Kb Mid Term Note

download Kb Mid Term Note

of 12

Transcript of Kb Mid Term Note

  • 7/25/2019 Kb Mid Term Note

    1/12

    Kepentingan-kepentingan permainan tradisional.

    Isi 1:

    Isi mempertahankan budaya

    nenek moyang kita

    Kesan terbentuk dalam sanubari

    anak-anak sejak kecil lagi

    Sebab mencontohi tingkah laku

    ibu bapa mereka

    Rumusan sangat penting

    Contoh bertutur secara sopan

    Isi 2:

    Isi dijadikan sebagai alat

    hiburan

    Kesan melepaskan tekanan -

    menyihatkan tubuh badan

    Sebab menghiburkan hati -

    mempraktikkan sikap

    mulia

    Rumusan

    Contoh semangat berpasukan -

    berfikiran kreatif

  • 7/25/2019 Kb Mid Term Note

    2/12

    Isi 3:

    Isi memangkinkan

    perkembangan industri

    pelancongan

    Kesan lebih memahami budaya

    bangsa kita

    Sebab menghayati corak budaya

    yang berwarna-warni di

    negara kita

    Rumusan Peranan yang penting

    Contoh menyediakan tapak dan

    alat permainan tradisional

    Isi 4:

    Isi mengukuhkan hubungan Kesan semangat perpaduan dapat

    terbentuk

    Sebab bersama secara beramai-

    ramai

    Rumusan

    Contoh berinteraksi dan bertukar-

    tukar pendapat

  • 7/25/2019 Kb Mid Term Note

    3/12

    Karangan Lengkap

    Pada zaman modenisasi ini, isu keruntuhan permainan tradisional telah

    kian hari kian meningkat. Bukan itu sahaja, isu keruntuhan permainan

    tradisional semakin serius dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, isu keruntuhan

    permainan tradisional wajar diselesaikan sehingga ke akar umbi supaya tidakmenjadi duri dalam daging. Satu soalan yang menerjah benak kita ialah apakah

    kepentingan-kepentingan permainan tradisional?

    Bak kata peribahasa tak basah dek hujan, tak lekang dek panas.

    Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan

    warisan budaya yang tidak ternilai harganya. Hal ini dikatakan demikian

    kerana permainan tradisonal merupakan warisan nenek moyang kita yangmelambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. Contohnya, congkak,

    sepak takraw dan gasing merupakan sebahagian permainan tradisional yang

    dapat menampilkan kekayaan budaya negara kita. Kesannya, sekiranya

    permainan tradisional ini tidak dipertahankan sudah tentu generasi muda

    mengenali budaya warisan mereka. Pendek kata, permainan tradisional ini

    sangat penting kerana permainan ini merupakan warisan turun-temurun yang

    perlu dilestarikan untuk generasi akan datang.

    Lebih-lebih lagi, permainan tradisional juga boleh dijadikan sebagai alat

    hiburan untuk mengisi masa lapang masyarakat. Hal ini lantaran permainan

    tradisional bukan sahaja dapat menghiburkan hati tetapi juga mempraktikkan

    sikap mulia dalam diri mereka. Misalnya, masyarakat dapat mempelajari

    semangat berpasukan melalui permainan, berfikiran kreatif dalam permainan dan

    semangat sedia berkorban demi kemenangan permainan. Akibatnya, merekadapat melepaskan tekanannya malah dapat menyihatkan tubuh badan. Bak kata

    peribahasa serampang dua mata. Kesimpulannya, permainan tradisional

    merupakan salah satu alat hiburan yang berfaedah dalam kehidupannya.

    Selain itu,permainan tradisional juga dapat memangkinkan perkembangan

    industri pelancongan tanah air kita. Hal ini disebabkan oleh permainantradisional sering menjadikan daya tarikan bagi pelancong menghayati corak

    budaya yang berwarna-warni di negara kita. Tamsilnya, hotel- hotel lima

  • 7/25/2019 Kb Mid Term Note

    4/12

    bintang dan pusat peranginan yang terkemuka di negara kita patut menyediakan

    tapak dan alat permainan tradisional kepada pelancong asing kita. Impaknya,

    para pelancong asing dapat lebih memahami budaya bangsa kita melalui

    permainan tradisional. Bak kata peribahasa tak kenal maka tak cinta.

    Tuntasnya, permainan tradisional memainkan peranan yang penting untuk

    memajukan industri pelancongan.

    Seterusnya, permainan tradisional dapat mengukuhkan hubungan

    masyarakat yang sibuk mengejar kekayaan duniawi. Hal ini berpunca daripada

    permainan tradisional adalah dimainkan bersama secara beramai-ramai seperti

    sepak takraw dan congkak. Umpamanya, mereka berpeluang untuk berinteraksi

    dan bertukar-tukar pendapat tentang permainan tradisonal. Implikasinya,

    semangat perpaduan dapat terbentuk dalam kalangan masyarakat untukmenghadapi cabaran bersama pada masa depan. Bak kata peribahasa bersatu

    kita teguh, bercerai kita roboh. Jelasnya, hubungan masayrakat dapat

    dieratkan melalui permainan tradisional.

