Kawalan Motor

19
Pengenalan Kawalan motor adalah satu sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa peralatan yang bertujuan untuk mengawal pergerakan motor sama ada 1 fasa atau 3 fasa. Antara fungsi kawalan motor ialah : 1. Menghidup dan mematikan sesebuah motor elektrik sama ada 1 fasa atau 3 fasa. 2. Mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah berlaku keputusan bekalan.( No- volt coil atau No-volt release ). 3. Meminimakan arus mula bagi sesebuah motor elektrik seperti Penghidup Bintang- Delta,Penghidup Alatubah-Auto dan Penghidup Rotor Berperintang. 4. Mengelakkan motor daripada terbakar atau rosak dengan adanya komponen dalam sistem yang mengawalnya. 5. Menghidupkan motor secara berperingkat. 6. Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara kawalan jauh. Jenis- jenis Penghidup Motor 1. Penghidup Talian Terus ( Direct On line starter ) 2. Penghidup Bintang Delta ( Star- Delta starter ) 3. Penghidup Alatubah-Auto ( Auto-transformer starter ) 4. Penghidup Rintangan Rotor ( Rotor Resistance starter ) 5. Penghidup Mara Songsang ( Forward-Reverse starter) 6. Penghidup Litar Turutan Kebaikan mengurangkan arus mula 1. Kurang tindakan daya mekanikal keatas gelung. 2. Kurang kejutan mekanikal keatas bingkai motor, aci (shaft) dan penghantaran dalam motor. 3. Menyebabkan motor berpusing secara berperingkat peringkat dengan beban. 4. Mengurangkan susutan voltan talian. 5. Mengurangkan gangguan terhadap sistem bekalan. Keburukan mengurangkan arus mula 1. Mengurangkan daya kilas. 2. Kos meningkat dalam menyediakan alat alat bagi sistem penghidup. 3. Keperluan penyelenggaraan meningkat. 4. Alat alat terlalu rumit. JENIS-JENIS PERLINDUNGAN

description

Kawalan Motor

Transcript of Kawalan Motor

Page 1: Kawalan Motor

Pengenalan

Kawalan motor adalah satu sistem yang terdiri daripada gabungan beberapa peralatan yang bertujuan untuk mengawal pergerakan motor sama ada 1 fasa atau 3 fasa.

Antara fungsi kawalan motor ialah :

1. Menghidup dan mematikan sesebuah motor elektrik sama ada 1 fasa atau 3 fasa.

2. Mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah berlaku keputusan bekalan.( No- volt coil atau No-volt release ).

3. Meminimakan arus mula bagi sesebuah motor elektrik seperti Penghidup Bintang- Delta,Penghidup Alatubah-Auto dan Penghidup Rotor Berperintang.

4. Mengelakkan motor daripada terbakar atau rosak dengan adanya komponen dalam sistem yang mengawalnya.

5. Menghidupkan motor secara berperingkat.6. Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat dan secara

kawalan jauh.

Jenis- jenis Penghidup Motor

1. Penghidup Talian Terus ( Direct On line starter )2. Penghidup Bintang Delta ( Star- Delta starter )3. Penghidup Alatubah-Auto ( Auto-transformer starter )4. Penghidup Rintangan Rotor ( Rotor Resistance starter )5. Penghidup Mara Songsang ( Forward-Reverse starter)6. Penghidup Litar Turutan

Kebaikan mengurangkan arus mula

1. Kurang tindakan daya mekanikal keatas gelung.2. Kurang kejutan mekanikal keatas bingkai motor, aci (shaft) dan penghantaran

dalam motor.3. Menyebabkan motor berpusing secara berperingkat peringkat dengan beban.4. Mengurangkan susutan voltan talian.5. Mengurangkan gangguan terhadap sistem bekalan.

Keburukan mengurangkan arus mula

1. Mengurangkan daya kilas.2. Kos meningkat dalam menyediakan alat alat bagi sistem penghidup.3. Keperluan penyelenggaraan meningkat.4. Alat alat terlalu rumit.

Page 2: Kawalan Motor

Ketika sesuatu motor hendak bermula atau dalam kendalian , motor tersebut perlu dilindungi daripada keadaan beban lampau,litar pintas dan hidup dengan tersendiri.

BILJENIS

PERLINDUNGAN

KETERANGAN PERANTI

1 Tanpa Voltan Mengelakkan motor hidup dengan sendiri setelah berlaku kegagalan bekalan.

Gegelung Penyentuh

2 Beban Lampau Penggunaan beban yang berlebihan daripada kadar yang sebenar.

Geganti Beban Lampau

3 Litar Pintas Memberikan perlindungan daripada kesan litar pintas apabila berlaku sentuhan di antara talian positif dengan negative

Fius atau Pemutus Litar

Kawalan elektrik boleh dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu kawalan secara insani,separuh automatik dan automatik.

