kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

81
SEMESTER 3 SESI 2011/2012 KOD & NAMA KURSUS KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NORJANAH BINTI SUFIAN D20102046116 019-9399173 NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK ABU BAKAR BIN YUSOF 1 Tugasan 1 : Huraikan etiologi, definisi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial serta langkah pencegahan bagi salah satu kategori kanak-kanak berkeperluan khas berikut: Pilihan : Autisme Tugasan 2 : Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Palsi Cerebral, Epilepsi, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,(b) Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. PEMARKAHAN 2. ESEI: (a) (b) 3. FORUM JUMLAH LAMPIRAN 1

description

kbk3073

Transcript of kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Page 1: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

SEMESTER 3

SESI 2011/2012

KOD & NAMA KURSUS

KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS

KUMPULAN

GROUP PAHANG07(A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NORJANAH BINTI SUFIAN D20102046116 019-9399173

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK ABU BAKAR BIN YUSOF

TARIKH SERAH: 1 Mei 2008

1

Tugasan 1 : Huraikan etiologi, definisi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial serta langkah pencegahan bagi salah satu kategori kanak-kanak

berkeperluan khas berikut:

Pilihan : Autisme

Tugasan 2 : Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down,

Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Palsi Cerebral, Epilepsi, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,(b) Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak

Bermasalah Pendengaran. Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan anda pilih DUA (2) kategori kanak-kanak berkeperluan khas

Pilihan : Sindrom Down Dan Autisme

PEMARKAHAN

2. ESEI:

(a)

(b)

3. FORUM

JUMLAH

LAMPIRAN 1

Page 2: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

ISI KANDUNGAN HALAMAN

TUGASAN 1-AUTISME

1. Pendahuluan 4

2. Etiologi 5

3. Definisi 6

4. Punca-Punca Autisme 7

5. Ciri-Ciri Umum Autisme 8

6. Ciri-Ciri

-Perkembangan Fizikal Autisme 13

-Perkembangan Kognitif Autisme 13

-Perkembangan Sosial Autisme 14

-Perkembangan Bahasa Autisme 15

-Perkembangan Emosi Autisme 15

7. Langkah Pencegahan 16

TUGASAN 2- SINDROM DOWN DAN AUTISME

1. Pengenalan Sindrom Down 20

2. Masalah Sampingan Kanak-Kanak Sindrom Down 21

3. Pakar-Pakar Yang Dilibatkan 22

4. Pelan Tindakan Pendidikan Kanak-Kanak Sindrom Down 26

5. Pengenalan Autisme 30

6. Masalah Sampingan Kanak-Kanak Autisme 36

7. Pakar-Pakar Yang Dilibatkan 38

8. Pelan Tindakan Pendidikan Kanak-Kanak Autisme 40

9. Bibliografi 44

FORUM E-LEARNING

Forum 1 45

Forum 2 51

Forum 3 56

Forum 4 63

2

LAMPIRAN 2

Page 3: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

TUGASAN 1:

Huraikan etiologi, definisi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan

sosial serta langkah pencegahan bagi salah satu kategori kanak-kanak berkeperluan khas

berikut:

Pilihan : Autisme

3

Page 4: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Pendahuluan.

Autisme bermaksud satu gangguan dimana kanak-kanak mempunyai kesukaran

dalam interaksi sosial dan komunikasi serta tingkahlaku terhad dan berulang-ulang. Simptom

ini mula ditunjukkan oleh anak-anak seawal umur 3 tahun lagi.

Terdapat pelbagai simptom yang berbeza pada kanak-kanak yang mengalami

autisme. Terdapat kanak-kanak yang mempunyai simptom yang ringan dan ada juga kanak-

kanak yang mempunyai simptom yang lebih berat. Kanak-kanak autisme boleh mempunyai

sebahagian simptom-simptom ini atau keseluruhannya sekali (turut dikenali dengan terma

‘Autism Spectrum Disorder’).

Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi

kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan

objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh,

susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran. Apatah lagi dunia kanak-kanak

autisme masih misteri kerana tiada siapa tahu apa yang bermain dalam fikiran mereka.

Mereka gagal bercampur dan bermain riang seperti anak-anak lain. . Mereka seolah-

olah sedang bermain dalam dunianya sendiri dan tidak menghiraukan orang lain, walaupun

mereka sedang bermain dengan anak-anak lain. Bahkan, ada antara anak-anak ini sangat

cepat mengamuk. Mereka juga mempunyai masalah pertuturan, walaupun secara logiknya

pada usia tertentu mereka sudah boleh bercakap.

Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh

berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan

gambar yang sesuai..

Autisme bukanlah sejenis penyakit. Ia adalah suatu kelainan dengan kanak-kanak

normal atau boleh dikatakan sebagai satu kecacatan. Oleh itu, ia tidak mempunyai penawar

tetapi boleh dirawat menerusi pendidikan dan terapi yang bersesuaian dengan mereka.

Autisme diklasifikasikan sebagai ketidaknormalan perkembangan neuro atau kecacatan

neurologi yang menyebabkan interaksi sosial yang tidak normal dan masalah kemampuan

berkomunikasi.

4

Page 5: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

I. Etiologi bermaksud kajian atau punca kajian

Perkataan Autisme digunakan buat pertama kalinya pada tahun 1919 oleh Pengkaji

Autisme iaitu Eugen Blueler. Ianya membawa maksud orang yang kurang atau tiada

hubungan dengan dunia luar. Pada masa kini istilah autisme lebih dikenali sebagai

‘development disorder’ atau bermaksud masalah perkembangan. Autisme telah dinyatakan

sebagai satu sindrom kumpulan tingakah laku yang unik pada tahun 1943 oleh pakar

psikologi Dr. Leo Kanner. Beliau mmengkelaskan autisme sebagai masalah gangguan

efektif, persepsi, linguistik, kognitifdan komunikasi (Corbett,1998). Walaupun sebelum

penulisan Kanner, terdapat kanak-kanak autistik namun mereka dianggap sebagai

mempunyai masalah kekurangan daripada segi mental dan tidak dikenali sebagai satu

kumpulan sendiri.

Beliau melihat autisme sebagai masalah gangguan efektif,persepsi, linguistik, kognitifdan

komunikasi (Corbett,1998). Walaupun sebelum penulisan Kanner, terdapat kanak-kanak

autistik namun mereka dianggap sebagai mempunyai masalah kekurangan daripada segi

mental dan tidak dikenali sebagai satu kumpulan sendiri.

Pada 1944. Pakar psikiatri Jerman, Aspenger dalam tesis kedoktorannya menyatakan

mengenai jenis kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Aspenger

membincangkan mengenai empat kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri luar biasa berkaitan

masalah sosial, tiada pemahaman interpersonal, menunjukkan pelbagai bentuk

perkembangan kognitif, linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan.

Aspenger menyatakan bahawa kanak-kanak ini tidak memandang mata, tiada

ekspresi,melakukan pergerakkan tubuh yang sama berulang kali, tidak bersemangat untuk

belajar dan terdapat bidang-bidang tertentu yang diminati serta membuat perkataan sendiri

(Myles dan Simpson 1998).

Blueler menyatakan bahawa ia merupakan tingkah laku yang mengasingkan diri

dimana proses pemikiran skizoprenia sebagai autistik kerana penumpuan lebih kepada

fantasi tanpa memikirkan reality dan logic. Namun mengikut Blueler, seperti pemikiran orang

autisme adalah normal apabila manusia berimaginasi dan kreatif namun apabila hilang

keseimbangan antara autisme dan realiti maka tingkah laku yang menunjukan ciri-ciri

autisme akan timbul (Frath,1993)

5

Page 6: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Otak seorang autisme

Kebanyakan para pengkaji berpendapat bahawa penyebab utama autisme bagi

kebanyakan kes adalah tidak diketahu. Namun begitu berdasarkan kajian beberapa kes para

saintis berpendapat bahawa terdapat ketidaknormalan pada bahagian otak yang berlaku

semasa dalam kandungan. Saiz otak kanak-kanak autisme juga lebih besar berbanding

kanak-kanak normal. Menurut Trevarthen,Aitken,Papoudi dan Roberts(1998) terdapat

kesilapan genetik dalam otak dimana pendapat mengatakan bahawa autisme disebabkan

kesilapan dalam gen yang menyebabkan perubahan dalam otak seperti down sindrom

namun tiada sebab untuk menjangkakan bahawa perubahan satu gen boleh menyebabkan

kecelaruan yang kompleks dalam pembentukkan otak dan fungsinya.Jika ia disebabkan oleh

faktor keturunan ,terdapat kemungkinan beberapa gen yang bertanggungjawab. Gen tertentu

yang tidak normal dikaitkan dengan kimia serotonim di otak mempunyai peranan dalam

menyusun emosi dalam komunikasi dan pembelajaran kini didapati dalam kanak-kanak

autistik.

Antara 17 dan 58% individu berada dalam keadaan ini dimana neoron dari cerebral

cortex dari amorphuris tuber menunjukkan terdapat gangguan proses biokimia.Walaupun

begitu,peratus kumpulan autistik di sini hanya 0.4 dan 3 peratus kebanyakkan lelaki. Mereka

kemungkinan menghadapi sawan dan lebih tahap kerencatannya.

Selain saintis berpendapat autisme ada kaitan dengan mutasi gen dan walaupun

punca sebenar tidak diketahui, faktor genetik dan persekitaran dipercayai menyumbang

6

Page 7: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

kepada gangguan ini. Namun begitu, penyebab keturunan adalah hanya 15 peratus kes

berbanding 85 peratus lagi tidak diketahui puncanya.

II. Definisi

Autisme berasal daripada perkataan Yunani iaitu ’autos’ bermakna diri atau

seseorang yang merujuk kerpada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami

perkara-perkara disekelilingnya selain daripada dirinya sendiri. Autisme juga bermaksud

keadaan tertentu yang menyebabkan kanak-kanak menuju ke arah perkembangan yang

tidak menentu. Perkataan autisme merupakan gabungan 2 huruf Greek iaitu ‘aut’ yang

bermakna diri dan ‘ism’ yang membawa maksud orientasi atau keadaan. Oleh itu autisme

boleh didefinasikan sebagai keadaan seseorang yang tidak biasa dengan dirinya.

Autisme boleh didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya

sendiri atau sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara

normal dengan persekitaran. Autisme merupakan satu kekurangan seumur hidup dan

menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan pertama seorang bayi. Komunikasi antara

mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung.

Mereka mempunyai masalah tingkah laku tetapi mempunyai kelebihan intelek yang luas

dan menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik, kemahiran mekanikal, seni dan

lain-lain. Gejala ini mula nampak sejak lahir atau semasa masih kecil dan gejala yang

lebih spesifik kanak-kanak autisme nampak normal pada tahun pertama dan kedua dalam

kehidupannya.

7

Page 8: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

III. Antara punca-punca yang dipercayai penyebab autisme

Kebanyakan para pengkaji berpendapat bahawa penyebab utama autisme bagi

kebanyakan kes adalah tidak diketahu. Namun begitu berdasarkan kajian beberapa kes para

saintis berpendapat bahawa terdapat ketidaknormalan pada bahagian otak yang berlaku

semasa dalam kandungan.

Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga menjadi penyebab autisme

antaranya seperti penyakit rublella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis,

kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak.

Susunan adik-beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme iaitu

anak sulung dalam keluarga yang mempunyai dua anak, anak keempat atau

berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat atau lebih. Kanak-kanak dengan

adik beradik autistik mempunyai kebarangkalian lebih tinggi (dua hingga lima

peratus) mendapat masalah sama.

Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti menunjukkan bahawa

ketidakfungsian cereblum, limbic system dan kemungkinan juga temporal lobe dan

cortex terjadi kepada individu autisme.

Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga

persekitaran. Sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme,

ketidakfungsian pelalian akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang

boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu

dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. 

Punca lain seperti kehadiran virus turut menyebabkan autisme. Ibu mengandung

yang menghidap rubella mempunyai risiko mendapat anak autisme dalam tempoh

tiga bilan pertama kehamilan. Virus ‘Cytolomegalo’ juga dikaitkan dengan autisme

sehingga meningkatkan kebimbangan bahawa suntikan imunisasi boleh

menyebabkan autisme.

Karekteristik Kanak-kanak Autisme

Interaksi sosial

Komunikasi

8

Page 9: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Perilaku emosi

Pola bermain

Gangguan sensori halus dan kasar

Lewat perkembangan atau perkembangan yang tidak normal

Falsafah Pendidikan Khas pada tahun 1986 menegaskan tentang kepentingan setiap

kanak-kanak yang mempunyai perbezaan dalam diri antara individu. Perbezaan yang wujud

ini memerlukan pelbagai skop pendekatan yang berbeza dalam proses pengajaran dan

pembelajaran supaya kanak-kanak ini dapat berfungsi sedaya upaya mereka. Satu

kumpulan kanak-kanak yang berada dalam kumpulan ini ialah kanak-kanak autisme yang

mengalami masalah perkembangan. Kanak-kanak ini sering menunjukkan ciri-ciri

ketidaknormalan dalam komunikasi, tingkah laku, interaksi sosial dan tindak balas

ransangan. Autisme juga menyebabkan kanak-kanak menuju ke arah perkembangan yang

tidak menentu.

Autisme tiada penawar yang lengkap dan biasanya kanak-kanak autisme didapati amat

sukar untuk hidup berdikari semasa dewasa. Perbezaan adalah isu sosial dan tidak

dianggap gangguan lagi. Punca-punca keadaan ini kini sedang dikaji secara meluas dan

penyelidikan mendedahkan bahawa selain daripada genetik, saraf dan kognitif gejala,

keabnormalan kromosom juga dikaitkan. Faktor-faktor autisme termasuklah faktor genetik

yang diwarisi dan kehadiran teratogens dalam tempoh lapan minggu pertama kehamilan.

Pendedahan kepada faktor persekitaran semasa hamil seperti pengambilan makanan

tertentu, penyakit berjangkit, penyalahgunaan alkohol semasa mengandung, merokok dan

penyalahgunaan dadah semasa hamil menyebabkan perkara ini berlaku.

Kategori Autisme

Autistic Disorder

Selalunya berjaya dikesan sebelum berusia 3 tahun memandangkan terdapat

masalah dari segi interaksi sosial, komunikasi dan kemampuan bermain secara

imaginatif serta adanya perlakuan berulang pada minat dan aktiviti.

Asperger's Sydrome

9

Page 10: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Mempunyai masalah dalam perkembangan sosial dan minat serta aktiviti terbatas.

Umumnya individu autisme dalam kategori ini tidak menunjukkan sebarang

kelewatan dalam perkembangan pertuturan serta cerdik.

Retts Syndrome

Lebih kerap terjadi kepada anak perempuan. Individu terbabit juga pernah

mengalami perkembangan normal dan hilang kemampuan dan mempunyai ciri-ciri

autisma.

Chilhood Disintegrative Disorder

Menunjukkan perkembangan yang normal pada 2 tahun usianya dan kehilangan

kemampuan yang dicapai sebelim ini.

Pervasive Developmental Disordeer

Individu ini tidak menunjukkan kriteria seperti Asperger dan Retts Sydrom.

IV. Ciri-ciri Autisme

Komunikasi

Kanak-kanak autisme sering dilihat sebagai kanak-kanak yang mempunyai

masalah pendengaran kerana tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh

orang lain dan jarang menggunakan bahasa. Kanak-kanak autisme mempunyai

perkembangan bahasa yang lambat atau tiada langsung, Kanak-kanak autisme

susash diajak bercakap dan kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat

seketika sahaja. Perkataan atau jawapan yang dituturkan oleh mereka tidak

sesuai dengan pertanyaan dan mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.

Interaksi Sosial

Kanak-kanak autisme suka bersendirian menjauhkan diri duduk di suatu sudut.

Mereka tiada perhubungan mata dan sentiasa mengelak daripada memandang

orang lain. Kanak-kanak autisme tidak tertarik untuk bermain bersama kawan atau

susah untuk berkawan dan tidak mahu apabila diajak bermain.

10

Page 11: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Gangguan Deria

Kanak-kanak autisme sensitif pada sentuhan dan tidak suka dipegang atau

dipeluk. Mereka juga sensitif dengan bunyi yang kuat dan akan menutup telinga.

Kanak-kanak ini suka mencium dan menjilat permainan atau benda lain. Kurang

sensitif pada rasa sakit atau takut.

