Kaum

12
Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Kaum ini juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-masingnya bermaksud "orang asal" Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus [1] ,Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya. Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan [2] , mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah Kadazan- Dusun dipilih sebagai tolak-ansur. Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman. Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental. Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

description

kadazan

Transcript of Kaum

Page 1: Kaum

Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah.

Kaum ini juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-masingnya

bermaksud "orang asal" Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan

dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di

dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun

Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun

Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus[1],Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan

sebagainya.

Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou (Pemimpin Agung) pertama Kadazan[2],

mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi

kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara yang lebih besar. Ini dipersetujui oleh

ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan atonomi lebih besar, dengan itu istilah

Kadazan-Dusun dipilih sebagai tolak-ansur.

Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari

penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar,

Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau,

Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma.

Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan

bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.

Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami)

daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota

Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan

Pitas. Kebanyakan orang Kadazan-Dusun menganuti agama Kristian. Bagi Orang Sungai

yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain

seperti Kinabatangan (Tongod) dan Paitan, Orang Sungai beragama Islam dan Kristian.

Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah

terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tempasuk). Mereka

hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa

keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang

jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan

mental.

Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta

beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun,

perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu berbeza dan kasar.Beza antara

bahasa Kadazan dan Dusun ialah seperti bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas (tidak halal) dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun.

Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan Penampang

Page 2: Kaum

Baju ini selalunya menggunakan kain hitam yang bersulamkan benang emas. Ia dipakai

semasa sambutan Pesta Menuai.

Pakaian Tradisional Suku Kaum Dusun Tindal Kota Belud dipanggil ' Sinipak '.

Malaysia ialah negara yang kaya dengan berbilang kaum dan budaya. Berikut ini ialah Populasi Malaysia, Sabah dan Sarawak Mengikut Kaum yang telah disusun daripada statistik Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jumlah penduduk Malaysia pada 2010 ialah 28.3 juta, dengan orang Melayu sebagai kaum terbesar dengan bilangan 14.2 juta orang merangkumi 50.1% daripada jumlah penduduk. Bangsa Cina ialah kaum kedua ramai dengan 6.4 juta orang merangkumi 22.6% daripada populasi. Bumiputera Lain (terdiri daripada Orang Asli di Semenanjung dan bangsa pribumi Sabah dan Sarawak) menduduki tempat ketiga dengan bilangan 3.3 juta orang (11.7%). Bangsa India di tempat seterusnya dengan 1.9 juta orang (6.7%).

Di Sabah, jumlah penduduk pada 2010 ialah 3.2 juta, dengan orang Kadazan Dusun sebagai kaum terbesar dengan 568 ribu orang (17.7% daripada penduduk Sabah). Kaum Bajau dan Cina di tempat kedua dan ketiga masing-masing dengan 14% dan 9.2% daripada penduduk Negeri Di Bawah Bayu.

Di Sarawak pula, jumlah penduduknya pada 2010 ialah hampir 2.5 juta, dengan orang Iban sebagai bangsa teramai dengan 713 ribu orang (28.9% daripada penduduk Sarawak). Bangsa Cina dan Melayu di tempat kedua dan ketiga, dengan peratusan hampir serupa, 23.4% dan 23%. Bangsa Bidayuh pula di tempat seterusnya dengan 8% daripada penduduk Bumi Kenyalang.

Berikut ialah 3 laporan dalam bentuk rajah dan carta mengenai Taburan Penduduk Mengikut Kaum di Malaysia, di Sabah dan di Sarawak bagi tahun 2010. Aku mengambil 3 hari untuk menyiapkan tiga laporan ini. Harap ianya berguna bagi yang membacanya....

Makanan tradisional kaum Kadazan-DusunDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Makanan kaum Kadazan merupakan identiti dan pengenalan bagi kaum Kadazan. Masyarakat

Kadazandusun memiliki pelbagai hidangan yang unik. Hidangan-hidangan ini biasanya banyak

disediakan di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan

31 Mei.

Page 3: Kaum

Selain pada hari perayaan, suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih

mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini secara harian. Selain itu ia juga

menjadi hidangan istimewa bagi acara istimewa seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan

oleh suku kaum Kadazandusun.

Makanan tradisi suku kaum Kadazandusun terdiri daripada pelbagai jenis kerana keadaan

semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan.

Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun

ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat

disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN

Masyarakat Kadazan atau orang dusun merupakan penduduk majoriti Sabah. Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi Kadazan adalah sederhana berbeza dengan etnik lain. Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju lengan panjang), Souva (Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau

Page 4: Kaum

toogot (Bengkung pinggang hitam), Siga (Penutup kepala), Tupi’ sinikat (Topi bulat). Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis :- Sinuangga’ baju blaus pendek dan leher berbetuk U dipakai oleh wanita muda. Sinompukung Blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh wanita pertengahan. Kihongon Blaus dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual Aksesori yang dipakai seperti Himpogot (Tali pinggang), Titimbak (Pin rambut), Hamai (Rantai leher), Simbong (Subang), Paun Kerongsang 

Warisan Tradisional

HomePermainan TradisionalPakaian TradisionalMakanan TradisionalResepi Makanan Tradisional

Sunday, 18 November 2012

Makanan Tradisi Kaum Kadazan

Page 5: Kaum

Makanan Tradisi Kaum Kadazan. Foto : blogsanasini

Makanan kaum Kadazan merupakan identiti dan pengenalan bagi kaum Kadazan. Masyarakat Kadazan dusun memiliki pelbagai hidangan yang unik. Hidangan-hidangan ini biasanya banyak disediakan di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei.

Selain pada hari perayaan, suku kaum Kadazan dusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini secara harian. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa bagi acara istimewa seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazan dusun.

