keanjalan permintaan dan penawaran

84
BAB 3: KEANJALAN PERMINTAAN & PENAWARAN KULIAH AE015 MIKROEKONOMI SEMESTER I

description

 

Transcript of keanjalan permintaan dan penawaran

Page 1: keanjalan permintaan dan penawaran

BAB 3:KEANJALAN PERMINTAAN

& PENAWARAN

BAB 3:KEANJALAN PERMINTAAN

& PENAWARAN

KULIAH AE015 MIKROEKONOMI

SEMESTER I

KULIAH AE015 MIKROEKONOMI

SEMESTER I

Page 2: keanjalan permintaan dan penawaran

Keanjalan Permintaan

3.1.1. Keanjalan permintaan harga. 3.1.2. Keanjalan permintaan silang. 3.1.3. Keanjalan permintaan pendapatan.

Keanjalan Penawaran

Page 3: keanjalan permintaan dan penawaran

Pengenalan

Keanjalan merupakan suatu konsep yang mengukur darjah tindakbalas dalam kuantiti permintaan dan penawaran kesan daripada perubahan sesuatu pembolehubah tertentu.

Dalam konteks keanjalan permintaan, pembolehubah-pembolehubah tersebut terdiri daripada harga barang itu sendiri, harga barang lain dan pendapatan pengguna.

Manakala bagi keanjalan penawaran, pembolehubahnya ialah harga barang itu sendiri sahaja.

Page 4: keanjalan permintaan dan penawaran

Keanjalan permintaan harga

Keanjalan permintaan harga (Ed) didefinisikan sebagai ukuran kadar atau darjah gerak balas perubahan kuantiti permintaan sesuatu barang kesan daripada perubahan tingkat harga barang tersebut.

Rumusnya ialah nisbah di antara peratus perubahan kuantiti diminta sesuatu barang dengan peratus perubahan tingkat harga barang tersebut.

Page 5: keanjalan permintaan dan penawaran

Keanjalan permintaan harga dapat dikira dengan menggunakan rumus berikut:

Ed = % Qd / %P Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0 Qd0 P0 Ed = Qd /Qd0 ÷ P /P0

Page 6: keanjalan permintaan dan penawaran

Pengiraan keanjalan permintaan harga

Terdapat dua cara bagi mengira keanjalan permintaan harga iaitu keanjalan lengkuk dan keanjalan purata.

Keanjalan purata digunakan kerana terdapat nilai keanjalan yang berbeza walaupun ianya mengukur perubahan harga di antara dua titik.

Page 7: keanjalan permintaan dan penawaran

Keanjalan lengkuk

Keanjalan lengkuk digunakan bagi mengukur kadar perubahan yang berlaku ke atas permintaan satu barang apabila berlaku perubahan harga di mana keadaan tersebut membolehkan kita melihat kewujudan dua titik di atas satu keluk permintaan yang sama.

Page 8: keanjalan permintaan dan penawaran

Berikut adalah contoh pengiraan keanjalan permintaan harga.

Apabila harga petrol naik daripada RM1.38 ke RM1.49 seliter, maka kuantiti yang diminta turun daripada 5000 liter ke 4500 liter sehari (pergerakan dari titik B ke A dari rajah sebelah). Berapakah nilai keanjalan permintaan harga petrol?

Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0Ed =    Qd0 P0     Ed = 4500 - 5000 ÷ 1.49 - 1.38    5000 1.38     Ed = - 500 ÷ 0.11    5000 1.38     Ed = - 5 x 1.38     50 0.11     Ed = 1.25

Page 9: keanjalan permintaan dan penawaran

Keanjalan permintaan harga

0

D

P

4500 5000 liter

A

B

1.49

1.38

Page 10: keanjalan permintaan dan penawaran

Apabila harga petrol turun daripada RM1.49 ke RM1.38 seliter, maka kuantiti yang diminta naik daripada 4500 ke 5000 liter sehari (dari rajah pergerakan dari titik A ke B). Berapakah keanjalan permintaan harga?

Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0    Qd0 P0       = 5000 - 4500 ÷ 1.38 - 1.49    4500 1.49       = 500 ÷ - 0.11    4500 1.49         - 5 x 1.49     45 -0.11       = 1.51

Page 11: keanjalan permintaan dan penawaran

Nilai keanjalan permintaan harga yang diperoleh daripada dua contoh pengiraan di atas adalah berbeza walaupun perubahan harga yang berlaku di atas dua titik yang terletak pada satu keluk permintaan yang sama. Kelemahan ini dapat diatasi dengan mengambil kira harga purata dan kuantiti purata barang tersebut sebagaimana yang dinyatakan menerusi rumus berikut yang lebih dikenali sebagai keanjalan permintaan harga purata.

Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0

   

½( Qd0 + Qd1) ½( P0 + P1)

Page 12: keanjalan permintaan dan penawaran

Contoh (a) : Harga naik daripada RM1.38 ke RM1.49

Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0

    ½( Qd0 + Qd1) ½( P0 + P1)      

Ed = 4500 - 5000 ÷ 1.49 - 1.38

    ½( 5000 + 4500) ½( 1.38 + 1.49)      

Ed = - 500 ÷ 0.11

    4750 1.435      Ed = - 50 x 1.435

    475 0.11     Ed = 1.37

Page 13: keanjalan permintaan dan penawaran

Contoh (b) : Harga turun daripada RM1.49 ke RM1.38

Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0

    ½( Qd0 + Qd1) ½( P0 + P1)      

Ed = 5000 - 4500 ÷ 1.38 - 1.49

    ½( 4500 + 5000) ½( 1.49 + 1.38)      

Ed = 500 ÷ - 0.11

    4750 1.435      Ed = 50 x 1.435

    475 - 0.11     Ed = 1.37

Page 14: keanjalan permintaan dan penawaran

Keanjalan titik

Keanjalan titik merupakan keanjalan pada satu titik di atas satu keluk permintaan.

Keanjalan titik mengukur perubahan harga yang sangat kecil dan perubahan yang sangat kecil ini dipandang sebagai satu titik di atas keluk permintaan.

Page 15: keanjalan permintaan dan penawaran

Keanjalan titik

0 qo B Q

C

P

AEd=

PoEd=1

Ed=o

Ed > 1

Ed < 1

Page 16: keanjalan permintaan dan penawaran

Dari rajah keluk AB ialah keluk permintaan. Keanjalan titik C boleh diukur berdasarkan rumus asas keanjalan iaitu:

Ed=CB/CA Ed = Q/Q = Q x P = Q x P P/P Q P P Q Berdasarkan rajah, Q = qoB dan P = Cqo.Jadi,Q/P = qoB/Cqosedangkan P = Cqo Q = 0qoMaka, P/Q = Cqo/0qoEdt = Q/P x P/QEdt = qoB/Cqo x Cqo/0qoEdt = qoB/0qo

Page 17: keanjalan permintaan dan penawaran

pulannya ada tiga cara untuk mengukur keanjalan pada titik C iaitu:

a. Edt=CB/CAb. Edt=qoB/0qoc. Edt=0Po/PoA Oleh kerana rajah segitiga ApoC dan CqoB merupakan rajah yang

sama bentuk, jadi, QoB/0qo = CB/CA Maka CB/CA = 1 Nilai keanjalan bagi titik – titik di sepanjang keluk permintaan AB

adalah berbeza-beza. Pada titik A, nilai keanjalan titik adalah infiniti. Pada titik C, nilai keanjalan ialah sama dengan 1. Pada titik B, nilai keanjalan ialah sama dengan 0. Antara titik A dan C, nilai keanjalan titik adalah lebih besar dari

satu. Antara titik C dan B, nilai keanjalan titik adalah kurang dari satu.

Page 18: keanjalan permintaan dan penawaran

Kira keanjalan pada titik V, W, X, Y dan Z

0 25 50 75 100 Q

X

P

V

W

Y

Z

2

4

6

8

Page 19: keanjalan permintaan dan penawaran

Kesimpulan

Dapatlah dirumuskan bahawa semakin tinggi tingkat harga, semakin tinggi nilai keanjalan titik dan sebaliknya.

Nilai keanjalan permintaan bagi setiap titik juga akan berbeza-beza pada satu tingkat harga tertentu jika titik–titik tersebut berada pada keluk permintaan yang berlainan tetapi bersifat linear dan mempunyai kecerunan yang sama.

Page 20: keanjalan permintaan dan penawaran

Nilai keanjalan titik akan menjadi semakin kecil ( tidak anjal ) apabila kedudukan keluk permintaan terletak semakin jauh dari titik origin (asalan).

A B

P

Q0

P0

8 16 24

Kirakan keanjalan permintaan pada titik A dan B

Apa kesimpulannya?

