmad tajuddin wan abdullah

Jabatan Fizik, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur

Abstrak. Kita buat bacaan dengan kacamata fizik ke atas beberapa puisi pilihan dalam alam melayu.

Kita cari kata dan ungkapan yang mempunyai unsur fizik atau sains secara am. Kita bedah citraan dan

metafora berunsur fizik/sains. Kita juga lihat beberapa (kepingan) puisi melayu yang menyiratkan

tema, persoalan atau isu dalam fizik atau sains.

Prakata

Jalan rambang ialah fenomena memerihalkan pergerakan suatu zarah yang dihentam secara

rambang disekelilingnya oleh molekul-molekul bahan yang mengandunginya, seperti yang diterangkan

Einstein. Kini konsep ini digunakan untuk merujuk kepada sesuatu trajektori yang terdiri daripada

jujukan langkah-langkah rambang (lihat Rajah 1).

Rajah 1: Jalan rambang Rajah 2: Terbang LeviKita ingin buat suatu jalan rambang dalam alam puisi melayu, untuk mencari residu fizik atau

sains secara am. Kita buat bacaan fizik ke atas beberapa puisi pilihan. Sebenarnya ia lebih kepada

terbang Levi (kadang-kadang ada lompatan jauh; lihat Rajah 2) daripada jalan rambang.

Dalam mengkaji kesan sains terutamanya fizik ke atas wacana bahasa melayu, kita cari kata dan

ungkapan yang berunsurkan fizik/sains atau boleh dibaca sebegitu dalam puisi melayu. Kita juga lihat

Page 2: kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik ...fizik.um.edu.my/wat/kertas/susasterasains.pdfkata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang ...

beberapa contoh citraan dibina dari latar fizik dan sains, dan sebut beberapa contoh metafora fizik/sains

yang telah digunakan. Akhirnya, kita berikan beberapa kepingan dari puisi melayu yang tersurat,

tersirat atau tersarat dengan tema, persoalan atau isu dalam fizik atau sains.

Kata

Fizik dan sains amnya membawa banyak kata-kata ‘baru’ yang boleh membawa kesegaran

dalam puisi melayu, dan sebaliknya juga, penggunaannya dalam sastera boleh memasyarakatkan

istilah-istilah.

Dari dahulu lagi kita dapati puisi-puisi melayu ada terkadang mengandungi kata yang

memerihalkan sesuatu dalam sains, atau boleh dibaca sedemikian. Misalnya, Noor S.I. menyebut

petualang mampir di kristal pekat

dalam “Penayangan”1. Kristal atau hablur merupakan struktur fizik yang teratur, yang mengulang.

Dalam “Kuasa”2, A.S. Amin pula:

aku memantul sendiri di hati.

yang membayangkan seperti pantulan cahaya dari bahan berkilau, siap dengan hukum pantulan (sudut

tuju = sudut pantulan) dan sebagainya. Dalam fizik, ‘datar’ boleh memerihalkan permukaan bahan, atau

geometri alam semesta, dan bagi Ali Ahmad, ada kedataran dalam “Malam”3,

kepada yang melihat dengan datar

Kemala, dalam “Peradaban Luka”4, menyebut ‘dimensi’ (yang agak enak bersama sebutan ‘filsafat’),

amanat, filsafat, dimensi

dan dalam “Danau”, menyebut ‘lindap’5,

Senyap lindap kuendap bahasa emasmu

1 Noor S. I., “Penayangan”, Orang Bertiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, ms 15.2 A. S. Amin, “Kuasa”, op. cit., ms 103.3 Ali Ahmad, “Malam”, Jalan ke Taman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, ms 40.4 Kemala, “Peradaban Luka”, Pelabuhan Putih, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, ms 8.5 Kemala, “Danau”, op. cit., ms 25.

Page 3: kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik ...fizik.um.edu.my/wat/kertas/susasterasains.pdfkata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang ...

yang mengingatkan kita kepada proses sepuh-lindap, di mana sesuatu bahan amorfus itu dipanaskan

kemudian disejukkan secara perlahan-lahan supaya terbentuk aturan dalam bahan tersebut. Dalam

“Balada Hilang Peta”6 A. Samad Said, kita baca:

Aku ternampak elang-elang berahi segaratas banjaran Keningau. Aku ternampakmega resah yang sesak.

