KCT Care & Support

download KCT Care & Support

of 25

Transcript of KCT Care & Support

KOMUNITI CAKNA TERENGGANU (KCT) PROFILDisediakan oleh: Pengurusan KCT

Pengenalan Didaftarkan atas nama Pertubuhan Komuniti Cakna Daerah Kuala Terengganu,Terengganu (KCT) Dikenali dengan nama CAKNA Terengganu Diluluskan pendaftaran pada 21.12.2009 oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Cawangan Terengganu di bawah Akta Pertubuhan No.Pendaftaran 2573-09 TRG

Penasihat Perorangan Datuk Dr. Jimmy Lee Kok Foo Pakar Pediatrik di Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT Dr. Ahmad Kashfi Bin Hj. Abd.Rahman Pakar Penyakit Berjangkit di Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT Dr. Mahani Bt Nordin @ Kamarudin - Pegawai Kesihatan AIDS/STD Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Terdiri dari seramai 11 orang AJK Seorang Presiden Seorang Timbalan Presiden Seorang Setiausaha Seorang Penolong Setiausaha Seorang Bendahari Enam(6) orang ahli jawatankuasa

Senarai Ahli Jawatankuasa Presiden Dr. Mustafa Bin Che Omar Timbalan Presiden Puan Rohana Bte. Hassan Setiausaha En. Amran Bin Ismail Penolong Setiausaha Cik Shahizan Bt. Saadun Bendahari Puan Lina Binti Muhammad Ahli Jawatankuasa En.Nasiruddin Bin Ismail Puan Noraziah Bt Jaafar Che Ku Rafah Bt. Che Ku Abdullah En.Bakhtiar Bin Abdul Aziz Ismail Bin Muda Che Zarani Bin Abd. Aziz

Visi/Misi PertubuhanVISI Mengurangkan Kesan Kemudaratan akibat Dadah & HIV/AIDS dalam komuniti MISI Menjadi Pertubuhan Peneraju dalam Pengurangan Kemudaratan akibat Dadah & HIV/AIDS di Negeri Terengganu

Objektif Pertubuhan Mengurangkan impak negatif (kemudaratan) akibat dadah dan HIV/AIDS kepada individu,keluarga dan komuniti keseluruhan nya Meningkatkan kesedaran komuniti mengenai bahaya dadah dan HIV/AIDS Membantu orang orang yang dijangkiti HIV/AIDS meningkatkan tahap kesihatan dan keupayaan untuk berdikari Mewujudkan Kumpulan Sokong Bantu bagi membantu kalangan orang yang dijangkiti HIV/AIDS Menyediakan tempat perlindungan untuk orang orang yang dijangkiti HIV/AIDS serta orang orang yang terkesan dan terjejas akibat HIV/AIDS

OBJEKTIF PERTUBUHAN Membantu pihak kerajaan terutama Jabatan Kesihatan dan AADK untuk menangani permasalahan dadah dan HIV/AIDS Membantu mengurangkan kadar penularan jangkitan HIV/AIDS khas nya di kalangan pengguna dadah dan keluarga serta masyarakat am nya Mengurangkan stigma dan diskriminasi masyarakat terhadap orang orang yang hidup dengan HIV/AIDS dan keluarga Mewujudkan sebuah masyarakat yang prihatin dan cakna terhadap nasib yang dialami oleh orang orang yang dijangkiti HIV/AIDS dan orang orang yang terkesan dan terjejas akibat HIV/AIDS

Projek/Program

NSEP Dikenali sebagai NSEP Kuala Terengganu Mula beroperasi pada 15 November 2009 dan di lapangan pada 16 Mei 2010. Terdiri dari 9 orang staf dan di bawah penyeliaan Pengurus Program. Bermula Mei 2010 hingga Disember 2010, jumlah klien berdaftar adalah 967 klien dengan purata seramai 422 klien sebulan

Projek Baitul Cakna Dikenali dengan nama BAITUL CAKNA Merupakan projek Rumah Penempatan Sementara bagi wanita dan kanak kanak yang dijangkiti serta terkesan dan terjejas akibat HIV/AIDS Mula beroperasi Julai 2010,sehingga kini Baitul Cakna sedang menempatkan seramai 18 orang penghuni yang terdiri dari 4 orang wanita serta 14 orang kanak kanak Dibahagikan kepada 2 rumah, Baitul Cakna 1 di Pengkalan Maras & Baitul Cakna 2 di Wakaf Tengah. Petugas seramai 8 orang (1 orang Koordinator,6 orang care giver dan seorang sukarelawan)

Program Peer Support Merupakan satu program sokongan untuk orang orang yang dijangkiti HIV/AIDS Aktiviti : Peer Support di ID Klinik, Ziarah Wad, Ziarah Kediaman, Kumpulan Sokong Bantu Melibatkan 2 buah hospital (Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Hospital Hulu Terengganu) Perkhidmatan yang di berikan antaranya memberi sokongan moral,membuat rujukan ke jabatan atau agensi berkaitan serta mengadakan sesi perjumpaan Kumpulan Sokong Bantu Petugas seramai 2 orang sukarelawan

CAKNA JENAZAH

Baitul cakna lelaki Bertujuan menyediakan tempat tinggal sementara dan rawatan berkaitan bagi lelaki yang dijangkiti HIV/AIDS dan mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti Menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa bagi kehidupan lebih positif bagi lelaki yang dijangkiti HIV/AIDS yang tiada tempat tinggal Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pertanian kepada kalangan orang yang dijangkiti HIV/AIDS, peserta MMT serta pengguna dadah yang baru bebas dari penjara atau PUSPEN Projek ini disokong dan dibantu olih Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu

CAKNA KASIH

CAKNA SEDAR/CEGAH

LAWATAN DAN SOKONGAN

LAWATAN DAN SOKONGAN

PENUTUPSekalung Budi dan Jutaan Terima Kasih kepada JKNT, MAC, MAIDAM, Jabatan Pertanian Negeri Terengganu , Yayasan Terengganu serta semua pihak yang menyokong dan terlibat secara langsung dan tidak langsung ke arah mencapai misi dan visi Komuniti Cakna Terengganu.

TERIMA KASIH