KDK Topik 3

18
PENGENALAN Institusi keluarga adalah tunjang kepada kekuatan sesebuah negara. Jika ia tidak teguh maka lemahlah sesebuah negara. Keluarga yang sihat adalah tonggak kepada pembangunan insan sesebuah negara. Menyedari hakikat itu, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan „Program Kempen Cara Hidup Sihat‰ yang mempromosikan keluarga sihat sejak tahun 2001. Objektif kempen tersebut ialah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan rakyat Malaysia mengenai aspek kesihatan pemakanan, senaman, kesihatan pergigian, kesihatan reproduktif, kesihatan mental atau rohani. Penghayatan kepada nilai dan norma yang terkandung dalam amalan pendidikan kesihatan keluarga mampu melahirkan warga sekolah yang sihat. T T o o p p i i k k 3 3 Pendidikan Kesihatan Keluarga HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan definisi pendidikan kesihatan keluarga; 2. Menyenaraikan matlamat pendidikan kesihatan keluarga; 3. Menjelaskan aspek-aspek pendekatan pendidikan kesihatan keluarga; dan 4. Menghuraikan kandungan dalam pendidikan kesihatan keluarga.

description

Pendidikan Kesihatan Keluarga

Transcript of KDK Topik 3

  • X PENGENALANInstitusi keluarga adalah tunjang kepada kekuatan sesebuah negara. Jika ia tidak teguh maka lemahlah sesebuah negara. Keluarga yang sihat adalah tonggak kepada pembangunan insan sesebuah negara. Menyedari hakikat itu, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan Program Kempen Cara Hidup Sihat yang mempromosikan keluarga sihat sejak tahun 2001. Objektif kempen tersebut ialah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan rakyat Malaysia mengenai aspek kesihatan pemakanan, senaman, kesihatan pergigian, kesihatan reproduktif, kesihatan mental atau rohani.

    Penghayatan kepada nilai dan norma yang terkandung dalam amalan pendidikan kesihatan keluarga mampu melahirkan warga sekolah yang sihat.

    TTooppiikk33XPendidikanKesihatanKeluarga

    HASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menyatakan definisi pendidikan kesihatan keluarga;

    2. Menyenaraikan matlamat pendidikan kesihatan keluarga;

    3. Menjelaskan aspek-aspek pendekatan pendidikan kesihatan keluarga; dan

    4. Menghuraikan kandungan dalam pendidikan kesihatan keluarga.

  • TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA W 27

    Rajah 3.1: Kebersihan di sekolah Sumber: Berita Harian, 13 Ogos 2007

    PENGENALAN

    3.1.1 Definisi

    Definisi pendidikan kesihatan keluarga adalah berkait dengan definisi pendidikan kesihatan. Terdapat beberapa definisi berkenaan pendidikan kesihatan yang diutarakan oleh beberapa orang pakar. Berikut adalah tiga definisi pendidikan kesihatan.

    3.1

    Health education is any combination of learning experiences designed to facilitate voluntary adaptions of behavior conducive to health. (Green, 1980).

    Health promotion is the process of enabling people to increase control over, and to improve their health. To reach a state of complete physical, mental and social well-being, an individual or group must be able to identify and realise aspirations, to satisfy needs and change or cope with the environment. Health is therefore seen as a resource for everyday life, not the objective of living. Health is a postive concept emphasizing social and personal resources, as well as physical capacities. Therefore, health promotion is not just the responsibility of the health sector, but goes beyond health lifestyles to well-being. (Ottawa Charter for Health Promotion, 1986).

    AKTIVITI 3.1

    Bincangkan kepentingan institusi keluarga dalam penjagaan kesihatan.

  • X TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 28

    Daripada definisi tersebut, kita boleh membuat kesimpulan bahawa pendidikan kesihatan adalah proses perubahan tingkah laku yang berlaku dalam lingkungan individu dan komuniti.

    Pendidikan kesihatan keluarga bertujuan untuk meningkatkan status kesihatan ke peringkat yang optimum melalui usaha dan kemampuan setiap ahlinya.

    Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga, kesihatan dilihat bukan sebagai suatu matlamat yang ingin dikejar tetapi ia dijadikan sebagai suatu amalan kehidupan seharian. Pendek kata, ia melibatkan usaha-usaha setiap ahli dalam keluarga itu untuk mencapai tahap kesihatan yang baik demi untuk kesejahteraan mereka. Berikut adalah elemen keluarga sihat yang menjadi teras dalam pendidikan kesihatan keluarga:

    Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001.

    Dalam pendidikan kesihatan keluarga, cara hidup sihat adalah satu aset untuk kehidupan seharian. Kita perlu mencapai dan mengekalkan kesihatan yang baik supaya kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan mudah dan yang terbaik mengikut kemampuan kita. Oleh itu, pendidikan kesihatan keluarga bukan setakat melihat kepada aspek kesihatan sahaja tetapi perlu melihat kepada aspek ekonomi dan sosial.

    Health promotion is social, educational and political action that enhances public awareness of health, fosters healthy lifestyles and community action in support of health and empowers people to exercise their rights and responsibilities in shaping environment, systems and policies that are conducive to health and well-being. (World Health Organisation, 1994).

    Mengamalkan nilai moral dan agama Mengamalkan amalan-amalan sihat seperti pemakanan sihat dan

    melakukan aktiviti senaman atau fizikal Mengamalkan kesihatan reproduktif yang optimum bagi memastikan

    kestabilan dan kesinambungan keluarga Mempunyai kesihatan mental dan emosi seimbang Berkongsi masa lapang Memupuk sokongan sosial Mempunyai pendapatan yang mencukupi Mempunyai keselamatan emosi

  • TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA W 29

    3.1.2 Matlamat

    Matlamat pendidikan kesihatan keluarga ialah untuk meningkatkan pengetahuan, sikap serta kemahiran dalam mengamalkan tingkah laku yang sihat supaya dapat menuju atau mencapai taraf kesihatan keluarga yang optimum. Keluarga sihat ditakrifkan sebagai keluarga yang memenuhi keperluan fizikal, psikologikal, sosial dan kerohanian ahli-ahlinya. Dengan memenuhi keperluan asas ini, keluarga boleh mencapai kesejahteraan optimum daripada segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001). Ini mampu melahirkan generasi rakyat Malaysia yang sihat dan cergas pada masa akan datang.

    3.1.3 Objektif

    Apakah objektif pendidikan kesihatan keluarga? Antaranya ialah:

    PENDEKATAN

    Pendekatan pendidikan kesihatan keluarga merujuk kepada bagaimana usaha-usaha untuk mengubah tingkah laku atau penyampaian sesuatu maklumat, sikap atau kemahiran itu dilakukan.

    3.2

    x Mengubah tingkah laku kesihatan daripada aspek pengetahuan, sikap dan amalan ke arah mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan amalan cara hidup yang tidak sihat.

    x Melihat peranan keluarga dalam konteks yang lebih makro iaitu pembangunan sesebuah negara. Jika institusi keluarga sihat, masyarakat sihat dan negara pun sihat.

    x Keluarga sebagai salah satu segmen utama sesebuah masyarakat dalam menyalurkan input berkaitan mesej-mesej kesihatan sama ada daripada pihak kerajaan, swasta ataupun pihak badan bukan kerajaan (NGOs).

    x Meningkatkan tahap literasi kesihatan (health literacy) dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu keupayaan setiap ahli keluarga seperti ibu bapa dan anak untuk mencapai, menilai dan memahami maklumat asas kesihatan yang disampaikan serta bagaimana mereka menggunakan maklumat tersebut ke arah mencapai tingkah laku kesihatan yang dikehendaki (Conttrell, Girvan & Mckenzie, 2002).

