Ke Arah Anak Derhaka

32
Menyelusuri kehidupan KE ARAH ANAK DERHAKA KE ARAH ANAK DERHAKA

Transcript of Ke Arah Anak Derhaka

Page 1: Ke Arah Anak Derhaka

Menyelusuri kehidupan

KE ARAH ANAK DERHAKA

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 2: Ke Arah Anak Derhaka

Siapa itu bonda?

Dialah manusia istimewa Yang mengandungkan kita

Bermula...

Dengan muntah dan loya Sakit pening mula terasa

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 3: Ke Arah Anak Derhaka

Tatkala kepastian sudah ada

Bukannya muntah loya biasa

Hati bonda begitu teruja

Pelbagai pantang larang dijaga

Bertahan dari sesuatu yang disuka

Walaupun dari makanan yang paling selera

Khuatir terkesan oleh janin yang berada

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 4: Ke Arah Anak Derhaka

Bekerja keras kadang-kadang terpaksa Demi menampung keperluan belanja Kelahiran yang bakal tiba

Bukan bil rawatan semata

Tapi pembelian pakaian juga

Bantal dan tilam perlu ada

Sehinggalah lampin pakai buang siap sedia

Kalau boleh tiada ketinggalan satu pun jua

Masa kelahiran semuanya sempurna belaka

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 5: Ke Arah Anak Derhaka

9 bulan tempoh masa

Kelemahan demi kelemahan kian terasa

Sarat sudah tidak bermaya

Semakin terbatas pergerakkannya

Keadaan memaksa rela

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 6: Ke Arah Anak Derhaka

Tatkala saat kelahiran muncul tiba

Berlaku komplikasi secara tiba-tiba

Di hujung tanduk nyawa berada

Hendak diselamatkan yang mana?

Anak atau bonda?

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 7: Ke Arah Anak Derhaka

Jika ditanya kepada doktor yang ada

Sudah tentu nyawa ibu lebih utama

Tapi.. jika dimaju soalan yang sama Pada yang bernama bonda

Berbuat demikian tak kan direla

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 8: Ke Arah Anak Derhaka

Nyawa anak lebih lagi diutama

Rela diri pergi selama-lamanya

Galang ganti diri dengan nyawa

Biarlah anak melihat dunia

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 9: Ke Arah Anak Derhaka

Kelahiran sudah Alhamdulillah

Kesukaran berlepas lalu telah

Terukir senyuman begitu indah

Melihat anak berada disebelah

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 10: Ke Arah Anak Derhaka

Pelbagai pantang kian bertambah

Jika tidak kesihatan bermasalah

Yang penting anak dijaga penuh tabah

Kerana ianya adalah anugerah

Dari Allah tempat berserah

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 11: Ke Arah Anak Derhaka

Seakan sudah lumrah alam

Tidurnya bayi di kala siang

Jaganya pula di kala malam

Bersengkang mata malam dan siang

Untuk susukan bayi tersayang

Bonda pasrah mengikut keadaan

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 12: Ke Arah Anak Derhaka

Berak kencing sudah kebiasaan

Dibersihkan tanpa geli geleman Itulah rutin kehidupan seharian

Agar selesa dalam pembesaran

Begitu penat dan lelah badan

Lain tak bukan

Demi anak bonda tiada perkiraan

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 13: Ke Arah Anak Derhaka

Di kala waktu sakit dan demam

Sungguh bonda tidak keruan

Mencari penawar dan ubat-ubatan

Makan minum bukan tumpuan

Yang penting anak dalam jagaan

Takut panas di luar kebiasaan

Bersengkang mata siang dan malam

Walau letih tidak digambarkan

Demi anak bonda sanggup berkorban

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 14: Ke Arah Anak Derhaka

Apabila berada di alam sekolah

Segala persiapan lengkap sudah

Ulang alik tiada masalah

Demi ilmu jangan beralah

Jika tidak, rasa bersalah

Menyesal tak kan sudah

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 15: Ke Arah Anak Derhaka

Tatkala masuk asrama sekolah

Perbelanjaan kian bertambah

Itu semua tiada masalah

Biarpun tersekat perbelanjaan rumah

‘Ikat perut sudah lumrah’

