kawad operasi

22
Kawad Operasi Definisi Satu perbuatan yang berlandaskan kepada ciri-ciri tatatertib, cergas serta taat setia kepada arahan yang diberi dan juga menitiberatkan kepada kerjasama diantara kumpulan tersebut Tujuan Menjadikan satu pergerakan itu teratur, cantik serta mengurangkan risiko kecederaan ketika melakukan tugasan bagi mencapai satu imej yang tinggi. Pengenalan Kawad operasi melawan kebakaran ini dibentuk untuk memberi kefahaman yang lebih jelas dengan tatacara awal sebelum arahan operasi dilakukan. Ia mepunyai beberapa langkah yang harus diambil bagi memberi persiapan yang lebih menyeluruh sebelum tugasan dilakukan serta untuk memberi pengetahuan tatacara melapor dan juga menamatkan tugasan. Langkah-langkah yang diambil sebelum menjalankan tugas a) Seorang jurulatih atau pegawai yang bertugas memberikan arahan kawad, dengan membariskan anggota kepada satu barisan lurus. Contohnya: Jadikan 1 barisan di hadapan saya Gerak! b) Seterusnya memberikan arahan kawad ke kanan lurus . (anggota mengangkat separuh tangan di mana tangannya diletakkan di pinggang dalam keadaan tapak tangan digenggam) 1

description

kawad oeprasi

Transcript of kawad operasi

Kawad OperasiDefinisiSatu perbuatan yang berlandaskan kepada ciri-ciri tatatertib, cergas serta taat setia kepada arahan yang diberi dan juga menitiberatkan kepada kerjasama diantara kumpulan tersebut

TujuanMenjadikan satu pergerakan itu teratur, cantik serta mengurangkan risiko kecederaan ketika melakukan tugasan bagi mencapai satu imej yang tinggi.

PengenalanKawad operasi melawan kebakaran ini dibentuk untuk memberi kefahaman yang lebih jelas dengan tatacara awal sebelum arahan operasi dilakukan. Ia mepunyai beberapa langkah yang harus diambil bagi memberi persiapan yang lebih menyeluruh sebelum tugasan dilakukan serta untuk memberi pengetahuan tatacara melapor dan juga menamatkan tugasan.

Langkah-langkah yang diambil sebelum menjalankan tugasa) Seorang jurulatih atau pegawai yang bertugas memberikan arahan kawad, dengan membariskan anggota kepada satu barisan lurus.Contohnya:Jadikan 1 barisan di hadapan saya Gerak!b) Seterusnya memberikan arahan kawad ke kanan lurus.(anggota mengangkat separuh tangan di mana tangannya diletakkan di pinggang dalam keadaan tapak tangan digenggam)c) Pandang depan!.d) Nombor...e) Jurulatih akan meminta anggota mengira nombor bergantung kepada kehendak operasi (latihan) yang akan dilakukan, mengikut keperluan anggota diperlukan.Contohnya:Berempat-empat nombor!.

f) Nyatakan kumpulan!.Setiap anggota yang bernombor 1 akan menjadi ketua dan memberitahu jurulatih berkaitan nombor kumpulannya seterusnya diikuti oleh kumpulan seterusnya (bermula dengan nyatakan kumpulan dan seterusnya kumpulan lain menyatakan nombor dan kumpulan akhir akan menyatakan kumpulan semula).Contohnya:Kumpulan 1, 2, 3, 4, kumpulan 5.g) Jurulatih akan memilih kumpulan mana yang melakukan tugasan dahulu serta arahannya sekali.Contohnya:Kumpulan 3, tiga langkah dibelakang peralatan. gerak!(Kumpulan tersebut setelah mendapat arahan, hendaklah 1 langkah kehadapan orang no 4 atau kiri sekali akan menyatakan up untuk pusing ke kanan, up kedua hentak kaki, up ketiga angkat tangan paras dada, up ke empat berlari bersama-sama sehingga sampai ke tempat tiga langkah dari peralatan, seterusnya berhenti berserta turun tangan keadaan sedia bersama-sama h) Tunggu hukuman seterusnya dari pegawai atau jurulatih.

Tatacara melapor selepas tugasan dilakukan Semua anggota yang melakukan tugasan hendaklah mengumpul semula peralatanyang telah digunakan dan seterusnya berdiri dalam kedudukan sedia tiga langkah dibelakang peralatan, sebaris mengikut nombor masing-masing. Seterusnya ketua akan melapor di tempat asalnya.

