KDK Topik 1

14
PENGENALAN Tubuh kita terdiri daripada sekumpulan besar sel. Sel-sel ini bersatu membentuk sekumpulan tisu yang mempunyai fungsi tersendiri. Tisu-tisu pula akan bercantum untuk membina bahagian dan organ, misalnya jantung, otak, hati, ginjal dan perut dalam tubuh kita. Tubuh dilengkapkan oleh bahagian (kepala, dada, abdomen, kaki dan tangan) yang mempunyai fungsi tersendiri. Bahagian dan organ membentuk sistem yang membolehkan tubuh berfungsi sepenuhnya. Sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya memerlukan penjagaan yang betul. Pengetahuan dan amalan berkaitan dengan asas penjagaan kesihatan amat penting. Pengetahuan dan amalan penjagaan tubuh adalah kemahiran asas yang diperlukan oleh setiap individu. Kemahiran asas ini perlu diperkembangkan daripada peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah ke peringkat warga emas. Penjagaan kesihatan asas diri merangkumi kebersihan tubuh badan, pakaian dan peralatan yang digunakan, pengurusan pemakanan yang betul, pengurusan berat badan, pengurusan tekanan dan pemeriksaan kesihatan. Kesihatan diri yang sejahtera akan memastikan setiap individu menjalankan fungsi sosial mereka dengan berkesan. Lelaki dan perempuan dapat memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara. T T o o p p i i k k 1 1 Pengenalan Kesihatan Diri HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menamakan bahagian dan organ tubuh serta menerangkan fungsinya; 2. Menghuraikan aspek aspek pengurusan kesihatan diri yang baik; dan 3. Menerangkan peranan setiap gender dalam masyarakat.

description

Pengenalan Kesihatan Diri

Transcript of KDK Topik 1

  • X PENGENALANTubuh kita terdiri daripada sekumpulan besar sel. Sel-sel ini bersatu membentuk sekumpulan tisu yang mempunyai fungsi tersendiri. Tisu-tisu pula akan bercantum untuk membina bahagian dan organ, misalnya jantung, otak, hati, ginjal dan perut dalam tubuh kita. Tubuh dilengkapkan oleh bahagian (kepala, dada, abdomen, kaki dan tangan) yang mempunyai fungsi tersendiri. Bahagian dan organ membentuk sistem yang membolehkan tubuh berfungsi sepenuhnya.

    Sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya memerlukan penjagaan yang betul. Pengetahuan dan amalan berkaitan dengan asas penjagaan kesihatan amat penting. Pengetahuan dan amalan penjagaan tubuh adalah kemahiran asas yang diperlukan oleh setiap individu. Kemahiran asas ini perlu diperkembangkan daripada peringkat bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah ke peringkat warga emas.

    Penjagaan kesihatan asas diri merangkumi kebersihan tubuh badan, pakaian dan peralatan yang digunakan, pengurusan pemakanan yang betul, pengurusan berat badan, pengurusan tekanan dan pemeriksaan kesihatan. Kesihatan diri yang sejahtera akan memastikan setiap individu menjalankan fungsi sosial mereka dengan berkesan. Lelaki dan perempuan dapat memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

    TTooppiikk11XPengenalanKesihatanDiri

    HASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menamakanbahagiandanorgantubuhsertamenerangkanfungsinya;

    2. Menghuraikanaspekaspekpengurusankesihatandiriyangbaik;dan

    3. Menerangkanperanansetiapgenderdalammasyarakat.

  • X TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 2

    MENGENALI TUBUH BADAN

    1.1.1 Mengenali organ dan bahagian tubuh badan

    Rajah 1.1 Menunjukkan lakaran organ dan bahagian tubuh badan kita.

    Rajah 1.1: Tubuh manusia

    1.1

    AKTIVITI 1.1

    Bincangkan dalam kumpulan bagaimana tahap kebersihan diri mempengaruhi tahap kesihatan.

  • TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI W 3

    1.1.2 Fungsi organ dan bahagian tubuh badan

    Mengenali fungsi organ dan bahagian tubuh badan adalah penting supaya kita tahu bagaimana untuk menjaga dan menghargainya. Jadual di bawah mengandungi sinopsis organ-organ utama tubuh badan, kedudukan di dalam tubuh serta fungsinya.

