KBAT Guru BM

15
NOR HASMALIZA BT HASAN ~P 69386~ FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Transcript of KBAT Guru BM

Page 1: KBAT Guru BM

NOR HASMALIZA BT HASAN~P 69386~

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Page 2: KBAT Guru BM

PENGENALAN

Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, satu daripada 6 ciri

utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada

peringkat global ialah kemahiran berfikir ( Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025 ).

Secara umumnya, mengikut Taksonomi Bloom, KBAT atau HOTs merujuk

kepada 4 aras teratas kemahiran berfikir iaitu mengaplikasi, menganalisis,

menilai dan mencipta. ( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012 )

T

ransformasi Kurikulum Pendidikan dalam PPPM 2013-2025 memberi

penekanan kepada konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau

Higher Order Thinking Skills ( HOTS) yang berupaya melahirkan generasi

yang mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif.

Page 3: KBAT Guru BM

PENYATAAN MASALAHP

engetahuan guru tentang kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dikatakan masih berada di tahap yang rendah.

(P&P) masih menjurus kepada peperiksaan (exam oriented) telah melemahkan usaha untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Guru kurang mengamalkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di sekolah adalah bersifat ‘reproduction’ iaitu mengeluarkan semula apa yang telah dipelajari tanpa menggalakkan pelajar untuk berfikir.

Page 4: KBAT Guru BM

PENYATAAN MASALAH

A

malan pengajaran guru di bilik darjah kurang menekankan strategi kemahiran

berfikir seperti kaedah penyoalan, perbincangan dan inkuiri penemuan.

G

uru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran sedia ada yang bersesuaian

ketika proses P&P di dalam bilik darjah. Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh

guru untuk menjana pemikiran aras tinggi pelajar serta menimbulkan minat

mereka untuk terus belajar dan menjadikan pembelajaran satu perkara yang

menyeronokkan.

Page 5: KBAT Guru BM

KERANGKA KONSEPTUAL

Rajah 1: Kerangka Konseptual KBAT dalam kalangan guru Bahasa Melayu sekolah menengah. (Sumber: diubahsuai daripada Model CIPP Stufflebeam (1971) dalam kajian Zamri Mahamod, Celinea anak Lasan & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (2009))

1. Jantina 2. Umur 3. Kelulusan

Profesional tertinggi

4. Bidang Pengkhususan

5. Pengalaman Mengajar

6. Tingkatan Mengajar

7. Kategori Sekolah

8. Kehadiran dalam kursus KBAT

Persepsi guru bahasa Melayu

terhadap pelaksanaan

KBAT

Pemahaman tentang KBAT

Pengetahuan tentang KBAT

Pelaksanaan KBAT dalam pengajaran

Sikap terhadap KBAT

Penilaian terhadap KBAT

Page 6: KBAT Guru BM

TUJUAN KAJIAN

K

ajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru

bahasa Melayu sekolah menengah harian di daerah

Kuala Terengganu terhadap kemahiran berfikir

aras tinggi (KBAT) iaitu dari segi aspek

pemahaman, pengetahuan, pelaksanaan dalam

pengajaran, sikap dan penilaian.

Page 7: KBAT Guru BM

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti tahap pemahaman guru-guru bahasa Melayu tentang KBAT.

2. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru-guru bahasa Melayu tentang KBAT.

3. Mengenal pasti tahap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran bahasa Melayu.

4. Mengenal pasti tahap sikap guru-guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT.

5. Mengenal pasti tahap penilaian guru-guru bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KBAT.

Page 8: KBAT Guru BM

PERSOALAN KAJIAN1. Apakah tahap pemahaman guru Bahasa Melayu tentang KBAT?

2. Apakah tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu tentang KBAT?

3. Apakah tahap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran bahasa Melayu?

4. Apakah tahap sikap guru Bahasa Melayu terhadap KBAT?

5. Apakah tahap penilaian guru terhadap KBAT?

Page 9: KBAT Guru BM

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian:

-Kajian Kuantitatif

-Kaedah tinjauan (soal selidik)

Sampel Kajian:- Guru Bahasa Melayu (226 orang)

Saiz sampel berdasarkan jadual penentuan saiz Krejcie dan

Morgan (1970).

Rintis dan kesahan kajian

Analisis data deskriptif dan inferensi (ujian-t, Mann-

Whitney U dan ANOVA).

Page 10: KBAT Guru BM

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN1. Tahap Pemahaman Secara keseluruhannya, pemahaman guru-guru Bahasa Melayu terhadap

KBAT berada pada tahap yang sederhana. (Min = 3.35)

Guru memahami aspek pelaksanaan menggunakan kemahiran berfikir dalam penyelesaian masalah dan pengajaran menulis.

(Bersetuju: 69.0% ; Sangat Bersetuju: 5.8%) Nilai min paling tinggi, Min=3.77 (Tahap=Tinggi)

Kursus yang dihadiri tidak memberikan kefahaman baik yang tentang KBAT.