Page 21: keanjalan permintaan dan penawaran

Nilai keanjalan titik-titik A dan B pada harga P di atas keluk permintaan masing-masing ialah:

16 – 8 8 8 – 0 8

= Ed (A) = = 1

24 – 16 8 16 – 0 16

= Ed (B) = = 0.5

Page 22: keanjalan permintaan dan penawaran

Terdapat lima darjah keanjalan permintaan harga yang berlainan

Page 23: keanjalan permintaan dan penawaran

1. Anjal

Nilai keanjalan : 1 < Ed <

Sifatnya:Peratus perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada peratus perubahan harga barang tersebut.

P

Q

D

Page 24: keanjalan permintaan dan penawaran

2. Tak Anjal

Nilai keanjalan : 0Ed1

Sifatnya:Peratusan perubahan kuantiti diminta adalah kurang daripadaperatus perubahan harga barang tersebut.

P

Q

D

Page 25: keanjalan permintaan dan penawaran

3. Anjal Satu

Nilai keanjalan : Ed = 1

Sifatnya:Peratus perubahan kuantiti diminta adalah sama dengan peratus perubahan harga barang tersebut.

P

Q

D

Page 26: keanjalan permintaan dan penawaran

4. Anjal Sempurna

Nilai keanjalan : Ed =

Sifatnya:Pada harga yang tetap penggunaakan membeli barang yang ada dalam pasaran tetapi tiada kuantiti diminta apabila harga lebih tinggi dari harga tetap tersebut.

P

Q

D

Page 27: keanjalan permintaan dan penawaran

5. Tak Anjal sempurna

Nilai keanjalan : Ed = 0

Sifatnya:Sebarang perubahan dalam harga tidak akan menyebabkanberlakunya perubahan dalamkuantiti diminta.

P

Q

D

Page 28: keanjalan permintaan dan penawaran

Hubungan antara keanjalan permintaan harga dengan jumlah hasil atau jumlah perbelanjaan

Page 29: keanjalan permintaan dan penawaran

Hubungan antara keanjalan permintaan harga dengan jumlah hasil atau jumlah perbelanjaan

Jumlah hasil (TR) ialah hasil yang diperoleh oleh pengeluar apabila barangannya dibeli oleh pngguna.

Jumlah perbelanjaan (TE) pula ialah perbelanjaan yang dibuat oleh pengguna apabila membayar barangan yang dibeli dari pengeluar.

Jumlah hasil/perbelanjaan diperoleh dengan mendarabkan harga barang tersebut dengan kuantitinya .

Hasil Total = Harga x Kuantiti TR = P x Q

Page 30: keanjalan permintaan dan penawaran

1. Anjal

Harga TR/TE Rumusan

Harga meningkat dari P0 ke P1

OP1AQ1

TR/TE berkurangan

sebab

OP1AQ1 OP0BQ0

Harga jatuh dari P1 ke P0 OP0BQ0

TR/TE meningkat

sebab

OP0BQ0 OP1AQ1

P

Q

D

AB

P1

P0

Q1 Q00

Nilai keanjalan : 1 < Ed <

Page 31: keanjalan permintaan dan penawaran

2. Tak anjal

Harga TR/TE Rumusan

Harga meningkat dari P0 ke P1

OP1AQ1

TR/TE meningkat

sebab

OP1AQ1 O0PQ0

Harga jatuh dari P1 ke P0 OP0BQ0

TR/TE berkurangan

sebab

OP0BQ0 OP1AQ1

Nilai keanjalan : 0Ed1

D

D

0 Q1 Q0 Q

P1

P0

P

A

B

Page 32: keanjalan permintaan dan penawaran

3. Anjal satu (unitari)

Harga TR/TE Rumusan

Harga meningkat dari P0 ke P1

OP1AQ1

Tiada perubahan TR/TE sebab

OP1AQ1 = OP0BQ0

Harga jatuh dari P1 ke P0 OP0BQ0

Tiada perubahan TR/TE sebab

OP0BQ0 = OP1AQ1

Nilai keanjalan : Ed = 1

P

D

0 Q1 Q0 Q

P1

P0

A

B

Page 33: keanjalan permintaan dan penawaran

4. Anjal sempurna

Harga TR/TE Rumusan

Harga meningkat melebihi P0

0

TR/TE = 0 sebab kuantiti permintaan jatuh sehingga tidak

terhingga

Harga jatuh kurang daripada P0

TR/TE = sebab kuantiti permintaan meningkat dengan

banyaknya sehingga tidak terhingga

Nilai keanjalan : Ed =

P

0

D

Q

P0

Page 34: keanjalan permintaan dan penawaran

5. Tak anjal sempurna

Harga TR/TE Rumusan

Harga meningkat dari P0 ke P1

OP1AQ1

TR/TE meningkat sebab

OP1AQ0 OP0BQ0

Harga jatuh dari P1 ke P0 OP0BQ0

TR/TE berkurangan sebab

OP0BQ0 OP1AQ0

Nilai keanjalan : Ed = 0

P

QQ0

D

A

B

P1

P0

Page 35: keanjalan permintaan dan penawaran

Ringkasan hubungan keanjalan permintaan harga dengan jumlah hasil dan jumlah perbelanjaan

