Kebaikan Dan Keburukan Internet

9
Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan . Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti : Pendidikan dalam Internet Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut. Perniagaan dalam Internet Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan. Perubatan dalam Internet Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat

description

Contoh Idea Kebaikan Dan Keburukan Internet

Transcript of Kebaikan Dan Keburukan Internet

Internet banyak memberi manfaat kepada pengguna terutama pelajar di institusi pengajian tinggi . Ia membuka suatu dimensi baru kini sebagai sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia hampir menggantikan kaedah pembelajaran atau pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan .

Masyarakat ramai juga tidak terlepas dari merasai bahang Internet dengan capaian berita dengan cepat dan pantas samada berita liputan dalam atau luar negara misalnya liputan mutakhir sukan dari seluruh dunia seperti France '98 mahupun berita panas seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun terdapat beberapa kebaikan lain seperti :

Pendidikan dalam Internet

Kini terdapat universiti yang berkonsepkan maya contohnya UNITAR yang menyediakan akaun Internet untuk para pelajarnya. Kini para pelajar bukan sekadar menggunakan Internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu melangkah kaki ke dalam bilik kuliah. Malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui Internet. Kumpulan berita membolehkan para pendidik dan pelajar bertanyakan sesuatu, mendapatkan nasihat dan menyemak maklumat. Teknologi persidangan video membolehkan pelajar dalam sesebuah kelas bekerjasama melaksanakan sesuatu projek. Begitu juga penggunaan perpustakaan maya dimana membenarkan anda mencari buku dalam talian jika anda mempunyai kad perpustakaan dengan perpustakaan tersebut.

Perniagaan dalam Internet

Internet boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Bidang perniagaan meningkatkan penggunaan Internet dalam dua cara : (1) memasar dan menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima pembayaran elektronik.(2) mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh membeli di rumah atau di tempat perniagaan.

Perubatan dalam Internet

Internet menrevolusikan setiap aspek sistem perubatan bermula daripada cara para doktor kita dilatih, capaian maklumat penjagaan kesihatan hinggalah kepada cara doktor merawat dan menjalankan pembedahan. 'Hospital maya' sudah pun berkembang dalam Internet. Hospital ini sebenarnya tidaklah merawat pesakit tetapi memberi capaian khazanah sumber perubatan yang begitu banyak yang terdapat dalam Internet. Pengguna biasa sebagai contoh dapat menyemak seimbas atau membuat pencarian dalam pangkalan data untuk mencari jawapan kepada permasalahan kesihatan yang dihadapi. Bagaimanapun perubahan paling ketara dalam cara rawatan kini dengan apa yang dinamai sebagai 'teleperubatan'. Dengan menggunakan teknologi ini, pembedahan dapat dilakukan oleh seseorang doktor bedah walaupun berada berbatu-batu dari bilik pembedahan.

Keburukan Internet

Disebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat beberapa kelemahan atau keburukan Internet. Ia ibarat sebilah pisau yang begitu berguna jika digunakan untuk memotong buah atau sayur tetapi menjadi satu kesalahan pula jika ia digunakan untuk membunuh.

Terdapat beberapa keburukan Internet seperti :

Medium penyebaran dakyah jahatMenyesatkan fahaman pengikut agama lain atau ajaran sesat seperti yang dilakukan oleh golongan anti Islam khasnya daripada kalangan Yahudi dan Nasrani yang memalsukan ajaran islam dan memburukkan-burukkan agam islam. Memberi maklumat palsu untuk kepentingan puak tertentu. Malah terdapat juga laman web yang mengajar cara-cara membuat bom seperti yang diusahakan oleh kumpulan mafia 'Trench Coat'. Medium penyebaran virus Terutama penyebaran melalui penghantaran e-mel seperti virus Mutant, Melissa dan yang terbaru adalah virus CIH yang menyerang sistem komputer hingga lumpuh keupayaannya. Kesan daripada serangan virus hinggalah merosakkan sistem sesebuah PC. Pecah-masuk ke sistem lain Iaitu pencerobohan memasuki ke sistem orang lain tanpa hak seperti penyelewengan akaun bank.

PornografiCarian menggunakan enjin carian Google dengan menggunakan perkataan "porn" pada 1 Januari 2010 mendapati sebanyak 180,000,000 laman web yang berkaitan pornografi. Ia telah menjadi satu isu yang sensitif dan boleh mempengaruhi kepada perlakuan tidak sihat terutama kepada remaja belasan tahun kerana Internet membenarkan access tanpa had. Ia sudah tentu boleh melekakan masyarakat Islam dari kehidupan yang sihat.