    Jadual 1.1: Kedudukan dan Fungsi Organ

    Organ Kedudukan Fungsi

    Otak Terletak di dalam ruang tengkorak

    Memuatkan pusat-pusat (intelek, fikiran, ingatan/kuasa kemahuan) yang mengawal aktiviti-aktiviti tubuh.

    Paru-Paru Terletak di dalam ruang toreks

    Membawa masuk udara beroksigen ke dalam tubuh dan membawa keluar karbon dioksida serta wap dari darah.

    Jantung Terletak pada belakang tulang dada di dalam ruang toreks di antara paru-paru.

    Mengepam dan mengalirkan darah ke seluruh tubuh serta mengekalkan aliran atau peredaran darah setiap masa.

    Perut Perut bersambung terus daripada kerongkong. Ia bergantung bebas di bahagian atas sebelah kiri dalam ruang abdomen.

    Ia menerima bahan makanan daripada kerongkong dan menyimpan buat sementara waktu untuk dilembutkan dan dihadamkan.

    Hati Terletak di bawah otot diaphragm dalam ruang abdomen.

    Menghasilkan cecair hempedu dan bahan yang terdapat di dalam darah seperti serum untuk perkumuhan serta metabolisme.

    Membuang air yang berlebihan dalam tubuh.Membuang hasil perkumuhan seperti urea dan asid urik.

    Buah Pinggang

    Terletak di dinding belakang abdomen

    Mengawal kepekatan atau kuantiti bahan yang terkandung dalam darah.

    AKTIVITI 1.2Senaraikan fungsi organ-organ berikut: (i) Jantung(ii) Paru-paru (iii) Perut

  • X TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 4

    1.1.3 Menghargai anggota tubuh badan

    Cara paling asas untuk menghargai anggota tubuh ialah dengan mengenali setiap bahagian anggota itu sendiri. Setiap bahagian anggota tubuh kita memerlukan cara penjagaan dan pemuliharaan yang berbeza. Cara penjagaan meliputi dalaman dan luaran.

    Rajah 1.2: Cara-cara penjagaan tubuh badan

    Kita juga harus menjaga anggota tubuh badan daripada tercedera. Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Kempen Cara Hidup Sihat 1999: Promosi Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan menyeru kita mengambil langkah keselamatan di dalam dan luar rumah. Kita perlu memastikan peralatan dalam rumah disimpan ditempat yang selamat. Kita juga memerlukan taman permainan yang selamat untuk mengelak kecederaan. Aktiviti berisiko seperti

    menunggang motosikal secara berbahaya atau mendedahkan seseorang kepada kecederaan. Jika kita menghargai anggota tubuh badan, kita perlu menjauhi aktiviti berbahaya.

  • TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI W 5

    PENJAGAAN KESIHATAN DIRI

    1.2.1 PENGURUSAN KESIHATAN DIRI

    Pengurusan kesihatan diri yang baik akan menjamin tahap kesihatan yang sentiasa sempurna. Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan diri menjadi aset yang penting untuk hidup sihat sepanjang hayat. Berikut adalah aspek pengurusan diri yang harus diberi perhatian:

    Rajah 1.3: Pengurusan kesihatan diri

    (a) PPengurusan kebersihan tubuhMembersihkan tubuh badan adalah rutin harian yang perlu dilakukan. Kita perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bersihkan tubuh dengan sabun dan air bersih untuk membuang kekotoran dan kuman. Amalan ini dapat menjauhkan kita daripada dijangkiti penyakit kulit seperti kudis dan badan berbau.

    Tangan kita adalah di antara anggota yang paling banyak

    mengumpul kuman. Setiap kali kita memegang tombol pintu atau duit kertas, pelbagai kuman orang lain dipindahkan kepada tangan kita. Bersihkan tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali selepas ke tandas sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan. Kuku yang panjang

    1.2

  • X TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 6

    akan menyediakan ruang masuk untuk kuman pindah ke mulut dan makanan kita. Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek dan bersih.

    Rambut perlu dibersihkan dengan menggunakan syampu yang bersesuaian dengan jenis kulit kepala. Biasanya terdapat dua jenis kulit kepala iaitu berminyak dan kering. Pilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut. Kutu rambut dan masalah kulit kepala adalah di antara masalah kesihatan yang biasa berlaku. Dapatkan rawatan dan nasihat di klinik.