Kata ‘mega’ yang digunakan boleh dibaca sebagai ‘awan’ atau juga sebagai bermakna 106 atau unit

juta, yang bererti ‘sangat banyak’.

Dalam penulisan generasi yang lebih mutakhir, kita jangkakan diksi yang lebih mengandungi

kata-kata fizik dan sains. Kita temui Abdul Hadi Muhamad7 menggunakan ‘hingar’:

...masa yang jauhlampau cukup menghingar sunyi; …

‘Hingar’ merujuk kepada (tambahan kepada) isyarat, beramplitud rambang, yang tidak dikehendaki dan

tidak mempunyai makna. Delima Hamzah8 pula menggunakan ‘gelora’,

rinduku yang bergelora

yang dalam hidrodinamik, memerihalkan rejim pengaliran bendalir yang celaru dan stokastik. Kata

‘dimensi’ sekali lagi digunakan, oleh Haida Hj Hassan9, pada tiga dimensi alam, yang baginya bukan

paksi arah x, y dan z, tapi tanah, langit, dan angin. Ismail H. Y. memaksudkan ‘skel’ atau mengikut

istilahnya, ‘skala’, iaitu peranti atau sistem pengukuran yang tepat, bila beliau menyebut10,

boleh diukur jalanan inidengan skil yang lurus

sementara Pyanhabib memanfaatkan kata-kata moden untuk asonansi dalam “monolog seekor haiwan”11:

...digoda oleh teknologi robot...

6 A. Samad Said, “Balada Hilang Peta”, Balada Hilang Peta, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, ms 28.7 Abdul Hadi Muhamad, “siapa yang mengganggu?”, Koleksi Puisi Perhimpunan Penyair Muda Malaysia '87, ms 2.8 Delima Hamzah, “sepi dan rindu”, op. cit., ms 18.9 Haida Hj Hassan, “pada tiga dimensi alam”, op. cit., ms 22.10 Ismail H. Y., “mukmin ii”, op. cit., ms 26.11 Pyanhabib, “monolog seekor haiwan”, op. cit., ms 59.

Page 4: kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik ...fizik.um.edu.my/wat/kertas/susasterasains.pdfkata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang ...

Wanyuyee memasyarakatkan kata ‘parasit’ dalam puisinya12,

parasit lapar makan tak cukup

Lebih terkini, kita lihat diksi Ritzail dalam “Kaki Langit”13,

getaran-getaran yang berserenjangsemakin laju...menuju ke arah kupada amplitudnya, ku lihat seorang perawan

(‘getaran’ – ayunan mekanikan terhadap titik keseimbangan, ‘serenjang’ – bersudut 90o, ‘amplitud’ –

magnitud perubahan dalam ukuran ayunan) dan “Logaritma Hatimu”14,

akan ku gapai Andromeda

dan raehan dalam “Semangat yang TITANIUM”15,

semangat yang tak bisa diklonkan

yang membiasakan kata ‘klon’.

Satu misalan usaha saya sendiri, “di aeroporto di roma”16 (itali,1995), berbunyi

aku lihat-lihat fotografmuaku belek-belek hipergraf hidupkitadi titik siniakudi titik sanangkau

Ungkapan

Kata membina ungkapan. Istilah ‘gelombang’ bermakna gangguan yang merambat dalam ruang

dan masa, dengan penghantaran tenaga. Bagi gelombang bulat, ia bermula dari suatu pusat dan

mengembang dalam semua arah. Kemala berkata17,

Percik rindu yang tumpah di kitab

12 Wanyuyee, “siapa lebih menderhaka”, op. cit., ms 78.13 Ritzail, “Kaki Langit”, kumpulan puisi Komuniti Sastera Sains, www.esastera.com14 Ritzail, “Logaritma Hatimu”, op. cit.15 raehan, “Semangat yang TITANIUM”, op. cit.16 dari kumpulan Perjalanan Kasih, fizik.um.edu.my/wat/puisi/17 Kemala, “Seperti Hutan yang Terbakar”, Pelabuhan Putih, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, ms 33.