JENIS-JENIS PERLINDUNGAN

JENIS-JENIS KAWALAN

Page 3: Kawalan Motor

BIL JENIS KAWALAN

CIRI-CIRI KEBAIKAN KEBURUKAN

1 Insani Kawalan secara terus dengan tangan/kaki

Mudah Murah Cepat Tidak mudah

rosak

Pekerja perlu mahir

Tidak dapat mengawal banyak litar serentak.

Tidak sesuai untuk kawalan litar berterusan dan berpanjangan.

2 Separuh Automatik

Sebahagian kawalan insani dan sebahagian kawalan magnet.

Selamat Mudah

mengendali Boleh

mengawal banyak litar.

Tidak perlu pekerja mahir.

Mahal Perlu bantuan

manusia untuk memulakannya.

Kerosakan sukar dibaiki.

Perlukan penyentuh.

4 Automatik

Kawalan sepenuhnya oleh magnet atau elektronik dengan menggunakan kawalan pandu.

Tidak perlukan bantuan manusia

Boleh mengawal berterusan.

Menjimatkan masa

Mahal Sukar dibaiki Litarnya rumit

dan sukar dipasang.

Perlu penyelenggaraan khas.

PERBANDINGAN JENIS-JENIS KAWALAN

Page 4: Kawalan Motor

Fungsi penyentuh ialah sejenis suis yang dikendalikan oleh satu elektromagnet yang mana ia mempunyai satu gegelung yang akan melengkapkan litar dengan menggunakan punat tekan.

Boleh berfungsi pada 240V atau 415V.

Penyentuh mempunyai sesentuh utama ,sesentuh tambahan dan gegelung penyentuh.

Fungsi sesentuh utama ialah untuk mengalirkan arus atau memberhentikan arus kepada motor.

Fungsi sesentuh tambahan pula ialah untuk mengalirkan arus atau memberhentikan arus kepada gegelung penyentuh dan alat pandu yang lain.

Terdapat sesentuh utama dan sesentuh tambahan yang lazim tertutup atau terbuka.

AKSESORI KAWALAN MOTOR

PENYENTUH ( CONTACTOR )

Page 5: Kawalan Motor

Fungsi GBL ialah untuk membuka litar kawalan dan memberhentikan motor ketika berlaku beban lampau.

Tiga jenis GBL ialah jenis terma ,magnet dan elektronik.

Fungsi Punat tekan ialah melengkapkan dan membuka litar kawalan apabila ditekan.

Terdapat berbagai jenis punat tekan iaitu punat tekan hidup (on) , punat tekan mati (off) dan juga punat tekan jog.

Tiga jenis rangka ialah jenis bulat ,empat segi dan jenis kepala cendawan.

GEGANTI BEBAN LAMPAU (GBL)

PUNAT TEKAN

Page 6: Kawalan Motor

Fungsi pemasa adalah untuk melengkapkan dan membuka litar kawalan dalam masa yang tertentu.Masa tersebut boleh disetkan.

Pemasa juga mempunyai sesentuh tambahan yang lazim tertutup atau terbuka.

Tiga jenis pemasa yang biasa digunakan ialah jenis motor ,jenis pneumatik dan jenis elektronik

Sejenis pemutus litar yang akan berfungsi apabila berlaku lebihan arus daripada jenis terma,magnetik atau terma hidraulik.

Mempunyai peranti pelantikan terma bagi arus beban lampau dan magnetik untuk litar pintas.

PEMASA (TIMER)

MCB

Page 7: Kawalan Motor

Fungsinya sebagai isyarat visual untuk menunjukkan sesuatu peringkat operasi.

Pelbagai warna merah ,kuning, hijau, biru.

Terdapat jenis lampu voltan rendah lengkap dengan perintang siri yang boleh disambungkan kepada voltan lebih tinggi.

