KEABSAHAN

download KEABSAHAN

of 5

Transcript of KEABSAHAN

  • 7/29/2019 KEABSAHAN

    1/5

    KEABSAHAN

    Apakah yang dimaksudkan dengan keabsahan sesebuah kerajaan? Keabsahan atau legitimasi ialah apabila rakyat

    sesebuah sistem politik menerima secara rela golongan yang menggunakan kuasa ke atas mereka. Sekiranya ini berlaku,

    maka golongan yang diperintah bukan sahaja memperakui kuasa pemerintah mereka, tetapi turut merasakan bahawa para

    pemegang kuasa tersebut wajar memiliki kuasa serta sewajarnya dipatuhi. Sesebuah sistem politik yang kuat haruslah

    diterima oleh rakyat. Dalam erti kata yang lain, rakyat menerima sistem politik tersebut dan menjadikan kerajaan yang sah

    dan kuat. Sebuah sistem politik sesebuah negara mestilah mempunyai keabsahan samada secara sah disisi undang-

    undang atau secara paksa. Keabsahan ini penting bagi membolehkan segala tindakan kerajaan atau pemerintah diterima

    dan disokong oleh rakyat.

    Tokoh terkenal Max Weber telah mengenal pasti tiga jenis sumber keabsahan politik iaitu tradisi, karisma dan kerasionalan

    atau legality. keabsahan tradisi didefinasikan sebagai kuasa yang disifatkan absah disebabkan nilai tradisi sebagaimana

    raja zaman dahulu yang dilihat sebagai memerintah kerana mewarisi hak ketuhanan (divine right) atau juga golongan tua di

    perkampungan diterima sebagai pemerintah yang abash kerana mereka selalunya telah memerintah pada masa lampau.

    Contoh kepimpinan tradisi adalah seperti yang berlaku di zaman pemerintahan maharaja China dan Jepun. Maharaja ini

    dianggap mewakili Tuhan dan setiap tindakan mereka mesti dipatuhi oleh rakyat.

    Sesetengah pemegang kuasa pula memperoleh kuasa kerana ciri karismatik yang dimiliki. Karisma turut dikaitkan dengan

    unsur mistik dan keagamaan antara seorang pemimpin dan pengikutnya dan bukan hanya kerana kepopularan atau daya

    tarikan yang dimiliki oleh pemimpin tersebut. Di sini pemimpin sememangnya berhak atau mempunyai keabsahan keranakedua-dua pihak pemimpin dan pengikut berkongsi kesedaran bahawa beliau telah ditakdirkan untuk memerintah dan

    adalah menjadi tanggungjawab pengikutnya untuk patuh seperti pemerintahan Hitler di Jerman. Sebenarnya pemikiran

    rakyat telah dikawal oleh pemimpin tersebut. Dengan mengatakan bahawa beliau telah ditakdirkan untuk menjadi

    pemerintah maka pengikut serta rakyat tiada pilihan lain selain mengikut sahaja tindakan pemerintah tersebut.

    Sumber keabsahan kontemperori yang paling biasa ialah kekuatan kerasionalan dan kesahan pemimpinn. Kebanyakan

    pemimpin masakini mendapat keabsahan berdasarkan kenyataan bahawa mereka telah memperoleh kuasa melalui cara

    yang telah ditentukan oleh perlembagaan atau lain-lain peraturan tetap. Mereka mengekalkan keabsahan tersebut dengan

    memenuhi pengharapan golongan yang diperintah bahawa mereka akan dijaga makan dan minum dan diberi perlindungan

    daripada ancaman keganasan luaran dan dalaman. Golongan pemimpin demokratik pula memperolehi keabsahan melalui

    kejayaannya dalam pilihan raya yang membuktikan mereka disokong oleh majoriti. Demikian juga pemimpin autoritarian

    juga memperolehi keabsahan melalui cara ini apabila mereka memenuhi harapan rakyat berhubung kecemerlangan

    kerajaan mereka.

    Selalunya jika sebuah sistem politik yang mempunyai keabsahan akan diterima oleh rakyat tanpa soal namun begtu jika

    sistem politik tersebut dilihat sering mengamalkan politik rasuah dan penipuan di dalam pilihan raya tidak mustahil

    keabsahan sesuatu rejim itu akan hilang sendirinya. Sebagai contoh, kerajaan Thailand semasa dibawah pemerintahan

    Thaksin di mana beliau telah digulingkan melalui kudeta . Walau bagaimanapun tidak semua rejim yang tidak absah itu

    digulingkan dengan mudah kerana mereka menggunakan kekerasan untuk menghalang berlakunya revolusi atau kerana

    tidak ada rejim pilihan lain yang boleh dipercayai wujud.