  • X TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 30

    3.2.1 Merentas Kurikulum

    Amalan cara hidup sihat bukan setakat diamalkan dalam bilik darjah semasa subjek Pendidikan Kesihatan atau Pendidikan Jasmani tetapi diamalkan dengan warga sekolah dan dengan ahli keluarga di rumah. Pendek kata, sekolah dan rumah umpama tempat untuk menanam benih amalan cara hidup sihat dalam kalangan pelajar. Di sekolah, seseorang pelajar mempunyai peranan dan tanggungjawab ke arah mencapai status kesihatan yang positif. Di rumah, mereka mempunyai peranan untuk membantu ahli keluarga yang lain untuk memastikan suasana rumah adalah sihat. Mereka bukan setakat mempelajari setiap ilmu yang berkaitan dengan kesihatan semata-mata untuk lulus tetapi perlu mengamalkan apa yang dipelajari di sekolah dan rumah. Nilai ini juga perlu dipupuk melalui sokongan sosial misalnya melalui peranan persatuan ibu bapa guru (PIBG) serta persekitaran yang sihat dan kondusif ke arah melahirkan warga sekolah yang sihat.

    Jika dilihat secara lebih terperinci, skop pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan keluarga secara tidak langsung disentuh juga dalam matapelajaran seperti pendidikan moral, agama dan sains. Pendek kata, pengajaran dan pembelajaran pendidikan kesihatan keluarga perlu dilihat secara holistik dalam membina jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seseorang pelajar.

    Mari kita lihat bagaimana pendidikan kesihatan keluarga merentas kurikulum melalui dua pendekatan, iaitu:

    Rajah 3.2: Pendekatan merentas kurikulum

    (a) PPendekatan Integrasi Pendekatan integrasi melibatkan kaedah dan teknik pengajaran dan

    pembelajaran dirangkum dalam satu pendekatan yang lebih luas dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga. Ini selaras dengan matlamat pendidikan negara iaitu untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara serta boleh memberi sumbangan untuk kemajuan negara dan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum (Mok Soon Sang, 2004).

  • TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA W 31

    Kita harus ingat bahawa pelajar memiliki latar belakang yang pelbagai daripada segi kumpulan etnik, taraf sosioekonomi, sekolah bandar atau luar bandar, kemudahcapaian kepada kemudahan seperti internet serta prasarana sekolah yang konduksif kepada pengajaran dan pembelajaran. Dengan mengambil kira perkara ini dalam pengajaran dan pembelajaran seseorang guru itu hendaklah sentiasa sensitif dan peka terhadap perubahan yang berlaku dan mengubahsuai pengajaran dan pembelajaran dengan keadaan setempat dan keadaan semasa. Ini bermakna pendekatan yang kita gunakan ttidak statik tetapi dinamik.

    (b) PPendekatan Bersepadu Pendekatan bersepadu menggabungkan pelbagai kaedah dan cara untuk

    menyampaikan sesuatu pengetahuan, sikap yang positif dan kemahiran. Jangan lupa bahawa pendidikan kesihatan keluarga adalah berkisar tentang peranan dan tanggungjawab setiap ahli keluarga. Oleh itu, dalam aspek pengajaran dan pembelajaran perkara ini mestilah diambil kira. Pelajar hendaklah didedahkan dengan pengalaman seperti tingkah laku kesihatan yang diingini atau positif.

    Setiap pengalaman ini pula didedahkan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat membuat penilaian berdasarkan kepada tahap jjasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) masing-masing.

    Dalam konteks pendidikan kesihatan keluarga, terdapat pengajaran dan pembelajaran yang bersepadu dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS). PBSS adalah sebuah program kesihatan secara bersepadu yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas. PBSS merangkumi pelbagai topik kesihatan seperti penjagaan kesihatan diri, program pencegahan denggi, pencegahan HIV/AIDS serta amalan cara hidup sihat yang diajar secara bersepadu di sekolah rendah dan menengah. Ia menjadikan kesihatan sebagai satu aspek yang tidak diasingkan tetapi diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    Pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu akan melibatkan kemahiran seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pendekatan bersepadu melibatkan aspek kesihatan disentuh dalam subjek-subjek lain seperti agama, moral, bahasa dan sebagainya. Setiap pelajar mempunyai minat untuk belajar sama ada ianya dibuat secara individu atau berkumpulan. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dapat memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menunjukkan bakat dan memperkembangkan potensi masing-masing.

  • X TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 32

    3.2.2 Tumpuan kepada Teknik

    Pemilihan teknik dalam pendidikan kesihatan keluarga bergantung kepada banyak faktor. Ini termasuk faktor-faktor kemampuan pelajar untuk memahami apa yang diajar, kemudahan alat bantu mengajar yang sedia ada serta latar belakang keluarga.