(TB: 95.6% , STB: 4.4%) Nilai min paling rendah, Min=1.96 (Tahap=Rendah)

Guru-guru masih perlu diberikan pendedahan secara menyeluruh dan mendalam mengenai konsep KBAT merangkumi aspek pelaksanaan, strategi dan teknik-teknik pengajaran bagi menjana pemikiran aras tinggi pelajar.

Page 11: KBAT Guru BM

2. Tahap PengetahuanSecara keseluruhannya, pengetahuan guru-guru BM tentang KBAT berada pada tahap yang tinggi. (Min=3.58)

Majoriti guru BM menyatakan mereka mengetahui bagaimana untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam proses PdP. (Bersetuju: 71.7% ; Sangat Bersetuju: 8.0%) Nilai min paling tinggi, Min=3.85 (Tahap=Tinggi)

Sebahagian guru-guru BM didapati masih kurang mengetahui pelbagai teknik dan strategi untuk mengajar KBAT dalam BM. (TP: 41.2% , TB: 9.3%) Nilai min paling rendah, Min=3.42 (Tahap=Sederhana)

Guru-guru perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang konsep KBAT. Maka dengan itu, mereka akan mengaplikasikannya dalam pengajaran dengan lebih baik.

Page 12: KBAT Guru BM

3. Tahap Kemahiran Pelaksanaan dalam Pengajaran

Secara keseluruhannya tahap kemahiran pelaksanaan KBAT dalam pengajaran dalam kalangan guru Bahasa Melayu berada pada tahap yang tinggi. (Min=3.58)

“Saya menggunakan sumber pengajaran-pembelajaran bertujuan mengadakan pengajaran-pembelajaran yang berkesan.” (Bersetuju: 79.2% ; SB: 7.1%) Nilai min tertinggi, Min=3.93 (Tahap= Tinggi)

“Guru mengembangkan potensi individu pelajar dalam pembelajaran KBAT”. (TP: 47.3% ; TB: 18.6% ; STB: 0.9%) Nilai min terendah, Min=3.14 (Tahap=Sederhana)

Guru-guru perlulah bijak, kreatif dan inovatif dalam memilih teknik-teknik atau strategi-strategi serta alat bantu mengajar untuk menggalakkan kemahiran berfikir pelajar yang seterusnya mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran KBAT yang berkesan di bilik darjah.

Page 13: KBAT Guru BM

4. Tahap Sikap

Secara keseluruhannya, sikap guru terhadap KBAT berada pada tahap yang tinggi dengan nilai (Min=3.61)

“Untuk menjadi seorang guru yang berkesan seseorang memerlukan latihan yang berterusan dalam bidang pengajaran KBAT.” (Bersetuju: 67.3% ; SB: 21.2%) Nilai min tertinggi , Min=4.09 (Tahap= sangat tinggi)

“Tanggungjawab guru adalah terhad kepada sekolah dan masa di sekolah bagi mengajar KBAT.” (TP: 28.8% ; TB: 25.7% ; STB: 0.9%) Nilai min terendah, Min=3.20 (Tahap= sederhana)

Dapatan jelas menunjukkan kebanyakan guru BM bersikap positif terhadap pelaksanaan penerapan KBAT dalam pengajaran.

Latihan yang berterusan dalam bidang pengajaran KBAT diperlukan untuk menjadi seseorang guru berkesan supaya dapat mewujudkan proses PdP yang berkesan di samping menjana pemikiran aras tinggi pelajar serta melahirkan generasi yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.

Page 14: KBAT Guru BM

5. Tahap PenilaianPenilaian guru terhadap pelaksanaan KBAT adalah pelbagai iaitu terdapat guru yang bersikap positif dan juga negatif.

Penilaian guru terhadap pelajar menunjukkan bahawa murid terlalu bergantung pada guru dalam setiap aktiviti KBAT. (Bersetuju: 61.9% ; Sangat Bersetuju: 14.6%) Nilai min tertinggi=3.85 Tahap penilaian= Tinggi

Murid lebih aktif apabila diajukan dengan soalan yang menggunakan KBAT. (Bersetuju: 38.9%; Sangat bersetuju: 1.3%) Nilai min terendah=3.16 Tahap penilaian= Sederhana

Secara keseluruhannya, penilaian guru-guru BM terhadap KBAT berada pada tahap tinggi. (Min=3.57)

Page 15: KBAT Guru BM

IMPLIKASI KAJIAN

P

emahaman dan pengetahuan guru tentang KBAT masih perlu diperkukuh dan

dipertingkatkan lagi khususnya dari segi aspek strategi dan kaedah menerapkan

unsur KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran secara lebih terancang.

P

ihak terlibat seperti KPM, JPN, PPK, PPD dan sekolah perlu memastikan

guru-guru Bahasa Melayu diberikan pendedahan secara menyeluruh KBAT.

-

kursus-kursus yang lebih komprehensif dan latihan secara berterusan bagi

mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran guru-guru dalam

menerapkan dan menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam

pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Melayu di bilik darjah