Anjal Tak Anjal Anjal Satu Anjal

Sempurna

Tak Anjal

Sempurna

Harga naik

Harga turun

KEANJALAN DAN TR/TE PERUBAHAN

HARGA

TR/TE

Berkurangan

TR/TE

Meningkat

TR/TEMeningkat

TR/TE

Berkurangan

Tiada

Perubahan

TiadaPerubahan

0

TR/TEMeningkat

TR/TE

Berkurangan

Page 36: keanjalan permintaan dan penawaran

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEANJALAN PERMINTAAN

Page 37: keanjalan permintaan dan penawaran

1. Bilangan barang pengganti

Jika sesuatu barang mempunyai banyak penggantinya, permintaan barang tersebut dikatakan anjal terhadap perubahan harga.

Ini menunjukkan jika harga sesuatu barang meningkat sedikit, kuantiti yang diminta akan berkurangan dengan banyak kerana barang itu boleh digantikan dengan barang lain yang secara relatifnya lebih murah.

Sebaliknya sekiranya sesuatu barang tiada pengganti yang hampir maka permintaan barang tersebut dikatakan tidak anjal terhadap perubahan harga.

Ini bermakna jika harga sesuatu barang itu meningkat, kuantiti diminta tidak akan berkurangan kerana ianya tidak mempunyai pengganti yang hampir.

Page 38: keanjalan permintaan dan penawaran

2. Bilangan kegunaan sesuatu barang Jika sesuatu barang mempunyai banyak kegunaan, permintaan

barang tersebut dikatakan anjal terhadap perubahan harga. Contohnya, komputer mempunyai banyak kegunaan seperti

menaip, menyelesaikan banyak kerja-kerja pejabat, persembahan multimedia, alat untuk pembelajaran, permainan dan penggunaan internet.

Kegunaan yang banyak ini menyebabkan ia digunakan oleh ramai golongan.

Jika harganya jatuh, permintaannya akan meningkat dengan banyak kerana pengguna akan membelinya dalam kuantiti yang lebih banyak kerana semakin banyak kegunaannya.

Tetapi jika harga meningkat, permintaannya akan berkurangan dengan banyak.

Ini bermakna bagi barang yang mempunyai banyak kegunaannya, permintaannya adalah anjal.

Page 39: keanjalan permintaan dan penawaran

3. Bahagian pendapatan yang dibelanjakan

Besarnya bahagian dari pendapatan yang dibelanjakan untuk membeli sesuatu barang akan mempengaruhi keanjalan permintaan ke atas barang tersebut.

Kaji sikap pengguna yang membeli barang-barang yang harganya murah dan memerlukan bahagian pendapatan yang kecil sahaja.

Contohnya garam, yang memerlukan bahagian pendapatan yang kecil sahaja untuk dibelanjakan bagi membeli barang ini.

Apabila harga garam meningkat, permintaannya tidak berubah kerana bahagian daripada pendapatan yang dibelanjakan untuk membeli garam amat kecil.

Ini menunjukkan jika pembelian sesuatu barang itu memerlukan bahagian daripada pendapatan amat kecil, permintaannya tidak anjal.

Sementara itu pembelian sesuatu barang yang memerlukan bahagian pendapatan yang besar seperti pembelian kereta, permintaannya adalah anjal.

Page 40: keanjalan permintaan dan penawaran

4. Tahap kepentingan sesuatu barang

Jika barang tersebut merupakan barang mesti kepada pengguna contohnya makanan asas seperti nasi dan roti serta pakaian, permintaan barang tersebut tidak anjal terhadap perubahan harga.

Ini kerana jika harganya meningkat, pengguna tidak akan mengurangkan kuantiti diminta dalam jumlah yang besar disebabkan kepentingan barang tersebut kepada pengguna.

Sebaliknya, jika harganya jatuh, permintaan juga tidak akan bertambah dalam jumlah yang banyak.