Pola Bermain

Tidak suka bermain seperti rakan-rakan lain sebayanya dan tidak suka bermain

bersama mereka. Mereka tidak bermain mengikut cara biasa dan suka memutar-

mutarkan atau melambung-lembung dan menyambut permainan atau apa sahaja

yang dipegangnya. Suka dengan objek yang berputar seperti kipas dan apabila

menyukai sesuatu benda akan terus dibawa kemana-mana sahaja.

Tingkah Laku

Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif. Melakukan perbuatan yang sama berulang

kali dan gemar menepuk-nepuk tangan. Kanak-kanak autisme dapat duduk lama

tanpat berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.

Emosi

Kanak-kanak autisme sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab,

mengamuk dan tidak terkawal jika tidak dituruti kemhuannya atau dilarang

melakukan sesuatu yang diinininya. Mereka akan merosakkan apa sahaja yang

ada di sekelilingnya jika emosinya terganggu. Ada kalanya mencederakan diri

sendiri dan tidak mempunyai rasa simpati serta tidak memahami perasaan orang

lain.

11

Page 12: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Kanak-kanak autisme digambarkan kanak-kanak yang berada dalam

dunianya sendiri

Tanda awal Autisme Kanak-kanak berusia 0-5 tahun

Bayi lahir-Usia 6 bulan

Bayi terlalu baik atau tenang dan mudah teransang menyebabkan bayi banyak

menangis terutama malam dan susah ditenangkan. Tidak senyum tidak memberi

respon apabila diagah dan tidak menunjukkan perhubungan kontak mata.

6 bulan-2 tahun

Tidak mahu dipeluk dan diangkat dan tidak berupaya menggunakan kata-kata.

Tidak tertarik pada permainan bayi dan suka menepuk tangan sendiri. Mereka

juga mungkin menolak makanan keras atau tidak mengunyah.

2-3 tahun

Mereka tidak tertarik dengan perhatian dan menganggap orang lain sebagai alat

atau benda. Menunjukkan kontak mata yang terbatas dan mungkin akan suka

mencium dan menjilat sesuatu benda.

12

Page 13: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

4-5 tahun

Menunjukkan nada suara yang aneh biasanya bernada tinggi merasa marah

apabila perubahan rutin pada kegiatan sehariannya dan tidak takut melukakan diri

sendiri.

Ciri-ciri perkembangan fizikal

Melihat kepada keadaan fizikalnya, kanak-kanak autisme tidak mempunyai kelainan

dengan kanak-kanak normal sebayanya. Mereka kelihatan normal dan sukar untuk melihat

bahawa mereka mengalami autisme dari pandangan luaran. Individu autisme disebut

sebagai 'neuri-development disorder' iaitu kecelaruan dalam pembentukan otak. Dalam otak

manusia terdapat beribu sel saraf yang mengawal kesedaran luar tubuh termasuklah emosi,

tingkah laku dan juga hubungan dengan fungsi organ dalaman.

Ketidaknormalan pada saiz saraf memberi kesan kepada deria yang berkaitan

dengan sistem lain di bahagian otak. Berdasarkan kajian bahagian otak individu autisme

terdapat kepadatan neuron di dalam saraf yang dinamakan amyglada dan hippocampus.

Ketidaknormalan ini mungkin terjadi sewaktu bayi di dalam kandungan ibu. Sistem saraf

amyglada berhubungkait dengan deria kulit dan otot, rasa, penglihatan, pendengaran, bau,

pertuturan dan pergerakan motor.

Ciri-ciri Perkembangan kognitif

Perkembangan kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi

pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-

masing. Ini melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategorikan, merangcang,

menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Perkembangan kognitif

memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak.

Perkembangan kognitif kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak normal adalah

berbeza. Mereka mempunyai daya kognitif yang lemah, terdapat juga sebahagian kecil yang

mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi dan juga bakat yang mengkagumkan. Mereka

mempunyai tumpuan yang singkat namun perkara ini tidak pula berlaku pada perkara yang

mereka sukai. Keadaan ini dikenali sebagai stimulus oversectively iaitu perkara atau

ransangan yang menjadi tumpuan secara berlebihan.

Kanak-kanak autisme berkeupayaan menerima input daripada deris tetapi mereka

tidak berupaya memilih malklumat yang penting. Oleh itu, maklumat awal ini dikekalkan

13

Page 14: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

dalam bentuk yang asal. Kanak-kanak istimewa tidak boleh mengekalkan maklumat dalam

jangka masa yang panjang dan juga tidak berupaya membuat penyesuaian terhadap

maklumat sebagaimana kebiasaan orang lain.

Selain itu, mereka juga tidak mampu menumpukan perhatian terhadap perkara-

perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali untuk

melihat perkara penting yang ada. Mereka juga tidak dapat melihat perkaitan antara dua

perkara menyebabkan mereka sukar membuat atau memahami jenaka, membuat analogi

dan seumpamanya. Namun terdapat juga individu autisme yang mempunyai kemahiran

tertentu yang tinggi melebihi ukuran umum seperti kecerdasan yang tinggi atau bakat yang

luar biasa contohnya dalam muzik, seni lukis dan matematik.

Ciri-ciri Perkembangan Sosial

Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan suatu proses perkembangan yang

membolehkan kanak-kanal berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh

diterima oleh masyarakat. Perkembangan sosial melibatkan proses yang membolehkan

kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam

sesuatu persekitaran.

Bagi kanak-kanak autisme mereka akan mengelak daripada sebarang bentuk

interaksi sosial dan kerap menjauhkan diri daripada sebarang interaksi dengan orang lain.

Mereka akan bersikap tidak acuh atau tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling tetapi

tidak pela menghindari pergaulan. Mereka hanya berinteraksi dengan orang lain apabila

memerlukan sesuatu. Kanak-kanak ini kekok untuk bersosial disebabkan mereka hanya

bercakap tentang diri sendiri dan tidak memahami perasaan orang lain.

Kanak-kanak autisme sukar untuk dibantu pehubungan sosial yang normal. Mereka

selalu mengalami kelewatan menguasai corak interaksi sosial. Ini dkerana kekurangan

interaksi dan perhubungan, tidak bermain atau bergaul dengan rakan sebaya. Bagi kanak-

kanak autisme pergaulan dengan rakan sebaya tidak ada kepentingan yang membolehkan

mereka membina perhubungan atau interaksi pada masa hadapan dan mereka jarang

memulakan interaksi sosial.

14

Page 15: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Ciri-ciri Perkembangan Bahasa

Kanak-kanak autisme boleh bertutur dan banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan

dan kurang mahir untuk membentuk frasa secara kreatif. Mereka mempunyai masalah dalam

gestur, penulisan dan bahasa isyarat yang formal. Permasalahan dalam bahasa juga

menyebabkan masalah sosial dan perkembangan kognitif. Namun demikian bahasa yang

digunakan oleh kanak-kanak autisme biasanya tidak sesuai dengan peringkat umur mereka

dan bergantung kepada latihan berbahasa sepanjang proses membesar yang diberi dimana

masalah bahasa adalah masalah kedua berbanding masalah intelek mereka. Oleh itu

masalah bahasa boleh menjadi lebih baik jika perkembangan lain berlaku.

Kanak-kanak autisme tidak menunjukkan kurang upaya tertentu dalam tahap

segmentl phonology dan sintaksis iaitu susunan kata dalam ayat. Pada kebiasaannya

pertuturan yang dikeluarkan boleh difahami seperti kanak-kanak lain walaupun tidak seperti

orang dewasa. Penyebutan yang tiada masalah sintaksis menunjukkan keseimbangan

struktur di mana keupayaan ini merupakan perbezaan. Linguistik utama yang membezakan

kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak kurang upaya bahasa yana lain seperti retardasi,

pekak dan lain-lain. Masalah bahasa autisme boleh dibahagikan kepada beberapa bahagia

di antaranya Ekolalia yan g merupakan ciri yang paling menonjol. Adalah kekerapan dimana

mereka mengulang tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik.

Latihan komunikasi untuk kanak-kanak tidak terhad kepada mereka yang mempunyai

bahasa pertuturan sahaja kerana kebanyakkan kanak-kanak autisme menunjukkan seperti

menghadapi mental retardasi dan ciri-ciri autisme yang unik dalam sosial dan komunikasi

pertuturan. Terdapat juga sistem auditori kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak

biasa sama ada perbezaan ini menyebabkan masalah komunikasi secara lisan atau tidak

diketahui tetapi ini memberi rasional untuk mengejar bahasa melalui visual atau stimulasi

sentuhan kinastatik.

Pendekatan lain yang digunakan ialah penggunaan latihan isyarat dan pertuturan

dapat memberi kemahiran komunikasi yang efektif pada peringkat awal pembelajaran

bahasa namun kajian belum dapat menjelaskannya. Terdapat kajian menyatakan bahawa

kanak-kanak autisme lemah dalam meniru secara verbal dan dapar mengeluarkan dengan

bantuan ransangan secara visual. Walaupun latihan menggunakan isyarat mungkin

berkesan tetapi tidak kepada semua kanak-kanak autisme.

15

Page 16: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Ciri-ciri Perkembangan Emosi

Untuk memudahkan pemahaman tentang kelakuan kanak-kanak autisme, penentuan

umur sosial perlu diambil kira dan memilih cara terbaik untuk menjalankan pemulihan.

Namun proses menentukan umur sosial emosi seseorang sukar kerana perlu mengambil kira

bagaimana seseorang memberi respon.

Menjadi persoalan adakah kanak-kanak autisme dapat memahami perasaan yang

ditunjukkan melalui muka dan suara sesorang. Satu kajian dijalankan di mana kanak-kanak

perlu menyesuaikan bentuk wajah dengan suara berlainan emosi. Ini menunjukkan bahawa

kanak-kanak autisme mengalami kesukaran dalam mengenali emosi yang mana aspek ini

tidak dipengaruhi oleh kebolehan intelektual mereka. Kanak-kanak ini gagal untuk membuat

hubungan antara emosi yang sama dalam cara yang berlainan. Mungkin mereka tidak

mengetahui perasaan tertentu boleh didefinasikan dalam cara yang tidak disalahfahamkan.

Perasaan yang ada dan cara yang dinyatakan melalui suara dan wajah boleh

menyebabkannya kekal sebagai sebuah buku yang tertutup. Jika diinterpretasikan dengan

cara ini kekurangan dalam emosi tidak dapat dikurangkan tetapi boleh dilihat sebagai

sebahagian daripada kekurangan kognitif.

Keletah kanak-kanak autisme ketawa menjadi bukti bahawa kanak-kanak autisme

menunjukkan perasaan mereka wujud dalam keadaan sosial yang betul. Sekurang-

kurangnya dalam bidang emosi kanak-kanak autisme dapat menunjukkan respon yang

normal seperti ketika bermain, digelerek atau pergerakan mengikut muzik.

V. Langkah Pencegahan

Sebelum Hamil

Seorang bakal ibu haruslah merancang kehamilannya sebelum dia hamil bagi

memastikan bayi yang akan dikandung sihat , tidak bermasalah serta tidak berlakunya

kecacatan. Penjagaan kesihatan, pengambilan makanan seimbang sebelum kehamilan serta

memastikan kesediaan tubuh badan bersedia untuk hamil (diri benar-benar sihat) penting

untuk menjamin kesihatan dan mengelakkan bayi yang bakal dikandung.

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan para saintis menyatakan bahawa

bibit bebarapa kes autisme berlaku sebelum seorang ibu hamil lagi atau sebelum vaksin

seperti rubella diberikan kepada para ibu. Hal ini berlaku kepada kes-kes bawaan genetik

autisme. Pakar embrio Amerika Syarikat, Patricia Rodier berpendapat bahawa hubungan

antara autisme dengan kecacatan sewaktu lahir disebabkan oleh faktor thalidomide. Ia

16

Page 17: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

bermaksud berlakunya kerosakan otak pada janin dapat dikesan seawal usia 20 hari semasa

pembentukan janin. Minshew dalam kajiannya berpendapat bahagian yang mengendali

pusat memori dan emosi dalam otaklebih kecil berbanding dengan kanak-kanak normal.

Semasa Hamil

Bagi mencegah gangguan perkembangan sejak kehamilan, hendaklah dilihat dan

diteliti penyebab dan faktor risiko terjadinya gangguan perkembangan sejak dalam

kehamilan. Ibu yang hamil hendaklah membuat pemeriksaan dan konsultasi ke doktor pakar

pada masa kandungan awal. Melakukan pemeriksaan secara rutin dan selalu mengikuti

nasihat dan petunjuk doktor dengan baik. Jika berlaku pendarahan sewaktu kehamilan

hendaklah segera berjumpa doktor kerana ini mengakibatkan gangguan pemberian oksigen

dan nutrisi ke bayi yang akan menyebabkan gangguan otak pada janin.

Pendarahan pada awal kehamilan juga berhubungan dengan kelahiran prematur dan

bayi lahir dengan berat yang rendah. Prematur dan bayi yang kurang berat juga merupakan

risiko tinggi terjadinya autism.

Ibu yang mengandung juga hendaklah berhati-hati dalam mengambil ubat kerana

mungkin akan mengganggu pembentukan sistem susunan saraf pusat mengakibatkan

autism dan gangguan perkembangan lain.

Semasa Bersalin

Waktu bersalin adalah waktu yang menentukan kehidupan bayi yang selanjutnya.

Beberapa komplikasi yang timbul sewaktu saat ini menentukan kondisi bayi yang akan

dilahirkan. Apabila terjadi gangguan dalam waktu bersalin maka yang paling berbahaya

adalah aliran darah dan oksigen ke seluruh tubuh bayi termasuklah otak. Otak merupakan

organ yang paling sensitif terhadap gangguan ini dan jika terganggu akan mempengaruhi

kualiti hidup bayi dalam perkembangan dan perilakunya nanti. Ibu yang hamil hendaklah

mendapatkan informasi secara jelas dan lengkap terhadap risiko yang mungkin terjadi

sewatu persalinan.

Sewaktu usia bayi beberapa faktor risiko haruslah berwaspada dan melakukan

langkah-langkah pencegahan. Terapi dan intervensi perlu dilakukan apabila gejala atau

gangguan perkembangan sudah dapat dilihat pada bayi..

Kadar Kejadian

17

Page 18: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Autisme biasanya terjadi oleh kanak-kanak dari segala pelusuk dunia tidak kira

bangsa, agama dan taraf sosioekonomi sesebuah negara mahupun keluarga. Menurut

bilangan yang menghadapo autisme tulin adalah 4 hingga 5 dari 10,000 orang dan 10 hingga

15 dalam 10,000 orang. Ini berdasarkan tinjauan yang dijalankan di United States dan

England. Lebih ramai kanak-kanak lelaki yang mengalaminya berbanding kanak-kanak

perempuan dengan nisbah 4:1. Walaupun kanak-kanak perempuan nisbahnya kecil didapati

mereka mengalami masalah yang serius pada setiap bidang yang diuji berbanding kanak-

kanak lelaki. Dengan IQ 40, kanak-kanak perempuan lemah dalam kemahiran urus diri, teruk

dalam bahasa dan ujian persepsi.

Kesimpulan

Individu autisme secara fizikalnya tidak ada perbezaan dengan kanak-kanak yang

normal. Namun begitu apabila pemerhatian dibuat kepada mereka menampakkan kelainan

dari segi sikap, pemikiran, tingkah laku dan pertuturan. Pelbagai perkara dikaji bagi mencari

punca kejadian autisme tetapi masih tiada jawapan muktamad sehinggalah hari ini.

Maka, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pihak terutamanya guru-guru

dalam mengenal pasti setiap ciri-ciri kanak-kanak autisme ini supaya dapat berhadapan

dengan mereka dengan bijak dan menggunakan segala kemahiran yang ada dalam

membentuk mereka menjadikan seperti kanak-kanak yang lain. Kesabaran dan ketabahan

diperlukan dalam menguruskan kanak-kanak autisme ini kerana tanpa kesabaran dan

ketabahan yang tinggi menyebabkan kanak-kanak ini akan terus cacat seumur hidup

mereka.

Teknik pengajaran yang betul dan sesuai dengan kanak-kanak autisme akan

membolehkan kanak-kanak istemewa ini memperoleh ilmu pengetahuan tanpa halangan

dengan sempurna. Ada diantara mereka yang lulus daripada kolej , menerima ijazah dan

ada juga mereka yang berkahwin. Pada alam pekerjaan mereka boleh diterima sebagai

pekerja yang berhati-hati dan boleh dipercayai. Namun demikian mereka sukar mendapat

pekerjaan. Langkah-langkah pencegahan dan rawatan perlu diambil bagi mengelakkan risiko

berlakunya masalah perkembangan anak ini dan justeru itu hendaklah kita selalu

mendekatkan diri kepada Allah kerana setiap kejadian berlaku dengan ketentuannya.

