Peranan Masjid ke Arah Menyediakan Penginapan Patuh Syariah untuk Musafir
Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
-
Upload
ensiklopedia-pendidikan-malaysia -
Category
Documents
-
view
232 -
download
0
Transcript of Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
1/26
KE ARAH MAHKAMAH SYARIAH PERSEKUTUAN
Kertas ini telah dibentangkan dalam Persidangan Jawatankuasa Teknikal Undang-
Undang Syarak dan Sivil dengan Penasihat Undang-Undang dan Pengarah Jabatan
Agama Islam Negeri-Negeri Kali Kelima).
Tiga perkara yang penting di mana kuasa membuat undang-undang diberi kepada
Badan Undangan Negeri dan yang termasuk di bawah senarai Negeri mengikut
Perlembagaan Persekutuan ialah tanah, Kerajaan Tempatan dan Undang-Undang Islam
dan Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga orang yang menganut agama
Islam. walau bagaimanapun di bawah perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan
diperuntukkan bahawa -
"Parlimen boleh, bagi maksud hanya menentukan persamaan undang-undang dandasar membuat undang-undang mengenai pemegang tanah, perhubungan antara tuan
tanah dan penyewa, pendaftaran hak milik dan surat ikatan berhubung dengan tanah,
pindah milik tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian mengenai tanah, ismen dan lain-
lain hak dan kepentingan mengenai tanah, mengambil tanah dengan paksa, mengenai
kadar dan penilaian tanah dan KerajaanTempatan; dan fasal (1)(b) dan (3) tidak boleh
dipakai bagi apa-apa undang-undang mengenai mana-mana perkara itu".
Keperluan untuk mengadakan persamaan undang-undang dan dasar dalam bidang
tanah dan kerajaan tempatan telah menyebabkan adanya Kanun Tanah Negara 1965,
Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Dalam perkara
Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menagnut agama
Islam, perundangan setakat ini telah dibuat oleh negeri-negeri, kecuali bagi Wilayah-
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, di mana undang-undang boleh dibuat
di bawah butiran 1 (a) Senarai Persekutuan bagi Jadual Kesembilan yang menyebut -
"Kerajaan dan pentadbiran Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan
termasuk Hukum Syarak di dalamnya setakat yang sama seperti yang diperuntukkan
dalam butiran 1 dalam senarai Negeri'.
Butiran 8 dalam Senarai 2 (Senarai Negeri) Jadual Kesembilan memberi kuasa kepada
Badan Perundangan Negeri antara lain membuat peruntukan mengenai "keanggotaan,
penyusunan dan acara bagi Mahkamah-Mahkamah Syariah yang akan mempunyai
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
2/26
bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya mengenai
mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai
bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh Undang-
Undang Persekutuan".
Dengan adanya beberapa undang-undang yang berlainan mengenai Mahkamah
Syariah dan undang-undang itu dibuat oleh Badan Perundangan Negeri telah timbul
banyak kesukaran. Undang-undang itu tidak seragam dan Badan Perundangan Negeri
hanya boleh menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Syariah dengan bidang kuasa terhad
kepada negeri berkenaan sahaja. Sistem aturan dan organisasi Mahkamah-Mahkamah
Syariah khususnya mengenai rayuan berbeza dari satu negeri dengan negeri lain.Tiap-
tiap negeri mempunyai Mahkamah Rayuannya sendiri dan tidak ada usaha diambiluntuk mengadakan undang-undang bersamaan (common law) bagi Mahkamah Syariah
di Malaysia. Kuasa Mahkamah Syariah Negeri dihadkan mengenai kesalahan jenayah
oleh undang-undang Persekutuan iaitu Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa
Jenayah). Terdapat kesukaran menyampaikan saman dan waran di luar negeri di mana
ia dikeluarkan dan menguatkuasakan keputusan Mahkamah Syariah dalam satu negeri
di luar negeri itu. Khususnya perintah nafkah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah
sesuatu negeri tidak boleh dikuatkuasakan di luar negara itu dan ini terdapat mengenaiperintah tahanan gaji yang dibuat oleh Mahkamah Syariah. Percanggahan bidang kuasa
timbul antara negeri-negeri dan orang-orang yang memerlukan bantuan dan keputusan
Mahkamah terpaksa berolak-alik dari satu negeri ke satu negeri. Keputusan Mahkamah
Syariah Negeri tidak dipatuhi atau diberi kehormatan di negeri-negeri lain. Umpamanya
seorang yang telah tidak diberi kebenaran berpoligami di Selangor, boleh pergi ke
Terengganu dan mendapat kebenaran berkahwin dengan isteri yang kedua. Juga boleh
dipersoalkan sama ada undang-undang negeri boleh membuat peruntukan mengenai
umpamanya undang-undang keterangan di Mahkamah Syariah dan penyiasatan
jenayah.
Pada masa ini tidak terdapat peruntukan khas di Perlembagaan Persekutuan atau
Perlembagaan Negeri bagi Perhakiman Syariah seperti yang terdapat bagi Perhakiman
Sivil di Bahagian 9 Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Peresekutuan. Juga
tidak terdapat peruntukan untuk perkhidmatan kehakiman dan perudangan syariah.