Tetapi bagi barang yang kurang kepentingannya kepada pengguna contohnya barang biasa, permintaannya adalah anjal.

Jika harganya jatuh, pengguna akan memintanya dengan banyak dan sebaliknya.

Page 41: keanjalan permintaan dan penawaran

5. Ketahanan sesuatu barang

Semua barang pengguna boleh dibahagikan kepada dua iaitu barang tahan lama dan barang tidak tahan lama.

Bagi barang tahan lama, contohnya pakaian permintaannya adalah anjal.

Apabila harganya jatuh, permintaannya akan meningkat dalam jumlah yang banyak kerana ianya boleh disimpan lama.

Tetapi bagi barang yang tidak tahan lama, contohnya sayur-sayuran permintaannya adalah tidak anjal.

Apabila harganya jatuh, kuantiti permintaannya tidak bertambah dengan banyak kerana ia tidak tahan lama.

Page 42: keanjalan permintaan dan penawaran

6. Barang yang boleh ditangguh

Bagi barang yang boleh ditangguhnya penggunaannya, permintaannya adalah anjal.

Contohnya harga telah meningkat sekarang, jadi permintaannya akan berkurangan dengan banyak kerana pengguna akan menangguhkan penggunaannya pada masa hadapan apabila harganya telah jatuh.

Bagi barang yang tidak boleh ditangguh penggunaannya, jika harga meningkat pengguna terpaksa membeli juga.

Jadi permintaannya kurang anjal.

Page 43: keanjalan permintaan dan penawaran

7. Tabiat pengguna

Meskipun sesuatu barang itu bukan merupakan barang keperluan atau barang mesti, akan tetapi disebabkan oleh tabiat pengguna yang tidak boleh untuk tidak menggunakan barang tersebut, maka permintaan ke atas barang tersebut akan menjadi tidak anjal terhadap perubahan harga dan sebaliknya.

Contohnya rokok, setiap tahun kerajaan akan menaikkan cukai jualannya menyebabkan pengeluar menaikkan harganya untuk memindahkan beban kenaikan cukai tersebut kepada pengguna.

Tetapi permintaannya tidak berkurangan.

Page 44: keanjalan permintaan dan penawaran

Keanjalan permintaan silang (Exy)

Keanjalan permintaan silang ditakrifkan sebagai satu konsep keanjalan permintaan yang mengukur darjah tindakbalas perubahan permintaan sesuatu barang (barang X) kesan

daripada perubahan harga barang lain ( barang Y).

Page 45: keanjalan permintaan dan penawaran

Rumus keanjalan permintaan silang (Exy)

Edxy = % Qdx / % Py

= Qd1x – Qd0x P1y - P0y Qd0x Edxy

P0y

  Qd1x – Qd0x

Qd0x Edxy =

P1y – P0y P0y

X 100

X 100

Page 46: keanjalan permintaan dan penawaran

Hubungan barang X dan barang Y

Nilai Keanjalan Silang (Exy) Hubungan

Negatif ( - ) Penggenap

Positif ( + ) Pengganti

Sifar ( 0 ) Tiada hubungan

Perhubungan antara dua atau lebih jenis sesuatu barangan dapat diketahui sekiranya nilai keanjalan permintaan silang diperolehi dengan menggunakan rumus keanjalan silang.

Page 47: keanjalan permintaan dan penawaran

Contoh pengiraan:

Harga

Barang Z Barang P Barang Q Barang R

Kuantiti diminta

10 2 20 20

20 5 10 20

Berdasarkan jadual di atas, cari nilai keanjalan permintaan silang bagi barang P, Q dan R apabila harga barang Z mengalami kenaikan dari RM10 kepada RM20. Tentukan perhubungan antarabarang Z dengan barang P, Q dan R.

Page 48: keanjalan permintaan dan penawaran

Penyelesaian : Barang P

= 5 – 2 20 - 10 2 Edpz

10 = 3 10 2

XEdpz 10

= 30 20

Edpz

= 1.5

Edpz

Oleh itu barang Z dan barang P adalah pengganti antara satu sama lain kerana nilai keanjalannya adalah positif

= Qp1 – Qp0 ZP1 - ZP0 Qp0 Edpz

ZP0

Page 49: keanjalan permintaan dan penawaran

Penyelesaian : Barang Q

= 10 – 20 20 - 10 20 Edqz

10 = - 10 10 20

XEdqz 10

= - 100 200

Edqz

= - 0.5

Edqz

Oleh itu barang Z dan barang Q adalah penggenap antara satu sama lain kerana nilai keanjalannya adalah negatif