18

Page 19: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

TUGASAN 2

Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada; (a) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

(KKBP) yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan

Lewat, Autisme, Hiperaktif, Palsi Cerebral, Epilepsi, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan,

(b) Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dan (c) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran.

Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan anda pilih DUA (2) kategori kanak-kanak

berkeperluan khas dan huraikan aspek-aspek berikut:

(a) Jenis keperluan khas (kecacatan) utama kes yang diperhatikan

(b) Masalah-masalah sampingan.

(c) Pakar-pakar yang perlu dilibatkan

(d) Pelan tindakan bagaimana anda akan membantu mendidik kanak-kanak

berkeperluan berkenaan.

PILIHAN

1. SINDROM DOWN

2. AUTISME

19

Page 20: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

SINDROM DOWN

Pengenalan

Masalah Sindrom Down mula dikesan sejak tahun 1860 oleh Dr. Langdon Down dari

England. Namun begitu masalah ini telah didiagnosis secara saintifik dengan pemeriksaan

kromosom pada awal tahun 1960-an. Mulanya ia dikenali sebagai Mongoloid atau

mongolism kerana semua pesakit mempunyai wajah yang serupa dengan bangsa monggol

dengan mata yang sepet dan bujur ke atas. Atas tuntutan supaya nama penyakit ini ditukar

oleh kerajaan Mongolia dan atas kefahaman bahawa pesakit ini terdapat di merata dunia

maka nama itu telah ditukar kepada Sindrom Down.

Punca- Punca Kejadian

Beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para saintis. Pada tahun 1866, seorang

ahli fizik, John Langdon Haydon Down (1828-1896) menjadi individu pertama dalam dunia

yang telah mengkaji mengenai Sindrom Down. Seterusnya pada tahun 1959 Jerome

Lejeune, seorang ahli fizik dari Perancis telah mendedahkan kajian beliau mengenai

terdapatnya penambahan kromosom pada kromosom yang ke-21. Ia menjelaskan bagi

orang normal, bilangan kromosom 21 adalah 2 tetapi bagi penghidap Sindrom Down

mempunyai 3 kromosom. Pada tahun 1990, kromosom 21 adalah kromosom yang pertama

dirajahkan secara penuh.Menururt kajian klinikal, ibu-ibu hamil yang berumur 35 tahun dan

ke atas berisiko lebih tinggi melahirkan anak Sindrom Down. 95% kelahiran Sindrom Down

disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh “kon-

dysjustion” kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 yang mana semasa proses

pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna.

Manakala 5% dari kalangan kanak-kanak Sindrom Down adalah disebabkan oleh

mekanisma yang dinamakan “translocation”. Keadaan ini biasanya berlaku ketika

pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan

kromosomnya pula normal iaitu 23 pasang atau berjumlah 46 kromosom.Keadaan ini

biasanya berlaku pada ibu-ibu hamil diperingkat umur yang lebih muda. Sebilangan kecil

Sindrom Down pula disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan “mosaic”.

20

Page 21: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

MASALAH – MASALAH SAMPINGAN

Perkembangan Kognitif

Kanak-kanak sindrom down mempunyai masalah ingatan, perhatian dan kefahaman

yang lemah dan gagal bertindak dengan cepat. Kanak-kanak ini juga lambat bercakap.

Lemah daya penaakulannya serta tumpuan dalam rutin kehidupan. Keupayaan mental

mereka adalah berselisihan yang mana IQ mereka berada ditahap 50-70 tetapi boleh

mencapai 90 sekiranya diberi latihan yang baik dan bersistematik.

Perkembangan Fizikal

Kebanyakan kanak-kanak sindrom down mempunyai masalah perkembangan motor

kasar yang mana ianya lambat berkembang berbanding kanak-kanak normal. Ia berpunca

daripada masalah otot-otot yang lembik. Namun begitu dengan latihan dan terapi yang

diberikan akan membuatkan mereka akan berjaya juga melakukan hampir semua

pergerakan kasar. Kebanyakan kanak-kanak ini juga mempunyai masalah kurang

pendengaran, pertuturan kurang jelas dan lambat bertutur atau bermasalah pertuturan serta

mengidap penyakit jantung berlubang.

Mereka juga mudah mendapat radang tenggorok, selsema, radang paru-paru dan posisi

tubuh di bawah tahap sederhana. Disamping masalah kesihatan ini, mereka juga lemah

dalam koordinasi motor iaitu mata, tangan dan koordinasi seluruh tubuh tidak memuaskan

dimana ianya masih kaku serta perkembangan sensori-motor mereka adalah lambat dan

abnormal.

Perkembangan Emosi Dan Tingkah Laku

Dari segi perkembangan emosi dan tingkah laku mereka, kebiasaannya mereka

berkelakuan tidak menentu seperti agresif, pasif dan memerlukan perhatian yang lebih

daripada keluarga. Tekanan emosi mereka adalah jelas terhadap sesuatu aktiviti kompleks

terutama perasaan mereka adalah sama dengan orang normal tetapi tindak balas tidak

sama . Mereka mudah menjadi tidak sabar kerana tempoh perhatian terhadap diri mereka

sangat singkat . Ketidakstabilan emosi berlaku jika harapan mereka terlalu tinggi, seterusnya

bertindakbalas dengan perasaan takut atau marah. Walau bagaimanapun, uniknya mereka

juga bersifat pengasih dan mudah mesra dengan orang lain.

21

Page 22: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Perkembangan Bahasa

Selain daripada mempunyai masalah menguasai bahasa, penggunaan bahasa

mereka adalah terhad kerana mereka tidak boleh menyebut perkataan dengan betul atau

pelat. Masalah pertuturan yang kronik berbanding kanak-kanak normal menyebabkan

mereka menghadapi masalah kurang pendengaran, pertuturan tidak jelas dan lambat

bertutur.

Masalah Jantung.

Kebanyakan kanak-kanak sindrom down dilahirkan berserta dengan masalah

jantung. Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti

Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang di antara bilik jantung kiri dan kanan

atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang di antara atria kiri dan kanan.

Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus

Ateriosis /PDA). Bagi kanak-kanak Sindrom Down yang lain kadang-kadang mengalami

masalah jantung berlubang jenis kebiruan (Cynotic Spell) dan sukar bernafas.

Masalah Usus.

Masalah usus biasanya dikesan semasa diawal kelahiran seperti :

a. Salur esofagus yang terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali dibahagian

tertentu esofagus. Biasanya dapat dikesan semasa berumur 1-2 hari selepas kelahiran yang

mana bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau dapat dikesan oleh doktor atau

jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air perut semasa

baru lahir.

b. Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka. Penyempitan ini dinamakan “Hirshprung

Disease”. Keadaan ini disebabkan oleh sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum.

Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran.

Tanda-tanda awalnya ialah perut membuncit dan susah untuk buang air besar.

Masalah-Masalah Lain.

1. 10% daripada kanak-kanak Sindron Down mungkin mengalami masalah

Hipotiroidism iaitu kurang hormon tiroid..

2. 10% lagi kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang

kecil ( rawan ) di bahagian leheryang akan menyebabkan berlakunya penyakit

lumpuh (atlantoaxial instability).

22

Page 23: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

3. Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko kanser sel darah putih atau leukemia.

Pakar – Pakar Yang Perlu Dilibatkan

Kebanyakan kes sindrom down sukar dikesan pada peringkat awal kehamilan kerana

pembentukan janin belum sempurna. Semua wanita hamil yang mempunyai risiko mendapat

bayi sindrom down perlu mendapatkan nasihat pakar sebagai salah satu usaha

mengelakkan risiko mendapat bayi sindrom down. Apabila anak sindrom down ini dilahirkan

pengesanan awal terhadap kebarangkalian kanak-kanak ini menghadapi masalah kesihatan

yang lain turut dijalankan oleh pakar-pakar perubatan yang tertentu bagi memastikan

tindakan awal yang berkesan dapat diambil supaya ia dapat membantu keadaan kanak-

kanak inidaripada pelbagai aspek kehidupan.

1. Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan

Menurut Pakar Perbidanan, mengandung pada usia 35 tahun ke atas adalah berisiko

tinggi kerana selain daripada ibu menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti darah

tinggi atau kencing manis, mengandung dalam usia ini juga boleh meningkatkan risiko

mendapat bayi sindrom down. Senario ini semakin kerap berlaku kepada wanita

berpendidikan tinggi dan berkerjaya kerana mereka lewat mendirikan rumahtangga dan

sikap mementingkan kerjaya. Disebabkan mereka ini berkahwin lewat, tahap kesuburan

wanita ini juga semakin menurun mengikut bertambahnya usia. Mengandung pada usia yang

lewat akan meningkatkan risiko pelbagai masalah kepada ibu dan bayi dalam kandungan

termasuklah risiko mendapat bayi sindrom down. Dalam keadaan begini, perlunya informasi

yang tepat diterima untuk dijadikan panduan sebelum memulakan keluarga.

Rujukan kepada pakar perubatan sangat perlu terutama jika seseorang ibu itu pernah

mengalami keguguran atau pernah melahirkan anak yang cacat. Ia penting bagi mengetahui

punca-punca yang menyebabkan kelahiran anak cacat atau Sindrom Down. Melalui

pemeriksaan ini juga, kita dapat mengetahui penyebab dan punca, seterusnya ibu tersebut

boleh mengambil langkah pencegahan yang segera.

Jika kehamilan sudah terjadi, pencegahan untuk merawatnya tidak mungkin lagi dapat

dijalankan walaupun dengan melakukan pemeriksaan darah atau kromosom dari cairan

ketuban serta ari-ari seseorang ibu mengandung seperti yang telah dinyatakan.

23

Page 24: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

2. Pakar Imbasan

Perkembangan teknologi dalam bidang perubatan banyak memberi faedah kepada dunia

perubatan dan masalah kesihatan. Melalui ujian imbasan yang canggih, gejala sindrom down

dapat dikesan pada peringkat yang lebih awal. Kaedah ujian ini adalah satu langkah

pencegahan yang boleh dilakukan [ada peringkat awal kehamilan seawal tiga bulan pertama

kehamilan. Kajian mendapati ujian imbasan tidak memberi kesan negatif kepada kandungan

serta tidak menyakitkan ibu. Kaedah ini juga tidak melibatkan pengambilan cecair dari dalam

rahim ibu. Namun begitu, wanita yang berusia 37 tahun dan ke atas berkemungkinan

mendapat anak atau bayi Sindrom Down adalah kira-kira satu dalam setiap 138 kehamilan di

dunia. Oleh itu, prosedur terbaru yang dikenali sebagai Ujian Imbasan Kehamilan Tiga Bulan

Pertama, atau FTPS dapat memberikan penilaian yang lebih tepat mengenai kemungkinan

Sindrom Down. Ujian ini boleh dijalankan oleh para ibu yang mengandung dari minggu 11

hingga minggu 14 kehamilan.

3. Pakar ENT

Pemeriksaan oleh pakar telinga, hidung dan tekak dijalankan bagi memastikan kanak

kanak sindrom down ini mengalami masalah pendengaran atau tidak. Ini kerana dalam

kebanyakan kes kelahiran sindrom down, mereka ini dilahirkan mempunyai masalah

pendengaran selain daripada masalah kesihatan lainnya. Ujian bunyi akan dijalankan

kepada kanak-kanak ini beberapa minggu selepas dilahirkan untuk memastikan tahap

pendengaran kanak-kanak ini sama ada normal atau sebaliknya.

4. Pakar Patologi Pertuturan

Kanak-kanak sindrom down mempunyai masalah pertuturan. Selain daripada masalah

sukar menguasai bahasa, masalah ini akan menghadkan komunikasi kanak-kanak ini

dengan mereka disekelilingnya. Kanak-kanak ini bukan sekadar lambat bercakap tetapi juga

sangat sukar bertutur. Oleh itu, dengan adanya pakar patologi pertuturan dapat membantu

kanak-kanak ini bertutur melalui terapi pertuturan yang dijalankan.

5. Pakar Mata

Kanak-kanak sindrom down juga seringkali berhadapan dengan masalah penglihatan.

Oleh itu satu bentuk ujian cahaya untuk memastikan sama ada kanak-kanak yan dilahirkan

dengan Sindrom Down ini mempunyai masalah penglihatan atau tidak perlu dijalankan

seawal yang boleh selepas kelahiran kanak-kanak ini.

24

Page 25: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

6. Pakar fisioterapi

Disebabkan kanak-kanak sindrom down ini mengalami masalah fizikal otot-otot yang

lemah, pakar fisioterapi diperlukan agar dapat membantu kanak-kanak ini menjalani terapi

fisioterapi yang berkesan supaya kanak-kanak ini dapat berjalan atau menggerakkan

anggota badannya yang lemah sepertimana kanak-kanak normal.

7. Peranan Guru – guru

Peranan seorang guru amatlah besar kerana selain daripada melahirkan modal insan yang

berpengetahuan, guru juga memainkan peranan dalam mendidik sahsiah dan rohani murid

dengan menerapkannya dalam setiap sesi pengajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia

telah melatih guru-guru yang mempunyai kepakaran dalam mendidik dan mengajar pelbagai

kategori murid daripada kanak-kanak normal hingga kepada nakank-kanak bermasalah

seperti sindrom down, buta dan autisme. Guru-guru ini mendapat tauliah khas daripada

Kementerian Pelajaran Malaysia. Kepakaran mereka dapat digunakan secara langsung

kerana kebanyakan kanak-kanak Sindrom Down lambat bertutur. Mereka perlu dibantu dan

antara aktiviti yang boleh membantu mereka ialah :-

i. Permainan Bahasa. Semua kanak-kanak gemar bermain. Oleh itu aktiviti

bermain dapat menarik perhatian mereka. Dalam permainan ini, perkataan

yang ingin diajar perlu ringkas dan diselitkan dengan gambar yang

berwarna-warni.

ii. Sebelum memulakan aktiviti dengan kanak-kanak ini, cuba dapatkan

perhatian terlebih dahulu daripada mereka supaya interaksi dengan

kanak-kanak tersebut berjalan lancar.

iii. Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak- balas mereka dan beri

peluang mereka menjawab setiap persoalan.

iv. Gnakan ayat pendek dan bahasa yang mudah difahami semasa

berkomunikasi.

v. Untuk membuatkan mereka lebih tertarik dengan komunikasi kita, sambil

bertutur lakukan aksi atau lakonan yang boleh menghiburkan mereka.

vi. Dalam mengajar mereka latihan yang berterusan perlu diterapkan agar

mereka lebih mahir dan tidak mudah lupa.

25

Page 26: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

vii. Pilih masa yang sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif

untuk menjalankan sesi pengajaran supaya kanak-kanak ini dapat

menerima pengajaran yang hendak disampaikan.

viii. Dalam melaksanakan sesi pengajaran, pastikan tertumpu pada satu-satu

perkara sahaja. Kanak-kanak ini perlu diberi masa, peluang dan latihan

sebelum beralih kepada latihan baru.

ix. Setiap masa yang terluang perlu diisi dengan berinteraksi dengan mereka

supaya wujudnya kemesraan dengan kanak-kanak ini.

x. Setiap percakapan mereka perlu diberi tindak balas untuk merangsang

kanak-kanak ini untuk belajar bertutur.

PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK SINDROM DOWN

Pelan Tindakan adalah satu matlamat yang ingin dicapai sama ada dalam jangka

masa pendek atau panjang. Ianya bagi memastikan kesinambungan hidup kanak-kanak

bekeperluan khas supaya potensi kanak-kanak ini dapat diperkembangkan secara optimum

supayaa kanak-kanak ini boleh berdikari dan mengurus diri sendiri. Bagi memastikan

matlamat itu tercapai, guru seharusnya merangka satu bentuk pelan tindakan yang sesuai

dengan keperluan hidup kanak-kanak down sindrom ini. Ini juga bagi memastikan kanak-

kanak ini tidak mengalami keciciran dalam bidang pendidikan dan mendapat hak serta

peluang yang sama dalam pendidikan .

Menurut K.A Razhiyah (2005) , hanya guru istimewa dapa mengajar murid istimewa.