    Penjagaan mulut termasuk gigi penting dalam pengurusan kesihatan diri. Gosok gigi menggunakan berus gigi yang sesuai dan ubat gigi. Pastikan mulut dan gigi dibersihkan setiap kali selepas makan dan sebelum tidur malam. Gunakan floss untuk membuang sisa makanan pada celah gigi. Dapatkan pemeriksaan gigi 2 kali setahun. Gunakan alat pelindung gigi jika terlibat dalam sukan lasak.

    Tubuh badan kita memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk memulihkan tenaga dan minda. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Kanak-kanak dan remaja memerlukan masa tidur yang lebih berbanding dengan orang dewasa. Pastikan tubuh dibersihkan sebelum tidur.

    (b) PPengurusan kebersihan pakaian Negara kita mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Tubuh kita cepat

    berpeluh. Oleh yang demikian adalah penting untuk kita menukar pakaian setiap hari. Pastikan pakaian dibersihkan sebelum dipakai semula. Kita juga perlu membersih dan menjemur bantal, selimut, tilam dan cadar untuk mengelak pembiakan hama.

    (c) PPengurusan tahap kesihatan Sesetengah penyakit adalah pembunuh

    senyap. Ada di antara kita tidak mengetahui bahawa kita sedang diancam penyakit. Misalnya penyakit kardiovaskular seperti penyakit Jantung dan strok. Penyakit ini dikenal pasti sebagai salah satu daripada 10 penyebab kematian di Malaysia. Kita boleh mengurus tahap kesihatan melalui pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.

  • TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI W 7

    Pemeriksaan kesihatan membolehkan kita mengetahui tanda-tanda awal sesuatu penyakit, misalnya melalui pemeriksaan tahap glukos darah, seseorang dapat mengetahui sama ada dirinya berisiko untuk mendapat penyakit diabetis.

    Jenis-jenis pemeriksaan yang boleh dijalankan ialah:

    (d) PPengurusan pemakanan yang sihatAdakah kita hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Kita makan untuk menghidupkan fungsi organ tubuh kita. Makanan memberi segala zat yang diperlukan oleh tubuh. Adalah amat penting untuk memakan sajian seimbang untuk mendapat semua jenis zat yang diperlukan. Makanan seimbang bermaksud makanan yang terdiri dari komponen karbohidrat, protein,

    lemak, vitamin dan lain-lain. Pengambilan makanan seimbang daripada setiap komponen akan memberi tenaga, membina badan dan mencegah penyakit.

    Pengurusan pemakanan yang sihat merujuk kepada amalan pemakanan seseorang. Tiga waktu makan utama ialah ssarapan pagi, mmakan tengaharidan mmakan malam. Kita dinasihatkan supaya wajib makan sarapan pagi. Pengambilan sarapan pagi mampu memberikan kita tenaga untuk memulakan kerja. Tenaga dan zat-zat ini perlu ditambah untuk memulih tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan minda.

    Makan mengikut keperluan adalah salah satu daripada pengurusan amalan makan yang sihat. Pengambilan jumlah makanan hendaklah bersesuaian dengan jenis pekerjaan atau penggunaan tenaga kita. Kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar dan aktif secara fizikal memerlukan jumlah

    x Pemeriksaan tekanan darahx Saringan paras glukos darah x Saringan paras kolesterol x Indeks jisim badan x Pemeriksaan kanser serviks dan payu dara x Ujian kadar lemak x Saringan minda sihat

  • X TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 8

    makanan yang banyak. Begitu juga dengan mereka yang bekerja sebagai petani, nelayan dan buruh. Penggunaan tenaga mereka adalah tinggi.

    Mereka yang bekerja tanpa memerlukan penggunaan tenaga yang banyak seperti bekerja di pejabat kurang memerlukan tenaga yang banyak. Oleh yang demikian, amalan makan berlebihan akan menyebabkan badan mereka menyimpan lebih tenaga dalam bentuk lemak. Lemak yang berlebihan ini akan menyebabkan seseorang menjadi gemuk.

