KATEGORI ANIMASI DIGITAL · Realiti maya atau virtual reality merupakan sejenis kesan khas yang...
Transcript of KATEGORI ANIMASI DIGITAL · Realiti maya atau virtual reality merupakan sejenis kesan khas yang...
TEKNOLOGI ANIMASI
KATEGORI ANIMASI DIGITAL
Jabatan Multimedia Pendidikan,
Fakulti Pendidikan, UTM
2
Secara amnya, animasi digital boleh dibahagikan
kepada beberapa kategori dan antara kategori yang
utama ialah:
Animasi 2 dimensi (2D)
Animasi 3 dimensi (3D)
Animasi Realiti Maya (Virtual Reality)
Animasi Kesan Khas (Special Effects)
PENGENALAN
TEKNOLOGI ANIMASI
ANIMASI 2 DIMENSI (2D)
Jabatan Multimedia Pendidikan,
Fakulti Pendidikan, UTM
4
Terdapat beberapa jenis animasi 2D dan antara yang
utama ialah:
Animasi Laluan
Animasi Sel
Animasi Ikon
Animasi Skrin
Animasi Objek
ANIMASI 2D: PENGENALAN
5
Animasi laluan (path animation) juga ada kalanya
dikenali sebagai animasi pergerakan objek.
Satu objek akan diletakkan pada satu lokasi di skrin
dan arahan akan diberikan kepada program bagi
membolehkan ianya digerakkan pada satu lokasi
baru mengikut keperluan.
ANIMASI 2D: ANIMASI LALUAN
6
Animasi yang mudah untuk dihasilkan dan juga untuk
dipelajari. Ia menggerakkan objek disepanjang laluan
yang telah ditetapkan pada skrin.
Laluan tersebut mungkin boleh merupakan garisan
lurus mahupun lengkungan.
ANIMASI 2D: ANIMASI LALUAN
7
ANIMASI 2D: ANIMASI LALUAN
Membentuk animasi laluan menggunakan perisian Macromedia Flash
8
Animasi berasaskan sel atau kerangka secara digital
sebenarnya berasaskan kepada animasi sel
tradisional yang biasa.
Animasi sebegini memerlukan setiap imej disediakan
sama ada dilukis secara manual dan kemudiannya
dipindahkan ke dalam bentuk digital atau pun terus
dihasilkan menggunakan komputer.
ANIMASI 2D: ANIMASI SEL
9
Ia kemudiannya disusun bagi membolehkan setiap
imej tadi dipaparkan satu persatu dalam kadar masa
yang ditetapkan. Ini seterusnya akan menghasilkan
satu ilusi pergerakan atau animasi telah berlaku.
ANIMASI 2D: ANIMASI SEL
Contoh paparan imej berturutan yang sedia untuk dianimasikan
10
Juga dikenali sebagai animasi “Sprite”
Melibatkan pertukaran ikon yang sedia ada kepada
ikon yang lain apabila ditekan oleh seseorang
pengguna.
Animasi Ikon berfungsi untuk menarik perhatian
pengguna dengan memaparkan sifat gerakan seperti
berkelip-kelip, bergoyang-goyang dan sebagainya.
ANIMASI 2D: ANIMASI IKON
11
Animasi Skrin juga dikenali sebagai Animasi Transisi
Objek
Transisi atau “transition” merujuk kepada kaedah
paparan sesebuah skrin atau objek dipersembahkan.
Contohnya, skrin berterbangan dari suatu arah
ataupun skrin semakin kabur sebelum digantikan
dengan skrin persembahan yang baru.
Transisi boleh diletakkan pada keseluruhan skrin dan
juga pada objek-objek yang terpilih sahaja
bergantung kepada kesesuaian.
ANIMASI 2D: ANIMASI SKRIN
12
Melibatkan proses meminda spesifikasi objek bagi
membentuk kesan animasi yang dikehendaki.
Contoh perubahan spesifikasi yang boleh membentuk
kesan animasi:
Saiz
Warna
Kecerahan
Pencahayaan
ANIMASI 2D: ANIMASI OBJEK
13
Contoh
ANIMASI 2D: ANIMASI OBJEK
Perubahan dari segi tahap kecerahan imej
Perubahan dari segi pencahayaan imej
TEKNOLOGI ANIMASI
ANIMASI 3 DIMENSI (3D)
Jabatan Multimedia Pendidikan,
Fakulti Pendidikan, UTM
15
Animasi 3 dimensi atau 3D merujuk kepada animasi
yang mempunyai kedalaman. Ini menyebabkan ianya
mampu dipaparkan secara lebih realistik berbanding
animasi 2D yang kelihatan lebih rata.
Bagaimana ianya boleh mempunyai kedalaman ?
ANIMASI 3D
16
Kedalaman ini terhasil disebabkan wujudnya paparan
pada paksi z selain daripada paparan pada paksi x
dan paksi y yang sedia ada.
Objek 3 dimensi dihasilkan menggunakan model
matematik yang mana setiap objek boleh dipaparkan
dalam perbagai sudut pandangan (view) bagi
menghasilkan satu rasa 3 dimensi yang sebenar.
ANIMASI 3D
TEKNOLOGI ANIMASI
REALITI MAYA & KESAN KHAS
Jabatan Multimedia Pendidikan,
Fakulti Pendidikan, UTM
18
Realiti maya atau virtual reality merupakan sejenis kesan khas yang membolehkan satu alam maya
dibentuk yang seterusnya membolehkan seseorang
pengguna merasai seperti benar-benar berada di
dalam alam tersebut.
REALITI MAYA
19
Pemorfan atau morphing sebenarnya adalah
singkatan dari perkataan metamorphosing.
Ianya merujuk kepada kesan khas yang
memanfaatkan dua atau lebih imej yang
kemudiannya akan melalui proses transformasi
daripada objek pertama kepada objek kedua dan
seterusnya secara automatik dan realistik.
PEMORFAN ATAU MORPHING
20
Ia melakukan proses “Interpolations” atau meramal
data tambahan pada lokasi-lokasi yang terpilih di
antara dua atau lebih imej bagi membentuk kesan
khas animasi yang dikehendaki.
Ini seterusnya akan memberikan ilusi seolah-olah imej
yang pertama bertukar menjadi imej yang terakhir
melalui siri frame-frame yang disediakan.
PEMORFAN ATAU MORPHING
21
PEMORFAN ATAU MORPHING
Contoh kesan morphing
22
Warping merupakan kesan khas yang hampir sama
seperti morphing.
Bezanya, tidak seperti pemorfan yang memerlukan
sekurang-kurangnya dua imej sebelum kesan khas
tersebut boleh dihasilkan, warping sebaliknya boleh
dilakukan walaupun hanya menggunakan sekeping
imej sahaja.
Sebagai contoh, anda boleh meregangkan bentuk
muka seseorang agar muka yang masam berubah
menjadi sebuah senyuman yang memikat dan
sebagainya.
WARPING
23
WARPING
24
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2000), Pengenalan
Kepada Multimedia, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Multimedia:
Konsep dan Praktis, Venton Publishing : Kuala Lumpur.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2005), Animasi: Dari
Helaian Kertas ke Skrin Digital, Venton Publishing :
Kuala Lumpur.
RUJUKAN