= Qq1 – Qq0 ZP1 - ZP0 Qq0 Edqz

ZP0

Page 50: keanjalan permintaan dan penawaran

Penyelesaian : Barang R

= 20 – 20 20 - 10 20 Edrz

10 = 0 10 20

XEdrz 10

= 0 200

Edrz

= 0

Edrz

Oleh itu barang Z dan barang R tidak mempunyai apa-apa perkaitan antara satu sama lain kerana nilai keanjalannya kosong

(sifar)

= Qr1 – Qr0 ZP1 - ZP0 Qr0 Edrz

ZP0

Page 51: keanjalan permintaan dan penawaran

Contoh pengiraan: 2

Andaikan keanjalan silang permintaan bagi kereta berbanding perubahan harga minyak petrol ialah – 0.5. Sekiranya pada harga kereta RM35,000 sebuah, bilangan kereta yang dijual dalam seminggu adalah sebanyak 12,000 buah. Jika harga kereta tidak berubah, tetapi harga minyak petrol naik dari RM1.05 kepada RM1.20 seliter, kirakan bilangan kereta yang akan dijual.

Page 52: keanjalan permintaan dan penawaran

Penyelesaian :

- 900 = 1.05X – 12,600

= Q1x – Q0x P0y Q0x P1y - P0y

XEdxy

= X – 12,000 1.05 12,000 20 - 1.05

X- 0.5

= 1.05X – 12,600 1,800

- 0.5

1.05X = 12,600 – 900

1.05X = 11,700

X = 11,143 unit

Page 53: keanjalan permintaan dan penawaran

Keanjalan permintaan pendapatan (Edy)

Keanjalan permintaan pendapatan ditakrifkan sebagai satu konsep keanjalan permintaan yang mengukur darjah tindakbalas terhadap perubahan permintaan sesuatu barang kesan daripada perubahan tingkat pendapatan pengguna.

Page 54: keanjalan permintaan dan penawaran

Rumus keanjalan permintaan pendapatan (EdY)

EdY = % Qdx / % Y

= Qd1x – Qd0x Y1 - Y0 Qd0x EdY

Y0

  Qd1x – Qd0x

Qd0x EdY =

Y1 – Y0 Y0

X 100

X 100

Page 55: keanjalan permintaan dan penawaran

Keanjalan pendapatan dan jenis barang

Keanjalan permintaan pendapatan akan membantu sesebuah ekonomi mengenalpasti jenis-jenis barang yang wujud dalam ekonomi tersebut.

Nilai Keanjalan Pendapatan (EdY) Jenis Barang

Positif kurang dari 1 Keperluan

Positif lebih dari 1 Mewah

Negatif Bawahan

Sifar Mesti

Page 56: keanjalan permintaan dan penawaran

Contoh pengiraan:

Pendapatan

(RM) Barang P Barang Q Barang R

Kuantiti diminta

7,500 2 20 4

12,500 5 10 5

Berdasarkan jadual di atas, kirakan nilai keanjalan pendapatan bagi barang P, Q dan R apabila tingkat pendapatan meningkat dari RM7,500 ke RM12,500. Tentukan apakah jenis barang-barang tersebut.

Page 57: keanjalan permintaan dan penawaran

Penyelesaian : Barang P

= 5 – 2 12500 - 7500 2 EdY

7500 = 3 7500 2

XEdY 5000

= 22500 10000 EdY

= 2.25 EdY

Barang P adalah barang mewah kerana nilai keanjalan pendapatannya adalah positif dan besar dari satu

= Qp1 – Qp0 Y1 - Y0 Qp0 EdY

Y0

Page 58: keanjalan permintaan dan penawaran

Penyelesaian : Barang Q

= 10 – 20 12500 - 7500 20 EdY

7500 = - 10 7500 20

XEdY 5000

= - 75 100 EdY

= - 0.75 EdY

Barang Q adalah barang bawahan kerana nilai keanjalan pendapatannya negatif

= Qq1 – Qq0 Y1 - Y0 Qq0 EdY

Y0

Page 59: keanjalan permintaan dan penawaran

Penyelesaian : Barang R

= 5 – 4 12500 - 7500 4 EdY

7500 = 1 7500 4

XEdY 5000

= 75 200 EdY

= 0.375 EdY

Barang R adalah barang keperluan sebab nilai keanjalan pendapatannya positif (0 < EY < 1) dan kurang daripada 1 iaitu

tidak anjal pendapatan

= Qr1 – Qr0 Y1 - Y0 Qr0 EdY

Y0

Page 60: keanjalan permintaan dan penawaran

Diberi fungsi permintaan untuk barang X ialah

Qx = 500 – 3Px + 2PY – 0.2Y

Jika pada mulanya Px = RM20 dan Y = RM1000, tentukan nilai keanjalan permintaan pendapatan bagi barang X sekiranya pendapatan pengguna naik kepada RM1500.