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
3/26
Oleh kerana kedudukan dan status Mahkamah-mahkamah Syariah dan pegawai-
pegawainya telah dinaikkan dan dan diperbaiki, mungkin perlu diadakan peruntukan
mengenai keanggotaan, kuasa, perlantikan dan tempoh memegang jawatan bagi
mereka disebutkan dalam Perlembagaan dan ini akanmenjadi lebihmudah dan
berkesan jika Mahkamah-mahkamah Syariah dan Perkhidmatan Kehakiman dan
Perundangan Syariah ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Selain dari isu undang-undang, masalah yang berat juga timbul dalam pentadbiran
Mahkamah Syariah . Sungguhpun pegawai Mahkamah Syariah adalah pegawai negeri,
skim perkhidmatan, syarat -syarat perlantikan dan perkhidmatan, gaji dan elaun mereka
adalah ditetapkan
dan diputuskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan. Dalam perlaksanaanskim dan syarat-syarat perkhidmatan bagi pegawai Mahkamah Syariah dinegeri-negeri
terdapat banyak kemusykilan dan kelengahan dan tidak ada keseragaman antara
negeri-negeri. Dipandang sangat perlu diadakan Perkhidmatan Kehakiman dan
Perundangan Persekutuan. Jawatan dalam Kehakiman dan perundangan di negeri
adalah terhad dan tidak banyak peluang untuk kenaikan pangkat dalam
perkhidmatanitu. Oleh kerana itu terdapat pegawai-pegawai yangmengikut kursus
Diploma Pentadbiran dan Amalan Kehakiman yang diberi jawatan sebagai pegawaiugama termasuk Imam dan Kathi apabila mereka balik kenegeri masing-masing. Jika
boleh diadakan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah Persekutuan, skim
dan syarat-syarat perkhidmatan dapat diseragamkan dan mungkin terdapat lebih
banyak peluang untuk kenaikan pangkat dalam perkhidmatan itu, kerana tidak lagi
tertutup bagi negeri sahaja.
Pada masa sekarang Mahkamah-Mahkamah Sivil telah diberi perhatian yang
sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan oleh kerana Mahkamah-mahkamah itu adalah
Mahkamah persekutuan. Jika Mahkamah-mahkamah Syariah juga di jadikan Mahkamah
Persekutuan mahkamah-mahkamah itu juga dapat diberikan perhatian yang
sepenuhnya. Sungguh pun perkara Mahkamah Syariah dan pegawai-pegawainya ada
terlibat dengan undang-undang Islam, akan tetapi perkara ini lebih melibatkan
pentadbiran dan pengurusan, yang dapat diuruskan lebih baik diperingkat Persekutuan.
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
4/26
Jelaslah banyak masalah Mahkamah-mahkamah Syariah mengenai status dan
bidangkuasanya dan perlantikan dan syarat-syarat perkhidmatan pegawai kehakiman
dan perundangan boleh diselesaikan jika Mahkamah-Mahkamah Syariah itu ditubuhkan
sebagai Mahkamah Persekutuan,seperti Mahkamah Sivil. Pada permulaannya mungkin
timbul keraguan di beberapa negeri, kerana negeri-negeri itu tidak mahu menyerahkan
kuasanya dalam perkara ini kepada Kerajaan Persekutuan dan Perkhidmatan
Kehakiman dan Perundangan Syariah di Wilayah -Wilayah dan negeri-negeri dimana
Yang di-pertuan Agong menjadi Ketua Agama Islam.
Terdapat dua cara untuk mengadakan Mahkamah-Mahkamah Syariah Persekutuan dan
Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Syariah Persekutuan. Yang pertama ialah
menggunakan Fasal 1 (b) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan, yanh memberi kuasakepada Parlimen "membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang
disebutkan dalam senarai negeri--- bagi maksud mengadakan persamaan undang-
undang dari antara dua buah negeri atau lebih". Akan tetapi undang-undang seperti itu
tidak boleh berkuatkuasa di mana-mana negeri sehingga undang-undang itu telah
diterima dengan suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu
dan selepas itu undang-undang itu hendaklah disifatkan sebagai sesuatu undang-
undang Negeri dan bukan suatu undang-undang persekutuan dan oleh yang demikianundang-undang itu boleh dipinda atau dimansuhkan oleh suatu undang-undang yang
dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu. Ini mungkin akan menimbulkan masalah
apabila terdapat perselisihan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang
berkenaan.
Cara yang lebih efektif ialah dengan meminda Fasal (4) Perkara 76 dengan memberi
kuasa kepada Parlimen membuat undang-undang mengenai keanggotaan, penyusunan
dan acara mahkamah-mahkamah syariah. Ini adalah cara yang lebih keras tetapi lebih
berkesan dan mungkin hanya boleh diadakan apabila negeri-negeri telah yakin
mengenai faedah dan kebaikan cara itu.