    Contoh lain yang boleh kita lihat ialah Myanmar di mana kerajaan Juntanya sehingga kini memerintah dengan tanpa dicabar

    oleh pihak lain meskipun pemimpin Pro-Demokrasi Myanmar Aung San Suu Kyi mempunyai pengikutnya yang setia dan

    menyokong sistem demokrasi ini. Ini disebabkan kerajaan Junta Myanmar menggunakan kekerasan terhadap rakyat yang

    cuba menentang pemerintahan mereka sehinggakan pemimpin Pro-demokrasi ini dikenakan tahanan di rumahnya sendiri.

    Walau pun dunia melihat ciri keabsahan Myanmar ini melanggar nilai demokrasi namun organisasi dunia tidak mampu

    menyelesaikannya disebabkan Myanmar adalah sebuah negara berdaulat.

    Keabsahan amat penting bagi sesebuah sistem politik itu untuk terus merancang agenda dan polisi awam sesebuah

    negara. Sebagai contoh, kerajaan Brunei mempunyai keabsahan tersendiri kerana mengamalkan sistem pemerintahan

    Monarki mutlak. Maka tiada siapa yang mampu mempertikaikan keputusan Sultan Brunei. Dengan adanya keabsahan ini

    maka pemerintah mudah melaksanakan rancangan pembangunannya dan mentadbir negara dengan aman. Keabsahan

    boleh juga dilihat sebagai satu bentuk kuasa di mana rakyat merelakan diri mereka diperintah oleh pemerintah tertentu.

    Thailand juga mempunyai cerita tersendiri tentang keabsahan pemerintahannya. Semenjak rejim Thaksin memerintah

    Thailand, rakyat sering meluahkan ketidakpuasan hati terhadap pemerintahannya yang dikatakan berpaksikan keuntungan

  • 7/29/2019 KEABSAHAN

    2/5

    semata-mata tanpa menghiraukan keamanan dan keselamatan Thailand. Konflik pemerintahan Thailand bermula semasa

    pemerintahan Thaksin. Bermula dengan pemerintahannya yang bermasalah dengan unsur-unsur kronisme, nepotisme,

    penyalahgunaan kuasa dan sebagainya sehinggalah beliau digulingkan oleh tentera, masalah pemerintahan di Thailand

    terus berlanjutan kepada Samak selepas menggantikan Thaksin.

    Samak dikatakan proksi Thaksin kerana dasar-dasarnya masih mengikut pola pemerintahan Thaksin. Dasar-dasar kerajaan

    yang pro-Amerika yang diperkenalkan oleh Thaksin, hanya mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira kebajikan

    rakyat. Ini telah menyebabkan rakyat mencela pemerintahannya sama seperti Thaksin sehingga memaksa Samak

    meletakkan jawatannya.

    Politik Thailand tidak habis di situ sahaja malah berlanjutan kepada pengganti Samak iaitu Somchai. Somchai turut dituduh

    menjadi proksi kepada Thaksin. Penderitaan rakyat yang dilahirkan melalui demonstrasi telah menyebabkan Mahkamah

    Perlembagaan Thailand mengarahkan Somchai meletakkan jawatannya. Setelah pilihan raya baru diadakan, Parti pimpinan

    Abhisit Vejjajiva iaitu Parti Demokrat telah memenangi Pilihan raya. Maka Abhisit telah dilantik menjadi perdana menteri

    Thailand yang baru.

    Pada mula pemerintahan beliau, dilihat seakan tiada apa yang berlaku dan rakyat kebanyakannya memberi sokongan dan

    harapan kepada Abhisit untuk memulihkan ekonomi dan pergolakan di Thailand. Namun kumpulan Baju merah membuat

    protes dengan menuduh kemenangan Parti Demokrat tidak sah kerana mendapat sokongan tentera. Sekali lagi

    pemerintahan kerajaan Thailand tidak mendapat keabsahan dari rakyatnya sendiri.