Page 5: kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik ...fizik.um.edu.my/wat/kertas/susasterasains.pdfkata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang ...

purbamu, di pusat gelombang

sementara Sabri Yunus pula menggambarkan18,

mengembang sejuta gelombang di hujung bimbangnya

Dalam “Kenyit”, A. Samad Said gunakan frasa beraliterasi ‘kerjip komputer’19,

...kenyitNoreen Noor dan kerjip komputer, …

di mana ‘kerjip’ mungkin membawa makna campuran di antara ‘kejip’ dan ‘kernyit’. Frasa ‘momen

hati’ dalam puisi Anisah Ali20,

bersama momen hati

juga menarik, kerana momen adalah berkaitan pergerakan membulat, seperti momen daya (kilas) atau

momen vektor. Ungkapan lain yang menarik ialah umpama

dalam ngauman teknologi

oleh Awang Abdullah21, dan

kimiawi cinta

oleh Rahmat Haroun22. Rahmat Haroun juga menggunakan rujukan kepada lapisan sensistif layar imej

dalam bola mata,

DIA terpampang sepenuh retina

dan rujukan kepada penghujung sesuatu yang tiada hujung,

dan aku memaharajai di hujung infiniti

dalam “Dari Jendela Rumah”23.

Puisi “Lahirnya Bijian Bahagia”24 oleh ode juga mengandungi beberapa ungkapan menarik,

Kuikat hablur rindu yang kian memejal

18 Sabri Yunus, “gemaan sejuta keluh”, Koleksi Puisi Perhimpunan Penyair Muda Malaysia '87, ms 68.19 A. Samad Said, “Kenyit”, Balada Hilang Peta, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, ms 3.20 Anisah Ali, “suara dari menara?”, Koleksi Puisi Perhimpunan Penyair Muda Malaysia '87, ms 8.21 Awang Abdullah, tanpa tajuk, op. cit., ms 10.22 Rahmat Haroun, “Arkitek Cinta”, kumpulan puisi Komuniti Sastera Sains, www.esastera.com23 Rahmat Haroun, “Dari Jendela Rumah”, op. cit.24 ode, “Lahirnya Bijian Bahagia”, op. cit.

Page 6: kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik ...fizik.um.edu.my/wat/kertas/susasterasains.pdfkata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang ...

sejak terbentuk nukleus kasih. dengan nukleus yang merujuk kepada pusat atom yang kecil yang mendominasi jisimnya, dan

agar terus tumbuh dendrit cinta kita

dengan ‘dendrit’ yang merujuk kepada bahagian sel neuron (sel otak) yang teragih menerima deriaan

dari sel-sel neuron lain.

Komuniti sastera sains di e-sastera.com sudah tentunya banyak melahirkan ungkapan-ungkapan

segar berunsurkan sains. Ritzail, dalam “Logaritma Hatimu”25, menyebut tentang ketakpastian hati,

Hatimu serahsia kuantum

dan kemudian tentang keberatan cinta, atau juga daya menarik cinta,

dihambat graviti cintamu

tetapi kemudian mengaitkan pula zarah-zarah pencetus graviti ini dengan kehidupan,

graviton-graviton kehidupan

dalam mencari suatu jawapan,

dan akan ku bawa di hadapanmujawapan kalkuluslogaritma hidupkulogaritma hatimu

Kisah cinta Raihan dalam “episod cinta luka”26 pula, menyebut nombor yang besar,

Sayangku padamu melebihi bilangan Nombor Avogadro,

dan merujuk kepada penyelesaian atau teorem mengaitkan panjang sisi-sisi segitiga tepat,

Menjebakku dalam cinta segi tigaPythagoras pun tak bisa mencari solusi nya

Sedikit biologi kecintaan,

Engkau yang pernah merangsang kelenjar hypothalamusku

dan sains bahan,

25Ritzail, “Logaritma Hatimu”, op. cit.26Raihan, “episod cinta luka”, op. cit.

Page 7: kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik ...fizik.um.edu.my/wat/kertas/susasterasains.pdfkata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang ...

Engkau yang selama ini ku sangkakan intanRupa-rupanya grafit yang tidak berharga.

memeriahkan lagi puisi itu (kenapa ya, ‘berlian’ yang sama berunsurkan karbon seperti grafit, tapi

berlainan struktur hablurnya, tidak digunakan sebagai ganti ‘intan’?).