Makanan tradisi suku kaum Kadazan dusun terdiri daripada pelbagai jenis kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan.

Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan dusun ialah Hinava, Noonsom, Pinasakan, Bosou, dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazan dusun. Terdapat juga makanan lain bagi masyarakat Sabah seperti Ambuya.

a) Butod

Butod yang dimakan. Foto : ummuhatul

Butod adalah sejenis ulat yang hidup di dalam pokok rumbia yang telah reput. Butod biasanya memakan batang rumbia yang reput.

Bagi penggemar makanan exzotik, makanan seperti ulat rumbia ini adalah makanan yang istemewa kerana mempunyai khasiat protien yang tinggi. Proses untuk mendapatkan ulat rumbia ini bukanlah mudah kerana pokok rumbia mestilah ditebang terlebih dahulu untuk dijadikan tempat bertelur oleh "indungnya" .

Page 6: Kaum

Butod bolehlah dimakan mentah-mentah tetapi harus dibersihkan terlebih dahulu atau dimasak. Biasanya butod akan ditumis dengan minyak sehingalah garing. Butod yang telah dimasak sangat sedap dihidangkan dengan nasi panas atau bagi kebiasaan kaum kadazan dusun butod seringkali dijadikan "pusas" dalam upacara keramaian.

b) Hinava

Hinava yang menjadi hidangan kaum Kadazan. Foto : resepimomogunrungus

Hivana biasanya merupakan hidangan istimewa semasa Tadau Kaamatan. Selain itu ia juga menjadi hidangan istimewa pada majlis-majlis penting lain seperti bagi perkahwinan, pertunangan dan lain-lain.

Istilah Hinava merujuk kepada masak tanpa menggunakan api.

Hinava hanya perlu membersihkan daging ikan tersebut dengan air laut,dan ramuan lain seperti limau,lada dan sebagainya.

Hinava dihasilkan daripada isi ikan yang dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut. Terdapat pelbagai variasi resipi untuk membuat hinava. Ada yang dimakan terus secara mentah (hirisan ikan) dan ada juga yang hirisan daging ikan dicelur ke dalam air panas seketika. Itu semua bergantung kepada citarasa sendiri.

c) Ambuyat

Ambuyat yang sedap dimakan. Foto : cahaya pemeliharaku

Ambuyat diperbuat daripada pokok rumbia yang diproses menjadi sagu rumbia. Bagi masyarakat Bisaya yang tinggal di Beaufort, Sabah, untuk membuat ambuyat, mereka perlu meredah hutan mencari pokok sagu. Pokok sagu akan ditebang dan dibawa ke pondok pemprosesan sagu.

Page 7: Kaum

Di pondok tersebut, kebiasaannya kaum lelaki bertanggungjawab mengupas kulit batang sagu tersebut. Batang sagu yang telah dikupas, dibelah bagi mengeluarkan isi sagu yang terdapat di bahagian tengah batang sagu.

Kemudian, isi sagu yang berwarna putih dipotong kecil dan halus. Sagu yang dipotong ditapis dan direndam untuk tempoh tiga hari di dalam baldi yang berisi air. Secara keseluruhannya, proses ini memakan masa selama sehari untuk disiapkan. Selepas tempoh satu atau dua hari, isi sagu yang direndam akan menjadi sebatian.

Ia dimasak atau secara tepat dibancuh dengan air yang baru mendidih dan di gaul sehingga likat. Selalunya ambuyat dimakan bersama-sama kuah ikan selayang (di Sabah ikan ini dikenali sebagai ikan basung) yang di masak kunyit. Kuahnya ikan tersebut dibubuh garam, cili padi yang di kisar atau ditumbuk dan di tambah air limau kapas atau limau kasturi sehingga secukup rasa. Dan isi ikan yang sudah dibuang tulangnya dimasukkan ke dalam kuah tersebut. Dan ambuyat tersebut dicelup dahulu ke dalam kuah ikan tersebut sebelum dimakan. Biasanya ada orang suka makan guna chopstick bambu yang dibuat khas untk makan ambuyat ni.

Resipi untuk menyediakan tiga jenis makanan masyarakat Kadazan ini boleh dilihat di halaman ini.

Posted by rohimah mohd kassim at 21:36

Labels: Makanan Tradisional

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Lagu

Search

Page 8: Kaum

Profil Diri

Nama : Rohimah binti Mohammed Kassim

No. Matrik : PPG/BM/04/00776/2012/KIC

Sembang-sembang

New

Free Shoutbox

Followers

Terapi Mata

My Blog List

SEKOLAH KEBANGSAAN BOTA KIRI

Rumah Terbuka YB Dato Nasaruddin bin Hashim -

20 hours ago

Prasekolahku Cemerlang

Prasekolah -

8 months ago

Blog Archive

2012 (16)▼

November (14)▼

Page 9: Kaum

Rancangan Pengajaran Harian

[Resepi : Idli (Kuih Beras Kukus)]

[Resepi : Murukku]

[Resepi : Tosai]

Makanan Tradisi Kaum India

Pakaian Tradisional Kaum India : Sari, Punjabi & K...

Pakaian Tradisional Kaum Cina : Samfoo & Cheongsam...

[Resepi : Ambuyat]

[Resepi : Hinava]

Makanan Tradisi Kaum Kadazan

Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu : Baju Kurun...

Konda-Kondi

Batu Seremban

Congkak

► October (2)

Labels

Jenis Permainan Tradisional (5)

Makanan Tradisional (2)

Pakaian Tradisional (3)

Rancangan Pengajaran Harian (1)

Resepi (5)

E-Aplikasi

Page 10: Kaum

Pautan

Pengunjung

(c) 2009. Warisan Tradisional. Powered by Blogger

Blogger Templates created by Deluxe Templates

Wordpress designed by Roam 2 Rome.