    Apa yang ingin disampaikan di sini ialah sifat keabsahan pemerintahan amat penting bagi menjamin keamanan dan

    kestabilan politik sesebuah negara. Walaupun Parti Demokrat pimpinan Abhisit telah memenangi pilihan raya, namun

    keabsahan tidak boleh digambarkan melalui proses pilihan raya semata-mata sebaliknya harus juga dilihat dari pelbagai

    sudut seperti kronisme, nepotisme, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya yang boleh mendatangkan kemarahan serta

    hilang raya percaya kepada pemerintah. Selepas beberapa siri demonstrasi oleh kumpulan baju merah, maka Abhisit telah

    memberi pelan pendamaian iaitu pilihan raya baru akan diadakan pada November 2010.

    3. KESIMPULAN

    Sistem politik boleh disimpulkan sebagai sebuah sistem yang merangkumi semua aspek persekitaran masyarakat misalnya

    ekonomi, sosial dan budaya, undang-undang, pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi yang saling berinteraksi di mana

    aspek tersebut akan mengubah atau diubah oleh sesuatu proses politik. Sistem politik yang baik harus membenarkan

    rakyatnya berpartisipasi di dalam politik dengan menubuhkan parti politik dan bebas menyuarakan pendapat dan

    pandangan terhadap kerajaan.

    Untuk mengekalkan sebuah sistem politik yang dinamik maka ianya harus mendapat keabsahan dari rakyat. Keabsahan ini

    boleh diperolehi melalui proses pilihan raya, cara pentadbiran kerajaan, tahap ekonomi rakyat dan sebagainya. Kerajaan

    yang mendapat keabsahan dari rakyat sudah tentu akan mudah melaksanakan segala program dan rancangannya

    manakala kerajaan yang tidak mendapat keabsahan sering mendapat tentangan dari rakyat. Thailand misalnya tidak pernah

    lekang dengan isu pemerintahannya. Namun berbeza dengan Myanmar walaupun negara itu diperintah oleh pihak Junta

    yang jelas bertentangan dengan konsep demokrasi, namun rakyatnya tidak melakukan sebarang demonstrasi kerana wujud

    unsur paksaan oleh Junta di Myanmar.

    Daripada isu Thailand dan Myanmar, dapat kita simpulkan bahawa ciri keabsahan penting di dalam sistem politik.

    Keabsahan yang diperolehi melalui paksaan seperti di Myanmar tidak diiktiraf oleh negara yang memperjuangkan

    demokrasi. Begitu juga dengan Thailand, walaupun keabsahan diperolehi melalui pilihan raya, namun pemerintahan yang

    mengabaikan rakyat dan mengamalkan rasuah juga tidak diiktiraf oleh rakyat. Oleh itu, jelas menunjukkan sistem politik

    yang mendapat keabsahan mampu bertahan lebih lama. Demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk

    berpartisipasi dan mewujudkan parti politik dilihat menyumbang kepada keabsahan sesebuah rejim pemerintah. Birokrasi.

    Maka sistem politik dan keabsahan saling melengkapi antara satu sama lain bagi memastikan rejim pemerintahan diterima

    rakyat dan mampu melaksanakan program dan polisinya

  • 7/29/2019 KEABSAHAN

    3/5

    Perbincangan tentang keabsahan, kuasa dan autoriti harus didahului dengan pendefinisian asas

    daripada Kamus Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, untuk memberikan

    satu idea dan garis panduan kepada perbincangan untuk ketiga-tiga keabsahan, kuasa danautoriti. Selain daripada itu, pendefinisian asas yang telah dinyatakan dalam Kamus Dewan Edisi

    Ketiga merupakan pendefinisian yang sering diterima secara asasnya sebelum perkara-perkara

    tersebut dilihat secara lebih mendalam melalui pendefinisian yang dinyatakan oleh tokoh-tokohyang penting dalam bidang sains politik.

    Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, keabsahan boleh didefinisikan sebagai satu keadaan

    yang sah atau kedudukan yang sah. Kuasa telah didefinisikan sebagai satu daya, kemampuan,

    kudrat, keupayaan, tenaga, kesanggupan, minat, hak, wibawa, pengaruh, mandat, perintah,curahan, amanah, keagungan, kawalan, ketahanan, ketabahan, karisma, dan kekuatan. Autoriti

    pula didefinisikan sebagai sebuah kuasa yang sah dan mempunyai kuasa atau hak untuk memberi

    perintah, mengawal dan arahan ke atas pengikutnya.