    Kepelbagaian teknik dapat meningkatkan daya penerimaan seseorang pelajar. Berikut adalah beberapa teknik yang boleh digunakan dalam pendidikan kesihatan keluarga.

    Jadual 3.1: Teknik yang digunakan dalam pendidikan kesihatan keluarga

    Teknik Keterangan Penerokaan Pelajar mempelajari apa yang diteroka melalui kajian kes,

    pencarian di internet, perpustakaan dan mendapatkan maklumat daripada hospital dan klinik.

    Proses pembelajaran melalui penerokaan akan memupuk inquiry learning seseorang pelajar. Maknanya mereka akan mencari, membentuk dan menguji andaian-andaian mereka.

    Penerokaan menjadikan pelajar bebas mendapatkan maklumat. Guru adalah sebagai fasilitator.

    Penerokaan memberi peluang kepada pelajar melakukan sesuatu dengan kreativiti selain daripada daya intelek. Ia juga dapat memupuk semangat kerjasama dengan orang lain. Begitu juga menghargai ilmu yang mereka cari.

    Lawatan Contoh melawat ke klinik atau hospital. Lawatan memberi peluang kepada seseorang melalui

    pengalaman sebenar. Misalnya, pengalaman melawat pesakit di wad akan memberi pengalaman baru berkenaan penderitaan seseorang apabila menghidap sesuatu penyakit.

    Projek Membuat projek seperti sudut pendidikan kesihatan di sekolah.

    Kemahiran yang diperlukan dalam kalangan pelajar ialah mengumpul bahan, mengolah bahan dan memupuk kreativiti untuk mempersembahkan bahan tersebut.

    Penggunaan alat atau bahan multimedia

    Penggunaan poster, risalah, CD atau VCD yang berkaitan dengan kesihatan.

  • TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA W 33

    3.2.3 Kefahaman Diri dan Orang Lain

    Pendidikan kesihatan bukan setakat berfokus kepada diri sendiri tetapi perlu melihat kepada orang lain. Dalam pendidikan kesihatan keluarga, seseorang itu perlu melihat diri beliau dikelilingi oleh individu atau kumpulan lain.

    Individu berperanan sebagai seorang pelajar biasa atau pengawas di sekolah dan sebagai seorang abang atau kakak di rumah. Kita sedia maklum bahawa pendidikan kesihatan keluarga melibatkan kita berinteraksi dan bersosial dengan orang lain.

    Dalam masyarakat berbilang kaum dan sistem kepercayaan, pemahaman kita terhadap orang lain adalah unsur penting dalam konteks proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Ia dapat mengelak sikap etnosentrisme dalam kalangan pelajar dan guru iaitu satu sikap menilai cara hidup orang lain berdasarkan pemahaman diri.

    Pendidikan kesihatan keluarga menjurus kepada pemahaman kita terhadap budaya orang lain. Justeru, ia juga dapat memperkayakan lagi pengetahuan kita tentang diri kita sebagai rakyat Malaysia.

    KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

    Mari kita tinjau kandungan pendidikan kesihatan keluarga. Ianya merangkumi:

    Rajah 3.3: Kandungan Pendidikan Kesihatan Keluarga

    3.3

    AKTIVITI 3.2Huraikan pendekatan bersepadu dan integrasi dalam pendidikan kesihatan keluarga.

  • X TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 34

    3.3.1 Tubuh Badan Manusia

    Tubuh badan manusia terbahagi kepada beberapa sistem. Dalam setiap sistem terdapat beberapa organ dan jaringan yang mempunyai peranan tersendiri.

    Sebagai sebuah sistem, setiap organ dan jaringan saling bergantungan di antara satu sama lain tetapi mempunyai matlamat yang sama iaitu mengekalkan keseimbangan.

    Bahagaian Badan Peranan Sistem Rangka x Memberi sokongan, perlindungan dan struktur kepada

    organ-organ Sistem Penghadaman x Memproses makanan yang diambil daripada mulut, perut,

    pankreas, esofagus, hati dan usus. Segala zat makanan diambil untuk digunakan oleh tubuh.