Contohnya:Kumpulan 3 selesai menjalankan operasi / latihan kawad pili bomba 1, peralatan cukup, anggota selamat, Tuan!. Seterusnya tunggu arahan lanjut dari jurulatih atau pegawai. Jurulatih akan memberikan taklimat kepada kumpulan tersebut seperti berikut:Apabila dapat hukuman masuk baris, tempatkan diri anda dihujung kumpulan terakhir, Masuk Baris!.KAWAD HOSSemua permulaan kawad ini mestilah dilakukan pada permulaan semua kawad kebombaan. Perlu diingatkan semua perbuatan seperti senang diri, rehatkan diri, sedia, ke kanan lurus, pandang hadapan, bilang, berpusing, berjalan dan berlari adalah sama seperti kawad kaki.Perintah: MasukBARIS!Perbuatan: semua anggota berbaris dan membuat satu barisan panjang dalam keadaan senang diri dan rehatkan diri.Perintah:BARIS! Baris..SEDIA!Perbuatan:semua anggota bersedia.Perintah:Ke KananLURUS!Perbuatan:Semua anggota pasukan meluruskan barisan pada jarak 12 antara satu sama lain sambil tangan menekak pinggang.Perintah:Pandang.DEPAN!Perbuatan:Semua anggota pandang depan semulaPerintah:Dari kananBILANG!Perbuatan:Anggota-anggota membilang seorang demi seorang,dari kanan ke kiri barisanPerintah:Bilang berempat empat, dari kanan.BILANG!Perintah:Bilang berpasukan,Pasukan..BILANG!Perbuatan: Anggota no.1 tiap-tiap pasukan membilang satu demi satu dari kanan ke kiri barisan.Perbuatan:Anggota-anggota pasukan itu membilang berempat-empat pasukan demi pasukan dari kanan ke kiri barisan.Perintah:Pasukan PertamaDIAM! Yang lain senang..Diri! Rehatkan diri.Perbuatan:Pasukan pertama diam dan pasukan yang lain diberi arahan senang diri dan rehatkan diri.Perintah:Pasukan pertama! Rapat ke tempat kerja.GERAK!Perbuatan:semua anggota pasukan berkenaan pusing ke kanan dan terus berlari di dalam satu barisan dan berbaris tiga langkah di belakang dan pusing ke kanan menghadap peralatan.Perintah:Pasukan..BILANG!Perbuatan:Semua anggota pasukan itu membilang megikut nombor masing-masingPerintah:Kawad Membentang dan Menyambung hos! Pasukan..GERAK!Perbuatan: Semua anggota pasukan berkenaan berpusing ke kanan dan berikan kapling kepada orang yang bekerja di pili bomba.Lepas itu pegang lug dan angkat hos keatas dan kembangkan siku lari membentangkan hos dan pasangkan nozel serta mengambil kedudukan memegang nozelPerintah:Kemas!Perbuatan:Nozel ditanggalkan dari hos dan diselitkan di pinggang, kemudian terus menggulung hos yang dibentang tadi.Setelah siap,hos diletakkan ditempat asal dan semua anggota pasukan berbaris di belakang hos dalam keadaan sediaPerintah:keluar.BARIS!..Pasukan kedua! Rapat ke tempat kerja.GERAK!Perbuatan:Pasukan pertama keluar baris dan lari semula masuk di sebelah kiri barisan panjang. Pasukan kedualari masuk tiga langkah di belakang peralatan. Begitulah seterusnya sehingga semua pasukan menjalankan kawad

KAWAD OPERASI H1PENGENALAN

Kawad latihan ini dijalankan oleh 4 orang anggota. Semua permulaan kawad ini mesti dilakukan pada permulaan semua kawad kebombaan. Perlu diingatkan semua perbuatan seperti , senang diri , sedia , ke-kanan lurus , pandang hadapan , berpusing , berjalan dan berlari adalah sama seperti kawad kaki.Panduan ini tertakluk kepada panduan : KAWAD HOSE PERMULAAN yang dilampirkan.HUKUMAN

KAWAD H1 Satu aliran 300 kaki PASUKANGERAK.!.PERGERAKAN

Apabila dapat hukuman : Kesemua sekali ( 4 orang ) buat kerja serentak.

Orang No 1 : Ambil satu gulung hos satu nozzle lari ke-hadapan 200 kaki tunggu dan sambung coupling no. 3 , bentangkan hos , sambung nozzle , standby di bahagian hadapan bersama no. 3 & 4.

Orang No 2 :Ambil Standpipe / Hydrant Key and Bar sambungkan ke pili bomba dan sambut coupling no. 4 , sambung ke stand pipe.