Kita juga lihat ungkapan sains yang berbentuk formal, seperti persamaan,

kasih kami bersambung = kasih kami bersambung

dalam “Sepasang Daerah”27 Noor S. I., dan penambahan,

antara kebajikan + keikhlasan + kepercayaan

dalam “Sesaat Ini dan Maut”28 oleh Ali Ahmad. Irwan Abu Bakar, dengan nakalnya pula menggunakan

formula kimia bagi air, iaitu H2O, dalam “Meracik Air”29,

Air yang jernihdicincang tak putusdiredah arusterusberderaiOHH... OHH... OHH...

tersiar di laman e-sastera dan juga Dewan Sastera.

Dalam “swaorganisasi (-2)”30 (sept 1999), saya cuba bawakan beberapa ungkapan baru:

kunkahbang besarletuscetussebilion huruf ledakgeledakrawak rambang radang dari riuh entropitimbul bentukberstruktur27Noor S.I., “Sepasang Daerah”, Orang Bertiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, ms 12.28Ali Ahmad, “Sesaat Ini dan Maut”, Jalan ke Taman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, ms 31.29irwan abu bakar, “Meracik Air”, kumpulan puisi Komuniti Sastera Sains, www.esastera.com30dari kumpulan Perjalanan Kasih, fizik.um.edu.my/wat/puisi/

Page 8: kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik ...fizik.um.edu.my/wat/kertas/susasterasains.pdfkata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang ...

bermaknabernyawabernama aku aku yang fikirkanbagaimana bisanyatimbul bentuk

Citraan

Citraan yang berbeza dan segar mampu dibina daripada diksi rangkuman dunia sains.

Kerendahan nilai jisim zarah-zarah gas yang terkandung dalam atmosfera bumi membawa kepada

suasana tertentu:

sedang udara ringan menghitam segala nafas

kata M. Ghazali dalam “Bulan Luruh”31. Usman Awang pula melukiskan (“Balada Terbunuhnya

Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya.”32),

Tiba-tiba pagi yang hitam itu datanggergasi teknologi menyerangnyadengan kejam membenamkan gigi-gigi besisehingga terdengarlah jeritan ngerisuara Beringin rebah ke bumi.

T. Alias Taib menggunakan bentuk geometri,

sekali-sekali kurasa begitu lepermemasuki ruang berisi ini

dalam membina citraannya dalam “Perpustakaan”33, sementara Amir Hamzah menggunakan astronomi,

botani dan sains bahan dalam satu nafas,

Dari jauh suara melambaiRasa bonda datang menegurDi atas awan duduk serangkaiDengan bintang angsoka hablur.

31M. Ghazali, “Bulan Luruh”, Orang Bertiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, ms 167.32Usman Awang, “Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandaraya.”, Salam Benua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, ms 88.33T. Alias Taib, “Perpustakaan”, Piramid, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, ms 79.

Page 9: kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik ...fizik.um.edu.my/wat/kertas/susasterasains.pdfkata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang ...

dalam “Bonda II”34.

Fenomena haba telah digunakan untuk pelbagai citraan. A. Samad Said menangkap suasana

pada takat didih dan fasa cecair (“Balada Hilang Peta”35),

Suasana mendera. Lahar suasana liar menggelegak.

sementara Kemala pada perubahan ke fasa gas (“Wap”36),

menungannya menjadi wap tersebar

Begitu juga pelbagai citraan boleh digunakan untuk fenomena cinta. Mungkin cinta sebagai

kimia hampir klise, tapi ada kesegaran bila Usop2000 menyatakan,

Cinta itu ikatan kovalenYang saling memberi dan menerima

(dalam ikatan kovalen, atom-atom berkongsi elektron), dan

Cinta itu ikatan ionikPositif negatif

(dalam ikatan ionik, atom-atom berlainan cas setelah diionkan) dalam “Cinta itu suatu ikatan”37.