    Sistem Otot x Pergerakan anggota tubuh badan. Sistem Limfatik x Pemindahan limfa di antara tisu dan darah. Sistem Endokrin x Suatu bentuk komunikasi dalam badan menggunakan

    hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar hormon seperti hipotalamus, kelenjar tiroid, kelenjar adrenal dan sebagainya.

    Sistem Saraf x Mengumpul, menghantar dan memproses maklumat di antara otak, saraf tunjang, saraf pheriferal dan saraf.

    Sistem Kardiovaskular x Mengepam dan menghantar darah dalam badan. Sistem Reproduktif x Mengandungi organ reproduktif lelaki dan perempuan. Sistem Perkumuhan x Keseimbangan bendalir dalam badan, perkumuhan air

    kencing serta keseimbangan elektrolit. Sistem Respiratori x Membolehkan proses pernafasan dilakukan dengan

    melibatkan organ seperti paru-paru.

    Tubuh badan manusia juga terdiri daripada ciri-ciri luar yang dapat dilihat seperti kulit, muka, hidung, telinga, mata, gigi, rambut, tangan, kaki dan kuku.

    3.3.2 Kesihatan Diri dan Keluarga

    Tunjang utama kepada kesihatan diri dan keluarga ialah amalan cara hidup sihat. Perubahan penyakit pada masa dahulu dengan masa kini ialah daripada penyakit berjangkit seperti malaria, kolera dan taun kepada penyakit yang berkaitan dengan cara hidup yang tidak sihat seperti penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi, kanser dan buah pinggang.

    Amalan cara hidup sihat dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit seperti ini. Amalan kesihatan diri dalam konteks sesebuah keluarga perlu melihat

  • TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA W 35

    peranan setiap ahli dalam sesebuah keluarga. Keluarga yang sihat melahirkan anak yang sihat.

    Kesihatan diri dan keluarga berfokus kepada:

    (a) KKebersihan Tubuh Badan Kebersihan tubuh badan meliputi penjagaan kkebersihan rambut, kkesihatan

    gigi, ttangan, mmuka, kkaki dan kkulit. Penjagaan kebersihan tubuh badan ialah melalui mandi, memotong kuku, memberus gigi serta membasuh tangan.

    (b) AAmalan Pemakanan Sihat Amalan pemakanan sihat dalam sesebuah

    keluarga memerlukan perancangan, penyediaan dan penyajian makanan yang seimbang untuk keluarga. Makanan yang sihat tidak semestinya makanan yang mahal.

    Misalnya, buah-buahan yang penuh berzat tidak semestinya buah-buahan import seperti epal atau anggur tetapi buah-buahan tempatan seperti betik, pisang dan limau.

    Berikut adalah beberapa panduan pemakanan sihat yang perlu diikuti berdasarkan piramid makanan:

  • X TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 36

    Rajah 3.4 : Piramid Makanan Malaysia Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001.

    (c) MMelakukan Aktiviti Senaman dan Kecergasan Fizikal Aktiviti fizikal ialah sebarang aktiviti yang

    melibatkan pergerakan anggota badan serta menggunakan tenaga. Ia amat penting untuk meningkatkan tahap kecergasan dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari seperti penyakit jantung, angin ahmar, darah tinggi, kencing manis dan obesiti.

    Amalkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan setiap sesi sekurang-kurangnya selama 30 minit. Jika kita tidak dapat melakukannya kerana kesibukan di tempat kerja, jangan berputus asa tetapi amalkan tabiat berjalan kaki, berkebun, mencuci kereta atau naik tangga tanpa menggunakan lif. Amalan ini juga boleh merupakan satu bentuk senaman.

    (d) AAmalan Kesihatan Mental yang Baik Pengurusan stres atau tekanan merupakan salah satu

    komponen kesihatan yang amat penting. Stres perlu diurus dengan bijak. Kita tidak dapat mengelakkan stres sama ada di tempat kerja atau di rumah.

