Ke Arah Menjadi Jurutera Profesional - tnbr.com.my · PDF fileKe Arah Menjadi Jurutera...
-
Upload
nguyenkhue -
Category
Documents
-
view
238 -
download
0
Transcript of Ke Arah Menjadi Jurutera Profesional - tnbr.com.my · PDF fileKe Arah Menjadi Jurutera...
Ke Arah Menjadi Jurutera Profesional
© 2015 TNBR. All rights reserved
2015 EVENTS ARTICLE
Bangi, 26 Jun 2015 – Untuk menjadi seorang jurutera profesional, salah satu laluanya adalah dengan mendaftar
di IEM (Institution of Engineers Malaysia). Sebagai sebuah institusi penyelidikan yang bercita-cita ke arah
menghasilkan lebih ramai jurutera professional serta berkualiti, TNB Research baru-baru ini dengan kerjasama
YES UNITEN (Young Engineers Section) menganjurkan satu sesi seminar yang bertemakan “Ke arah menjadi
jurutera professional”.
Bagi tujuan ini, Ir. Dr. Abu Bakar bin Mahat telah dijemput untuk memberikan ceramah serta berkongsi
pengalaman dan galakan kepada jurutera dan penyelidik di TNBR. Beliau merupakan seorang yang dihormati
dan bereputasi profesional dalam bidang Mekanikal sebagai Ahli Korporat IEM, Jurutera Profesional yang
berdaftar dengan BEM, Ahli Korporat Institusi Jurutera Mekanikal, UK dan Jurutera Bertauliah, United
Kingdom.
Jurutera dan penyelidik di TNBR, digalakkan untuk berdaftar dengan IEM kerana selain bertindak sebagai
pusat komuniti pembelajaran sosial untuk jurutera, IEM turut banyak menjalankan aktiviti dan latihan seperti
worksyop, kursus, seminar, serta lawatan teknikal bagi meningkatkan tahap kompetensi dan pemahaman setiap
jurutera.