    Antara tujuan kajian ini bukan sahaja untuk melihat secara kasar maksud serta pengertian

    keabsahan, kuasa dan autoriti berdasarkan pelbagai definisi kerana konsep-konsep ini merupakanasas kepada pengajian bidang sains politik. Oleh itu, kefahaman tentang konsep-konsep asas ini

    dapat membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam dalam ilmu pengajian bidang sainspolitik. Selain itu, pendefinisian serta huraian keabsahan, kuasa dan autoriti boleh dikaitkan

    dengan pelbagai teori politik; biarpun klasik atau kontemporari, serta kejadian dalam suasana

    politik tempatan atau antarabangsa.

    Dalam bahagian yang akan datang, pendefinisian secara mendalam melalui kajian tentangpendefinisian yang dinyatakan oleh tokoh-tokoh bidang sains politik akan disokong oleh contoh-

    contoh semasa yang boleh diaplikasikan konsep-konsep asas mengenai keabsahan, kuasa dan

    autoriti; biarpun di dalam Malaysia ataupun di luar negara. Selain daripada itu, suatu hubungan

    yang mengaitkan ketiga-tiga konsep asas ini boleh dijalin melalui kajian tentang beberapasenario yang sedang berlaku di dunia ini ataupun di dalam negara Malaysia.

    PENDEFINISIAN SECARA MENDALAM: KEABSAHAN

    Ramai tokoh telah memberi pandangan mereka mengenai keabsahan serta menghubungkaitkan

    keabsahan dengan politik dunia. Walau bagaimanapun, perbincangan tentang keabsahan tidaksempurna tanpa perbincangan pandangan Robert A. Dahl dalam perkara ini. Menurut

    Dahl (1961), keabsahan merupakan satu syarat yang paling asas kepada pemerintahan dan

    pembentukkan sebuah kerajaan. Tanpa sedikit pun keabsahan, sesuatu kerajaan itu akan seringmengalami konflik dan akhirnya runtuh.

    Keabsahan atau legitimacy, dalam Bahasa Inggeris, merupakan satu bentuk pengakuan atau

    penerimaan oleh orang yang diperintah kepada sesebuah kerajaan atau pemerintahan. Menurut

    John Locke, dalam penulisan beliau Two Treaties of Government(1689), sesuatupemerintah memerlukan persetujuan daripada yang diperintah. Apabila sesebuah kerajaan gagal

    untuk mempunyai sedikit pun keabsahan, konflik akan berlaku antara pihak pemerintahan

    dengan golongan yang diperintah. Tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua golongan, pihakpemerintahan serta golongan yang diperintah, saling bergantung dan ketidakwujudan keabsahan

  • 7/29/2019 KEABSAHAN

    4/5

    akan membawa kepada huru-hara dan perebutan kuasa daripada pihak pemerintah oleh golongan

    yang diperintah kerana pemerintahan atau kerajaan yang memerintah itu tidak diterima oleh

    golongan yang diperintah sebagai satu kerajaan yang sah. Keabsahan kerajaan tersebut yangakan membawa kepada persetujuan dan penerimaan pihak pemerintah oleh golongan yang

    diperintah. Oleh yang demikian, boleh juga dikatakan bahawa keabsahan itu memerlukan

    persetujuan dan ia juga merupakan salah satu syarat kepada pemberian kuasa kepada autoritioleh golongan yang diperintah. Tanpa keabsahan, jelas sekali autoriti itu tidak boleh diterima.

    Satu contoh yang baik untuk mengukuhkan huraian di atas ialah kejadian pemberontakan serta

    huru-hara di negara Zimbabwe selepas Presiden Mugabe memenangi pilihanraya umum di

    Zimbabwe kerana ketua pembangkang, Morgan Tsvangirai, telah menarik diri dari pilihanrayauntuk mengelakkan daripada berlakunya tumpah darah. Punca kepada Morgan Tsvangirai

    menarik diri daripada pilihanraya umum di Zimbabwe ialah Presiden Mugabe telah

    mengongkong serta mengehadkan perjalanan kempen pihak pembangkang melalui intimidasipenyokong parti pembangkang,Movement for Democratic Change (MDC), semasa perjalanan

    kempen pilihanraya di Zimbabwe. Hal yang demikian menyebabkan pelbagai keganasan serta

    pemberontakan daripada rakyat Zimbabwe kerana mereka berpendapat bahawa kerajaan yangditubuhkan oleh Presiden Mugabe tidak absah kerana pilihanraya yang telus dan adil tidak

    dijalankan kesan daripada intimidasi penyokong pihak pembangkang dan penarik dirian Morgan

    Tsvangirai daripada pilihanraya. Oleh itu, daripada contoh ini dapat diperlihatkan bahawa

    sesebuah kerajaan yang tidak ada keabsahan serta persetujuan daripada rakyat akan membawakepada konflik serta keruntuhan kerajaan.