Kesimpulan: Internet merupakan senjata era globalisasi. Seperti pisau, ia boleh digunakan untuk kebaikan dan juga untuk keburukan. Apa yang penting, para pengguna internet, sejak kecil lagi mereka perlu dilengkapi dengan kekuatan dalaman atau kekuatan dalaman agar merek amempunyai asas yang kuat untuk mendidiplinkan diri mereka agar tidak terpengaruh dengan keburukan internet.

PENDEDAHAN kepada komputer dan teknologimaklumat (IT) mewujudkan budaya celik komputerdi kalangan masyarakat terutama belia. Sektor awamdan swasta telah memanfaatkan penggunaan komputerdan IT dalam memantapkan operasi mereka. Penggunaankomputer dan rangkaian yang diwujudkan memudahkanperdagangan bebas merentasi sempadan negara.Kalau komputer boleh diibaratkan sebagai sebilahpisau, ia boleh memotong dan juga membunuh. Kitakhuatir terhadap kecenderungan sesetengah golonganmasyarakat terutama belia yang membuang masa didepan komputer dan tidak memanfaatkan maklumat yangboleh ditimba. Ada belia yang duduk sepanjang hari didepan komputer untuk melayari talian chat, pornografi ,dan permainan video.Technology changes every second. Berdasarkanpengertian ini, setiap penduduk dunia, jika boleh, tidakmahu ketinggalan dalam mengejar arus perkembanganteknologi yang begitu pesat. Bahkan, anak-anak kecil jugasudah mula mengenali apa itu Internet kerana pendedahanawal ibu bapa dan sekolah yang mahu generasi mudatidak ketinggalan dalam mengenali teknologi maklumatdan komunikasi.Dalam kita mengejar arus kemodenan, Internet telahbanyak memberi input dan merupakan salah satu penyalurmaklumat penting dan terkini. Banyak faedah yang bolehdidapati menerusi penggunaan Internet, cuma manusiasaja yang menyalahgunakan Internet ke arah kerosakanmoral dan etika. Adalah lebih baik jika kita kupaskan serbasedikit kebaikan serta keburukan Internet di negara ini.Antara kebaikan Internet adalah maklumat begitumudah dan cepat disalurkan untuk digunakan dalampelbagai urusan, seperti dalam bidang penyelidikan danpengumpulan data. Selain itu komunikasi antara negaradi dunia menjadi semakin mudah dan ringkas denganwujudnya e-mel dan chat, di mana kos perhubungan begitumurah jika dibandingkan dengan penggunaan telefon danjuga begitu cepat jika kita membuat perbandingan denganpenghantaran surat biasa melalui pos.Urusan perniagaan dan perbankan semakin mudahdengan pengenalan e-banking. Kini, pelanggan banktidak perlu bersusah payah beratur di kaunter-kaunterbank kerana urusan perbankan boleh dilakukan menerusiInternet. Pembayaran bil juga kini dilakukan menerusiInternet dan ini merupakan kemudahan yang palingmendapat sambutan ramai kerana kemudahan ini nyatamenjimatkan masa pengguna.Antara penyalahgunaan Internet pula ialah Internetdigunakan untuk melayari laman-laman web lucah dantidak berfaedah. Pembaziran waktu bekerja keranasering berada di chat room untuk berbual sesama rakan.Kemudahan yang ada membolehkan pelbagai jenis lamanweb baru ditubuhkan untuk tujuan tidak sihat, sepertilaman-laman web politik yang tidak memberi maklumatsebenar kepada rakyat.Selain itu penyalahgunaan yang sering kita dengaradalah pengiriman spam dikategorikan sebagai sampahInternet merupakan salah guna yang terbesar. Tidakkurang juga dengan kes pemalsuan yang antara lainmelibatkan pengubahsuaian laporan dan data sesebuahorganisasi swasta dan awam. Wujud juga kes penyebaranvirus dan ugutan menggodam.Sesetengah pihak yang membuat kajian terhadap isujenayah dan keselamatan komputer sebelum ini pernahmendedahkan bahawa sebahagian respondan yangterlibat dalam tinjauan tersebut melaporkan kerugiandari segi kewangan akibat serangan penceroboh. Jikaditafsirkan, nilai kerugian terkumpul dari segi kewangantidak mustahil boleh mencecah jutaan ringgit.Sejauh manakah kesan buruk ini akan merosakkangenerasi muda negara? Adakah kita akan membiarkansaja, kerana berpendapat ini adalah akibat daripadaimpak globalisasi seperti yang diwar-warkan Kerajaan?Adakah masih menjadi tugas ibu bapa semata-matauntuk memastikan anak-anak mereka tidak terdedahkepada budaya negatif ini? Atau perlukah penapisanlaman Internet dikuatkuasakan demi menjaga budaya dantatasusila timur?Masyarakat perlu sedar Internet bertujuanmempermudah urusan dan untuk memperkaya ilmu,serta menjadi medan pertukaran pendapat dan idea.Akan tetapi, pengaruh budaya luar, terutama dari barat,telah merosakkan minda masyarakat kita, yang selama initerkenal dengan adab ketimuran dan penuh dengan sopansantun. Kita perlu ingat, dalam mengejar arus globalisasiyang semakin pantas, dan untuk melengkapkan diriseiring dengan negara maju yang lain, kita tidak perlumenggadaikan maruah dan jati diri kita sebagai orang timur.Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, kita hendaklah cubamewujudkan satu budaya Internet yang sihat dalam usahakita memperlengkapkan diri sebagai seorang yang berilmudan berpengetahuan. Ini membolehkan kita terus bersaingdalam dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh pelbagaiteknologi terkini yang menggerak pembangunan dankemajuan sesebuah negara. Mampukah kita?