Sebagai permulaan adalah dicadangkan langkah diambil di bawah Fasal 1(b) Perkara
76 Perlembagaan Persekutuan untuk mengadakan peruntukan bagi Mahkamah Syariah
Persekutuan untuk wilayah-wilayah dan negeri-negeri yang mempunyai Yang di-Pertuan
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
5/26
Agong sebagai Ketua Ugamanya. Cadangan juga dibuat untuk meminda
Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan peruntukan bagi Mahkamah Syariah
Persekutuan dengan Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan.
Akta Mahkamah Syariah
Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan bagi Mahkamah Syariah. Maka inilah
diperbuat etc.
Tajuk ringkas pemakaian dan mula berkuat kuasa
1. (1) Akta ini boleh dinamakan Akta Mahkamah Syariah, 1994 dan hendaklah
berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melaluipemberitahuan dalam Warta.
(2) Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh berkuatkuasa di mana-mana negeri
kepada orang-orang yang menganut ugama Islam sehingga Akta ini telah diterima
dengan suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -
"Hakim Syarie" atau "Hakim" ertinya Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang
dilantik di bawah seksyen 5(1).
"Ketua Hakim Syarie" ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen
4.
"Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama" dan "Pegawai Penguatkuasa Agama"
ertinya pegawai yang dilantik sebagai yang sedemikian di bawah seksyen 21(4).
"Ketua Pendakwa Syarie" ertinya peawai yang dilantik di bawah seksyen 21(1).
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
6/26
"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkmah Rendah Syariah,
Mahkamah Tinggi Syariah, atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana
yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.
"Negeri" ertinya negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak dan mana-
mana negeri lain yang telah menerima Akta ini.
"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang dilantik sebagai Peguam Syarie di
bawah seksyen 22.
"Pendakwa Syarie" ertinya seoran gpegawai yang dilantik di bawah seksyen
21(3).
"Wilayah-wilayah" ertinya Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Labuan.
Penubuhan Mahkamah Syariah
3. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri, melaluipemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi
Wilayah-wilayah dan negeri-negeri di tempat-tempat yang difikirkannya patut.
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri, melalui
pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Tinggi Syariah bagi
Wilayah-wilayah dan bagi tiap-tiap negeri.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri, melalui
pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi
Wilayah-wilayah dan Negeri-negeri.
Perlantikan Ketua Hakim Syarie
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
7/26
4. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri, melantik
seorang Ketua Hakim Syarie.
(2) Seorang itu adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika -
(a) dia seorang warganegara; dan
(b) dia -
(i) Selama tidak kurang dari sepuluh tahun sebelum perlantikannya,
telah memegang jawatan
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadi atau Pendaftar atauPendakwa Syarie sesuatu
negeri atau pada suatu masa memegang mana-mana satu
daripada jawatan itu dan pada masa
yang lain memegang mana-mana yang lain pula; atau
(ii) seorang yang ariff tentang Hukum Syarak.
(3) Perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.
Perlantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
5. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri melantik
Hkaim-Hakim Mahkamah rayuan Syariah.
(2) Seorang itu adalah layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika -
(a) dia seorang warganegara dan
(b) dia -
(i) Selama tidak kurang dari sepuluh tahun sebelum perlantikannya,
telah memegang jawatan Hakim
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
8/26
Mahkamah Rendah Syariah atau Kadi atau Pendaftar atau
Peguam syarie sesuatu negeri atau pada suatu
masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan
pada masa yang lain memegang mana-
mana yang lain pula; atau
(ii) Seorang yang arif tentang Hukum Syarak.
(3) Nama-nama Hakim Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah disiarkan dalam
Warta.
Perlantikan Hakim-Hakim Mahkamah
6. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Perdana Menteri, melantik
Hakim-Hakim besar dan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
(2) Seorang itu adalah alyak dilantik di bawah subseksyen (1) jika -
(a) dia seorang warganegara; dan
(b) dia -
(i) Selama tidak kurang dari sepuluh tahun sebelum perlantikannya,
telah memegang jawatan
Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadi atau Pendaftar atau
Pendakwa Sesuatu negeri atau
pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan
itu dan pada masa yang
lain pula; atau
(ii) seorang yang arif tentang Hukum Syarak.
(3) Perlantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
9/26
Perlantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah
7. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh atas syor Ketua Hakim Syarie, melantik dari
kalangan anggota perkhidmatan Kehakimman dan Perundangan Persekutuan Hakim-
hakim Mahkamah Rendah Syariah.
(2) Semua perlantikan di bawah subseksyen.
(3) hendaklah disiarkan dalam Warta.
Pendaftar-Pendaftar
8. Yang di-Pertuan Agong, boleh, atas nasihat Ketua Hakim Syarie, melantik dari
kalangan anggota perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Shariah Persekutuan,
seorang Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pendaftar-pendaftar Mahkamah
Tinggi Syariah dan Penolong-Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah.
Bidang Kuasa Mahkamah Tinggi Syariah
9. (1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai kuasa dalam Wilayah-
Wilayah atau Negeri bagi mana ia ditubuh dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim
Besar atau Hakim Syarie.