    Antara pengurusan amalan makan yang tidak sihat ialah:

    (e) PPengurusan berat badan Obesiti merupakan salah satu risiko untuk

    mendapat penyakit diabetis, jantung, darah tinggi dan kanser. Risiko lain ialah merokok dan kurang bersenam. Di Malaysia, prevalen penyakit diabetis dalam kalangan penduduk Malaysia pada tahun 1986 ialah 6.3% dan meningkat kepada 8.3% pada tahun 1996. (National Health and Morbidity Survey, 1996).

    x Tidak mengambil makanan semasa waktu makanan utama terutamanya sarapan pagi dan makan tengahari. Amalan ini akan menyebabkan kita berasa terlalu lapar dan makan dengan lebih banyak.

    x Tidak mengambil pelbagai jenis makanan seimbang. Amalan ini akan menyebabkan tubuh badan tidak mendapat pelbagai zat yang diperlukan.

    x Mengambil snek yang tidak sihat seperti ais krim, jeruk dan kek.

    x Mengambil secara berlebihan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Amalan ini akan mendedahkan seseorang kepada risiko mendapat penyakit diabetis.

    x Mengambil secara berlebihan makanan yang tinggi kadar lemak dan minyak. Amalan ini akan mengumpulkan lebihan lemak di dalam tubuh badan jika tidak digunakan.

    x Mengambil makanan yang tinggi kandungan garam seperti ikan masin. Amalan ini dikenal pasti sebagai faktor risiko untuk penyakit tekanan darah tinggi.

  • TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI W 9

    Fizikal yang cergas adalah satu indikator untuk kesihatan tubuh badan. Kecegasan fizikal di sini tidak merujuk kepada senaman yang tetap semata-mata. Ia meliputi segala aktiviti yang menggerakkan anggota fizikal seperti menjalankan kerja di rumah dan membersihkan kawasan rumah. Aktiviti fizikal memerlukan tenaga yang berupa pembakaran lemak dalam tubuh kita. Pembakaran lemak secara konsisten akan menyisihkan lebihan lemak yang disimpan di dalam badan. Penyisihan lemak mengelak badan daripada berlebihan berat. Aktiviti fizikal akan meningkatkan high density lipoprotein (HDL) atau lemak darah berkepadatan tinggi yang baik untuk melindungi jantung. Ia adalah bahan darah yang dapat memungut kolesterol dan membantu membuangnya dari badan melalui hati. Ia dikenali sebagai kolesterol baik.

    Rajah 1.4: Piramid aktiviti fizikal Sumber: Risalah Sihat Sepanjang Hayat (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2003)

    (f) PPengurusan tekanan (stress) Tekanan (stress) adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental terhadap

    perubahan dan cabaran. Stres boleh dialami sama ada di rumah, sekolah dan tempat kerja. Stres yang sedikit boleh menjadi faktor motivasi kepada kita. Seseorang individu yang mengalami stres yang serius mungkin cenderung untuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan alkohol. Kita mesti belajar hidup dengan stres kerana ia adalah sebahagian dari kehidupan. Belajar mengurus stres dapat menjauhkan kerunsingan. Pengurusan masa dan kerja secara bijak dapat membantu mengurangkan stres. Amalkan pemikiran dan komunikasi yang positif. Dapatkan bantuan jika tidak mampu menguruskan tekanan dengan sendiri.

    1.2.2 Kesedaran dan tanggungjawab menjaga tubuh

    Bagaimanakah caranya kesedaran dan amalan penjagaan tubuh dapat dididik? Berikut adalah beberapa cara:

  • X TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 10

    (a) KKeluarga Kesedaran dan amalan penjagaan tubuh perlu dididik oleh keluarga

    semenjak di peringkat kanak-kanak lagi. Keluarga memainkan peranan yang penting dalam memberi kesedaran, pengetahuan dan amalan penjagaan tubuh. Ibu bapa adalah model terbaik dalam penjagaan kesihatan. Nilai terhadap kesihatan yang dipegang oleh sesuatu masyarakat turut memainkan peranan. Jika sesuatu masyarakat melihat mandi pagi sebagai satu nilai kesihatan, maka amalan ini akan menjadi budaya ahli-ahlinya. Seseorang individu diharap akan dapat bertanggungjawab ke atas kesihatan mereka sendiri apabila meningkat dewasa.

    (b) KKlinik kesihatan atau hospital Selain daripada keluarga, staf klinik kesihatan ibu dan anak turut

    memainkan peranan. Ibu-ibu akan diberi nasihat dan tunjuk cara bagaimana penjagaan asas kesihatan yang baik, misalnya, dalam penyediaan makanan seimbang untuk kanak-kanak.