Menjadi guru yang kreatif dalam Pendidikan Khas memerlukan kita mencuba perkara yang

mencabar dan melakukan sesuatu yang istimewa. ‘Hanya guru istimewa dapat mengajar

murid yang istimewa’ ( K.A Razhiyah, 2005 ). Apabila seorang guru berada di dalam dunia

Pendidikan Khas, setiap hari adalah hari yang baru, kerana ada sahaja cabaran dan

pengalaman baru yang akan dilalui guru. Cabarab terbesar guru pendidikan khas adalah

menangani emosi murid yang sentiasa berubah-ubah. Hubungan antara guru pendidikan

khas dengan muridnya adalah sangat rapat. Guru mestilah menunjukkan perasaan gembira

dengan pengajaran dan aktiviti yang dilakukannya untuk mengubah mood kanak-kanak

supaya bergembira bersama guru. Menjadi guru yang kreatif dan ceria dalam pengajaran

murid pendidikan khas amat penting bagi mewujudkan suasana kelas, pengajaran dan

pembelajaran yang menyeronokkan.

26

Page 27: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Seorang guru harus percaya bahawa semua kanak-kanak itu kreatif dan berbakat

serta mempunyai potensi dalam setiap perkaran yang berbeza. Potensi ini perlu

dikembangkan ke tahap optimum supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas Apa yang

penting sekali adalah guru perlu peka pada perkembangan dan perubahan bagi mencapai

matlamat

Torrance (1970 ) pengajaran secara kreatif melibatkan usaha-usaha menampung

beberapa keperluan manusia seperti ingin tahu, keperluan bagi menghadapi cabaran dan

menangani tugas-tugas sukar, keperluan bagi memberi sepenuh tumpuan dalam sesuatu

tugasan dan keperluan bagi menjadi individu yang tersendiri. Oleh itu bagi melayani

keperluan-keperluan kreatif seseorang murid-murid, guru perlulah mengenal pasti dan

mengakui potensi anak murid mereka. Antara pelan tindakan yang perlu dilakukan dalam

pendidikan khas ialah dengan :

Pendidikan menyeluruh dan bersepadu.

Pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu bermaksud satu proses pendidikan

yang menggabungkan pelbagai kemahiran, elemen dan nilai murni sama ada aktiviti

pendidikan dalam bilik darjah atau luar bilik darjah dengan menngunakan pelbagai strategi,

dan teknik. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan yang berbeza-beza antara setiap individu

dari segi perkembangan, minat, kebolehan serta latar belakang murid yang berbeza.

Pendekatan ini membantu murid memahami hakikat kehidupan yang sebenar iaitu sesuatu

pembelajaran adalah saling berkaitan antara satu sama lain dan tidak terpisah. Ia juga

memberi peluang kepada murid meneroka sesuatu topik dengan cara yang lebih mendalam.

Murid juga diberi lebih banyak pilihan dan motivasi. Selain daripada itu ia juga dapat

meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti murid serta kemahiran berbahasa dan

komunikasi.

Model Konseptual Kurikulum Pendidikan Khas

Peraturan-peraturan Pendidikan Khas 1997 menyatakan “Dalam melaksanakan

kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubah- suai kaedah atau teknik pengajaran

atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu

mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas.” Ini bermakna guru perlu

merancang strategi yang berkesan untuk disesuaikan dengan murid berkeperluan khas

tanpa mengubah kurikulum yang dikehendaki dalam pengajaran pendidikan khas. Di

Malaysia, murid pendidikan khas terikat kepada kurikulum khas yang digubal untuk murid

pendidikan khas. Kurikulum ini digubal untuk memenuh keperluan murid pendidikan khas

27

Page 28: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

agar murid ini pada akhirnya dapat mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Khas yang mahu

melahirkan insan yang berdikari serta mampu menguruskan diri sendiri.

“Pengajaran yang bercorak individu direka untuk untuk memenuhi keperluan pendidikan

yang berkaitan dengan murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-

peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baru atau biasa atau

perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa.” (Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional

Children”, 1993)

Kurikulum Kebangsaan sedia ada tidak dapat memenuhi keperluan murid-murid

pendidikan khas kerana ketidaksesuaian dengan tahap murid pendidikan khas. Ini kerana

tahap pencapaian murid pendidikan khas adalah rendah dan peningkatan serta

perkembangan pembelajaran mereka adalah lambat dan perlahan. Mereka tidak mampu

untuk mengikuti kurikulumkebangsaan sedia ada kerana objektif yang terlalu tinggi dan

kemahiran yang sukar dicapai dengan tahap keupayaan mental mereka. Oleh kerana itu

kurikulum yang sesuai dibina menggunakan pendekatan proses pengajaran dan

pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik, berfokus serta bersesuaian dengan keupayaan

murid pendidikan khas.

Kurikulum Pendidikan Khas ini digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan murid

berkeperluan khas. Kepelbagaian tahap kumpulan murid mengikut keupayaan yang ringan,

sederhana dan teruk serta tahap kefungsian yang tinggi dan rendah memerlukan rekabentuk

model yang dibina bersifat fleksibel bagi membolehkan guru mengembangkan bakat dan

potensi sedia ada murid. Kurikulum Pendidikan Khas yang digubal berdasarkan kepada tiga

prinsip utama :

Pembelajaran Yang Menggembirakan Dan Bermakna

Konsep pengajaran yang menggembirakan dan bermakna ini menekankan kepad

suasana pembelajaran yang kondusif supaya murid dapat menguasai kemahiran dan

pengetahuan yang akan digunakan untuk keperluan diri dan kehidupan bermasyarakat. Ini

dapat meransang minat murid untuk belajar dengan perasaan ingin tahu dan seronok.

Belajar sambil bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi

memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal, menyeronokkan,

bebas dan selamat. Murid boleh bermain dan berinteraksi secara bersendirian, orang lain

dan bahan. Pelbagai jenis permainan yang boleh dijadikan aktiviti pengajaran dan

pembelajarn seperti Main Sosial, Main Kognitif dan Main Sosiodrama.

28

Page 29: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Fitrah semulajadi kanak-kanak gemar bermain. Oleh itu pendekatan sebegini

dijalankan dengan harapan murid boleh melalui proses pembelajaran itu melalui altiviti yang

menyeronokkan seperti meneroka, membuat inkuiri penemuan, menyelesaikan masalah dan

memperolehi pengalaman tanpa disedari. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk melahirkan

perasaan dan pemikiran serta mengembangkan kemahiran berbahasa, kemahiran sosial dan

kefahaman budaya. Aktiviti bermain juga membantu perkembangan murid secara

menyeluruh serta dapat memenuhi keperluan kognitif, efektif dan psikomotor dan secara

tidak langsung mereka dapat memahami dunia persekitaran mereka sendiri.

Pendidikan Sepanjang Hayat

Matlamat pendidikan sepanjang hayat ialah menyuburkan potensi murid dalam

semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas, memupuk sikap dan tingkah laku

positif serta menyesuaikan diri dengan kehidupan seharian kanak-kanak. Perancangan

aktiviti adalah penting supaya perlaksanaannya selaras dengan perkembangan murid

supaya setiap murid mendapat peluang yang sama dalam pengalaman dan

pembelajarannya. Ini penting supaya perancangan adalah mengikut keperluan murid untuk

digunakan dalam kehidupan seharian mereka

Komponen Pengurusan Diri merupakan satu contoh komponen yang penting untuk melatih

berdikari dan berkemahiran dalam kehidupan seharian. Komponen ini menekankan aspek

keperluan diri murid untuk menguruskan diri sendiri seperti amalan makan dan minum,

kebersihan dan kekemasan diri dan lain-lain aspek pengurusan diri. Kesemua aspek

tersebut diajar untuk murid mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Perancangan Pengajaran

Guru melaksanakan proses pengajaran dengan baik dan berkesan supaya

pembelajaran berlangsung dengan jayanya. Ini memerlukan seorang guru membuat

perancangan dengan rapi dan tersusun. Rancangan tahunan, semester dan mingguan harus

dirangkan lebih awal manakala rancangan harian pula haruslah diberikan penekanan yang

terperinci berdasarkan format rancangan pengajaran harian. Aktiviti yang berlandaskan

pembelajaran koperatif juga didedahkan untuk memberi panduan kepada guru merancang

aktiviti pembelajaran yang seronok (fun in learning). Dengan itu akan dapatlah menarik

tumpuan murid dalam pembelajaran secara optimum.

29

Page 30: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

AUTISME

Pengenalan

Autisme berasal daripada perkataan Yunani iaitu ’autos’ bermakna diri atau

seseorang yang merujuk kerpada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami

perkara-perkara disekelilingnya selain daripada dirinya sendiri. Autisme juga bermaksud

keadaan tertentu yang menyebabkan kanak-kanak menuju ke arah perkembangan yang

tidak menentu. Perkataan autisme merupakan gabungan 2 huruf Greek iaitu ‘aut’ yang

bermakna diri dan ‘ism’ yang membawa maksud orientasi atau keadaan. Oleh itu autisme

boleh didefinasikan sebagai keadaan seseorang yang tidak biasa dengan dirinya.

Autisme boleh didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya

sendiri atau sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara

normal dengan persekitaran. Autisme merupakan satu kekurangan seumur hidup dan

menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan pertama seorang bayi. Komunikasi antara

mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung.

Mereka mempunyai masalah tingkah laku tetapi mempunyai kelebihan intelek yang luas dan

menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik, kemahiran mekanikal, seni dan lain-lain.

Gejala ini mula nampak sejak lahir atau semasa masih kecil dan gejala yang lebih spesifik

kanak-kanak autisme nampak normal pada tahun pertama dan kedua dalam kehidupannya.

Autisme merupakan satu kecelaruan yang bercirikan pengasingan diri, tingkah laku,

mencederakan diri, masalah kognitif, masalah bahasa dan kelihatan berumur 30 bulan

(Hallahan dan Kauffman, 1997). Kesimpulan yang boleh dibuat daripada definisi diatas ialah

autisme boleh dikatakan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan

bukannya akibat masalah perkembangan emosi. Autisme juga merupakan satu fenomena

yang serius dan tetap wujud pada mereka . Autisme boleh wujud sehingga akhir hayat

walaupun perubahan tingkahlaku yang positif boleh berlaku.

Eugen Blueler pada tahun 1919 yang merujuk autisme kepada kurang atau tidak ada

perhubungan dengan orang lain dan dunia luar. Walaubagaimanapun kini istilah autisme

merujuk kepada ‘developmental disorder’ atau masalah perkembangan .Dr. Leo Kanner

seorang ahli psikologi telah menghurai buat pertama kalinya autisme sebagai satu sindrom

kumpulan tingkah laku yang unik pada tahun 1943. Beliau melihat autisme sebagai masalah

gangguan efektif,persepsi, linguistik, kognitifdan komunikasi (Corbett,1998). Walaupun

sebelum penulisan Kanner, terdapat kanak-kanak autistik namun mereka dianggap sebagai

mempunyai masalah kekurangan daripada segi mental dan tidak dikenali sebagai satu

kumpulan sendiri. Namun mengikut Blueler, pemikiran orang autisme adalah normal apabila

30

Page 31: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

manusia berimaginasi dan kreatif namun apabila hilang keseimbangan antara autisme dan

reality maka tingkah laku yang menunjukan ciri-ciri autisme timbul (Frath,1993).

Tahun berikutnya seorang psikastri Jerman, Aspenger dalam satu kertas kerjanya

menyatakan mengenai jenis kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.

Dalam tesis kedoktorannya yang telah diterbitkan pada tahun 1944, Aspenger telah

membincangkan mengenai empat kanak-kanak yang luar biasa daripada masalah sosial,

tiada pemahaman interpersonal, menunjukkan pelbagai bentuk perkembangan kognitif,

linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan. Aspenger menyatakan bahawa

kanak-kanak ini tidak memandang mata, tiada ekspresi,melakukan pergerakkan tubuh yang

sama berulang kali, tidak bersemangat untuk belajar dan terdapat bidang-bidang tertentu

yang diminati serta membuat perkataan sendiri (Myles dan Simpson 1998).

VI. Ciri-ciri Autisme

Komunikasi

Kanak-kanak autisme sering dilihat sebagai kanak-kanak yang mempunyai masalah

pendengaran kerana tidak mengendahkan apa yang diperkatakan oleh orang lain dan jarang

menggunakan bahasa. Kanak-kanak autisme mempunyai perkembangan bahasa yang

lambat atau tiada langsung, Kanak-kanak autisme susash diajak bercakap dan kadangkala

dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja. Perkataan atau jawapan yang

dituturkan oleh mereka tidak sesuai dengan pertanyaan dan mengeluarkan bahasa yang

tidak difahami.

Interaksi Sosial

Kanak-kanak autisme suka bersendirian menjauhkan diri duduk di suatu sudut. Mereka

tiada perhubungan mata dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain. Kanak-

kanak autisme tidak tertarik untuk bermain bersama kawan atau susah untuk berkawan dan

tidak mahu apabila diajak bermain.

Gangguan Deria

Kanak-kanak autisme sensitif pada sentuhan dan tidak suka dipegang atau dipeluk. Mereka

juga sensitif dengan bunyi yang kuat dan akan menutup telinga. Kanak-kanak ini suka

mencium dan menjilat permainan atau benda lain. Kurang sensitif pada rasa sakit atau takut.

31

Page 32: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Pola Bermain

Tidak suka bermain seperti rakan-rakan lain sebayanya dan tidak suka bermain bersama

mereka. Mereka tidak bermain mengikut cara biasa dan suka memutar-mutarkan atau

melambung-lembung dan menyambut permainan atau apa sahaja yang dipegangnya. Suka

dengan objek yang berputar seperti kipas dan apabila menyukai sesuatu benda akan terus

dibawa kemana-mana sahaja.

Tingkah Laku

Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif. Melakukan perbuatan yang sama berulang kali dan

gemar menepuk-nepuk tangan. Kanak-kanak autisme dapat duduk lama tanpat berbuat apa-

apa dan tanpa sebarang reaksi.

Emosi

Kanak-kanak autisme sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk dan

tidak terkawal jika tidak dituruti kemhuannya atau dilarang melakukan sesuatu yang

diinininya. Mereka akan merosakkan apa sahaja yang ada di sekelilingnya jika emosinya

terganggu. Ada kalanya mencederakan diri sendiri dan tidak mempunyai rasa simpati serta

tidak memahami perasaan orang lain.

Ciri-ciri perkembangan fizikal

Melihat kepada keadaan fizikalnya, kanak-kanak autisme tidak mempunyai kelainan

dengan kanak-kanak normal sebayanya. Mereka kelihatan normal dan sukar untuk melihat

bahawa mereka mengalami autisme dari pandangan luaran. Individu autisme disebut

sebagai 'neuri-development disorder' iaitu kecelaruan dalam pembentukan otak. Dalam otak

manusia terdapat beribu sel saraf yang mengawal kesedaran luar tubuh termasuklah emosi,

tingkah laku dan juga hubungan dengan fungsi organ dalaman.

Ketidaknormalan pada saiz saraf memberi kesan kepada deria yang berkaitan

dengan sistem lain di bahagian otak. Berdasarkan kajian bahagian otak individu autisme

terdapat kepadatan neuron di dalam saraf yang dinamakan amyglada dan hippocampus.

Ketidaknormalan ini mungkin terjadi sewaktu bayi di dalam kandungan ibu. Sistem saraf

amyglada berhubungkait dengan deria kulit dan otot, rasa, penglihatan, pendengaran, bau,

pertuturan dan pergerakan motor.

32

Page 33: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Ciri-ciri Perkembangan kognitif

Perkembangan kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi

pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-

masing. Ini melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategorikan, merangcang,

menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Perkembangan kognitif

memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak.

Perkembangan kognitif kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak normal adalah

berbeza. Mereka mempunyai daya kognitif yang lemah, terdapat juga sebahagian kecil yang

mempunyai keupayaan kognitif yang tinggi dan juga bakat yang mengkagumkan. Mereka

mempunyai tumpuan yang singkat namun perkara ini tidak pula berlaku pada perkara yang

mereka sukai. Keadaan ini dikenali sebagai stimulus oversectively iaitu perkara atau

ransangan yang menjadi tumpuan secara berlebihan.