    Amalkan pemikiran dan sikap sebagai salah satu langkah ke arah kesihatan mental yang baik. Berikut adalah beberapa kaedah pengurusan stres yang dapat menjamin kesihatan mental kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

  • TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA W 37

    Bagaimanakah caranya untuk menangani stres? Ianya boleh dilakukan dengan teknik penyelesaian masalah yang efektif. Berikut adalah kaedah yang boleh digunakan untuk mengurus atau menyelesaikan masalah:

    Rajah 3.5: Kaedah IDEAL untuk mengurus masalah Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001.

    Satu lagi cara untuk mengamalkan kesihatan mental yang baik ialah menangani kemarahan. Kaedah 3B boleh digunakan untuk menangani kemarahan.

  • X TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 38

    Rajah 3.6: Kaedah 3B untuk menangani kemarahan Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001.

    (e) TTidak Merokok Merokok merupakan salah satu amalan yang

    meningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan kencing manis. Di samping itu, amalan merokok yang tidak sihat ini juga membazirkan!

    Merokok bukan setakat membahayakan si perokok tetapi orang lain di sekeliling mereka. Ini dinamakan sebagai perokok pasif.

  • TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA W 39

    Walaupun mereka tidak merokok tetapi boleh menghidu asap rokok yang dihembuskan oleh perokok. Mereka mungkin ahli keluarga seperti anak atau isteri atau mungkin rakan pejabat. Mari kita lihat apakah kebaikan yang akan diperolehi oleh seseorang yang tidak merokok.

    Rajah 3.7: Panduan Berhenti Merokok Sumber: Risalah Tak Nak Merokok

    (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2003)

    Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat atau panduan berhenti merokok daripada klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran. Anda juga boleh melayari laman web di www.infosihat.gov.my

    Rajah 3.8: Merokok membawa maut Sumber: Berita Harian, 16 November 2007

  • X TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 40

    (f) PPenjagaan Kesihatan Ibu dan Anak Komponen-komponen dalam penjagaan kesihatan ibu dan anak ialah:

    (i) PPerancangan Keluarga Pasangan suami isteri perlu bijak

    mengurus dan merancang keluarga mengikut kemampuan ekonomi dan sosial. Khidmat nasihat secara profesional berkaitan perancangan keluarga boleh diperoleh daripada pakar kesihatan keluarga di klinik kesihatan kerajaan, hospital kerajaan atau hospital swasta.

    Pada masa kini, tanggungjawab kepada keluarga bukan setakat memenuhi keperluan asas tetapi memberi pendidikan dan penjagaan kesihatan yang secukupnya kepada anak-anak. Anak-anak mesti mempunyai pendidikan berkualiti, penjagaan kesihatan menyeluruh dan mengamalkan tingkah laku yang sihat.

    (ii) KKesihatan Ibu Hamil dan Selepas Bersalin Pemeriksaan secara berkala semasa hamil amat

    penting. Masalah awal atau komplikasi semasa hamil boleh dirawat jika dikenal pasti dengan lebih awal.

    Amalan pemakanan sihat penting untuk si ibu dan bayi dalam kandungan dan selepas bersalin. Begitu juga dengan sokongan suami dari segi emosi sebelum dan selepas isteri bersalin.

    Ibu-ibu terutamanya yang pertama kali hamil perlu mendapatkan maklumat yang secukupnya berkaitan penjagaan kesihatan ibu hamil dan cara-cara bersalin. Mereka tidak harus terpengaruh dengan petua atau pantang-larang yang boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi yang dilahirkan. Penyusuan susu ibu harus diberi kepada bayi untuk sekurang-kurangnya enam bulan pertama.

    (iii) KKesihatan bayi Penjagaan kesihatan bayi untuk dua tahun pertama memerlukan

    mereka dibawa ke klinik kesihatan secara berkala untuk mendapat suntikan imunisasi dan pemeriksaan fizikal.

  • TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA W 41

    Amalan pemakanan yang sihat, kebersihan dan pemberian imunisasi secara berkala amat penting untuk menjamin kesihatan bayi. Dalam tempoh usia satu tahun pertama bayi amat mudah dijangkiti penyakit. Pemberian imunisasi dapat memberi mereka perlindungan daripada penyakit berjangkit seperti polio, tetanus (kancing gigi), difteria, campak, hepatitis B dan tibi.