    Selain daripada itu, Dahl (1961) juga mengkonseptualkan keabsahan itu dengan satu metafora, di

    mana keabsahan bagaikan suatu tangki air yang paras airnya sebagai keabsahan sesuatu kerajaan

    itu boleh naik dan turun. Contohnya, selagi tahap air dapat dikekalkan pada suatu tahap yangtertentu, kestabilan dapat dikekalkan. Walau bagaimanapun, jika tahap itu jatuh melepasi tahap

    yang minima itu, kestabilan akan tergugat. Pada masa yang sama, tahap itu juga boleh meningkatuntuk membawa kestabilan sekiranya tahap itu telah melepasi tahap yang minima. Keadaan iniboleh diaplikasikan kepada bidang sains politik dengan mengandaikan tahap minima itu sebagai

    tahap keabsahan yang perlu dicapai supaya kerajaan yang mentadbir itu diterima rakyat dan

    mencapai tahap yang stabil dan tahap air yang turun dan naik itu sebagai keabsahan sesebuahkerajaan yang boleh mengubah mengikut tindak-tanduk serta perlaksanaan pihak kerajaan

    mengenai tanggungjawab yang telah diberi kepada pihak kerajaan.

    Satu contoh yang baik ialah perampasan kuasa oleh tentera di Korea Selatan pada 16 Mei 1961,

    yang diketuai oleh Mejar Jeneral Park Chung-hee. Walaupun pada mulanya kerajaan yangditubuhkan oleh beliau dianggap tiada keabsahan kerana rampasan kuasa oleh tentera Mejar

    Jeneral Park Chung-hee, tetapi pembangunan negara Korea Selatan di bawah pimpinan beliau

    telah berkembang dengan begitu pesatnya sehinggi berjaya meningkatkan status negara KoreaSelatan daripada salah sebuah negara yang paling miskin in Asia ke sebuah negara yang

    membangun dengan begitu pesatnya sehingga meninggalkan negara jirannya, iaitu Korea Utara.

    Tidak lama selepas Mejar Jeneral Park Chung-hee menubuhkan kerajaan beliau, sebuah

    pungutan suara telah diadakan untuk meninjau sama ada rakyat Korea Selatan ingin mengadakanpilihanraya untuk memilih pemimpin sendiri atau tidak. Majoriti 78% rakyat Korea Selatan

    bersetuju untuk mengadakan pilihanraya untuk memilih pemimpin yang baru melalui pilihanraya

  • 7/29/2019 KEABSAHAN

    5/5

    dan Mejar Jeneral Park Chung-hee tetap menunaikan janji beliau. Beliau telah menyertai

    pilihanraya umum Korea Selatan pada 1963 dan telah berjaya memenangi jawatan Presiden

    Korea Selatan dalam pilihanraya umum tersebut. (Watkins 2000) Hal ini menunjukkan bahawarakyat Korea Selatan yang pada mulanya tidak menerima pentadbiran tentera Mejar Jeneral Park

    Chung-hee tetapi pada akhirnya mereka telah menerima kerajaan tersebut apabila mereka dapat

    melihat perkembangan negara dan kerajaan telah menjaga kepentingan dan kebajikan rakyatjelata.

    Tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan yang ditubuhkan akibat daripada perampasan kuasa oleh

    tentera adalah tidak absah dan pada mulanya tidak diterima oleh rakyat jelata kerana kuasa itu

    dirampas melalui paksaan dan intimidasi. Daripada contoh yang telah dinyatakan di atas, jelasdilihatkan bahawa melalui masa, sesebuah kerajaan yang pada mulanya tidak diterima dan tidak

    absah akan diterima rakyat jelata apabila kerajaan tersebut berjaya untuk memerintah dengan

    baik dan berusaha untuk menjaga kebajikan serta kepentingan rakyatnya.