Kanak-kanak autisme berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi mereka

tidak berupaya memilih malklumat yang penting. Oleh itu, maklumat awal ini dikekalkan

dalam bentuk yang asal. Kanak-kanak istimewa tidak boleh mengekalkan maklumat dalam

jangka masa yang panjang dan juga tidak berupaya membuat penyesuaian terhadap

maklumat sebagaimana kebiasaan orang lain.

Selain itu, mereka juga tidak mampu menumpukan perhatian terhadap perkara-

perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali untuk

melihat perkara penting yang ada. Mereka juga tidak dapat melihat perkaitan antara dua

perkara menyebabkan mereka sukar membuat atau memahami jenaka, membuat analogi

dan seumpamanya. Namun terdapat juga individu autisme yang mempunyai kemahiran

tertentu yang tinggi melebihi ukuran umum seperti kecerdasan yang tinggi atau bakat yang

luar biasa contohnya dalam muzik, seni lukis dan matematik.

Ciri-ciri Perkembangan Sosial

Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan suatu proses perkembangan yang

membolehkan kanak-kanal berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh

diterima oleh masyarakat. Perkembangan sosial melibatkan proses yang membolehkan

kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam

sesuatu persekitaran.

Bagi kanak-kanak autisme mereka akan mengelak daripada sebarang bentuk

interaksi sosial dan kerap menjauhkan diri daripada sebarang interaksi dengan orang lain.

33

Page 34: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Mereka akan bersikap tidak acuh atau tidak ambil peduli dengan keadaan sekeliling tetapi

tidak pela menghindari pergaulan. Mereka hanya berinteraksi dengan orang lain apabila

memerlukan sesuatu. Kanak-kanak ini kekok untuk bersosial disebabkan mereka hanya

bercakap tentang diri sendiri dan tidak memahami perasaan orang lain.

Kanak-kanak autisme sukar untuk dibantu pehubungan sosial yang normal. Mereka

selalu mengalami kelewatan menguasai corak interaksi sosial. Ini dkerana kekurangan

interaksi dan perhubungan, tidak bermain atau bergaul dengan rakan sebaya. Bagi kanak-

kanak autisme pergaulan dengan rakan sebaya tidak ada kepentingan yang membolehkan

mereka membina perhubungan atau interaksi pada masa hadapan dan mereka jarang

memulakan interaksi sosial.

Ciri-ciri Perkembangan Bahasa

Kanak-kanak autisme boleh bertutur dan banyak bergantung kepada ingatan secara

hafalan dan kurang mahir untuk membentuk frasa secara kreatif. Mereka mempunyai

masalah dalam gestur, penulisan dan bahasa isyarat yang formal. Permasalahan dalam

bahasa juga menyebabkan masalah sosial dan perkembangan kognitif. Namun demikian

bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak autisme biasanya tidak sesuai dengan peringkat

umur mereka dan bergantung kepada latihan berbahasa sepanjang proses membesar yang

diberi dimana masalah bahasa adalah masalah kedua berbanding masalah intelek mereka.

Oleh itu masalah bahasa boleh menjadi lebih baik jika perkembangan lain berlaku.

Kanak-kanak autisme tidak menunjukkan kurang upaya tertentu dalam tahap

segmentl phonology dan sintaksis iaitu susunan kata dalam ayat. Pada kebiasaannya

pertuturan yang dikeluarkan boleh difahami seperti kanak-kanak lain walaupun tidak seperti

orang dewasa. Penyebutan yang tiada masalah sintaksis menunjukkan keseimbangan

struktur di mana keupayaan ini merupakan perbezaan. Linguistik utama yang membezakan

kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak kurang upaya bahasa yana lain seperti retardasi,

pekak dan lain-lain. Masalah bahasa autisme boleh dibahagikan kepada beberapa bahagia

di antaranya Ekolalia yan g merupakan ciri yang paling menonjol. Adalah kekerapan dimana

mereka mengulang tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik.

Latihan komunikasi untuk kanak-kanak tidak terhad kepada mereka yang mempunyai

bahasa pertuturan sahaja kerana kebanyakkan kanak-kanak autisme menunjukkan seperti

menghadapi mental retardasi dan ciri-ciri autisme yang unik dalam sosial dan komunikasi

pertuturan. Terdapat juga sistem auditori kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak

biasa sama ada perbezaan ini menyebabkan masalah komunikasi secara lisan atau tidak

34

Page 35: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

diketahui tetapi ini memberi rasional untuk mengejar bahasa melalui visual atau stimulasi

sentuhan kinastatik.

Pendekatan lain yang digunakan ialah penggunaan latihan isyarat dan pertuturan

dapat memberi kemahiran komunikasi yang efektif pada peringkat awal pembelajaran

bahasa namun kajian belum dapat menjelaskannya. Terdapat kajian menyatakan bahawa

kanak-kanak autisme lemah dalam meniru secara verbal dan dapar mengeluarkan dengan

bantuan ransangan secara visual. Walaupun latihan menggunakan isyarat mungkin

berkesan tetapi tidak kepada semua kanak-kanak autisme.

Ciri-ciri Perkembangan Emosi

Untuk memudahkan pemahaman tentang kelakuan kanak-kanak autisme, penentuan

umur sosial perlu diambil kira dan memilih cara terbaik untuk menjalankan pemulihan.

Namun proses menentukan umur sosial emosi seseorang sukar kerana perlu mengambil kira

bagaimana seseorang memberi respon.

Menjadi persoalan adakah kanak-kanak autisme dapat memahami perasaan yang

ditunjukkan melalui muka dan suara sesorang. Satu kajian dijalankan di mana kanak-kanak

perlu menyesuaikan bentuk wajah dengan suara berlainan emosi. Ini menunjukkan bahawa

kanak-kanak autisme mengalami kesukaran dalam mengenali emosi yang mana aspek ini

tidak dipengaruhi oleh kebolehan intelektual mereka. Kanak-kanak ini gagal untuk membuat

hubungan antara emosi yang sama dalam cara yang berlainan. Mungkin mereka tidak

mengetahui perasaan tertentu boleh didefinasikan dalam cara yang tidak disalahfahamkan.

Perasaan yang ada dan cara yang dinyatakan melalui suara dan wajah boleh

menyebabkannya kekal sebagai sebuah buku yang tertutup. Jika diinterpretasikan dengan

cara ini kekurangan dalam emosi tidak dapat dikurangkan tetapi boleh dilihat sebagai

sebahagian daripada kekurangan kognitif.

Keletah kanak-kanak autisme ketawa dan menangis menjadi bukti bahawa kanak-

kanak autisme menunjukkan perasaan mereka wujud dalam keadaan sosial yang betul.

Sekurang-kurangnya dalam bidang emosi kanak-kanak autisme dapat menunjukkan respon

yang normal seperti ketika bermain, digelerek atau pergerakan mengikut muzik.

35

Page 36: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

MASALAH-MASALAH SAMPINGAN KANAK-KANAK AUTISME

Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa ramai individu autisme mepunyai

tingkahlaku yang berkait tetapi kecelaruan yang jelas dan nyata berciri autisme. Kajian juga

menunjukkan orang yang terlibat mempunyai tingkahlaku autisme mempunyai kaitan tetapi

mempunyai kecelaruan yang jelas.Ini termasuklah Sindrom Landau – Kleffnor ,Sindrom

Fragile X. Sindrom Williams dan Sindrom Asperger mempunyai ciri seperti pemikiran yang

konkrit ,terlalu memikirkan mengenai sesuatu topik,ingatan yang baik dan mempunyai sikap

yang ganjil serta luar biasa.Individu ini boleh dianggap sebagai tahap kefungsian yang tinggi

dan layak untuk mempunyai kerja dan boleh hidup berdikari (Reed ,1999)

Sindrom Fragik tidak merupakan satu bentuk mental reterdasi ‘long aim’ di mana

pada kromosom tidak terjerut.Lebih 15% daripada individu yang mempunyai fragile bukan

sindrom menunjukkan tingkahlaku dan ciri-ciri kanak-kanak autistic .Tingkahlaku ini

termasuklah pertuturan atau perkembangan bahasa yang lewat ,hyperaktif ,eye contact yang

lemah serta bahasa mengibar-gibarkan tangan . Kebanyakan individu ini berfunsi pada

tahap masalah ringan kepada yang sederhana . Semakin mereka membesar ,perkembangan

fizikal mereka menampakkan keunikan yang jelas seperti muka dan telinga yang panjang

serta mungkin menghadapi masalah jantung (Edelson,1999) . Mereka yang mempunyai

Sindrom Landou- Kleffner menunjukkan banyak tingkah laku autisme seperti mengelakkan

diri daripada bersosialisasi, mengkehendaki kepada rutin yang sama dan mempunyai

masalah bahasa. Individu ini sering di anggap sebagai menghadapi ‘regresif’autisme kerana

mereka menunjukkan ciri-ciri seperti normal sehingga umur 3 tahun 7 tahun. Mereka

biasanya mempunyai kemahiran bahasa yang baik tetapi kemudian hilang keupayaan untuk

bercakap. Mereka juga mempunyai corak gelombang otak yang tidak normal jika dianalisis

corak Edan G semasa tidur. (Edelson , 1999).

Sindrom Rett merupakan kecelaruan neurologi yang terjadi secara berperingkat.

Didapati memberi lebih kesan kepada kanak-kanak perempuan dan berkembang antara

umur ½ hingga 1 1/2tahun. Sebahagian daripada ciri-ciri tingkah lakunya termasuklah

kehilangan pertuturan, mengulang memulas tangan , mengoyangkan badan, cuba mengelak

daripada bersosial.Individu ini kebiasaanya mempunyai tahap kerencatan akal yang teruk.

Sindrom William mempunyai ciri-ciri kanak-kanak autistic termasuk perkembangan yang

lambat dalam bidang bahasa, sensetif kepada bunyi, tidak ada tumpuan perhatian, dan

mempunyai masalah sosial. Namun secarakontras kepada ramai individu autistic , mereka

yang mempunyai sindrom ini lebih bersosialdan menghadapi masalah jantung. (Edelson,

1999).

36

Page 37: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Individu autistic sering ketinggalan ke belakang berbanding rakan sebaya dalam

bidang komunikasi, kemahiran sosial dan kognitif. Pada zaman kanak-kanaksebagai

tambahan kepada ketidakfungsian tingkah laku mula timbul seperti “self-stimulatory

behaviors”iaitu pengulangan tingkah laku yang tidak bermatlamatseperti mengoyang-goyang

badan ,menggoyang tangan, mencederakan diriseperti menggigit jari , tangan menghantuk

kepala,masalah tidur. Manakala “eye contact”yang lemah, tidak sensitive kepada sakit

hiperaktif dan hipoaktif serta kurang menumpukan perhatian (Hallahan dan Kauffman ,1997).

Satu ciri yang hampir sama antara kanak-kanak autistic adalah dimana mereka berkehendak

kepada persamaan dan tidak suka kepada perubahan serta mengekalkan tingkahlaku yang

“persererative”.Mereka cuba mengekalkan rutin harian dimana satu perubahan walaupun

kecil menyebabkan mereka sedih dan tidak tenteram.Sebagai contoh yang biasa seperti

hanya makan dan minum, makanmakanan yang sama pada setiap waktu makan,memakai

pakaian yang sama atau mendesak dan meminta orang lain memakai pakaian yang

samadan pergi ke sekolah menggunakan jalan yang sama. Satu sebab yang mungkin untuk

mengkehendaki kepada kesamaan ialah kerana tidak mempunyai keupayaan untuk

memahami dan menangani situasi yang berbeza (Edalsun,1999).

Kanak-kanak autistic juga menghadapi masalah semasa perubahan ke alam baligh.

Lebih kurang 25%menghadapi masalah sawan untuk kali pertama ketika baligh yang

mungkin disebabkan oleh perubahan hormon. Ada ketikanya banyak masalah tingkah laku

menjadi lebih kerap dan lebih teruk pada amsa ini, walaubagaimanapun tidak semua kanak-

kanak autistic mengalami masalah yang sama (Edelson, 1999).

Berdasarkan satu kajian yang dijalankan oleh Camberwell mendapati tiga ciri yang

paling jelas menunjukkan autisme diantaranya masalah sosial yang teruk yang boleh

didefinisikan sebagai tiada kebolehan untuk terlibat dalam interaksi 2 hala, terutama dengan

rakan sebaya, masalah komunikasi yang teruk sama ada secara verbal atau non verbal dan

kurang daya imaginasi termasuk dalam permainan pura-pura yang sering diganti dengan

tingkahlaku pengulangan.

Kanak-kanak autistic dikatakan mempunyai ingatan yang baik (rote memory) untuk

menghafal sesuatu seperti jadual perjalanan keretapi walaupun mereka tidak memerlukan

maklumat tersebut. Walaupun ini satu pencapaian namun, ia lebih merupakan ciri

ketidakfungsian berbanding kebolehan yang sempurna kerana ia tidak membawa makna jika

mereka tidak dapat menggunakannya.(Frith,1993).

37

Page 38: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

PAKAR-PAKAR YANG DILIBATKAN

1. Pakar Otak

Pelbagai cara pakar saintis otak mendapat maklumat mengenai otak individu autistik.

Bukti daripada imbasan otakyang menggunakan pelbagai kaedah menyatakan bahawa

kaedah Pneumoencephalography (PEG) mendapati kehilangan tisu dalam Cortex di

Temporal Lobe yang kiri mungkin menerangkan mengenai kekurangan yang teruk dari segi

bahasa sebahagian kanak-kanak autistik (Freiaretal.,1984), kaedah Computerisad Axial

Tomography (CAT) turut mendapati ketidaknormalan yang banyak dan kerosakkan dalam

Cerebral Cortex (Ballotin et al.,1989), kaedah Magnetic Resonance Imaging(MRI) dalam

kajian di US telah mendapatkan imej yang jelas otak tengah dan struktur serebrum dan

mendapati sesuatu yang tidak disangkakan mengenai otak individu autistik (Horowitz et

al.,1988), kaedah Positron Emission Tomographymenunjukkan terdapat perbezaan

metabolic dengan ketidaknormalan aktiviti sel dan mendapati terdapat kolerasi yang rendah

dalam bahagian hadapan dan parietal (mengamal pertuturan) dari cortek antara struktur dan

saraf otak dan kaedah Single Photon Emission Computerised Axial Tomogrraphy (SPECT)

merupakan teknik yang lebih murah dan kajian telah mengukur perjalanan darah dan

mendapati pengurangan perjalanan darah dalam bahagian hadapan dan Lateral Temporal

Lobes yang kanan.

Gambarajah diatas adalah gambarajah system limbic yang terdapat didalam otak

manusia.Hasil daripada post-mortem ke atas beberapa individu autistik oleh Dr.Bauman dan

Kemper mendapati terdapat dua bahagian dalam system limbic yang kurang berkembang

iaitu ‘amydala’dan hippocampus. Dua bidang ini bertanggungjawabuntuk emosi, tingkah laku

yang tidak disebabkan oleh input sensori dan pembelajaran.Pengkaji ini mendapati juga

terdapat kekurangan sel perrkinje dalam cereblum.Menggunakan magneta Resonance

38

Page 39: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Imaging ,Dr. Courchesne mendapati dua bidang dalam cereblum,vermal lobules vi dan vii,

yang ternyata kecil daripada biasa dalam individu autistik. Apa yangmenarik, terdapat

sebahagian individu autistik yang mana ‘vermal lobules vidanvii adalah lebih besar daripada

mereka yang normal.S atu atau kedua-dua bidang dalam cereblum dipercayai

bertanggungjawab terhadap ciri penumpuan perhatian (Edelson 1999).

2. Doktor Pakar Sistem Otak

Pemerhatian terkini terhadap pengenalpastian sistem otak yang rosak kerana

kerosakkan gen telah menyebabkan autisme, walaupun bahagian lain otak adalah

sempurna.Kesemua jenis autisme mungkin mempunyai pelbagai punca,kerosakkan

pembentukkan otak ketika peringkat pre-natal membawa kepada kerosakkan fungsi yang

lebih tinggi yang kelihatan lama selepas kelahirandan ia merupakan ciri linguistik.

Hasil daripada kajian Dr.Bauman dan Kemper (1985)mendapati terdapat autonomi

yang tidak normal di bahagian otak individu autisme.Kesemua berstruktur dan

berhubungdengan fungsiemosi dan turut mendapati perubahan dalam ‘neocerebeller

cortex’.Terdapat kajian menunjukan pengurangan sel perkinje dalam sereblum yang

berkaitan menumpukan perhatian dan koordinasi pergerakan badan namun masih terdapat

perbezaan pendapat.