LAMPU PANDU

Page 8: Kawalan Motor

BIL SIMBOL KETERANGAN

1 PENYENTUH

2 SESENTUH TAMBAHAN SEDIABUKA

3 SESENTUH TAMBAHAN SEDIA TUTUP

4 PUNAT TEKAN HIDUP

5 PUNAT TEKAN HENTI

6 GEGANTI BEBAN LAMPAU

7 LAMPU PANDU

8 MCB

9 PEMASA

10 PUNAT TEKAN DWI LITAR

11 SUIS KAKI

12 SUIS APUNG

13 SUIS HAD

14 GEGANTI LEWAT MASA

SIMBOL-SIMBOL KAWALAN MOTOR

PEMULA MARA SONGSANG

Page 9: Kawalan Motor

Pemula jenis mara songsang ini digunakan untuk menukarkan arah putaran motor 3 fasa sama ada dalam keadaan mara atau songsang dan ke atas atau ke bawah.Penukaran arah putaran motor dilakukan sama ada menggunakan suis pengawal atau litar kawalan magnetik. Pemula ini akan menukarkan kedudukan urutan fasa (M,K,B).

Contoh penggunaan pemula ini adalah seperti pada :

Kren Lif Mesin Pelarik

LLITAR UTAMA PENGHIDUP MARA SONGSANG

Page 10: Kawalan Motor

LLITAR KAWALAN PENGHIDUP MARA SONGSANG

Page 11: Kawalan Motor

Apabila bekalan dimasukkan, arus akan melalui MCB dan seterusnya melalui punat tekan henti .

PRINSIP KENDALIAN LITAR PENGHIDUP MARA SONGSANG

Page 12: Kawalan Motor

Apabila punat tekan hidup untuk mara ditekan, sesentuh tambahan sedia buka mara akan tertutup dan sesentuh tambahan sedia tutup songsang akan terbuka.

Ini akan menyebabkan gegelung M bertenaga dan bersambung ke neutral lalu lampu

hijau akan menyala.

Apabila punat tekan henti ditekan semula, penyentuh mara tidak akan berkendali.

Kemudian punat tekan hidup bagi songsang pula ditekan.Sesentuh tambahan sedia buka songsang akan tertutup dan sesentuh tambahan sedia tutup bagi mara akan terbuka.

Ini akan menyebabkan gegelung S bertenaga dan bersambung ke neutral lalu lampu kuning akan menyala.

Apabila berlaku beban lampau, lampu merah akan menyala.

Pemula bintang delta hanya digunakan untuk motor tiga fasa yang berukuran sederhana. Tujuan utama penggunaannya ialah untuk mengurangi arus permulaan

PEMULA BINTANG DELTA

Page 13: Kawalan Motor

ketika motor dihidupkan dan membolehkan motor ditukar arah mara dan songsang dengan kawalan punat tekan.

Penghidup ini biasanya didapati : i. Injap motorii. Pam elektrikiii. Pengangkut panggul ( converyor belt )

iv. Sistem penghawa dingin dan sebagainya.

KEBAIKAN PENGHIDUP BINTANG DELTA

Penyelenggaraan kurang jika dibandingkan dengan penghidup

alatubah auto.

Bagi keupayaan motor yang sama kos pemasangan adalah lebih

murah dari penghidup alatubah auto.

KEBURUKAN PENGHIDUP BINTANG DELTA

Keupayaan motor yang digunakan terhad kepada 3 hingga 10 kk.

Menggunakan punca punca motor yang lebih iaitu 6 hingga 7 punca

LLITAR UTAMA PENGHIDUP BINTANG DELTA

Page 14: Kawalan Motor

LLITAR KAWALAN PENGHIDUP BINTANG DELTA

Page 15: Kawalan Motor

Apabila bekalan dibekalkan , arus akan mengalir dari mcb, gbl , hingga punat tekan henti

Apabila punat tekan hidup ditekan, gegelung M. Litar lengkap disambung ke neutral.

Bila punat tekan hidup dilepaskan , penyentuh M masih berkendali kerana sesentuh sedia buka M telah berfungsi sebagai sesentuh pegang.

PRINSIP KENDALIAN LITAR PENGHIDUP BINTANG DELTA

Page 16: Kawalan Motor

Arus akan masuk ke gegelung timer TDR ,sesentuh sedia tutup TDR,sesentuh sedia tutup D, seterusnya gegelung penyentuh S dan S akan beroperasi.

Waktu motor berada dalam sambungan bintang, arus bekalan masuk melalui penyentuh M dan ke poin bintang penyentuh S.

Dalam jangka masa yang ditetapkan,gegelung geganti TDR akan membuka sesentuh TDR 1 dan menutup sesentuh TDR 2. Gegelung penyentuh S terputus litarnya dan semua sesentuhnya berbalik ke kedudukan asal.

Dalam masa yang sama juga, gegelung penyentuh D dilengkapkan dalam sambungan TDR 2 dan sesentuh S sentiasa tertutup.