    Kesimpulannya,terdapat banyak kepentingan permainan tradisional. Oleh

    itu, semua pihak haruslah bertanggungjawab untuk memelihara kepentingan

    permainan traisional negara kita supaya dapat diwarisi secara turun-termurun.Bak kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Diharapkan

    bahawa generasi pada masa yang akan datang dapat menikmati permainan

    tradisional negara kita yang istimewa ini.

  • 7/25/2019 Kb Mid Term Note

    5/12

    Antologi Baik Budi Indah Bahasa Taman Daya Bm

    Pt3 Banjir di Mata Emak Skor A

    Cerita berkisar pada watak saya yang hendak menelefon temannya tetapi

    tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka orang

    yang membuat panggilan telefon itu ialah anaknya, Nana. Mak Piahmemberitahu Nana(saya) bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan

    banjir yang melanda kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak Piah

    berterima kasih kepada Nana(saya) kerana menelefon untuk bertanya khabar

    tentang dirinya. Malangnya, abang Nana yang duduk dekat tidak menjenguk Mak

    Piah langsung walaupun banjir sedang melanda kampung emaknya itu.

    Belum sempat saya hendak memberitahu Mak Piah tentang dirinya yangsebenar, talaian telefon sudah terputus. Hujan sudah turun empat hari empat

    malam tanpa henti. Saya cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tetepi

    panggilannya tidak dijawab. Saya bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir

    pada kali ini telah meragut dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan

    makanan sudah habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan

    banjir. Mak Piah tidak mahu pergi ke pusat pemindahan. Saya tertanya-tanya

    sebab Mak Piah tidak mahu berpindah. Anak lelakinys sudah tiga bulan tidakberasa cemas apabila memikirkan perkara yang mungkin berlaku kepada Mak

    Piah.

    Saya mendail nombor telefon Mak Piah sekali lagi. Mak Piah menjawab

    panggilan saya. Mak Piah meminta saya yang disangkakannya Nana agar

    tidak bimbang tentangnya. Mak Piah sempat berpesan kepada saya agar

    menjaga anak dan suaminhya sebaik-baik.

    Saya ingin bertemu dengan Mak Piah supaya saya dapat melepaskan

    rindu terhadapnya yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Mak Piah

    merindui anak-anaknya. Saya merindui emaknya. Saya menemukan alamat

    rumah Mak Piah di dalam buku panduan telefon. Saya pergi ke rumah mak

    Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan saya

    dengan ceria.

  • 7/25/2019 Kb Mid Term Note

    6/12

    Antologi Baik Budi Indah Bahasa Taman Daya Bm

    Pt3 Banjir di Mata Emak Skor A

    Kerja saya menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah. Mak Piah

    memberitahu saya bahawa Nubhan, abang Nana takut akan isterinya, manakala

    Nana pula takut akan suaminya. Saya bertanya kepada Mak Piah tentang sebabdia tidak mahu berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah menyatakan bahawa

    dia tidak mahu menunggu mereka di pusat pemindahan itu kerana keadaannya

    yang kerap membuang air kecil sehinggakan kadang-kadang tidak sempat ke

    bilik air. Saya berjanji akan menemani Mak Piah selagi banjir tidak surut. Mak

    Piah memeluk saya selepas mendengar kata-kata saya itu.

    Saya mengajar Mak Piah makan. Mak Piah bertanya sama ada Nana yangmasak dan menyuruh saya menghantar makanan itu. Saya mengangguk

    sambil tersenyum. Saya terpaksa bohong dan menanggung dosa hanya kerana

    hendak melihat Mak Piah berasa bahagia. Selepas makan saya menolong Mak

    Piah mencuci dan menyimpan barang-barang makanan yang saya bawa ke

    dalam peti sejuk. Saya memohon izin untuk pulang dan berjanji untuk

    mengunjungi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta saya menyampaikan salam

    kepada anaknya, Nana.

    Sekembali ke rumah, saya diserang demam selama lima hari. Setelah sihat,

    saya pergi ke rumah Mak Piah seperti yang dijanjikannya sebelum ini. Apabila

    saya sampai di pekarangan rumah Mak Piah, orang ramai sedang berkumpul.