Demi anak bonda berhemah

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 16: Ke Arah Anak Derhaka

Airmata mengalir tanpa disangka

Mengenang anak jauh dimata

Makan minum tak dapat dijaga

Yang penting ilmunya penuh di dada

Bakal bekal di hari muka

Agar Berjaya dalam kerjaya

Tidak seperti ayahnda bonda

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 17: Ke Arah Anak Derhaka

Yang peliknya

Bila sudah bergelar remaja

Tiada siapa yang rela

Membantu ibu mengurus kerja

Diantara mereka sesama mereka

Hanya menuding jari sahaja

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 18: Ke Arah Anak Derhaka

Dari hal mengelap meja

Hingga memasak rutin biasa

Tambah adab langsung tiada

Hidangan siap tersedia belaka

Hingga dipanggil menjamu selera

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 19: Ke Arah Anak Derhaka

Yang peliknya

Bila sudah bergelar remaja

Pakaian masih dibasuh bonda

Hatta.. Mencuci kasut kotornya

Semuanya dibuat oleh bonda

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 20: Ke Arah Anak Derhaka

Kerana anak sangat dimanja

Tiada punya banyak masa

Yang rajin suka membaca

Yang malas bermain komputer

Yang lalai menonton tv sahaja

Tanpa kasihan bonda bekerja

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 21: Ke Arah Anak Derhaka

Yang peliknya

Bila sudah bergelar remaja

Tiada yang mendengar kata

Oh Tuhan yang Maha Esa

Di mana cacat di mana cela

Sepanjang tempoh menjaga

Dari kecil hingga remaja

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 22: Ke Arah Anak Derhaka

Yang peliknya

Bila sudah bergelar remaja

Nafsu syaitan bermaharajalela

Kesalahan mengundang bicara

Jangan sekali ditegur sapa

Menengking perkara biasa

Tak kira ayah atau bonda

Semua sama belaka

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 23: Ke Arah Anak Derhaka

Yang hairan sememang hairan

Bila bonda sakit dan demam

Tiada anak yang ambil perhatian

Tiada yang menjaga hal ubat-ubatan

Tiada yang menyuap makanan

Tiada hal yang dirisaukan

Hanya mengundang rasa kesusahan

Kerana keperluan tak dapat disediakan

Oleh bonda yang kemelaratan

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 24: Ke Arah Anak Derhaka

Wahai anakku...

Tidakkah kamu merasa malu

Kerana diri sentiasa mengaku

Bahawa baiknya tingkah laku

Sedang tidak pun dapat membantu

Di kala ibu begitu perlu

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 25: Ke Arah Anak Derhaka

Wahai anakku..

Tidak ingatkah kisah lalu

Perit jerih seorang ibu

Kasih sayang diberi selalu

Tanpa rungutan untuk dibantu

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 26: Ke Arah Anak Derhaka

Wahai anakku...

Di mana salah silapku

Kenapa begini balasanmu

Tidak mendengar nasihat ibu

Hanya menaruh harapan palsu Memberi panas perut ibu

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 27: Ke Arah Anak Derhaka

Wahai anakku...

Rindunya pada waktu

Di mana engkau mengasihi ibu

Seperti belaian ibu selalu

Di kala kecil selalu mengadu

Sebagai tempat pujuk rayu

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 28: Ke Arah Anak Derhaka

Wahai anak tak tahu malu...

Sedarilah dirimu

Sedang melangkah menuju

Ke destinasi syahdu

Iaitu.....

Derhaka pada ibu

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 29: Ke Arah Anak Derhaka

Wahai anak ku...

Jangan derhaka pada ibuIngatlah akan janji manismu

Jangan sekali mencabar ibuAkibat buruk akan berlaku

Betul-betul ibu merayuTakut ibu tidak merestu

Kelak nanti Akhir hayatmuTak terucap syahadah dari lidahmu

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 30: Ke Arah Anak Derhaka

Akhirnya wahai anakku

Adakah akan sampai waktu itu

Erti sebenar taubat padamu

Pada Allah ibu mengadu

Moga terkabul segala di qolbu

Sebelum ajal mendahulu

Betapa kasihnya seorang ibu

Dalam doa diiring selalu

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 31: Ke Arah Anak Derhaka

Sekian Terima Kasih

KE ARAH ANAK DERHAKA

Page 32: Ke Arah Anak Derhaka

Skrip & Penceritaan:

Rosmat Rabu UiTM Sabah

KE ARAH ANAK DERHAKA