Bagi pelajar-pelajar yang malas mereka akan terus menetap halaman internet secara berterusan. Fenomena ini akan menyebabkan kita malas mengulangkaji pelajaran. Kesannya kita boleh gagal dalam pelajaran.

Walaupun terdapat kebaikan dan keburukan, internet memang penting kepada kita. Teknologi moden ini perlu dipelajari oleh setiap murid. Jadi, marilah kita berusaha mempelajari cara meggunakan komputer terlebih dahulu.

Ringkasnya, ibu bapa harus mendidik anak mereka sejak kecil lagi kerana mereka akan mengikut sepaip inci sikap ibu bapaUnsure-unsur negative seperti bahan lucah dan aksi ganas dipaparkan melalui skrin komp. Member impak negative yang besar pada anak watan Negara ini dan mampu membawa padah.alau apa pun kebaikan atau keburukan Internet ini, terpulanglah kepada individu itu sendiri untuk memilih atau menilaikannya. Sebagai contoh, dalam rumah kita sendiri ada pisau. Pisau tersebut biasanya kita gunakan untuk memotong buah, daging dan sebagainya, dengan kata lain kita gunakan untuk kebaikan. Kita juga boleh menggunakan pisau tadi untuk memotong sesiapa sahaja didalam rumah kita dengan kata lain kita gunakan untuk keburukan. Pilihlah yang mana baik dan yang mana buruk. Pada saya ia bukan sahaja baik dan buruk tetapi ia telah mengajar saya lebih dewasa. Internet lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan.Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas dan berikan alasan-alasan yang munasabah bagi menyokong hujah anda.Kita harus mengikut arus semasa yakni internet merupakan satu budaya baharu dalam masyarakat kini. Lantaran itu, internet tidak boleh dipandang sebagai sesuatu yang berunsur negatif tetapi sebaliknya untuk memastikan rakyat dan negara ini standing dengan negara yang lain dalam mengejar arus pembangunan semasa. Maka, ada pelbagai impak positif yang dibawa oleh internet.Internet merupakan satu budaya baharu yang memudahkan kehidupan manusia terutama dalam aspek komunikasi atau berhubung secara langsung dengan orang lain. Hubungan antara saudara mara yang tinggal jauh daripada kita termasuklah di luar negara maka internet boleh digunakan. Internet menjadikan komunikasi lebih cepat dan berkesan lalu mengeratkan hubungan antara manusia pula.Manakala buat pelajar pula, internet pula boleh menjadi satu perpustakaan besar atau maya yang memberikan manfaat kepada pelajar. Semua maklumat atau informasi ini seolah-olah berada dihujung jari pelajar sahaja untuk memperolehnya. Maklumat yang diperoleh ini menjadikan minda pelajar lebih terbuka dan kreatif dalam menghadapi cabaran kehidupan zaman moden ini.