    Mak Piah telah meninggal dunia kerana tergelincir jatuh dan kepalanya cedera

    semasa hendak membersihkan rumah selepas banjir. Nana dan Nubhan berasa

    kesal. Kata Nana, dua hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiranbahawa Nana telah mengirimkan makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah

    berasa sangat gembira. Nana mengatakan bahawa dia bukan sahaja tidak pernah

    mengirimkan apa-apa kepada emaknya malahan dia tidak pernah menelefon

    emaknya kerana emak mengalami masalah pendengaran. Nana mengakui betapa

    mulia hati emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk

    menjaga maruah dan namanya. Nana berasa sangat menyesal atas perbuatannya

    terhadap emaknya selama ini.

  • 7/25/2019 Kb Mid Term Note

    7/12

    Antologi Baik Budi Indah Bahasa Taman Daya Bm

    Pt3 Banjir di Mata Emak Skor A

    Tema: Ketabahan dan kesabaran

    hati seorang ibu yang

    tinggal bersendirian di

    kampung.

    Dia enggan berpindah ke pusat

    pemindahan kerana tidak mahu

    menyusahkan orang lain ekoran

    masalah kesihatannya.

    Watak&

    Perwatakan

    Saya 1.Anak yatim piatu

    2.Seorang yang prihatin. Dia sanggup

    mengharungi banjir untuk melihatkeadaan hidup Mak Piah yang tinggal

    seorang diri.

    3.Seorang yang mudah bersimpati. Dia

    bersimpati dengan keadaan Mak Piah

    yang tinggal keseorangan.

    Mak Piah 1.

    Seorang yang peramah.2. Seorang yang kasih sayang.

    Walaupun anakanak Mak Piah tidak

    mengambil berat tentang

    kehidupannya di kampung, Mak Piah

    masih menyayangi anak-anaknya.

  • 7/25/2019 Kb Mid Term Note

    8/12

    Antologi Baik Budi Indah Bahasa Taman Daya Bm

    Pt3 Banjir di Mata Emak Skor A

    1. Nilai

    Nilai kasih

    sayang

    Persoalan

    Persoalan tentang

    kepentingan sikapkasih sayang

    dalam kehidupan.

    Pengajaran

    Kita mestilah

    mengamalkan sikapkasih sayangdalam

    kehidupan.

    Latar Masyarakat

    Masyarakat yang

    mengamalkan sikapkasih sayangdalam

    kehidupan.

    Contoh: Walaupun anakanak Mak Piah tidak mengambil berat tentang

    kehidupannya di kampung, Mak Piah masih mengingati dan menyayangi anak-

    anaknya.

    2. NilaiNilai

    keprihatinan

    PersoalanPersoalan tentang

    kepentingan sikap

    keprihatinan

    dalam kehidupan.

    PengajaranKita mestilah

    mengamalkan sikap

    keprihatinan dalam

    kehidupan.

    Latar MasyarakatMasyarakat yang

    mengamalkan sikap

    keprihatinan dalam

    kehidupan.

    Contoh: Kamal Hijaz sabar menerima pengakuan Maryati yang menukar kertas

    lukisannya sebelum pertandingan melukis.

    3. Nilai

    Nilai baik

    hati

    Persoalan

    Persoalan tentang

    kepentingan sikap

    baik hati dalam

    kehidupan.

    Pengajaran

    Kita mestilah

    mengamalkan sikap

    baik hati dalam

    kehidupan.

    Latar Masyarakat

    Masyarakat yang

    mengamalkan sikap

    baik hati dalam

    kehidupan.

    Contoh: Saya membawa bekalan makanan untuk Mak Piah yang telah

    terputus bekalan makanan akibat kejadian kebanjiran.

    4. Nilai

    Nilai

    bersimpati

    Persoalan

    Persoalan tentang

    kepentingan sikap

    bersimpatidalam

    kehidupan.

    Pengajaran

    Kita mestilah

    mengamalkan sikap

    bersimpatidalam

    kehidupan.

    Latar Masyarakat

    Masyarakat yang

    mengamalkan sikap

    bersimpatidalam

    kehidupan.

    Contoh: Saya bersimpati dengan keadaan Mak Piah yang tinggalkeseorangan.

  • 7/25/2019 Kb Mid Term Note

    9/12

    Antologi Baik Budi Indah Bahasa Taman Daya Bm

    Pt3 Banjir di Mata Emak Skor A

    Belum sempat saya berkata apa-apa, suara di hujung sana terus

    mencurahkan isi hati yang terpendam. Pada ruang jeda tanpa suara rintihnya,

    mungkin dia sedang menarik nafas yang tersumbat akibat kalut meluahkan bicara,saya menyelit soal.

    Dah tu,, macam mana?