Astronomi agak popular bila bercinta, samada sabagai pemerihalan cinta secara langsung, seperti

Lahirnya di lubuk nebula hatikuNukleus cinta pantas berlakuranMemancar foton-foton cahaya kasihKu kutip, ku anyam menjadi prominen rinduKujana menjadi tenaga jiwaku

(nebula adalah kawasan galaksi di mana bintang-bintang dilahirkan) bagi cinta Raihan (“Supernova

Pemusnah Cinta”38), tetapi yang malangnya melalui proses evolusi najam menjadi bintang raksasa

merah dan akhirnya meletup sebagai supernova yang menyisakan lohong hitam yang tak bercahaya,

Tatkala cintaku mekar Membara bak sang raksasa merahKu dikejutkan

34Amir Hamzah, “Bonda II”, Buah Rindu, Jakarta: Penerbit PT Dian Rakyat, 1969, ms 32.35A. Samad Said, “Balada Hilang Peta”, Balada Hilang Peta, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, ms 33.36Kemala, “Wap”, Pelabuhan Putih, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, ms 53.37Usop2000, “Cinta itu suatu ikatan”, kumpulan puisi Komuniti Sastera Sains, www.esastera.com38Raihan, “Supernova Pemusnah Cinta”, op. cit.

Page 10: kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik ...fizik.um.edu.my/wat/kertas/susasterasains.pdfkata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang ...

Ledakan supernova pemusnah Lantas menghumban cintakuTerkubur di lohong hitam

atau sebagai latar romantis, seperti Ritzail, dalam “Logaritma Hatimu”39,

cintamu sedingin cahaya di dalam lohong hitam;senyum tawarmu bergenangdi atas lingkaran Zuhal;

(Zuhal ialah planet yang punyai lingkaran kelilingnya), dan

Malam ini sayang...Proxima Centauri tiada seriSiriusmu di sebalik Nebula Ketam

atau metafora

bibirmu semerah Nebula Mawar

(kalaupun kemerahan Nebula Mawar dalam gambar-gambar astronomi adalah akibat pewarnaan buatan

sebenarnya!), walaupun (heret pula si Kopernikus, malang baginya!)

aku tidak mengertimengapa Copernicustidak membilang kasihmu sedatar kekecewaanku

dan dalam “Salju supernova”40, apabila

Utarid pun bergerak ke kirisampai cinta hapusdi ribaan kumin-kumin transuranik

dan ketika soltis (matahari berada paling selatan atau paling utara) tegar di ufuk utara iaitu sampai

supernova usai memekar dan sampai bintang Rigel menggigil, ketika mana dinginnya bintik merah

pada Musytari (planet terbesar dalam sistem suria), dan Ritzail hanya

menatap harapandi celah-celah Kerdil Putih

39Ritzail, “Logaritma Hatimu”, op. cit.40Ritzail, “Salju supernova”, op. cit.

Page 11: kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik ...fizik.um.edu.my/wat/kertas/susasterasains.pdfkata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang ...

(kerdil putih merupakan bintang-bintang kecil yang tidak begitu kuat cahayanya).

Saya pula mencuba citraan berikut dalam “zu”41 (zűrich, flughaven, 2 sept 05),

kita kongsi ruang zamanmencari keseimbangan Nashjangan kira Parettoutiliti terpaksa bersinergi, suatu ekologidalam kita dalam sangkar-sangkar setempat, individusangka-sangkaan.ada belang, ada tompok, ada leher panjangzu kaya.

Metafora

Metafora termasuk dalam teknik membina citraan, tapi di sini kita lihat metafora secara lebih

khusus. Perbehendaraan kata sains membolehkan pemerihalan yang padat dan segar. Bagi A. S. Amin,

misalnya (“Lampu Hidup”42),

anakku memandi masa

dan bagi T. Alias Taib,

kita adalah garis selari

(“Garis Selari”43). Perubahan diri seperti dari ulat kepada kepompong, dan dari kepompong kepada

rama-rama, digunakan oleh Sapardi Djoko Damono dalam “Metamorfosis”44:

ada yang sedang menanggalkan pakaianmu satu demi satu, mendudukkanmu di depan cermin, dan membuatmu ber- tanya, “tubuh siapakah gerangan yang kukenakan ini?”

ada yang sedang diam-diam berubah menjadi dirimu

Lebih mutakhir, raehan bermadah,

41dari kumpulan pena dan buku nota, fizik.um.edu.my/wat/puisi/42A. S. Amin, “Lampu Hidup”, Orang Bertiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, ms 126.43T. Alias Taib, “Garis Selari”, Piramid, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, ms 78.44Sapardi Djoko Damono, “Metamorfosis”, Sihir Hujan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, ms 14.