Orang No 3 :Ambil satu gulung hos , lari ke 100 kaki dan sambung coupling no.4 dan bentang hose kehadapan serta sambut coupling no.1 dan sambung. Setelah selesai hendaklah lari kehadapan Bantu orang no. 1 memegang nozzle.

Orang No 4 :Ambil satu gulung hos , sambung di standpipe pada no. 2 dan bentang hos tersebut. Setelah coupling no. 3 , cantumkan dan terus lari kehadapan membantu no. 3 & 1 memegang nozzle.

APABILA PERGERAKAN SIAP :

No. 1 perintahkan no. 4 BUKA AIR No. 4 jawab perintah no. 1 , dan terus lari kepada orang no. 2 pada jarak 100 kaki BUKA AIR No. 2 jawab perintah no. 4 dan terus buka air dengan menggunakan Hydrant Key. No. 4 lepas memberi arahan lari balik kehadapan Bantu no. 1 & 3 memegang nozzle.

PERGERAKAN TUTUP AIR DAN KEMAS :Jurulatih akan mengarahkan TUTUP AIR DAN KEMAS

No. 1 akan sambut arahan tersebut dan seterusnya perintah kepada no. 4 TUTUP AIR DAN KEMAS No. 4 akan sambut arahan tersebut dan seterusnya berlari ke no. 2 pada jarak100 kaki dan arahkan TUTUP AIR DAN KEMAS No. 2 sambut arahan tersebut dan seterusnya menutup air daripada pili bomba.

Setelah perjalanan air diberhentikan , semua anggota yang terlibat didalam kawad mengemas peralatan masing masing dan susun ditempat asal peralatan mengikut susunan yang teratur.

Semua anggota yang terlibat hendaklah beratur dalam keadaan SEDIA dihadapan peralatan / seterusnya no. 1 bertindak sebagai ketua pasukan melaporkan pada jurulatih bahawa pasukan telah siap menjalankan kawad.

KAWAD OPERASI H2PENGENALANKawad latihan ini dijalankan oleh 4 orang orang anngota. Semua permulaan kawad ini mesti dilakukan pada permulaan semua kawad kebombaan. Semua perbuatan seperti senang diri, sedia, ke kanan lurus, pandang hadapan, berpusing, berjalan dan berlari dan ia sama seperti kawad kaki.KAWAD H2 BERPASUKAN Kawat H2 Satu aliran / saliran 300 1 nozel ( basah )

PERALATAN 1. 4 gulung hos panjang tidak kurang 100 kaki setiap 1 gulung1. 1 unit plain nozzle1. 1 unit pili bomba1. 1 utas tali pinggang kulit (dipakai oleh branch man)1. 1 unit target plate (di tempatkan pada jarak 7 meter daripada hujung nozzle)1. Stand Pipe1. Hydrant Key and Bar1. Adaptor

TUGAS-TUGAS ANGGOTAANGGOTA NO11. Membawa branch1. Merentang hos yang ke31. Sebagai ketua kumpulan1. Menggulung hos yang pertama

ANGGOTA NO 21. Membawa & memasang dan mengemas peralatan pili bomba1. Mengemas hos tambahan1. Operator

ANGGOTA NO 31. Merentang hos yang ke-21. Membantu No.1 di branch1. Menggulung hos yang ke-2

ANGGOTA NO 41. Merentang hos ke-3 dan hos tambahan1. Bertindak sebagai pembawa mesej1. Menggulung hos yang ke-3

HUKUMAN KAWAD H2HUKUMAN : KAWAD H2 Satu aliran 400 kaki PASUKAN......GERAK : KAWAD H2! Satu Aliran 300 kaki, 1 NOZEL, Pasukan.....GERAKSemua anggota dalam pasukan itu pusing ke kanan dan terus membuat kerja masing-masing dengan serentak.1. No.4 ambil standpipe dan hydrant key, dan hydrant adaptor dan lari menuju pada pili bomba bawah tanah dan terus pasang standpipe pada pili bawah tanah sambil menunggu arahan buka dan tutup air.1. No.3 ambil segulung hos dan bawa ke Pili Bomba bawah tanah. berikan kapling kepada orang No.4, terus bentang hos pada jarak 100 kaki, ambil hos yang ditinggalkan oleh orang No.2 baawa ke jarak 300 kaki sebgai hos pengganti kemudian lari ke hadapan untuk bantu pegang nozel.1. Orang No.2 ambil 2 gulung hos, bawa ke jarak 100 kaki, satu hos letak & 1 hos dibentang pada jarak 200 kaki kemudian lari ke hadapan bantu No.1 pegang nozel.1. Orang No.1 ambil 1 gulung hos & 1 nozel bawa ke jarak 200 kaki sambung pada orang No.2 bentang ke jarak 300 kaki dan terus pasang nozel.