di mana : 

Qx = kuantiti permintaan barang XPx = harga barang XPY = harga barangYY = tingkat pendapatan

Page 61: keanjalan permintaan dan penawaran

Penyelesaian :

Pada Y = RM1000

Qx = 500 – 3Px + 2PY– 0.2Y

= 500 – 3 (10) + 2 (20) – 0.2 (1000)

= 500 – 30 + 40 – 200

= 310

Page 62: keanjalan permintaan dan penawaran

Penyelesaian :

Pada Y = RM1500

Qx = 500 – 3Px + 2PY – 0.2Y

= 500 – 3 (10) + 2 (20) – 0.2 (1500)

= 500 – 30 + 40 – 300

= 210

Page 63: keanjalan permintaan dan penawaran

Penyelesaian :

= 210 – 310 1500 - 1000 310 EdY

1000 = - 100 1000 310

XEdY 500

= - 100 155 EdY

= - 0.65 EdY

Barang X adalah barang bawahan kerana nilai keanjalan pendapatannya adalah negatif

= Qx1 – Qx0 Y1 - Y0 Qx0 EdY

Y0

Page 64: keanjalan permintaan dan penawaran

Bab 3: Keanjalan Penawaran

3.2.1. Definisi keanjalan penawaran. 3.2.2. Pengiraan nilai keanjalan penawaran.3.2.3. Penentu keanjalan penawaran.

Page 65: keanjalan permintaan dan penawaran

Definisi keanjalan penawaran

Keanjalan penawaran boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran darjah tindakbalas kuantiti ditawar bagi sesuatu barangan terhadap sesuatu perubahan pada harganya.

Secara matematik, keanjalan penawaran harga boleh dinyatakan sebagai peratusan (nisbah) perubahan kuantiti ditawar dibahagikan dengan peratus perubahan pada harga, di mana Es mewakili keanjalan penawaran harga.

Page 66: keanjalan permintaan dan penawaran

Keanjalan penawaran dapat dikira dengan menggunakan rumus berikut:

Es = % Qs/%P Es = Qs1 - Qs0 ÷ P1 - P0 Qs0 P0 Es = Qs /Qs0 ÷ P /P0

Page 67: keanjalan permintaan dan penawaran

Penghitungan nilai keanjalan penawaran

Contoh 1:Apabila harga barang X meningkat sebanyak 35 peratus, kuantiti ditawar terhadap barang tersebut turut meningkat sebanyak 70 peratus. Hitungkan keanjalan penawaran harga terhadap barang X.

Page 68: keanjalan permintaan dan penawaran

Jawapan:

= 2

= % Qs % P

Es

= 70 35

Es

Page 69: keanjalan permintaan dan penawaran

Penghitungan nilai keanjalan penawaran

Contoh 2:Apabila harga barang Y jatuh daripada RM12 ke RM8 seunit, kuantiti ditawar bagi barang tersebut berkurangan daripada 35 unit kepada 28 unit. Hitung nilai keanjalan penawaran bagi barang Y.

Page 70: keanjalan permintaan dan penawaran

Penyelesaian :

= 28 – 35 8 - 12 28 Es

12 = - 7 12 28

XEs - 4

= 21 28 Es

= 0.75 Es

= Qs1 – Qs0 P1 - P0 Qs0 Es

P0

Page 71: keanjalan permintaan dan penawaran

Terdapat lima darjah keanjalan penawaran harga yang berlainan

Page 72: keanjalan permintaan dan penawaran

1. Anjal

Nilai keanjalan : 1 < Es <

Sifatnya:Peratus perubahan kuantiti ditawar lebih besar daripada peratus perubahan harga barang tersebut.

P

Q

S

Page 73: keanjalan permintaan dan penawaran

2. Tak Anjal

Nilai keanjalan : 0 < Es < 1

Sifatnya:Peratus perubahan kuantiti ditawar lebih kecil daripada peratus perubahan harga barang tersebut.