(2) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah -
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan
yang dilakukan oleh seseorang
Islam dan boleh dihukum di bawah mana-mana undang-undang yang
sednag berkuatkuasa dan
yang menetapkan kesalahan-kesalahan yang boleh dibicarakan di
Mahkamah Syariah dan boleh
mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya;
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
10/26
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua
tindakan dan prosiding dalam mana
semua pihak adalah orang Islam dan yang berhubung dengan -
(i) pertunangan, perkahwinan, perceraian, pembubaran perkahwinan
[fasakh], nusyuz, atau
pemisahan kehakiman [faraq] atau apa-apa perkara yang berkaitan
dengan perhubungan
di antara suami isteri;
(ii) apa-apa pelupusan atau tuntutan kepada harta yang berbangkitdaripada mana-mana perkara
yang dinyatakan dalam subperenggan [i];
(iii) nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan
atau jagaan [hadhanah] budak-budak;
(iv) pembahagian atau tuntutan kepada harta sepencarian;
(v) wasiat atau alang semasa maradal-maut seseorang si mati Islam;
(vi) alang semasa hidup, atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan
yang memadai dengan wang
atau nilaian wang, oleh seseorang Islam;
(vii) wakaf atau nazr;
(viii) pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat;
(ix) menentukan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta
pusaka seseorang si mati Islam
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
11/26
atau bahagian-bahagian yang orang-orang itu masing-masing
berhak; atau
(x) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidang kuasa
diberikan oleh mana-mana
undang-undang bertulis.
Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah
10. (1) Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa di
dalam Wilayah atau negeri bagi mana ia ditubuh dan hendaklah diketuai oleh seorang
Hakim Mahkamah Rendah Syariah.
(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah -
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan
yang dilakukanoleh seseorang
Islam di bawah mana-mana udnang-undang bertulis yang menetapkan
kesalahan-kesalahan yang bolehdibicarakan di Mahkamah Syariah yang baginya hukuman maksimum
yang diperuntukkan oleh Enakemn
atau mana-mana undang-undang bertulis tidak melebihi dua ribu
ringgit, atau pemenjaraan selama
tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-
mana hukuman yang diperuntukkan
baginya;
(b) dalam biang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua
tindakan dan prosiding yang
Mahkamah Tinggi Syariah diberikuasa untuk mendengar dan
memutuskannya, yang amaun atau nilai
hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi lima puluh ribu ringgit
atau yang tidak dapat dinaggarkan
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
12/26
dengan wang.
(3) Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa melalui
pemberitahuan dalam Warta memperluaskan bidang kuasa mal Mahkamah Rendah
Syariah.
Rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah
11. (1) Rayuan boleh dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah Wialyah atau Negeri
daripada apa-apa keputusan sesuatu Mahkamah Rendah Syariah di Wilayah atau
Negeri itu -
(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, oleh pihak pendakwa atau oleh orang
yang telah disabitkan, dan rayuan
itu boleh sama ada terhadap pembebasan, sabitan atau hukuman atau
mana-mana daripadanya;
(b) dalam bidang kuasa malnya -
(i) oleh mana-mana orang yang terkilang dengan keputusan itu, jika
jumlah yang dituntut itu tidak
kurang daripada satu ribu ringgit;
(ii) dalam semua kes yang melibatkan apa-apa keputusan mengenai
taraf diri, oleh mana-mana
orang yang terkilan dengan keputusan itu;
(iii) dalam semua kes berhubung dengannafkah orang-orang
tanggungan, oleh mana-mana orang yang
terkilan dengan keputusan itu;
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
13/26
tetapi tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan yang telahd ibuat
dengan persetujua; dan
(c) dalam apa-apa kes lain, jika Mahkamah Tinggi Syariah memberi
kebenaran merayu.
(2) Dalam mana-mana rayuan, Mahkamah Tinggi Syariah boleh -
(a) dalam perkara jenayah, menolak rayuan, mensabitkan dan menghukum
pihak yang merayu,
memerintahkan Mahkamah perbicaraan memanggil pembelaan atau
membuat siasatan lanjut, menambahatau meminda bentuk hukuman, memerintahkan perbicaraan semula,
atau meminda, atau mengakaskan
apa-apa perintah Mahkamah perbicaraan;
(b) dalam perkara mal, mengesahkan, mengakaskan atau mengubah
keputusan Mahkamah perbicaraan,
menjalankan mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh Mahkamahperbicaraan, membuat apa-apa
perintah yang sepatutnya dibuat oleh Mahkamah perbicaraan, atau
memerintahkan perbicaraan semula.
Permohonan untuk kebenaran merayu
12. (1) Suatu rayuan atau permohonan bagi kebenaran untuk rayuan di bawah
perenggan (c) subseksyen (1) seksyen 11 hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi
Syariah mengikut apa-apa cara yang ditetapkan, tetapi dalam apa-apa keadaan
hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh penghakiman, perintah atau
keputusan yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat atau, dalam keadaan
apabila pemohon tidak mengetahuinya pada tarikh itu dan tidak dengan menjalankan
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
14/26
usaha yang munasbah boleh mengetahuinya, dalam tempoh emapt belas hari dari
tarikh penghakiman, perintah, atau keputusan sampai kepada pengetahuannya.