PERGERAKAN TUTUP AIR DAN KEMASPERINTAH : tutup air dan kemas!PERBUATAN : No.1 diperintahkan No.3 untuk menutup air dan kemas. No.3 jawab dan lari ke pili bomba perintahkan No.4 untuk tutup air dan kemasPERINTAH : Keluar....Baris/Baris!PERBUATAN : Semua anggota pasukan pusing ke kanan dan lari masuk ke barisan asal

SEKIRANYA MENDAPAT HUKUMAN TUTUP AIR & BERKEMAS1. Anggota No.2 akan tutup injab pili bomba tanggal sambungan hos yang pertama dan mengemas semua peralatan pili. Setelah selesai, kemaskan hos tambahan, keluarkan air, gulung dan letakkan di tempat permulaan kawad.1. Anggota No.1 tanggalkan branch pipe keluarkan air dari hos yang pertama gulung dan letakkan di tempat permulaan kawad.1. Anggota No.3 tanggalkan hos yang ke-2 keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat permulaan kawad.1. Anggota No.4 tanggalkan hos yang ketika, keluarkan air gulung dan hantar ke tempat permulaan kawad.1. Setelah semuanya selesai, anggota No.1 lapor kepada jurulatih.

JIKA HOS DITAMBAH PADA PERTENGAHAN RENTANGAN1. Anggota No.4 kembali ke tempat permulaan kawad, sambil satu golongan hos dan bawa ke tempat yang hendak dibuat penyambungan dengan membuat ikatan half hitch di bahagian male coupling & merentangkan hos secara loop. Anggota No.4 tutup air kepada anggota No.21. Setelah anggota No.2 tutup air, anggota No.4 terus membuka & menyambungkan bos. Setelah siap beri arahan buka air kepada anggota No.21. Setelah anggoa No.2 buka air, anggota No.4 terus pergi ke branch membantu anggota No.1 dan 3.PERATURAN KAWAD1. Satu pasukan hendaklah terdiri daripada 4 orang peserta 1. Peserta hendaklah berada di garisan permulaan pada jarak 5 meter daripada kedudukan pili bomba dan dalam keadaan mengikut susunan tugasan.1. Semua peralatan kawad yang digunakan akan diletakkan di garisan permulaan.1. Peserta dikenhendaki membentang 3 gulung hos dengan berteriak coupling ...! pada setiap penyambungan dan menghalakan pancutan air ke sasaran yang disediakan.1. 1 gulung hos gantian (spare) hendaklah diletakkan pada kedudukan 200.1. Semua gerak kerja hendaklah mematuhi peraturan Kawad JBPM1. Kepatuhan kepada peraturan kawad, kekemasan dan kepantasan masa diutamakan.1. Masa akan diambil kira bermula daripada tiupan wistle pertama dan akan berakhir setelah pancutan air berjaya menjatuhkan sasaran serta hos gentian berada pada kedudukannya ( mana yang terkemudian) dan wistle penamat akan dibunyikan.1. Sebarang kegagalan pada setiap penyambungan akan menyebabkan penyertaandibatalkan dan gerak kerja yang tidak mematuhi peraturan kawad akan dikenakan penalti.

Contoh gambar cara-cara Kawad H2

CARA MEMEGANG NOZEL CARA MEMBUAT PENYAMBUNGAN HOS

CARA MEMBENTANG HOS HOS

PERALATAN OPERASI MELAWAN KEBAKARAN Peralatan Operasi Melawan Kebakaran peringkat asas terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: Pengenalan peralatan asas Fungsi peralatan tersebut Kawad melawan kebakaran BRANCHMemberi tekanan pancutan air secara terus tanpa kawalan. tetapi mempunyai dua bahagian iaitu branch dan nozzle tip (corong besar & corong kecil) yang dicantumkan boleh buka mengikut kehendak kegunaannya. sumpitan ini selalunya dikenali sebagai nozzle jet atau sumpitan biasa.DIFFUSERMemberi satu semburan secara terus dan juga pengembangan melalui cara bantuan tangan dalam menentukan kehendak kegunaannya. sumpitan ini selalunya dikenali sebagai nozzle spray atau sumpitan semburan serta hand control branch (sumpitan boleh laras).AUTOMATED GUNMemberi satu semburan secara terus dan juga pengembangan serta boleh menentukan tekanan pancutan melalui cara bantuan tangan dalam menentukan kegunaannya. (boleh laras). sumpitan ini selalunya dikenali sebagai gun nozzle kerana ianya hampir menyerupai senjata.KAPLING / COUPLINGKegunaan kapling adalah untuk menyambungkan peralatan operasi melawan kebakaran asas terutamanya hos ,nozel,paip tegak atau pamudalih.KAPLING BETINA / FEMALE COUPLINGBentuknya mempunyai dua lug berbentuk telinga boleh tarik bagi mengunci atau mengeluarkan kapling jantan yang disambungkan.