3. Pakar CNS

Menurut Trevarthen, Aitken,Papoudi dan Roberts(1998) terdapat kesilapan genetik

dalam otak dimana pendapat mengatakan bahawa autisme disebabkan kesilapan dalam gen

yang menyebabkan perubahan dalam otak seperti down sindrom namun tiada sebab untuk

menjangkakan bahawa perubahan satu gen boleh menyebabkan kecelaruan yang kompleks

dalam pembentukkan otak dan fungsinya.Jika ia disebabkan oleh faktor keturunan ,terdapat

kemungkinan beberapa gen yang bertanggungjawab.Gen tertentu yang tidak normal

dikaitkan dengan kimia serotonim di otak mempunyai peranan dalam menyusun emosi

dalam komunikasi dan pembelajaran kini didapati dalam kanak-kanak autistik.

Antara 17 dan 58% individu berada dalam keadaan ini dimana neoron dari cerebral

cortex dari amorphuris tuber menunjukkan terdapat gangguan proses biokimia.Walaupun

begitu,peratus kumpulan autistik di sini hanya 0.4 dan 3 peratus kebanyakkan lelaki. Mereka

kemungkinan menghadapi sawan dan lebih tahap kerencatannya.

39

Page 40: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Bukti untuk ketidaknormalan Neorochemical berpunca daripada kajian terhadap

keberkesanan beberapa bentuk perubahan tingkahlaku dan status kanak-kanak yang

mengalami kesan secara langsung. Peningkatan tahap Urinary Serotonim telah diperhatikan

secara konsisten dalam 30% kes autistik. Jika dilihat daripada aspek biokimia, ramai individu

autisme meningkatkan tahap serotonin dalam darah dan ‘cerebral spiral fluid’ mereka,

manakala yang lain mempunyai tahapserotonin yang rendah. Terdapat juga bukti bahawa

individu autistik meningkatkan tahap ‘bete endorphins; dan endogenous apiate’ seperti

bahan dalam badan yang mengakibatkan individu autistik kurang merasa sakit

(Edelson,1999).

4.Pakar Psikiatri Kanak-Kanak

Bagi setiap kes autism, ibu bapa perlu mendapatkan pengesahan pakar perubatan

untuk mengesahkan anak mereka menghadapi masalah autautis. Masalah autism ini hanya

boleh disahkan oleh pakar psikiatri kanak-kanak sahaja melalui ujian dan kajian yang

dijalankan kepada seorang kanak-kanak. Apabila kanak-kanak ini telah disahkan mengalami

gangguan autism maka ibu bapa akan dinasihatkan supaya mengambil pendekatan tertentu

contohnya menghantar anak mereka mengikuti terapi tingkah laku bagi kanak-kanak autieme

yang tidak dapat mengawal tingkah laku.

PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN AUTISME

1. Pendidikan menyeluruh dan bersepadu.

Pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu bermaksud satu proses pendidikan

yang menggabungkan pelbagai kemahiran, elemen dan nilai murni sama ada aktiviti

pendidikan dalam bilik darjah atau luar bilik darjah dengan menngunakan pelbagai strategi,

dan teknik. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan yang berbeza-beza antara setiap individu

dari segi perkembangan, minat, kebolehan serta latar belakang murid yang berbeza.

Pendekatan ini membantu murid memahami hakikat kehidupan yang sebenar iaitu sesuatu

pembelajaran adalah saling berkaitan antara satu sama lain dan tidak terpisah. Ia juga

memberi peluang kepada murid meneroka sesuatu topik dengan cara yang lebih mendalam.

Murid juga diberi lebih banyak pilihan dan motivasi. Selain daripada itu ia juga dapat

meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti murid serta kemahiran berbahasa dan

komunikasi.

40

Page 41: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

2. Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna

Pendekatan pengajaran ini menekankan kepada suasana pembelajaran yang

merangsang dan mengekalkan minat murid terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran.

Suasana pembelajaran yang kondusif diberikan penekanan supaya murid dapat menguasai

kemahiran dan pengetahuan yang akan digunakan untuk keperluan diri dan kehidupan

bermasyarakat.

Pendekatan belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan

berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang informal,

menyeronokkan, bebas dan selamat. Murid boleh bermain dan berinteraksi secara

bersendirian, orang lain dan bahan. Pelbagai jenis permainan yang boleh dijadikan aktiviti

pengajaran dan pembelajarn seperti Main Sosial, Main Kognitif dan Main Sosiodrama.

Pendekatan ini penting kerana fitrah semulajadi kanak-kanak yang gemar bermain.

Murid boleh meneroka, membuat inkuiri penemuan, menyelesaikan masalah dan

memperolehi pengalaman tanpa disedari. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk melahirkan

perasaan dan pemikiran serta mengembangkan kemahiran berbahasa, kemahiran sosial dan

kefahaman budaya. Aktiviti bermain juga membantu perkembangan murid secara

menyeluruh serta dapat memenuhi keperluan kognitif, efektif dan psikomotor dan secara

tidak langsung mereka dapat memahami dunia persekitaran mereka sendiri.

2. Pendidikan sepanjang hayat

Pendidikan sepanjang hayat adalah ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjana peluasan ilmu secara

berterusan untuk digunakan dalam kehidupan seharian murid itu sendiri. Sesuai dengan

matlamat pendidikan khas yang bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam

semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas, memupuk sikap dan tingkah laku

positif serta menyesuaikan diri dengan alam kehidupan seharian murid.

Perancangan aktiviti adalah penting supaya perlaksanaannya selaras dengan

perkembangan murid supaya setiap murid mendapat peluang yang sama dalam pengalaman

dan pembelajarannya. Ini penting supaya perancangan adalah mengikut keperluan murid

untuk digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Perancangan hasil pembelajaran murid

perlulah selari dengan keperluan kehidupan seharian diri murid itu sendiri.

Komponen Pengurusan Diri merupakan satu contoh komponen yang penting untuk

melatih berdikari dan berkemahiran dalam kehidupan seharian. Komponen ini menekankan

41

Page 42: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

aspek keperluan diri murid untuk menguruskan diri sendiri seperti amalan makan dan

minum, kebersihan dan kekemasan diri dan lain-lain aspek pengurusan diri. Kesemua aspek

tersebut diajar untuk murid mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

3. Perancangan Pengajaran

Dalam pendidikan, pengajaran amat perlu dilaksanakan dengan baik dan berkesans

upaya pembelajaran berlangsung dengan jayanya. Kejayaan dimaksudkan di sini

adalahsegala aspek pengajaran dan pembelajaran mencapai hasil pembelajaran yang telah

ditetapkan. Untuk mencapai tahap keberkesanan ini, penting sekali seorang guru yang

terlibat dalam pengajaran membuat perancangan rapi dan tersusun. Oleh itu adalah penting

untuk guru membuat rancangan tahunan, semester dan mingguan. Untuk pengajaran harian

pula pendedahan diberi dengan lebih terperinci berdasarkan format Rancangan Pengajaran

Harian yang berunsurkan pembelajaran bestari. Aktiviti yang berlandaskan pembelajaran

koperatif juga didedahkan untuk memberi panduan kepada guru merancang aktiviti

pembelajaran yang seronok (fun in learning). Dengan itu akan dapatlah menarik tumpuan

murid dalam pembelajaran secara optimum.

PENGGUNAAN ICT DALAM PENDIDIKAN KHAS

Selaras dengan matlamat pembangunan pendidikan seperti yang terkandung dalam

Pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

menggariskan tiga dasar utama ICT seperti berikut :

i. Semua murid memperolehi kemahiran menggunakan ICT ( literasi ICT )

ii. Peranan dan fungsi ICT sebagai alat pengajaran dan pembelajaran

iii. Penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan

sistem pengurusan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran untuk murid pendidikan khas pengguanaan ICT

amat penting kerana ianya dapat membantu :

i. membentuk persepsi dan pemikiran murid

ii. dijadikan bahan bantu mengajar

iii. diprogramkan dengan perisian khas

iv. merangsang minat murid dan memberikan keseronokan

42

Page 43: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

v. merangsang kreativiti dan pemikiran murid

vi. memudahkan murid memahami konsep, sebab dan akibat

vii. ICT sebagai sebahagian daripada kehidupan masa kini.

Penggunaan ICT merangkumi pelbagai media elektronik dan bukan elektronik seperti

komputer, LCD, internet, televisyen, perakam audio, kamera dan bahan bercetak seperti

akhbar, majalah dan sebagainya. Penyepaduan komputer dalam bilik darjah dapat

memberikan murid persekitaran pembelajaran yang menarik dan guru boleh

menggunakannya sebagai satu sumber pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan perisian

yang sesuai adalah penting bgi menggalakkan pembelajaran aktif murid.

43

Page 44: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

BIBLIOGRAFI

1. Mohamed., J. K. (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur:

PTS Professional.

2. K.A. Razhiyah.2008. Apa Itu Autisme. Kuala Lumpur: Penerbit PTS Professional

Publishing Sdn Bhd.

3.Jamila K.A. Mohamed. 2005.Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala

Lumpur: Penerbit PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

4.Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. 2011. Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang:

Penerbit USM

5.Blog peribadi Norjanah Binti Sufian : http://mamaiman

cahayamatakuiman.blogspot.com/2011/12/mengenali-kanak-kanak-autisme.html

6.http://www.hamidarshat.com/anak-penjagaan-informasi-167/199-kanak-kanak-autistik.html

7.http://www.nural.com.my/BM/autism.html

8.http://www.reocities.com/jpmmpks/jurnal/03vj_autisme.pdf

9.http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/ERNIEAP050361D2008TTP.pdf

10. http://www.psychiatry-malaysia.org/article.php?aid=957

11. http://onitsukahana.blogspot.com/2011/03/kaedah-intervensi-untuk-kanak-kanak.html

44

Page 45: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Course ID : KBK3073 < Group Name : Group PAHANG07(A112PJJ) < Full Name :

NORJANAH BINTI SUFIAN

Title Message Date

postedFull Name

FORU

M 1

Saudari Hana,

Saya pada asalnya adalah guru opsyen Pengajian Melayu

dengan minor Kemahiran Hidup, tetapi saya dipostingkan

untuk mengajar murid pendidikan khas bermasalah

pendengaran. Untuk makluman saudari, saya juga pernah

berpengalaman mengajar murid-murid bermasalah

pendengangaran selama 6 tahun di Johor Bahru sebelum

terjun mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran di

Raub, Pahang ...hingga kini telah hampir 10 tahun. 

Walaupun, mengajar murid bermasalah pendengaran

memerlukan seorang guru itu perlu menguasai bahasa

isyarat terlebih dahulu dan murid-murid bermasalah

pendengaran ada yang bukan setakat cacat pendengaran

tetapi bercampur dengan kecacatan lain tetapi bagi

pendapat peribadi saya, saya lebih gembira dan lebih rasa

mudah mengajar murid-murid bermasalah pendengaran

berbanding murid-murid bermasalah pembelajaran.

Murid-murid bermasalah pembelajaran mempunyai

pelbagai ragam masalah, dari yang boleh dibimbing

hingga kepada yang tidak boleh dibimbing. Dari yang

boleh mengurus diri sendiri sepenuhnya kepada yang

masih tidak dapat mengurus diri sendiri.

Menjadi guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran

telah membuatkan sikap saya yang mahukan

kesempurnaan berubah kepada lebih penyayang dan

lebih banyak bertoleransi. Ia sangat memerlukan

kesabaran sedangkan saya kurang sabar sebenarnya.

Kebanyakan murid pendidikan khas terutamanya murid

11 Mar

2012

08:52:4

1 AM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

45

Page 46: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

bermasalah pembelajaran mempunyai persekitaran yang

sangat menyedihkan terutamanya dari segi latar belakang

keluarga, ekonomi keluarga dan tempat tinggal murid itu

sendiri. Ini menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk

dan murid tidak mendapat bimbingan keluarga apabila

berada di rumah.

FORU

M 1

Saya sangat setuju dengan cara yang saudari lakukan

untuk melihat bukti hitam putih kanak-kanak itu

bermasalah pembelajaran atau tidak dengan memberikan

ujian kertas dan pensel. Ujian kertas dan pensel untuk

murid-murid Linus tegar boleh menunjukkan tahap

keupayaan sebenar kanak-kanak tersebut. Sekiranya

murid masih lagi gagal untuk melepasi saringan Linus

kedua, maka wajarlah murid tersebut dicadangkan oleh

pihak sekolah untuk diperiksa dan disahkan oleh pakar

perubatan yang bertauliah supaya murid ini boleh

ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran.

Murid seperti ini perlu diletakkan di dalam kelas

Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran sekiranya

diperakui doktor dan dicadangkan oleh doktor untuk

belajar dikelas bermasalah pembelajaran. 

Sekiranya murid tersebut terus berada dalam kelas aliran

perdana ditakuti murid tersebut akan terus keciciran dalam

pelajaran dan akhirnya pelbagai masalah tingkah laku dan

emosi yang lain akan terbina akibat bosan gagal

menguasai pembelajaran.

Sebagaimana yang diketahui biasanya murid bermasalah

pembelajaran tidak boleh memberikan fokus yang lama

semasa guru mengajar oleh itu, satu strategi atau

pendekatan yang sesuai dengan murid ini perlu dijalankan

10 Mar

2012

11:51:2

1 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

46

Page 47: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

oleh gurunya.

FORU

M 1

Pada pendapat saya, jika meneliti daripada situasi yang

saudara kongsikan, murid tersebut adalah murid autisme.

Murid autisme bukan tidak mendengar atau memahami

bahasa tetapi meraka lebih senang berdiam diri. Murid

autisme juga bukan tidak bijak. Tetapi tidak gemar

memberi respon kepada setiap pertanyaan. Murid autisme

juga seorang yang gemar melakukan sesuatu perkara

secara berulangkali dan lebih suka menyendiri dalm

dunianya sendiri. 

Jika kanak-kanak down sindrom dikesan kecacatannya

melalui rupa paras, mata yang agak sepet, pipi yang gebu

bulat, jari yang sama ukuran dan pendek. ukuran badan

yang rendah serta lidah yang lebar dan pendek, Kanak-

kanak down sindrom juga mempunyai kromosom sama

ada x atau y yang terlebih berbanding kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak autisme tidak dapat dikesan kecacatannya

sewaktu lahir. Ini kerana kanak-kanak autisme mempunyai

rupa paras seperti kanak-kanak normal yang sempurna.

Tingkahlaku autisme cuma akan ditunjukkan oleh kanak-

kanak ini pada peringkat awal kanak-kanak seawal usia 2

tahun apabila kanak-kanak seusianya sudah boleh

berbahasa. Biasanya autisme hanya akan dikesan apabila

kanak-kanak itu pada peringkat 3-5 tahun.

Pakar kanak-kanak mengatakan punca autisme adalah

kompleks dan sukar ditentukan. Ketidaknormalan pada

beberapa bahagian otak yang berlaku ketika dalam

kandungan. Saintis berpendapat autisme ada kaitan

dengan mutasi gen dan walaupun punca sebenar tidak

diketahui, faktor genetik dan persekitaran dipercayai

menyumbang kepada gangguan ini.

Oleh itu, selain faktor genetik yang dikatakan penyebab

masalah autisme faktor kandungan yang tidak normal juga

23 Apr

2012

06:01:1

6 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

47

Page 48: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

menjadi sebab kanak-kanak lahir dengan autisme. 

 http://www.hmetro.com.my/articles/Autismebukanbeban/

Article

FORU

M 1

Saya sangat bersetuju dengan pendapat atas pengalaman

saudara bahawa pada akhir-akhir ini murid yang

bermasalah pembelajaran bukan setakat berpunca

daripada faktor fizikal atau semulajadinya tetapi atas

faktor-faktor persekitaran sebagai contoh yang saudara

berikan ialah masalah dalam institusi keluarga.

Saya pernah melalui pengalaman sebagaimana saudara.

Saya mempunyai seorang murid yang fizikalnya sangat

sempurna tetapi prestasi pembelajarannya bukan setakat

merosot bahkan lebih teruk lagi murid ini menunjukkan

gejala masalah emosi dan tingkahlaku pada masa-masa

tertentu. Selepas saya menjalankan soal selidik

kepadanya bapanya tentang permasalahan anak ini,

barulah saya tahu bahawa murid ini merasa kehilangan

ibunya yang meninggalkannya selepas ibu bapanya

bercerai.