Page 12: kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik ...fizik.um.edu.my/wat/kertas/susasterasains.pdfkata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang ...

jiwanya, semangatnyaadalah titaniumringan namun kebalbukannya kuprumbukan logam yang biasa-biasa

dalam “Semangat yang TITANIUM”45, sementara bagi Ritzail,

Sepi itu ruang trauma

dan

Sepi itu skizofrenia

(“Sepi itu Skizofrenia”46), dan, merujuk kepada sinaran zarah bertenaga dari angkasalepas,

kerana kasihku ibaratsinar kosmikmembelah

(“Logaritma Hatimu”47).

Di antara lain, saya metaforakan keadaan seperti termodinamik, dalam “bengkel ekonofizik di

tebing komogawa”48 (Kyoto, Mei 2004),

bunga ceri telah pergi punmusim samurai malu di kaki yoshidaengkau di antara paksi subruang konsepanku musim Edo telah santaiankota & istana kekosongan rajakita soal kerasionalan kini musim pasca-Arrow-Keynescelaru cuaca menjenguk Jepangmanusia neostokastik masihkah panas di khatulistiwapasca termodinamik Daim-Mahathirmahu pulang bawa bungkusan

45raehan, “Semangat yang TITANIUM”, kumpulan puisi Komuniti Sastera Sains, www.esastera.com46Ritzail, “Sepi itu Skizofrenia”, op. cit.47Ritzail, “Logaritma Hatimu”, op. cit.48 dari kumpulan Perjalanan Kasih, fizik.um.edu.my/wat/puisi/

Page 13: kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik ...fizik.um.edu.my/wat/kertas/susasterasains.pdfkata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang ...

Penjiwaan

Sains khususnya fizik ialah cubaan memahami alam semesta. Kata Kemala,

alam dengan misterinya alam dengan sarat isinya.

(“Tatap”49), dan A. Samad Said,

cakerawala yang enggan tua.

(“Latah Setinggan”50).

Kadang-kadang kita tertanya

...kenapa dua kali duahasilnya sama dengan dua tambah dua sedangkan satu ka-li satu lebih kecil dari....

(Sapardi Djoko Damono, “Catatan Masa Kecil”51), tetapi banyak kali kita persoalkan tentang perkara

besar seperti masa. Bagi T. Alias Taib (“Tukang Jam”52),

Bertahun-tahun kerjanya menyambung detikyang terhenti di muka maya. Ia sudah bosanmenjaga waktu orang sementara waktunya tak terjagakan. 'Mulai hari iniaku enggan menggerakkan jarum jam yang mati,'ujarnya seraya melontarkan ratusan jammelalui tingkap tokonya.

sementara bagi Sapardi Djoko Damono (“Yang Fana Adalah Waktu”53),

memungut detik demi detik, merangkainya seperti bunga

dan bagi Syed Shafie M. H. (“usia”54),

tiba-tiba jarum jam ituberhenti di celah pusinganlalu kita pun sampai di titik perhentian

Kehendak memahami alam sudah tentunya membawa kepada persoalan penciptaan dan

49Kemala, “Tatap”, Pelabuhan Putih, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, ms 79.50A. Samad Said, “Latah Setinggan”, Balada Hilang Peta, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, ms 43.51Sapardi Djoko Damono, “Catatan Masa Kecil”, Sihir Hujan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, ms 17.52T. Alias Taib, “Tukang Jam”, Piramid, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, ms 32.53Sapardi Djoko Damono, “Yang Fana Adalah Waktu”, Sihir Hujan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, ms 41.54Syed Shafie M. H., “usia”, Koleksi Puisi Perhimpunan Penyair Muda Malaysia '87, ms 74.

Page 14: kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik ...fizik.um.edu.my/wat/kertas/susasterasains.pdfkata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang ...

Pencipta. Yang melampau diperlukan untuk mencari yang terlampau, kata Ritzail (“Kuantum”55),

biar aku berjalan di atas celarukukerana di sini tidak punya waktu

mencari terus mencaridi lubuk singulariti

adalah permainan matematik Tuhankerana kita adalah pengemis kebenaran

supaya akhirnya beliau dapat

tebarkan tirai-tirai kuantumagar dapat ku selakuntuk ku memandang wajah suci-Nya

Ketakpastian alam kuantum ada dalam “janji”56 Hishamuddin Ahmad,

antara ketetapan dan kemungkinanadalah pudardi sudut kepastian

dan bagi Rahmat Haroun (“Merobek Angkasa”57), kepastian masih tidak didapati setelah alam

diselongkari,

Mau kugulung ruang angkasaLalu kurobek berkecai-berai

Kuputus-putuskan tangsi-tangsi semestaToh masih ada Kolbe kuib yang belum terlerai.