    Dia memanggil saya dengan nama yang tidak tercatat pada kad pengenalan,

    tidak juga nama timangan sejak dilahirkan. Siapakah empunya suara tua yang

    rusuh di hujung talian sana? Seperti saya yang terburu-buru mendail nombor

    rumah teman yang baru diberikan pagi tadi, suara tua itu juga pantas mengaturkata, selaju jejari saya salah menekan nombor rumahnya. Selepas menyampaikan

    kisah yang sesetengah tidak saya fahami, suara tua itu menamatkan pengisahan

    dengan penghargaan dan pesanan.

    Terima kasihlah. Nana telefon juga, tanya khabar mak. Abang kau tu,

    duduk saja dekat tapi tak menjenguk langsung... tak hirau keadaan mak dalam

    banjir ni. Kirim salam pada suami dan anak-anak kau.

    Tanpa sempat saya membetulkan tanggapan, suara itu putus dalam hujan

    yang sudah empat hari empat malam lebat dan renyai menyilih ganti. Radio dan

    televisyen menambahkan kekerapan siaran berita terkini. Aktiviti laut wajib

    ditangguhkan dan bekalan ikan di pasar berhampiran dengan rumah saya

    melambungkan harga ke paras menakjubkan. Ada jiran yang menghidap darah

    tinggi telah merungut sakit kepala kerana menu harian mereka bukan lagi ikanbasah, tapi ikan kering. Ayam, daging dan telur telah mengambil tempat di meja

    hidangan. Ya Allah, saya tidak dapat menelan.

    Dipetik daripada cerpen Banjir di Mata Emak,

    antalogi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2.

  • 7/25/2019 Kb Mid Term Note

    10/12

    Antologi Baik Budi Indah Bahasa Taman Daya Bm

    Pt3 Banjir di Mata Emak Skor A

    1. Berdasarkan petikan cerpen tersebut, nyatakan kejadian yang berlaku akibat

    banjir yang melanda tempat tinggal penulis. [3 markah]

    aktiviti laut wajib ditangguhkan dan harga ikan di pasar telah naik.jiran penulis yang menghidap darah tinggi telah merungut sakit kepala

    kerana menu harian mereka bukan lagi ikan basah, tetapi digantikan dengan

    ikan kering.

    2.Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di atas berserta

    dengan contoh yang sesuai. [3 markah]

    peribahasa. Contohnya, isi hati.sinkope. Contohnya, Abang kau tu

    3. Pada pendapat anda, apakah sumbangan yang boleh dihulurkan oleh

    masyarakat kepada mangsa banjir? [4 markah]

    memberikan keperluan asas kepada mereka seperti makanan dan pakaian.

    menyertai pasukan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir berpindah

    dan membersihkan rumah mereka.

  • 7/25/2019 Kb Mid Term Note

    11/12

    Antologi Baik Budi Indah Bahasa Taman Daya Bm

    Pt3 Banjir di Mata Emak Skor A

    Bacakan sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

    berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Suara tua yang tadinya berbicara tanpa memberi saya walau sedikit

    kesempatan untuk menerangkan bahawa saya bukanlah Nana, kembali menujah-

    nujah telinga. Saya capai telefon, mencari di menu panggilan keluar. Saya tekan

    butang panggilan ke nombor itu sekali lagi.

    Tiada jawapan. Saya menunggu hingga ke deringan terakhir. Masih juga

    begitu. Ke mana dia? Mungkinlah keluar membeli makanan? Dekatkah tempatyang dituju? Rumahnya di mana? Dapatkah dia ke sana?

    Adakah kedai yang masih dibuka dalam keadaan banjir telah melepasi

    paras tingkap rumah tingkat bawah, seperti yang saya lihat di kaca televisyen?

    Lebih buruk lagi, banjir kali ini telah menelan dua nyawa. Tapi adunya tadi, dia

    tidak turun ke dapur atau ke mana-mana.

    Mak takut ular.

    Dipetik daripada cerpen Banjir di Mata Emak,

    antalogi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2.

  • 7/25/2019 Kb Mid Term Note

    12/12

    Antologi Baik Budi Indah Bahasa Taman Daya Bm

    Pt3 Banjir di Mata Emak Skor A

    1. Berdasarkan petikan cerpen di atas, nyatakan teknik plot yang digunakan.

    [3 markah]

    teknik pemerian. Saya capai telefon, mencari menu panggilan keluar. Sayatekan butang panggilan ke nombor itu sekali lagi.

    teknik dialog. Mak takut ular.

    teknik monolog dalaman. Ke mana dia? Mungkinlah keluar membeli

    makanan?

    2. Berdasarkan petikan cerpen di atas, berikan contoh gaya bahasa personifikasi.

    [3 markah]banjir kali ini telah menelan dua nyawa.

    3. Pada pendapat anda, apakah nilai yang terdapat dalam petikan cerpen tersebut?

    [4 markah]

    Nilai keprihatinan. Penulis prihatin terhadap keselamatan dan keadaan diri

    Mak Piah yang tinggal bersendirian semasa banjir melanda.