Sangat menyedihkan, murid yang asalnya cerdik terpaksa

ditempatkan ke kelas pendidikan khas kerana masalah

keluarga. Tekanan emosi menyebabkan kanak-kanak ini

selalu bertindak diluar kawalan.

Saya setuju dengan pendapat saudara bahawa seluruh

ahli keluarganya perlu dipanggil untuk dibawa berbincang

termasuklah ibu kanak-kanak ini untuk memperbaiki

keadaan kanak-kanak ini.

Menempatkan murid seperti ini ke dalam kelas Pendidikan

Khas adalah jalan terakhir sekiranya keadaan murid tidak

berubah. Pengaruh persekitaran yang tidak sihat, kurang

rangsangan, kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan

sering menjadi punca masalah pembelajaran dikalangan

10 Mar

2012

11:30:5

1 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

48

Page 49: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

kanak-kanak.

FORU

M 1

Tugas dan tanggungjawab seorang guru amatlah luas.

Guru bukan setakat mengajar di dalam kelas bahkan guru

juga adalah seorang pendidik, pembimbing dan

pendorong. Sebagai seorang penyampai ilmu yang

bertanggungjawab dalam masa yang sama guru juga

bertindak sebagai penggerak dan penasihat. Ini

bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan

tanggungjawab yang mencabar. Kepentingan peranan

guru itu  tidak dapat dinafikan kerana boleh dikatakan

setiap ahli masyarakat pada zaman ini melalui alam

pendidikan yang diberikan oleh guru.

Dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru

Pendidikan Khas selama hampir 15 tahun bermula

dengan guru Pendidikan Khas untuk murid-murid

bermasalah pendengaran dan kini sebagai guru

Pendidikan Khas untuk murid-murid bermasalah

pembelajaran bermacam permasalahan murid-murid telah

saya hadapi.

Untuk murid-murid Pendidikan Khas bermasalah

pembelajaran biasanya, guru aliran perdana atau guru

pemulihan khas yang akan mencadangkan nama murid

yang didapati mempunyai permasalah dalam

pembelajaran untuk ditempatkan dalam kelas integrasi

bermasalah pembelajaran.

Untuk murid yang mempunyai kecacatan yang ketara

seperti autisme, sindrom down, terencat akal atau

hiperaktif, saya akan mencadangkan kepada ibu bapa

murid tersebut untuk mendapatkan pengesahan daripada

doktor pakar sebelum ditempatkan dalam kelas integrasi

pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Bagi kes

sebegini biasanya ibu bapa boleh menerima dengan

terbuka cadangan guru.

10 Mar

2012

11:13:3

6 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

49

Page 50: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Namun begitu, apabila seorang murid itu fizikalnya

kelihatan normal dan tidak menampakkan ciri-ciri kanak-

kanak bermasalah pembelajaran seperti kes disleksia atau

slow learner kesukaran untuk ibu bapa menerima

cadangan guru akan timbul. Ibu bapa biasanya

berpandangan positif tentang anak mereka. Kebanyakan

ibu bapa sukar menerima kenyataan apabila guru

menerangkan anak mereka menghadapi masalah

pembelajaran. Disini perananan guru pendidikan khas

amat penting. Sebelum memanggil ibu bapa untuk

berbincang tentang keadaan anak-anak mereka, guru

perlu menunjukkan bukti hitam putih atau keputusan ujian

pengesanan atau saringan yang telah dijalankan kepada

kanak-kanak tersebut. Apabila ujian saringan yang

dijalankan menunjukkan keputusan bahawa kanak-kanak

tersebut perlu dirujuk kepada pakar perubatan barulah ibu

bapa boleh dipanggil untuk dibawa berbincang. Turut

serta dalam perbincangan itu mestilah ada guru kelas

murid tersebut, guru kaunseling, guru besar dan guru

pendidikan khas.

Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan

kanak-kanak berkeperluan khas yang paling ramai.

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran biasanya tidak

mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada kanak-kanak

normal lain. 

Perbezaan ketara yang dapat dilihat pada kanak-kanak

bermasalah pembelajaran dan kanak-kanak normal

adalah dari segi keupayaan intelek. Kanak-kanak

bermasalah boleh dilihat sebagai sukar menguasai

pembelajaran terutamanya kemahiran membaca dan

menulis. Ini menyebabkan mereka jauh ketinggalan di segi

intelek  berbanding dengan kanak-kanak normal.

Antara ciri-ciri sosial dan peribadi mereka ialah kesukaran

kanak-kanak ini untuk berinteraksi dengan rakan

sebayanya dan mempunyai daya tumpuan yang singkat

50

Page 51: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

dalam apa sahaja tugas yang dijalankan terutamanya

semasa didalam kelas.

FORU

M 1

Pada pendapat saya, ciri-ciri kanak-kanak seperti yang

dikatakan saudara berkemungkinan adalah kanak-kanak

disleksia sepertimana dinayatakan oleh Drake (1989) 

bahawa "masalah disleksia dirujuk kepada beberapa

ciri, antaranya: kesukaran belajar berbahasa,

ketidakseimbangan dan kebolehan

intelektual, tidak lancar membaca sesuatu bahan

bercetak, tidak dapat menulis

dengan lancar dan tepat (kesukaran meniru tulisan dari

papan hitam atau buku),

mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu

pada tulisan, dan tumpuan

yang terhad (pendengaran dan pengamatan visual)."

Sepertimana yang saya lihat dikelas saya, kebanyakan

murid masalah pembelajaran adalah murid yang

menghadapi masalah disleksia. Masalah disleksia atau

kekeliruan ini akan menyebabkan murid ketinggalan

dalam pelajaran dan akhirnya menjadi pelajar tercicir

sedangkan murid disleksia bukanlah murid yang bodoh

cuma mereka keliru.

Kebanyakan murid disleksia adalah murid yang bijak

sebenarnya dan mempunyai kelebihan dalam sesuatu

bidang. Oleh itu, murid ini perlu diajar oleh seorang guru

yang khas dan bukan guru yang bukan bidangnya.

Apabila murid ini sudah pulih daripada masalah ini

(apabila meningkatnya umur) maka murid ini boleh

diletakkan dalam kelas inklusif sepenuhnya untuk mereka

bersaing dalam pembelajaran dengan kanak-kanak

normal.

11 Mar

2012

08:35:5

2 AM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

FORU Saya sangat bersetuju dengan pendapat-pendapat 02 Apr NORJANA

51

Page 52: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

M 2 saudari tentang keperluan menginklusifkan murid-murid

pendidikan khas di kelas arus perdana.

Pendidikan inklusif bukan setakat memberikan murid

pendidikan khas peluang yang sama rata bagi bersaing

dengan murid normal di kelas arus perdana tetapi ia dapat

membina keyakinan diri dan self esteem dikalangan murid

pendidikan khas. Melalui pendidikan inklusif juga dapat

memupuk matlamat perpaduan melalui pendidikan dan

menyediakan insan  pendidikan khas yang boleh bersaing

secara sihat denganmasyarakat normal. Melalui

pendidikan inklusif juga, murid pendidikan khas boleh

menunjukkan bakat dan kebolehan mereka yang selama

ini terpendam dan akhirnya dapat mengoptimumkan

potensi murid-murid pendidikan khas supaya dapat

bersaing dengan murid-murid normal di kelas arus

perdana.

Secara tidak langsung, pendidikan inklusif dapat

mewujudkan perasaan saling menghormati, memahami

dan tidak memandang rendah keupayaan murid

pendidikan khas.

2012

10:58:3

8 PM

H BINTI

SUFIAN

FORU

M 2

Saudari,

Sebagaimana yang difahami bahawa matlamat utama

pendidikan inklusif itu adalah bagi memberi peluang untuk

murid pendidikan khas untuk bersaing, menerima

pengajaran dan pembelajaran serta menyertai semua

aktiviti yang terdapat di sekolah supaya dapat

berkembang secara optimum dan menyesuaikan diri

dalam masyarakat normal.

Oleh yang demikian, amatlah perlu murid pendidikan khas

diinklusifkan tetapi ia amat bergantung kepada situasi dan

kemampuan murid tersebut sama ada murid tersebut

secara mental dan fizikalnya sedia untuk diinklusifkan atau

02 Apr

2012

10:22:2

0 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

52

Page 53: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

tidak.

Guru-guru di kelas aliran perdana tidak mempunyai hak

untuk menyekat murid pendidikan khas diinklusifkan dan

belajar bersama dengan murid-murid yang normal di kelas

arus perdana sekiranya murid pendidikan khas yang

hendak diinklusifkan itu mampu dan standing dan boleh

bersaing dengan rakan-rakan mereka di kelas arus

perdana.

Menginklusifkan murid pendidikan khas dikelas arus

perdana tidak bererti menambah beban guru arus

perdana. Ini kerana matlamat inklusif ini harus dipandang

secara positif. Bagi memudahkan perjalanan inklusif murid

pendidikan khas, guru pendamping (guru resos) yang

terdiri dari guru pendidikan khas akan bertindak sebagai

pemudah cara dan pembantu. Murid ini juga perlu

dibimbing semula oleh guru resos dan bukan melepaskan

terus murid ini dalam tanggungjawab guru arus perdana.

Pemanatuan berterusan oleh guru pendamping perlu

dilakukan  bagi mengelakkan keciciran kepada murid yang

diinklusifkan.

Jika murid ini tidak mampu mengikuti pembelajaran

inklusif sepenuhnya dalam semua subjek, memadai murid

diinkusifkan dalam subjek yang ia boleh bersaing dan

tidak ketinggalan jauh. Ini dipanggil sebagai separa

inklusif.

FORU

M 2

Saudara,

apa yang dimaksudkan oleh saudara adalah pendidikan

inklusif secara separa inklusif. Pada pendapat saya

pendidikan separa inklusif ini boleh dilaksanakan dalam

keadaan tertentu contohnya, murid tidak menguasai atau

lemah dalam subjek tertentu. Ini menyebabkan murid

tersebut hanya diinklusifkan dalam subjek yang boleh

dikuasai dan mampu bersaing dengan murid normal agar

02 Apr

2012

11:08:4

0 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

53

Page 54: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

ia tidak ketinggalan dan tercicir jika pendidikan inklusif

sepenuhnya dilakukan kepada murid ini. Pendidikan

inklusif sepenuhnya tidak patut dilakukan  pada murid

sebegini kerana ditakuti murid ini akan terus tercicir dalam

kelas arus perdana. Hanya murid-murid yang benar-benar

mampu bersaing dari segi mental dan intelek sahaja yang

dibolehkan mengikuti program pendidikan inklusif 

sepenuhnya dengan bantuan guru pendamping.

FORU

M 2

Menurut Haji Sabri Salleh (Timbalan Ketua Pengarah

Pendidikan, 1996), pendidikan inklusif dalam konteks

pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada

murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang

belajar bersama-sama dengan murid-murid normal, di

dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa.

Matlamat utama pendidikan inklusif ialah memberi

peluang untuk murid-murid pendidikan khas menerima

pengajaran dan pembelajaran sera menyertai semua

aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama

pelajar arus perdana dari peringkat awal supaya murid ini

akan dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat normal.

 Pada pendapat saya, keperluan untuk menginklusifkan

murid pendidikan khas amat bergantung kepada situasi

dan kemampuan murid itu sendiri dan guru boleh

membuat pilihan sama ada seseorang murid pendidikan

khas itu boleh diinklusifkan atau tidak atau boleh

diinklusifkan penuh atau separa inklusif. Sebagai seorang

guru pendidikan khas, saya akan membuat pertimbangan

kepada keadaan dan kemampuan murid tersebut sebelum

menginklusifkannya.

Bagi murid yang boleh menulis dan membaca dengan

lancar, murid ini boleh diinklusifkan sepenuhnya. Namun

begitu, jika sekiranya murid ini sangat lemah dalam subjek

tertentu sebagai contoh subjek matematik,

menginklusifkan murid ini sepenuhnya dalam semua

02 Apr

2012

10:07:2

9 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

54

Page 55: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

subjek termasuk matematik akan memburukkan keadaan

dan akan membuatkan murid ini terus keciciran kerana

tidak mampu bersaing dengan rakan di kelas arus

perdana. Pendekatan yang sesuai untuk murid ini ialah

separa inklusif dimana murid ini hanya diinklusifkan untuk

subjek yang dia tidak jauh ketinggalan dan boleh bersaing

manakala untuk subjek yang murid masih lemah perlu

diajar dalam kelas pendidikan khas dengan bimbingan

guru sepenuhnya supaya mendapat sepenuh perhatian.

FORU

M 2

Saudari,

Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudari dari

sudut positif tentang mengapa perlunya dan kesan jika

seseorang murid pendidikan khas itu diinklusifkan. Namun

begitu, saya terfikir mungkin adakah benar  pendapat

saudari menginkusifkan murid pendidikan khas di kelas

arus perdana akan mengundang perasaan rendah diri dan

akan menyebabkan murid-murid yang diinklusifkan

tersebut ketinggalan.

Sebelum seseorang murid pendidikan khas tersebut dipilih

untuk diinklusifkan di kelas arus perdana, murid tersebut

perlu melalui suatu proses saringan yang melayakkan ia

diinklusifkan. Murid ini harus melepasi tahap yang boleh

dan mampu bersaing dengan murid normal secara fizikal

dan mentalnya. Murid yang terpilih ini juga sekurang-

kurangnya sudah diuji tidak mempunyai masalah menulis

dan membaca serta sudah boleh menguasai asas sesuatu

topic dalam subjek yang hendak diinklusifkan. Adalah

menjadi tugas guru pendidikan khas memastikan murid ini

mampu dari segi intelek untuk bersaing dengan murid-

murid normal di kelas arus perdana.

Saudari,

Antara matlamat tersirat dalam pendidikan inklusif adalah

bagi memupuk kefahaman, kerjasama, kebolehan

02 Apr

2012

10:37:3

9 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

55

Page 56: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

menyesuaikan diri antara semua golongan dan membina

keyakinan diri dan ‘self esteem’ dalam jiwa murid

pendidikan khas supaya rasa rendah diri dapat dikikis bila

murid pendidikan khas dapat menunjukkan kebolehan dan

bersaing dengan murid normal. Pendidikan inklusif bukan

dirancang untuk mewujudkan jurang tetapi sebaliknya

adalah bagi membina satu peluang pendidikan yang adil

dan sama bagi setiap anggota masyarakat.

RPI Saya setuju dengan pendapat saudara bahawa RPI itu

satu kontrak antara ibu bapa dan guru tentang apa yang

perlu dicapai oleh murid dalam jangkamasa tertentu. Oleh

yang demikian, satu majlis permuafakatan ibu bapa dan

guru haruslah diadakan antara pihak guru dan sekolah

bagi memastikan perjalanan RPI diikuti. Atas sebab itu

jugalah dokumen berkaitan harus ditandatangani antara

guru besar, guru RPI dan ibu bapa. 

Melalui RPI, guru dan ibu bapa boleh melihat kemahiran

yang dikehendaki dapat dicapai oleh murid dalam

jangkamasa tertentu. Jika sekiranya kemahiran yang ingin

dicapai melalui RPI gagal dicapai guru boleh mengulang

kemahiran tersebut sehingga objektif yang dikehendaki

tercapai. RPI dibina supaya ibu bapa dan guru boleh

sama-sama bekerjasama memastikan murid mencapai

kemahiran tersebut dalam jangkawaktu yang dikehendaki'

23 Apr

2012

07:17:2

6 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

FORU

M 3

Setiap bakal ibu bapa tentunya mahukan anak yang lahir

itu sempurna daripada segi mental dan fizikal. Selain

daripada faktor genetik atau baka, kecacatan bayi juga

boleh berlaku ketika dalam kandungan. Terdapat banyak

faktor punca kecacatan bayi yang berlaku pada dalam

kandungan.

Ibu hamil perlukan zat yang sentiasa mencukupi bagi

memastikan ia sentiasa sihat dan bayi yang dikandung

juga dalam keadaan sihat. Amalan menjaga pemakanan

23 Apr

2012

06:50:3

9 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

56

Page 57: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

dan mengambil zat-zat dari sumber tambahan amat perlu

bagi memastikan tubuh ibu dan anak yang dikandung

mendapat zat yang mencukupi.

Pemeriksaan kehamilan mengikut jadual yang ditentukan

amat penting bagi memastikan ibu dan anak yang

dikandung sentiasa dalam keadaan sihat. Bacaan tekanan

darah juga amat penting dipantau kerana tekanan darah

yang terlalu rendah atau terlalu tinggi akan

membahayakan nyawa ibu dan bayi dalam kandungan.