(2) Mahkamah Tinggi Syariah, apabila mendengar mana-mana permohonan bagi
kebenaran untuk merayu, boleh atas
alasan khas melanjutkan masa untuk merayu, walaupun masanya telah habis tempoh.
Perakuan-perakuan pewarisan
13. (1) Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubungan dengan
pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati Islam, mana-manamahkamah atau pihak berkuasa, selain daripada Mahkamah Tinggi Syariah atau suatu
Mahkamah Rendah Syariah, adalah mempunyai kewajipan untuk menentukan orang-
orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu, atau bahagian-bahagian
yang kepadanya orang-orang itu masing-masingnya berhak, Mahkamah Syariah
bolehlah, atas permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi
benefisiari, atau wakilnya dan setelah dibyar olehnya fee yang ditetapkan,
memperakukan fakta-fakta yang didapati olehnya dan pendapatnya mengenai orang-orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu dan mengenai bahagian-
bahagian yang padanya mereka masing-masingnya berhak.
Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Tinggi Syariah
14. (1) Mahkamah Tinggi Syariah bagi Wilayah atau Negeri hendaklah mempunyai
bidang kuasa pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah
Syariah dalam Wilayah atau Negeri itu dan boleh, jika nampaknya dikehendaki demi
kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-
mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-
apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam mana-mana
Mahkamah Rendah Syariah itu, memanggil dan memeriksa mana-mana rekod
mengenainya dan boleh memberi apa-apa arahan yang dikehedaki demi keadilan.
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
15/26
(2) Bilamana Mahkamah Tinggi Syariah memanggil rkeod di bawah subseksyen
(1), semua prosiding dalam Mahkamah Rendah Syariah mengenai perkara atau
prosiding yang berkenaan itu hendaklah digantung sementara menanti perintah
selanjutnya daripada Mahkamah Tinggi Syariah.
Bidang kuasa Mahkamah Rayuan Syariah
15. (1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidangkuas auntuk
mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat
oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasa asalnya.
(2) Apabila suatu rayuan daripada suatu keputusan Mahkamah Rendah Syariahtelah pun diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah boleh
atas permohonan mana-mana pihak memberi kebenaran bagi memutuskan olehnya
sendiri apa-apa soal undang-undang berkepentingan awam yang telah timbul dalam
perjalanan rayuan itu dan yang keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah telah
menyentuh keputusan rayuan itu.
(3) Apabila kebenaran telahpun diberi oleh Mahkamah Rayuan Syariah ia
hendaklah mendengar dan memutuskan soal yang dibenarkan untuk dirujukkan bagi
keputusannya dan membuat apa-apa perintah yang Mahkamah Tinggi Syariah boleh
membuat, dan sebagaimana yang difikirkannya adail bagi pemberesan rayuan itu.
Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Rayuan Syariah
16. (1) Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa
pengawasan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika
nampaknya dikehendaki demi kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya
sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada
mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau
jenayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah, memanggil dan memeriksa mana-mana
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
16/26
rekod mengenainya dan boleh memberi apa-apa arahan yang dikehendaki demi
keadilan.
(2) bilamana Mahkamah Rayuan Syariah memanggil rekod di bawah subseksyen
(1), semua prosiding dalam Mahkamah Tinggi Syariah mengenai perkara atau prosiding
yang berkenaan itu hendaklah digantung sementara menanti perintah selanjutnya
daripada Mahkamah Rayuan Syariah.
Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah
17. (1) Anggota Mahkamah Rayuan Syariah adalah Ketua Hakim Syariah, Hakim-
Hakim Besar Wilayah-Wilayah dan Negeri-negeri dan Hakim-Hakim MahkamahRayuan Syariah. Ketua Hakim Syarie boleh dari masa ke semasa melantik Hakim
Mahkamah Tinggi, Syariah, apabila perlu, menjadi seorang anggota Mahkamah Rayuan
Syariah.
(2) Tiap-tiap prosiding Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan
dibereskan oleh seorang pengerusi dan mana-mana dua anggota Mahkamah Rayuan
Syariah sebagaimana ditentukan oleh Ketua Hakim Syarie.
(3) Ketua Hakim Syarie hendaklah menjadi pengerusi tiap-tiap prosiding
Mahkamah Rayuan Syariah, dan sekiranya dia tidak dapat berbuat demikian, Ketua
Hakim Syarie hendaklah melantik Hakim yang paling kanan di antara Hakim Mahkamah
Rayuan Syariah untuk menjadi pengerusi.
Keputusan dengan majoriti
18. Rayuan hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota Mahkamah
Rayuan Syariah.
Penerusan prosiding dalam Mahkamah Rayuan Syariah walaupun Hakim tiada
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
17/26
19. (1) Jika, dalam perjalanan apa-apa prosiding dalam sesuatu rayuan atau pada
bila-bila masa sebelum diumumkan penghakiman, mana-mana Hakim Mahkamah
Rayuan Syariah yang mendengar prosiding itu tidak dapat, kerana sakit, atau apa-apa
sebab lain, untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan
fungsinya sebagai Hakim Mahkamah itu, maka, jika kedua-dua pihak bersetuju,
pendengaran itu hendaklah diteruskan dan penghakimana tau penghakiman yang
ditangguhkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah diberikan oleh dua
orang Hakim Mahkamah yang ada tiu, dan bagi maksud-maksud rayuan itu, Mahkamah
hendaklah disifatkan telah dianggotai dengan sempurnanya.