Ini menyebabkan semua sesentuh D akan beroperasi dan motor beroperasi pada sambungan delta.

Litar gegelung penyentuh S dan gegelung geganti TDR tidak lagi diperlukan.Litar ini dibuka oleh sesentuh D yang sentiasa tertutup.

Litar yang masih beroperasi ialah litar gegelung penyentuh M dan D untuk motor terus beroperasi dalam sambungan delta. Jika berlaku beban lampau,termal beban akan membuka litar dan motor akan berhenti beroperasi.

KADARAN MCB BAGI:

LITAR UTAMA : 20 A LITAR KAWALAN : 6 A

SAIZ KABEL BAGI : LITAR UTAMA : 2.5 MM LITAR KAWALAN : 1.0 MM

Kesemua litar kawalan magnetik adalah berasaskan daripada penghidup talian terus (DOL). ( Rujuk lampiran)

NOTA TAMBAHAN

Page 17: Kawalan Motor

PERBEZAAN ANTARA PENYENTUH DAN GEGANTI KAWALAN .

BIL PENYENTUH GEGANTI KAWALAN

1 Kadaran arus lebih dari 5A Kadaran arus kurang dari 5A

2 Membawa arus litar utama dan litar kawalan.

Membawa arus litar kawalan sahaja.

3 Sesentuh utama dengan sesentuh tambahan yang berbeza dari segi saiznya.

Saiz sesentuh utama dan tambahan adalah sama

4 Saiz binaan lebih besar Saiz binaan lebih kecil

5 Sambungan kabel terus ke sesentuh Sambung kabel ke tapak dan seterusnya ke sesentuh.

Selain punat tekan henti dan hidup, kita juga boleh menggunakan punat tekan ‘jog’. (Rujuk contoh punat tekan jog di lampiran 1 litar DOL )

JOGGING/INCHING

NOTA TAMBAHAN

Page 18: Kawalan Motor

Jogging atau inching bermaksud kawalan litar untuk pergerakan motor berdikit-dikit. Selagi punat tekan atau suis jogging itu ditekan, motor atau litar kawalan itu akan berkendali.Sebaik sahaja punat tekan atau suis jog itu dilepaskan,motor atau litar akan berhenti berkendali dengan serta merta.

Istilah jog biasa digunakan untuk kawalan motor arus terus pada talian sementara istilah inching digunakan untuk pemula voltan terturun.

Tujuan kawalan ini ialah untuk memeriksa secara kasar hasil sesuatu putaran motor dan pelarasan yang telah dibuat seperti pelarasan mata mesin pelarik agar tidak terlalu ke dalam semasa kerja sebenar dijalankan,pelarasan mesin penghantar supaya ia dapat menyampaikan barangan itu betul pada tempatnya dan sebagainya.

PEMULA TALIAN TERUS / DIRECT ONLINE STARTER (DOL)

Pemula jenis ini diigunakan untuk menghidupkan motor yang berkadar 1 kk hingga 5 kk seperti :

NOTA TAMBAHAN

Page 19: Kawalan Motor

Pengisar

Pam air

Mesin yang memerlukan kelajuan tetap dengan keadaan beban yang berubah.

DOL terdiri daripada jenis magnetik dan elektronik yang membekalkan voltan penuh terus kepada beban.

Untuk gambarajah litar utama dan kawalan. Sila rujuk lampiran 1 dan 2.

LITAR UTAMA DOL STARTER.

LAMPIRAN 1

Page 20: Kawalan Motor

LITAR KAWALAN DOL STARTER BERSERTA PUNAT TEKAN JOG

LAMPIRAN 2

Page 21: Kawalan Motor

Prinsip kendalian

Apabila bekalan dibekalkan, arus akan melalui mcb , gbl, hingga punat tekan henti.apabila punat tekan hidup dilepaskan, gegelung penyentuh C akan bertenaga kerana disambung ke neutral. Litar lengkap. Sesentuh tambahan sedia buka C akan menutup dan bertindak sebagai sesentuh pegang walaupun punat tekan hidup dilepaskan.Lampu 2 akan menyala.Kemudian, apabila punat tekan jog ditekan , litar akan berkendali seperti biasa. Tetapi apabila punat tekan jog dilepaskan, litar akan berhenti berkendali. Hal ini kerana, tiada sesentuh pegang di punat tekan jog yang bertindak sebagai pemegang setelah punat tekan jog ditekan. Apabila terdapat beban lampau, L1 akan menyala. Ini menunjukkan litar dalam keadaan trip.

LAMPIRAN 3

Page 22: Kawalan Motor

BINAAN PENYENTUH