    (c) SSekolah Kesedaran dan amalan ini akan diperkukuhkan lagi melalui subjek

    Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di peringkat sekolah rendah. Di samping itu, pasukan kesihatan sekolah dari pejabat kesihatan daerah yang berdekatan dengan sekolah turut menjalankan lawatan secara berkala ke sekolah untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan kepada pelajar. Program Doktor Muda yang diperkenalkan ke sekolah-sekolah rendah turut mempromosikan amalan penjagaan kesihatan di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Cara Hidup Sihat melalui Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai wadah untuk penjagaan kesihatan secara menyeluruh dan berterusan. Ini meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, mental dan sosial seseorang.

    1.2.3 Penjagaan peralatan dan kebersihan

    Dalam penjagaan kesihatan, kita memerlukan pelbagai peralatan. Penjagaan kebersihan amat penting untuk mengelak peralatan ini daripada menjadi tempat pembiakan kuman yang boleh menyebabkan penyakit.

    Dalam pencegahan penyakit berjangkit seperti penyakit tangan, kaki dan mulut, kebersihan peralatan amat penting. Pastikan peralatan mainan kanak-kanak sentiasa dibersihkan.

  • TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI W 11

    PERANAN GENDER

    1.3.1 Peranan lelaki

    Negara kita mengamalkan sistem patriaki yang mana golongan lelaki mengetuai sesebuah keluarga. Secara tidak langsung sistem ini memberi kuasa kepada lelaki dalam memimpin keluarga, membuat keputusan, menyediakan sumber ekonomi serta kemudahan asas yang selesa untuk kesejahteraan kesihatan hidup berkeluarga. Namun begitu, amalan ini semakin terhakis akibat tuntutan semasa seperti peningkatan kos hidup dan bertambahnya bilangan perempuan yang

    berpendidikan tinggi. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan mencari rezeki dikongsi bersama dengan isteri.

    Teladan yang baik yang ditunjukkan oleh seorang bapa akan membantu anak lelaki membesar sebagai individu, bapa, suami dan pekerja yang sihat dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

    Peranan lelaki yang sering dibincangkan dalam kesihatan keluarga ialah dalam aspek perancang keluarga. Peranan merancang keluarga dilihat lebih memfokus kepada perempuan. Untuk membentuk sebuah keluarga yang sejahtera dan bahagia pihak lelaki perlu mengambil bahagian dalam perancangan keluarga. Penjagaan kesihatan dan kesejahteraan sebuah keluarga memerlukan peranan dua pihak iaitu suami dan isteri. Pendek kata, tanggungjawab membina keluarga sihat, sejahtera dan bahagia harus dipikul secara bersama dan adil.

    1.3.2 Peranan perempuan

    Salah satu peranan biologi yang menjadi keistimewaan perempuan ialah hamil dan melahirkan anak. Pada masa kini, peranan biologi ini tidak menghadkan kemampuan dan keupayaan golongan perempuan untuk mencari rezeki kepada keluarga. Ini menyebabkan bilangan mereka menjawat jawatan di sektor awam atau swasta semakin meningkat dari masa ke semasa. Begitu juga dengan penglibatan mereka dalam industri secara kecil-kecilan di rumah secara separuh masa seperti membuat kuih, keropok dan sebagainya tetapi pada masa yang sama mampu menjalankan tanggungjawab menjaga anak. Kegigihan mereka memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan dan menjana ekonomi keluarga.

    1.3

  • X TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 12

    Dalam konteks amalan kesihatan keluarga, peranan mereka termasuklah:

    Peranan perempuan seperti yang disebutkan perlu dipikul bersama oleh suami dan anak. Walaupun dalam masyarakat kita seorang suami dianggap sebagai seorang ketua dalam keluarga tetapi ini tidak bermakna tanggungjawab mengurus rumah tangga dan keluarga perlu diserah bulat-bulat kepada isteri.

    1.3.3 Stereotaip gender

    Stereotaip gender terutama dari aspek peranan terus menjadi isu perbualan. Dalam sistem komuniti yang diketuai oleh lelaki atau kaum bapa, stereotaip gender ini masih jelas diamalkan. Sejak usia muda lagi anak lelaki dididik untuk berperwatakan, budaya pakaian, komunikasi serta bersosial seperti seorang lelaki yang diharapkan oleh masyarakat secara lazimnya.