(2) Dalam mana-mana kes seperti yang tersebut dalam subseksyen (1), jika tiada
keputusan sebulat suara, rayuan itu hendaklah didengar semula.
(3) Jika di bawah subseksyen (1) kedua-dua pihak tidak memberikan persetujuan
mereka, atau lebih daripada seorang Hakim tidak dapat, kerana sakit atau apa-apa
sebab lain, untuk hadir dan menyelesaikan prosiding itu atau selainnya menjalankan
fungsi mereka sebagai Hakim-Hakim Mahkamah itu, rayuan itu hendaklah didengar
semula.
Kaedah-Kaedah rayuan
20. Ketua Hakim Syarie boleh membuat kaedah-kaedah tentang, prosedur bagi
rayuan-rayuan dan permohonan bagi kebenaran merayu.
Perlantikan Pendakwa-Pendakwa Syarie dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama
21. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh atas nasihat Perdana Menteri, melantik
seorang, yang berkelayakan menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, menjadi Ketua
Pendakwa Syarie.
(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan
menurut budi bicaranya bagi memulakan dan menjalankan apa-apa prosiding bagi
sesuatu kesalahan di hadapan Mahkamah Syariah.
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
18/26
(3) Ketua Penakwa Syarie bolehlah melantik orang-orang yang layak dan sesuai
daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan
menjadi Pendakwa-Pendakwa Syarie yang hendaklah bertindak di bawah kawalan am
dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana
hak dan kuasa yang terletakhak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa
Syarie sendiri.
(4) Majlis boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am
Persekutuan seorang Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai-Pegawai
Penguatkuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan kesalahan-kesalahan di bawah
Enakmen atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkankesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam.
Peguam Syarie
22. (1) Majlis boleh, apabila dibayar fee yang ditetapkan, menerima orang-orang
yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum syarak menjadi
Peguam Syarie untuk mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.
(2) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Agong, membuat kaedah-
kaedah -
(a) untuk mengadakan peruntukan bagi prosedur, kelayakan-kelayakan dan
fee-fee bagi penerimaan
Peguam Syarie; dan
(b) untuk mengawalselia, mengawal dan mengawasi kelakuan Peguam
Syarie.
(3) Walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang
bertulis lain, tiada seorang pun selain daripada Peguam syarie berhak hadir dalam
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
19/26
mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa
prosiding di hadapannya.
Suatu Akta bagi memindah Perlembagaan Malaysia.
Maka inilah diperbuat undang-undang etc.
Tajuk ringkas, dan mula berkuat kuasa
1. (1) Akta ini boleh dinamakan Akta Perlembagaan (Pindaan), 1994.
(2) Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan kepada Perkara 76
2. Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas
perkataan "kerjaan tempatan" di Fasal (4) Perkara 76 perkataan "keanggotaan,
penyusunan, dan bidangkuasa dan kuasa Mahkamah Syariah".
Bahagian baru Bahagian 9A
3. Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas
Bahagian 9, suatu bahagian bahru, iaitu Bahagian 9A seperti berikut -
Bahagian 9A
MAHKAMAH SYARIAH
Mahkamah Syariah
131A (1) Maka hendaklah ada Mahkamah Syariah di tiga peringkat iaitu Mahkamah
Rayuan Syariah, Mahkamah-Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah-Mahkamah
Rendah Syariah.
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
20/26
(2) Mahkamah-mahkamah yang tersebut di fasal (1) hendaklah mempunyai
apa-apa bidangkuasa dan kausa sebagaimana yang diberikan di bawah undang-undang
Persekutuan.
Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah
131B (1) Mahkamah Rayuan Syariah mengandungi seorang Yang di Pertua
Mahkamah Rayuan [yang digelarkan Ketua Hakim Syariah], Hakim-hakim Besar,
Mahkamah-Mahkamah Tinggi Syariah dan sehingga selainnya diperintahkan dengan
perintah Yang di-Pertuan Agong, tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan dan beberapa
orang hakim tambahan sebagaimana yang dilantik menurut Fasal (2).
(2) Seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, lain daripada Hakim Besar,
boleh bersidang sebagai seorang hakim Mahkamah Rayuan Syariah jika pada pendapat
Ketua Hakim syariah, kepentingan-kepentingan keadilan memerlukan sedemikian dan
hakim itu hendaklah dinamakan bagi maksud itu (apabila perlu) oleh Ketua Hakim
Syarie.
Keanggotaan Mahkamah Tinggi Syariah
131C Tiap-tiap satu Mahkamah Tinggi hendaklah mengandungi seorang Hakim Besar
dan beberapa orang hakim yang lain, seperti yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh
Yang di-Pertuan Agong.