KAPLING JANTAN / MALE COUPLINGBentuknya mempunyai satu jalur bertindih yang mengelilingi corong kapling tersebut sebagai penyendal kekunci.PENYESUAIAN PILI BOMBA / HYDRANT ADAPTORSebagai satu alat penyesuaian bagi tujuan menyambungkan kapling pili bomba yang berbenang (pillar hydrant) kepada kapling betina yang boleh dicantumkan kepada hos penghantar.CABANG PEMBAHAGI / DIVIDING BREACHINGMenjadi alat untuk membahagikan aliran air dari satu aliran kepada dua aliran air.CABANG PEMBAHAGI LARAS / CONTROLLABLE DIVIDING BREACHINGMenjadi alat untuk membahagikan aliran air dari satu aliran kepada dua aliran air melalui cara bantuan tangan dalam menentukan kehendak kegunaannya. (boleh laras).

PAIP TEGAK / STAND PIPEMenjadi satu alat penyambungan punca air yang hampir menyerupai pili bomba (pillar hydrant) bagi mengambil air dari bawah tanah ke permukaan.KEKUNCI PILI BOMBA / HYDRANT KEY C/W BARUntuk membuka dan menutup punca air bawah tanah (hydrant pit). terbahagi kepada dua bahagian iaitu key dan bar. PENYESUAI KEKUNCI HYDRANT / FALSE SPINDLESebagai satu alat yang disambungkan ke kekunci hydrant bagi disesuaikan dengan hydrant key didalam hydrant pit.

CARA MEMBENTANG HOS COIL ROLLMemegang lug coupling betina dan mengangkat paras bahu dengan memastikan kedudukan hos yang dibentang melalui dibawah lengan. DUTCH ROLLTangan kanan memegang kedua-dua coupling betina dan jantan disamping tangan kiri menyokong hos, dan balingan hos dilakukan FLAKING ROLLHos dibentang dengan cara menarik coupling betina.

CONTOH PERALATAN MELAWAN KEBAKARAN

KAWAD OPERASI H3Perintah: Kawad H3 ! Satu aliran 300 kaki, dua nozel, Pasukan.... GERAK!Perbuatan: Semua anggota dalam pasukan itu pusing ke kanan dan terus membuat kerja masing-masing dengan serentak. No. 4 ambil standpipe dan Hydrant Key & Hydrant Adaptor dan lari menuju pada pili bomba bawah tanah dan terus pasang standpipe pada pili bawah tanah. No. 3 ambil segulung hos dan bawa ke Pili Bomba Bawah Tanah berikan kapling kepada orang No.4, terus bentang hos hingga jarak 100kaki. Orang No.1 ambil satu gulung hos dan cabang pembahagi pada, bawa ke jarak 200 kaki, berikan cabang pembahagi kepada orang No.2 dan terus bentang hos dari sebelah kanan cabang pembahagi serta pasang nozel. Orang No. 2 ambil dua gulung hos dan satu nozel bawa ke jarak 100kaki satu letak dan satu sambung pada orang No.3 bentang ke jarak 200kaki dan sambung pada cabang pembahagi yang diletak oleh orang No.1. No.2 selepas penyambungan pada cabang pembahagi terus lari ke 300kaki ke depan dan pasangkan nozel pada hos yang dibentangkan oleh No.3. Apabila siap No.1 & No.2 perintahkan No.3 untuk buka air dengan suara.. Bahagian Satu & Bahagian Dua Buka... Air! No.3 jawab dengan suara dan isyarat dan lari ke belakang dan perintahkan No.4 untuk membuka air No.3 selepas perintah buka air terus ambil 1 gulung hos bawa ke jarak 200kaki dan letakkan hos di cabang pembahagi dan tunggu di situ. Perintah: Tutup Air dan Kemas!Perbuatan: No.1 perintahkan No.3 untuk menutup air dan kemas. No.3 jawab dan lari ke pili bomba perintahkan No.4 untuk tutup air dan kemas! Perintah: Keluar.. Baris!Perbuatan: Semua anggota pasukan pusing ke kanan dan lari masuk ke barisan asal.

15