    Perwatakan dan budaya berpakaian serta penampilan yang terkeluar daripada ciri-ciri hakiki seorang lelaki dilihat sebagai satu masalah dalam gender, misalnya, lelaki pondan. Apabila sudah dewasa mereka diharap akan mampu mencari rezeki dan mengetuai keluarga sendiri.

    Anak perempuan akan dididik dengan nilai, peranan serta perwatakan seorang perempuan yang diterma secara lazim oleh masyarakat. Mereka dididik untuk bersifat lemah-lembut, bersopan-santun dan tahu serta mahir dalam menguruskan rumah tangga. Perempuan yang lebih menonjolkan ciri-ciri seorang lelaki akan dilabel sebagai tomboy.

    x Menjadi contoh kepada ahli keluarga yang lain berkaitan dengan amalan cara hidup sihat

    x Mempunyai hak yang sama dengan suami dalam menentukan isu yang berkaitan dengan kesihatan dan keluarga

    x Merancang dan menyediakan pemakanan dan makanan yang sihat kepada keluarga

    x Mengurus kebersihan di dalam dan luar rumah

    x Memastikan ahli keluarga yang sakit mendapat rawatan dan jagaan yang sebaik-baiknya

    x Mendidik anak berkaitan pencegahan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit

  • TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI W 13

    Walaupun golongan perempuan telah mencapai tahap pendidikan dan kerjaya setanding dengan lelaki, tetapi mereka masih perlu menjalankan tugas-tugas sebagai seorang isteri dan ibu. Walaupun perempuan memilih untuk hidup membujang tetapi ibu bapa atau masyarakat masih berharap agar seorang perempuan itu masih mampu menjalankan tugas-tugas seperti memasak dan mengemas rumah.

    Dalam dunia pekerjaan, stereotaip gender dilihat semakin berkurangan. Ramai perempuan yang mampu melaksanakan kerjaya yang sebelum ini dikuasai oleh lelaki. Misalnya bekerja sebagai anggota polis dan tentera.

    Topik ini telah memberi penjelasan kepada anda tentang perkara seperti berikut:

    Sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya memerlukan penjagaan yang betul.

    Tubuh manusia terdiri daripada beberapa bahagian iaitu: kepala-leher, dada, tangan, abdomen dan kaki.

    Bahagian-bahagian ini pula terbahagi kepada beberapa organ.

    Kita perlu mengetahui fungsi organ-organ supaya kita tahu bagaimana untuk menghargai dan menjaganya.

    Cara penjagaan tubuh meliputi penjagaan dalaman dan penjagaan luaran.

    Pengurusan kesihatan diri meliputi pengurusan kebersihan tubuh, pengurusan kebersihan pakaian, pengurusan tahap kesihatan, pengurusan pemakanan yang sihat, pengurusan berat badan serta pengurusan tekanan.

    Kesedaran dan amalan penjagaan tubuh perlu dididik oleh keluarga, di klinik kesihatan atau hospital dan juga di sekolah.

    SEMAK KENDIRI 1.1

    (a) Huraikan aspek-aspek pengurusan kesihatan diri yang baik. (b) Bincangkan bagaimana peranan amalan pengurusan pemakanan

    dan kecergasan fizikal membantu mengurangkan berat badan. (c) Jelaskan peranan lelaki dan perempuan dalam penjagaan kesihatan

    diri.(d) Kecelaruan gender menjadi satu isu sosial yang penting pada masa

    kini. Apakah peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah ini?

  • X TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 14

    Peranan setiap gender dalam masyarakat adalah sangat penting dalam menjaga kesihatan kita.

    Kementerian Kesihatan Malaysia. (1997). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi makan secara sihat. Kuala Lumpur.

    Kementerian Kesihatan Malaysia. (1998). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi senaman dan kecergasan fizikal. Kuala Lumpur.

    Kementerian Kesihatan Malaysia. (2000). Modul kempen cara hidup sihat: Promosi mental sihat. Kuala Lumpur.

    Masood Abdul Rashid dan Mohamad Ariffin Siri. (1985). Anatomi dan fisiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Kesihatan Pengurusan berat badan Penjagaan kesihatan Pemeriksaan kesihatan Kebersihan Kecergasan fizikal Pemakanan Menguruskan tekanan (Stress) Gender