Perlantikan hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah
131D (1) Ketua Hakim Syariah, Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi dan tertakluk
kepada Perkara 131 E hakim-hakim yang lain bagi Mahkamah Rayuan Syariah dan
Mahkamah Tinggi hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, apabila bertindak
atas nasihat Perdana Menteri, setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
21/26
(2) Sebelum memberi nasihat di bawah Fasal (1) tentang perlantikan Hakim
Besar Mahkamah Tinggi mana-mana negeri Perdana Menteri hendaklah meminta
nasihat Ketua Hakim Syariah.
(3) Sebelum memberi nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang perlantikan
Hakim Besar Mahkamah Tinggi, mana-mana negeri Perdana Menteri hendaklah
meminta fikiran Ketua Menteri negeri yang berkenaan.
(4) Sebelum memberi nasihatnya di bawah Fasal (1) tentang perlantikan
seorang hakim, selain dari Ketua Hakim Negara atau Hakim Besar, bagi mana-mana
Mahkamah Tinggi maka Perdana Menteri hendaklah meminta fikiran Hakim Besar,
Mahkamah Tinggi yang berkenaan.
Pertukaran hakim dari suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi ke suatu
Mahkamah Tinggi lain
131E Perkara 131D tidaklah dipakai mengenai pertukaran seseorang Hakim dari
suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi lain, melainkan perutkaran itu
adalah pertukaran Hakim Besar atau pertukaran sebagai Hakim Besar; dan pertukaranitu boleh diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor Ketua Hakim Syriah, setelah
meminta fikiran Hakim-hakim Besar bagi kedua-dua Mahkamah Tinggi itu.
Kelayakan hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah
131F Seseorang adalah berkelayakan dilantik di bawah Perakra 131D sebagai Hakim
Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah jika
(a) dia orang warganegara; dan
(b) selama tidak kurang sepuluh tahun sebelum perlantikannya ia telah
memegang jawatan Hakim Mahkamah
Tinggi Syariah atau Kadi atau Pendaftar Mahkamah Syariah atau
Pendakwa Syariah ataupun menjadi
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
22/26
anggota bagi ataupun menjadi anggota bagi perkhidmatan kehakiman dan
undang-undang Syariah Persekutuan
atau pada satu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan
pada masa yang lain memegang
mana-mana yang lain pada; atau
(c) seorang yang arif tentang Hukum Syarak.
Sumpah jawatan hakim
131G (1) Ketua Hakim Syariah, sebelum menjalankan tugas jawatannya, hendaklah
mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong sutu sumpah jawatan dan taat setia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.
(2) Hakim Mahkamah Rayuan atau Hakim Mahkamah Tinggi, lain daripada
Ketua Hakim Syaraiah, sebelum menjalankan tugas-tugas hakim, hendaklah
mengangkat dan menandatangani sumpah itu mengenai kewajipan-kewajipan
kehakimannya dalam apa-apa jua jawatan, dan, setelah, berbuat demikian, ia tidaklah
dikehendaki mengangkat sumpah itu lagi apabila dilantik atau bertukar ke suatu jawatankehakiman lain yang bukan jawatan Ketua Hakim Syariah.
(3) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Hakim Besar
Mahkamah Syariah hendaklah mengangkat sumpah itu di hadapan Hakim Mahkamah
Tinggi itu yang kanan yang ada, melainkan jika orang itu emngangkat sumpah itu
mengikut Fasal (4) sebagai hakim Mahkamah Rayuan.
(4) Tertakluk kepada Fasal (3), seseorang yang mengangkat sumpah apabila
menjadi seorang Hakim Mahkamah Rayuan hendaklah mengangkat sumpah itu di
hadapan Ketua Hakim Syariah atau, jika Ketua Hakim Syariah tidak ada, di hadapan
Hakim Mahkamah Rayuan yang kanan selepasnya yang ada.
(5) Seseorang yang mengangkat sumpah apabila menjadi Hakim Mahkamah
Tinggi Syariah (tetapi bukan Hakim Besar) hendaklah mengangkat sumpah itu di
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
23/26
hadapan Hakim Besar Mahkamah Syariah itu atau, jika Hakim besar itu tidak ada, di
hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah itu yang kanan selepasnya yang ada.
Tempoh memegang jawatan dan saraan bagi hakim Mahkamah Agung
131H (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Fasal (2) hingga (5), seseorang
hakim Mahkamah Rayuan hendaklah memegang jawatan sehingga ia mencapai umur
enam puluh lima tahun atau sehingga suatu masa kemduiannya sebagaimaan
diluluskan oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi masa itu tidak boleh terkemudian
daripada enam bulan selepas ia mencapai umur enam puluh lima tahun.
(2) Seseorang Hakim Mahkamah Rayuan boleh meletakkan jawatannya padabila-bila masa dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Yang di-
Pertuan Agong tetapi ia tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali mengikut
peruntukan-peruntukan Perkara ini yang berikut.