Selain itu, ibu atau bapa yang mengambil rokok atau

alkohol juga berisiko besar mendapat anak yang cacat.

Ibu yang tinggal dalam persekitaran yang tercemar atau

dipenuhi asap rokok juga berisiko sebagaimana ibu yang

merokok.

Faktor persekitaran semasa bayi dibesarkan juga

memainkan peranan dan pengaruh kepada

perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak normal yang

terdedah kepada aktiviti yang tidak sihat seperti membuli.

memukul atau merokok boleh melakukan tindakan yang

serupa. Ini seterusnya akan mengakibatkan masalah

tingkah laku kepada kanak-kanak tersebut.

FORU

M 3

Saya setuju dengan pendapat saudara bahawa masalah

kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh

menyebabkan bayi mengalami kecacatan otak atau

mental retarded. Masalah kekurangan oksigen kerap

berlaku semasa proses kelahiran. Proses kelahiran adalah

proses yang mencemaskan. Sekiranya bayi yang

dilahirkan mengalami masalah lemas ia perlu segera

diambil tindakan untuk memberi bantuan oksigen. Bayi

yang baru lahir adalah bayi yang sangat mudah terdedah 

kepada masalah. Selain itu, kandungan plumbum yang

berlebihan dalam darah akan menyebabkan kanak-kanak

mengalami masalah tingkah laku yang sukar dikawal. Ini

kerana kandungan plumbum tersebut telah menjadikan

23 Apr

2012

05:06:2

9 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

57

Page 58: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

kanak-kanak bertindak secara agresif dan berlebihan aktif.

Selain daripada proses semasa kehamilan dan kelahiran

yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi, proses

pembesaran seseorang kanak-kanak amat bergantung

kepada faktor persekitaran. Dewasa ini, dapat dilihat

bahawa bilangan kanak-kanak yang mengalami masalah

pembelajaran atau slow learner semakin bertambah. Ini

kemungkinan bersebab daripada faktor biologi sebelum

atau sewaktu hamil atau semasa kelahiran. Antara yang

menyumbang masalah ialah faktor persekitaran. Kanak-

kanak yang dibesarkan dalam persekitaran yang agresif

juga mampu bertindak/ bertingkah laku secara agresif

kepada orang lain. Ini kerana kanak-kanak belajar melalui

pengalaman dan suka meniru sesuatu perkara.

 

FORU

M 3

 

Salam sejahtera,

Mencegah lebih baik mudah daripada merawat. Setiap

masalah ada enyelesaiannya dan setiap penyakit ada

ubatnya..Langkah pencegahan terbahagi kepada sebelum

dan selepas kelahiran.

Saudara/ri

Proses kehamilan dan proses kelahiran adalah suatu

proses yang amat menakjubkan. Proses keehamilan boleh

dibahagikan kepada tiga peringkat atau trimester.

Peringkat awal adalah 3 bulan pertama yang memerlukan

para bakal ibu menjaga kehamilannya dengan sebaik

mungkin kerana pada peringkat inilah ibu terdedah

kepada risiko keguguran dan risiko melahirkan anak

cacat. Ibu perlu sentiasa mengikut nasihat  doktor,

mengambil makanan berkhasiat serta mengambil

makanan tambahan yang dinasihatkan doktor, contohnya

23 Apr

2012

04:56:5

1 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

58

Page 59: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

pengambilan asid folic yang mencukupi sangat penting

untuk mengelakkan mendapat anak cacat.

Pelbagai punca dapat dikenalpasti oleh pakar perubatan

sebagai penyebab kepada kelahiran bayi cacat. Antaranya

penyakit darah tinggi boleh menyebabkan kelahiran

spontan bayi pramatang, Kelahiran bayi pra matang amat

berisiko besar terededah kepada penyakit dan tidak cukup

sifat. Ini kerana bayi itu dilahirkan sebelum masanya.

Terdapat banyak kes bayi pra matang mengalami

masalah kecacatan otak kekal dan mental retarded.

Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kecacatan genetik

atau diwarisi, perlu sentiasa mengikut nasihat doktor untuk

mengelakkan ibu melahirkan bayi yang juga terdedah

kepada kecacatan. Ibu yang menghidap penyakit kencing

manis yang teruk juga terdedah untuk melahirkan bayi

yang buta atau kurang berat semasa lahir. Ini kerana gula

berlebihan boleh membawa risiko bayi mengalami

masalah katarak ketika dalam kandungan.

Mengandung di usia 38 tahun ke atas juga boleh

mencetus pelbagai masalah. Lebih-lebih lagi kepada

kandungan sulung. Pada usia sebegini, ibu terdedah

melahirkan bayi sindrom down dan ibu itu sendiri berisiko

tinggi mejadi penghidap penyakit darah tinggi.

Pengawasan dan pemantauan yang teliti dan berterusan

perlu sentiasa dilakukan oleh doktor sekiranya

mengandung di usia ini.

Pada masa sekarang, murid-murid perempuan  telah

diberikan imunisasi rubellah pada pada peringkat awal

sekolah menengah. Imunisasi ini diberikan sebagai

langkah awal mengelakkan jangkitan penyakit kepada

kandungan pada 3 bulan pertama kehamilan.Penyakit

rubella boleh menyebabkan kecacatan pendengaran dan

mental

Pengambilan alkohol, rokok dan dadah yang berlebihan

59

Page 60: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

tidak kira oleh ibu atau bapa juga boleh menggalakkan

risiko kelahiran anak cacat. Oleh itu, para ibu atau bapa

perlulah menjalani gaya hidaup sihat untuk kesejahteraan

generasi yang diwarisi

.

 

FORU

M 3

Sabersetuju dengan pendapat saudari bahawa mencegah

adalah lebih baik. Justeru itu ini menjadikan proses

penvegahan kecacatan adalah sangat penting.

Proses pencegahan kecacatan terbahagi sebelum dan

semasa mengandung dan selepas kelahiran bayi. Bagi

mengurangkan risiko ibu-ibu melahirkan bayi  cacat, ibu-

ibu perlu merancang kehamilan mengikut faktor umur dan

masalah ibu sendiri. Sebelum mengandung, para ibu

dinasihatkan mengambil asid folic yang mencukupi bagi

mengelakkan kecacatan atau keguguran. Ini kerana

masalah kekuranagan asid folic adalah antara penyebab

kecacatan dan kematian bayi semasa dalam kandungan

lagi.

Semasa hamil, ibu mestilah mematuhi jadual pemeriksaan

dengan pusat kesihatan dan mengikut segala nasihat

yang diberikan oleh doktor. Ibu perlu mematuhi diet yang

seimbang yang ditetapkan dan memakan tambahan untuk

mendapat zat yang mencukupi atas nasihat doktor.

Penjagaan semasa kehamilan amat penting, Penyakit pre-

eklampsia selalu menyerang ibu hamil pada usia

kandungan 20 minggu ke atas. Penyakit ini berpunca

daripada tekanan darah tinggi yang tidak dikawal dan

kesannya bayi dalam kandungan boleh mngalami

masalah kekurangan atau terputus bekalan oksigen dan

23 Apr

2012

05:26:1

7 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

60

Page 61: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

kesannya boleh menyebabkan bayi mati dalam

kandungan atau menyebabkan bayi menglami masalah

kecacatan otak yang kekal. Selain itu, pre-eklampsia juga

adalah penyebab utama kelahiran pra matang yang

berisiko mengalami kecacatan atau penyakit bahaya lain.

Proses kelahiran juga adalah proses penting yang boleh

mngakibatkan kecacatan bayi jika berlakunya kelewatan

atau kecuaian. proses kelahiran haruslah dilakukan

secara berhati-hati dengan kehadiran pakar perubatan

supaya dapat mengelakkan masalah yang timbul.

Penjagaan selepas kelahiran juga amat penting supaya

bayi dapat membesar dengan sempurna. Jadual suntikan

Imunisasi yang disediakan secara berkala juga harus

dipatuhi oleh ibu bapa untuk mengelakkan jangkitan

penyakit. Penyakit meningitis contohnya boleh

menyebabkan kecacatan otak yang serius.

FORU

M 3

Saya sangat setuju dengan pendapat saudari bahawa

terdapat tiga faktor utama penyebab kecacatan peda bayi

iaitu :-

1. Biologi

2. Psikologi

3. Persekitaran.

Bagi mengelakkan berlakunya masalah kecacatan kepada

bayi tindakan pencegahan adalah lebih baik daripada

tindakan merawat. Faktor biologi adalah faktor paling

kerap menjadi penyebab kepada kecacatan. Langkah-

langkah awal perlu bagi memastikan bayi yang bakal

dilahirkan sihat serta terhindar daripada risiko cacat.

Faktor biologi juga termasuk faktor genetik. Ibu bapa down

sindrom berisiko melahirkan anak down sindrom. Selain

itu, faktor biologi juga termasuklah faktor kekurangan

nutrien semasa bayi dalam kandungan. Kekurangan

23 Apr

2012

05:46:4

1 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

61

Page 62: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

nutrien boleh menjadikan bayi membesar secara tidak

sempurna.Usia ibu semasa hamil juga antara sebab faktor

biologi. Ini kerana ibu yang melahirkan bayi pada usia

awal 40an terdedah melahirkan bayi sindrom down.

Faktor psikologi ialah faktor kedua penyebab kecacatan

bayi yang dilahirkan

FORU

M 4

Menurut peraturan-peraturan pendidikan 1997, guru boleh

mengubahsuai kaedah dan strategi pengajaran asalkan

ianya sesuai dengan keperluan murid-murid yang berbeza

tahap keupayaannya tanpa mengubah kurikulum itu

sendiri.

Bagi memastikan matlamat Falsafah pendidikan

Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas dapat

dilahirkan, guru mempunyai tugas dan tanggungjawab

yang besar untuk merealisasikannya.

Mengajar murid pendidikan khas tidak sama seperti

mengajar murid normal arus perdana. Setiap pengajaran

guru harus diperincikan sehalus-halusnya dan diulang

berkali-kali dengan kepelbagaian teknik dan strategi agar

murid-murid menguasai sesuatu kemahiran yang diajar

guru.

Murid pendidikan khas juga mengalami masalah short

term memory. Ini bermakna pengajaran hari ini walaupun

telah dilihat menguasai kemahiran belum tentu diingati

murid pada haru esok. Ini bermakna guru perlu sentiasa

mengulang sesuatu topik sebelum memulakan kemahiran

baru.

Selain itu, murid pendidikan khas juga mengalami

masalah fokus yang sangat pendek. Sebagaimana murid

arus perdana yang tidak boleh fokus dalam jangka waktu

lama apa lagi murid pendidikan khas. Masalah masa fokus

yang terhad ini membantutkan usaha guru untuk

memastika murid menguasai kemahiran yang diajar dalam

23 Apr

2012

06:36:1

0 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

62

Page 63: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

masa yang singkat. Kreativiti guru sangat perlu bagi

menjadikan aktiviti P+P menyeronokkan, tidak

membosankan dan semua murid mengambil bahagian.

Strategi, teknik dan pelaksanaan P+P  yang terancang

serta menarik penting untuk murid-murid berkeperluan

khas. Aktiviti permainan semasa P+P sangat sesuai

dijalankan.

 

FORU

M 4

Walaupun mengikut peraturan-peraturan pendidikan 1997,

guru boleh mengubahsuai strategi dan kaedah pengajaran

semasa mengajar murid pendidikan khas, guru sama

sekali tidak boleh mengubah isi kandungan kurikulum

yang telah ditetapkan.

Pengubahsuaian kaedah, teknik dan strategi sangat

diperlukan semasa mengajar murid-murid yang berbeza

tahap penguasaannya. Sebagaimana yang diketahui

murid-murid pendidikan khas terdiri daripada individu yang

berbeza masalah dan penyakitnya maka itu strategi

pengajaran guru juga tidak semestinya sama.Pelbagai

kaedah boleh dirancang guru sama ada dalam aktiviti

permainan, main peranan (lakonan), lawatan ke premis

berkaitan atau didik hibur boleh dilaksanakan guru.

Murid pendidikan khas tidak kira apa masalahnya adalah

murid yang sangat lemah daya kefahaman dan

kefokusannya. Untuk memastikan murid mendapat faedah

yang optimum dalam pengajaran guru, guru perlu

merangka aktiviti yang sesuai dan tidak membosankan.

23 Apr

2012

06:58:2

2 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

FORU

M 4

Ya, bahan bantu mengajar adalah amat penting dalam

pengajaran murid pendidikan khas. Murid pendidikan khas

perlu melihat lebih banyak bahan bantu mengajar

23 Apr

2012

07:05:3

NORJANA

H BINTI

63

Page 64: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

berbanding dengan murid normal. Bahan bantu mengajar

yang sesuai adalah objek maujud. Selain itu, untuk

memastikan murid menguasai kemahiran yang diajar

contohnya kemahiran mengira wang atau membeli belah,

murid boleh dibawa belajar di situasi sebenar contohnya

dengan membawa murid pergi membeli dan mengira

wang di kedai runcit yang selalu murid pergi.

Bahan bantu mengajar peranannya selain daripada

menjadikan pengajaran guru lebih menyeronokkan juga

boleh menguatkan pemahaman murid terhadap sesuatu

kemahiran. Contohnya apabila mengajar tentang rasa

pedas. Rasa itu adalah sesuatu yang abstrak. Guru boleh

meminta murid merasa mcili untuk memberi kefahaman

murid bagaimana maksud rasa pedas tersebut.

Strategi dan teknik yang dirancang oleh guru pendidikan

khas perlu berbeza-beza agar tidak mendatangkan

kebosanan. Pelbagai kaedah pengajaran boleh dilakukan

guru seperti strategi didik hibur, main peranan, permainan

atau simulasi.

3 PM SUFIAN

FORU

M 4

Pendidikan Khas adalah satu bentuk pengajaran yang

dirancang untuk keperluan murid-murid berkeperluan

khas. Kurikulum Pendidikan khas adalah sangat istimewa

kerana selain daripada ingin mencapai hasrat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan juga ia dirancang bagi

memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Khas dapat

dicapai. Pelaksanaan kurikulum Pendidikan Khas adalah

tertakhluk kepada Peraturan Pendidikan 1997. Ia adalah

satu program yang dibina untuk memenuhi keperluan

murid-murid pendidikan khas yang berbeza-beza

keperluan dan keupayaannya. Oleh yang demikian,

pengajaran guru kepada murid pendidikan khas 

memerlukan fleksibiliti dan motivasi bergantung kepada

keperluan kanak-kanak dan kebolehan kanak-kanak

berkeperluan khas tersebut.

23 Apr

2012

06:26:1

7 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

64

Page 65: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

Dalam pendidikan khas, strategi dan teknik pengajaran

boleh diubah suai mengikut keperluan murid. Contohnya

guru pendidikan khas mengajar murid dalam bilangan

murid yang kecil. Guru boleh merancang untuk

menjalankan pengajaran sama ada dalam bentuk

permainan dalam darjah atau melawat di luar kelas. Ia

dibolehkan asalkan tidak menyimpang dari kurikulum yang

dibenarkan.

Pendidikan khas boleh dirancang berteraskan rumah,

hospital dan institusi.  Pendidikan khas merujuk kepada 

satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan

perkembangan optima kanak-kanak berkeperluan khas

(Mansor 2005). Ia dilaksanakan bagi mencapai hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat

melahirkan insan berpendidikan khas yang berkemahiran,

berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu

merancang dan menguruskankehidupan serta menyedari

potensi diri sendiri sebagai individu dan ahli masyarakat

yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah

Pendidikan Negara.

FORU

M 4

Saya setuju dengan pendapat cikgu bahawa untuk

mencapai dan memperkembangkan potensi murid ke

tahap optimum pelbagai strategi dan kaedah boleh

dirancang guru asalkan ianya tidak melanggar peraturan-

peraturan pendidikan 1997.

Matlamat utama pendidikan khas adalah mencapai hasrat

Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan

Khas. Bagi memastikan hasrat itu tercapai guru

dibolehkan mengubahsuai kaedah, teknik, masa selaras

dengan keperluan murid pendidikan khas supaya

perkembangan yang optimum dan kemahiran dalam

sesuatu pengajaran kemahiran dapat dicapai

23 Apr

2012

07:10:1

6 PM

NORJANA

H BINTI

SUFIAN

65

Page 66: kbk3073 Tugasan 1 Dan 2

66