    Pemeriksaan berat badan bertujuan untuk melihat perkembangan bayi mengikut bulan. Di samping itu, doktor atau jururawat akan menguji gerak balas bayi terhadap rangsangan.

    (g) PPeranan Keluarga Andaian kita terhadap sesebuah keluarga ialah bapa sebagai ketua

    keluarga manakala ibu sebagai penjaga. Anak perempuan atau anak lelaki mempunyai peranan untuk mengikut apa yang disuruh oleh ibu bapa.

    Namun peranan ini semakin berubah dengan bertambahnya kes-kes perceraian. Ini mewujudkan istilah ibu tunggal atau bapa tunggal. Di samping itu, isu-isu seperti remaja lari dari rumah kerana pelbagai faktor seperti penderaan, perpecahan rumah tangga, inginkan kebebasan atau terjebak dengan gejala yang tidak sihat.

    Isu anak-anak menghantar ibu bapa yang sudah tua atau meninggalkan mereka di rumah orang tua atas alasan tidak ada masa untuk menjaga mereka sering berlaku.

    (h) IInstitusi Perkahwinan Perkahwinan menjadi isu apabila ia tidak dilakukan mengikut nilai dan

    norma sesebuah masyarakat. Antara isu-isu tersebut adalah seperti berkahwin atas dasar paksaan, kahwin lari kerana tidak dipersetujui oleh ibu bapa serta perceraian. Persoalan juga timbul seperti ingin berkahwin tetapi tidak bersedia dari segi kewangan dan emosi. Individu sama ada lelaki atau wanita yang semakin lewat berkahwin atau langsung tidak berkahwin juga merupakan salah satu isu yang kerap dibincangkan.

    3.3.3 Nilai Moral Dan Agama

    (a) SSeksualiti Isu-isu berkaitan dengan masalah kesihatan seksualiti seperti kehamilan

    remaja, kes membuang anak, kes rogol, pencabulan, homoseksual dan sumbang mahram sering menjadi topik hangat perbincangan.

  • X TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA 42

    (b) GGender Isu-isu yang berkaitan dengan peranan gender pula adalah seperti

    bertingkah laku melampaui batas dari nilai dan norma yang ditetapkan oleh masyarakat sebagai sesuai untuk lelaki dan perempuan.

    Topik ini telah memberi penjelasan kepada anda tentang perkara seperti berikut:

    Pendidikan kesihatan secara umumnya bertujuan untuk memberi maklumat dan memupuk sikap positif terhadap sesuatu perkara.

    Melalui pengetahuan dan sikap positif, seseorang itu akan cenderung untuk berubah kepada suatu bentuk tingkah laku yang positif atau tingkah laku yang dikehendaki.

    Pendidikan kesihatan keluarga merupakan satu bidang yang berteraskan peranan dan tanggungjawab setiap ahli dalam institusi keluarga.

    Aspek-aspek pendekatan pendidikan kesihatan keluarga merentas kurikulum merangkumi pendekatan integrasi dan pendekatan bersepadu.

    Kandungan pendidikan kesihatan keluarga merangkumi tubuh badan manusia, kesihatan diri dan keluarga serta nilai moral dan agama.

    Literasi kesihatan (health literacy) Kesihatan diri Pendekatan bersepadu Kesihatan keluarga Pendekatan integrasi Cara hidup sihat Pendidikan kesihatan Penjagaan kesihatan Kesihatan Piramid makanan

    SEMAK KENDIRI 3.3

    Huraian isu-isu sosial yang berkait dengan masalah keruntuhan rumah tangga.

  • TOPIK 3 PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA W 43

    Cottrell, R. R., Girvan, J. T., & Mckinzie, J. F. (2002). Principles and foundations of health promotion and education. Boston: Pearson Education.

    Green, L. W. (1980). Health education planning. A diagnostic approach.Palo Alto: Mayfield Publishing Company.

    Mok Soon Sang. (2004). Pengantar pendidikan teras. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

    Kementerian Kesihatan Malaysia. (2001). Sihat sepanjang hayat. Kuala Lumpur.