(3) Jika Perdana Menteri, atau Ketua Hakim Syariah selepas berunding
dengan Perdana Menteri, merayu kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan bahawa
seseorang Hakim Mahkamah Rayuan patut dipecat oleh kerana kelakuannya tidak baikatau oleh kerana ia tidak berupaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau otak tidak
berupaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau otak atau apa-apa sebab lain,
menyempurnakan tugas jawatannya dengan sepatutnya, maka Yang di-Pertuan Agong
hendaklah melantik suatu tribunal mengikut Fasal (4) dan merujukkan rayuan itu
kepadanya; dan atas syor tribunal itu, Yang di-Pertuan Agong boleh memecat Hakim itu
daripada jawatan.
(4) Tribunal tersebut hendaklah mengandungi tidak kurang daripada lima
orang yang memegang atau telah memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah
Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah atau, jika didapati oleh Yang di-Pertuan
Agong perlantikan mustahak dibuat bagi tribunal itu, orang-orang yang memegang atau
telah memegang jawatan yang setaraf di mana-mana Mahkamah Sivil di Malaysia dan
tribunal itu hendaklah diketuai oleh ahli yang pertama mengikut susunan yang berikut,
iaitu, Ketua Hakim Syariah, Hakim-hakim Besar mengikut keutamaan antara mereka
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
24/26
sendiri, dan ahli-ahli lain mengikut tarikh perlantikan mereka bagi jawatan yang
melayakkan mereka menjadi ahli (antara dua orang hali, yang tua mendahului yang
muda jika tarikh perlantikan mereka sama).
(5) Sementara menantikan apa-apa rujukan dan laporan di bawah Fasal (3)
Yang di-Pertuan Agong boleh atas syor Perdana Menteri dan mengenai mana-mana
Hakim lain selepas berunding dengan Ketua Hakim Syariah menggantung seseorang
Hakim Mahkamah Rayuan dariapda menjalankan tugas-tugasnya.
(6) Parlimen hendaklah dengan undang-undang membuat peruntukan bagi
saraan hakim-hakim Mahkamah Rayuan, dan saraan yang diperuntukkan sedemikian
hendakalh dipertanggungkan kepada Kumpulan wang disatukan.
(6A) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perkara ini, Parlimen boleh
dengan undang-undang membuat peruntukan bagi syarat-syarat jawatan Hakim-hakim
Mahkamah Rayuan Syariah, selain daripada saraan mereka.
(7) Saraan dan lain-lain syarat jawatan (termasuk hak pencen) bagi seseorang
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah tidak boleh selepas perlantikannya, dibuat apa-apaperubahan yang kurang baik baginya.
(8) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sahnya apa-apa perkara yang
dilakukan oleh seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah tidak boleh dipersoal atas
alasan bahawa Hakim itu telah mencapai had umur yang ia dikehendaki bersara.
(9) Perkara ini hendaklah dipakai bagi seseorang Hakim Mahkamah Tinggi
Syariah sebagaimana ianya dipakai bagi seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
dikecualikan, sebelum menggantung di bawah Fasal (5) seseorang Hakim Mahkamah
Tinggi Syariah lain daripada Hakim Besar, Yang di-Pertuan Agong hendaklah meminta
fikiran Hakim Besar Mahkamah Syariah itu dan bukan fikiran Ketua Hakim Syariah.
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
25/26
Kuasa Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah menghukum kerana
penghinaan terhadap mahkamah
131I Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi Syariah adalah berkuasa
menghikum sesiapa yang melakukan apa-apa penghinaan terhadapnya.
Sekatan mengenai perbincangan Parlimen tentang kelakuan Hakim
131J Kelakuan seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Tinggi
Syariah tidak boleh dibincangkan dalam mana-mana Majlis Parlimen kecuali dengan
sautu usul yang tersendiri dan notis mengenainya telahd iberi oleh tidak kurangdaripada satu perempat daripada jumlah bilagnan ahli Majlis Parlimen itu, dan juga tidak
boleh dibincangkan dalam mana-aman Dewan Negeri.
Pindaan kepada Perkara 132
4. Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan menambahkan
selepas "(b) perkahidmatan kehakiman dan undang-undang" butiran "(ba) perkhidmatankehakiman dan undang-undang Syariah."
Perkara baru 138A
5. Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Perkara
138, perkara 138A seperti berikut :
Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang Syariah
138A (1) Makan hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan
Undang-Undang Syariah yang bidangkuasanya adalah meliputi semua anggota
perkhidmatan kehakiman dan undang-undang Syariah.
-
8/14/2019 Ke Arah Mahkamah Syariah Persekutuan
26/26
(2) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang Syariah
hendaklah mengandungi -
(a) Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, yang akan menjadi
Pengerusi;
(b) seorang atu beberapa orang ahli lain yang dilantik oleh Yang di-
Pertuan Agong, selepas berunding
dengan ketua Hakim Syariah, dari antara orang-orang menjadi atau
telah menjadi atau yang
berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau
Mahkamah Tinggi Syariah.
(c) Ketua Pendakwa Syarie.
Pindaan kepada Jadual Kesembilan
6. Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adlaah dipinda seperti
berikut -
(a) di Butiran 4(a) senarai I, masukkan perkataan "lain daripada Mahkamah
Syariah".