Kepastian adalah sesuatu yang sentiasa dicari insan, seperti dikeluhi Amir Hamzah,

Satu kekasihkuAku manusiaRindu rasaRindu rupa.

dalam “Padamu Jua”58. Sedikit pemahaman dan kepastian sains membolehkan siinsan menguasai alam

55Ritzail, “Kuantum”, kumpulan puisi Komuniti Sastera Sains, www.esastera.com56Hishamuddin Ahmad, “janji”, Koleksi Puisi Perhimpunan Penyair Muda Malaysia '87, ms 25.57Rahmat Haroun, “Merobek Angkasa”, kumpulan puisi Komuniti Sastera Sains, www.esastera.com58Amir Hamzah, “Padamu Jua”, Nyanyi Sunyi, Jakarta: Penerbit PT Dian Rakyat, 1983, ms 5.

Page 15: kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik ...fizik.um.edu.my/wat/kertas/susasterasains.pdfkata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang ...

bagi kehendaknya; kata Ritzail (“Singulariti ii”59),

kuncinya adalahteknologi

dan

semuanya mindamu

Zaman berzaman budaya melayu telah memahami ini: kalau kita fahami asal-usul sesuatu perkara, kita

bisa menguasai perkara tersebut. Mantera dulu-dulu60 berbunyi:

Hei Bersenu! Hei Berkaih!Aku tahu asal ‘kau jadi:Sheikh Abuniah Lahah Abu KasapPusat-mu puchok ubun-ubunSusu ‘kau di tapak tanganSimpang ‘kau tujoh petala langitSimpang ‘kau tujoh petala bumi…

dan,

Ah Badi, mak BadiBadi saratus sambilan puloh!Aku tahu asal ‘kau jadi:Badi biawak asal ‘kau jadi,Deri ‘tras asal ‘kau jadi,Mambang Kuning asal ‘kau jadi,…

dan lagi,

Bismillahi-’l-rahmani-’l-rahimi.Al-salam ‘aleikum, Nabi Tap yang memegang bumi!Aku tahu asal-nya padi…

Setelah kita memahami alam dan menguasainya, janganlah kita melakukan kerosakan tetapi bawalah

manfaat, seperti yang saya cuba sampaikan dalam “hidup untuk kehidupan”61 (1992):

kita harus belajar hidupuntuk kehidupan. Kita harusmenghitung setiap pokok yang tumbang:adakah ditanam sepohon

59Ritzail, “Singulariti ii”, kumpulan puisi Komuniti Sastera Sains, www.esastera.com60W. W. Skeat, Malay Magic, London: Frank Cass & Co. Ltd., 196561 Mingguan Malaysia 20/4/1997; dari kumpulan Pagi-pagi di Kensington Gardens, fizik.um.edu.my/wat/puisi/

Page 16: kata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik ...fizik.um.edu.my/wat/kertas/susasterasains.pdfkata, ungkapan, citraan, metafora dan penjiwaan fizik: suatu jalan rambang ...

ganti 1000 kertasadakah ditanam sepohonganti 100 ekzos keretaadakah ditanam sepohonganti 10 penyaman udaraadakah ditanam sepohonganti 1 longkang tengkujuhadakah ditanam sepohonganti 0 nilai. kitaharus menghitung setiap tongminyak disedut, setiap tanbesi digali. adakah kitamengambil lebihdari memberi kita harus belajar hidup untuk kematian: demikian kitabelajar matiuntuk kehidupan. maka kitarela mati rela kematian.

Pascakata

Fizik dan sains yang lain boleh memperkayakan lagi puisi melayu, dari segi diksi,

pengungkapan, citraan dan bahkan pentemaannya. Balikannya, puisi dan lain-lain genre sastera boleh

meniupkan kehidupan kepada istilah dan ungkapan sains, supaya dapat dimasyarakatkan. Pernyataan

ini diharapkan telah disokong oleh jalan rambang kita di alam puisi melayu tadi.