P

Q

S

Page 74: keanjalan permintaan dan penawaran

3. Anjal Satu

Nilai keanjalan : Es = 1

Sifatnya:Peratus perubahan kuantiti ditawar sama dengan peratus perubahan harga barang tersebut.Mana-mana keluk penawaran yang bermula dari titik asalan, keanjalanpenawarannya ada satu.

P

Q

S0

S1

S2

Page 75: keanjalan permintaan dan penawaran

4. Anjal Sempurna

Nilai keanjalan : Es =

Sifatnya:Pada satu tingkat harga yang tetap, firma akan menawarkan barang di pasaran tetapi apabila hargakurang daripada harga tetap,kuantiti barang yang ditawarkan oleh firma ialah sifar.

P

Q

S

Page 76: keanjalan permintaan dan penawaran

5. Tak Anjal Sempurna

Nilai keanjalan : Es = 0

Sifatnya:Perubahan harga sesuatu barang tidak akan mengubahkuantiti barang yang ditawarkan.

P

Q

S

Page 77: keanjalan permintaan dan penawaran

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI KEANJALAN PENAWARAN

Page 78: keanjalan permintaan dan penawaran

1. Tempoh masa yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu barang

Masa adalah merupakan faktor utama dalam menentukan keanjalan penawaran.

Biasanya semakin lama jangka masa, penawaran sesuatu barang akan lebih anjal berbanding dengan masa singkat.

Jangka masa pengeluaran dan hubungannya dengan keanjalan penawaran boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:

Page 79: keanjalan permintaan dan penawaran

a. Jangka masa singkat

P

Q

S

Dalam jangka masa singkat, penawaran adalah tidak anjal sempurna.

Sebarang perubahan harga tidak memberi kesan terhadap perubahan penawaran.

Ini kerana kenaikan harga dalam jangka masa singkat, pengeluar tidak sempat menambahkan pengeluaran .

P0

P1

q0

Page 80: keanjalan permintaan dan penawaran

b. Jangka masa pendek

P

Q

S

Dalam jangka masa pendek, penawaran adalah tidak anjal.

Peratus perubahan harga adalah lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti penawaran.

Ini kerana kenaikan harga dalam jangka masa pendek, pengeluar hanya dapat menambahkan pengeluaran dengan menambahkan kuantiti input berubah dan bukannya input tetap.

P0

q0

P1

q1

Page 81: keanjalan permintaan dan penawaran

c. Jangka masa panjang

P

Q

S

Dalam jangka masa panjang, penawaran adalah anjal.

Ini kerana pengeluar mempunyai cukup masa untuk melakukan penyesuaian dalam pengeluaran apabila berlaku perubahan dalam harga.

P0

q0 q1

P1

Page 82: keanjalan permintaan dan penawaran

2. Mobiliti faktor-faktor pengeluaran

Sekiranya faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu keluaran mudah dipindahkan dari satu firma ke firma yang lain, dari satu lokasi ke lokasi yang lain atau dari satu keluaran ke keluaran yang lain, penawaran sesuatu barang akan menjadi lebih anjal.

Sebagai contoh, faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan keluaran elektronik mudah diperoleh sedangkan untuk menghasilkan minyak petrol, sumber minyak hanya wujud di kawasan-kawasan tertentu sahaja dan sumber minyak ini tidak mempunyai sifat mobiliti.

Oleh yang demikian penawaran untuk keluaran elektronik akan cenderung untuk menjadi lebih anjal manakala penawaran untuk minyak petrol cenderung untuk menjadi kurang anjal.

Page 83: keanjalan permintaan dan penawaran

3. Tambahan kos pengeluaran

Sekiranya tambahan penawaran sesuatu barang hanya memerlukan tambahan kos pengeluaran yang kecil, penawaran barang tersebut akan bersifat anjal.

Tetapi apabila penambahan penawaran sesuatu barang memerlukan tambahan kos pengeluaran yang besar, maka penawaran barang tersebut adalah tidak anjal.

Biasanya tambahan kos pengeluaran bergantung kepada keupayaan pengeluaran sesebuah firma.

Jika terdapat masih banyak faktor pengeluaran yang belum digunakan, tambahan keluaran akan melibatkan tambahan kos yang kecil sahaja.

Jika firma sudahpun mencapai keupayaan maksimumnya iaitu semua faktor pengeluaran habis digunakan, tambahan keluaran akan melibatkan tambahan kos pengeluaran yang besar dan ini menyebabkan penawaran barang firma tersebut menjadi tidak anjal

Page 84: keanjalan permintaan dan penawaran