Pada masa yang sama kemudahan internet kini menjadikan banyak urusan harian dilaksanakan terutama aspek pembayaran bil-bil semasa. Kita sudah boleh membayar bil-bil elektrik, air dan telefon serta membuat pindahan kewangan lalu menjimatkan masa dan tenaga manusia. Kemudahan sebeginilah yang mampu menjadikan kehidupan manusia lebih bermakna akibat penggunaan teknologi moden ini.Selain itu, internet juga membolehkan pelajar membuat permohonan secara terus atau ?on-line? untuk memohon kerja, biasiswa atau memasuki universiti. Semua kemudahan ini mampu untuk diperluaskan dalam aspek lain pula seperti urusan dengan pihak kerajaan dan mungkin juga bidang lain. Kehidupan manusia sudah pasti akan berubah dengan adanya kemudahan internet yang sebegini.Kesimpulannya, kita sebagai ahli masyarakat tidak boleh berfikiran sempit dan beranggapan bahawa sesuatu yang baharu itu membawa kesan negatif sahaja. Sebenarnya kesan baik atau buruk sesuatu perkara itu banyak ditentukan oleh manusia yang menggunakannya. Namun, dalam aspek internet lebih banyak impak positif yang dibawanya daripada negative kepada kehidupan manusia.Kelebihan

1. Maklumat

Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran dan tanpa had masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar. Enjin carian seperti google.com, search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan sebagai platform untuk mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya.

2. Alat komunikasi

Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi.Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing.hanya dengan internet. Di samping itu ianya amat berguna kepada syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di merata dunia. Komunikasi dapat digunakan di antara setiap cawangan dengan hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference.

3. Jimatkan Kos dan Masa

Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat ataupun perbincangan dapat dilakukan hanya dengan menggunakan video conference ataupun tele-conference. Mereka tidak perlu lagi travel ke merata tempat untuk bermesyuarat. Ianya malah menjimatkan masa.

4. Berita Terkini

Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan suratkhabar mempunyai laman web mereka sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini akan dikemaskini dan ianya memapar berita terkini yang berlaku di seluruh dunia.

5. Pengiklanan

Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat itu. Ianya bukan sahaja murah malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Terdapat syarikat yang menawarkan program Affiliate dimana ianya cara yang amat berkesan untuk mengiklankan produk sesebuah syarikat atau orang perseorangan.

6. Hiburan

Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton drama/movie secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain daripada itu terdapat juga permainan games yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan gamers dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawan-kawan baru di alam maya.

7. Pendidikan Secara Atas Talian

Pada masa kini terdapat banyak Universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh dimana penggunaan internet amat diperlukan. Ini kerana pembelajaran di lakukan secara atas talian di mana video conference digunakan. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah dilakuakan secara atas talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara atas talian dan kuliah boleh direkodkan dan pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan juga boleh di perolehi secara atas talian.

8. Servis Perkhidmatan

Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Maybank2u menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh menggunakan servis yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan syarikat penerbangan seperti AirAsia, yang mana para pengguna boleh menempah tiket penerbangan secara atas talian pada bila-bila masa.

Keburukan

1. Ketidaktepatan maklumat

Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet namun demikian adakah semua maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan tertentu. Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat tersebut.

2. Virus/Malware/Worm/Trojan

Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala virus/malware dan sebagainya.Pengguna internet semestinya mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang serangan virus, malware dan sewaktu dengannya. Ini untuk memastikan komputer kita selamat dari serangan tersebut dan data selamat dari dicerobohi. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer kita dari serangan tersebut akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Ianya bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer malah akan menganggu performance komputer dan juga network.

3. Bahan-bahan yang tidak bermoral

Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang bermoral seperti gambar-gambar dan video-video yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang tidak baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah di dapati di internet. Ibu bapa hendaklah memantau lama-laman web yang di access oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu, Internet filtering Software perlulah di install di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang di access oleh anak-anak mereka.

4. Isu Keselamatan

Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, university, jabatan-jabatan kerajaan selamat dari di akses oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di dalam server2 yang menyimpan data-data kita? Server-server yang mudah di hack oleh para hacker boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap keselamatan di dalam mengakses ke server, network harus lah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

5. Pembaziran masa

Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain games, berchatting dan melayari laman-laman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mesti lah terhad. Paling terkini laman sosial facebook, terdapat pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang boleh diguna dan juga terdapat fungsi untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat access ke laman tersebut kerana ianya boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka.

Read more: http://alyadina.blogspot.com/2010/08/kebaikan-dan-keburukan-internet.html#ixzz1DT9nkYRI